Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan

DEBAT PTPTN - 3 Mei 2012, Khairy vs Rafizi

on 02 Mei 2012

DEBAT PTPTN,Khairy vs Rafizi-yastroonline

Satu debat PTPTN terbuka yang bertajuk "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" akan diadakan di Shah Alam di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli Khamis. Menurut Sinar Harian, dijangka seramai 3,000 orang akan menghadiri debat antara kedua-dua peserta ini. Bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, jam 8 malam pada 3 Mei nanti. 


Pada aku bagus juga, dapat la kita menilai mana satu yang bakal mempunyai point2 yang kuat dan kukuh. Seterusnya dapat memberi info tambahan kepada kita semua. Walaupun dekat dengan tempat aku, rasanya aku tak dapat pergi kesana kot..ada urusan lain malam tu.
Abdul Jalil juga yakin akan menerima sokongan dan sambutan baik daripada para hadirin yang bakal membanjiri Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

"Lagipun sepanjang 12 wacana yang telah diadakan sebelum ini, para hadirin telah memperlihatkan satu sikap yang matang, dan kami berharap mereka akan menunjukkan persekitaran yang sama ketika debat Khamis ini," kata beliau lagi.

Lagi pun, katanya, pendebat sendiri merupakan personaliti-personaliti yang ada kredibiliti dan "pendirian jelas tentang isu ini."

"Kami berharap kedua-dua mereka akan terbuka dalam memberikan pandangan dan pendirian mengenai isu PTPTN," katanya lagi.

Abdul Jalil menjangkakan 3,000 orang akan menghadiri debat kali ini.

"Mengambil kira ciri debat itu sendiri, sebanyak 2,000 kerusi masing-masing 1,000 kerusi dikhususkan kepada pengikut dan penyokong Khairy dan Rafizi manakala baki 1,000 untuk orang ramai.

"Oleh itu, kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran sesi debat. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak ketika debat, dan mengikut arahan dan panduan pihak keselamatan dan sekretariat," katanya.

Sehubungan itu kata Abdul Jalil, pihak penganjur telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak polis bagi memastikan tahap keselamatan terjamin sepanjang debat.

"Saya berharap hadirin akan datang awal untuk mendapatkan tempat duduk dalam dewan. Bagi hadirin beragama Islam, ada kemudahan surau untuk mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak, jadi diharap datang awal," kata beliau.


# Kredit to Sinarharian
Tag :

Kerajaan Ayah Pin Di Warta Sesat

on 25 April 2012


Pagi tadi berita Kosmo melaporkan kerajaan negeri Terengganu telah mewartakan "Kerajaan Ayah Pin" atau nama sebenar beliau Ariffin Mohamad sesat. Erkk...terkedu kejap aku, takkan bebaru ni jer nak diwartakan sesat? Selama ni kerajaan Terengganu tak mewartakan apa2 ke keatas "kerajaan ayah Pin" nih?

Okey, sebenarnya sejak tahun 2007 lagi kerajaan negeri Terengganu telah mengharamkan yang ajaran Ayah Pin sesat.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyenaraikan empat ajaran sesat termasuk ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, tiga ajaran lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa' Corporation dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.
"Sehingga kini, Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin termasuk pengasasnya, Ariffin Mohammed.
"Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat," kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.


Ajaran Ayah pin adalah sesat, menyeleweng dan membawa kepada kerosakan akidah. Oleh yang demikian, hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya. 
Fatwa:
Oleh yang demikian,untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.
Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997. 


Keterangan yang dikatakan sesat:
1) Beliau mengaku tidak belajar agama
2) Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan syarak
3) Beliau pernah mengatakan bahawa “ Tidak ada orang lain selain saya dan nabi Muhar salah
dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina syarak
4) Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pegangannya adalah sesat dan bertentangan
5) Mesati jumpa dengan Allah dan Rasul dahulu baru boleh mempercayainya.
6) Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7) Membongkar Al-Quran terdahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8) Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan
9) Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10) Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerimanya.
11) Beliau mendakwa bahawa di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia.
12) Nyawa manusia yang ada diatas bumi ini adalah duduk ditangannya
13) Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih baik daripada berzikir.
14) Semasa mengucap dua klimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15) Percaya sesuatu perlu mesti lihat dahulu, sekiranya tidak melihat maka tidak boleh
mempercayainya seperti didalam rukun :
 a) Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
 b) Beriman kepada rasul ialah dengan cara berjumpa dengan rasul-rasul.
 c) Kitab al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
 d) Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
 e) Ayah Pin tidak percaya bahawa adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada
hari kiamat.
 f) Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua , dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing


Anda juga boleh merujuk disini [dibawah] tentang fatwa pengharaman Ajaran Ayah Pin ini.

http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.php

Sempat Kahwin lagi sebelum lumpuh...he3x!!!
Antara isteri2 Ayah Pin
Tag :

POLIS LELONG BARANG KEMAS DAN LAIN2

on 19 April 2012



Serius...kalau korang ada sedikit "rm" dan memang berhajat untuk membeli barangan kemas atau jam tangan mewah buat anak-anak,isteri mahupun yang tersayang, saya cadangkan anda menghadiri satu lelongan awam yang akan dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 23 April 2012 nanti. Bagaimanapun, anda dibenarkan untuk melihat dahulu kesemua barangan tersebut sebelum terbabit dalam aktiviti lelong ini. Ikuti berita yang saya petik dari mStar ini...

KUALA LUMPUR: Ingin memiliki rantai emas yang pernah dimiliki oleh pengedar dadah?
Anda boleh, dengan berkunjung ke lelongan awam anjuran pihak polis yang akan memperlihatkan jam tangan mewah, barang kemas dan barang berharga lain yang dirampas daripada pengedar dadah.
Orang ramai boleh melihat terlebih dahulu barangan tersebut di Aras 13, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dari pukul 9 pukul pagi hingga pukul 4 petang, Khamis.
Lelongan sebenar akan diadakan di Dewan Perkey, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Isnin.
Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf, barang-barang berharga ini termasuklah rantai emas, gelang, cincin, anting-anting, jam tangan Rolex dan set televisyen.
"Barang-barang ini telah disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.
"Berikutan kejayaan pendakwaan pengedar dadah, kes dianggap ditutup dan barang-barang berharga dan harta yang dirampas itu boleh dilupuskan atau dijual.
"Sebelum ini, kita menjual barangan melalui tender tender atau saluran lain tetapi kali ini kami telah memutuskan untuk membuat lelongan awam," katanya.
Kebanyakan barang berusia antara lima dan 10 tahun. Terdapat lebih daripada 1,000 barang untuk bidaan.
Untuk barang kemas sahaja, nilainya adalah jutaan ringgit berdasarkan nilai pasaran semasa.
Adalah difahamkan bahawa tawaran permulaan bagi beberapa barang berharga serendah RM400.
ACP Ramli berkata lelongan ini telah menarik minat ramai orang, sambil menambah bahawa ramai yang telah membuat panggilan untuk menempah beberapa barangan berharga.
"Walau bagaimanapun, tempahan tidak dibenarkan kerana kita mahu memberi semua orang peluang yang adil untuk membida."

#Wahh...polis dah buat lelongan awam...rasa2nya mmg ramai yang akan datang ni nanti...he3x!!! 



Tag :

[PIC dan VIDEO] 300 MAHASISWA BERDEMO MINTA MANSUH PTPTN

on 15 April 2012


Hari ini, laporan dari Sinar Harian terdapat lebih 300 orang mahasiswa telah membuat demostrasi untuk memansuhkan PTPTN. Kumpulan mahasiswa tersebut, seperti yang aku jangka adalah dari kumpulan yang sama membuat bantahan demi bantahan sebelum ini. Kalau tengok dari senarai nama...yup...ianya dah lebih kearah politik. Isu PTPTN menjadi hangat kebelakangan ini. Ramai yang nak menjadi hero.


Tapi, pada aku buat masa sekarang inilah cara terbaik untuk pelajar menyambung pelajaran mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Kalau kita tengok pada zaman dulu2, ada kes yang sampai mak bapak terpaksa bergolok bergadai semata2 nak memastikan anak mereka mendapat pelajaran yang sempurna, seterusnya memperbaiki taraf kehidupan keluarga mereka sendiri. Bila adanya PTPTN semuanya menjadi lebih mudah, mak bapak pun tak perlu lagi bersusah payah bergolok gadai semata2 nak memastikan anak mereka berjaya. Tak pening kepala lagi sebab masih ada anak2 lain yang perlu diuruskan. Kini, semuanya terletak diatas bahu para pelajar itu sendiri, nak belajar bersungguh2 atau dapat duit nak beli macam2 gadget terbaru....maklum la zaman sekarang ni gadget2 ni cepat sangat usia tuanya. Kalau tak tukar takut nanti dikata ketinggalan zaman. Kalau yang jenis beringat tu, kira okey la kan...dah nama pelajar, belajar la bersungguh2...


Kumpulan mahasiswa itu, sebelum berhimpun di Dataran Merdeka, berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan kemudian di pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar jam 2.30 petang mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar dan pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden parti itu. Mereka berhimpun di Dataran Merdeka menuntut respons daripada pihak kerajaan mengenai tuntutan mereka agar skim pinjaman PTPTN dimansuhkan.
Mansuhkan PTPTN? Ntah laa...yang nyata sebelum ni aku dah baca satu entri dari rakan blogger [titan/earncent] dan juga komen2 lain yang mereka menyatakan "ketidaksetujuan" dalam isu pemansuhan ini. Dalam Islam pun, hutang tetap hutang, wajib bayar. Kalau dah setuju ambil....bayar je laa..ni tidak, ada pulak yang jenis liat nak membayarnya. Kalau tak setuju jangan ambil dan suruh la sesapa sponsor tuk korang...amacam? Boleh? Tolong jangan jadi manja sangat.....


Perhimpunan itu diketuai Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohamad Safwan Anang.NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur serta beberapa aktivis mahasiswa lain termasuk Adam Adli Abdul Halim juga hadir sama.Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan antaranya "tolak hutang", "pendidikan bukan barang dagangan",  "mansuh PTPTN", "jahanam Umno-BN", "reformasi" dan "revolusi" ketika berarak. Turut kelihatan kain rentang tertera tulisan mansuh PTPTN dan beri pendidikan percuma.


# Nak semuanya free....mak aihh...tokey lembu pun bole jual kandang!!! Opss...isu PTPTN juga cukup panas sehingga 2 orang ahli politik ni bersetuju untuk berdebat. Baguss...kita tunggu dan lihat nanti...kredit -Sinar Harian
Tengah hari tadi, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat menyentuh isu PTPTN yang hangat dibincangkan sekarang. Kira-kira seminggu sebelum pertemuan dengan Rafizi, Khairy akan berdebat dengan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mengenai pembaharuan pilihan raya.
“Saya ada menerima tawaran daripada Sinar Harian, daripada (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacub petang tadi mengatakan kesediaan mahu menjadi penganjur debat kami, saya setuju dan mengalu-alukan tawaran ini, dan saya akan berbincang dengan Khairy,” kata Rafizi kepada Sinar Harian Online lewat petang tadi. Sementara itu, Hussamuddin berkata, Kumpulan Media Karangkraf, yang menerbitkan Sinar Harian, bersedia untuk menjadi “tuan rumah” bagi debat-debat yang boleh memanfaatkan rakyat negara ini.
Tag :

LOGO TERBARU REAL MADRID - TIADA LAMBANG SALIB



Real Madrid, pasukan bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan peminat bola sepak terutamanya yang beragama Islam.

Hampir satu abad logo ini telah menjadi lambang bagi pasukan mereka, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Perubahan logo bertepatan dengan permulaan pembinaan sebuah resort pelancong sukan di UAE oleh Real Madrid. Ini akan menjadi taman tema pertama di dunia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Taman ini akan menggabungkan kedua-dua sukan dan pelancongan. Maka sesuai bahawa salib Kristian itu perlu dikeluarkan daripada logo.

Real Madrid mengikut jejak langkah pesaing mereka di Barcelona, ​​yang juga baru-baru ini terpaksa mengambil salib dari logo mereka untuk mendapat penaja di Qatar.





#Satu berita yang pastinya sangat menggembirakan buat semua peminat pasukan bolasepak Real Madrid yang beragama Islam. Lepas ni kompom ramai yang akan pakai baju Real Madrid sebab dah tak de lambang tu lagi...Baguslahh kalau begitu....errr...tetiba je aku rasa nak tuka template blog plak...he3x!!! - APesal aku tengok logo derang ni cun semacam jer ekkk?






Sumber
Tag :

Kemalangan di Lebuh Raya Elite - 7 Kenderaan ,1 SPAD Terbabit

on 14 April 2012




Enam parah dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, termasuk sebuah bas ekpres membawa pelancong. Sebuah lori kontena turut terhumban ke dalam gaung. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam semalam di Kilometer 13.8, Lebuh Raya Elite arah utara, kira-kira 300 meter sebelum susur ke Putra Heights. Sebuah kenderaan penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD dikatakan memintas sebuah bas ekpres yang dikesan memandu melebihi had laju.

Sebaik bas itu hendak memasuki lorong kecemasan, sebuah lori kontena gagal mengelak, lalu merempuh belakang bas. Lori kemudian terbabas ke kiri dan terhumban, sebelum terbalik ke arah tebing sedalam kira-kira 50 meter. Bas juga turut merempuh belakang Proton Inspira. Bagaimanapun, empat pengkuatkuasa SPAD, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Bas ekpres membawa kira-kira 30 pelancong warga Thai ini dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Hatyai. Penumpang bas kemudian meneruskan perjalanan menggunakan sebuah bas gantian dari syarikat yang sama. Polis sedang menyiasat punca kemalangan.


# Dengar2 cerita kemalangan ini disebabkan oleh penahanan SPAD keatas bas ekspress, ramai yang bagi feedback kat blog ondescene pasal kemalangan ni...tapi tak tau la plak, dalam TV3.com pun SPAD menafikan yang derang jadi punca kemalangan. Tak tau la mana satu yang betul skg nih...
Kredit - tv3.com dan ondescene
Tag :

AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK

on 12 April 2012

"A" adalah pulau Simeulue...
Pertama sekali bersyukur kehadrat Ilahi kerana kejadian gempa bumi di Acheh tidak memberikan impak yang besar kepada masyarakat Acheh dan dunia lain. Amaran menarik balik Tsunami telah dilakukan oleh beberapa negara seperti Indonesia,Malaysia,Thailand dan beberapa negara lain di sekitar lautan Hindi.

Keadaan di Acheh juga semakin pulih setelah talian elektrik dan satelit mereka Indosat dipulihkan. Bagi warga Acheh, pastinya keadaan ini bukanlah satu keadaan yang kurang selesa buat mereka biarpun amaran sudah diitarik balik. Pastinya tindakan berjaga-jaga tetap mereka lakukan.


Antara yang masih belum pulih akibat ganguan tsunami ini ialah lapangan terbang Simeulue yang masih belum boleh beroperai. Pasukan penyelamat terpaksa pergi ke pulau berdekatan untuk masuk ke pulau tersebut. Dan berita mengenai status penduduk di pulau Simeulue juga masih belum diketahui.

Untuk info tambahan , sebenarnya terdapat 14 kejadian gempa yang telah dirakam oleh pihak yang bertanggungjawab di Indonesia...bagaimanapun ada 9 yang dikatakan agak kuat dan aku listkan dibawah..

Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana Sutopo Purwo Nugroho mengatakan, gempa di Aceh pada Rabu (11/4/2012) ini terjadi sebanyak 14 kali.Dua gempa bumi di antaranya diikuti dengan potensi tsunami. Gempa ini berkisar mulai dari 6,1 SR - 8,8 SR. Gempa bumi terjadi ini Sabang, Meulaboh, Simeulue, dan Teluk Dalam.
Sembilan gempa di antaranya terjadi di Simeulue. Gempa yang terjadi di Simelue dikatakan terasa paling keras. Berikut ini adalah sembilan gempa yang mengguncang Simeulue:
1. Pukul 15:38:33 Gempa Bumi sebesar 8,5 SR terjadi di 346 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 10 kilometer. Gempa ini diikuti potensi tsunami.
2. Pukul 15:38:35 Gempa Bumi sebesar 8,3 SR terjadi di 341 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 42 kilometer.
3. Pukul 16:28:02 Gempa Bumi sebesar 6,5 SR terjadi di 510 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 10 kilometer.
4. Pukul 16:48:03 Gempa Bumi sebesar 6,1 SR terjadi di 630 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 10 kilometer.
5. Pukul 17:09:51 Gempa Bumi sebesar 6,1 SR terjadi di 492 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 10 kilometer.
6. Pukul 17:21:27 Gempa Bumi sebesar 5,7 SR terjadi di 335 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 23 kilometer.
7. Pukul 17:43:06 Gempa Bumi sebesar 8,8 SR terjadi di 483 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 10 kilometer. Gempa ini diikuti potensi tsunami.
8. Pukul 17:43:11 Gempa Bumi sebesar 8,1 SR terjadi di 454 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 24 kilometer.
9. Pukul 18:04:45 Gempa Bumi sebesar 6,1 SR terjadi di 460 km Barat Daya Simeulue pada kedalaman 10 kilometer.


kredit -kompas,tribunjakarta
Tag :

GEMPA BUMI SUSULAN DI BANDA ACHEH - 6.1 SR,Ombak 6 meter!!

on 11 April 2012

Kawasan yang dilaporkan berlakunya gempa bumi yang pertama dan ketiga
Gegaran susulan dikatakan setinggi 6.1 skala richter berlaku sejam selepas gegaran yang pertama (8.9 SR)Warga Acheh dikatakan dalam keadaan panik ketika ini. Gegaran dirasai selama 4 minit di sana. Ribuan orang ramai keluar dari rumah dan menuju ke kawasan yang lebih selamat ekoran kebimbangan terjadinya tsunami sekali lagi. Pihak berkuasa Acheh dilaporkan telah menyeru mereka kembali ke rumah, namun bilangan yang kembali sangat sedikit.


Talian telefon/komunikasi dan juga talian elektrik dikatakan telah terputus menjadikan warga Acheh semakin sukar untuk mendapatkan info terkini. Seorang warga Acheh telah dilaporkan terbunuh, allahyarham ditemui dihadapan masjid Jami, Syiah Kuala Banda Acheh ketika orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. Bagaimanapun doktor telah mengesahkan allahyarham meninggal akibat serangan jantung.




Gelombang tsunami dijangka akan melanda pantai Acheh...setakat ini ketinggian ombak di laporkan setinggi 6 meter. Anggota Dewan Perwakilan Rakyat yang sedang bersidang didalam dewan dilaporkan telah bersama2 berdoa supaya tidak terjadinya musibah seperti tahun sebelumnya. Presiden Indonesia juga dikatakan telah memantau perkara ini dengan rapi.


Korban pertama gempa bumi di Acheh
# Sama-sama kita berdoa supaya tidak berlaku tsunami yang besar dan tidak berlaku korban jiwa yang banyak seperti tsunami dulu...Aminn...Ingat!!! Mereka adalah saudara se islam kita!!!!
kredit to - Kompas dan Tribun Jakarta


Update - Gempa bumi yang ketiga pula melanda...8.8 SR di tempat yang berdekatan dengan yang pertama...Ya Allahhh!!!!
Tag :

GEGARAN DI ACHEH, 8.9 Skala Richter - Indonesia Keluarkan Amaran Tsunami

Yup, baru tadi [4.30 petang] berlaku gegaran gempa bumi yang dikatakan berpusat di Acheh pada skala richter 8.9. Agak tinggi juga bacaan itu dan dilaporkan penduduk yang tinggal di kawasan bangunan tinggi dan rumah flet di Malaysia terutamanya di negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perlis dan Perak juga turut merasai gegaran tersebut. Ikuti laporan Sinar Harian dibawah...
BANDA ACEH - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud 8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak. 
Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.
Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.


#UPDATE: Gempa Bumi Susulan di Acheh, 6.1 SR
# Semoga tak berlaku lagi kejadian seperti tahun 2004 dahulu...Insyaallah.
Tag :

Pertabalan Agong Yang Ke 14-Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim

Pertabalan_Agong_Yang_Ke_14_Sultan_Kedah
Pada 13 Disember 2011, dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kali ke-227...Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim telah dilantik menjadi Yang DIpertuan Agong ke 14, dan hari ini dengan rasminya Tuanku Abdul Halim diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Yang Ke 14. Manakala  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama. Satu perkara yang menarik disini kerana Yang di-Pertuan Agong Ke 14 ini merupakan antara Sultan pertama dilantik ke dua kali sebagai Agong dan pertama sekali memasuki Istana Negara yang baru terletak di Jalan Duta. Tuanku Abdul Halim dipilih bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin untuk tempoh selama 5 tahun. Dan, bertambah menariknya...pertabalan ini turut dirakam oleh dua agensi besar iaitu National Geografic [NatGeo] dan Discovery Channel untuk siaran di seluruh dunia.


Daulat Tuanku, semoga Malayisa bertambah aman dan makmur di bawah naungan tuanku. Insyaallah...


Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. Upacara hari ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.- Metro


kredit - utaranews,heypakyakini,harianpost,modhkhairi
Tag :

2 AKTA GANTI I.S.A?

on 10 April 2012

2 akta baru bakal diperkenal hari ni di Dewan Palimen
2 AKTA GANTI I.S.A? Berita hari ini menyiarkan tentang pengumuman berkenaan pembacaan kali pertama bagi 2 akta baru yang akan menggantikan undang2 I.S.A akan dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini.

Aku rasa 2 akta baru ini akan menjadi perhatian buat kedua2 belah pihak di Malaysia...masih awal untuk memperkatakan tentang kedua2 akta baru itu..kita tunggu dan lihat sahaja nanti...mungkin malam ni akan keluar dalam berita...
"Bacaan kali pertama hari ini. Ia akan dibacakan kali kedua Isnin depan dan seterusnya dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen," kata sumber kepada Sinar Harian Online. Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua akta yang baru bagi menggantikan ISA akan dibentangkan pada bulan Mac 2012.
Najib menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia pada 15 September lalu mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baharu yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. 
Katanya, undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.Dalam perutusan itu juga, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.
# Kredit - SinarHarian,umnoonline
Tag :

BERSIH 3.0 28 APRIL 2012 nih?

on 04 April 2012



Salam semua, nampaknya BERSIH 3.0 bersungguh2 nak adakan perhimpunan ke 3 mereka pada 28 April nih. Perhimpunan BERSIH yang telah bermula sejak November tahun 2007 yang lalu, dikatakan tetap akan diadakan di Dataran Merdeka tepat pada tarikh tersebut. Pengerusi gabungan bersama, A. Samad Said juga menjangkakan 500,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut yang bakal bermula jam 2.00 petang.

BERSIH secara umumnya menuntut 8 perkara utama.

1.  BERSIHkan senarai pengundi.
2.  MEREFORMASIKAN undi pos.
3.  GUNAkan dakwat kekal.
4.  AKSES media bebas dan adil.
5.  MASA kempen minima 21 hari.
6.  KUKUHKAN institusi awam.
7.  HENTIKAN rasuah 
8.  HENTIKAN politik kotor.

Mereka juga mendakwa, perhimpunan BERSIH juga akan diadakan di 32 lokasi seluruh negara dan di dunia. Terdapat juga tuntutan lain seperti kes loji Lyanas yang turut dipersoalkan mereka. Turut sama dalam perhimpunan tersebut nanti adalah 84 pertubuhan NGO. Woww....terkejut juga aku. Nampaknya naluri hati aku berkata, "kali ni aku rasa mesti lagi ramai yang datang nih.."

Ambiga, Bersih 3.0
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga 

# Jadi pada aku, siapa yang menyokong memang kena pergi kat perhimpunan BERSIH ini. Kalau setakat menyalak tapi duduk kat rumah layan internet, tengok tv baik tak yah cakap. Buang masa je. Aku TAK SOKONG perhimpunan nih. Kenapa? Tak perlu tanya, itu keputusan aku sebagai lelaki kacak, kan kita negara demokrasi he3x!! Maaf kalau bahasa aku kasar. Tak semua perbuatan/kerja kerajaan aku sokong, tetapi tak semua juga perkara yang dilakukan pembangkang aku setuju.
sumber - Malaysiakini


# Update keadaan selepas Bersih 3.0
Tag :

HARGA PETROL NAIK LAGI...


Harga petrol naik walaupun minggu lepas pm telah mengisytiharkan tiada berlaku kenaikan terhadap harga petrol tersebut. Menurut sumber, harga petrol RON95 tetap berada pada tahap biasa, hanya RON 97 sahaja yang terbabit dengan kenaikan ini. Harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi. Aku tak perasan pun tentang kenaikan kadar baru petrol nih. Nasib baik hanya RON 97 sahaja, kalau tidak....masaakkk..


Harap dengan kenaikan kepada RON97 sahaja, ianya tidak akan memberi kesan terhadap ekonomi dalam negara. So, tokey2 beso/pengangkutan tak leh le nak naik harga sesuka hati yekk....


# Pehh...seb bek negara kita boleh lagi menampung harga kos minyak ni, kalau tengok kat negara2 jiran...dah ada yang siap boikot,demo dan bakar tayar di jalanan...mohon di jauhkan la. Gambar di bawah, demo para pelajar membantah kenaikan harga petrol di Indonesia. Adam Adli tak nak join ker..he3x!!






Sumber - Malaysiakini dan Cari
Tag :

SENARAI NAMA RAKYAT MALAYSIA YG TERBUNUH DAN TERCEDERA - BOM DI THAILAND

on 02 April 2012

Berikut adalah satu senarai rakyat Malaysia yang tercedera dan terbunuh di dalam pengeboman di Hat Yai dan Yala, senarai itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia di Thailand,juga informasi dari Kementerian Luar Malaysia di Thailand. Kepada rakyat Malaysia yang nak buat lawatan ke sana, diharap lebih berhati~hati. Thailand kini semakin bergelora...(wilayah selatan)

BOM+DI+HAT+YAI
Keadaan sebuah kereta dalam letupan di Yala


BOMBING INCIDENTS IN YALA AND SONGKHLA
The Embassy of Malaysia wishes to inform that as a result of the bombing incidents which took place on 31 March 2012 in Yala Province and the town of Hatyai, Songkhla, one Malaysia was killed and 27 other Malaysians injured.

We would like to extend our appreciation to the local Thai Authorities which have rendered assistance to those affected. The Consulate General of Malaysia in Songkhla is making efforts to ensure that the injured Malaysians receive proper medical attention. If the situation permits, the injured Malaysians will be transferred to Malaysia in due course. The Consulate has also set up a 24-hour Operations Room. The contact telephone numbers are 0066 7431 1062 and 0066 7431 6274. The fax number is 006674 324 004.


Malaysians who, out of necessity, are required to visit the provinces of Yala, Narathiwat, Pattani and Songkhla are advised to consult the Consulate General of Malaysia in Songkhla for advice and should thereafter observe all necessary security precautions.

Embassy of Malaysia
Bangkok
1 April 2012


Senarai nama rakyat malaysia yang terbunuh dan tercedera berikutan letupan bom di Hat Yai.


Meninggal dunia
1. Law Phin Hock, 46, (lelaki) berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah.
2.  Tan Peng Chan, 39 (lelaki) berasal dari Kuala Kedah


Hospital Rajyindee
1. Minnie Ng, 35, (perempuan), Banda Hilir, Melaka.
2. Choo Kok Boon, 46, (lelaki), UOG Heights, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
3. Sangathali Khrisnan, 33, (perempuan), Jasin, Melaka.


Hospital University Prince of Songkhla (PSU)
1. Ooi Foon Chuan, 33, (lelaki), Bukit Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang - kritikal.
2. Wong Szee Ee, 28, (perempuan), Butterworth, Pulau Pinang.
3. Lin Hock Bee, 38, (perempuan), Alor Setar, Kedah.
4. Lew Kin Lai, 38, (lelaki), Alor Setar, Kedah - kritikal.


- UTUSAN




# Dibawah adalah video selepas letupan bom di Hat Yai..






# Aku pernah pergi memancing di Koh Lippi, Thailand dan memandu masuk menggunakan kenderaan. Keadaan jalan amatlah cantik, cuma agak sedih bila tengok kemajuan orang2 Islam disana. Suasana perkampungan orang Islam disana sangat jauh berbeza. Ibarat di tahun 60an atau 70an. Keadaan masjid juga agak menyedihkan..masjid banyak, tapi nak jumpa masjid yang cantik mmg tak dapek laa. Bila bercakap dengan org sana pun, derang kalau boleh tak nak sebut pasal militan nih...katanya ramai "spy" yang mengintip pergerakan org2 Islam disana. Wallahualam.
Tag :

[PIC] PENGEBOMAN DI YALA, HAT YAI DAN YALA

on 31 Mac 2012

3 letupan bom telah berlaku di Yala,Thailand siang tadi, kejadian berlaku selepas gas meletup di hotel Lee Garden, Hat Yai. Aku pasti, selepas ini pihak pemerintah disana akan menuding jari terus kearah kumpulan pembebasan Patani, Thailand. Buktinya, 5 orang suspek telah ditahan dibawah Akta Darurat Thailand [ala2 ISA] sejurus letupan gas di Hatyai siang tadi dan media antarabangsa juga mengatakan suspek pengeboman bagi ke semua siri letupan bom ini adalah dari militan Islam. Letupan di Hatyai telah menyebabkan 5 orang terbunuh manakala 30 orang lagi cedera.11 orang yang tercedera itu adalah dari rakyat Malaysia.

Sementara itu letupan di Yala pula telah mengakibatkan 11 orang terbunuh manakala lebih dari 100 orang lagi tercedera. Di Yala, 3 letupan berlaku selang beberapa minit dan letupan ke 3 telah menyebabkan ramai yang terbunuh. 2 bahan letupan disembunyikan didalam motorsikal, manakala sebiji lagi didalam kenderaan. Di Pattani pula, sebuah motosikal meletup dan telah mencederakan seorang anggota polis.

LETUPAN+BOM+DI+HAT+YAI






Tag :

[PIC] IKAN FLOWERHORN YANG AWESOME

on 30 Mac 2012

Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan. - kosmo

IKAN+FLOWER+HORN+YANG+SANGAT+CANTIK

IKAN+FLOWERHORN+YANG+AWESOME

FLOWER+HORN

# Dah macam ada parabola astro yang jenis pasang siap pulak bila aku tengok ikan nihh...he3x!!!
Tag :

[14] GAMBAR BANGUNAN KLCC TERBAKAR?

Terkejut juga bila pepagi lagi terbaca di beberapa blog yang sebuah restoran [Chinoz] di bangunan KLCC  terbakar petang semalam. Aku bukan biasa sangat dengan bangunan KLCC ni, sebelah tangan gi melawat sana pun belum habis kira lagi. Dengar2nya tiada kecederaan yang dilaporkan? Kalau betul, alhamdulillah. Mungkin derang kat sana cepat sedar kot masa kebakaran tu berlaku. Dan, tahniah juga aku nak ucapkan kepada pasukan bomba yang telah berjaya memadamkan kebakaran dengan pantas. Semua gambar disini adalah hasil dari carian di google.my

- Lokasi kejadian; Restoran Chinoz on the Park di sebelah Taman KLCC.
- Sejumlah 4 buah kereta bomba bersama 30 anggota tela tiba untuk mengawal kejadian. 10 minit selepas kejadian, pada jam 5.28pm.
 Sebelum pihak bomba tiba, Kebakaran itu dilaporkan telah berjaya dipadamkan oleh unit tindakan kecemasan KLCC.- Tahniah!!!
Kira-kira 5,000 orang dipindahkan dalam masa 10 minit - Satu tindakan cekap mungkin hasil dari latihan menyelamat sebelum nih.
- Seorang wanita dilaporkan (dalam keadaan sedar) dilaporkan dimasukkan ke dalam sebuah ambulan - mungkin terkejut kot?
- Jam 6.38 pm, semua pekerja di bangunan KLCC dibenarkan semula untuk masuk kedalam opis memasing.


Berikut adalah gambar2 yang aku jumpai di carian google.my-


BANGUNAN_KLCC_TERBAKAR"

GAMBAR_BANGUNAN_KLCC_TERBAKAR

















Kredit kepada semua sumber dibawah ni-
kosmo
yanmie
notakosong
blogamar
tebakor
mimpi-senja
malaysiakini.com
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved