Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan

Traffic Light Jalan Kebun Rosak, Dah Sebulan Tanpa DiPerbaiki?

on 29 Disember 2012

Traffic Light Rosak Dah Sebulan Tanpa DiPerbaiki?
Sila klik gambar utk gambar yg lebih jelas
Traffic Light Jalan Kebun Rosak, Dah Sebulan Tanpa DiPerbaiki? Aku malas la nak report sana report sini. Tetapi pihak yang sepatutnya mengawasi mende ni kena la peka sikit. Kalau dua tiga hari atau seminggu tu okey la juga, ni dah masuk sebulan lebih masih tiada siapa yang nak mengambil tindakan. Traffic light rosak...hurmm pasti menyusahkan ramai pihak.

Setuju tak kalau aku traffic light rosak ni bukan saja menyusahkan, bahkan ianya merbahayakan nyawa pengguna jalanraya. Malam kelmarin dalam hujan aku dah terjumpa kemalangan yang berlaku disini bahana traffic light rosak ni. Dalam hati aku, "ni yang aku nampak, yang aku tak tau tah bape banyak lagi gamaknya..."
Gambar aku ambik hari Jumaat semalam, asik dok kelip kuning je la t/light ni
Musim hujan ni, mende2 begini penting sesangat. Kalau time pergi kerja dan balik kerja tu...mak aihh....sesaknya jangan cerita laa. Nasib baik aku cuma naik kriss ajaib aku tu. Boleh la cilok sikit2...

Untuk info, jalan ni memang sibuk time kerja sebab ianya jalan yang terpantas untuk ke Shah Alam. Walaupun kena bayar tol rm0.60 ianya masih berbaloi. Jadi bila traffic light ni buat hal, ianya memang sangat menyusahkan ramai pengguna.

Satu lagi, alang2 aku dah masukkan dalam blog, aku minta pihak pertimbangkan untuk besarkan lagi simpang tu. Bukan apa, simpang tu kecik sangat, bila lori dan trailer lalu dari Alam Impian bahaya bebeno gayanya. Depa terpaksa guna sepenuhnya skill "lipat stereng" untuk memastikan treler derang boleh lepas. Kalau tak, kompom ada yang terjun parit.



Juga kalau depa tak keberatan aku minta traffic light tu di besarkan/ dialihkan. Maksud aku traffic light yang dari Jalan Temenggung 7/ Golden Villa tu dipasang sebelum simpang tu lagi. Dekat sangat dengan simpang Golden Villa....bahaya juga tu. Penduduk Golden Villa la yang nyaya...so terpulang lahh....kalau pentingkan kepentingan rakyat aku rasa depa mungkin boleh ubah, tapi kalau tak, memang begini saja la jawabnya.


#Mungkin boleh foward mende ni kat adun dan ahli parlimen sri muda kot...




Traffic Light Jalan Kebun Rosak, Dah Sebulan Tanpa DiPerbaiki?
~Salam mesra dari yastro~

Tag :

Jururawat Rakam Gambar Hantu

on 08 November 2012

Jururawat Rakam Gambar Hantu ! Al kisahnya hari ini paper kosmo menyiarkan berita tentang seorang jururawat yang di katakan telah merakamkan imej hantu.

"Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.
Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.
“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Persoalannya, adakah imej atau gambar hantu itu adalah imej sebenar yang di rakamkan beliau? Zaman sekarang ni, tardapat banyak cara atau dengan erti kata lain manipulasi untuk menghasilkan gambar seperti ini.

Seriusly aku tak percaya sangat dengan gambar2 sebegini yang terpampang di laman2 web tempatan kecuali aku sendiri yang mengalaminya.

Err...mungkin dgn iPhone 5 kita boleh edit gambar2 tu jadi sebegini???


Jururawat Rakam Gambar Hantu
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Gambar - Anggota Bomba Cedera Terbakar

on 05 November 2012

Gambar - Anggota Bomba Cedera Terbakar ! 10 orang anggota dari Bomba Malaysia telah mengalami kecederaan akibat terbakar setelah berlaku satu letupan ketika mereka dikatakan sudah pun berjaya memadamkan kebakaran di sebuah kilang tayar di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa semalam. - gaya berita wehh...he3x!!!


Gambar - Anggota Bomba Cedera Terbakar

Dalam kejadian tersebut, walaupun anggota bomba tu dah memakai pakaian kalis api, tapi mungkin dek kerana minyak tu dah terkena pakaian anggota bomba malang tersebut, ianya  menyebabkan pakaian kalis api yang di pakai mereka tetap terbakar.


Anggota Bomba Terbakar

Pepatah kata api bila kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan sememangnya sangat menakutkan apatah lagi ianya di ikuti dengan letupan. 

Aku pernah tengok sebuah kilang berasaskan getah terbakar. Makk aihh...ngeri juga nak datang dekat2, apa lagi kalau nak gi padamkan api tu. Masa tu sempat juga la aku sembang dengan brother2 bomba tu. Nak sembang lelama sangat pun tak boleh jugak sebab depa sedang bertugas. 

Satu lagi pengalaman, yang ni kat anggota bomba yang dah otai. Aku pernah tengok depa pikul tong gas yang panas dan dah terbocor akibat kebakaran (tapi masih belum meletup) dari tingkat 5 flat sampai ke bawah...kalau korang camne la gamaknya tu? Memang la depa dah terlatih....tapi keberanian depa tu yang aku respek. 


Seorang Anggota Bomba yang menjadi mangsa kebakaran

Beginilah kehidupan seorang anggota bomba, pada aku, merekalah wira sebenar di saat orang lain dah melarikan diri dari terkena bahang api yang panas. Kalau sesiapa pernah tengok movie mat salleh yang mengisahkan tugas bahaya kerjaya sebagai anggota bomba, (aku dah lupa tajuknya) aku rasa barulah depa tau betapa besarnya jasa anggota bomba terhadap kita semua. 


Gambar Anggota Bomba Cedera Terbakar

Antara anggota yang cedera dan mengalami kecederaan parah ialah Penolong Ketua Balai Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Din Mohamed, 55: Pegawai Bomba Kanan II, Nazah Nafi, 43; dan Abd Razak Abdullah, 41, yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian. Zulkifli Mahmud, 40, dan Pegawai Bomba Kanan II, Wan Asri Wan Yaacob, 52, masing-masing dirawat di HRPZ II.

Manakala anggota yang cedera ialah, Mohd Zakee Daud, 35; Rohazanizam Osman, 31; Mohd Fathir Mohd Jusoh, 39; Mohd Shaiful Fitri Ali, 32; dan seorang Penolong Penguasa Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusmar Mat Yusof, 33.


Seorang Anggota Bomba yang menjadi mangsa kebakaran

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, 
"Kejadian itu di luar jangkaan kerana dalam kebakaran bermula jam 8 pagi itu, api sudah dikawal selepas setengah jam, namun suasana bertukar cemas selepas minyak memancut keluar dari tangki menyebabkan letusan api besar."

“Ia tidak dijangka kerana kebakaran berjaya dikawal sebelum tangki minyak meletup. Ini kejadian pertama membabitkan pegawai dan anggota yang parah ketika operasi memadam kebakaran,” 


Semoga mereka semua cepat sembuh dan mampu lagi menggalas tugas mereka seperti sediakala.
#Mood tgh baik nak berblog nih....buh je laaa:D, entri "Sticky Post" aku ada pblm la pulak.....hairan bing ajaib nih....kalau nak baca korang kena klik kat another post kat bawah sebelah kanan tu baru okey.....hurmphhh!!!!!
Gambar - Anggota Bomba Cedera Terbakar
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Menang SUV Bernilai RM80,000 dan iPhone 5

Menang SUV Bernilai RM80,000 dan iPhone 5 ! Nan dia....hadiah dia betul2 kaw maaa....SUV bernilai RM80K, walaupun Suv tu jenama China, Cherry Tiago tetapi still berbaloi ma.

Menang SUV Bernilai RM80,000 dan iPhone 5

Bak kata orang tua2, kalau dah rezeki tu, tak akan kemana. Macam tu jugak la dengan contest iPhone 5 Gajet Impian, kalau tak cuba kita tak akan tau maa....So entri ni sebenornya hanya entri yang sengaja aku kaitkan dengan contest dari bro DH...:D

Apapun, tahniah la buat pemenang bertuah tu, Woon Hui Koon, 55, yang merupakan seorang akauntan. Dia menang sebab guna kad visa debit kat Giant semasa promosi Giant-Visa Meriah Raya 2012  di lakukan tempoh hari.
"Saya menganggap kemenangan ini sebagai hadiah kesetiaan daripada Giant kepada saya sekeluarga yang sudah lama berhasrat membeli kenderaan bersaiz besar untuk kegunaan kami," katanya yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur.
Nengok....akauntan pun bolom mampu kereta bersaiz beso untuk keluarga dia....punyalah syusah cali makan kat KL nih...he3x!!!

So....masih ada masa lagi bagi mana2 rakan blogger nak join contest anjuran Denaihati nih, hanya tinggal beberapa hari saja lagi nih!! Meh sesama kita reramai rebut hadiah utama iPhone 5 dari contest beliau. DH mmg terbaik...:Hidup Untuk Memberi"....- pehhh...kipas syusah mati boto dah nih...ha3x!!!!


# Satu lagi, sebenornya aku tengah test "sticky post"...lama tak buat...alhamdulillah menjadi juga la, walaupun dgn blogspot new interface nih.....Ada yang nak tau ka sticky post tu apa??



Menang SUV Bernilai RM80,000 dan iPhone 5
~Salam mesra dari yastro~



Tag :

Gambar Permaisuri Agong Bertudung, Pulang Dari Mekah

on 04 November 2012


Gambar Permaisuri Agong Bertudung, Pulang Dari Mekah ! Pada 31 Oktober 2012 lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH).

Gambar Permaisuri Agong Bertudung, Pulang Dari Mekah
Gambar terbaru Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah selepas ketibaan dari Mekah

Menurut berita, rombongan tuanku telah berangkat pulang dari Jeddah dan tiba di tanah air kira-kira pukul 8.55 malam selepas menunaikan ibadah Haji pada 19 Oktober lepas.

Setibanya di LTSAH, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah terus menerima lintas hormat oleh 9 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Tok Jalai.

Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disaat waktu keberangkatan ke Mekah

Namun apa yang menariknya ialah perkembangan terbaru Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang telah mengenakan tudung, satu perkembangan yang sangat di sambut baik rakyat jelata. Tahniah tuanku....
Tag :

Kamal Affandi Sakit AVM, Bantuan Rakyat Malaysia Diperlukan

on 11 Oktober 2012

Kamal Affandi Sakit AVM, Bantuan Rakyat Malaysia Diperlukan ! Menerusi blog Mazidul Akmal Sidek, Kamal Affandi Hashim yang merupakan seorang penganalisa jenayah dan sering muncul di kaca tv dilaporkan sakit AVM serta memerlukan bantuan rakyat Malaysia.

Kamal Affandi Sakit AVM, Bantuan Rakyat Malaysia Diperlukan

AVM merupakan singkatan kepada Arteriovenous malformation (AVM) adalah satu penyakit yang telah ada pada mangsa sejak lahir lagi. 

Menurut info, AVM yang ada di dalam kepala Kamal adalah lebihan urat di kepala yang telah mengganggu koordinasi tangan kanan beliau, dia juga terpaksa menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal.

Disebabkan AVM adalah penyakit yang semulajadi, insuran yang diambil oleh Kamal tidak boleh menanggung kos rawatan beliau yang berjumlah RM41,820.

Melalui info terkini dari blog Mazidul, Kamal Affandi kini memerlukan hanya RM10,000 sahaja lagi. Beliau juga di laporkan telah menjalani pembedahan semalam dan keadaaan beliau di laporkan semakin pulih.

Kamal juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang turut mendoakan keselamatan beliau serta sudi untuk menyumbang membiayai kos pembedahan terbabit.

Kini, kos rawatan untuk Kamal hanya tinggal RM10,000 sahaja. Untuk membantu kos rawatan yang hanya tinggal RM10,000 itu, anda boleh melakukannya menerusi akaun Kamal seperti di bawah.

Public Bank Kamal Affandi Hashim : 4007 85 2927

Kamal Affandi Sakit AVM, Bantuan Rakyat Malaysia Diperlukan
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Bekas Pemain Bola, Ezmi Derita Barah Hidung

on 09 Oktober 2012

Bekas Pemain Bola, Ezmi Derita Barah Hidung ! Aku memang ada terbaca di akhbar tentang berita seorang bekas pemain bolasepak pasukan Selangor iaitu, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang di dapati menghidap kanser hidung tahap 4. Satu tahap yang agak kritikal.


Ezmi Penderta Barah Hidung

Ada rakan aku memberitahu, Ezmi ni pernah bermain untuk pasukan bolasepak Proton satu ketika dahulu. Aku tak begitu kenal sangat, maklum la bukan kaki bola. Menerusi rakan blog Apan, aku rasa terpanggil juga untuk membuat sedikit entri berkaitan dengan Ezmi. 

Ramai juga yang telah membuat entri untuk membuat kutipan derma kepada beliau. Aku dapat lihat entri ni di beberapa blog. Jadi, kepada para dermawan yang nak menyumbang kepada Ezmi, boleh lah hubungi nombor dan alamat seperti yg tertera di bawah.
Ezmi Penderta Barah Hidung

No Akaun Maybank Siti Mariam Md Jan (adik Ezmi) : 1620 7659 4008
Manakala dibawah pula adalah alamat Ezmi sedang menetap sekarang.
Alamat : LOT 399 PT 1322 ,KG SENTOSA TAMBAHAN, 44300 BATANG KALI, HULU SELANGOR, SELANGOR.
Semoga dapat sama-sama kita membantu dan meringankan beban Ezmi. Terbaru dapat info, Ezmi terkena buatan orang/sihir, ada pakcik di felda Gedangsa yang sedang merawat hidung dia sekarang, keadaanya pun sekarang bertambah pulih. Alhamdulillah....
# Dengar2 cerita ada rakan2 dr Proton pergi melawat beliau....tapi aku pun x bape nak sure lg sebab lom jumpe derang.


Ezmi Penderta Barah Hidung
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan Maut

on 08 Oktober 2012

Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan Maut ! 

Gambar Nissan GTR dan Skyline

Kedua-duanya kereta berkuasa tinggi, mungkin kerana ego dan darah muda yang pantang di cabar, empat orang maut akibat kemalangan yang dasyat di Kuantan.

Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan Maut

Apa yang aku tengok, kedua-dua kereta tu dah hilang bentuk menawannya, tinggal besi berserabai jer. Memang kalau tengok keadaan kereta tu, patut la empat orang maut dalam kejadian ini. Itu pun nasib baik sebab ada yang masih terselamat.....

Dengar ceritanya depa tu dok berlumba, time tu pulak hujan....hurmmmm memang cari nahas betul la derang nih.

Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan Maut

 Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu awal pagi tadi. 

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan, adalah seorang warga China. 
Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21. 

Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR berkenaan. 

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok. 

"Pemandu kereta Nissan GTR itu sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan," katanya. 

Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. - BERNAMA
Bercerita tentang kemalangan langgar pokok ni, dulu pernah juga aku tengok kesan atau impak dari kemalangan laju dan langgar pokok.

Rakan aku sendiri, time tu derang keluar nak makan tengah hari jugak laa....tak tau tah camne, ada sikit bumping, kereta tu lost handle dan terus menuju ke pokok.

Dari empat orang yang ada kat dalam tu, dua orang terselamat dan dua lagi meninggal kat tempat kejadian. Al fatihah buat mereka.......



Harap2 aku boleh ingatkan diri aku agar tak lupa pada had kelajuan jalanraya dan orang-orang tersayang yang ada di sekeliling...sebabnya, kadang2 aku sendiri pun terlupa bila dah pegang steereng nih, nak2 time balik kampung layan konar kat Karak [tapi tak la laju mana punnnn...:D]

Gambar Nissan GTR dan Skyline Terlibat Kemalangan Maut
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Bekas Askar British Dapat Tangan Bionik

on 30 Ogos 2012

Bekas Askar British Dapat Tangan Bionik ! Seorang bekas tentera British yang tercedera semasa pertempuran tahun 2010 dengan Taliban, telah berjaya mendapat tangan bionik.

Kejadian 5 September tersebut telah menyebabkan rakan beliau yang berada dibelakangnya terkorban, manakala beliau pula cedera parah ditangan dan juga disekitar mata dan badan.

Bekas Askar British Dapat Tangan Bionik


Semasa Dalam Service

Andrew Garthwaite, 25, yang terkena bedilan RPG semasa pertempuran dengan Taliban kini mendapati hidupnya kembali ceria setelah tangan bionik yang baru didapatinya berjaya menjadikannya seperti insan biasa semula.
'Ia adalah perkara-perkara kecil yang lebih mudah sekarang - seperti membuka balang atau memegang sudu. Ini adalah perkara-perkara yang saya tidak dapat untuk melakukan sebelum ini dan sekarang saya belajar lagi. 'Saya rasa jauh lebih baik dan saya agak gembira dengan kecacatan saya. Saya bangga dengan apa yang saya telah dicapai dan apa yang saya telah lakukan. '
Bekas Askar British Dapat Tangan Bionik 
-salam mesra dr yastro-

Tag :

Google Bantu Perangi Jenayah Siber

on 24 Julai 2012

Google Bantu Perangi Jenayah Siber ! Bersiap sedialah wahai para penjenayah antarabangsa kerana bapak Google dah isytihar nak membantu dalam memerangi geng2 jenayah siber nih.

Nampaknya geng2 jenayah siber yang selama ini bermegah dan bermewah dengan menggunakan produk bapak Google akan berasa panas kerana komitmen yang bapak Google bakal jalankan ini.

Google Bantu Perangi Jenayah Siber

Dengan kerjasama pertubuhan pembenterasan jenayah antarabangsa [puhh panjangnya] bapak Google kini akan mencari 'pintu belakang' kepada kumpulan pengganas, pengedar dadah dan penyeludupan manusia antarabangsa.

Menerusi anak syarikat aplikasi enjin carian itu, Google Ideas akan bekerjasama dengan agensi penganalisis, Majlis Hubungan Luar dan pertubuhan pembanterasan untuk mencapai tujuan tersebut.


Sindiket dadah, penyeludupan manusia dan kumpulan jenayah terancang dilaporkan kini menggunakan teknologi tinggi di Internet untuk menyembunyikan kegiatan serta identiti mereka daripada penguatkuasa undang-undang.

Pertubuhan pembanterasan jenayah global juga berharap, teknologi Google akan menjadi kunci dalam 'menembusi' teknologi digunakan oleh kumpulan jenayah tersebut.


Pegawai Google dan pertubuhan terlibat telah mengadakan pertemuan pada minggu ini untuk membentuk strategi bagi memerangi jenayah global.


Felo Kanan Majlis Hubungan Luar, Stewart Patrick berkata, ia mungkin terkeluar daripada tujuan asal Google, tetapi syarikat teknologi kini mempunyai peralatan yang mampu membawa ketelusan kepada jaringan tersembunyi dan memerangi penyelewengan sertamembantu pihak berkuasa membanteras jenayah transnasional.


"Kita semua tahu penjenayah menggunakan Internet, tetapi kini kita boleh katakan Internet juga membantu membanteras jenayah," kata Profesor Madya Antropologi di Pomona, Pardis Mahdavi yang membantu Google dalam mencapai hasrat tersebut. 


# Siyess, aku rasa para penjenayah akan berasa lebih gementar dan kalut dengan pengumuman bapak Google nih,...hahahaha.
# Jumaat lepas, aku terima sesuatu....Huiyohhh..."Sayang Cikgu Ketat2", tunggu review nye nanti yeahhh!!!
Tag :

AMAH AMUK SEPAK BAYI?

on 13 Julai 2012

AMAH AMUK SEPAK BAYI? Pagi-pagi Jumaat lagi dah ada sesuatu yang buat hati aku panas. Tak habis2 kisah orang nak dera bayi lagi.

Aku ni memang pantang sebenornya bila dengo kisah begini. Nak2 lak ni kes amah sepak bayi....WTH ehhh?

AMAH AMUK SEPAK BAYI?


Tah, la...bila aku terbaca je berita dari Metro ni, mak aihhh....sakitnya hati aku....Orang dah bagi kerja kat sini patutnya bersyukur laa. Buat kerja tu elok2...jangan la buat bende2 yang menyimpang macam nih. Heiii....dapat kat aku, mau kenna terajang balik orang jenis camnih!!


AMAH AMUK SEPAK BAYI?

Memang jenis manusia (amah) yang tak reti bersyukur dia nih...Aku doakan dia kena penjara lama2 sikit. Baru puas hati aku.....



# Sori klau korang masuk blog aku 2/3 hari ni nampak lain macam jerr...mmg ada pblm sikit lorr. Ingat nak tuka template thesisforbloggerV2, last2 komen i/d aku tu cam ada pblm je. So, wat masa skg aku maintain je la ngan template TFBV1 nih. Btw, kalau korang ada guna tempalte shah danial nih, leh cari group kat f/b....siap ada support group lagi. Mana ada template free yg mesra seo pas tu ada support group laie wooo....

AMAH AMUK SEPAK BAYI?
-salam mesra dr yastro-
Tag :

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK !

on 06 Julai 2012

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK ! Arghhh.....Hampas betul lak aku tengok berita dari paper Sinar Edisi Ganu pagi tadi. Ade lak tokey ni jual nombor ekor kat tepi semak dengan selamba badak jek.

Kalau dia jual kat bukan muslim aku tak le hairan sangat, tapi bila dah jual kat orang2 Islam...hmmm aku rasa ini suda lebey nih.

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK!
Tengok...selamba badak je derang jual nombor ni kat tepi semak...

Meh kita tengok petikan berita dari Sinar nih.

- Demi mahu kaya cepat tanpa mengenal halal dan haram, segelintir orang Islam di sekitar Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 1, dekat sini, sanggup membeli tiket nombor ekor dengan seorang tauke yang menjualnya di tepi semak berdekatan deretan kedai di simpang tiga utama masuk ke Bandar Baru Cheneh.

Hanya berbekalkan sebuah kerusi dan payung, tauke berusia dalam lingkungan 50-an itu selamba menjual tiket loteri tanpa lesen di situ setiap Rabu, Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga jam 5.30 petang.

Seorang penduduk yang enggan identitinya didedahkan berkata, tauke terbabit mula menjual nombor ekor di situ sejak 2000 lagi, dan biarpun banyak kali ditangkap polis, namun dia masih berani mengulangi kesalahan sama.

Menurutnya, lebih memalukan, majoriti pembeli terdiri daripada orang Melayu dan Indonesia yang merupakan peneroka serta pekerja ladang sawit beragama Islam berusia belasan tahun, sehinggalah yang sudah masuk fasa warga emas.

Selain itu, Orang Asli Sungai Pergam yang tinggal berdekatan dan golongan pekerja ladang wanita warga Indonesia juga antara pelanggan yang sering mengunjungi port jualan judi nombor ekor tidak berlesen itu.

“Dengan harga tiket serendah RM1, ramai penduduk sekitar datang membeli tiket nombor ekor ini.

Apa yang saya dengar ada yang pernah mendapat sehingga RM60,000 selepas tiket nombor yang dibeli mengena. Ramai juga yang menang sebanyak RM12,000.

“Namun, itu semua tidak halal. Bukan sahaja pada bulan biasa, pada bulan puasa juga aktiviti ini berterusan.

Kebiasaannya paling ramai pembeli pada jam 4 dan 5 petang kerana ramai yang baru keluar dari ladang sawit,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, disebabkan tidak berlesen, pembeli yang membeli tiket nombor ekor terbabit boleh menang dengan hadiah lebih lumayan berbanding jika membeli tiket di kedai-kedai judi nombor ekor berlesen, memandangkan hadiah yang dimenangi tidak dikenakan cukai pendapatan.

“Kerana sudah ada di depan mata (mudah untuk dibeli), ramai orang Islam datang beli tiket nombor ekor ini untuk mencuba nasib. Kalau tempat jualan haram ini tiada, saya rasa pembeli tidak akan pergi membelinya di bandar Kuantan atau bandar Kemaman,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam membendung kegiatan itu termasuk mengambil tindakan kepada pembeli yang beragama Islam untuk menyedarkan mereka.

TOKEY JUAL NOMBOR EKOR TEPI SEMAK !
--salam mesra dr yastro--
Tag :

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan

on 26 Jun 2012

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan ! Model terbaru Galaxy S III yang dikeluarkan oleh Samsung bakal mendapat sambutan yang hebat di pasaran.

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan
SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran
Samsung Electronics Co (Samsung) mengunjurkan jualan sebanyak 10 juta unit Galaxy S III pada Julai ini, lalu bakal menjadikannya model telefon pintar terlaris dipasaran. 

Penjualan Galaxy S III yang telah dilancarkan pada hujung bulan lalu, disasarkan dapat menyaingi produk Apple iPhone bakal meningkatkan perolehan Samsung pada suku kedua berbanding suku pertama tahun ini.


SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran

Keadaan ini agak bertentangan dengan unjuran pasaran, kekangan pengeluaran dan kelemahan ekonomi global yang di katakan akan memberi tekanan kepada perolehan syarikat itu.
Saham Samsung jatuh lebih 4 peratus kepada paras terendah dalam 4 bulan setengah, selepas broker menurunkan unjuran keuntungan suku tahunan akibat kebimbangan berhubung perniagaan telekomunikasi dan cip syarikat itu. 



Penanda aras indeks KOSPI jatuh sebanyak 1.6 peratus. 

“Keadaan pasaran keseluruhan adalah mencabar berikutan isu zon euro dan bekalan komponen yang terhad, namun keputusan suku kedua kami akan lebih baik daripada suku pertama,” kata JK Shin, ketua bahagian mudah alih Samsung. 

Keuntungan bahagian mudah alih Samsung berjumlah AS$3.6 bilion (RM11.5 bilion) pada Januari hingga Mac, merangkumi 73 peratus keuntungan operasi kumpulan. 


Samsung melancarkan jualan global bagi Galaxy S III pada 29 Mei, tetapi penghantaran terjejas berikutan kekurangan komponen seperti selongsong telefon bimbit itu. 

“Bekalan kekal terhad berikutan permintaan kukuh dan kekurangan komponen, namun kami menjangkakan bekalan keseluruhan akan dipertingkatkan mulai minggu depan,” kata Shin. 
Pihak Samsung berkata [April lalu] telefon Samsung Galaxy S III bakal menjadi penyumbang prestasi kewangan suku kedua syarikat. 

Penganalisis menurunkan unjuran penghantaran telefon pintar Samsung pada suku kedua beberapa minggu lalu, dengan jangkaan jualan model terbaru Galaxy akan menyebabkan penurunan lebih ketara beberapa produk terdahulu.


SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran


Mereka juga menyandarkan unjuran itu kepada bekalan terhad Samsung Galaxy S III dan saingan sengit daripada pengeluar telefon murah seperti Huawei Technologies dan ZTE Corp. 

JPMorgan mengurangkan unjuran bekalan telefon pintar Samsung pada suku kedua 10 peratus kepada 50 juta unit. 

Samsung telah berjaya menjual 44.5 juta telefon pintar pada Januari hingga Mac, bersamaan hampir 21,000 unit setiap jam sekali gus membolehkannya menguasai 30.6 peratus pasaran. Apple pula telah menjual 35.1 juta iPhone, dengan 24.1 peratus pasaran. 

Samsung telah memperkenalkan siri pertama Galaxy pada 2010, tiga tahun selepas iPhone melancarkan iPhone, bagi menyaingi kejayaan pelancaran telefon pintar Apple.



-entri cuba memujuk iklan Samsung Galaxy III melekat lebih lama di sini...:D

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan
-Salam mesra dari yastro-
Tag :

GAMBAR LELAKI DIREMPUH KERETA DIHIGHWAY

on 27 Mei 2012

Gambar Lelaki Dirempuh DiHighway! Seorang lelaki yang keretanya mengalami  kerosakan disebuah highway di US. Bayangkan dalam keadaan kenderaan lain sedang menderu laju, tetiba ada sebuah kereta yang berhenti tengah laluan sebuah highway.

Pasti mengejutkan bukan, tak kira sesiapa la yang memandu sekalipun. Manakan sempat nak membrek secara mengejut jika tetiba sahaja didepan anda adalah seorang lelaki yang sedang berdiri dibelakang kereta dia yang rosak. Tengok video dibawah, pastinya ia sesuatu yang sangat2 mengerikan.


Gambar Lelaki Dirempuh kereta

Melambung!! lelaki dirempuh kereta...

Seperti aksi stunt!!

Lelaki tersebut jatuh disisi keretanya

Hanya mampu mengerang kesakitan

Saksikan Video lelaki tersebut dilanggar dan melambung jatuh tetapi beliau bernasib baik kerana hanya mengalami patah kaki sahaja.

#Update, maaf video tersebut telah diremove oleh ownernya.-nasib baik still ada gamba...:D

GAMBAR LELAKI DIREMPUH KERETA DIHIGHWAY
-salam mesra dari yastro-
Tag :

Aksi Maut Seorang Lelaki

on 20 Mei 2012

Aksi Maut Seorang Lelaki ! Tak salah aku aksi maut lelaki tengah panjat gunung ni aku ambik kat dalam paper daily uk kot. Aku pun dah lope, apa contentnya pun dah malas nak selak semula paper tu. Tapi berdasarkan gambar yang ada ni, boleh la kita anggap yang lelaki ni memang dah sesaja je beraksi untuk menempah maut.

Dah la tak guna satu pun alatan keselamatan, baju pun tah kemana dicampaknya...kalau aku...ntah laa..memang tak termampu nak buat kot. Nak2 bila tengok kat bawah....isk..isk...ngeri sesangat wooo.

Aksi Maut Seorang Lelaki

Tiada Safety...aksi Maut!

Lelaki Berani Mati



Aksi Maut Seorang Lelaki


# Jangan tiru aksi lelaki nih, biar la terer tahap gaban sekalipun..pada aku, ianya tetap perbuatan yang boleh la dikategorikan sebagai pendek akal.

-salam mesra dr yastro-

Tag :

Pencuci Tandas Dapat Ijazah

on 15 Mei 2012

Pencuci Tandas Dapat Ijazah. Hari ni terbaca di kosmo online berkenaan dengan kisah seorang pencuci tandas yang mendapat ijazah setelah belajar dan bekerja bertahun2 di Universiti Columbia, New York.

Memang aku sangat respek dengan keteguhan hati pak cik ni. Nampak tak, usaha yang tidak mengenal penat pasti akan membuahkan hasil juga satu hari nanti. Biar la masa yang diambil tu agak lama, yang penting hasil yang akan dituai nanti. Macam ni la contoh Lelaki Kacak yang aku suka...


Begitu juga jika buat perkara yang sama seperti yang pakcik ni buat. Biarlah sesusah mana sekalipun, halangan itu adalah cabaran dan cabaran adalah satu kehidupan, jangan anggap halangan,cabaran dan dugaan itu satu masaalah yang tidak boleh diselesaikan. Aku suka tengok orang bermotivasi sebegini...serius. Membangkitkan semangat. Begitu juga dalam berblog, aku juga suka try and error. Selagi boleh cuba,... cuba...jangan mudah patah semangat. Kalau tak, tak jadi la Lelaki Kacak...he3x!!

Sorry guys, ada kerja. Entri Pencuci Tandas Dapat Ijazah ni antara entri paling laju yang pernah aku hasilkan, cuma semak 2/3 kali, pas tu terus publish...he3x!!!. Cekidout.


#wlaupun cibuk...usaha tetap usaha...ha3x!!
Tag :

TEMPOH SEMINGGU LAGI SERAH DIRI - Bersih 3.0

on 10 Mei 2012

Hanya diberi tempoh seminggu untuk serah diri, itulah amaran polis kepada peserta Bersih 3.0 yang gambar mereka telah disiarkan secara meluas sebelum ini di media massa.

peserta demo bersih 3.0 dicari polis

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin , mulai Rabu depan [16/05/2012], pihak polis akan melakukan tangkapan dari rumah ke rumah terhadap mereka yang enggan menyerah diri. Sebuah pasukan khas telah diwujudkan untuk misi mencari mereka ini dari rumah ke rumah.


Dalam pada itu, 25 keping lagi gambar peserta perhimpunan akan disiarkan di dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dicari untuk membantu siasatan ialah 129 orang.


Setakat ini 12 orang telah ditahan dan 8 daripada mereka telah didakwa di mahkamah, manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan polis.



Tag :

2 KUMPULAN NGO HAMPIR BERTEMPUR DI BUKIT AMAN

on 08 Mei 2012

2 Kumpulan NGO berasingan hampir bertempur di Bukit Aman? Mengejutkan juga ni. Itulah info yang dilaporkan oleh mstar dan sinar harian. Pertembungan secara tidak sengaja itu dikatakan hampir-hampir mencetuskan suasana yang tidak sihat. Alhamdulillah, akhirnya pihak polis berjaya mengawal keadaan.

2 KUMPULAN NGO HAMPIR BERTEMPUR DI BUKIT AMAN

Harapan aku, biarlah berbeza pendapat tetapi jangan sampai ngo ini bertempur dijalanan pula. Satu budaya tak sihat yang bakal merubah budaya dan adat yang selama ini disanjung tinggi oleh orang kita.
Kumpulan pertama diwakili Persatuan Veteran Tentera Malaysia serta 10 wakil NGO lain tiba di Bukit Aman pada 1.10 tengah hari dan berhimpun sambil melaungkan ikrar selama kira-kira 30 minit.  Berlaku sedikit pergeseran apabila kumpulan kedua diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta wakil 28 NGO lain, yang menyokong perhimpunan 28 April, tiba pada kira-kira 2.45 petang untuk menyerahkan memorandum kepada polis. 

Walau apapun yang terjadi aku pasti tiada rakyat Malaysia yang mahu melihat kumpulan ngo2 ini saling bertempur ataupun menumpahkan darah hanya kerana berbeza pendapat dan pandangan.
Tag :

[GAMBAR] AKIBAT HUJAN LEBAT, KUALA LUMPUR BANJIR LAGI - 2 Mei 12

on 03 Mei 2012

Semalam hujan lebat dari tengah hari sampai la ke malam. Masa aku balik petang semalam pun aku perasan yang air sungai Klang naik dengan kadar yang agak tinggi dan berarus deras. Satu fenomena biasa tetapi tetap mengerikan. Sambil lalu tu sempat jugak hati aku terdetik, "Kalau la ada yang jatuh kat dalam nih...iskkk"- pehh, sempat juga aku terfikir camtu pulak...

Okey,abaikan dulu cerita aku kat atas tu. Hujan lebat semalam juga dikatakan telah membuatkan banjir kilat di Kuala Lumpur di beberapa tempat terutamanya di Salak Selatan. Ada beberapa keping gambar dan informasi yang aku telah google dan share disini...Selain itu pihak Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran peringkat Jingga berkenaan hujan lebat dan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan diseluruh negara.
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini.
 
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang. 

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang  (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan  (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu). Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - Bernama 

banjir kilat di Kuala Lumpur

Banjir di Salak Selatan


Banjir di Salak Selatan

kredit to - Sinar,Kosmo dan utusan
Tag :

GAJI MINIMUM - RM900

on 02 Mei 2012

GAJI MINIMUM -RM900
MTUC

Bersyukur kerana perjuangan beberapa persatuan terutamanya MTUC selama 15 tahun akhirnya telah berjaya mencapai kata sepakat dengan pihak kerajaan untuk menetapkan dasar gaji minimum. Hari Isnin yang lalu, aku terpaksa pergi ke satu kursus singkat [3 jam] yang mana penceramahnya adalah salah seorang ajk kesatuan tempat kerja aku.
Isnin lepas, Najib mengumumkan kadar gaji minimum bagi pekerja di Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam) yang akan berkuatkuasa enam bulan daripada tarikh perintah itu diwartakan.
Dikesempatan yang ada itu, sempat juga kami bertanyakan soalan mengenai gaji minimum ini. Kebetulan...hari itu adalah hari dimana kerajaan mengumumkan keputusan gaji minimum tersebut. Apa yang menariknya ialah, [jawapan dari ajk kesatuan aku tu] gaji minimum ini sebenarnya hanya menguntungkan pekerja baharu sahaja. Pekerja lama tidak langsung termasuk didalam akta ini. Bermakna...semua kenaikan selepas ini adalah atas belas ikhsan syarikat. Kalau pihak syarikat prihatin, ada lah rezeki untuk pekerja lama, kalau tidak....sendiri mau ingatlahh..

Btw, aku lupa tanya tentang satu perkara, sama ada belas ikhsan itu termasuk kesemua syarikat yang ada di Malaysia atau hanya syarikat aku sahaja. Anggapan aku pada masa itu adalah untuk semua syarikat di Malaysia. Mungkin ada rakan2 yang arif dalam hal ini dan mampu memberi sedikit penjelasan. Aku agak terkejut juga sebenarnya...tetapi beliau mengatakan memang terdapat akta untuk itu. Jadi, pekerja lama dan kesatuan memang tidak boleh berbuat apa..




# Uishhh...nasib-nasibbb, Untung sabut timbulll....untung batu, tenggelam la jawabnyaa.....argghhhhhh. Satu lagi, rupa2nya Thailand juga baru menguatkuasakan kadar gaji minimum di negara mereka.
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved