Memaparkan catatan dengan label Blog Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Info. Papar semua catatan

Removal Duplicate Title Tags- Natang mende ni?

on 11 Februari 2012

Remove-Duplicate-Title-Tags
91 Duplicate Title tags

Hari ni aku baca entri dari forblogger.net berkenaan isu "Removal Duplicate Title Tags". So tips dah dapat...pe lagi, aku terus check pula di Google Webmaster aku pulak...Hambik ko...ada 91 "Duplicate Title Tags" yang bersedia menunggu untuk aku perbetulkan ataupun remove kan. Jenuh jugak la..mau dalam 30~40 minit aku nak copy dan removekan kesemua duplicate title tags link tersebut. Nak kena buat secara manual katakan....isk..isk..

Tu baru kat "Duplicate Title Tags" belum lagi yang kat crawl error. Banyak seh...kena ambik masa nak check link tersebut dan removekan dari diaksess kat Google. Setau aku, bila dah buat mende2 macam ni jenuh la kita nak menunggu mende tu hilang. Aku tak tau sangat bab2 ni...so kalau nak tau lebih lanjut, sila la pergi ke blog forblogger yang aku dah bagi link kat atas tu, my sifu...hehehe. Happy Blogging sumer...

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


proses-removal-link
Proses copy link dan paste kat removal link

Proses-Removal-Link-Berjaya
Done...91 link telah berjaya di masukkan kedalam removal link/url
Tag :

ICT NEF-Awani 2012 di PWTC - 10&11 February 2012

on 30 Januari 2012

Karnival ICT NEF-Awani 2012 di PWTC akan diadakan pada 10&11 February 2012 [2 hari sahaja]. Pelbagai hadiah menarik seperti Sony Bravia LCD TV, iPad2, Kamera Digital dan Netbook disediakan untuk pengunjung bertuah.

Aku tak berapa tahu sangat mengenai NEF-Awani ni sebenarnya, tapi menurut rujukan aku di blog ShamHardy.com-Part3, inilah tempat syarikat bumiputra tempatan [lebih 15 syarikat] bersaing dan memenangi anugerah dalam kategori yang berbeza [dalam 11 kategori]. Turut hadir ialah PM Dato Najib Tun Razak, dan aku difahamkan beberapa orang blogger juga telah diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada PM. Untuk info lebih lanjut sila masuk ke Amanz.my

So mana2 geng blogger yang nak "usha2" karnival tu amatlah digalakkan. Mana tau korang boleh menang hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan...aku rasanya tak dapat pergi kot.

Karnival NEF Awani 2012

Tag :

Google Friend Connect Ditamatkan, Google Plus sebagai penggantinya...

on 26 Januari 2012

Google Friend Connect Ditamatkan, Google Plus sebagai penggantinya... Google dah sahkan yang mereka akan tamatkan perkhidmatan "Sambungan Rakan Blogger" ataupun dalam bahasa inggeris "Google Friend Connect" pada 1 Mac 2012.

Korang boleh search perkara ni di Google, ramai blogger dah memaklumkannya. Mungkin disebabkan kurang efektif, Google Friend Connect akan ditamatkkan dalam bulan March 2012 ni. Mengikut pemahaman yang aku baca dari rakan2 bloger yang lain, derang akan tamatkan Google Friend Connect sebab nak bagi naik satu projek baru mereka iaitu Googgle Plus. Rasanya ramai rakan blogger dah tahu dan guna Google Plus ni.- errr...aku pun jarang guna sebenarnya...:)

Ni hok lama...aku tengok skg dah makin bertambah la plak...
Sebagai pengganti, Google dah buat satu lagi yang aku rasa lebih menarik iaitu Google Plus. Ia dapat memberi korang semua lebih mengenali kawan yang korang sambungkan itu..kalau nak betul2 kenal laa. Tapi bagi aku, keikhlasan dan kejujuran berkawan adalah satu perkara yang baik dalam dunia blog ni. Sebab tu aku letak avatar yang sememangnya gambar diri aku sendiri. Tetapi, bagi orang lain yang menggunakan avatar "dummy" aku pasti diaorang pun mesti ada sebab tersendiri. Tak perlu la dipertikaikan tentang perkara itu.

Aku dapati semakin hari semakin ramai plak yang follow di ruangan "Google Friend Connect" aku tu, jadi hari ni aku nak bagi tau awal-awal yang widget ni bakal aku buang satu hari nanti.


Apapun kalau korang nak berminat nak berkawan dengan aku di Google Plus, aku persilakan dan jangan memalu nak klik kat ayat "Add to Circle" aku yang berwarna biru, atas bahagian kanan blog aku ni. Terima kasih juga aku ucapkan kepada kengkawan yang telah add aku di Google Plus. Sekiranya Google Friend Connect ni Ditamatkan, aku pasti Google Plus yang menjadi pengganti nanti akan lebih meriah dan menarik dari yang sebelum ni.

~Yang Penting Blogging Mesti Heppi.....~
Tag :

Cara Buat Backlink Free dan Tambah Link Alexia Rank - Cara Sempoi

on 25 Januari 2012

As salam semua ...
Hari ni tetiba rasa nak update tentang "Cara Buat Backlink Free dan Tambah Link Pada Alexia". Banyak cara, tapi aku bagi korang dalam 2/3 cara yang aku rasa okey dan selalu aku buat sepanjang 2 tahun lebih aku berblog, nak ejas kat coding aku pun tak bape nak pandai...so aku ambik jalan yang panjang sikit laa. Tapi sebelum tu aku nak "bagitau/warning" korang, aku bukanlah pakar SEO dan coding HTML dalam blog. Aku cuma berblog ikut suka dan cara aku je, mana-mana coding yang aku rasa nak buat tapi tak jadi, aku tak citer banyak dah...terus aku tinggalkan. 


Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang SEO blogspot, aku syorkan korang pi godam blog bro Shah ataupun forblogger.net - so kalau apa yang bakal korang baca ni baik, korang polow je laa...kalau tak, sila abaikan. Aku akan mulakan entri yang agak panjang kali nih.


Okeh, berbalik kepada cara buat backlink free tu, sebenarnya banyak sangat caranya....cuma kita sedar dengan tak sedar je. Antaranya award kat World Bloggers and social media award 2012 . Kalau boleh, aku minta korang buang rasa segan, malu atau rasa rendah diri dengan blog korang tu. Jangan dihirau sangat bab-bab tu, kalau korang nak backlink free dan juga trafik dari site tu aku syorkan korang masuk je. 


List+Blog+Aku+Social+Media+Awards+2012
Link dari Social Media Awards
Soal dapat undi atau tidak, perkara kedua. Sekurang2nya dengan cara ni, blog korang akan dilihat ramai orang. Serius...aku pun sejak masuk award ni, kerap juga pergi kesana...bukan setakat nak tengok undian kat blog aku je, tapi aku juga masuk kat undian kategori lain dan kenkadang [kalau rajin] terus masuk blog orang tu. 


Biasanya  kalau aku masuk kat web award tu, aku akan usha blog kengkawan yang biasa aku nampak dan ziarah, kalau aku terjumpa..."kompom" blog yang dikira kawan aku tu akan dapat undian dari aku. Nampak tak...at least, kat situ je korang dah dapat undian, backlink dan trafik walaupun tak le besar mana. 3 in 1...he3x!!!

Aku sebenarnya dapat idea nak buat entri ni bermula dari komen antara aku dan rakan aku, si Apan [KongsaKongsi], aku siap printscreen lagi komen tu..he3x!!!. Thanks bro...sebab komen ko, "plinggg"...idea suda mali maa..... 
Chating+Yastro+APAN
Chat aku ngan kawan aku Apan[KongsaKongsi]



Cara kedua pula adalah dengan masuk contest ataupun giveaway. Tapi aku rasa cara ni tak ramai sangat yang nak join, bergantung kepada situasi dan keadaan...juga pada imbuhan...he3x!!!

Last...tips cara nak tambah site link pada Alexia Rank, aku rasa tips ni antara perkara yang paling mudah. Satu kebiasaan bagi aku adalah bagi/buat komen kat blog orang lain. Itu perkara yang biasa aku buat, tapi kena komen kat pelbagai blog, forum dan sesekali kat laman web kerajaan. Jangan rasa takut nak komen kat blog orang lain hanya kerana anda fikir ..."admin ni, jenis tak nak komen balik kat blog aku laa". Cuba buang sikap tu, insyaallah korang boleh tengok link Alexia tu akan bertambah dari sehari ke sehari. Jadi bila link bertambah, insyaallah Alexia Rank pun pastinya akan naik. 


Alexia+Rank+For+Yastro
Alexia rank kat blog aku...310 site linking tuu....


Jadi, kesimpulannya cara aku berblog ni sempoi je kan. Aku tak pernah check site linking tu benar-benar berkualiti atau tidak. Kalau aku guna mozilla, mungkin aku boleh check...tapi bila dah guna chrome ni aku rasa malas la plak nak bertukar browser. Senang je cara aku kan...yang penting blogging dengan happy, bukan mau cari gado-gado dengan orang lain...faedahnya dan kebaikannya akan datang juga satu hari nanti, yang penting korang haruslah bersabar.


[Kalau kandungan entri "Cara Buat Backlink Free dan Tambah Link Pada Blog - Cara Sempoi" ni banyak yang tak betul, sila la turunkan komen anda..aku terima semua komen, no hal punya.]
Tag :

Undian di Sosial Media Awards 2012

on 23 Januari 2012

Rasanya ramai dah blogger yang tahu perkara ni. Kalau pergi sana, pergi sini pasti ada cerita tentang blogger yang masuk Undian di Sosial Media Awards 2012. Jadi, aku pun tak nak ketinggalan, terus terjah masuk register dan buat vote untuk blog yang biasa aku masuk. Tapi aku rasa tak ramai pun rakan2 blogger yang aku kenal ada masuk kat dalam undian nih. Jadi undian aku terhad laa....he3x!!


Setakat ni, blog yang aku dah bagi undian...blog earncent, denaihati, cyza, forblogger, ariffshah, cikgu dahlia dan azmanisma. Tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada cyza kerana menjadi orang pertama buat undian untuk blog aku. 


He3x!! Nak harapkan apa yer dari undian nih? Tak de apa2 pun, cuma suka2 jer..untuk bahagian Upcoming Blogger Of The Year blog ariffshah yang paling tinggi setakat ni dengan 53 undi, tu pun bersaing hebat dengan blog JunFook.com. Blog aku pulak dah dapat 3 undi. Alhamdulillah...kira okey dah tu. Tapi kalau ada kengkawan yang nak tambah undi, apa salahnya kan...inform je kat aku, aku undi korang balik [kalau korang masuk laa]..ha3x!!! Apapun terima kasih kepada mereka yang dah undi aku tu...rasa aku, kalau dapat dalam 5/6 undian pun dah kira bagus sangat. Sebabnya? Leceh sikit...korang kena register dulu...baru boleh buat undian.


Undian di Sosial Media Awards 2012
# Kalau nak undi blog aku, sila pergi ke bahagian Upcoming Blogger Of The Year Sosial Media Awards 2012. Lega sikit dah sakit gigi...mmg berkesan jugak petua gigit bunga cengkih nih...
Tag : ,

Remaja 23thn Jana Pendapatan lebih 100K di Internet?

on 12 Januari 2012

Remaja Berusia 23 Tahun Jana Pendapatan 100K Melalui Internet.
Siapa yang kenal Amirul Hafiz? Sebenarnya dia ni salah seorang usahawan internet yang agak popular juga di Malaysia. Beliau mengusahakan pendapatan melalui penjualan ebook dan juga sistem affiliate. Ramai lagi sebenarnya usahawan internet yang famous di Malaysia, dia ni cuma salah seorang sahaja. Okey, sebenarnya aku sering melanggan email info dari beberapa orang usahawan internet. Aku kagum dengan usaha mereka. Tapi tu la, setakat tu je, aku tak pernah nak mempercayai [walaupun ianya benar] apa yang mereka usahakan ini. Aku tak tau, kenapa hati aku seakan menjadi batu bila bab-bab nak beli ebook mereka. Walhal kerap aku baca testimoni rakan blogger tentang kebaikan dan kelebihan ebook mereka tersebut.

Ada masanya aku akan ke web Wang Cyber untuk melihat-lihat apa isu yang menarik disana. Begitupun aku hanyalah seorang "member" yang pasif. Jarang [tak pernah] kot aku memberikan komen, setakat baca je la selalunya. Minat nak jadi usahawan tu ada, tapi tu la...tak pernah berkembang sebab aku tak pernah terlintas nak ikuti kursus dia orang semua.

Apapun hari ni aku nak kongsi dengan korang salah satu email yang aku terima dari Amirul Hafiz, beserta satu video mengenai Rahsia Remaja Berusia 23 Tahun Jana Pendapatan 100K Melalui Internet. Terpulangla kepada rakan2 semua nak tonton ataupun tidak...He3x!!

Remaja 23thn Jana Pendapatan lebih 100K di Internet?






# Salah satu cara terbaru aku nak tingkatkan pendapatan online adalah dengan blog. Dan dalam dunia blog ni, banyak juga cara lain nak jana pendapatan. Contohnya seperti masuk giveaway,contest yang dibuat oleh blogger lain. Aku bagi satu contest yang sedang berlangsung sengit sekarang kat korang. Pertandingan Pengalaman Kena Denda diSekolah anjuran Earncent.com. Amcam...ada yang nak join ke??

Remaja 23thn Jana Pendapatan lebih 100K di Internet?
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah - Blog Titan|Earncent.com

on 10 Januari 2012

Start dari tadika yang telah berlalu berpulu-puluh tahun dahulu. Aku...seorang lelaki yang pendiam, malahan agak pemalu. Di situ lah bermulanya Pengalaman Aku Kene Denda di Sekolah. Hard disk dalam kepala aku berputar laju, mengimbau kenangan-kenangan yang berlalu begitu lama, satu kenangan yang harus aku kongsikan disini kerana ianya bukan saja untuk tatapan rakan blogger ataupun silent reader malahan ianya juga bakal menjadi tatapan untuk anak-anak dan juga cucu cicit aku dimasa akan datang. Insyaallah.

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah blog Titan earncent
Gambar ni bukan untuk contest Pengalaman kene denda di sekolah ekk...

Tapi, sebenarnya aku memang tak dapat ingat langsung peristiwa kene denda kat sekolah semasa di tadika dulu. Apa yang aku ingat ialah perjalanan pergi dan balik sekolah jer, pas tu pergi jenjalan kat KL. Masa tu dapat pergi KL pun macam dah pergi ke oversea dah..ha3x!! Seperti biasa, aku hanya berjalan kaki sahaja ke tadika yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari rumah aku. Sekali sekala jika arwah abah aku habis kerja awal, dia akan datang dengan vespa yang sangat klasik tu. Jauh? Ehhh...kalau zaman aku dulu, biasa beb!! Kami semua lasak sebab terdedah dengan aktiviti fizikal yang mencabar. Permainan zaman dulu juga susah kita nak tengok bebudak zaman sekarang main. Malah hampir tiada lagi rasanya. Sedih gak ni beb....Tapi, kenkadang ade jugak yang kreatif dengan membuat/mereka bentuk permainan zaman dulu disesuaikan dengan sentuhan baru pulak mengikut citarasa terkini...ha3x!!! Kenkadang nampak lawak jugerr.

Kembali ke Pengalaman Aku Kene Denda DiSekolah dulu, kita tinggalkan kisah aku masa di tadika tu. Nak bercerita camne kan kalau dah tak hengat, baik aku cerita pengalaman kene denda semasa di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Haaa...bila masuk time dah beso sikit ni, baru la "hard disk" aku boleh ingat sikit-sikit. Tu pun dalam jelas ngan tak jelas jerr...he3x!!

Kisah kene denda semasa di sekolah rendah, ade...tapi aku tak nak kongsikan disini. Sedih pun ada rasanya..Memang ada satu pengalaman yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila, kerana ianya membabitkan orang lain yang telah tiada. Tak tahu la di masa akan datang aku nak bercerita pulak kisah kene denda masa tu.


Jap...jap...sejak kebelakangan ni,  aku memang suka kepada SEO, walaupun aku bukan pakar SEO. Cari, tanya dan belajar...walaupun sikit insyaallah korang yang baru2 ni pasti akan berjaya. Sebab tu kalau kengkawan blogger semua tengok posting dalam blog ni laju semacam jer. Ye la, dah masuk tahun ke 3 YastroOnLine ni di alam maya. Aku kene ubah sikap aku dari hanya tunggu trafik ciput, kepada trafik yang lebih berdengung. Bila trafik berdengung, baru la rasa syoknya blogging. Saat itu baru la tahu, nikmatnya SEO dan juga SERP...aku cuma tahu sebut jer, tapi aku tak tahu nak hurai. Nak tahu lebih lanjut, sila la korang search sendiri...contoh  nak bermain/bertanya dengan SEO ni ialah Forblogger.net yang dikendalikan oleh bro Shah. Tapi aku cuba juga jaga dan kawal diri aku dari terlebih-lebih, bahaya juga tu. Seronok sangat bila trafik berada di first pagekan....dan itulah tujuan sebenar kita berblog. Kita jerr??...Sama juga keadaannya bagi orang lain, tak kira la blog info ke, blog politik ke, blog agama ke atau blog personal...kecuali kepada beberapa individu yang tidak memasang ads/iklan dalam blog mereka. Hahaha...yang tu memang terkecuali.

Bila bermain dengan SEO, aku suka cara rakan blog si titan yang kacak tu. Nak-nak kene lawan keyword dari blog dia...pehhh lagi susah wooo. Aku tahu, calon utama untuk pertandingan keyword Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah kat blog Titan ni bakal di  kuasai oleh pakar-pakar SEO, Contohnya si Titan sendiri, Cik Tom, Bluedianthus dan beberapa nama yang lain...he3x!! Tapi aku tak kira, aku nak jugak cuba dengan entri intro Pengalaman Kene Denda Di Sekolah, contest yang dibuat oleh Titan yang Kacak nih. Errr...ada lagi tak kengkawan yang nak join? Setakat ni aku tengok dah ada 6 orang yang join contest Pertandingan Pengalaman Kene Denda di Sekolah nih. Insyaallah, lepas ni akan ada entri sebenar Pertandingan Pengalaman Kene Denda di Sekolah oleh blog Titan, earncent.com
Adiozzz.....aku nak rehat jap....banyak tul aku membebel hari nih...hahahaha
Tag : ,

First Time Aku Menang Contest - Earncent.com

on 09 Januari 2012

First Time Aku Menang Contest - Earncent.com

Hari ni aku nak cerita sikit tentang contest/pertandingan artikel berpengaruh di blog earncent yang telah aku sertai sebelum ni. Waaa...suda lewat maaa, sori bro....he3x!!! Ok, kita teruskan. Dah banyak kali aku masuk contest, ni la pertama kalinya aku dapat hadiah.

Walaupun dari segi pertandingan tu aku kalah, tapi aku dapat juga hadiah dari titan dari segi Pertandingan Komen Terbanyak di blog beliau. Pertandingan tu memang sengit giler, otai2 pun masuk maaa..bro Tehr, Cik Tom..uish power Cik Tom punya keyword eh, sampaikan keyword dia mampu duduk kat atas dari keyword blog tokey.

Jadi, kat bawah ni aku tinggalkan printscreen email dari maybank2u yang telah ditransfer kedalam akaun aku oleh bro Titan. Cepat betul dia masukkan, tengah hari aku hantar form, petang tu terus dia masukkan. Hehehe...tengs bro. Lepas dah belanja anak2 aku makan aiskrim Special kat Seksyen 2 Shah Alam haritu, hehehe.

Okey, dibawah ni untuk tatapan korang, hadiah tak beso mana. Tapi inilah permulaan bagi aku untuk mencuba nasib lagi dimasa akan datang.Insyaallah. Untuk keputusan penuh korang boleh masuk di entri 10 Blogger Kacak Yang Berpengaruh ini.

Menang Contest - Earncent.com

-Salam mesra dari yastro-
Tag :

Shoutmix Ditamatkan Perkhidmatan, Cbox dan Ishout Sebagai Gantinya....

on 03 Januari 2012

Akhir Disember hari tu aku dapat tahu yang khidmat percuma Shoutmix talah ditamatkan perkhidmatan. Kalau user blog tu nak juga guna shoutmix, kene bayar la lak. Rasanya tak ramai yang nak bayar kan? hehehe.. Jadi hari ni aku cam biasa, melakukan xtvt merayau2 kat blog kengkawan. Baru aku perasan yang mana pengguna shoutmix percuma telah tidak diaktifkan. Manakala bagi pengguna cbox pula masih lagi boleh menggunakan software percuma ni dengan suka hatinya. Begitu juga dengan blog aku...ishout percuma masih lagi boleh digunakan. Jadi, alternatif bagi semua pengguna shoutmix adalah cbox dan juga ishout. (Bagi mereka yang suka blogwalking) So, aku rasa senang je kan bagi pengguna shoutmix nak settlekan problem  nih...Adioz...
Shoutmix kawan aku Apan/Kongsa Kongsi
Cbox Bieaz

C/box  Seribahasa...
# Satu jerr...shoutmix dan cbox ni banyak sgt spam masuk...aku tak suka, tu yg aku guna ishout. tapi Ishout ni ada berat sikit laa...sbb tu aku alih ke page. Satu lagi aku kureng sikit b/w...aku suka drop komen...jadi klau tak de pun x jadi masaalah besor kat aku sebenarnya.
Tag :

Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

on 23 Disember 2011

Ayarkkkk...tetiba je hari ni aku terasa nak join "Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com". Sebenarnya (bulan lepas kot) aku dah ada inform kat dia yang aku nak join entri yang berpengaruh ni, tapi biasak le...penyakit "melayu mudah lope" menyerang aku, sampai la dia buat entri terbaru "amaran untuk para blogger". Soalnya kenapa la aku gatal tangan kata nak join ek..gatai tangan betoi la aku nih. Okeh, ni aku nak bagi tau beberapa sebabnya...

1. Aku nak jugak masyuk macam si titan...[asik dia je yang tunjuk cek2 dia tu..jaki gak aku]
2. Aku nak belajar dari ebook free yang bakal aku dapat nanti. [ha3x!! kalau aku menang laa]
3. Aku nak belajar buat "superblog, power blog" macam dia jugak...[Kalau menjadiii laa....]

Okeh, tak yah buang masa sebab aku pun nak cepat jugak ni. Kat bawah ni aku senaraikan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang telah mempengaruhi aku dari segi berblog....

1. Komisen ke 9 dari 701panduan
Kenapa artikel yang ni? Kerana kalau korang masuk situ, si titan ni dah ada publish satu cek dari 701panduan. Korang tau bape jumlahnya...?  Rm301 woo...banyak tu. Pas tu lak,dia ada buat satu senarai, hehehe kalau korang tengok senarai tu...dah macam cara-cara nak jadi "soperman" dah woo, panjang dan gilos sikit...Buat blog sampai ada blog anda mampu jadi "superblog & powerblog"...Peh cam menarik kan? Pe kata korang gi survey sendiri apa yg aku dah tuliskankan nih...

2. Anda Bosan Dengan Perniagaan Internet?
Well...ini yang paling aku suka..part titan bagi ceramah motivasi kat reader2 dia. Dia kata dia stat belajar buat bisness ni masa dia umur 17 taun. Muda lagi siot...jauh muda dari aku. Aku kenal internet pun masa umur aku dah setengah masak. Dia stat awal so, korang boleh agak la camne kejayaan dia sekarang. Sebab tu boleh kata ada je cek2 terbaru yang sampai dan sentiasa menjadi santapan entri di earncent.com. Gagal? Sapa yang bisness nak untung je kan. Sebelum berjaya tu, selalunya mesti ada kegagalan. Korang tengok contoh yang dia bagi, beribu2 rm terbang kerana internet, tapi ade ke dia kecewa? Tarak...terus maju kedepan maaa...sebab tu dia gelar diri dia "mat kacak"...he3x!!!

3. Review: Panduan Asas Lengkap Untuk Blogger
Entri ni sebenarnya mengisahkan bagaimana nak jadi seorang blogger yang berjaya tanpa banyak membuang masa. Contoh paling dekat macam si apan aku yang tak kenal 'cacing html", FTP, fungsi htaacess, c panel...huhh memacam maa. Serious...aku berblog cuma melayari internet je, pengetahuan aku pun melalui internet. Setakat ni aku belum pernah lagi beli ebook. Aku takut lorr...takut ditipu...hehehe. Mungkinkah dengan entri ni mampu menukar fikiran aku untuk membeli ebook?? Wokehhh...kita tunggu dan lihat jerr..

So, rasanya aku stop disini je la dulu. Penat dah kepala otak aku nak memikir idea nak buat artikel ni. Rasa2nya semua syarat untuk join "Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com" tu aku dah penuhi. Kalau tak cukup, aku tunggu dia sound kat aku  je. Satu lagi, contest budak titan ni tinggal 8 hari je dari sekarang, so sesapa yang nak join cepat2 le buat artikel. Bubuh pi jaa...menang untung, kalah tak rugi pun. At least blog aku berhapdate jugak kan...kan...kan.

# Dalam dok merayau2, tetiba je aku terasa nak join jomniaga pulak, yang penting register dulu...buatnya kemudian yek...ha4x!!! Aku da check "keyword" ni kat google...duk setakuk je dibawah farahaznil.com....hehehe cun arrr!!!


Tag : ,

Terima Kasih Cahaya Cinta - Hadiah dari Teman Blogger

on 20 Disember 2011

Hari Sabtu yang lalu, masa tu sebenarnya aku dikampung sedang menikmati gulai nangka, daging rendang dan sambal bacang. Tetiba wife aku dapat satu mesej, dia terus inform kat aku, "abg...ada bungkusan pos laju sampai kat umah laa..Jiran kita yang tolong ambikkan". Hmmm....dalam kepala aku, terus ligat memikirkan apa kebenda la yang sampai kat umah aku nih. "Bende tu dalam kotak, kecik jerr" tambah wife aku lagi. Sah!!! Terus, dalam kepala aku terbayang sapa yang punya angkara nih. Macam dah boleh agak jerr...hehehe

Sebenarnya ni kali kedua aku terima hadiah dari teman2 blogger. Hadiah yang pertama dulu, dari jauh jugak, seberang semenanjung woo. Tapi masa tu aku serba salah, nak masuk dalam blog atau tidak. Maklum la orang baru...tak reti apa2 pasal berblog. Insyaallah aku masukkan juga satu hari nanti. Hutang mesti kene bayar maaaa....Okey...sebelum aku meraban lebih jauh, baik aku teruskan dengan niat asal entri aku ni.

Dalam ramai2 rakan blog aku ni, antara pengomen terhebat yang pernah aku kenal adalah puan Suri. Setiap entri, paling koman pun dia akan komen sampai 3/4 kali...mak aihhh susah nak tiru cam dia ehh. Seorang yang bekerjaya, tetapi beliau juga mempunyai part time iaitu dengan membuat cokelat home made. Pandai cari rm ehh..Tahniah aku ucapkan. Sekurang2nya membantu juga dalam menambah apa yang kurang kan..kan..

Tentang hadiah yang aku terima hari tu, yang pertama ialah cokelat berbentuk love yang aku rasa puan Suri buat sendiri. Betul kan Suri? Tapi tu laa...tak sempat aku nak rasa, anak aku yang berdua tu dah "sesah" dulu...bebudak katakan, pantang nampak cokelat ehh. Bila aku tanya, camne rasa?? Sedapppp...jawab derang. Hadiah yang kedua ialah keychain dari Melaka. Cun arrrr!!! Terima kasih aku dan keluarga ucapkan kepada puan Suri. Boleh aku simpan buat kenangan.

Kalau korang nak mengenali lebih lanjut siapa dia puan Suri yang baik hati ni, meh la ramai2 kita serbu kat blog dia...cahayacinta.com

Header cahayacinta.com
Bungkusan yang diterima
Hadiah yang aku katakan
Apapun, jutaan terima kasih kepada cahayacinta.com, Aku hargai pemberian ini. Begitu juga dengan hadiah dari rakan dari seberang semenanjung yang aku katakan tadi. Insyaallah aku akan buat satu entri khas untuk beliau. Terima kasih semua....# entri segera dari aku dipagi selasa.
Tag :

Masa Tambahan Bila Jadi Seorang Blogger

on 18 Disember 2011

Jangan ingat bola je ada masa tambahan. Haaa...ni berblog pun ada jugak eh masa tambahan. Kalau bola, masa tambahan tu paling lama pun 5/6 minit je kan...habis2 kuat pun 30 minit. Pas tu penalti...tapi kalau berblog...masa tambahan tu mau 2 hingga 3 jam.

Okeh, sebenarnya aku baru je balik dari kampung wife aku. Perjalanan 4 jam tadi dah bagi badan aku menjadi lemau. Biasa la musim2 cuti sekolah ni, jemputan banyak sangat. Sampaikan kene pilih, mana taknya kalau tiap2 minggu aku nak balik kampung, mau patah pinggang aku drive keter woo. Ni pun sesambil aku tulis, aku dok singgah blog kenkawan yg dah drop komen kat blog aku. Seboleh2nya malam  pagi ni jugak aku nak ziarah semua. Tapi kompom x sempat....x pe, sok ari minggu, aku akan singgah jugak kat blog kengkawan yang sering datang kesini.

Aku dah tak de idea dah...mata aku pun layu je, memang nagantuk jugak ni. 2.50 pagi dah, mana tak ngantuknya.....huarghhhhhh!!! Sok jumpa lagi,insyaallah.

Errr...macam pakcik kat atas nih....ni masa tambahan dia dgn bebudak kampung dia la kot. Hehehe.....
Adiozzz....mata aku tak tahan sesangat dah nie....

#Upssss...semalam jiran aku ada terima [mewakiliaku] satu bungkusan pos laju dari Perak...hehehe kita tunggu apakah kejutan itu ehhhh:)
Tag :

Nikmat duduk di First Page - Bagi Seorang Blogger.

on 15 Disember 2011

Nikmat duduk di First Page - Bagi Seorang Blogger! Sejak beberapa hari ni aku asyik tersenyum. Tersenyum nikmat dan puas kerana beberapa entri di blog aku berjaya duduk di first page. Bila dapat duduk di first page dan kata kunci tu sememangnya dicari, wooww!!!

Traffik meletop bagai nak rak. Pernah aku dapat pageview 10K dalam sehari kerana kata kunci yang baik. Jadi hari ni, aku tunjukkan satu entri aku yang memang meletop.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua. Rakan2 blog,rakan2 opis dan juga rakan2 yang menjadi silent reader. Bukan senang nak senang...bukan mudah nak senang. Sama je ayat tu. hehehe.

Nikmat duduk di First Page - Bagi Seorang Blogger.
Link untuk entri ini [Klik Sini]

Apapun aku rasa bagi blogger yang dah otai, nikmat begini mungkin dah lali kepada mereka. Mungkin dah biasa sangat kot. Cuma diaorang tinggal nak maintain jerrr. Bagi aku, aku masih perlu kaji dan belajar cara nak bagi entri aku meletop lagi selepas nih. Insyaallah.....
Tag :

GuaBLOG!.Com ~ Revolusi Komuniti Blogger

on 10 November 2011

GuaBLOG!.Com ~ Revolusi Komuniti Blogger
Terbaikkk!!! Itu je yang aku mampu cakap. Setakat ni memang GuaBLOG! adalah penyumbang trafik yang terbesar buat blog aku. Melebihi dari apa yang aku sangkakan, bahkan lebih baik dari yang sebelum ini. Apa yang bertambah menarik ialah GuaBLOG! tidak akan menghentikan trafik kepada blog anda walaupun jumlah ratio anda telah melebihi 300%. Itu janji dia orang...harap2 ianya benar belaka. Setakat ini GuaBlog benar2 menunaikan janji yang mereka buat. Terima kasih GuaBlog!!! (Harap2 korang publish lebih la entri kat blog aku ni yerr...-ayat bodek...hehehe)

Setelah entri ni aku peram selama beberapa minggu...Korang boleh lihat, carta yang aku sediakan dibawah. Sememangnya Guablog.Com adalah yang terbaik dari kalangan penyambung blogger yang lain. Malahan semasa entri ini ditulis, ratio 300++ tu telah bertambah tinggi, naik dan semakin naik Bukti yang tidak dapat disangkal lagi. Terima kasih kepada GuaBlog.com. Semoga ianya dapat membantu rakan aku semua dari segi trafik dan juga prestasi blog memasing. Selamat mencuba geng!!


#Cuti lama ni, banyak dah aku "berhutang" dengan rakan2 semua...Insyaallah aku akan kembali seperti biasa pas nih....yehaaaaaa!!!!:)
Tag :

Teh Terbaik Ada Disini ~ Edisi Tehr!!!

on 03 November 2011

Teh terbaik ada kat sini ker? Biar betul nih...ha3x!!! Hari ni sebenornya aku nak layan pasal blog dan ziarah la plak. Sebenarnya semalam aku agak terkejut bila masuk blog bro Tehr - Bukan Satu Tragedi. Mende apa lak  yang membuat aku terkejut niee? Akceli, aku terkejut sebab blog aku telah diisytiharkan sebagai Top Referring Site oleh bro Tehr sepanjang bulan Oktober yang lalu. Hadiahnya?? Banner blog aku akan berada disana sepanjang bulan November 2011 ini. Waaa...ini suda kira bagus sangat nih....tocei...tocei Tehr.

Sebenarnya aku rasa terkejut juga. Tak pernah lagi dalam sejarah berblog, aku dapat 'anugerah' ini. Seakan menerima durian runtuh...aku merasa sangat teruja. Bagaimanapun seharusnya aku tahu, aku kene lebih berusaha keras untuk mengekalkan prestasi aku di blog Tehr. Sebenarnya, ramai lagi pengunjung2 Tehr yang setia akan berusaha untuk memotong aku "diselekoh" nanti...he4x!!!  Selain dari banner aku tu, 5 pengomen terbanyak juga akan mendapat "hadiah" istimewa dari bro Tehr. Avatar mereka juga akan berada di blog tehr sepanjang bulan November ini. So, sesapa nak avatar mereka ataupun banner mereka dipamerkan diblog Tehr, sila la (rajin2) melawat bro Tehr yee.

Apa pun seharusnya aku berterima kasih kepada "pemberian" istimewa bro Tehr ini. Terima kasih bebanyak bro, perasaan aku semalam rasa dah macam menang hadiah beribu2 la plak...he3x!!. Selain dari menerima anugerah ini, aku juga pernah beberapa kali mencuba contest ataupun giveaway dari blogger yang lain. Antaranya contest dari bro Dulu Lain Sekarang Lain, Contest Denaihati, SBC Giveaway, Giveaway Abang Teror dan lain2.

Okey, kita beralih arah sekejap. Persoalan camne blog aku boleh jadi Top Referring Site si blog Tehr? Pandangan, (aku rasa la...kalau salah minta korang perbetulkan yee) mungkin dari komen2 yang diberi bro Tehr disini dibaca oleh pengunjung blog aku, ianya mungkin menarik minat pengunjung blog aku. Satu lagi, tajuk entri yang menarik dari bro Tehr memungkinkan pengunjung di blog aku berkunjung kesana. Itulah salah satu kelebihan bila menggunakan komen Intense Debate bagi blog yang berplatformkan blogspot. Ianya diibaratkan seperti anda telah "ping" entri anda diblog yang ada comment luv.

Rasanya dah panjang pulak aku berceloteh kali ni. Buat la camne pun, apa yang penting bila kita (ingatan tuk aku sendiri) telah berblog, kita kene ingat 2 perkara je. Gembira dan Kepuasan. Gembira kerana adanya manafat sampingan seperti iklan yang dipasang, dapat kawan2 baru dialam maya, memanjangkan silaturahim dan macam2 lagi. Kepuasan...puas kerana pernah mendapat pengiktirafan spt ini, puas kerana berjaya membaca "cacing html" yang rumit, puas kerana sebenarnya inilah yang anda inginkan, puas kerana apa yang ada diblog seakan2 satu luahan dari dalam hati sendiri, lebih2 lagi bagi blog personal seperti aku ni. Apapun aku harap semua kengkawan dan pengunjung diblog aku akan "mesra" sentiasa dengan aku dengan tiada melakukan sebarang masaalah dan permusuhan. Happy Blogging buat semua sahabat....dan jangan lupa "Jom Minum Teh Terbaik" dari bro Tehr (tehramuan).

Tenkiu buat bro Tehr....
Tag : ,

SiteLink dari Google - YastroOnLine dan Kedai Tenet

on 27 Oktober 2011

SiteLink dari Google - YastroOnLine dan Kedai Tenet !

Alhamdulillah.. setelah sekian lama aku menunggu akhirnya blog aku dapat juga sitelink dari google. Agak susah juga blog aku YastroOnLine untuk dapat sitelink ni. Rasanya dah masuk 2 tahun dengan pelbagai cara aku cuba gunakan menerusi pencarian dan pembacaan di internet.

Banyak entri otai2 termasuk otai dari Indonesia telah menjadi rujukan aku. Mengolah kode html bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya bagi spesis seperti aku yang tak ada basic langsung. Belajar SEO juga kenkadang sangat memeningkan kepala. Begitu juga dengan meta tag yang dah 5/6 kali aku ubah sehingga pernah menjadi perkara yang "kritikal" bagi aku sehingga aku pernah mention perkara ni di nota kaki.

Mendapat site link juga bagus untuk kesihatan blog. Kenapa?? Sebab ada beberapa entri aku telah berjaya berada di first page dalam enjin carian Google. Jadi, kalau banyak entri berada di first page...makin besar la kemungkinan trafik dari Google,Yahoo, Bing masuk ke blog kita. Pastinya aku akan bertambah bersemangat bila keadaan kelihatan semakin postitf bagi aku...hehehe

Alexia ranking juga dah bertambah baik setelah sekian lama "tersangkut" kat angka 300,000++. Rasanya ada la dalam 4/5 bulan angka tu dok bermain kat situ je, mungkin google hukum aku kot tapi aku sendiri pun tak tau apa sebabnya sampai sekarang.Mungkin trafik ciput kot masa tu. Namun dengan pengunaan blog pengantara seperti Apesal alhamdulillah ianya mampu menaikkan trafik sekaligus Alexia ranking blog aku sendiri.

Paling aku tak sangka blog aku T Shirt Double Trouble (Kedai Tenet) lebih awal mendapat sitelink berbanding blog yang ni. Mungkin "niche" blog tu yang unik memungkinkan ia mendapat site link lebih awal, walhal blog tu jarang up date pun. Ranking alexia lagi jauh, 5 juta++. Sebenarnya tu la blog pertama aku, dalam percubaan membuat bisness online. Alhamdulillah, ada juga costumer yang setia menunggu update dari aku.

Kat bawah ni, aku tunjukkan site link bagi kedua2 blog tersebut. Berharap ianya berterusan dari google kerana aku tau google bila2 masa sahaja boleh menarik site link tersebut. Satu lagi ianya berubah2, entri hari ni yang dipaparkan mungkin tidak sama seperti semalam. Harap2 jangan kene tendang dengan Google dah laa...hehehe
SiteLink dari Google - YastroOnLine dan Kedai Tenet
Site link untuk blog YastroOnLine
Site link untuk Kedai Tenet
SiteLink dari Google - YastroOnLine dan Kedai Tenet !

-salam mesra dr yastro-

Tag :

Lemahnya bila server selalu sangat terganggu....P1 Wimax.

on 15 Ogos 2011

gambar widget wiggy 4g
Wiggy aku sama dgn hak nih...
Lemahnya bila server selalu sangat terganggu....P1 Wimax.
Aduhhh tensennya kalau server lembab nih. Mood nak blogging dah ada, tengah membuak gila2 nihh, maklum la baru je tuka template baru....hati aku kononya nak melayan la "make over" blog oreng nih..Tapi......tapi tetiba je kene kacau lak ngan server yang "lemau"...Adesss...tensen banget dehhh, melemahkan semangat betul laaaa..Korang bayangkan....Kalau nak loading page blog sendiri dah makan setengah jam... plus dengan nak bukak email kene tambah setengah jam lagi.....Huhhhh!!!!!

Alamatnya tutup je la lappy nih, masuk titun. Senang cerita. Hati pun tak sakit.... Sok2 baru sambung....tu pun kalau mood tu datang balik.....Bikin ati panass laaaa.....

Model DV-230 lama yg masih setia bersama aku...

Tapi sebelum tu aku nak buat karangan dulu sat...sat je yekkkk!!!!

Nihhh.....aku nak "ngamuk" kat service provider internet yang selalu "lemau". Dulu2 (satu ketika dulu laaa) aku ade la 2/3 kali kutuk2 "Kelsom", siap buat entri,email,calling2... last2 tak de ape2 hasil pun...sampai hati aku panas sendiri, terus aku tutup akaun kelsom aku tu. Email tu walaupun aku dah print screen masa tu...terus jadi maleh nak buat entri...mogok la kekononya kat cik Kelsom tuuu.

Akceli masa aku tutup akaun "kelsom" tu aku mmg dah guna P1 dah...model DV-230 macam gambar kat atas tu, masa tu kalau aku nak compare ngan cik Kelsum, memang banyak beza laaa, bagus lagi P1 nih...Nak2 time tu derang ada offer kat aku modem wiggy yang katanya 4G (ada kuasa Turbo, pas tu lagi laju dari modem yg lama..he30x)....memula tu aku tak nak ambik kisah sangat, sebab aku dah ada "kelsom" +  modem model DV-230 yang lama, rasanya macam dah okeh dah...Last2 bila kelsom kerap sangat buat hal.. tetiba aku rasa cam menarik pulak offer dari P1, tambah2 bila aku kira2 dari segi payment bulanan makin jimat sikit...paaa lagiiii.....tak tunggu lama...terus sambar leee...

Tapi yang tak syoknyaaa..... bila dah masuk 6/7 bulan guna hok "turbo wiggy" ni... makin lama, aku perasan dia makin selow la plak. Gamaknya modem ni rosak kot? Atau pun dah ramai sangat pengguna broadband jenama tu kat sini...sampaikan isyarat turbo selalu je putus2 (ni yang membuatkan aku paneh ati lagi nih)... Nak kata pencawang jauh sangat tak jugak...dekat2 jer ngan umah aku...dalam 200 meter jerr...Entah laa...bape lama aku leh bersabo dgn servis macam ni tak tau laaa.....mungkin sok2 klau sakit ati sesangat aku tuka ke streamyx plak kot...nak guna UNIFI rasanya tak lalu la plak....rabak poket aku woooo!!!

Kesimpulannya...aku kene bersabo lagi la jawabnya dengan server yang selalu sangat terganggu nih. Nak wat camne....dah ni la tahap/kualiti servis derang bagi kat kita...sabo lagi la jawabnya. Kalau yang lain2 cam "makcis" lagi laaa....sampai pagi esok aku dail/refresh page mmg tak dapat ponn... mau aku bako je modem dia tue...hahahaha



#Takat ni dulu la aku mengarut...kang lebih banyak yang aku dok merapu dari point yang nak aku sampaikan... err, satu lagi..ader org kata P1 Wimax ni tak leh dapat kat bangunan yang tinggi2..takat bangunan tingkat 10 jerr...lebih pada tu x de siaran...betul atau tak wallahualam....

Iklan sat: Tambah traffik anda ngan apesal.com...berbaloi2 wooo!!!!
Tag :

Review blog Fire Starting Automobil

on 03 Julai 2011

As salam semua, hari ni aku nak layan review blog. Sebenornya dah lama entri ni duk dalam simpanan aku. Tengok gambo Satria tu pun dah tau yang entri ni entri lama, bagi sesapa yang selalu masuk larr. Aku tak tau tetiba jer ari ni mood aku nak layan blog jap. Antara blog yang memberi info tentang sektor automotif ialah blog ni. FireStartingAutomobil, merupakan blog yang menekankan jawapan dari pertanyaan rakan2 blogger. Namun tak semua akan terjawab....sebabnya???  mungkin korang boleh refer sendiri nanti.

Secara ringkas, blog ni akan menjawab segala pertanyaan tentang kereta dan motor, rosak, tukar engin, jenama keta, jenama motor semuanya secara detail. Aku pasti korang tak akan pernah jumpa blog sebegini.Pastinya info yg diberikan bro Afzainizam sangat2 bermenafaat untuk semua.

header Fire Starting Automobil Blogspot
So, korang ada masaalah tak pasal keta ataupun motor korang? Kalau ader, sila la refer kat blog tu. Mungkin dah ada entri tentang pertanyaan korang. kalau belum ada, korang boleh membuat pertanyaan kat situ.. Insyaallah, jawapan yg diberi mmg korang pun akan rasa puas ati sesangat.

Contoh soalan dan jawapan tentang kereta
#Blog brother tu sdg merayakan ulangtahun ke dua maa...jom terjah reramai...hehehe...Sori bro kalau ader salah dan silap dalam entri review aku nih. Just simple jerrr.....caiyokkkkk....Errr, satu lagi Bro Afzai juga antara blogger yg kerap dtg ke blog aku. Thanks bro.
Tag :

Trafik blog naik dengan Apesal.com...Tak Percaya?

on 19 Jun 2011

Trafik blog naik dengan Apesal.com...Tak Percaya?

Sapa pernah dengar tentang Apesal.com? 
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Aku rasa ramai kot yang dah kenal dan tau tentang Apesal.com ni. Apesal.com, merupakan tempat para blogger di Malaysia melakukan "ping' entri blog mereka. Setiap entri setahu aku hanya dibenarkan sekali sahaja di"ping"kan disana. Tapi...bagus ke Apesal.com nih??...hahaha...meh sini aku nak citer sikit pengalaman aku....sikit jerr tauuu

PING entri di Apesal.com.....
Ape kelebihan 'PING" entri blog disana? [Eerr ayat 'PING" tu aku reka sendiri tau..bukan dr Apesal.com] Apesal.com/ Revolusi Blogger Malaysia, aku rasa Apesal.com menggunakan pendekatan yang sama dengan satu blog mat salleh yang aku pernah jumpa, [sori, aku dh lope nama blog mat salleh tu]

Antara kelebihannya ialah entri korang akan dilihat oleh ribuan blogger dan pembaca2 yang lain. Tapi sebelum korang boleh "ping" entri korang tu, syarat pertama ialah korang mesti menjadi ahli Apesal.com
Apesal.com merupakan satu blog himpunan blogger seluruh Malaysia yang aku rasa semakin naik jugak rankingnya. [ Alexia ranking 30,856 semasa aku menulis entri ini] 


Apa yang perlu korang buat jika korang berminat ialah, korang register dulu blog korang tu kat Apesal.com, kemudian tunggu kelulusan dari pihak admin Apesal [2/3 hari gak kut, base on permohonan aku dulu] pas tu baru la korang bole anto post pertama korang di Apesal.com

Sapa yang perlu Apesal.com nih?
Haaa...ni yang baiknya...sesapa jerr boleh join, tak kira la blog korang tu isu politik, berita, gadjet2,personal,sukan atau sebagainya... Aku rasa pihak Apesal.com tak kisah pun korang orang baru atau lama. Yang penting korang kene ambil widget dari Apesal, pas tu tempek kat blog korang macam yang aku buat kat bawah sekali. Jadi, pada aku...mereka/orang yang perlukan bantuan Apesal untuk menaikkan trafik blog sendiri ialah newbie dan golongan setengah masak cam aku ni.

Otai?? Otai2 ni biasanya dah ada pengikut mereka sendiri, pas tu entri/post mereka akan duk kat first page dalam carian google [sebab derang terer dlm SEO]...so newbie yg baru nak naik ataupun baru belajar dalam bidang blog2 ni agak susah sikit la nak lawan...kompommmm...hehehe
[Tapi...korang kene ingat...tiada jalan mudah ye untuk berjaya, sbb derang dulu pun bermula dari bawah jugak...]

Widget Apesal.com yg wajib korang letak...

Btw, jangan le korang harap trafik yang masuk tu dalam jumlah ribu riban. Untuk permulaan, puluhan dan ratusan adalah jumlah yang ideal, macam blog aku ni la jugak. Satu lagi aku rasa bila aku pasang Apesal.com dan post entri aku kat sana, Alexia ranking blog aku pun cepat naik jugak...[telahan aku jerr, korang jgn percaya sangat...pedo'oh aku jer tu]

Apa beza dengan Geng Blogger ataupun Syoknyer Blogging?
Seakan ataupun dekat2 dengan Geng Blogger dan Syoknyer Blogging, cuma yg membezakan antara Apesal dan GB ataupun SB ialah korang buleh layan forum, boleh tanya2, boleh mesra2,boleh kenal satu sama lain, leh gado2 dlm tu, leh memacam lagi laa...Semua ada kelebihan dan kekurangan...korang pilih la mana satu pun...tapi dengan Apesal korang cuma "PING" entri je...simplekan, pas tu korang tengok je la trafik yang masuk!! Tapi bukan aku bermaksud GB dan SB tu tak bagus...cuma aku suka stail cam nih [stail org maleh].....hehehe...sempoiii!!!

Aku suka cam nih
Secara jujurnya, aku rasa Apesal lagi bagus kerana menghantar traffik tanpa mengira sesiapa pun. Korang femes ke, tak femes ke...janji entri ngan pic yg korang "post" tu boleh menarik hati ramai orang. Ape yang penting, kalau tajuk entri dan gambar tu menarik ...aku pasti korang akan dapati gandaan "ledakkan" trafik dari Apesal.com, insyaallah. Ini aku kene akui.....sebab trafik dari Apesal.com boleh kata agak tinggi jugak mencurah masuk ke blog aku.

Korang nak tengok ke print screen Apesal.com aku?..rase segan pun ade nih...tp sebab aku dah buat entri ni, aku bagi gak la korang tengok. Banyak lagi cara untuk menaikkan trafik kat blog kita...ini cuma salah satu dari bermacam2 teknik dan taktik tuk naikkan pagerank dan trafik kat blog......Aku tinggalkan pantun 2 kerat ni kat korang semua...

Tak cuba tak tau,
dah cuba pasti mau....

Selamat mencuba...Caiyokkkkk...

Aku start masuk/post entri kat  Apesal pada 6 jun 11 hari tu...
[klik tuk besokan gambo]
Sedikit petikkan dr blog Apesal...
Kenapa perlu memasang widget?
Seperti yang kami canangkan dahulu, tujuan apesal.com diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian trafik dikalangan blogger. Dengan adanya widget apesal.com itu, barulah perkongsian pintar itu dapat dilaksanakan.

Tak kisah jika anda tidak mahu memasang widget tersebut tetapi apabila exchange ratio mencapai 300%, post anda tidak akan kelihatan lagi di widget apesal.com. Jadi, anda tidak lagi akan menerima traffik dari  kami. Kami telah meletakkan 1000 hits untuk setiap blog pada awalnya untuk memastikan post anda sentiasa kelihatan. Nampak macam banyak 1000 hits tu tapi kini sudah ada beberapa blog yang hampir mencapai 300% exchange rate walaupun baru beberapa hari digunakan.

# Sori, kalau2 entri ni sempoi, panjang sangat ataupun merapu, aku tulih ikut "dan" jerr nih..:) ....kalau berminat nak tukar2 link dengan Apesal, korang klik kat  Apesal.com sekarang......
Tag :

Contest Gempak DLSL 2011

on 11 Jun 2011

Contest Gempak DLSL 2011 ! As salam dan selamat sejahtera kepada rakan yang bukan beragama Islam,
Adat hidup dan pepatah melayu ada berkata..."Lembu dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji".  

Jadi disini aku nak bagitau semua yang aku telah mengisytiharkan diri aku untuk menjoinkan diri dengan menyertai CONTEST Gempak DLSL  [Ismail N, Dulu Lain Sekarang Lain].
[Yang sebenornya aku dah janji nak join..hehehe]

So...termasuk contest bro Ismail N yang terbaru ini, aku dah ada 3 contest/Giveaway yang tengah dok join/ berjalan sekarang nih..tak tau le ada yg lekat ataupun tak...Raese2 nya macam tak de jerrr hehehe.....

Header blog Dulu Lain Sekarang Lain

Akceli, contest tu akan berakhir pada 10 July 2011 tepat pada jam 12.00 tgh malam. Tapi apa yang perlu korang aku buat ialah meneka saiz gambar BMW X6 dibawah. [1:10, 1:30 atau 1:1]


Err...aku rasa skala pic BMW X6 ni ialah....1:10...so...itu lah jawapan tetap aku. tak de nak ubah2 dahh...hehehe

Contest Gempak DLSL 2011 !

Satu lagi, apa yang perlu korang aku buat ialah, memaparkan poster seperti diatas ni. Aku rasa tu je laa kot..
Aku nak gi kat blog bro Ismail N dulu, nak tengok betoi ke idak entri yg aku buat nih....takut tak cukup syarat kang penattt jerr entri yg aku buat nih...

Hadiah?? Kalau nak tau hadiahnya...korang pegi la jenguk blog Ismail N tu sendiri...cuma aku harap, ramai kengkawan yang dapat join dan memeriahkan contest beliau.... Caiyokkk...
[Ade hal...nak copek nihhh...]


#Antara contest yg aku tengah dok join...

Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved