Memaparkan catatan dengan label Blog Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Info. Papar semua catatan

PEMENANG CONTEST LELAKI KACAK

on 17 Jun 2012

Pemenang Contest Lelaki Kacak ! Yup...berakhir sudah contest Lelaki Kacak, dan senarai nama pemenangnya pun sudah diumumkan oleh tokeynya Titan.

First, ucapan tahniah kepada pemenang2 yang lain. Korang memang kacak giler. Bukan senang nak layan contest besar yang berlangsung sampai 3 bulan. Komitmen dan kesungguhan menjadi taruhan.

Btw, satu style baru telah Titan buat untuk umumkan pemenang contest ini, Korang kena layan video yang dia dah buat dulu. Kalau tak layan, memang korang tak akan tau sapa pemenangnya....kekeke- terbaik arrr!!!

Jadi dengan ini, secara rasminya aku akan tamatkan penggunaan dua gambar lelaki kacak yang sentiasa menghiasi laman blog ni sebelum nih. Letih dah rasanya aku nak buat entri seo dengan keyword lelaki kacak nih.



Terima kasih juga kawan2 yang support aku secara langsung ataupun tidak langsung, yupp...korang mmg kawan blogger terbaik yang pernah aku jumpa..

# Berakhir suda satu penyiksaan...btw kena belanja cendol kat titan kot.....he3x!!!


PEMENANG CONTEST LELAKI KACAK - Salam mesra dr yastro-
Tag : ,

SEO LELAKI KACAK

on 15 Jun 2012

SEO Lelaki Kacak Ok ? Malam ini adalah penghabisan contest seo entri ini. Entah siapa bakal jadi pemenangnya tak tahu lah.

Aku pun cuma berusaha disaat terakhir, harap dapat melakukan pintasan seo Lelaki Kacak yang di atas itu...he3x!!!

SEO LELAKI KACAK


Walauapaun keputusan Lelaki Kacak, aku akan terima...no doubt kata mat salleh...hehehe!!!
Tag : ,

Lelaki Kacak | Last Day

Lelaki Kacak | Last Day ! Yup...hari ni dah masuk 15 June 2012, bermakna malam ini jam 12 tengah malam brother Titan akan tutup SEO contest Lelaki Kacak nih.

3 bulan, satu jangkamasa yang lama dan terseksa bagi aku. Contest Lelaki Kacak ni memang betul2 membuatkan hampir2 aku rasa tension banget..he4x!!!

yastro - Lelaki Kacak

Tak tahu lah pada kengkawan lain yang join, mungkin ada juga yang dah rasa kecewa sebab entri dah ke laut. Harap tak ada yang rasa begitu. Penyertaan kali ni rasanya mencatat rekod kot...hampir 100 blogger menyertai cabaran Lelaki Kacak ini. Harap2 tak de yang rasa kecewa sesangat...btw, kemunculan domain lelakikacak dot com tu saja dah membuatkan aku juga rasa terkejut sangat. Power dehhhh....otai seo gitu...:)

Tapi apapun itu semua satu pelajaran dan pengajaran. Sesekali join contest yang jangkamasa singkat memang la terasa syok, tapi klau dah lama...terasa boring pulak. Rasa2 nya lepas ni aku pencen la kot...cukup la dengan beberapa pengalaman contest. penatttt sesanggattttt....tu pun belum campur tension,boring dsb.

Apapun, ucapan tahniah kepada rakan2 blogger yang memeriahkan contest nih. Memang korang sumer hensem2 belaka....bak kata titan..."Hidup Berani Untuk Gagal". Tak lupa juga kepada para penaja yang sudi meng'sponsor" hadiah yang terbaik setakat ini. Adios...semoga aku berjaya, dan juga semoga kengkawan yang join contest ni semua berjaya.

Yang penting blogging mau happy....


-salam mesra dari yastro-
Tag : ,

JUARA EURO 2012

on 11 Jun 2012

JUARA EURO 2012! Yezzz...bro Denaihati menganjurkan satu contest paling mudah dan sempoi sekali, hanya buat entri sesempoi macam aku nih...pas tu komen kat sana.

Walaupun aku dengan dia buat pilihan yang sama dalam EPL, [Arsenal] tapi untuk EURO 2012 ni sorry ...bro, he3x!!! Team aku akan jadi juara punya lahh. Sesapa yang belum tahu dan nak join contest paling senang ni klik je link kat bawah nih.

Euro 2012 Juara Pilihan Lelaki Kacak.

Yastro -Lelaki Kacak pilih Sepanyol!

For sure, aku memang pilih Sepanyol dari awal2 lagi sebagai team juara bagi kejohanan EURO 2012 ini.  Satu lagi, Team Sepanyol penuh dengan lelaki kacak lagi mancho wehhh!!!! Ha3x!!! Jangan korang ingat aku ni kaki top atau bottom pulak!!! Ampunnnn!!!

Amacam??, korang tak teringin nak join ker? Syarat penyertaan pun sempoi jugak, bukan susah mana pun kan...caranya;

1. Buat entri pilihan juara EURO 2012 anda.
2. Komen kt blog dia...
3. Hadiah yang bro Denaihati tawarkan [tokey beso insentif tunai RM0.02] adalah berupa 10,000 trafik blog + T-Shirt Denaihati. Semua pemenang akan dapat hadiah, so tak de no 1,2 atau 10 yerrr!

Okes...sekali lagi, team juara  pilihan aku pada Euro 2012 ini ialah....Sepanyol!

Siapakah atau team manakah yang bakal bergelar Juara? Kita tunggu sampai penghabisan EURO 2012 nih!!!

okes,tq singgah.-Salam mesra dari yastro-
Tag :

Pentingnya Backlink Dalam Blogging

on 30 Mei 2012

Pentingnya Backlink Dalam Blogging! Tadi [sebenornya dh berzaman dahh...duduk dalam draft je entri nih] singgah kejap di blog idola aku Denaihati. Satu entri menarik hati aku "Berkongsi Backlink Penting" atau kata ringkasnya ialah pentingnya backlink dalam blogging.

Ramai blogger memburu backlink, pasti korang juga tahu maksud dan kepentingan backlink kan...Bila masuk kat blog Denaihati, Sebenarnya aku tertarik kepada satu ayat seperti gambar dibawah..

Pentingnya Backlink Dalam Blogging

Aku masih ingat lagi, sewaktu era memula sejarah aku dalam dunia blog ni. Tah macam mana, terpengaruh dengan teknik nak tambah trafik dengan cepat nih..Padahal, tak menjadik pun...tapi tak pe laa...pelajaran tu yg penting. Kiranya banyak juga pengalaman berblogging aku masa tue, habis sumer aku terjah..he3x!!

Tapi satu je pesan aku pada kengkawan yg suka tukar banner kecik2 tu ataupun free backlink. Kekononnya masa tu aku ambik satu banner kecik...tah mana punya banner laa, ingat nak tukar2 backlink...last2 kena tipu jerr. So awas la pada yg suka main tuka2 bannner nih, takut2 kena tipu jerr...he3x!!! Btw, bukan semua banner kecik tu menipu, cuma kita kena tengok2 dulu...

Jadi ringkasnya sebagai blogger, pastinya kita mahukan kemajuan dalam blog. Takkan kita nak tengok saja page rank kita terbiar. Ataupun alexia rank blog kita tu masih dalam nilai jutaan... mencari dan terus mencari adalah tugas seorang blogger. Btw, banyak juga yang aku belajar dari blog Denaihati. Thanks bro DH, teruskan dengan info bermenafaat sebegini.

Entri Abg BeautifulNara yang baunce ratenya rendah juga menarik perhatian aku, memang rasa macam mustahil je nak dapat baunce rate blog macam dia. Boleh buat sebagai rujukan dan cabaran untuk diri sendiri tue...he3x!!!

Hanya entri simple je yang mampu aku buat...tah bila la nak lepak kt blog kengkawan lagi nih. Bz bebeno ngalahkan menteri wehh....

Pentingnya Backlink Dalam Blogging -salam mesra dr yastro -
Tag :

Blogger Jumpa Blogger

on 14 Mei 2012

Kisah Blogger jumpa Blogger, sebenarnya aku terlewat sampai kesana. Gamaknya dalam jam 12.30 kot. Sebelum tu ada beberapa urusan yang perlu aku uruskan, memang minggu yang sangat sibuk bagi aku.

Sesampai saja, brader yang memula aku nampak ialah Bro Framestone...lepas tu nampak bro AkuBiomed. Nasib bekkk...hehehe [tak le segan sangat]

Blogger Jumpa Blogger
Kredit to bro Framestone krn gambar ni

Pas tu lak, baru aku perasan ngan bro Ben Ashari...first time jumpa dengan derang nih. Aku lebih banyak mendengar berbanding dengan derang, maklum la blogger baru. Tak reti nak sembang apa..hehehe!!

Antara blogger lain yang ada ialah bro jejai [teratakarmo] dan yang lain2 , maaf aku tak begitu mengenali derang, so...selepas makan, aku, Bro Framestone, Akubiomed dan Bro Jejai lepak jap, berborak kosang sambil pekena kopi o dan bersembang tentang blogger. Namun jam dah 2.00 lebih, aku terpaksa minta maaf dengan derang, sebab aku ada keja lain lakkk....adesss....sayangnya lorrr!!!

Maaf semua kengkawan, aku betul2 sibuk sekarang nih.....huhuhuhu.

Tag :

Wordless Wednesday - All About SEO

on 09 Mei 2012

All About SEO

pagerank info

seo is link building

Champion for SEO

Tag :

LELAKI KACAK ADA SOALAN...

on 06 Mei 2012


Kisah Lelaki Kacak dan browser Lelaki Kacak. Pernah dengar ke? Kalau kisah lelaki ganas,jahat,baik,alim tu rasanya dah biasa sangat kita dengar kan?. Jadi kali ini sebenarnya aku cuba fokus kepada kisah ataupun senang cerita keyword rebutan para blogger di Malaysia sekarang ni. Tak yah la melalut panjang sangat, nanti ada yang cepat2 tekan butang pangkah lak..he3x!!!

Okeh...keyword ini [lelaki kacak] memang antara keyword yang paling hangat dipasaran sekarang. Semua blogger yang dah join cuba mendapatkan tempat di first page untuk kata carian Lelaki Kacak ini, terutamanya di kata carian paling atas sekali. Aku pasti, last2 minit nanti pasti akan ada perubahan drastik pada keyword tersebut di google page.my..Setau aku minggu yang terakhir nanti adalah minggu yang paling teruk buat blogger yang join SEO contest ini. Semuanya akan berjuang habis-habisan.. Seriusss...

Okey, sebelum contest SEO Lelaki Kacak ini berakhir aku sebenarnya nak juga tahu dari tuan blog tu sendiri. Itu pun kalau dia nak jawab laa...ha3x!!

Pertanyaan aku ialah, jenis browser yang digunakan untuk check keputusan contest tu, contoh...biasanya dua browser yang aku gunakan iaitu mozilla dan chrome, andaikata aku search "Lelaki Kacak" menggunakan google chrome lepas tu aku check guna mozilla, pastinya aku akan dapat keputusan berbeza. Begitu juga bila aku dah log out dari google dan buat clear cache,cookies....sure keputusannya akan berbeza. Kemudian, bila aku check di pc kengkawan, keputusannya akan berbeza juga...kenkadang rasa pelik bin ajaib..perkara ni sebenarnya aku sedari dari contest pengalaman kena denda di sekolah dulu...

Apapun kalau bro titan bagi jawapan di blog beliau sendiri rasanya itu lagi bagus. Biar semua peserta faham dengan jelas sekali. Btw, aku juga tau dia adalah tokey contest ini...so semua keputusan ada ditangan dia...kirenya dah macam hitler jugak la kot...ha3x!!- jangan marah noooo bro titan yang kachakk... hanya satu persoalan jerrr!!!


Tag : ,

Blogger Vs Blogger

on 05 Mei 2012

Macam panas je tajuk entri Blogger Vs Blogger kat atas tu...ha3x!!! Orait, bagi diri aku, inilah pertemuan kedua aku dengan rakan blogger. Sebelum ni aku pernah berjumpa dengan rakan blogger yang bernama echam, namun pertemuan tersebut hanya lebih kurang dalam setengah jam sahaja.

Sebenarnya event ini adalah satu event mengejut. Mengejut kerana aku dipelawa secara tiba2 sahaja oleh bro, memula tu serba salah juga, tapi aku nekad je laa...Nak cerita lebih lanjut, rasanya biarlah dulu kot...Kalau korang dapat teka siapa 2 orang blogger lagi tu, korang memang hebat...he3x!!!

 Blogger Vs Blogger

Aku dan bro...?

# Tapi aku sure, ada rakan blogger yang pernah berjumpa dengan beliau nih..memang aku sesangat sure...hehehe. Btw, memana rakan yang involve event pada 5 dan 6 ni aku ucapkan selamat berjaya. Aku terpaksa balik kampung daaa....urusan rasmi....he3x!!!
Tag :

LELAKI KACAK MALAYSIA

on 15 April 2012

Lelaki Kacak Malaysia ok? adalah sebuah contest seo mempertaruhkan keyword lelaki kacak di google malaysia yang kini masih sedang berlangsung.

Ramai otai yang join ni. Aku doakan kita sama mendapat ilmu dari ini ( besar juga hadiah tu ).

Lelaki Kacak

Bagi korang yang join dan meriahkan pertandingan ini korang memang kelihatan macam  Lelaki Kacak !!

Contest Lelaki Kacak

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO Apps, Mrs Yie Contengconteng.comBluedianthus.comabangensem.comCikgu Dahlia,  Farish IshakPuanBee.com,  W.HabibuRahman Azri Johan, Dirmansyah,  1Malaysianews.net1Artikel.comBlog Bukit Besi.com, Bluedianthus.comLadfeaamir.com Radhio.comBlog Perniagaan InternetHafizmohd.comUmarFaruq.comHadi HanafeeJomtonton.netMuaz Lelaki KacakOhcikgu.comBloggerWanita.comCyza SectorLelakiAcai.com Sabreehussin dot comAbrablog.com dan AhmadFaizal.com. Memang wanita dan Lelaki Kacak !!
Tag : ,

Insentif RM5,000 Dah Bermula - Versi Cari Duit Online

on 06 April 2012


Lelaki Kacak bersama ikonnya...
Insentif RM5,000 Dah Bermula - Versi Cari Duit Online
Siapa yang tak nak duit? Kalau tak de duit memang hidup jadi tak karuan la jawabnya...tapi bukan bermaksud duit adalah segala-galanya. Jadi kedua-duanya saling memerlukan dan seimbang, baru la hidup jadi tenang...betul tak?

Orait...kali ni aku nak update lagi pasal "versi cari duit online" yang aku sertai. Bloggerwanita.com, kali ni satu insentif baru yang teramat menarik telah di berikan oleh bloggerwanita.com yang mana insentif berupa wang tunai sebanyak rm5,000 telah ditawarkan kepada 100 orang blogger terpilih. Bermula pada 1 April hinggalah kesemua wang tunai itu habis direbut oleh para blogger. Program RM5000 ini adalah fasa pertama yang telah dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.


Blog aku juga tersenarai didalam senarai 100 blogger yang layak  menyertai program yang ditawarkan oleh cik Aya, admin bagi bloggerwanita.com. Tak tahulah performance blog aku boleh sampai ketahap mana nanti. Cuma aku rasa aku dah buat yang terbaik dengan memasang banner di blog aku ni. Pada mulanya aku rasa pening juga sebab aku takut loading page blog ni menjadi berat. Jadi dengan hati yang separuh terpaksa , aku korbankan juga 2 iklan nuffnang di blog aku. Rasanya pengurangan tu membantu juga dari segi loading page. Tak tahu la bagi korang, kalau korang rasa blog ni masih berat lagi, jangan segan silu inform kat aku. Aku tak kisah, insyaallah aku terima semua teguran kengkawan dan cuba perbaiki mana yang kurang. 

Jadi, kalau korang nak mengenali lebih rapat cik Aya tu, korang boleh la prepare dari sekarang. Selalu ler jengah blog dia, dan beramah mesra dengan cik Aya kita tu. Opss...link blog dia dah ada kat atas tu...pe lagi klik je laa..


# Aku suka blog Denaihati...banyak ilmu yang aku dapat dari blog dia dan juga insentif terbaik setakat ni dari blog Denaihati. Terima kasih aku ucapkan kepada bro Denaihati dan juga Cik Aya kerana memberi peluang kepada blogger bilis macam aku untuk merasa nikmat bila berblogging. Apapun kehidupan adalah satu perjuangan!!!  -yastro-


Tag : ,

SENYAP!! - Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

on 05 April 2012


Salam semua sahabat, ini bukanlah Projek 100 blogger bersama bro Framestone, tetapi ini adalah satu projek dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia khas untuk belia ataupun pemuda pemudi di Malaysia. Senyap #1.1 adalah satu kesinambungan dari program yang sama yang pernah di anjurkan oleh kementerian di PWTC sebelum ini. Sebelum tu aku perkenalkan apakah maksud senyap ni. SENYAP merupakan singkatan dari ( Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.

Untuk pendekatan yang berlainan, SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON)  dan juga  Bro Framestone (Senyap Blogger).  Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show.Kepada semua Belia-Belia diluar sana (Untuk yang berusia 15-40 Tahun)
Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan  dibawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta yang pertama sahaja akan dipilih. - Rugi kalau korang tak nak join sebab tempat yang terhad tuu.

Registration Form : Capaian
RSVP : Capaian
Program ini akan diadakan pada 11 April 2012 jam 9:00 malam sehingga 10:00 Malam bertempat di aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.
Tag :

KEMPEN EARTH HOUR

on 28 Mac 2012



Sejarah ‘Earth Hour’
Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.


Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘mematikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.


Kod Projek :          PAB 001
Nama Projek :       Earth Hour
Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung :    Sabtu
Masa Lansung :    8.30 mlm - 9.30 mlm
Laman web :         http://www.earthhour.org
Facebook :           http://www.facebook.com/earthhour
Twitter :               https://twitter.com/earthhour


# Kempen untuk earthour ini adalah sebahagian dari seorang rakan blogger yang aku sertai iaitu mahumahu.com, kempen untuk kerja2 amal ini masih lagi berlangsung. Kepada yang berminat boleh la pergi ke mahumahu.com untuk berikan butiran blog anda. 


Jadi kempen untuk earthhour ni adalah projek pertama yang telah diberikan oleh blogger mahumahu kepada para blogger yang dah menyahut cabaran beliau..he3x!!! So...sapa nak join lagi?
Terima kasih.

Syarat2 nak sertai:-

1) Semua yg ada blog dan juga blog mesti aktif. (tidak di ambil kira alexa atau pun trafik tetapi mesti rajin update blog anda)
2) Blogger tempatan sahaja (blogger atau blog Malaysia sahaja yg boleh sertai)
3) Tidak kira latar belakang blog anda. (tak kira anda adalah blog politik, blog hiburan, blog travel semua boleh sertai)
4) Membuat sukarela tanpa mengharap apa2 bayaran. (Tiada bayaran akan di berikan kepada anda dalam membuat kerja amal ini)

Itu syaratnya untuk anda sertai kerja amal ini. Tiada paksaan sapa nak sertai boleh tinggalkan comment anda di entry ini dengan lampirkan perkara seperti di bawah:-

Link blog anda :
Nama blog :
Nama Blogger :
Email anda :

Cara kerja amal ini adalah sangat mudah seperti dibawah :-

Mah@mahu ada beberapa agensi NGO atau badan berkanun atau badan organisasi swasta yg mahukan hebahan daripada blogger.
- Mah@mahu akan dpt beberapa program aktiviti yg telah di rancang oleh mereka untuk di hebahkan kepada semua rakyat Malaysia. 
- Tugas anda adalah hanya membuat entry untuk hebahan tentang program amal yg telah mereka rancangakan tidak kira bila2 masa sahaja.
- Segala bahan dan juga perkara yg di perlukan akan di sediakan oleh pihakMah@mahu dan akan di email terus kepada anda. Jika anda ada sumber lain untuk di masukakan boleh dan digalakkan.
- Tiada sebarang hada masa atau tempoh yg di tetapkan dalam membuat entry mahupun mengepost entry anda selagi tidak tamat tarikh program tersebut.
- Jika anda minat untuk sertai program mereka secara langsung iaitu turun padang bersama mereka di dalam memberi bantuan adalah di galakan.
Jika anda rasa bertanggungjawab dalam memberi hebahan kepada masyarakat tentang kesedaran program amal ini anda adalah peserta yang kami cari. Sebarang persoalan boleh terus hubungi Mah@mahu di alat email akustika83@gmail.com.Mah@mahu akan menyenaraikan semua blog yg menyertai program ini di side bar blog Mah@mahu nanti.
Tag :

AKU SUKA BLOGR.MY

on 27 Mac 2012


Ha3x!! Tajuk "AKU SUKA BLOGR.MY" dasat tu...Kenapa aku suka blogr.my? Banyak sebabnya weii..aku cuba listkan dibawah...[btw aku tak handai nak tulih bebaik sangat, cuma seikhlas hati aku je laa] Satu lagi, entri ni sebagai satu penghargaan aku kepada Blogr.my kerana menyediakan laman ping yang aku rasa baik dikalangan yang terbaik di Malaysia.

1. Blogr.my dalam perkhidmatan terbaru menyediakan "ping" untuk entri lama. Hanya perlukan url entri dan paste...pas tu dah boleh ping entri disana. Cukup mudah sekali. Pada aku ini memang widget terbaik yang ada pada laman arregator ping blogr.my nih.

PING_ENTRI_BLOG_ANDA_DISINI

2. Trafik dari Blogr.my juga agak menarik dan mengikut "teori domino" aku, ianya membantu dilaman carian Google, menaikkan trafik [up trafik] di blog aku dan mungkin juga memberi sedikit pengaruh kepada page rank blog. Aku rasa, makin banyak korang buat ping, makin bagus. Cuma jangan kerap sangat...nanti masuk kat "sand box" lak. Tapi korang jangan percaya sangat "teori domino " aku tuh...he3x!!

DATA_BAGI_PING_ENTRI_BLOG_AKU

3. Terdapat beberapa cara admin untuk memberi penghargaan kepada pengguna/blogger di Blogr.my. a) Ping mengikut pangkat [Vip,Elit & Blogger] - yang ni baru lagi, aku lom sempat nak tanya   tentang pangkat didalam Blogr.my nih.
b) Point - Mengikut kefahaman aku, point diberi untuk setiap ping yang kita lakukan. 1 ping bersamaan 1 point.
c) Referral - Blogger yang mendaftar dibawah anda. Mungkin akan ada sesuatu nanti di sebalik referral nih, ataupun mungkin janya sebagai satu rujukan kepaada blogger itu sendiri. Yang nyata, aku pun tak tahu tentang mende nih.
d) Auto tweet dari Blogr.my sendiri. Setiap kali selepas korang ping entri disini, blogr.my akan tweet semula entri korang. [aku daftar melalui akaun twitter] Amacam? Ada baik ka? Tarak suka lagi? Hmm...kalau tak suka aku pun tak leh nak kata apa la...

Rasanya setakat ni je la dulu tentang laman ping aggregator Malaysia nih. Melalui beberapa sebab ni la, aku suka sangat dengan Blogr.my. Aku akan up date kalau ada apa2 info tambahan dikemudian hari nanti. Sila klik pada setiap gambar diaas untuk pandangan yang lebih jelas, okey.
Tag :

PEMENANG CONTEST KRAFTANGAN DAN AKU - KATEGORI SEO

on 25 Mac 2012

PEMENANG_CONTEST_KRAFTANGAN_DAN_AKU_KATEGORI_SEO

Kelmarin, 23/03/2012 [Jumaat] yang lalu, bro Zool, owner blog ligakampung.com telah mengumumkan juara bagi Peraduan Menulis Entri Kraftangan dan Aku bagi kategori SEO di blog beliau. Hasilnya blog aku, iaitu yastroonline telah diumumkan sebagai juara bagi kategori ini. Blog cikgu tehr naib juara dan blog saudara Benjy ke tiga.  Alhamdulillah, rezeki untuk blog aku lagi nampaknya.

Walaupun [termasuk contest yang ni] blog aku dah 2 kali berjaya menjadi juara bagi contest SEO untuk tahun ni, aku akui aku sebenarnya masih "noob" lagi dalam dunia blogging. Pada aku, terlalu banyak perkara yang masih dan perlu aku belajar atau tanya kepada mereka-mereka yang lebih pakar. Selalu sangat aku usha tips-tips untuk tingkatkan trafik dan entri di google page melalui mereka-mereka ini. Ada yang aku usha melalui google jugak, tak kira didalam negara mahupun di luar negara. Tapi biasanya habis kuat aku usha blog dari Indonesia je laa. Takat tu je kemampuan aku...he3x!!

Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada bro zool, kerana melalui contestnya ini, aku berjaya jua merasa pendapatan melalui cara online/blogging ini. Tahun ke 3 aku berblogging, baru la dapat menikmati segala penat lelah yang aku kerjakan selama ini. Yang penting, blogging mesti happy...baru la boleh jadi lelaki kacak..he3x!!!
Tag : ,

6 Laman Ping Entri Yang Terbaik

on 24 Mac 2012

6 Laman Ping Entri  Yang Terbaik
Salam semua sahabat, sebagai blogger baru yang masih lagi mempunyai trafik yang ciput, pasti korang [termasuk la aku] memerlukan satu keajaiban yang mampu memberi sedikit trafik kepada blog korang. Sapa yang tak nak trafik bila buat blog kan...kalau tak buang masa saja laa.

Selain dari trafik organik seperti google, yahoo atau yang seangkatan dengannya yang lain, agak sukar bagi blogger baru untuk bersaing dengan blog yang dah ngetop dan pakar dalam SEO terutamanya untuk mendapat tempat di first page kat Google. Larat ke kita nak buat blogwalking, menjerit kat shout box orang lain setiap hari semata-mata untuk dapatkan unique visitor? Satu lagi, kalau ada blogger lain yang komen dalam blog korang, tentulah korang nak balas balik kan. Jadi masa korang bertambah singkat nak buat blogwalking, tu belum campur korang nak draft entri dan buat kerja2 utama korang. Kecuali la korang ni blogger full time. Jadi disinilah peranan laman web/ping aggeregator yang akan membantu korang dalam memberi trafik. Dibawah ni aku sediakan 5 laman ping entri di web yang aku rasakan terbaik dan mungkin juga korang biasa guna nih.

1.  Guablog.com
Okey, Guablog aku akui antara widget yang paling lama aku gunakan. Setakat ni aku memang berpuas hati sangat2 dengan Guablog nih. Setiap hari ratusan uv akan masuk menerusi Guablog ke blog aku. Guablog menggunakan sistem timbal balas, kalau ada unique visitor yang masuk ke guablog, pasti akan ada yang masuk ke blog korang juga. Jadi situasi win-win. Cara guna, register dan tampal widget derang. Kelemahan, korang kena masukkan data entri secara manual...so leceh sikit laa...



2. Ping Busuk
Ramai blogger yang guna ping busuk. Best ke? Aku sebenarnya dah register lama dengan busuk nih, masa depa mula-mula bukak dulu. Tapi masa tu blog aku ada masaalah dengan feed url...Jadi aku tak leh guna sepenuhnya kelebihan ping busuk. Akhirnya feed blog aku berjaya dibaik pulih atas bantuan rakan blogger shah, pemilik forblogger.net. Setakat beberapa minggu aku guna ping busuk ni, aku memang berpuas hati dengan laman aggregator ni. Biarla nama dia busuk yang penting uv tak busuk..ha3x!!! Cara guna, daftar menerusi facebook ataupun twitter, kemudian backlink banner kecil derang ataupun ambil widget derang sama seperti Apesal dan Guablog.



3. Apesal
Ini antara widget yang memula aku jumpa dan guna.  Bagus juga sebenarnya apesal nih, cuma masa aku guna tu syarat dan trafik yang aku hantar kat derang ciput...jadi bila 500 free uv tu dah habis, maka ciput juga la trafik yang masuk kat blog aku. Bab2 tu yang buat aku tension, admin apesal juga pernah bertanya kepada aku secara email "kenapa aku hentikan widget mereka". So, hari ni rasanya dah terjawab kot persoalan mereka tu. Apesal juga menggunakan sistem yang lebih kurang sama dengan Guablog. Cuma Guablog aku rasa lagi baik hati, jadi aku terpaksa ceraikan apesal. Maaf la Apesal yerr...Cara guna apesal, daftar  dan ambil widget derang pas tu tampal di blog korang. Kelemahan, sama juga dengan Guablog...kena masukkan data entri secara manual.




4. Ping kat  SNG twitter - Malaysia Twitter
SNG twitter/Malaysia twitter lak asalnya dari forum Syoknya Blogging..la ni sapa masuk [ daftar dulu la] kira boleh juga buat ping entri juga disana, derang dah split dua forum tu...aku pun baru dalam bulan ni bila masuk sana.. aku tengok SNG Twitter tu pun memang bagus juga untuk ping entri. Cara guna, daftar dan guna, simple je kan...yang penting summit url...letak tajuk sikit, dah settle.
Laman SNB Tweet Site

1. http://gezt.com/country/Malaysia
2. http://syoknyerblogging.com/v2/home

5. Ping BLOGR.MY
Salah satu tempat PING terbaru yang aku jumpa. Cara ping ialah daftar melalui facebook ataupun twitter dan letakkan banner kecil BLOGR.MY di blog anda. Web ni pun bagus juga, cuma entri terkini je yang dapat korang pingkan, macam busuk juga. Cara guna, daftar [twitter atau f/b] kemudian dah boleh guna...Blogr.my antara tempat ping yang aku suka!!!

Ping_Blogr_MY

6. Geng Blogger @ Getz.com
Dulu aku giler gak ngan Geng Blogger, satu lagi laman ping yang dah lama aku tinggalkan...masa tu baru nak kenal dunia blogging. La ni tak tau apa cerita dah...tak tau la ada lagi ke idaknya...pas tu bebaru ni aku jumpa http://gezt.com/country/Malaysia, tapi aku lom sempat register lagi...rasanya mcm web baru bagi Geng Blogger kot.- Baru je register malam tadi, seakan bloger.my dan busuk, korang cuma perlu register dan ping...sempoi kan...!!!



Apapun ni la serba sedikit 5 laman ping aggregator/ entri yang terbaik yang aku kongsi dengan korang semua, insyaallah ianya membantu entri korang di laman Google. 4  laman tersebut [busuk,malaysian twitter SNB dan blog.my..pas ni getz] adalah wajib bagi aku untuk ping entri setiap kali selesai publish entri....Apapun happy blogging sumerr. Aku cuma kongsi apa yang aku tahu jerrr....kalau korang ada laman yang lain, sila la bagitau aku lak yerr, kita kongsi2 info..:)
Tag :

IKLAN ADMAX - USAHA AKU, BUAT KALI YANG KE 2

on 16 Mac 2012

ADMAX_PENGIKLAN_YANG_AKU_CUBA_KALI_KE_2

IKLAN ADMAX - USAHA AKU, BUAT KALI YANG KE 2 ! Sebelum ni aku dah cuba apply iklan Admax kat derang. Tapi sampai sudah, senyap jee..dan kali ni adalah usaha aku buat kali yang ke 2 untuk cuba beriklan dengan Admax nih. Tak tau la lepas ke tidaknya...Siapa tahu tentang Admax? Mungkin boleh cerita sikit kot...Okey, kat bawah ni aku copy info tentang Admax ni dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Komli Media, sebuah syarikat gergasi dalam teknologi media di Asia-Pasifik mengumumkan pengambilalihannya ke atas Admax Network yang juga rangkaian iklan atas talian terbesar di Asia Tenggara. Melalui operasi harian Admax yang merangkumi enam pasaran dunia yang bertumbuh pesat pada masa kini - Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - membolehkan capaiannya mencecah lebih daripada 90 juta pengguna internet serantau. Pasaran pengiklanan atas talian di Asia Tenggara dianggarkan berjumlah kira-kira AS$250 juta hingga AS$300 juta dan sedang berkembang pada kadar 30 hingga 40 peratus setiap tahun.

Pengambilalihan ini bukan saja membolehkan Komli Media memiliki rangkaian penerbit yang paling besar dan berbeza di rantau Asia Tenggara, merangkumi 4,600 laman web setempat dan antarabangsa, malah memiliki jalinan perniagaan eksklusif Admax dengan Facebook di Thailand, Indonesia dan Filipina dan MSN di Thailand. Secara langsung ini membolehkan Komli memiliki capaian tertinggi terhadap pengguna internet Asia Tenggara dan akses kepada laman-laman bahasa tempatan yang berpengaruh di rantau ini.

Lebih-lebih lagi, pengalaman kakitangan Admax dan hubungannya dengan lebih daripada 350 pengiklan premium seperti Sony, Citibank dan Blackberry akan memperkuatkan kehadiran kepimpinan Komli di rantau ini. Melalui pengambil alihan ini juga, Admax akan mempunyai akses ke atas teknologi terkini Komli Media yang mempunyai pelbagai penyelesaian dari segi paparan, telefon mudah alih, video, rangkaian sosial, simpanan data dan iklan kata carian. Usaha terbaru Komli yang memberi penyelesaian teknologi terkini adalah Real Time Bidding (RTB) yang membolehkan pembeli iklan media menilai, membida dan membeli inventori iklan dalam talian, berasaskan setiap iklan dilihat/tanggap pada dasarnya.

Usaha ini memberi kesinambungan yang baik melalui pangkalan data terkumpul untuk mencapai audiens sasaran dengan tepat di mana kebanyakan rangkaian iklan gagal berbuat demikian.

“Pertumbuhan kami yang konsisten telah meletakkan kami sebagai sebuah organisasi di kalangan syarikat yang terbaik dalam industri pengiklanan digital di Asia Pasifik.

“Ini pengambilalihan yang penting untuk Komli Media; Admax memberikan kehadiran yang amat teguh dalam pasaran utama seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand, yang menunjukkan pertumbuhan yang paling pantas di dunia. Kami amat gembira dapat mengumpulkan kepakaran kami, membolehkan organisasi bergabung untuk muncul sebagai organisasi yang paling berpengaruh di rantau ini,” kata Ketua Eksekutif (CEO) Komli Media, Prashant Mehta.

“Komli Media yang kini berada di barisan hadapan dalam membawa penyelesaian yang amat memberangsangkan ke pasaran digital membuatkan kami amat teruja untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada pasukan mereka. Kami amat kagum dengan teknologi RTB, paparan telefon mudah alih dan video untuk memberi lebih nilai kepada rakan niaga kami dan memantapkan lagi kedudukan kami di Asia Tenggara,” kata CEO Admax Network, Mathew Ward.

Akshay Garg, Pengasas Bersama dan Naib Presiden, Komli Media antarabangsa menambah, “Kami amat teruja untuk bekerja bersama-sama dengan pasukan Admax yang dinamik dan percaya bahawa terdapat persamaan budaya yang amat kukuh di antara dua syarikat kami. Dengan pengalaman yang amat unik dalam kebanyakkan syarikat media dan teknologi pada peringkat global, pasukan Admax akan memperkukuhkan kedudukan kompetitif Komli Media di rantau ini.”

Komli Media akan menggabungkan pasukan Asia Tenggaranya yang ada sekarang dikenali sebagai Aktiv Digital dengan pasukan Admax di bawah satu organisasi iaitu Komli Media. Kekuatan kedua-dua syarikat ini akan meletakkan Komli Media dalam kedudukan baik untuk berkembang pesat di rantau ini. Dengan pengambilalihan ini, Komli Media akan bertambah kukuh dengan memiliki seramai 400 orang kakitangan yang akan menyediakan khidmat kepada lebih daripada 1000 pengiklan yang aktif di seluruh Asia Pasifik dengan capaian kepada lebih 150 juta pengguna internet yang unik menjadikan Komli Media sebagai rangkaian media yang paling besar di rantau ini.


# Kalau ada kengkawan lain yang dah cuba apply dengan Admax ni..boleh la kongsi pengalaman yerr..nak2 yang dah lepas/dapat beriklan dengan Admax nih.Tq.

Tag :

Projek 100 Bloggers Bro Framestone

on 10 Mac 2012

Sebenarnya aku dah mengetahui "Projek 100 Bloggers Bro Framestone" ni dalam 3/4 hari yang lepas. Bila aku baca je, memang aku dah terniat nak join projek tu, cuma aku belum komen lagi kat dalam blog dia. Hari ni, aku dah ready nak tunjukkan trafik blog aku dari google analytic untuk bulan Jan 2012 dan Feb 2012. Aku harap2 dapat lepas untuk join projek nih. Cuma syarat yang no 2 dan no 4 tu je aku tak tau yang blog aku boleh lepas atau tidak...trafik tak konsisten derrr!!!!

Projek 100 Bloggers
1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
3. Blog berbahasa melayu atau english.
4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers

Nak join? Mudah sahaja, Anda hanya perlu :-

1. Promote projek ini di blog anda (dalam bentuk blog post – pastikan anda memenuhi syarat di atas), maklumat korang copy paste je la dari entry ini. Bubuh link ke entry ini dan juga borang pendaftaran.
2. Kemudian isi borang ini.
3. Tunggu feedback – email/call dari bro
4. Jika layak, anda akan di pilih. Itu sahaja.

    Mesti korang tertanya kenapa bro cuba running “Projek 100 Bloggers” ini? Bro insya’lah dalam bulan 4 atau 5 akan present kertas kerja bro di kepada klient-klient bro di mana 100 blog yang terpilih akan menjadi medium pengiklanan kepada produk mereka. Setiap blogger akan menerima sponsor post.

    Anda hanya perlu menulis dan mempromosikan klient yang akan bro dapatkan. Dan anda akan dibayar. Walaupun nilainya bukan beribu ringgit. Tetapi ianya amat berbaloi bagi anda yang ingin menjana pendapatan dari blog. Feedback anda amat bro hargai.

    Sebarang permasalahan, boleh roger bro di bahagian komen di bawah.
    hastag di twitter : #Projek100Bloggers

    # Kredit kepada bro akubiomed.co  kerana aku kopi info ni dari blog beliau. Semoga aku berjaya...he3x!!




    # Bulan Feb, agak jatuh trafik blog nih....:(, sebab tu aku tengah berusaha memulihkan kembali trafik seperti bulan Jan 12....
    Tag :

    PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU

    on 07 Mac 2012

    PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU! Cun arrr!!!!

    Peraduan "Kraftangan Dan Aku" anjuran bro Zool atau Liga Kampung telah lama diadakan. Aku je yang terlupa. Satu lagi, dia pun jarang masuk sini, aku pulak jarang masuk sana...jadi payah la aku nak ingat contest dia. Kebetulan bebaru ni aku terjumpa dia komen disatu blog, Cahaya Hatiku [Blog Suri] tentang peraduan ni. Terus, aku terjah dan draft sikit entri untuk peraduan "kraftangan dan aku", supaya aku tak terlupa lagi...hehehe.

    Okeh, nak citer tentang kraftangan dan aku, aku ni memang la tak de tangan seni. Tangan keras tu adalah. Jadi kalau nak tunjuk hasil2 yang aku dah buat....hmmm rasanya ada la satu kot. Tapi agak berbeza sikit. Nak kata kraftangan tidak, keras tangan pun.....errrr ade la sikit...hahaha3x!!

    7. Hadiah terbahagi kepada 2 kaedah iaitu :-
    – Pemenang SEO terbaik
    2 pemenang dipilih berdasarkan keputusan carian google menggunakan keyword ‘kraftangan dan aku’ pada 18 Mac 2012. 2 entri teratas akan menerima
    Hadiah pertama

    – Wang Tunai RM50
    Hadiah kedua

    – Wang Tunai RM30

    – Pemenang entri terbaik
    3 pemenang utama berdasarkan entri terbaik yang menambat hati juri.
    Hadiah Pertama

    - Wang tunai RM50 beserta *barang kraftangan bernilai RM40
    Hadiah Kedua

    - Wang tunai RM30 beserta *barangan kraftangan bernilai RM30
    Hadiah Ketiga

    - Wang tunai RM20 beserta *barangan kraftangan bernilai RM10

    Saguhati
    Peserta pertama dan terakhir akan menerima cenderahati barangan kraftangan bernilai RM10 (peserta yang komen dan letakkan url peraduan di blog ini pada waktu awal dan terakhir)
    Okeh...gambar kat bawah ni adalah "kraftangan dan aku"..errr, rasa2 cam tak kena je gambar tu ngan tajuk entri. Tapi tak pe laa...aku sesah je, harap2 admin blog tu boleh terima entri aku nih. Sedikit info mengenai gambar tu, sebenarnya ia adalah hasil kerja aku bila aku dah bohsan kat tempat kerja. Kalau tak de keroje, biasanya aku ngadap pc laa..tapi sesekali aku layan jugak buat "modelling" dengan tanah liat nih. Material tu sebenarnya adalah tanah liat industri [industrial clay] yang biasanya digunakan oleh pengeluar automotif diseluruh dunia. Sila abaikan imej tu yerr...hanya untuk suka suki sahaja. Terima kasih.

    PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU

    Cukuplah sampai disini, entri ni adalah untuk "Peraduan Kraftangan Dan Aku" dari bro Zool yang juga merupakan tokey  Ligakampung.com dan ditaja oleh ‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’."

    PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU
    -salam mesra dr yastro-
    Tag : ,

    Cara Dapat Duit Dari Internet - Blogging Style|Nuffnang

    on 20 Februari 2012

    Hehehe tajuk tak boleh blah. "Cara Dapat Duit Dari Internet - Blogging Style|Nuffnang" macam ye-ye je aku kan. Tapi tu la, dah hampir 3 tahun aku dok layan blog nih. Baru ni la aku nak merasa hasilnya, tu pun tak le banyak macam orang lain yang lagi otai tu. Tapi, aku tetap bersyukur sebab ada juga.... dari tak ada langsung kan? Bukan senang nak cari cara dapat duit dari internet wooo...nak2 dalam dunia blogging. Ada yang 3 bulan dah stop, ada yang setaun dah lemau...macam2 ada laie laa.

    Okey la, kali ni aku nak update tentang cek Nuffnang aku yang dah selamat sampai kat rumah pada 16/02/2012 yang lepas. Kalau korang nak tau, malam tu jugak aku pergi bank in kat dalam "rimau" aku...nampak sangat excited giler aku kat duit pertama dari internet nih. Satu tempoh masa yang lama [menjangkau 2 bulan] dari tarikh aku mohon. Gamaknya tak de cara yang lebih cepat kot nak dapatkan cek tu. Aku siap reply tiket lagi tanya status cek nuffnang aku tu.- Nampak sgt tak sabonya aku nihhh...ha3x!!!
    Cara Dapat Duit Dari Internet - Blogging Style
    Hajatnya duit hasil berblog aku tu, aku nak belanja keluarga aku. Dapat makan pizza atau Mc Dee pun dah okey dah. Janji aku tak lupakan mereka yang selama ni support aku. Terima kasih juga aku nak ucapkan kepada rakan yang selalu singgah dan tolong klik "rezeki" tu untuk aku. Semoga Allah membalas segala budi baik korang. Aku juga tak lupa,[selalunya kat opis laa] akan tolong klik apa yang patut kat blog korang bila aku singgah. Tolong menolong kan amalan mulia..he3x!!!

    Okey, kat bawah ni adalah print screen cek yang aku terima dari pihak Nuffnang tempoh hari. Terima kasih Nuffnang. Setakat ni aku masih lagi setia menjadi ahli "gelihati" kepada korang. Terima kasih juga kepada BE yang korang dah bagi kat blog aku. Bila ada BE tu yang masyuk sikit tu....
    Cara Dapat Duit Dari Internet - Blogging Style|Nuffnang
    Apapun, blogging mesti happy. Ini lah cerita orang yang pertama kali dapat duit dari internet nih....he3x!!!

    Cek+Nuffnang
    cek pertama yang aku terima dr nuffnang

    # Errr adsword google tu masyuk ker eh? Tetiba jer aku teringin nak apply jugak..- Tetiba jadik tamak lak...ha3x!!!
    Tag :
     
    © Yastro.net All Rights Reserved