Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

AKU ANTARA 15 BLOGGER KACAK DI MALAYSIA

on 11 Mac 2012

AKU ANTARA 15 BLOGGER KACAK DI MALAYSIA !
AKU_ANTARA_15_BLOGGER_KACAK_DI_MALAYSIA
Print screen yang aku ambil dr blog Titan

He3x!! Tajuk memang gempak gila hari ni, tapi itu lah dia kenyataannya. Alhamdulillah satu contest yang aku dah sertai telah diumumkan pemenangnya. Hari ini telah disahkan oleh bro titan , entri aku "Pengalaman Kena Denda di Sekolah"  telah berjaya meraih sebagai pemenang utama dalam kategori cabaran SEO. Bukan itu sahaja, entri tersebut juga berjaya meraih kedudukan bersama di tempat ke 6 (bersama bro Tehr) didalam review Pengalaman Kena Denda Di Sekolah. Amacam...kacak tak lelaki ini?...ha3x!!!- nak muntah aku weii!!!

Terima kasih aku ucapkan kepada bro titan kerana menganjurkan peraduan ini, juga terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang telah support aku selama ini. Aku rasa sengit juga sebab ada 2 orang blogger yang mengejar keyword tu dengan rapat...alhamdulillah, aku berjaya juga.

Ucapan terima kasih  khas juga aku  tujukan kepada blogger Shah [forblogger.net] kerana melalui blog beliau lah aku kutip beberapa ketul tips untuk berjaya didalam kategori SEO. Terima kasih sekali lagi bro Shah. Apapun blogging mesti hepi derrr.....


Jadi...siapakah lelaki kacak itu???
Tag :

PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU

on 07 Mac 2012

PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU! Cun arrr!!!!

Peraduan "Kraftangan Dan Aku" anjuran bro Zool atau Liga Kampung telah lama diadakan. Aku je yang terlupa. Satu lagi, dia pun jarang masuk sini, aku pulak jarang masuk sana...jadi payah la aku nak ingat contest dia. Kebetulan bebaru ni aku terjumpa dia komen disatu blog, Cahaya Hatiku [Blog Suri] tentang peraduan ni. Terus, aku terjah dan draft sikit entri untuk peraduan "kraftangan dan aku", supaya aku tak terlupa lagi...hehehe.

Okeh, nak citer tentang kraftangan dan aku, aku ni memang la tak de tangan seni. Tangan keras tu adalah. Jadi kalau nak tunjuk hasil2 yang aku dah buat....hmmm rasanya ada la satu kot. Tapi agak berbeza sikit. Nak kata kraftangan tidak, keras tangan pun.....errrr ade la sikit...hahaha3x!!

7. Hadiah terbahagi kepada 2 kaedah iaitu :-
– Pemenang SEO terbaik
2 pemenang dipilih berdasarkan keputusan carian google menggunakan keyword ‘kraftangan dan aku’ pada 18 Mac 2012. 2 entri teratas akan menerima
Hadiah pertama

– Wang Tunai RM50
Hadiah kedua

– Wang Tunai RM30

– Pemenang entri terbaik
3 pemenang utama berdasarkan entri terbaik yang menambat hati juri.
Hadiah Pertama

- Wang tunai RM50 beserta *barang kraftangan bernilai RM40
Hadiah Kedua

- Wang tunai RM30 beserta *barangan kraftangan bernilai RM30
Hadiah Ketiga

- Wang tunai RM20 beserta *barangan kraftangan bernilai RM10

Saguhati
Peserta pertama dan terakhir akan menerima cenderahati barangan kraftangan bernilai RM10 (peserta yang komen dan letakkan url peraduan di blog ini pada waktu awal dan terakhir)
Okeh...gambar kat bawah ni adalah "kraftangan dan aku"..errr, rasa2 cam tak kena je gambar tu ngan tajuk entri. Tapi tak pe laa...aku sesah je, harap2 admin blog tu boleh terima entri aku nih. Sedikit info mengenai gambar tu, sebenarnya ia adalah hasil kerja aku bila aku dah bohsan kat tempat kerja. Kalau tak de keroje, biasanya aku ngadap pc laa..tapi sesekali aku layan jugak buat "modelling" dengan tanah liat nih. Material tu sebenarnya adalah tanah liat industri [industrial clay] yang biasanya digunakan oleh pengeluar automotif diseluruh dunia. Sila abaikan imej tu yerr...hanya untuk suka suki sahaja. Terima kasih.

PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU

Cukuplah sampai disini, entri ni adalah untuk "Peraduan Kraftangan Dan Aku" dari bro Zool yang juga merupakan tokey  Ligakampung.com dan ditaja oleh ‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’."

PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKU
-salam mesra dr yastro-
Tag : ,

AKU NAK ULTRABOOK TOSHIBA PORTEGE Z830

on 06 Mac 2012


Tetiba je rakan blogger aku dilanda ribut "Projek Review Ultrabook Toshiba Portege Z830" anjuran Denaihati. Aku pun tah macam mana tetiba juga berminat nak buat review projek Toshiba Z830 ni. Firstly, kompom la kena tengok apa kelebihan yang ultrabook Toshiba Portege tu ada kann...betoi ke bagus noo? Apapun meh kita cuba tengok sat noo....

1. Ultrabook yang Nipis dan Ringan.
Antara Ultrabook yang ternipis dan ringan didunia. Satu dari kelebihan berbanding pesaing yang lain. Juga       mempunyai design yang menarik dengan skrin 13.3 inci.
With a 0.63-inch profile and less than 2.5 pounds, the Portege Z830 ultra slim and light laptop bests its competition right down to the core

  2. Transformasi Innovasi dari Toshiba.
Satu lagi kelebihan Toshiba Portege ini ialah tahan dari tumpahan backlit. Keyboard yang bercahaya diwaktu lampu bilik malap atau terpadam. Solid State Drive, [SSD] yang dipasang mampu membuatkan anda/aku terpegun dengan kelajuannya. Juga tak dilupakan teknologi terkini Toshiba iaitu "Toshiba Hi-Speed Start Technology" yang bakal membuatkan anda [aku] kagum giler dengannya.

3. Keperluan utk seorang Bisnessman
Menggunakan teknologi Intel® vPro™ untuk kecepatan proses ianya juga ditambah nilai dengan
Trusted Platform Module (TPM) yang bakal memberikan tambahan keselamatan kepada ultrabook anda. Juga fingerprint password untuk log in.

4. Audio sistem yang mantap.
Walaupun nipis, anda pasti terpegun dengan audio sistem ultrabook ini. Jenama MaxxAudio®, sistem audio ultrabook ini sangat mantap untuk anda mendengar lagu pilhan dan menonton video kegemaran anda.

5. Ketahanan dan Kepercayaan
Sistem sokongan badan yang dibina telah menjadikan Toshiba Portege Z830 ini sebuah ultrabook idaman. Menggunakan bahan "Magnesium Alloy" untuk ketahanan senibina, Toshiba Portege Z380, turut menggunakan teknologi terbaru iaitu "Toshiba EasyGuard ®" pastinya membuatkan anda tersenyum kepuasan dengan ketahanan dan kepercayaan terhadap ultrabook ini.

“Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel Malaysia, Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Alansarproperties.com, Apesal, Kedai Kak Siti, azri.my dan Jerungperkasa.com

# Adesss...tgh hari aku berdiet, semata2 disebabkan entri Aku Nak Ultrabook Toshiba Portege Z830 nih...Satu lagi, untuk info kepada semua tarikh tutup penyertaan contest ni adalah pada 06.03.2012, jam 11.59 malam. Korang kalau tak percaya dgn apa yang aku tulih tak pe, tengok je la video yang ada kat bawah nih. Satu lagi, " tulunnnn" aku dengan klik button Google + aku dan juga tweet entri aku nih!!

Tag :

UPDATE : Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

on 16 Februari 2012

Ada sedikit update dari "Peraduan Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog" yang telah aku sertai pada 12 Februari 2012 yang lalu. Sesuatu yang menarik juga sebenarnya....


Tambahan Hadiah dari Penaja
Admin Pengendali Blog dan pihak penaja, Elfbytes Web Hosting, telah bersetuju untuk menambah satu lagi hadiah tambahan setelah penyertaan didapati sangat2 menggalakan. Bayangkan, blogger dari luar pun nak join weiii.

Hadiah tersebut berupa, sebuah domain percuma selama 2 tahun yang bernilai RM70 yang akan diberikan kepada pemenang di tempat kedua.

So kiranya pemenang tempat pertama dapat hadiah hosting percuma 2 tahun, dan pemenang di tempat kedua pula akan dapat hadiah domain percuma selama 2 tahun. Peluang untuk orang lain menang juga telah bertambah!

Jadik...tunggu apa laieee....jom join!!! Rugi kalau tak join peraduan Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog nih weiii...ha3x!!! - Saja aku kasi bako lagi kat yang belum ada rumah sendiri...ha3x!!!
Tag :

Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

on 12 Februari 2012



Hari ni terbuka fikiran aku untuk sertai peraduan "Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog" anjuran Pengendali Blog.com. Rasa terpanggil nak join bukan sebab apapun, terharu aku tengok rakan blogger Akubiomed yang menyertainya hanya untuk memberi kepada rakan blogger yang belum mempunyai dot.com sendiri. Kebetulan aku pun masih belum mempunyai dot.com sendiri, jadinya aku rasa "termalu" la pulak pada diri aku...he3x!!!

Jadi hari ini, dengan rasminya aku isytiharkan aku akan join peranduan "Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog" yang dianjurkan oleh Pengendali Blog seperti link yang telah aku berikan diatas.



Dibawah ini adalah print screen Pengendali Blog
Blog-Peraduan-pengendali-blog-yastroonline


Peraduan yang bernilai rm200 ini ditaja oleh sepenuhnya oleh Malaysia Web Hosting




- Pasti kalau aku yang menang aku akan guna sendiri...Insyaallah.



Tag :

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah - Keyword Terhangat Masa Kini

on 26 Januari 2012

Susah woo...itu je la yang aku boleh kata, tapi rasa seronok juga bila mencuba dan mencabar  kekuatan SEO blog aku untuk bermain dengan keyword "Pengalaman Kena Denda Di Sekolah". Err...benar ke keyword tu antara perkataan terhangat? He3x!!!....Yepp...terhangat bagi mereka yang sedang join "Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah" anjuran Titan yang kacak.

Okey, buat masa sekarang ni dibawah ni adalah print screen untuk keyword "Pengalaman Kena Denda Di Sekolah"....yang mana akan ada usaha/cabaran dari beberapa orang blogger untuk aksi potong memotong, cantas mencantas  pada saat-saat akhir, termasuk la dengan tuan punya blog tu sendiri kot...dan juga aku sendiri...he3x!!!


PENGALAMAN+KENA+DENDA+DI+SEKOLAH
Kedudukan ke 4 sekarang..Adakah aku mampu memotong keyword Pengalaman Kena Denda Di Sekolah?


Kalau korang masih belum lagi membaca entri aku berkenaan "Pengalaman Kena Denda Di Sekolah"...korang boleh la usha-usha di link yang aku beri tu. Aku pasti korang juga mempunyai banyak pengalaman dan kenangan ketika dizaman persekolahan. Pahit dan manis di sekolah sesungguhnya adalah sesuatu perkara yang sukar dilupakan, walau ke akhir hayat kita..kan- eishh...tacing la plak..ha3x!!


Untuk makluman korang, pertandingan ni masih lagi dibuka sampai hujung bulan ni. Maknanya masih ada lagi beberapa hari untuk korang menyertainya. Begitu juga dengan cabaran SEO, Nampak benar yang keyword ni memang tengah/sedang menjadi rebutan bagi beberapa orang blogger...termasuklah aku. Insyaallah... selepas aku post je entri ni, aku akan cuba tengok keyword "Pengalaman Kena Denda Di Sekolah", harap2 menjadi laa...he3x!!! Adiozzz....


# Entri yang singkat dan ringkas pagi ini untuk cabaran seo"Pengalaman Kena Denda Di Sekolah".
Tag :

Contest Blog Azmanisma - Aku Pun Ada Cerita...Kau Ada?

on 24 Januari 2012

Contest Blog AZMANISMA.com


Musim ni aku rasa memang musim blogger buat contest blog. Kat bawah ni ada satu lagi contest yang telah dianjurkan oleh blog azmanisma.com.... Ayat kat blog dia, "Aku Pun Ada Cerita, Kau Ada?" hehehe...memang kasi bakar kat orang lain woo. Hadiah memang menarik sesangat, tak rugi pun kalau join. Mana tau tetiba kali ni rezeki korang pulak nak menang...Satu lagi, aku tengok dah ramai juga blogger yang dah join. Setakat entri ni ditulis dah ada 18 orang blogger yang join. 


Syarat join pun tak susah mana..daftar, review alexia, pas tu komen kat entri contest....tu jerr, pas tu tunggu je la pengumuman dari beliau. Rasa2nya sempat lagi kalau ada kengkawan blogger yang nak join. Kat bawah ni ada cara nak join contest...silakan kengkawan sumer. Mana tau dapat bermalam kat Penang, lama jugak aku tak lepak kat sana. last masa DT Konsert haritu je la kot. Err sebelum terlupa, tarikh tutup contest ni adalah pada 1 Febuary 2012, selepas tu kena tunggu arahan selanjutnya. Antara syarat join contest ialah....

1. Pendaftaran kepada blogger yang berminat.(peringkat pertama) - Buat entri macam ni...atau lagi baik...last sekali ada url blog azmanisma.com
Contest Blog Azmanisma - AKu Pun Ada Cerita...Kau Ada?
2. Review blog www.azmanisma.com di Alexa Review.(peringkat kedua) - Tunggu arahan...alamak, aku dah buat review dah...hmmm jalan je laaaa...:)

3. Pengumuman pemenang (peringkat ketiga) 21/2/2012 (sempena birthday tuan blog) - Tunggu masa je laa...he3x!!!!

Hadiah
1. Menginap 2 hari 1 malam di Holiday Inn Resort Penang + breakfast untuk 2 orang (Feringgi Tower Seaview)Voucher Valid sehingga 9/5/2012)
2. Makan malam untuk 2 orang di www.enakkl.com.(berharga rm 200)
3. 3 keping Cloth Diaper berharga rm150 tajaan zigiezag cloth diaper malaysia.


# Contest ini dianjurkan oleh blog www.azmanisma.com, siap je entri contest blog tu, terus gi komen kat blog azmanisma.com dengan ayat.."Saya nak join contest ini.......bla..bla..bla.."
So...selamat "bercontest" semua geng2.....


Contest Blog Azmanisma - Aku Pun Ada Cerita...Kau Ada?
-salam mesra dr yastro-

Tag :

Pengalaman Kena Denda di Sekolah - Titan|Earncent.com

on 14 Januari 2012

Hari tu aku buat satu intro Pertandingan Pengalaman Kena Denda DiSekolah Titan|Earncent.com. Entri merapu dari aku. Maka selepas beberapa hari aku mula sibuk mengali memori untuk pertandingan tu. Susah juga sebenarnya, benda dah lama berlalu... cuma dalam banyak-banyak peristiwa kena denda di sekolah, ada 2 denda yang paling aku tak boleh lupakan, memang satu pengalaman yang berharga. Kedua-duanya terjadi sewaktu aku di Tingkatan 4. Masa tu aku baru je bertukar ke sekolah tu, dari sekolah agama [hostel] ke sekolah kebangsaan. Lokasi sekolah tu.... kat kampung aku jerrr.
Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Pengalaman Kena Denda Di Sekolah, Kisah 1 
Alkisahnya satu hari tu aku terlupa nak bawak kad, padahal perkara tu telah diingatkan oleh guru kelas sehari sebelum tu lagi. Kejadian tu berlaku semasa awal tahun aku bertukar ke sekolah tersebut. Mende tu remeh jer, kad report... kad report berkaitan dengan apa, aku dah lupa. Jadi pagi tu, bila kad tu aku tak bawak, aku dan beberapa orang kawan yang lain telah dipanggil ke bilik pengetua sekolah yang baru aku tukar tu. Sorang demi sorang kena soal siasat, dah macam polis siasat banduan lak rasanya. Mamat ni bagi jawapan ni, mamat tu bagi jawapan begitu pulak, semuanya cuba nak "korner" tang selekoh. Bila sampai giliran aku pulak..."Hah...ko... Apsal tak bawak kad?" Malas nak konar lebih-lebih maka dengan senang je aku jawab.."Terlupa cikgu..." Lepas tu ape lagi, memacam la perkara yang dibebelkannya... pot..pet..pot..pet..dah macam nenek kebayan tengah membebel lak rasanya. Kami semua diam jerrr....

Kebetulan pulak majoriti yang kena panggil tu adalah pelajar yang baru je bertukar ke sekolah tu. Yang paling aku sakit hati bila dia kata, "Kamu semua ni!!!.....Bila sekolah lain dah tak terima kamu...baru terhegeh2 nak masuk sini...Ni semua nak bawak pengaruh gengster la nih" Masa dia bercakap tu kebetulan dia sedang lalu didepan aku, dan aku berdiri dibarisan yang hujung sekali.

Tiba-tiba...."Pangggggg"...Mak aih...back hand wooo aku kene, nasib baik air liur aku tak terkeluar akibat back hand mengejut tu."Sial....aku dah menyumpah dalam hati. Celaka cikgu nih...salah sikit dah nak bagi back hand". Nak lawan budak baru lagi masa tu...so nyumpah dalam hati je la. Dan hari tu semua kengkawan aku yang tak bawak kad tu kene backhand pengetua sekolah tu. Bagi aku, itu first back hand yang aku pernah kena seumur hidup aku, mak bapak aku pun tak pernah lempang muka aku. Aku memang marah betul masa tu, tapi tak le aku report kat mak bapak aku macam bebudak sekarang nih. Memang hari tu pengetua tu kene sumpah seranah aku dan kengkawan yang lain. Tapi takat dalam hati je laa... Itu lah pengalaman pertama aku kena denda di sekolah.

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah, Kisah kedua
Kejadian ni masa aku masih lagi di tingkatan 4, gamaknya dalam 6~7 bulan kot aku kat sekolah baru tu. Satu hari tu aku dan kawan aku [tokey GPH], terlambat datang ke sekolah. Macam biasa.. si polis trafik, detektif sekolah yang bertugas akan ambik nama dan akan hantar nama pelajar yang lewat ke guru disiplin untuk rekod dan juga hukuman.Tak pe...biasa la tu.Kami teruskan perjalanan nak masuk ke kelas masing2. Baru je jalan dalam jarak 20 meter, tetiba pengetua tu sampai dah kat depan kami. 


"Erghhh...orang tua ni lagi, detik hati aku" Dia tak cakap banyak, terus meluru kat kami. Aku terkejut jugak...pe hal lak ni?. Tetiba dia terus cekik kat baju aku, lambung aku kat jaring besi pagar gelanggang tennis yang memang bersebelahan dengan laluan kami. "Kalau dah memang spesis degilll" Tu je la yang aku ingat ayat dari mulut dia. Korang bayangkan je la bunyi jaring besi tu bila manusia yang seberat dalam 50 kilo kene humban. Lepas aku kena lambung, kawan aku pulak yang kena. Nasib baik hari tu kene lambung kat pagar je. Pas tu pengetua tu lepaskan aku dan kawan aku untuk masuk ke kelas. Tapi masa kena tu... "Haram jadah betul la cikgu nih, macam gangster pulak dia buat kat kami"  Aku cakap dalam hati lagi. Nak lawan tak berani...dia durian...aku golek aku sakit, dia golek aku sakit jugak Itulah pengalaman kedua aku kena denda di sekolah. Rasanya kedua-dua pengalaman aku tu bukan kena denda kot...istilah yang lebih tepat dengan situasi aku masa tu ialah, kena hukum. Aku rasa la, namun aku harap si Titan yang kacak tu terima entri aku ni.

Kesimpulan cerita aku. Korang mesti rasa aku ni kategori budak nakal masa disekolah dulu. Sebenarnya aku tak nakal pun, aku budak baik woo, serius. Tapi salah tetap salah la kan...cuma aku tak puas hati dengan hukuman yang aku terima tu je. Pengetua sekolah aku yang terlebih garang sangat....garang tak bertempat. Bebudak semua memang bebulu je tengok dia. Apa pun inilah secebis kisah benar aku semasa di sekolah dulu. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan walau sampai bila pun. Adik2 yang baca ni jangan tiru perangai abang ehhh...tak elok gitu...Biar kena denda, jangan kena hukum...ha3x!!!
Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah - Titan|Earncent.com
Pengalaman+Kena+Denda+di+Sekolah
Gambar ni tak de kena mengena dengan kena denda kat sekolah eh...he3x!!!

Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Amacam kengkawan semua...Tak teringin ke join Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah?


Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku, Lelakiacai.comcontengconteng.com,  Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Tag : ,

Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

on 23 Disember 2011

Ayarkkkk...tetiba je hari ni aku terasa nak join "Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com". Sebenarnya (bulan lepas kot) aku dah ada inform kat dia yang aku nak join entri yang berpengaruh ni, tapi biasak le...penyakit "melayu mudah lope" menyerang aku, sampai la dia buat entri terbaru "amaran untuk para blogger". Soalnya kenapa la aku gatal tangan kata nak join ek..gatai tangan betoi la aku nih. Okeh, ni aku nak bagi tau beberapa sebabnya...

1. Aku nak jugak masyuk macam si titan...[asik dia je yang tunjuk cek2 dia tu..jaki gak aku]
2. Aku nak belajar dari ebook free yang bakal aku dapat nanti. [ha3x!! kalau aku menang laa]
3. Aku nak belajar buat "superblog, power blog" macam dia jugak...[Kalau menjadiii laa....]

Okeh, tak yah buang masa sebab aku pun nak cepat jugak ni. Kat bawah ni aku senaraikan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com yang telah mempengaruhi aku dari segi berblog....

1. Komisen ke 9 dari 701panduan
Kenapa artikel yang ni? Kerana kalau korang masuk situ, si titan ni dah ada publish satu cek dari 701panduan. Korang tau bape jumlahnya...?  Rm301 woo...banyak tu. Pas tu lak,dia ada buat satu senarai, hehehe kalau korang tengok senarai tu...dah macam cara-cara nak jadi "soperman" dah woo, panjang dan gilos sikit...Buat blog sampai ada blog anda mampu jadi "superblog & powerblog"...Peh cam menarik kan? Pe kata korang gi survey sendiri apa yg aku dah tuliskankan nih...

2. Anda Bosan Dengan Perniagaan Internet?
Well...ini yang paling aku suka..part titan bagi ceramah motivasi kat reader2 dia. Dia kata dia stat belajar buat bisness ni masa dia umur 17 taun. Muda lagi siot...jauh muda dari aku. Aku kenal internet pun masa umur aku dah setengah masak. Dia stat awal so, korang boleh agak la camne kejayaan dia sekarang. Sebab tu boleh kata ada je cek2 terbaru yang sampai dan sentiasa menjadi santapan entri di earncent.com. Gagal? Sapa yang bisness nak untung je kan. Sebelum berjaya tu, selalunya mesti ada kegagalan. Korang tengok contoh yang dia bagi, beribu2 rm terbang kerana internet, tapi ade ke dia kecewa? Tarak...terus maju kedepan maaa...sebab tu dia gelar diri dia "mat kacak"...he3x!!!

3. Review: Panduan Asas Lengkap Untuk Blogger
Entri ni sebenarnya mengisahkan bagaimana nak jadi seorang blogger yang berjaya tanpa banyak membuang masa. Contoh paling dekat macam si apan aku yang tak kenal 'cacing html", FTP, fungsi htaacess, c panel...huhh memacam maa. Serious...aku berblog cuma melayari internet je, pengetahuan aku pun melalui internet. Setakat ni aku belum pernah lagi beli ebook. Aku takut lorr...takut ditipu...hehehe. Mungkinkah dengan entri ni mampu menukar fikiran aku untuk membeli ebook?? Wokehhh...kita tunggu dan lihat jerr..

So, rasanya aku stop disini je la dulu. Penat dah kepala otak aku nak memikir idea nak buat artikel ni. Rasa2nya semua syarat untuk join "Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com" tu aku dah penuhi. Kalau tak cukup, aku tunggu dia sound kat aku  je. Satu lagi, contest budak titan ni tinggal 8 hari je dari sekarang, so sesapa yang nak join cepat2 le buat artikel. Bubuh pi jaa...menang untung, kalah tak rugi pun. At least blog aku berhapdate jugak kan...kan...kan.

# Dalam dok merayau2, tetiba je aku terasa nak join jomniaga pulak, yang penting register dulu...buatnya kemudian yek...ha4x!!! Aku da check "keyword" ni kat google...duk setakuk je dibawah farahaznil.com....hehehe cun arrr!!!


Tag : ,

Teh Terbaik Ada Disini ~ Edisi Tehr!!!

on 03 November 2011

Teh terbaik ada kat sini ker? Biar betul nih...ha3x!!! Hari ni sebenornya aku nak layan pasal blog dan ziarah la plak. Sebenarnya semalam aku agak terkejut bila masuk blog bro Tehr - Bukan Satu Tragedi. Mende apa lak  yang membuat aku terkejut niee? Akceli, aku terkejut sebab blog aku telah diisytiharkan sebagai Top Referring Site oleh bro Tehr sepanjang bulan Oktober yang lalu. Hadiahnya?? Banner blog aku akan berada disana sepanjang bulan November 2011 ini. Waaa...ini suda kira bagus sangat nih....tocei...tocei Tehr.

Sebenarnya aku rasa terkejut juga. Tak pernah lagi dalam sejarah berblog, aku dapat 'anugerah' ini. Seakan menerima durian runtuh...aku merasa sangat teruja. Bagaimanapun seharusnya aku tahu, aku kene lebih berusaha keras untuk mengekalkan prestasi aku di blog Tehr. Sebenarnya, ramai lagi pengunjung2 Tehr yang setia akan berusaha untuk memotong aku "diselekoh" nanti...he4x!!!  Selain dari banner aku tu, 5 pengomen terbanyak juga akan mendapat "hadiah" istimewa dari bro Tehr. Avatar mereka juga akan berada di blog tehr sepanjang bulan November ini. So, sesapa nak avatar mereka ataupun banner mereka dipamerkan diblog Tehr, sila la (rajin2) melawat bro Tehr yee.

Apa pun seharusnya aku berterima kasih kepada "pemberian" istimewa bro Tehr ini. Terima kasih bebanyak bro, perasaan aku semalam rasa dah macam menang hadiah beribu2 la plak...he3x!!. Selain dari menerima anugerah ini, aku juga pernah beberapa kali mencuba contest ataupun giveaway dari blogger yang lain. Antaranya contest dari bro Dulu Lain Sekarang Lain, Contest Denaihati, SBC Giveaway, Giveaway Abang Teror dan lain2.

Okey, kita beralih arah sekejap. Persoalan camne blog aku boleh jadi Top Referring Site si blog Tehr? Pandangan, (aku rasa la...kalau salah minta korang perbetulkan yee) mungkin dari komen2 yang diberi bro Tehr disini dibaca oleh pengunjung blog aku, ianya mungkin menarik minat pengunjung blog aku. Satu lagi, tajuk entri yang menarik dari bro Tehr memungkinkan pengunjung di blog aku berkunjung kesana. Itulah salah satu kelebihan bila menggunakan komen Intense Debate bagi blog yang berplatformkan blogspot. Ianya diibaratkan seperti anda telah "ping" entri anda diblog yang ada comment luv.

Rasanya dah panjang pulak aku berceloteh kali ni. Buat la camne pun, apa yang penting bila kita (ingatan tuk aku sendiri) telah berblog, kita kene ingat 2 perkara je. Gembira dan Kepuasan. Gembira kerana adanya manafat sampingan seperti iklan yang dipasang, dapat kawan2 baru dialam maya, memanjangkan silaturahim dan macam2 lagi. Kepuasan...puas kerana pernah mendapat pengiktirafan spt ini, puas kerana berjaya membaca "cacing html" yang rumit, puas kerana sebenarnya inilah yang anda inginkan, puas kerana apa yang ada diblog seakan2 satu luahan dari dalam hati sendiri, lebih2 lagi bagi blog personal seperti aku ni. Apapun aku harap semua kengkawan dan pengunjung diblog aku akan "mesra" sentiasa dengan aku dengan tiada melakukan sebarang masaalah dan permusuhan. Happy Blogging buat semua sahabat....dan jangan lupa "Jom Minum Teh Terbaik" dari bro Tehr (tehramuan).

Tenkiu buat bro Tehr....
Tag : ,

Contest Gempak DLSL 2011

on 11 Jun 2011

Contest Gempak DLSL 2011 ! As salam dan selamat sejahtera kepada rakan yang bukan beragama Islam,
Adat hidup dan pepatah melayu ada berkata..."Lembu dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji".  

Jadi disini aku nak bagitau semua yang aku telah mengisytiharkan diri aku untuk menjoinkan diri dengan menyertai CONTEST Gempak DLSL  [Ismail N, Dulu Lain Sekarang Lain].
[Yang sebenornya aku dah janji nak join..hehehe]

So...termasuk contest bro Ismail N yang terbaru ini, aku dah ada 3 contest/Giveaway yang tengah dok join/ berjalan sekarang nih..tak tau le ada yg lekat ataupun tak...Raese2 nya macam tak de jerrr hehehe.....

Header blog Dulu Lain Sekarang Lain

Akceli, contest tu akan berakhir pada 10 July 2011 tepat pada jam 12.00 tgh malam. Tapi apa yang perlu korang aku buat ialah meneka saiz gambar BMW X6 dibawah. [1:10, 1:30 atau 1:1]


Err...aku rasa skala pic BMW X6 ni ialah....1:10...so...itu lah jawapan tetap aku. tak de nak ubah2 dahh...hehehe

Contest Gempak DLSL 2011 !

Satu lagi, apa yang perlu korang aku buat ialah, memaparkan poster seperti diatas ni. Aku rasa tu je laa kot..
Aku nak gi kat blog bro Ismail N dulu, nak tengok betoi ke idak entri yg aku buat nih....takut tak cukup syarat kang penattt jerr entri yg aku buat nih...

Hadiah?? Kalau nak tau hadiahnya...korang pegi la jenguk blog Ismail N tu sendiri...cuma aku harap, ramai kengkawan yang dapat join dan memeriahkan contest beliau.... Caiyokkk...
[Ade hal...nak copek nihhh...]


#Antara contest yg aku tengah dok join...

Tag : ,

iPad 2... Free/Percuma/Bagi Saja dari Denaihati.com

on 06 April 2011

Salam semua, kelmarin... hati gua tetiba terasa nak join contest dari denaihati.com dengan kerjasama  Smartgold.biz dan RayBan Malaysia . Walaupun dah ramai yang join, dan kiranya gua agak terlewat sikit, tapi itu bukan masaalah besar dan alasan untuk kata tak nak. First.....
Bila tengok nama2 peserta...pehhh...ganas2 siot...semua nama2 besor belaka dalam dunia blogging. Tapi ader gua kisah, pedulikan semua tu layan jerr...menang atau kalah biasa la tu.
Denaihati ni memang terkenal dengan contest yang "Grand2"...rugi kalau korang tak join...jangan malu dan segan ye adik2, kakak2, abang2 sumer....
Mungkin gua ni mewakili golongan "buruh kasar" (hahaha.....) yang tersangat  le "BERANI UNTUK GAGAL" menyertai contest nih. Gua guna ayat pengasih nih, perasan tak?.....hehehe.......
Untuk info, ini kali kedua gua menyertai contest dlm dunia blogger. Cari pengalaman dan suka2 jer....
Dan yang paling PENTING nya, gua quote sendiri tulisan Denaihati.com ni .....

PENGANJUR


"Kepada yang belum join masih belum terlambat boleh terus ke Contest iPad 2 Malaysia. Join contest ni bukan sahaja dapat hadiah tetapi juga dapat kenalan, trafik, SEO dan keywords (tak caya tengok kat google search)"


Satu lagi....


"iPad 2 akan berada di pasaran USA pada 11/3/2011 dan 25/3/2011 di 25 buah negara lain. Berminat?? Kalau nak iPad 2 percuma jom join contest iPad 2 Malaysia bersama berpuluh teman-teman blogger yang berani untuk gagal. Mungkin anda juga."


Yeahhh...gua baru je nak tergolong dalam golongan nih laa....hahahaha..
Untuk pengetahuan semua...penyertaan masih dibuka sehingga awal jun 2011, so kalau berminat jom ikut gua, sahut seruan "B.U.G"...Tunggu ape lagi..."BERANI UNTUK GAGAL"
Dan jangan lope, support gua ngan klik banner Denaihati tu nanti yerr.

SPONSOR A
Smartgold.biz

SPONSOR B
Rayban Malaysia

Gua nak citer lebih ttg ipad 2 ni mmg tak pandai sangat. Gua andaikan korang lebih expert dari gua jer...lagi satu kalau nak cari ciri2 yg ada kat ipad 2 tu...gua rasa bersepah kat dlm internet. Lagipun gua mmg tak tahu dan kurang ambik tahu sangat pasal gadget2 terbaru nih...
Tak terkejar ngan "rm" yeopp!!! Tu yang jadi maleh tu...Cuma yang gua tahu kemungkinan akan dilancarkan dalam bulan Jun/July? (Tu pun belum pasti lagi...)
Bagaimanapun kat negara2 yg terpilih diaorang dah start mengguna pakai ipad2 nih....

HADIAH UTAMA

Contoh Ipad 2 yg bakal menjadi rebutan...
Hadiah
Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.
Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.
Hadiah Saguhati : 3 x RM100
Kelayakan blog utama
1. Blog mesti PR3 dan keatas.
2. Mesti join mailing list dan diaktifkan (kalau dah join bagus sangat lah).
3. Mesti buat satu entri kreatif tentang contest ni dengan link sponsor dan tinggalkan backlink diruangan komen dan wall Face Book denaihati.
4. Blog yang aktif dengan sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu.
5. Tidak menggunakan cara yang tidak normal untuk mendapat trafik.
6. Terbuka untuk semua blog 1 Dunia.
7. Bahasa bebas janji orang dunia faham.
8. Penganjur ada hak membatalkan mana-mana penyertaan dan mengubah syarat jika perlu.
Okeh...tu saja...Jom reramai join contest denaihati!!!! Kalau tak de status PR3 pun tak de masaalah nak join....cari pengalaman, timba ilmu....semoga ramai yang support usaha blogger kita ni. Ingat satu jer "BERANI UNTUK GAGAL".....
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved