Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan

Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi

on 10 Februari 2012

Artikel dan gambar dari Kosmo mengenai Aurora Borealis sangat menakjubkan diri aku. Satu kejadian/fenomena "Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi" yang jarang berlaku namun telah berjaya dirakam oleh ramai orang terutamanya di sebelah kawasan kutub dan juga di beberapa negara Eropah.


FLORIDA - Satu cahaya hijau yang dikenali sebagai Aurora Borealis dirakamkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 25 Januari lalu.
Imej itu dirakamkan dekat sempadan British Columbia dan negeri Washington berhampiran Pulau Vancouver di selatan Alberta berhampiran Calgary.
Cahaya itu terjadi akibat perlanggaran partikel yang telah dicaj. - Agensi
Taip sahaja Aurora Borealis dan cuba scan menerusi imej. Anda pasti terpegun dengan gambar yang telah dipaparkan disana..Begitulah hebatnya ciptaan Ilahi, pasti tiada siapa yang mampu melakukan sepertiNYA. Dan yang nyatanya Aurora Borealis adalah perkara yang telah lama berlaku di bumi ini....ianya hanya meninggalkan satu gambaran tentang kehebatan yang maha menciptaNYA. Jom layan sat dengan beberapa keping gambar Aurora Bourealis kat bawah...

Aurora-Borealis



Post Under - Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
Tag :

Filipina DiLanda Gempa Bumi - [Gambar]

on 09 Februari 2012

Berita basi...Filipina dilanda gempa bumi lagi. Alhamdulillah bagi kita yang tinggal di Malaysia belum pernah menerima dugaan sebegini, bersyukur kepadaNYA. Gempa yang agak tinggi ukurannya [6.8] pada skala richter itu telah mengakibatkan beberapa nyawa terkorban. Sejak kebelakangan ini banyak kejadian gempa telah dilaporkan...mungkinkah ada petunjuk disebaliknya? Wallahualam...hanya DIA yang Maha Mengetahui...
MANILA - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan pantai tengah Filipina semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan mencetuskan suasana panik, kata beberapa pegawai.
Bencana itu melanda di selat sempit yang memisahkan di antara Pulau Negros dan Pulau Cebu yang padat dengan penduduk.
Gempa bumi menyebabkan banyak bangunan runtuh, jalan raya dan jambatan retak manakala bekalan elektrik turut terputus.
Di bandar Cebu yang dihuni 2.3 juta orang dan merupakan destinasi popular di Filipina, penyewa-penyewa bilik hotel bergegas ke tingkat lebih atas selepas mendengar khabar angin yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa tsunami besar akan melanda pulau itu.
Namun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik pantas menafikan perkara itu.
Menurut pihak Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula, gempa bumi kali ini berpusat pada kedalaman 46 kilometer di bawah laut. - Agensi
 sumber berita -kosmo

filipina-dilanda-gempa-bumi

gempa-bumi-difilipina

Gempa-Bumi-Filipina






- Aku kena selsema ngan sakit tekak pulakk...main fiber byk sgt ni. makan pil selsema...mak aihh ngantuk amat woo...rase tak tertahan mata aku. Satu lagi..sekarang ni mmg tengah musim selsema,batuk ngan demam...carefull semua!!
Tag :

Kehidupan Adalah Satu Perjuangan...

on 27 Januari 2012

Kehidupan Adalah Satu Perjuangan...Lihatlah betapa sukarnya mereka mengharungi kehidupan ini. Bayangkan anak anda sendiri yang sedang melalui perkara sebegini, pastinya anda sendiri akan merasa hiba. Inilah satu dari cebisan realiti kehidupan. Kehidupan adalah satu perjuangan...yup...perjuangan dan perlu diteruskan tanpa sebarang rasa ragu.

seksaan-pergi-ke-sekolah

Berjuang-pergi-ke-sekolah






# Jambatan gantung yang telah putus itulah yang masih lagi digunakan oleh penduduk di sebuah kampung di Indonesia. Mungkin ini lah satu-satunya jalan perhubungan yang terdekat dan pantas bagi mereka. Namun begitu, bagi kanak-kanak sekolah dari kampung Banten, menuju ke sekolah mereka di Sanghiang Tanjung. Jambatan inilah yang wajib mereka lalui setiap hari. Mereka akan menyeberang sungai Ciberang setiap hari, pagi ke petang, hujan dan panas, bergadai nyawa demi satu kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Adakah kita pernah merasa dan mengerti susahnya kehidupan sewaktu kita dizaman persekolahan dulu? Mungkin ya...tapi dalam suasana berbeza.....


Sumber -yahoo.news

Tag :

4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban

on 12 Januari 2012

Kurang ajar, bodoh, tak bertamadun.. biadap!!! Itulah gelaran yang patut diberikan kepada tentera marin US ini. Selain mendapat kecaman dari orang2 Islam ianya turut datang dari veteran perang US yang tidak bersetuju dengan kelakuan tersebut.4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban
4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban
Persatuan Pembela Hak Muslim di US juga dikatakan telah menghantar surat kecaman itu kepada Menteri Pertahanan Leon Panetta. Mereka menuntut tanggunganjawab dari Pemerintah U.S "Kesemua pihak yang bertanggung jawab harus ditahan dalam insiden ini. Mereka ini perlu diadili, sesuai dengan kod etika ketenteraan," isi surat Dewan Hubungan Islam dan Amerika dalam pernyataan mereka seperti yg dinyatakan kepada  Reuters, Khamis (12/1/2012).

Sementara itu reaksi keras juga datang dari beberapa veteran perang AS yang memberikan kenyataan mereka di website Stars and Stripes, yang dikelola oleh Kementerian Pertahanan AS.  "Taliban mampu menjadikan video dan gambar yang tersebar luas ini sebagai alasan untuk mencederakan tawanan AS," jelasnya. Sementara di Pentagon, Kapten John Kirby mengatakan Menteri Pertahanan US merasa terganggu akibat video tersebut.
4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban
Tentera marin US kencing atas mayat Taliban
Gambar Tentera US kencing diatas mayat pejuang Taliban
Tag : ,

Pemalas Atau Buruk Perangai Ni??

on 03 November 2011

Ishhh...tak pernah lagi aku jumpa orang yang berperangai macam ni, baik masa aku hidup bujang dulu atau masa sekarang. Andaikata masa bujang ade kengkawan aku yang berperangai macam ni, kompom aku tendang keluar punya. Pemalas betul la, korang tengok je la keyboard pc dia tu...sampai dah 'rongak" terkene api rokok. ish..ish...pantang betul aku kalau ada kawan yang berperangai macam ni. Nasib baik, setakat yang aku jumpa selama ni semuanya baik2 dan perangai molek belaka.

Aku pernah tengok dulu kat tv rancangan Oprah, ada sorang minah mat salleh ni duduk seorang diri kat rumah dia. Punya la bersepah gila macam dah kat tong sampah rupanya. Tak sangka betul aku, ada jugak minah salleh yang buruk perangai macam tu. Nasib baik Oprah dtg tolong dia ubah sikap yang buruk tu. Gamaknya kalau Oprah tak datang, sampai mati la hidup dalam sampah. Kan ke bongok namanya tu....(amik ko, aku mmg anti betul kat pembuat sampah sarap nih..he3x!!!)

Aku tau, kengkawan aku dlm dunia maya ni sumernya baik2 belaka, tak de yang berperangai macam gambar kat bawah ni. Adiosss.....

Tag :

Tatoo Lidah?

on 01 November 2011

Manusia sekarang aku tengok, makin moden makin sibuk mudik ke zaman dulu~dulu. Pendapat aku la, mana taknya sampaikan lidah pun depa nak buat tatoo jugak. Tak ke gila babun namanya tu. Sakit dah satu hal..silap2 deria rasa pun dah tak de. Dari yang bertatoo seciput, sampai le penuh dengan kaler diaorang bubuh tatoo kat lidah memasing. Ingatkan orang lelaki je yang berani buat, rope2nya perempuan pun sanggup lorrr...Ntah berapa lama terjelir tak tau la yekk...jangan sampai terjelir sampai kiamat udah. Time tu baru depa tau.

Punya la nak glamour dia orang ni sanggup buat benda yang menyakitkan. Err...nak glamour ke nak cantik yekk...?  Tah lerrrr...tak paham aku donia sekarang nih.
Tatoo Lidah?

tatoo bodoh

taoo kat lidah

perempuan bertatoo



Tag :

Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempas

on 12 Oktober 2011


Antara kerjaya yang agak berisiko kat dunia ni ialah menjadi seorang juruterbang. Tak kira la komersial ataupun pesawat pejuang, ianya tetap berisiko tinggi. Sekerap mana pun pesawat itu dijaga dan diselenggara dengan rapi  namun tiada siapa yang dapat menangkis takdir yang telah ditentukan oleh ilahi. Hidup dan mati telah ditetapkan olehNYA, akan berlaku tidak terlambat ataupun tercepat walau sesaat sekalipun. Inilah risiko yang dialami setiap juruterbang tak kira dimana sekali pun didunia ini.


Okeh, lopekan pasal tu dulu. kali ni aku nak kongsi gambar2 pesawat akrobatik Hawk kepunyaan Red Arrow ni beberapa saat sebelum terhempas. Gambar dibawah sekali adalah pancaran cahaya yang keluar dari pesawat Hawk T1 (Red 4) yang dipandu oleh  Flight Let Jon Egging dari pasukan Red Arrow. Red Arrow juga dikenali diseluruh dunia sebagai satu pasukan akrobatik pesawat yang terbaik. Kejadian pesawat terhempas ini berlaku di sebuah perkampungan yang bernama Throop tak jauh dari Bournemouth, England pada 20 Ogos 2011 yang lepas. Peristiwa itu juga turut disaksikan oleh isterinya yang turut berada dilokasi kejadian pada masa itu.

Lokasi pesawat RedArrow terhempas.
Jon Egging
Cahaya/api yang keluar sejurus sebelum pesawat terhempas.


Pesawat Red Arrow, kebanggaan British





Tag : ,

Raksaksa terbesar dari Kazakhtan

on 06 Oktober 2011

Raksaksa terbesar dari Kazakhtan
As salam semua kengkawan. hari ni aku nak letak sebuah gambar mesin pengorek raksaksa. Mungkin sebelum ni kita biasa tengok lori pengangkut, ataupun mesin pengorek lombong yang bersaiz biasa2 je disini. Kali ni lain sikit, seekor raksaksa yang berketinggian 10 tingkat, Bertempat di lombong Bogatyr dan dibina sekitar tahun 1969 di Ekibastuz, Kazakhtan. Ianya adalah mesin pengorek lombong arang batu yang terbesar didunia dan telah dimasukan kedalam Guiness Book of World Record pada tahun 1985 dengan pengeluaran arang batu 56.8 juta tan setahun. Dianggarkan ketinggian mesin sekitar 45 meter.
Jom layan....














#3 hari x leh aksess internet kat opis...kabel optik pblm laa...seb bek ari ni dah okeh.
Tag :

Budak Kecil Merokok ~ Pastikan anak anda tidak meniru aksi ini!!

on 04 Oktober 2011

Pehhh...tenang je atas keta mainan sambil hembus asap keatas.

Sebelum ni entri aku ade mengisahkan seekor Orang Utan merokok. Tapi kali ni tentang seorang budak pulak. Tak jauh mana pun...seberang tu je haaa....Citer pasal tabiat merokok ni, kalau dah lepas sekolah dan mampu cari RM sendiri tu kira okeh laa...tapi kalau merokok sejak kecik, camne lak tu? Mak bapak lak boleh melayan kehendak budak kecik tu?? Pehhh.....kalau aku laa........

Rasanya ramai dah tau tentang kisah budak ni. Pernah keluar kat TV3 dan juga paper haritu. Ardi Rizal (Palembang) merokok sejak umur 2 tahun. Kisahnya turut mendapat liputan dari media antarabangsa seperti ABC dan Daily Mail.
Ditemuduga waetawan ABC
Teruknya ketagihan budak ni merokok sehinggakan dia boleh merokok 2 kotak dalam satu hari (kalah aku siott, pas tu kompom rokok tu jenis Gudang Garam). Sapa yang ajar dia merokok aku pun tak tau, mungkin dia tiru dari kelakuan bapak dia kot. 
Ada berita mengatakan dia telah berhenti merokok, namun menurut bapak dia...Ardi pernah mengugut akan merokok kembali jika tidak dibelikan mainan. Menurut bapak dia lagi, Ardi juga pernah "terkantoi" merokok (mase tu dah berhenti merokok) kerana diberi oleh orang kampung. (Huh...tak boleh pakai punya org kampung)
Kat bawah ni ada klip video time dia isap okok ....aman damai siottt...hehehe!!




#Gamaknya salah sapa yerr dalam kes nih?
Tag :

Tabiat Merokok- Orang Utan pun tiru manusia

on 02 Oktober 2011

Tabiat Merokok- Orang Utan pun tiru manusia ! Aduhhhhh....


Kalau la spesis binatang pun dah tiru manusia, memang habis la kalau macam nih.Orang Utan merokok. Hmmm itu lah tabiat "Shirley" nama jolokan untuk Orang Utan betina ini. Tabiat ini dikatakan telah ditiru dari pengunjung yang merokok dan membuang lebihan puntung rokok ke dalam kandang Shirleydi zoo Johor.


Sejak dari itu Shirley dikatakan telah ketagih dan selalu meminta rokok dari pengunjung. Difahamkan untuk mengelakkan Shirley dari berterusan merokok, Shirley dikatakan akan dipindah ke zoo lain di di Kalimantan.

Siap cucuh sendiri tu...hehehe
Dibawah ni ade video Orang Utan di Zoo Johor yg dikatakan merokok. Tetapi aku rasa sedih jugak, sebab pengunjung ini jugalah (mungkin pakwe/suami/kawan) antara orang yang bertanggungjawab memberi Orang Utan tu rokok.


Adakah kes ni kes terpencil? Tidak..nampaknya spesis Orang Utan sememangnya jenis yang cepat meniru telatah manusia. Aku dapat tau yang spesis ni di Indonesia, Afrika Selatan dan Russia juga boleh kata banyak/ramai Orang Utan didalam Zoo telah ketagih merokok..

Bahkan di Indonesia  ada Orang Utan bernama Togar yang dibela sejak kecil bukan sahaja merokok malah juga meminati durian dan coklat.

Pada aku, mende ni terjadi disebabkan sikap  pengunjung yang kerap memberikan mereka tu rokok free (rokok dah la mahai...pi bagi depa isap wat pa)...Adoiyaiiiii...

Video yang dibawah ni plak dikatakan Orang Utan di Zoo Indonesia...


Tag :

Don Sammons- Rela Sendirian disebuah Pekan Kecil

on 30 September 2011

Don_Sammons__Rela_Sendirian_disebuah_Pekan_Kecil


Pernahkah anda membayangkan hidup sendirian di sebuah perkampungan tanpa sesiapa pun yang menemani? Yupp, rasanya tak terbayangkan, kerana manusia adalah makhluk sosial yang pastinya memerlukan antara satu sama lain. Namun, di sebuah desa di Bufford, Wyoming dekat Colorado Amerika Syariikat. Hanya memiliki seorang penduduk bernama Don Sammons (60) yang sudah biasa bersendirian selama beberapa tahun. 


Desa ini dulunya memiliki penduduk sekitar 2000 orang yang kebanyakanya bekerja berkaitan dgn kereta api. Namun dengan perubahan waktu dan teknologi, sektor kereta api semakin menurun, akhirnya sejak pertengahan tahun 1990-an, seluruh jiran tetangganya itu berpindah ke tempat lain. Hanya Samson dan keluarganya sahaja yang masih bertahan.
Papan tanda yang menunjukkan populasi penduduk di kawasn Buford.
Daerah Bufford memang berada di perbukitan di atas ketinggian 800 kaki, berada diatas  gunung yang bersuhu rendah dan dingin. Keluarga Sammons pun sebenarnya bukan penduduk asal disini. Keluarga ini pindah dari Los Angeles ke Bufford sejak tahun 1980 bersama isteri dan anaknya. Sementara anaknya yang sudah dewasa akhirnya tinggal di Colorado dan isterinya telah meninggal lebih dulu 15 tahun yang lalu.

“Dalam sehari, kedai saya mampu dikunjungi 1000 orang di musim panas, namun menurun hingga hanya 100 orang saja di musim dingin,” kata Sammons.
Kedai Sammons, pandangan dr jalanraya
Para pengunjung juga merasa tertarik untuk singgah di tempat tinggal Sammons ini kerana lokasinya terletak di bahagian atas pergunungan dan berada di kawasan pertengahan lalu lintas tersebut. Bentuknya rumah beliau juga cukup unik, pondok kayu dengan tiga kamar tidur dan lokasinya hanya berkisar 200 meter untuk berulang-alik.
Rileks, sementara menanti kunjungan pelanggan
"Mereka berhenti kerana mereka tertarik untuk menemukan tempat ini yang terletak di tengah dekat puncak gunung," katanya. "Saya menjual segala macam souvenir dari topi sampailah ke mug. Trading pos juga menjadi barang jualan terbaik selain minyak petrol."
Satu2nya pam petrol didesa Buford
Sammons merasa senang untuk kembali ke rumahnya setelah bekerja seharian sekitar 10-jam berbicara dengan orang-orang yang singgah disitu sehingga ia mampu mendapatkan kedamaian dan ketenangan. Nama desa Bufford sendiri sebenarnya berasal dari nama seorang jeneral Perang Saudara US (org pertama yg melepaskan tembakkan dalam Perang Gettysburg) bernama General John Bufford dan desa ini pertama kali dibentuk pada tahun 1866. Asalnya desa ini adalah kubu tentera untuk mempertahankan pekerja dan kawasan keretapi mereka.Terdapat beberapa nama tokoh terkenal pernah melawat tempat ini. Antaranya ialah Presiden Ulysses S.Grant (Presiden US ke18), Presiden Franklin Delano Roosevelt (Presiden US ke 32) dan Butch Cassidy-Robert Leroy Parker (seorang perompak keretapi lagenda dan ketua Geng Wild Bunch)

Adakah didesa ini satu2nya desa atau negara yang hanya diduduki seorang manusia sahaja?? Tidak...banyak lagi wilayah,desa,negara lain yang hanya didiami manusia seorang diri. Percaya atau tidak...sila check di wikimapia...atau kalau malas nak check, tunggu entri aku akan datang...(tu pun kalau aku rajin la plak...ha30x!!!)


Credit to: http://www.bufordtradingpost.com/
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved