Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

KOMANDAN & 37 ASKAR KOREA PENGAMAN PBB MASUK ISLAM

on 16 April 2012

# Tadi aku merayau2 di f/b, tetiba pula aku terjumpa kisah Komandan dan 37 askar Korea memeluk agama Islam. Sebenarnya kisah ni aku pernah baca di laman web Indonesia dulu..kirenya lama juga la. Tak tau kenapa masa tu tak terdetik pun nak share dengan kengkawan semua.. Tetiba hari ni jumpa dalam f/b pulak...terus aku ambik buat entri hari nih. Apapun kalau la kisah ini benar memang bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan hidayahnya Komandan dan 37 anggota perajurit dibawahnya terus memeluk agama Islam. Btw, aku tahu Korea adalah negara yang tiada agama biarpun terdapat banyak gereja disana. Waktu siang korang tak akan perasan akan kewujudan gereja nih...tapi bila malam...pehhh, lampu warna merah tu semuanya adalah gereja dan aku juga pernah ditahan oleh seorang pemuda Korea didalam subway, ingatkan apa kebendenya...rupa2nya dia adalah pendakwah agama kristian. Tapi aku tak tunggu lama...blah terus macam tu sambil berkata.."Sorry...i,m muslim"

KOMANDAN_KOREA_MASUK_ISLAM

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.


Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.


Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.

Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!



Jika anda rasakan artikel ini sangat berguna untuk dikongsi, sila lah "SHARE" di wall masing-masing..;-)

SUMBER: Hamba Allah ♥
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...
By: Harlina Binti Ahya Ulumuddin
Tag :

KISAH ANAK DERHAKA?

on 16 Mac 2012

Sebelum_itu_jiran_yang_tinggal_berdekatan_dengan_rumah_anak_mangsa__emaklumkan_kepada_waris_berkenaan_bahawa_bapanya_telah_meninggal_dunia_Waris_yang_mendengar_pengakuan__dibuat_jiran_terpinga_pinga_dan_memperkenalkan_kepada_mereka_bahawa_warga_emas_itu_merupakan_bapanya

As salam semua sahabat, kisah anak derhaka dah selalu kita baca. Mungkin dari kecil lagi kita dah ada mendengar kisah si Tanggang. Rasanya ramai yang tahu tentang kisah ini. Yupp...itu kisah dulu, mungkin kisah dongeng yang kita sendiri tak pasti kebenarannya. Mungkin juga itu hanya cerita rakyat yang diperturunkan turun temurun, zaman berzaman... jadi nak percaya atau tidak tu terpulang, sebab tak ada bukti yang kukuh tentang cerita tu.

Tapi, percayakah anda...kisah si Tanggang pada zaman moden pun ada jugak. Kalau tidak, takkan lah wujud rumah orang-orang tua diserata Malaysia. Ada kisah, anak2 yang memang dari awal lagi dah tak sanggup nak jaga mak bapak dia, lalu mereka campakkan orang tua mereka sendiri ke rumah orang-orang tua. Ada juga anak yang guna alasan terlalu sibuk dan tak sempat nak menjaga kebajikan ibubapa mereka, lalu mereka ditempatkan disana. Yup....banyak alasan dan halangan untuk mereka menjaga ibubapa sendiri. Wal hal semasa kecil, mereka itu silap2 ditatang bagai minyak yang penuh...

Hari ini, sesiapa yang terbaca kisah di Sinar Harian pasti merasa sedih. Kisah seorang anak perempuan tunggal yang tak mahu menjaga bapanya sendiri. Sanggup buat2 tak kenal akan bapanya sendiri dan pernah mewar2kan kepada jiran yang bapa beliau tiada dan telah meninggal dunia.. Gamaknya apakah hukum kepada anak ini? Derhakah dia ? Adakah layak dia menerima gelaran ini.... "ANAK DERHAKA?"

 Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya. Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua. Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dia-ni-bapak-hang-anak-pura-pura-tak-kenal-1.32101
Tag :

7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati

on 08 Mac 2012

7_Perkara_Yang_Saya_Akan_Buat_Sebelum_Mati

Makk aihh...Saspen gak aku melihat tajuk begini. Ye laa...mati itu pasti.. cuma bagaimana , bila dan tempatnya dimana je yang kita tak akan tahu. Semuanya kerja2NYA...hanya dia sahaja yang mengetahuinya. Okey, sebenarnya entri "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" aku telah ditag oleh rakan blogger Yayansmum. Oleh kerana tag yang ni agak berbeza, aku suka akan kelainannya. Kalau nak ikut hati memang dah tak berapa nak lalu dengan tag yang biasa2 ni. Okey, kita teruskan...


1. Mengerjakan Haji - insyaallah.

2. Memastikan anak-anak aku mendapat pendidikan yang cukup dunia dan akhirat

3. Pastinya juga aku nak hutang2 keliling pinggang aku dilangsaikan dahulu.

4. Tinggal didalam suasana perkampungan atau ditepi laut dan tak lagi dihimpit kebisingan.- senang nak   mancing tepi laut...:)

5. Cuba mendapatkan bekalan kewangan yang kukuh sehingga pencen - tak yah kerja lagi dahh

6. Menambahkan dan menumpukan ilmu keagamaan dan amal ibadat dengan tenang hingga ke akhir hayat.

7. Berharap mati dalam keimanan dan ketakwaan dalam Islam.- insyaallah.

Itu sahaja rasanya "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" nak tag kengkawan yang lain aku rasa tak berapa nak sedap....Apapun aku cuba shortlistkan dulu nama2 nih, dengan harapan korang nak buat "tag" yang lain dari yang lain ni. Chii Arissa, Tehr, Akubiomed, Nurmisnan dan Apan, terpulang kepada korang samaada nak buat atau tidak aku tak memaksa....tapi kalau buat lagi bagus kan...:)


# Tetiba teringat aku kat entri kisah dan tauladan aku nih....
Tag :

Siri Pahlawan Islam - Umar Mukhtar @ Omar Al-Mokhtar - Singa Padang Pasir

on 03 Mac 2012

“Hidup biar mulia, mati biar syahid” - Umar Mukhtar @ Omar Al-Mokhtar /Singa Padang Pasir
Entri ini adalah sambungan dari entri awal aku "Umar Mukhtar"
Tangan dan kaki Pahlawan Islam ini dirantai oleh penjajah Itali...
Saat penghujung hidup seorang Pahlawan/pejuang...



Secebis Kisah seorang Pahlawan Islam, Umar Mukhtar @ Omar Mokhtar - Lion Of Desert
Lelaki yang bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yang telah ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua belah tangannya terbelenggu di belakang. Dirantai dan dikat rapi agar tidak terlepas dari kawalan. Namun mata belaiu masih tetap bersinar seperti menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyatnya. Raut mukanya juga tidak menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Beliau begitu gagah walaupun maut sedang menantinya hanya dalam beberapa saat sahaja lagi. Beliau tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang beliau telah lalui sehingga dia ditangkap dan dihukum ke tali gantung.

Pengorbanannya terhadap negaranya yang tercinta. Seolah telah berpuas hati apa yang beliau telah lakukan selama ini. Beliau redha jalan yang dipilihnya sendiri. Sebentar tadi ketika beliau dibenarkan bersolat Subuh, beliau sujud begitu lama sehingga darah yang menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas, belaiu mengadu dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t. supaya Allah mengampuni segala dosa-dosanya selama ini dan memohon kepadaNya supaya negara dan rakyatnya bebas dari belenggu penjajahan. Beliau telah bersedia menemui penciptanya sekarang.

Suasana hening di pagi yang sejuk menikam kalbu, kedengaran tangis dan esak yang sayu menyelubungi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka menatap wajah dan tubuh seorang lelaki yang berusia 70 tahun [ada yang kata 80 tahun] itu dengan wajah yang muram. Air mata masing-masing tidak dapat ditahan, luruh bagaikan mutiara berguguran. Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan penjara dan di tempat-tempat lain, mereka turut merasainya, mereka semuanya sedar bahawa sudah sampai ketika dan waktunya beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada pagi itu. Beritanya tersebar ke seluruh pelusuk negara. Masing-masing mengangkat tangan menadah ke langit memohon keampunan dari Allah Maha Besar dan memberi darjat yang tinggi kepada beliau dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang solehin dan para-anbiya.

Setelah beberapa saat berlalu, suasana pagi yang hening kesejukan pagi itu dipecahkan dengan jerit pekik tangis bersahut-sahutan ketika mereka melihat lingkaran tali tiang gantung menjerut leher pahlawan mereka, Omar Al-Mukhtar. Al Fatihah...Singa Padang Pasir itu telah kembali kepada penciptanya pada 16 September 1931 di Kota Solouq. Gugur beliau sebagai seorang pejuang, pejuang kepada negara,bangsa dan agama. Selesai sudah perjuangan beliau melawan penjajahan Itali, tetapi perjuangannya itu akan tetap diteruskan oleh anak watan yang lain. Walaupun jihadnya berakhir di tali gantung, namun roh jihadnya tidak mati, malah perjuangannya telah membangkitkan inspirasi kepada tokoh pemimpin Islam yang lain sehingga melahirkan singa padang pasir yang baru seperti Ramadan al-Swaihli, Mohammad Farhat al-Zawi, al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman al-Barouni dan Silima al-Nailiah. Selepas dihukum gantung, Umar Mukhtar yang dianggap simbol pembebasan dan jihad Libya dengan segera telah dikebumikan di Ben-Ghazi.

Omar Al-Mukhtar memang dipandang sebagai simbol kepahlawanan menentang penjajahan Itali bagi rakyat Libya. Sejak Itali mulai mencengkam di negara tersebut pada Oktober 1911. Ia telah menjadi perintis mencetuskan semangat rakyat Libya menyalakan bara perjuangan rakyat menentang penjajahan Itali.


Syahid di Tiang Gantung

Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Barouni dan Silima An-Nailiah. Usaha Itali menguasai Libya dilakukan dengan menyerang dan menguasai kota-kota di sebelah pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna secara berturut-turut, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah Itali. Meski pun demikian, Omar kerap kali menjadi batu halangan kepada mereka. Ia mampu membangkitkan semangat perjuangan rakyat Libya menentang Itali dengan semangat perjuangan yang kental.

Perjuangan mereka telah menciptakan beberapa pertempuran yang hebat. Misalnya pertempuran yang terjadi di Al-Hani dekat Tripoli pada 23 Oktober 1911, Ar-Rmaila dekat Misrata, Al-Fwaihat dekat Benghazi pada Mac 1912 dan Wadi Ash-Shwaer dekat Derna. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang didalam 1000 peperangan.

Perjuangan rakyat Libya menghasilkan kejayaan yang cemerlang-gemilang. Pejuang-pejuang pimpinan Omar al Mokhtar pernah terlibat dalam pertempuran besar di Al-Gherthabiya, dekat Sirt pada bulan April 1915. Itali kehilangan ribuan tentera di dalam pertempuran itu. Pertempuran-pertempuran seperti ini sering berlaku lalu membuatkan penjajah Itali terpaksa membalas serangan yang memakan masa yang panjang, tahun demi tahun untuk menguasai negara ini.

Akhirnya, wilayah-wilayah yang dipertahankan oleh para mujahidin jatuh juga ke tangan penjajah. Jatuhnya wilayah demi wilayah membuat para pejuang meninggalkan rumah, keluarga dan menuju ke pegunungan. Mereka tidak pernah berdiam diri, malah terus merancang pelbagai strategi untuk menyerang balas.

Pada tahun 1922 Omar telah membentuk satu kumpulan para mujahidin dan menggegarkan kembali operasi perjuangan menentang penjajahan Itali ke atas negaranya. Belaiu telah mengumpulkan kembali mujahidin di The Green Mountain (Aj-Jabal Al-Akdar), bahagian Tenggara Libya. Perkara ini terjadi setelah tamatnya Perang Dunia pertama dan pada masa itu penjajah Itali terfikir bahawa mereka mampu untuk membenamkan sepenuhnya perjuangan rakyat Libya. Jangkaan Itali ternyata silap.

Perjuangan yang tercetus kembali itu membuat pihak berkuasa Itali merasakan mereka berada dalam suasana yang amat tertekan, bahang bahaya tiba-tiba datang dan sering mengancam keselamatan mereka. Mereka tidak mahu membiarkan perjuangan menuntut kebebasan ini semakin merebak. Lalu pemerintah Pusat Itali, Badolio yang terkenal dengan kekejamannya yang sering kehausan darah rakyat Libya untuk diratahnya telah mengambil tindakan ketenteraan untuk merendam bara perjuangan tersebut.

Badolio bukan sahaja ditugas untuk menumpaskan Omar Al-Mukhtar dan pasukannya. Bahkan ia juga diberikan keizinan untuk membunuh rakyat Libya yang memberi sokongan dan membantu para mujahidin di mana jua mereka berada.

Tidak beberapa lama kemudian diktator Itali yang terkenal, Musolini telah mengirim seorang komandan tentera yang berperilaku lebih zalim daripada Badolio. Dia mengambil alih tugas Badolio dan membentuk satu pasukan tugas khas untuk menumpaskan gerakan yang diketuai oleh Omar dan bertindak membunuh lebih ramai rakyat Libya yang tidak berdosa. Komandan yang dihantar oleh Musolini ini pada fikirannya boleh menyelesaikan masalah Libya secara langsung adalah Rodolfo Grasiani. Malah kabinet Musolini telah dimaklumkan bahawa kedatangan khas Grasiani akan membuat suasana di Libya dapat dikawal sepenuhnya. Lion Of Desert@ Umar Mukhtar, akhirnya jatuh juga ditangan pemimpin tentera Itali yang kejam ini dalam pertempuran Slonta pada 11 September 1931.


Lion of Desert, merupakan sebuah filem yang mengisahkan kisah hebat pahlawan Islam ini. Seperti komen Pak Mail, watak Omar Al Mokhtar dilakonkan oleh Anthony Quin. Aku pernah juga menonton filem ini ditv satu ketika dahulu. Tapi, rasanya sudah terlalu lama. Wajar bagiku pihak2 yang berkenaan kembali memaparkan kisah pejuang Islam tersebut. Semoga kita semua mendapat iktibar dengan kisah2 pejuang Islam yang satu ketika dahulu berjuang kerana Allah bukannya seperti sekarang [bukan semua, tapi kebanyakanya], berjuang kerana harta dan dunia. Aminn.
 

-Yahoo Group, m.rosli Awang
- ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
-halaqah.net 
-wikipedia
-tokoh1038.blogspot.com
Segala info telah diedit oleh yastro. Umar Mukhtar @ Omar Al-Mokhtar - Singa Padang Pasir

Dinar Libya yang memaparkan gambar Umar Mukhtar
Sebuah tugu didirikan berhampiran gua persembunyian Umar Mukhtar
Biografi Omar Al Mokhtar:

Lahir
Lahir- 1858 di sebuah perkampungan kecil di Janzour berdekatan dengan Tobruk, Barqa [Cyrenaica], Libya. Tetapi ada juga yang mengatakan beliau lahir pada  tahun 1862 dan merupakan putera kepada Mukhtar bin Umar dan Aiesha binti Muhareb. Dia berasal daripada suku Boray dan Al Manfah.- wikipedia mengatakan beliau lahir pada 1862.

Keturunan
Berketurunan daripada keluarga farhat iaitu salah satu daripada puak al-Minifiyah yang mengamalkan aliran sufi al-Sanusiyah yang berpusat di Cyrenaica, iaitu di bahagian timur Libya. Keluarganya sangat kuat berpegang kepada amalan sufi al-Sanusiyah sehingga berjaya mempengaruhi sikap dan keperibadian beliau menjadi seorang yang warak dan terpuji akhlaknya.

Pendidikan
Pendidikan awal Umar al-Mukhtar hanyalah di sebuah sekolah pondok di Zanzur. Pada tahun 1887, setelah mendapat galakan daripada keluarganya, minat Umar al-Mukhtar untuk mendalami ilmunya mula bertambah. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Universiti Jaghbub iaitu ibu kota Libya ketika itu dan memilih bidang agama yang bersesuaian dengan nalurinya. Ada yang mengatakan beliau belajar di Institut Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Islam selama 8 tahun disana.


Kemudian beliau berhijrah bersama gurunya ke kawasan padang pasir Kufra pada tahun 1895. Dua tahun kemudian, setelah berjaya menamatkan hafalan al-Quran dan pengajian agamanya Umar al-Mukhtar telah dilantik menjadi pengetua sekolah al-Zawiyah al-Qusur di Jabal al-Ahdar iaitu di bahagian Tenggara Libya. Kebolehan dan keistimewaan yang ada pada beliau telah menyebabkan beliau dijemput oleh Muhammad al-Mahdi dan dilantik menjadi pengetua di sebuah sekolah di Sudan. Di sini beliau telah menimba pengalaman pertama dalam bidang ketenteraan apabila turut serta dalam peperangan ketika menentang tentera Perancis. Pada tahun 1321/1903 beliau kembali semula ke Libya untuk mentadbir sekolah al-Zawiyah al-Qusur sehingga tahun 1921

Pejuang yang disegani lawan
Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

Perkataan Terakhir
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un." - Itulah perkataan terakhir yang beliau ucapkan sebelum beliau digantung didepan rakyat Libya yang lain. Al Fatihah.....

Umar Mukhtar@Omar Mokhtar
Tag : ,

Siri Pahlawan Islam - Umar Mukhtar

on 02 Mac 2012

"Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." -Umar Mukhtar.

[Pesanan terakhir beliau dihadapan rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali] Siapa dia Umar Mukhtar? Insyaallah nanti aku akan cuba korek sikit2....

UMAR+MUKHTAR
  
# Teringat entri sahabat aku sebelum ni, Nurmisnan @ KongsibersamaNora sebelum ni mengenai Umar Mukhtar. Kredit info to sahabat f/b.
Tag : ,

Ajal Dan Maut

on 18 Februari 2012

Assalamualaikum semua sahabat,
Sesekali aku buat entri yang agak berlainan sedikit, tak ada salahnya bukan..."Ajal Dan Maut". Hidup pasti mati, maka beringat selalu kepada kematian sangat digalakkan didalam Islam. Kerana apa? Kerana ianya menjadikan kita lebih insaf, insaf sebagai hambanya selain mampu mengelakkan kita dari terus-terusan terjerumus terus ke lembah dosa. Tak kira tua ataupun muda ianya tetap tiba jika ajalnya sudah menjelma.

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )

Ada satu kata hikmah, “HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti”. Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia." - remy89.wordpress

Yang penting jangan kita biarkan diri dari terus-terusan melakukan perkara terlarang. Rebutlah peluang dunia yang ada selagi ianya tidak menjadi dosa, jagalah iman didada kerana itulah bekalan akhirat kita. Aku tujukan kepada diri aku sendiri, supaya tidak lari dari landasan dan garisan yang telah Allah S.W.T tetapkan. Semoga ianya juga bermanafaat kepada kalian semua. 


Disini aku titipkan satu video dimana ajal dan maut tidak pernah menunggu sesiapapun, tidak pernah tercepat malah tidak terlewat barang sesaat pun apabila janjinya sudah tiba. Masihkah kita seronok dan leka dibuai dunia, pernahkah kita tanya diri kita, agaknya kita pula bila?



Tag :

Islam Dianiaya Lagi ~ Notis Penting utk Semua.

on 02 November 2011

Islam Dianiaya Lagi ~ Notis Penting utk Semua.
offensive google translate/></a></td></tr>
<tr><td class=
Klik Gambar untuk paparan yg lebih jelas


Lihat bagaimana mereka menghina kita...

cara:
1) Buka Google Translate
2) Pilih untuk terjemahan 'English' to 'Malay'
3) Cuba anda masukan perkataan 'myQuran' lihat terjemahannya apa?
4) Cuba pilih perkataan lain pula,.contoh.. mySelipar / myBaju / myCar atau sebagainya...
ia tak dapat diterjemahkan dari 'English' to 'Malay' ~ Pelik jugakkan...kenapa hanya perkataan MyQuran je yang mampu diterjemahkan...itupun seolah2 sengaja menghina agam Islam.

Adakah ia suatu kebetulan atau kesilapan?

"kat translation tu ada tanda rate the translation..cukup 1000 org report offensive nnt dia buang"

TOLONG RATE OFFENSIVE PERKATAAN INI!

Cara:
1) pergi ke tanda ✔ di hujung terjemahan, klik
2) menu akan terpapar. klik OFFENSIVE

Semoga usaha yg tak seberapa ini membantu menyelamatkan Islam dari terus dihina. Amiin...!!!
Tolong sebarkan. Sekian, tq.





#Setakat artikel ini ditulis, ianya masih lagi seperti yang tertera digambar diatas. Minta bantuan rakan2 untuk lakukan Offensive seperti diatas. Aku dah buat...anda bila lagi?? Terima kasih atas keperihatinan anda semua. 




UPDATE: Pagi ni..2/11/11 masa kat opis aku check sekali lagi perkataan tu. Dah tak keluar perkataan "syaithan" tu lagi. Maknanya Google dah tarik balik translate perkataan tu. SO Korang bole abaikan je entri ni. Harap Maklum.
Tag :

Pejuang Islam

on 07 September 2011


Pejuang Islam


Tag :

Tahniah Hamas kerana matinya pengganas bernama Ssgt Moshe Naftali

on 21 Ogos 2011

Tahniah Hamas kerana matinya pengganas bernama Ssgt Moshe Naftali ! Aku memang sakit hati dengan puak2 jahanam Israel nih.....Kat bawah ni adalah seorang mangsa yg telah ditewaskan oleh Hamas semasa serangan di Eliat tempohhari.

Serangan pejuang itu berjaya membunuh 7orang seorang askar,seorang polis dan yg lain2 adalah orang awam. Serangan dilakukan oleh 2 anggota pejuang.

Semoga para pejuang akan terus dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T seterusnya memberikan kemenangan didalam melawan pengganas Israel yang disokong US.

Tahniah Hamas kerana matinya pengganas bernama Ssgt Moshe Naftali

Inilah pengganas Staff Sgt Moshe Naftali...
Matinya seorang Pengganas!!!
Para pengganas bergelimpangan tercedera akibat serangan bom di Eilat
Pengganas Israel...pandai lak menangis bila kawan2 dia mampus!!!
Tahniah Hamas kerana matinya pengganas bernama Ssgt Moshe Naftali
http://www.jpost.com/Defense/Article.aspx?id=234482
Tag : , ,

Malaikat Kecil

on 24 Jun 2011

Malaikat Kecil ! As salam semua dan salam sejahtera, untuk entri hari Jumaat pagi ini aku nak berkongsi sesuatu cerita yang baru je aku temui. Insyaallah, pastinya akan menarik perhatian anda semua. Kita teruskan..


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkan lah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam



Sumber:  http://ohislam.com/malaikat-kecil/
Tag : ,

Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam.

on 17 Jun 2011

Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam. ! Wahai Kaum Muslimin.. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra,
"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam."
Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam.
Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para Sahabat radhiallahu anhum dan para Khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar.
Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yang hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000. Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 6.
Seorang tentera kaum muslimin terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar! Di dalam peperangan ini, Ja'far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau!
Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja'far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada. MasyaALLAH, sahabat mulia ini akhirnya dilempar dengan lembing daripada belakang sehingga terbelah badan beliau syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja'far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja'far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di Jannatul Firdaus,
MashaAllah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw. Ganjaran ini tidak mungkin didapati oleh tentera-tentera Turki, Pakistan, dan Malaysia yang bermati-matian berperang di Afghanistan di bawah panji kotor Amerika!
Bendera Jalur Gemilang juga tidak layak untuk dimuliakan oleh kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah, muhammdur Rasulullah. Bendera Jalur Gemilang ini adalah sebuah bendera yang dihasilkan melalui sebuah pertandingan yang telah mendapat kelulusan King George Vl pada tahun 1950! Maka tidak hairanlah kita kalau selama ini kita melihat bendera kita ini benar-benar mirip bendera Amerika.
Subhanallah!
Panji inilah juga yang diperjuangkan oleh Panglima Perang Thariq bin Ziyad di zaman Khilafah Umaiyah yang telah memimpin futuhat ke atas Sepanyol pada tahun 711M. Setelah mendarat di sebuah tempat yang kemudiannya di namakan Jabal Thariq, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka:
"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."
Pasukan Thariq yang hanya berjumlah 7000 orang, terus menyerbu ke benteng pertahanan puak kufar di wilayah Sepanyol yang mempunyai kekuatan berjumlah 25,000 orang tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, jika mereka memenangi pertarungan ini, kaum muslimin akan mendapatkan kemuliaan, dan sekiranya mereka mati, mereka akan dinobatkan oleh Allah sebagai syuhada' fi sabilillah. 

Dengan berkat keimanan dan semangat mereka mengibarkan panji Rasulullah saw, Umat Islam menyebarkan cahaya Islam ke seluruh Sepanyol selama lebih dari 700 tahun lamanya!
Panji inilah juga yang diangkat tinggi oleh Pahlawan Agung Shalahuddin Al-Ayyubi ketika menghadapi tentera Salib yang diketuai King Richard di dalam perang Hittin. Tentera Salib dengan sewenang-wenangnya menumpahkan darah kaum muslimin di Baitul Maqdis dan berpesta arak di atas mayat-mayat kaum muslimin yang darahnya mencecah sehingga ke lutut. 

Shalahuddin Al-Ayyubi yang merupakan seorang Muslim berbangsa Kurdish tidak berdiam diri bagi menyelamatkan kehormatan umat Islam yang berbangsa Arab di Baitul Maqdis! Bagi menghadapi kekuatan tentera salib, Shalahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menyatukan kekuatan umat Islam di Syria, Mesir, Sudan, Yaman, dan Hijaz sehingga berupaya membalas kembali kebiadaban tentera salib yang mengakibatkan 30,000 tentera salib mati dengan hina di tangan tentera umat Islam!
Panji inilah juga yang di junjung tinggi oleh perwira umat Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih ketika membuka kota Konstantinople yang menjadi kubu kuat Rom Byzantium! Rasulullah saw pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam hadithnya ketika sedang menggali Parit Khandaq;
"..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Amirnya adalah sebaik-baik Amir, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Panji inilah juga yang dibawa oleh Sultan Saifuddin Qutuz yang memerangi tentera Monggol di dalam peperangan Ain Jalut, dalam rangka membalas dendam darah 1.8 juta kaum muslimin yang ditumpahkan di Baghdad! Tentera Monggol yang tidak pernah kalah ketika itu yang menguasai jajahan seluas Poland sehingga Korea menjadi kegerunan manusia seluruh dunia memberikan pilihan kepada Qutuz samada berperang atau menyerah. 


Saifuddin Qutuz tidak melakukan hal yang menghinakan umat Islam sepertimana pemimpin umat Islam saat ini yang melakukan perjanjian damai dan bersalaman dengan musuh yang tangannya penuh dengan darah umat Islam. Namun Saifuddin Qutuz bangkit mengembalikan maruah umat Islam yang dicalar oleh puak kuffar Monggol! Malah beliau menempelak pemimpin-pemimpin yang takut menghadapi musuh dengan berkata:
"Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad."

Sumber Aku: I Lov Islam
# Cuti 2 hari..turun Kedah sat ..jumpa ayahanda ader member kawen daaaa...:)

Panji Ar-Royah: Panji Pahlawan Islam.
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Kisah2 Pahlawan Islam ~ ANAS BIN NADHAR

on 10 Jun 2011

Kisah2  Pahlawan Islam ~ ANAS BIN NADHAR ! As salam semua dan salam sejahtera kepada yang bukan beragam islam, hari ni aku terasa pulak buat satu sessi baru. Mungkin selepas ni setiap hari Jumaat, aku akan selitkan apa sahaja tentang islam. 

Tak kira lah tazkirah,kisah2 pahlawan, hadis atau sebagainya. Insyaallah...
Jadi, untuk sessi hari ni meh la kita baca sikit tentang kisah pahlawan Islam di zaman Perang Uhud.

Sebelum tu, kredit entri ni aku tujukan buat Halaqah.net dan Ummi munaliza kerana post beliau dalam forum tersebut. Terima kasih.

Kisah2  Pahlawan Islam ~ ANAS BIN NADHAR
Kredit to pakcik google...
Anas mencium keharuman Syurga Firdaus

ANAS bin Nadhar adalah pemuda Muslim yang sangat cekal dan kuat dalam menghadapi apa jua rintangan. Beliau merupakan salah seorang pengikut Rasulullah di medan peperangan.

Beliau sangat gagah ketika bertempur di medan perang ibarat seekor singa yang garang. Semua musuh yang datang akan ditentang dan dibunuh habis-habisan.

Anas pernah melakukan kesilapan pada masa lampau iaitu tidak dapat bersama Rasulullah untuk pergi berjuang di medan peperangan Badar. Apabila mengenang kembali zaman yang lampau itu, beliau betul-betul terasa menyesal dan ingin menebus kembali kesilapannya itu.

Anas ingin terus berjuang menentang musuh pada peperangan yang akan datang. Betapa bersungguh-sungguhnya niat Anas itu, sehingga beliau menemui Rasulullah dan berkata: "Saya tidak menyertai engkau, ya Rasulullah ke medan perang Badar, sewaktu mula pertama kali engkau berhadapan dengan musuh Allah. Sekarang saya berhasrat benar, semoga nanti Allah akan memperkenankan saya memerangi kaum musyrik dan membuktikan betapa besarnya keimanan saya".

Apabila sampai masanya, pergilah Anas bersama-sama tentera Muslimin ke medan pertempuran di Bukit Uhud. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy.

Mereka saling berasak-asak, tikam menikam, panah memanah, sehingga lari bertempiaran musuh-musuh Allah itu dalam keadaan ketakutan. Di saat yang sangat kritis itu, Anas berteriak dengan suara yang lantang,

"Tuhanku, ampunilah aku daripada kesalahan yang telah diperbuat oleh mereka yang telah lari dan sucikanlah diriku daripada kekejian yang diperbuat oleh kaum Musyrikin."

Pada peringkat pertama, tentera Muslimin telah menemui kemenangan. Tetapi disebabkan kesalahan yang mereka lakukan iaitu dengan turun dari Bukit Uhud untuk mengutip harta yang ditinggalkan pihak musuh menyebabkan pihak musuh berpatah balik dan menyerang hendap mereka dari belakang.

Keadaan yang tidak bersedia ini menyebabkan tentera Muslimin ditentang habis-habisan.

Dalam keadaan begitu, Anas terus maju ke hadapan menentang pihak musuh yang datang secara mengejut itu.

Lalu beliau menghampiri Saad bin Muaz dan berkata: "Lihat ya Saad, itulah sayap-sayap syurga yang telah kelihatan. Aku telah mencium keharuman kasturinya di bawah tanah Uhud".

Anas sudah mengetahui bahawa ajalnya sudah hampir menjemputnya di perang Uhud. Beliau terdengar seolah-olah bidadari syurga sedang memanggil-manggilnya. Kemudian Anas terus mengayunkan pedangnya ke kiri dan ke kanan memerangi musuh sedaya upaya.

Ketika itu, Anas berada di tengah-tengah pasukan musuh dan api peperangan semakin hebat membakar. Tiba-tiba terdengar satu suara daripada tentera Quraisy mengatakan Rasulullah telah dibunuh.

Mendengar laungan itu, Anas menjadi lemah dan hancurlah hatinya. Malah menambahkan lagi hasratnya untuk syahid di medan peperangan. Beliau semakin marah dan terus menentang musuh sambil hatinya berkata, "Muhammad telah pergi dan tidak kembali lagi. Muhammad telah berangkat ke hadrat Tuhan-Nya, dan biarlah aku orang yang mulamula mengikuti jejaknya dan berjuang di bawah kibaran benderanya".

Setelah itu, gugurlah pahlawan Anas dengan luka-luka pada jasadnya lebih daripada 80 tempat kerana terkena pedang, panah dan tombak musuh.

Hancur berkecai jasadnya sehingga tidak dikenali lagi, kecuali adik perempuannya yang dapat mengecam mayat Anas melalui jari-jari tangannya. Begitulah nasib Anas bin Nadhar yang telah syahid sebagai pahlawan Islam yang berani.
Tag : ,

Video azan didalam gereja

on 07 Jun 2011


"Allahu Akbar Allaahu Akbar...
Laa Ilaaha Ilallaah",

Demikianlah azan bergemaa...
panggilan solat bagi kaum muslim
dilantunkan dari awal hingga akhir
dengan suara bariton oleh Christopher Herbert
dan menggema di Gereja Marble Collegiate
di kawasan Manhattan, New York.

Suara azan yang dikumandangkan
anggota jamaah Marble Collegiate Church itu
merupakan salah satu acara
yang mengawali dimana berlangsungnya
dialog segitiga agama
dikalangan penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam
di New York.

Dialog yang dengan tema "Perspektif dari 3 Agama" tersebut
menghadirkan 3 pemimpin agama, iaitu :
1) Pemimpin masyarakat muslim Indonesia Syamsi Ali
2) Pendeta Yahudi Peter J. Rubinstein
3) Pendeta Edwin G. Mulder
(mewakili komuniti Marble Collegiate Church)

Mengawali sesi dialog,
Syamsi Ali,
yang juga Ketua Dewan Masjid Al-Hikmah New York,
membawakan bacaan Alquran Surat Ali Imran ayat 102
yang maknanya menekankan bahwa persaudaraan merupakan sebuah kurnia.

Tidak hanya azan,
dialog itu juga dimulai dengan pembacaan doa
dan puji-pujian ala Yahudi dan Kristian.
Menurut Syamsi,
pengumandangan azan oleh salah 1 Gereja
telah melalui diplomasi & nasihat dengan pihaknya.

"Mereka menanyakan...
apa yang boleh dibawakan untuk menghormati kedatangan warga muslim.."?
Saya katakan azan saja.
Beliau (Chrisopher Herbert, red) sendiri
mengambil sekolah teologi di Universiti Harvard di Boston,"
kata Syamsi ketika menjawab pertanyaan
tentang berkumandangnya azan di Marble Collegiate Church.

Gereja yang didirikan pada tahun 1854 itu sendiri
dipenuhi oleh ratusan anggota Gereja
serta beberapa warga muslim dan Yahudi.

Dialog segitiga
--Islam, Kristian, Yahudi--
berlangsung santai kerana ketiga pemimpin agama
kerap saling melontarkan gurauan.

"Sekarang dia dulu yang jawab,"
kata Rubenstein sambil menunjuk Syamsi Ali
ketika Pendeta Mulder mengajukan pertanyaan kedua kepadanya.

"Oh,
terima kasih kerana memberikan kesempatan
terlebih dahulu kepada yang paling muda,"
kata Syamsi yang disambut tawa gemuruh dari jamaah.

Bertindak sebagai moderator,
Pendeta Mulder mengajukan 5 pertanyaan kepada Syamsi dan Rubenstein,
iaitu:
- apa pedoman dan prinsip agama yang dianut;
- masalah terkini yang menjadi keprihatinan agama masing-masing;
- apa peranan rumah ibadah masing-masing dalam bidang politik;
- apa ertinya saling menghormati;
- bagaimana mereka merayakan Hari Menyatakan Terima Kasih.

Pertanyaan-pertanyaan tersebut
dijawab secara singkat oleh Syamsi, Rubenstein dan Mulder.
Tentang masalah terkini,
Syamsi menjawab bahawa tanggapan yang salah tentang Islam
adalah salah satu isu yang saat ini sangat penting.

"Prihatin kerana ada kesalahfahaman terhadap Islam,
juga adanya Islamophobia (ketakutan akan Islam).
Media massa sangat berperanan besar dalam membangun pemahaman,"
kata Syamsi.

Rubenstein melihat perdamaian dengan keadilan
sebagai masalah serius yang harus diwujudkan,
sementara Pendeta Mulder menyebut rasis (perkauman)
sebagai salah satu masalah besar.

Tentang peranan rumah ibadah dalam bidang politik,
ketiga pemimpin agama memberikan jawaban serupa,
iaitu berusaha mendorong jamaahnya
untuk melihat masalah-masalah yang berada di sekililingnya,
dan bagaimana mereka dapat menyumbang untuk memecahkannya.

Untuk isu Hari Pernyataan Terima Kasih,
Syamsi menerangkan bahawa...
setiap waktu bagi Muslim adalah pernyataan terima kasih....

"Kami dibiasakan untuk selalu mengucapkan kata...
`Alhamdulillahi Robbil `Alamiin`,"
ujarnya.

Sambil menutup sesi dialog,
Pendeta Mulder menyebut berlangsungnya dialog segitiga
sebagai hal yang khusus yang mewarnai Thanksgiving Day.
Seperti diungkapkan Mulder,
dialog seperti pada hari Minggu itu telah memasuki tahun ke-15.

**Editor**
COPYRIGHT © 2011
www.Dinar-Emas.com/vatican.html
Hasil Sambungan Dari ARTIKEL VATICAN


11:00 am
25 April 2011
Isnin
(Manhattan, New York, U.S.A.)

# Bila aku search (bukan Amy Search rock tu yee), aku dapati banyak jugak video azan di church yang lain...info ini membuatkan aku agak terkejut...(sebenarnya aku baru tau la nihh)


 
Dengarkan dari minit ke 2.06...Di St Joseph Church, Ottawa


Di sebuah Church ~ Rome 



 
Dome of the rock Jerusalem, Palestin
Sengaja aku letak yang ini...mengingatkan kita kepada saudara seIslam di Palestin..


Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved