Memaparkan catatan dengan label Isu Sultan Sulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Sultan Sulu. Papar semua catatan

Update Pencerobohan Lahad Datu - 2 Lagi Anggota Polis Terbunuh

on 03 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu - 2 Lagi Anggota Polis Terbunuh
Gambar Mayat Penceroboh yang dikatakan maut bertempur dgn anggota Polis
Update Pencerobohan Lahad Datu - 2 Lagi Anggota Polis Terbunuh | Akhbar MM hari ini telah melaporkan sekurang2nya dua lagi anggota polis terbunuh dan dua lagi mengalami cedera parah dalam dua kejadian berasingan.

Kejadian pertama yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam semalam dikatakan berlaku berhampiran Balai Polis Kampung Simunul, Semporna apabila dua anggota polis yang sedang meronda telah diserang hendap. Identiti mereka masih belum dapat disahkan sehingga kini, namun menurut laporan tersebut, seorang berpangkat supritenden manakala seorang lagi berpangkat anggota lain-lain pangkat.

Kejadian kedua pula dikatakan berlaku di kawasan Lahad Datu dimana sepasukan anggota polis Cawangan Khas (69 Komando) diserang ketika sedang membuat risikan menyebabkan beberapa lagi anggota polis dikepung oleh Lanun Sultan Sulu.

Dalam kejadian pertama, anggota polis dtelah diarahkan untuk menyiasat dan mencari mencari beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api. Dikatakan, anak kepada Sultan Sulu, Amir Baha bersama beberapa lagi pendatang asing dari Filipina dilaporkan telah masuk ke sana dengan membawa senjata M16 dan lain-lain senjata. Kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan di atas titi gantung dan mereka tiba-tiba ditembak.

Menurut berita terkini dari Bernama, dalam kejadian di Kampung Simunul ini telah menyebabkan dua anggota polis terbunuh.
Terdapat juga berita mengatakan seorang Inspektor  Polis di Semporna telah diculik/ditawan oleh lanun Sulu. (Blog tao tau jer)
Anggota Polis Maut Di Semporna



VAT 69 Yang terkorban dan cedera

Anggota Polis dan PGA Yang terkorban Anggota ATM korban ke 9


# Terkini 9 pejuang negara gugur dimedan tempur, termasuk seorang satria dari ATM.

# Dengan bertambah kematian anggota polis di Semporna dan Lahad Datu ini, aku berharap sangat kerajaan mengambil tindakan terus menghapuskan kesemua lanun sulu ini tanpa sebarang tolak ansur lagi terutamanya lanun yang berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu!



Update Pencerobohan Lahad Datu - 2 Lagi Anggota Polis Terbunuh 

Tag :

Penduduk Pukul Mati Seorang Lanun Bersenjata M16


Penduduk Pukul Mati Seorang Lanun Bersenjata M16

Penduduk Pukul Mati Seorang Lanun Bersenjata M16 | Dikatakan berpuluh penduduk telah memukul sehingga mati seorang lelaki (lanun) yang bersenjata M16.

Lelaki tersebut dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabtu malam.
Dalam insiden 7 pagi Ahad, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.
Menurut seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.
Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.
source -bernama
Tag :

Al Fatihah-2 Komando Polis (VAT 69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh

on 01 Mac 2013

Al Fatihah- 2 Komando Polis (VAT69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh

Al Fatihah-2 Komando Polis (VAT69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh | Setelah berminggu kerajaan Malaysia bersabar dalam menangani isu tentera Sultan Sulu menceroboh bumi Malaysia di kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah, akhirnya hari ini diberitakan 3 Komando Polis dari VAT69 terbunuh akibat diserang tentera Sulu.

Berita kematian anggota VAT69 ini telah tersebar dengan cepatnya melalui facebook, web dan akhbar online. Alfatihah kepada dua Pahlawan Negara iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando G/17984 skuad 2/2006. 

Mereka dilaporkan terbunuh di pos kawalan akibat terkena serangan mortar dari tentera Sulu. Selain itu, dikatakan juga dua lagi anggota keselamatan Malaysia mengalami kecederaan kerana serangan Tentera Sulu ketika mereka berada didalam kenderaan. 

Sekeping gambar keluarga anggota VAT 69 tersebut, iaitu allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat telah beredar kini dilaman facebook, tapi aku tak begitu pasti kesahihannya.

# Update terkini dari fb, seorang lagi anggota VAT 69 dilaporkan telah terbunuh, manakala 3 lagi anggota polis mengalami kecederaan.


Manakala dipihak Tentera Sulu pula, dilaporkan 10 orang telah terbunuh (terkini 12) dan ada dakwaan mengatakan salah seorang dari mereka adalah wanita. Pihak Sulu juga mendakwa, Polis dan Tentera Malaysia telah menggunakan "sniper/penembak tepat" terhadap tentera mereka.

Mengulas berita tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengesahkan insiden tembakan memang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi beliau turut menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan. 


“Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu. 



# Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memberi MANDAT penuh kepada Ketua Polis dan Panglima ATM untuk bertindak terhadap kumpulan ini.




# Bagi aku, kalau benar pihak keselamatan Malaysia telah VAT69 telah diserang terlebih dahulu, sepatutnya tiada maaf lagi untuk puak tentera Sulu ni. Kesabaran kita ada had dan batasnya. Jangan biarkan anggota polis/tentera kita mati tanpa pembelaan..Berikan mereka pengajaran yang pahit sepahitnya agar mereka takut untuk ulangi perkara sebegini dilain masa.

artikel lain - Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu?

Al Fatihah-2 Komando Polis (VAT 69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh
~Salam mesra dari yastro~

Tag :

Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu?

on 27 Februari 2013

Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu

Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu? Sekarang ni tengah heboh dengan berita Tentera Diraja Sultan Sulu yang dikatakan sanggup mati dari keluar dari bumi Sabah.

Dengan tempoh akhir amaran dari kerajaan Malaysia telah berakhir, pihak Tentera Diraja Sultan Sulu sendiripun telah membuat andaian, mereka bakal diserang oleh Polis Dan ATM pada hari Selasa (semalam). Dan aku rasa, dalam masa yang terdekat ini pihak ATM dan PDRM akan melaksanakan misi tersebut. Ini berikutan satu kenyataan akhbar dari Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang berkata:
 “Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.”
Aku secara peribadi akan berasa agak sedih kiranya pihak ATM dan Polis melaksanakan misi tersebut. Pasti akan ada nyawa yang melayang bila pihak Polis dan ATM mengambil tindakan. Namun, hakikatnya Malaysia yang didalamnya terkandung negeri Sabah adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.

Sultan Jamalul Kiram III

Bagi pihak Sultan Sulu pula, mereka masih lagi menganggap Sabah adalah negara mereka berikutan perjanjian lama. Kesultanan Melayu Sulu merupakan salah satu dari 3 Kesultanan Melayu yang hebat satu ketika dahulu. Dua darinya Kesultanan Melayu Pattani dan Kesultanan Melayu Champa.

Mengikut pemahaman kau, setelah dipisahkan oleh pihak Inggeris satu ketika dahulu, kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah "sewa" kepada pihak Sultan Sulu. Tapi aku tak pasti, adakah hingga sekarang sewa itu masih dibayar kepada Sultan Sulu. Btw, setahu aku pihak Malaysia mengatakan ianya adalah satu pampasan.

Satu lagi info yang aku dapat dari blog tausug, penceroboh ini adalah dari keluarga Kiram, iaitu keluarga yang dikatakan beria-ia mahukan kuasa (gila kuasa) tetapi gagal kerana rakyat Sulu sendiri tidak memilih mereka. Sebaliknya Sultan Bantilan II telah dipilih rakyat Sulu walaupun beliau cuba menolak. Beliau menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Mungkin terdesak, kumpulan keluarga Sultan Kiram ini nekad untuk melarikan diri ke Sabah.

Sultan Bantilan II , Sultan Sulu Darul Islam
Sultan Bantilan II
"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” kata Sultan Jamalul Kiram III kepada pemberita di Manila.
Bagi aku, kes Sultan Sulu ni bukanlah satu kes yang terpencil didalam dunia ini. Banyak lagi kaum dan bangsa seperti Kurdish dan Pattani tersepit sama seperti kes-kes Sultan Sulu ini. Mereka terus berjuang untuk mendapatkan hak-hak mereka. Bezanya kes Sultan Sulu ni baru ni je nak meletup. Jadi kenapa mereka secara tiba-tiba buat tindakan drastik begini? Benarkah dakwaan ada satu Kuasa Besar dibelakang mereka yang mendokong isu ini? Adakah mereka itu pewaris sebenar Kesultanan Sulu?  Dan adakah kerana perjanjian damai antara MILF/MNLF dengan kerajaan Filipina sebelum ini telah menyebabkan kemasukkan mereka ke Sabah?

Apapun, harapan untuk melihat penceroboh ini keluar dari negeri Sabah semakin pudar. Aku tinggalkan korang dengan sepatah perkataan dari Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam' di Indonesia, iaitu Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab..
"Kita sangat mengagumi kepahlawanan Tausug, kita mengagumi keberanian Tausug diseluruh Asia Tenggara yang walau pun bilangan mereka sedikit namun sanggup melawan kumpulan yang besar jauh lebih canggih... tetapi tindakan sebilangan Tausug yang masuk ceroboh ke Sabah itu sangat tidak patut dan tidak sesuai pada tempatnya. Kita harap Tausug dapat menahan diri dari lakukan perkara tidak patut sebegini. Sepatutnya Tausug secara keseluruhan bersatupadu mengangkat kemerdekaan mereka sebagai bukan Filipino. Ini menjadi tanggungjawab kita umat Islam Nusantara mengiktiraf mereka sebagai bangsa merdeka di negara Sulu merdeka". 


BERIKUT adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:
   
9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung
Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis
mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
   
12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
   
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad
Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar
Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai
berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
       
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya
penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'
antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
     
18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan
secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
   
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal
bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
   
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
   
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan
kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
   
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis
di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.



# Pihak Keselamatan telah memulakan serangan terhadap penceroboh Sulu di Kampung Tanduo pada jam 7.00 pagi, satu kenyataan telah dibuat oleh PM berkenaan serangan ini. (05 March 2013)

# 3 F18 Hornet dan 5 Hawk digunakan dalam misi mengebom penceroboh.

# Mayat 20 anggota penceroboh/pengganas ditemui setakat ini.



Kredit  - tausug global,








Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu?
~Salam mesra dari yastro~
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved