Memaparkan catatan dengan label KenanganKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KenanganKu. Papar semua catatan

Apa Yang Penting....Kerjasamaaa ~ Part 1

on 24 November 2011

Live dari rumah aku kat kampung. Ni la "kerja" yang aku, adik beradik, mak cik dan pak cik yang juga merupakan jiran di kampung aku Sg Koyan. Ist day kat rumah, Tuan "Jeneral" (mak aku le tu) dah bagitau tugas yang perlu aku dan adik beradik yg lain langsaikan hari ini. Antaranya.....


1. Kopek kelapa untuk buat kerisik - Kansel sebab dah ada new task, klau tak pengsan gak woo...300 bijik. Kelapa import dari Perak. (mertua adik aku punya kelapa daa)


2. Tukang angkat kaki pe nama tah - tempat nak memasak tue laa...done.

3. Hak ni saja aku masukkan, task masa raya haji haritu. Done dan berfungsi dengan baik.- Sapa nak buat rumah nanti leh panggil aku eh..hehehe

4. Tukang angkat mesin kelapa dari rumah jiran- Done, kocik punya hal la tue...:)

5. Tukang melantak sarapan pagi - Done, kejap je nih...he3x!!! Sodap woo nasik lemak mak aku nih...thumbs up!!!

6. Tukang ejas2 atap zink yg bocor dan mengalir ke pondok mak cik tu - Done...kici punya hal lorrr

7. Tukang buat jambatan mini kat depan rumah - Pehhh, yang ni memang mencabar, nasib baik Cik Din (Koyan) datang support aku. Potong beluti ngan papan guna chain saw jeee, sempoii.  Tapi, terase lenguh juga la badan aku ngerjakannya.

8. Tukang sesah time makan tengah hari - Done, nasik lauk ikan masin, sambal potai, lemak kobis, sambal belacan

9. Angkat besi khemah- Done,support guna lori by adik aku ngan kelindan lori dia. Lori.... tokey dia punya. hehehe- x de pic, lope.
10. Ratakan rumput (pic no 7) ngan batu kerikil, support by pak cik aku...Cik Din (Johor mari)- x de pic,esok baru aku ambik.

11. Assistant aku (kwn depan rumah), makan ngan berborak je keje dia...hehehe- Btw dia ni O.K.U, tahap pemikiran dia tak berkembang, setakat darjah 6 jerr. Sama baya dengan aku. Rahim Mat Enda.

12. Sesaje je, ambik pic mak cik2 yg tengah goreng kerisek dan kacau kuih wajik.

13.Kalau korang perasan, alatan baru nak menumbuk tu...sekarang ni dah "kurang" guna lesung batu laa...guna besi untuk menumbuk kerisek. Boleh numbuk reramai....

# Terima kasih kepada semua makcik2 dan pakcik2 yang hadir pada hari ni. Insyaallah esok kita sambung lagi. Utk friend aku "Saka Wea" dan "Saka Bongek" korang jaga "site" kita bebaik ehh, gua nak lepak2 dulu kat kampung, lagipun hari ni korang dah lepak jee kan. Semalam je la overnite sampai pagi....hehehe
Tag :

Jemputan Terbuka

on 22 November 2011

Dijemput semua rakan ke alamat seperti dibawah kerana perkahwinan adik aku pada 26/11/2011. Sebagai "waliband" dan juga merupakan abang "Ngah" kepada adik beradik aku yang lain (yg pertama kak long) Banyak kerja yang perlu diuruskan sebelum majlis ni dibuat. Kemungkinan aku terpaksa bercuti dari berblog, tapi aku rasa aku tetap akan curi masa jugak untuk jengah2 blog aku ni. Jadi, malam ni aku akan start berehat  di kampung....petang ni kalau tak ada aral melintang, aku nak "cargas" balik kampung. Insyaallah dalam 4 jam perjalanan sampai la nanti. Kire slow2 la tue..hehehe

Kalau ada kengkawan yang nak datang (aku alu2kan) sila email aku di  modelkita@gmail.com . Lepas kenduri korang pi la naik Cameron Highland, bukannya lama mana pun.. sejam je dari rumah aku. Tak caya korang boleh masuk sini...Trip aku ke Cameron Highland.

Klik gambar utk imej yg lebih jelas, tapi memang tak bape nak jelas pun...hehehe

# Sori kalau aku lambat menjejak korang yekkk.....
Tag :

Selamat Pengantin Baru ~ Nuruddin dan Nurul Huda

on 18 November 2011

Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada pasangan Nuruddin dan Nurul Huda yang berlangsung pada 13/11/2011di Rantau Panjang, Klang bebaru ni. Pada 20/11/2011 ni dijangka akan berlangsung pula di Kg Sg Buah Dengkil, rumah pengantin lelaki. Sori bro...badan penat, otak beku...jadi tak ada ucapan/ayat2 power untuk korang kali nih...:)
Cuma....

Doa aku, semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berkekalan hingga keakhir hayat serta diberikan zuriat yang baik2. Insyaallah, 20hb ni aku dan juga rakan yang lain akan turun buat "sport check" kat ko nanti.hehehe

Rasulullah pernah bersabda"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya,kerana keturunannya, kerana kecantikkan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau pasti akan selamat"





#Sumber gambar: Cilok kat FB...Cepat sikit masuk koreje bro...koreje tengah banyok nih...kengkawan kat sini semua rasa macam memasing ada 8 pasang tangan dah semuanya...hehehe
Tag :

Wordless Wednesday ~ Tayar Pecah

on 16 November 2011


Tag :

Selamat Hari Raya AidilAdha

on 05 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat yang sering berkunjung kesini. Maaf zahir dan batin seandainya selama ni ada perkara yang aku buat dan menyebabkan korang rasa tak selesa, marah atau sebagainya. Nampaknya kalau tiada aral melintang, aku dah nak start enjin kereta balik ke kampung halaman aku. Bermula ke rumah aku kat Lipis, lepas tu lepak pulak kat rumah mertua di Jerantut. Insyaallah sampai la hari rabu nanti.

Dalam jangka masa tu, aku tak pasti ntah sempat berblog atau tidak. Bukan apa, maklum la bila balik kampung ni banyak betul "cabangnya". Tapi yang pastinya, selasa ngan rabu tu kompom aku kene bercuti dari berblog. Insyaallah, jika masih dipanjangkan umur aku akan kembali lagi selepas rabu minggu depan. Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua muslimin dan muslimat yg singgah ke sini. Caiyokkk......

Tag :

Wordless Wednesday - Kenanganku @ Sabah Trip

on 26 Oktober 2011

Tag :

Bagan Lalang - Aktiviti bersama keluarga

on 11 Oktober 2011

As salam semua rakan2...Hari Ahad yang lepas, 09/10/11 sempat jugak la aku beriadah bersama keluarga aku sekejap. Lokasi pilihan aku ialah pantai Bagan Lalang, jarak dari rumah aku ke sana lebih kurang 80++km. Sebenarnya tempat ni satu ketika dulu adalah tempat aku dan kengkawan "melepak", melepak semata-mata mencari ketam (salah satu lagi kegiatan aku sebelum jadi pemancing laut dalam...hehehe). Bagi sesapa yang biasa makan ketam segar, kompom dah tau beza rasa ketam kat pasar malam dengan yang baru naik dari laut. Kalau korang nak tau, satu ketika dulu aku n the gang siap pasang khemah dan bermalam disana, rekod aku bermalam disana paling lama ialah 3 hari 2 malam. Lepak disana dengan famili masing2 siap bawak anak bini...masa tu tengah gila ber"camping"...jadi aku angkut je semua sekali...hehehe

Khemah yang aku beli ni pun dah lama tak pasang, hari tu (3/4 bulan yg lepas jugak laa) ade member pinjam. Jenuh jugak la aku mintak balik..(satu perangai yang aku tak suka, dah pinjam lepas tu malas nak hantar balik..... dok simpan kat umah dia, bila tanya bagi alasan sibuk...chisszzz)

Aksi si Akid yang sentiasa membuatkan aku dan isteriku ketawa..

Lepas balik dari Stadium Shah Alam, terus balik rumah hantar barang2 dan packing alatan nak pergi ke bagan lalang pulak. Agak kalut sikit jugak lerr...maklum le dah lama tak pergi berkhemah. Kalau nak ikut alatan aku yang dulu2, lagi la banyak...siap pelita karbaid lagi...tapi ni sebab satu famili je, pas tu nak lepak dalam sehari so tak yah bebanyak le nak angkut barang...klau banyak kang aku jugak yang penat. Anak2 aku pun memang seronok sesangat bila aku cakap nak pergi mandi laut. Bebudak ni memang pantang jumpa air...nak2 si abang tu...

syok betul tidur si Akid tuu...angin kuat, pe lagi lenaaa laa 

Sampai2 je, aku terus cari "port" untuk pasang khemah. Nasib baik la boleh mencelah2 dan dapat front view ngadap laut...hehehe..Pe lagi...kerja pasak terus berjalan laaa...Anak aku si Akid Asyraff tak pernah lagi mandi laut. Dah umur setaun lebih budak ni...aku je yang asyik sibuk melayan kerja siang malam. So kali ni adalah peluang terbaik aku nak habiskan masa dengan bebudak nih.

Si Akid betul2 teruja bila dapat mandi...last2 aku lak yg tak larat nak jaga dia...hehehe

Bila siap je pasang khemah, anak aku si Akmal dan Amzar dah tak sabar2 lagi ngajak mandi. Air laut jauh lagi, (masa tu baru nak pasang) aku suruh je derang mandi dulu sambil mata aku dok perati dari jauh jerr. Lebih kurang jam 5 petang, aku pun turun jugak...sambil bawak si Akid tu mandi. Punya la seronok sampai 5/6 kali gak gamaknya air tu masuk dalam mulut dia....hehehe

Antara aktiviti biasa ditepi pantai..
Bila dah puas mandi, si abang layan main layang-layang pulak. Tapi tak lama, dalam jam 6.30 petang aku dah ajak balik. Badan aku dah penat...pas tu nak kene bukak khemah pulak. Si Akid dah ngamuk sebab penat...duduk dalam kereta dengan ibu dia jeerr....aduyaiii, terpaksa la aku lipat khemah sensorang. Nasib baik aku terer dalam bab2 lipat melipat nih...hehehe

Anak aku suruh bawak rod, katanya nak memancing..tapi aku malas nak bawak ...kalau tak penat jugak nak melayan bebarang mancing, mau penuh bonet kereta ngan alat mancing lak nanti. Btw, taun ni aku nak stop kejap kegiatan rod dan gua. Faktor kos mempengaruhi keputusan ini...Mungkin taun depan lak kot, kalau ada rezeki laa..Kenangan memancing di pelantar dan pipe line masih segar wooo....tak leh lope sampai bila2...terbaikkkk. Kalau tak mampu nak gi jejauh, gi mancing dekat2 pun boleh jugak...hehehe Okeh, Kita lopekan kisah mancing dulu....(Apan la ni, dok tegur pasai manceng)

Pandangan khemah aku  (warna hijau) dari laut...
Bagi aku, Bagan Lalang dah okey sikit dari zaman aku pergi dulu. Semenjak ada Gold Coast kat Bagan Lalang ni, dia orang dah naikkan satu pondok Pemerhati dan sediakan sebuah bot Penyelamat Pantai yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Aku masih ingat satu ketika dulu, kes sorang budak hanyut di bawa arus, (masa tu Gold Coast tgh rancak dibuat) tak de sapa nak tolong..kisah tu ada keluar dalam berita TV3...akhirnya sampai sekarang budak tu tak dijumpai. (Kalau tak biasa dengan Bagan Lalang, jangan mandi jauh2, tunggu sampai air pasang) Selain dari tu, aku tengok ade orang main kapal layar...bila aku perati dekat2 rupanya kapal layar milik Gold Coast...mungkin untuk penginap kat resort tu je la kot. Selain dari tu tarakkk...yang ada org jual ais krim jerr.

Cuma satu jer yang aku rasa pihak Sepang kene perbaiki atau pun tambah...parking kereta. Parking kereta masih lagi agak susah nak didapati. Kene pulak time tu ada geng2 kereta ataupun ada syarikat buat hari keluarga kat sana, penuh dan sesak giler wehhh...Bab2 jalan pulak, dulu jalan kat pantai tu dua hala, sekarang dah jadi sehala jerr, okeh la tu, tak le serabut sangat. Tapi aku tengok, masih ada yang degil...dengan selamba je bawak kereta melawan arah..Hmmm, sikap orang Malaysia...mmg cam tu laa, yg best tu siap pakai ketayap lagi pakcik tu.

Kebersihan..masih lagi kureng...tetapi berbanding masa dulu2 agak baik jugak laa. Mungkin faktor adanya Gold Coast kat situ kot. Selain dari tu mungkin sikap pengunjung sendiri yang menjadikan pantai tu agak bersampah. Tong sampah juga pada aku masih lagi tak cukup...bila sampah dah penuh jerr, berlambak la sampah2 kat luar tong tu. Bab2 ni aku rasa tak boleh salahkan pengunjung ...Okeh laa...cukup laa, banyak dah aku membebel...kang bertambah merapu pulak.
Tag :

Wordless Wednesday - Kenanganku/Meet the parents..

on 28 September 2011

Tag : ,

Selamat Hari raya Aidil Fitri

on 27 Ogos 2011


Selamat Hari raya Aidilfitri daan maaf zahir batin buat semua umat Islam dan juga rakan2 blog. Gaya2nya lepas ni aku cuti berblog agak lama jugak laa...maklum la kat kampung tak de "gelombang" tuk bertenet. P1 aku nampaknya kene simpan buat pekasam kat umah je laa...

Kepada semua pengguna jalanraya, meh la kita pandu dengan berhati2 dan bersabarlah semasa dijalan raya, jangan pentingkan diri sendiri sampaikan perbuatan anda tu boleh merbahayakan pengguna yang lain. Yang penting kita dapat beraya2 dengan suasana riang dan gembira tak kira dimana jua kita berada.

Aku harap semua rakan2 memaafkan aku andainya ada salah dan silap atau jika ada perkara yang tidak menyenangkan hati selama aku berblog. Insyaallah, selepas 5hb nanti aku akan kembali mengaktifkan diri seperti biasa. Akhirkata, bila raya nanti jangan "membuntat"kan perut tu bebanyak sangat...hehehe, maklumla dah boleh makan seperti biasa, nafsu pun besar la jugak kann!!

Okeh..aku nak sambung berkemas lak nih...insyaallah jumpe lagi dikemudian hari..
Tag :

Wordless Wednesday

on 24 Ogos 2011


Tag : ,

Salam Ramadhan

on 01 Ogos 2011

Selamat menyambut Ramadhan buat semua rakan2. Semoga kalian dan juga aku juga berjaya melakukan ibadah2 dibulan yang penuh dengan kemuliaan dan kerahmatan ini. Maafkan aku kerana lama tidak bersiaran, tanggungjawab terhadap tugasan membuatkan segala2nya menjadi terhad, sampaikan masa bola Malaysia Singapore haritu pun aku dan sebilangan rakan2 terpaksa layan di tempat kerja. Alhamdulillah, kini semuanya telah selesai. Insyaallah aku akan kembali seperti biasa.




# Tengah ambik "mood" nak berblog balik nih...
Tag :

Tawau Trip 3#

on 24 Julai 2011



As salam semua sahabat. Sambungan kisah sampai di Tawau tempohhari. Agak sibuk sikit minggu ni sampaikan masa aku nak berblog pun terabai. Maaf kepada semua kengkawan...

Okeh, kita sambung cerita hari tu. Malam tu, sesampai je kami di rumah Hendra, kami disambut oleh ahli keluarga beliau yang lain. Nenek,adik dia, adik ipar dia....semua ada. Meriah jugak arrr. Sejenis makanan seperti keropok (tak salah aku dari ubi kayu yang diletak sira nibung kelapa) menjadi santapan ringan. Air pulak dari honeydew yang dicampur hirisan buah dan biji selasih. Memang lain dari yang pernah dijumpai di semenanjung. Bagi aku laaa....tak tau la kalau korang pernah minum kat semenanjung.

Selepas tu kami dijemput oleh keluarga Hendra untuk makan malam. Huiyooooo..."seafood" looooo.....Ketam,udang, kerang, ikan merah dan ikan kering rangup menjadi santapan kami. Aku makan slow2 je..hehehe gua jaga reputasi beb...tak macam Bongek ngan Kayu...laju jerr, tak semongah betoi. Hendra lagi laa...2 x speed dari kami....maklum la, gamaknya dah lama tak makan hasil air tangan ibu, tau2 habis......hehehe

Pas makan, semua lepak kat luar, ambik angin sambil nyembang2 kosong. Teh "o" dengan pencuci mulut buah tembikai dihidangkan oleh ibu Hendra....pehhh penuh woo perut nih. Perut dah buntat...so pe lagi...masa tuk melelapkan mata la plak.

Rumah Hendra di Kg Pasir Putih, Tawau.
Pagi...
Planning hari ni nak pegi ke Sampoerna. Buat lawatan ringkas kat floating. Sebelum tu Hendra dah plan nak minum pagi di kedai yang selalu ayah dia melepak. Ayah Hendra merupakan pemandu teksi di Tawau. So, sesapa yang nak menggunakan khidmat beliau masa turun di Tawau boleh inform kat aku...hehehe iklan jap no. Aku memang tabik habis kat Pak Cik Rudin....sempoi, ramah dan tak lokek bercerita bila aku ngan geng2 bertanya bermacam2 soalan kat beliau. Terima kasih bebanyak pak cik...

Masa untuk bergerak....

Di pekan Tawau...
Rupa2nya kedai tu ialah kedai cina. Tapi memang halal laa. Kat dalam tu penuh dengan geng2 Pak Cik Rudin. Geng teksi Tawu... Meriah gak laa. Antara sarapan pagi yang special kat sini roti panggang, pau goreng dan cakoi. Nasik lemak or roti canai x do ko? Hehehe...ada, tapi susah sikit laa, Cuma aku jadi "kureng" sikit sebab semuanya mende2 yang manisss huhuhuhu...Masa order air.."Nescafe satu....." Opsss...Hendra menyampuk "Nescafe nai satu" Mende lak nai-nai nih....dalam hati aku, rupa2nya nai tu tuk nescafe yang ditambah susu. Ping plak tuk ais. Tak salah aku bahasa tu dlm bahasa cina kott.....
kat bawah ni ada gambar2 makanan tu. ...jom layanzzzz......

Mak Hendra menikmati mee goreng  yang dicampur dengan tauhu (kt dlmnya ade cam begedel)
cakoi yang ber"inti"kan kaya...
Roti panggang...kat dalamnya ber"inti"kan kacang
Yang ni roti benggali kut...ada jem kaya gak kat dalamnya....
Hrmmphh.....dia buat dahhhhh.......
Perjalanan ke Semporna mengambil masa dalam 40~45. Kiri kanan hanyalah pokok sawit. Ergghhh....kat kampung aku pun banyak sawit jugak. Jemu wehhhhh........

Bersambung lagiii...hehehe..







Tag :

Wordless Wednesday ~ Kebab Turki

on 13 Julai 2011



Hari Rabu lagi...maleh nak citer pasal Tawau...aku bagi gambo kedai kebab yang terbaik dari ladang, terletak di Itaewon, Korea. Berharga 3,000won seketul kadang2 aku beli sampai dua, satu makan terus satu lagi simpan bawak balik hotel aku dekat Ansan. Owner asal Turki, korang leh nampak bendera tu kt dalam kedai.






Tag :

Tawau, Here we come!!

on 12 Julai 2011

    Jam 1 petang, 5 July 2011. Aku, Riezjl, Hen dan wife dia dah ready nak bergerak ke LCCT. Flight kami lebih kurang jam 3.30 petang. Haji Hakim jadi drebar kita orang. Janji manis penuh dengan harapan kami dah tabur kat Haji Hakim supaya dia dengan rela dan dgn sepenuh jiwa dan raga datang menjemput  kami time nak balik ke sini semula nanti. Kayu dengan Bongek dah pun berlepas awal. Katanya nak usha2 awek Air Asia dulu...lantak le korang. Kali ni aku guna nama glemer memasing...baru besh sikit..hehehe


Kalau korang terserempak ngan mamat yg ada tando kat mato tu tegur2 la yekkk...hehehe...kredit to Hen.

Tiba di LCCT kami sumer sempat gak menjamah MC Dee yang ado kat sana. Bukan ape, maleh nak beli makanan dalam flight, korang tau je la harga kat dalam tu. Cuaca masa tu agak paneh sikit. Air cond dalam Mc Dee tak bape nak berasa sangat, mungkin sebab penuh dengan manusia yang dok sibuk kehulu kehilir. Memasing bizi dengan tujuan memasing....Ruang kat dalam Mc Dee pun penuh jugak, ingatkan kat luar je yang penuh. Sesak sangat wehhh....ada masanya aku rasa rimas jugak. Bunyi orang berborak dengan hon keta,van bas memekakkan telinga, dah macam kat mane tah. Sebab tu kot,  yang aku dengo2 berita tak rasmi ada mengatakan LCCT nanti nak berpindah ke tempat lain..Kat mana...??, ntahh.... tak tau la aku.

Kamera Riezl yang aku guna sentiasa dalam keadaan standby mode, kali ni kami memang nak ambik vedio dan gambar kaw2 punyo. Plan kami nak buat window movie maker diselang seli gambar dengan video. 3 orang kameraman...  sentiasa dok nyibuk snap sana...snap sini, tak kira la candid mandid sekalipun. Sesahh jerr...asal boleh jadi bahan. Maka bermula lah episod keriuhan didalam trip kami nih. Tapi bagi aku...memang best kalau ada trip yang kita pergi dengan kengkawan yang sama kepala...senang berunding. Derang ni sumer memang best...tak banyak songeh ataupun cerewet mewet segala. Huhh...ayat hantam jerr tue...

"Aku jalan dulu..pas tu korang snap le gambo aku yerr"...kata Bongek...sonang hati la ko, berlenggang jerr...hehehe
Sampai waktu tuk naik ke kapaiterbang....kami beratur dengan penumpang lain, berjalan menuju ke pesawat Airbus 320 yang dah sedia menunggu kat landasan. On the way, aku sibuk ambik vedio...kengkawan yang bertiga tu sibuk ambik gambo. Rule "Dilarang mengambil gambar", kami sesah jerr...maklum ler ramai...buat dekk je la walaupun dilarang oleh petugas2 yang ada berdekatan dengan pesawat. Sambil jalan 'snap"...nak naik "snap" pehhh...meriahh  sakan wooo.

On t he way nak naik Airbus 320....

Kat dalam pesawat nasib baik penumpang tak bape penuh. Dalam kepala memasing dah set nak duduk kat tempat kosong yang ada kat belakang. Dekat dengan tandas dan tempat steward/dess. Zoommm...kapten tu buat "wheelie" la plak...pening kepala siot. Mencanak jerr dia naik tak kasik can langsung...Hen.."Adesss...sakit pale aku, Yas kalau kat dalam bot mancing macam ni jugak ker?" dia tanya kat aku. "Yepp...lebih kurang cam ni laa....cuma ko bayangkan je la kalau 4 hari 3 malam...camne tu?" Aku balas. "Tak leh naik bot aku kalau cam ni, mau pengsan aku " jawab Hen sambil memegang kepala...Aku gelak jer laa..Perjalanan 2 jam 40 minit ke Tawau agak membosankan. Kami pakat2 duduk kat belakang, pas tu nyembang sambil dok belek2 gamba.

Riezjl sempat gak berposing masa tiba di Tawau.
Masa sampai kat Tawau pun sama gak. Kapten tu wat "kornar baring sambil brek pesawat dalam keadaan pesawat tu nak mendarat" kami sumer berasa tak bape nak selesa dengan keadaan tu. Sabo je laa...dah tak lama dah, jap lagi nak sampai la nihh. Telinga aku pun berdengung jugak..maklum la selsema lom pulih sepenuhnya lagi. Sampai kat imigresen pun telinga aku still berdengung lagi. Pegawai tu cakap pun aku tak bape nok dengo. Adoiyaiii...tensen banget bahh..

Tawau Airport view dari pesawat kami jam 6.15 ptg kutt....
Keluar je dari airport, bapak Hen dah sedia menunggu. 2 buah kereta menanti kami. Sebuah keta bapak Hen, sebuah lagi Dmax abang Hen. Jam masa tu kalau tak salah aku 6.30 petang. Korang leh tengok sendiri betapa berbezanya keadaan masa di semenanjung dan negeri2 di Borneo. Time sama tapi keadaan masa tak sama. Sebagai contoh, kalau 6.30 petang disemenanjung keadaan masa tu masih cerah lagi, bebudak pun tengah seronok bermain masa tu...tapi disana matahari dah start nak tenggelam. Dah nak gelap cam maghrib la plak. Masa kat luar tu aku jerit kuat2..."Tawauuu....heree wee comeeee" Uishhh....cam jakun la plak.
Masuk dalam keta, jalan jap...keadaan dah gelap..cam 7.30 petang waktu semenanjung. Perjalanan ke rumah Hen mengambil masa lebih kurang 40 minit jer. Tak jauh mana pun Kg Pasir Putih tu rupanya dari bandar Tawau.

Yeahhh...punggah jgn tak punggah...Hen dh mula nak tunjuk kuasa bila sampai kat sana...siottt...:)


Opsss....sori geng...sambung lagi yekk...insyaallah next entri aku cuba buat cepat2....hehehe





#Yang aku jerit ( Tawau...here we comee) tu sebenonya pedooh jerr yerr...Saje nak kasi kene mengena ngan tajuk entri...jgn terpedaya sangat...hehehe
Tag :

Intro....Tawau Trip 5~7 july 2011

on 10 Julai 2011

As salam semua rakan2. Minggu lepas 3 hari aku "terlepas" melayan blog. Sumernya gara2 trip aku dan rakan2 ke Tawau, Sabah. Nak bawak laptop, takut terover weight lak beg hand carry aku. Jadi jalan paling mudah  tinggalkan semuanya dulu. Terpaksa la berpisah kejap dengan blog.

Trip ni sebenonya dah di plan selama setaun. Maklum la dok tunggu tambang murah Air Asia...
Rm 80.00 pergi dan balik....kira murah sesangat la tu. Aku pun dah lama tak naik kapai terbang...bila kengkawan offer...laju je aku kata okeh, nak2 pegi bujang ..mmg laju laa...hehehe

Trip ni trip ke rumah member opis iaitu rumah si Hendra. Kebetulan pula si Hendra tu baru lepas kahwin, molek sangat la dia bawak bini dia sambil berkenal kenalan dengan keluarganya. Kami ni seakan2 wakil keluarga bini dia, walaupun yang sebenornya tak de kene mengena pong, tambah menyibuk lagi ada...hahaha


Ni le kapaiterbang yg bawak kami kesana...

So, perjalanan trip ni insyaallah aku akan buat dalam next punya entri. Sekarang ni sumer geng2 yang gi ke Tawau masih demam...demam dok cakap Sabah, tambah pulak badan pun rasa penat lagi. 3 hari memang penuh dengan aktiviti, rasanya macam sehari je duduk kat sana. Tambah lak, naik Dmax kepunyaan abang Hendra..Pehh!!!  Perasaan aku masa tu... kenkadang cam nek kudo la plak...hehehe
(errrr...ayat penyedap mulut tu..jgn pecaya sangat...kang marah lak abg Hendra kat aku...dah sesah Dmax tu 3 ari pun dh cukup baguih...hehehe:)

Ape pun aku nak ucapkan terima kasih kepada pakcik Rudin sekeluarga kerana layanan baik keluarga mereka kepada kami yang rata2nya belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Sabah di bawah bayu, kecuali Rizal yang bapanya pernah bertugas sebagai askar disana. Tiap2 ari kami dijamu dgn seafood...sampai buntat perut memasing....tak sempat nak rasa lapo...makann..pas tu makan..makan lagi...makan...haaaa korang bayangkan je la camne keadaan kami masa tu...

Satu lagi, trip ni juga seakan2 flash back kepada Rizal, mengenang kembali saat beliau membesar dan bersekolah disana selama 3 tahun kalau tak salah aku. Meleleh air mata mamat tu...hahahaha
Jumpa lagi di next entri...Caiyokkkkk.








# Bab2 meleleh air mata tu saje aku tambah...kasi sodap sikit bila membacanya...hehehehe

Tag :

Sambungan entri nasi Arab

on 05 Julai 2011

Ekoran entri Wordless Wednesday tempoh hari berkenaan dengan restoran  nasi arab , ramai jugak la kengkawan yang memberi feedback. Hari ni aku nak letak gambar kedai (rasenya owner dia Pakistan) yang terletak di Itaewon, Korea Selatan. Berdekatan dengan National Mosque Korea.

Kedai ni kalau kita nak pergi ke National Mosque Korea berada disebelah kanan. Dengan kedudukan berbukit sedikit. Masjid paling atas sekali, mengah jugak ler nak mendaki. Masa aku pergi tu, kebiasaannya mat2 negro yang ramai. Aku tak tau apa yang derang buat kat sana, mungkin bekerja kot. Dressing negro tu plak...pehh ala2 rappers yang biasa kita tengok kat dalam tv tu, penuh ngan rantai bagai. Muka lak, cam samseng jerr...saspendet jugak aku....hehehe

Gambar dari sisi.."makanan yg sedap ada disini" ayat tu yg buat aku tertarik ....
Nama kedai tu "SWAT FOODS & Restaurant"... kedai tu pun sebenarnya tak le besor sangat. Kat dalam hanya memuatkan beberapa buah meja dan kerusi. Bila geng2 aku datang menyerang, memang penuh la kat dalam kedai tu. Suasana pun jadi kecoh sebab orang2 kita je semuanya.

Pandangan depan kedai nasi arab tu...
Korang perasan kan, kedai tu hanya suku je dari sebuah kedai yang sebenar. Mungkin dia sewa tapak kot. Menu utama ialah nasi arab berlaukkan sama ada kambing ataupun ayam. Nasi dan lauk memang dimasak sekali kot. Kuah? Tak de kuah..air kosong je la jadi kuahnya..Harga sepinggan dalam 5,000 won, lebih kurang Rm19.00 masa tu.

Makanan memang lazat, nasi sepinggan tu penuh sampai tak nampak daging kambing ataupun ayam. Kalau tengok pada keadaan biasa, rasanya memang tak habis la kot. Tapi jangan terkejut....bila dah makan rasa macam tak cukup plak..mungkin sebab keadaaan cuaca yang sejuk kot. Perut cepat sangat lapo...hehehe
Yang nyata, aku dah beberapa kali makan nasi arab kat mesia, sampai la sekarang ....tapi tak ada yang sama rasanya dengan yang aku makan kat kedai nih. Nak kena repeat lagi nih. Pehh....bila buat entri ni pun aku masih terbayang2 lagi kat nasi arab tu....:)

Teringat pulak pada komen bro Tengkorak Emas, ada nasi arab ni ada yang dimasak diruang bawah tanah. Tapi aku pasti, yang kat kedai ni masak kat belakang jer...sebab aku masih teringat2 lagi, aku pernah jenguk2 kat ruang belakang tu.

Gambo kat bawah ni, (yang aku duk tu) merupakan meja last sebelum nak gi ke dapur. Jadi dari situ aku leh jenguk2 sikit la kat belakang tu.Tapi satu perkara yang paling aku terkejut masa makan kat sana, bila minum air kosong.... mati2 aku ingatkan free...mungkin pada gelas yang pertama je kott freenya. Bila asik bertambah jee...rope2nya kene cas jugak...hampeh tul. Nasib bek la tak mahal sangat.

Ruang dalaman kedai arab tu...agak sempit sedikit.
Dalam masa dok makan2 tu. Owner kedai lepak2 jugak ler ngan kita orang. Dia citer dia penah jugak datang ke Malaysia satu ketika dulu. Tapi aku dah lope dia datang sebab nak kerja atau jenjalan. Mungkin kerja kot sebab dia ada mention penah duk mesia dalam 2/3 taun.

Kat bawah ni ader aku selitkan gambar2 team aku RPG Team yang buat makan2 kat restoran arab kat Cyber Jaya. Thanks to Rizal yg suka edit dan bagi gambo nih kat aku.Tak salah aku owner dia orang Maghribi. Okeh gak la...tapi masih tak sama dengan restoran yang kat atas tu...huhuhu
Sorry, gamba aku dh resize...pas tu bila besokan sikit dia suda pocah arrrr....
Caiyokkk....






Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved