Memaparkan catatan dengan label KenanganKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KenanganKu. Papar semua catatan

Lama Tak Turun Padang|Laut

on 21 Februari 2012

Inilah gambar yang menjadi timeline f/b aku...walaupun dah lama tak turun memancing...aku tetap merindui "kepeningan" dilambung ombak Laut China Selatan. Tempat yang menjadi idaman kaki pancing laut dalam diseluruh negara. Insyaallah, jika berkunjung kesini pasti hasilnya tidak akan menghampakan. Antara hasil utama yag biasa dikaut disini ialah ikan merah, kerapu, ibu kerisi, kakap merah juga ikan yang selalu membuat papa pemancing sakit jiwa...haruan tasik..Lama Tak Turun Padang|Laut

Buat info, rekod peribadi aku semasa memancing di pipe line adalah ikan Kakap Merah yang beratnya 8 kilogram. Kalau bermalam berdekatan dengan kawasan pelantar pula, ikan Jumuduk dan GT menjadi kegilaan para pemancing yang bermain dengan popper dan juga jigging. Namun aku tak berminat sebab ianya amat meletihkan. Rekod kawan aku naikkan ikan GT di pelantar tinggal ialah ikan GT yang beratnya dalam 20 kilogram.

Pemancing+Laut+Dalam+Pelantar+Minyak

Dalam pada seronok memancing, pernah juga aku dan kawan2 berjumpa dengan bot nelayan asing yang menceroboh kawasan perikanan kita. Bot yang dikatakan datang dari Thailand ni biasanya akan datang memukat secara berkumpulan. Biarpun kita mempunyai pasukan APPM dan Marin yang sentiasa menjaga perairan negara, penceroboh ni tetap berani datang mengaut hasil negara.

Okeylah...banyak sangat dah aku membebel pagi nih, cukup dulu sampai disini...Iika ada rezeki..insyaallah aku akan pergi memancing pada 24 ~ 29 Febuari 2012 nanti. Dulu, pernah aku berkata pada seorang rakan blogger yang aku akan bersara tahun ni, nampaknya aku terpaksa tarik balik kata-kata tu. Yup...jika tiada aral, kita akan bersua lagi selepas tarikh 29 hb tu nanti.

Apapun aku dah prepare draft entri untuk cover aku sepanjang aku bercuti nanti. - First time aku cuba set entry dalam masa aku sedang bercuti.Lama Tak Turun Padang|Laut
Tag :

Wordless Wednesday - Budak Kecik dan Aiskrim...

on 01 Februari 2012

budak+kecik+makan+aiskrim

makan+aiskrim+dalam+kereta

lazatnya aiskrim

nikmatnya aiskrim

aiskrim terbaik

aiskrim yang best


-Wordless Wednesday - Budak Kecik dan Aiskrim-
Tag : ,

Seharian di Kuala Lumpur & Muzium TUDM Sg Besi - CNY

on 30 Januari 2012

Ahad, 22/01/12..beberapa hari lagi nak CNY[minggu lepas] Aku tak tahu nak bawak bebudak [anak2 aku] ni kemana dah. Dalam kepala nak pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur je. Maklum la dah lama tak ronda waktu siang. Biasanya jenjalan time malam je. Diaorang pun dah bising kat aku sebab tak pergi bercuti kemana-mana kali ni. Jadi untuk cover sementara aku pun bersetuju nak bawak derang pusing-pusing kat Kuala Lumpur.

Kalau hari biasa, kompom aku tak akan masuk KL punya. Malas aku nak menempuh trafik jem yang teruk disana. Lagipun selalunya jalan disana cepat berubah...kang tak pasal-pasal aku berpusing-pusing kat dalam KL tu.

Akid kalau makan kat kedai...hmm dia la heronya..
Pagi tu, sebelum pergi jenjalan...singgah kat kedai dulu. Kasi penuh perut dengan nasi lemak yang terbaik di Teluk Menegon, Klang.

KLCC dari h/p x6 jee...
Tak buang masa, pagi tu terus aku arahkan kereta menuju ke bandar raya Kuala Lumpur. Ronda-ronda kat KLCC...tak masuk pun, sekadar lalu kat tepi je. Pas tu pusing-pusing lagi, sampai la kat Metrojaya [dekat Puduraya]...


Woww...hari cuti mana pergi semua warga KL nih? Hilang wooo...korang tengok je la kat dua keping gambar ni. Puduraya,Metrojaya dan bangunan yang dekat-dekat dengannya penuh dengan warga asing. Rata-rata dari raut muka yang aku tengok tu mungkin berasal dari Bangladesh dan Nepal. Warga Indonesia agak kurang sikit. Mungkin time cuti derang lebih suka duduk dirumah berbanding merayau-rayau tanpa haluan macam geng-geng Bangladesh dan Nepal nih.


Dah puas pusing-pusing Kluala Lumpur, aku ambik keputusan nak bawak derang pergi ke Muzium TUDM yang terletak di Sg Besi Kuala Lumpur. Muzium ni first time aku nak pergi...setakat ni aku cuma pernah tengok gambar dan dengar cerita dari kawan-kawan aku je. So...pe lagi cari laaaa...[aisehhh...gps x bawak lakk]

Pandangan dari dalam kereta- nampak x sticker the gunners tue..he3x!!!
Akmal [Abang] dan Amzar [Abg Jar]...nampak sgt muka berkerut menahan panas...he3x!!!


Setelah puas berhempas pulas mencari...akhirnya aku dan keluarga sampai juga kesana...itupun aku berpusing-pusing 2/3 kali...nasib baik aku tak bawak orang kampung...kalau tak nyaya aku kena kutuk...he3x!!!
Tag :

Paintball Bukit Cerakah - 28-01-2012

on 29 Januari 2012

Dah lama tak main paintball. Yeahhh, esok aku ada game Paintball kat Bukit Cerakah. Bayar rm 100 dapat pallet 500 biji, main sampai muntah makan tengahhari disediakan...minum selagi larat.. Bab2 equipment lak, marker ngan musk pakai je la yang derang dah sediakan kat sana. So, ini kali yang kedua aku main paintball kat Bukit Cherakah. Tak de la kerap mana aku main paintball ni, rasanya baru 4 kali je. 3 kali kat area bunker [fast game], sekali kat hutan Bukit Cerakah.[masuk ni 2 kali la]

Paintball-Bukit-Cherakah

Disebabkan tak masuk askar, tapi minat sikit-sikit tentang askar. Maka esok satu kumpulan yang dianggarkan dalam 30-35 anggota akan cuba menyelesaikan misi menyerang dan bertahan yang telah disediakan oleh pihak penganjur paintball di Bukit Cerakah..

Paintball+kat+Bukit+Cherakah

Korang layan je la dulu gambar2 lama ni, untuk gambar terbaru nanti aku akan cuba update kemudian.

Permainan-Paintball-Dalam-Hutan-Bukit-Cherakah

# Entri ni patutnya publish malam semalam...tapi sebab semalam aku dah "terpengsan" awal, terpaksa postpone sampai malam ni....
Tag :

Wordless Wednesday - Bakal Juruterbang TUDM...

on 25 Januari 2012

Bakal+Juruterbang+TUDM
Tag : ,

Sakit Gigi Pas Tu Demam!!!

on 23 Januari 2012

Arghhhh..."Sakit Gigi Pas Tu Demam" la pulak, dah 2 hari dah....nak pergi klinik gigi semuanya cuti. Terpaksa la tahan kan je dulu. Sekarang ni  aku tengah guna petua orang tua-tua....gigit bunga cegkih bila terasa sakit. Kira boleh je laa...he3x!!! Tapi bila nak berblog, aku tetiba jer rasa hilang semua sakit tu...he3x!!! Gilozzz.....

Ni je la yang aku nak hapdet dulu hari ni, nanti aku update gambar pergi ke KL ngan Muzium TUDM di Sg Besi semalam....bergambar dengan anak2 dalam keadaan paneh miang..he3x!!- seb bek derang sumer okey.

jumpa doktor gigi
Arghhh...Siap leh test2 lak doktor nih!!!

Pas tu kena demam la pulak
Jangan dok bawak titun bila demam...lawan!!!!



#Malam tadi dam dim dum dari jam 12 malam sampai kat pukul 1 wooo....maka banyak la RM yang terkorban....Ape ader hal....derang banyak duit...buh pi je laa...tapi awatnya banyak sangat mercun yang terlepas??
Tag :

Pengalaman Kena Denda di Sekolah - Titan|Earncent.com

on 14 Januari 2012

Hari tu aku buat satu intro Pertandingan Pengalaman Kena Denda DiSekolah Titan|Earncent.com. Entri merapu dari aku. Maka selepas beberapa hari aku mula sibuk mengali memori untuk pertandingan tu. Susah juga sebenarnya, benda dah lama berlalu... cuma dalam banyak-banyak peristiwa kena denda di sekolah, ada 2 denda yang paling aku tak boleh lupakan, memang satu pengalaman yang berharga. Kedua-duanya terjadi sewaktu aku di Tingkatan 4. Masa tu aku baru je bertukar ke sekolah tu, dari sekolah agama [hostel] ke sekolah kebangsaan. Lokasi sekolah tu.... kat kampung aku jerrr.
Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Pengalaman Kena Denda Di Sekolah, Kisah 1 
Alkisahnya satu hari tu aku terlupa nak bawak kad, padahal perkara tu telah diingatkan oleh guru kelas sehari sebelum tu lagi. Kejadian tu berlaku semasa awal tahun aku bertukar ke sekolah tersebut. Mende tu remeh jer, kad report... kad report berkaitan dengan apa, aku dah lupa. Jadi pagi tu, bila kad tu aku tak bawak, aku dan beberapa orang kawan yang lain telah dipanggil ke bilik pengetua sekolah yang baru aku tukar tu. Sorang demi sorang kena soal siasat, dah macam polis siasat banduan lak rasanya. Mamat ni bagi jawapan ni, mamat tu bagi jawapan begitu pulak, semuanya cuba nak "korner" tang selekoh. Bila sampai giliran aku pulak..."Hah...ko... Apsal tak bawak kad?" Malas nak konar lebih-lebih maka dengan senang je aku jawab.."Terlupa cikgu..." Lepas tu ape lagi, memacam la perkara yang dibebelkannya... pot..pet..pot..pet..dah macam nenek kebayan tengah membebel lak rasanya. Kami semua diam jerrr....

Kebetulan pulak majoriti yang kena panggil tu adalah pelajar yang baru je bertukar ke sekolah tu. Yang paling aku sakit hati bila dia kata, "Kamu semua ni!!!.....Bila sekolah lain dah tak terima kamu...baru terhegeh2 nak masuk sini...Ni semua nak bawak pengaruh gengster la nih" Masa dia bercakap tu kebetulan dia sedang lalu didepan aku, dan aku berdiri dibarisan yang hujung sekali.

Tiba-tiba...."Pangggggg"...Mak aih...back hand wooo aku kene, nasib baik air liur aku tak terkeluar akibat back hand mengejut tu."Sial....aku dah menyumpah dalam hati. Celaka cikgu nih...salah sikit dah nak bagi back hand". Nak lawan budak baru lagi masa tu...so nyumpah dalam hati je la. Dan hari tu semua kengkawan aku yang tak bawak kad tu kene backhand pengetua sekolah tu. Bagi aku, itu first back hand yang aku pernah kena seumur hidup aku, mak bapak aku pun tak pernah lempang muka aku. Aku memang marah betul masa tu, tapi tak le aku report kat mak bapak aku macam bebudak sekarang nih. Memang hari tu pengetua tu kene sumpah seranah aku dan kengkawan yang lain. Tapi takat dalam hati je laa... Itu lah pengalaman pertama aku kena denda di sekolah.

Pengalaman Kena Denda Di Sekolah, Kisah kedua
Kejadian ni masa aku masih lagi di tingkatan 4, gamaknya dalam 6~7 bulan kot aku kat sekolah baru tu. Satu hari tu aku dan kawan aku [tokey GPH], terlambat datang ke sekolah. Macam biasa.. si polis trafik, detektif sekolah yang bertugas akan ambik nama dan akan hantar nama pelajar yang lewat ke guru disiplin untuk rekod dan juga hukuman.Tak pe...biasa la tu.Kami teruskan perjalanan nak masuk ke kelas masing2. Baru je jalan dalam jarak 20 meter, tetiba pengetua tu sampai dah kat depan kami. 


"Erghhh...orang tua ni lagi, detik hati aku" Dia tak cakap banyak, terus meluru kat kami. Aku terkejut jugak...pe hal lak ni?. Tetiba dia terus cekik kat baju aku, lambung aku kat jaring besi pagar gelanggang tennis yang memang bersebelahan dengan laluan kami. "Kalau dah memang spesis degilll" Tu je la yang aku ingat ayat dari mulut dia. Korang bayangkan je la bunyi jaring besi tu bila manusia yang seberat dalam 50 kilo kene humban. Lepas aku kena lambung, kawan aku pulak yang kena. Nasib baik hari tu kene lambung kat pagar je. Pas tu pengetua tu lepaskan aku dan kawan aku untuk masuk ke kelas. Tapi masa kena tu... "Haram jadah betul la cikgu nih, macam gangster pulak dia buat kat kami"  Aku cakap dalam hati lagi. Nak lawan tak berani...dia durian...aku golek aku sakit, dia golek aku sakit jugak Itulah pengalaman kedua aku kena denda di sekolah. Rasanya kedua-dua pengalaman aku tu bukan kena denda kot...istilah yang lebih tepat dengan situasi aku masa tu ialah, kena hukum. Aku rasa la, namun aku harap si Titan yang kacak tu terima entri aku ni.

Kesimpulan cerita aku. Korang mesti rasa aku ni kategori budak nakal masa disekolah dulu. Sebenarnya aku tak nakal pun, aku budak baik woo, serius. Tapi salah tetap salah la kan...cuma aku tak puas hati dengan hukuman yang aku terima tu je. Pengetua sekolah aku yang terlebih garang sangat....garang tak bertempat. Bebudak semua memang bebulu je tengok dia. Apa pun inilah secebis kisah benar aku semasa di sekolah dulu. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan walau sampai bila pun. Adik2 yang baca ni jangan tiru perangai abang ehhh...tak elok gitu...Biar kena denda, jangan kena hukum...ha3x!!!
Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah - Titan|Earncent.com
Pengalaman+Kena+Denda+di+Sekolah
Gambar ni tak de kena mengena dengan kena denda kat sekolah eh...he3x!!!

Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Amacam kengkawan semua...Tak teringin ke join Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah?


Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Ohbuku, Lelakiacai.comcontengconteng.com,  Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Tag : ,

Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah - Blog Titan|Earncent.com

on 10 Januari 2012

Start dari tadika yang telah berlalu berpulu-puluh tahun dahulu. Aku...seorang lelaki yang pendiam, malahan agak pemalu. Di situ lah bermulanya Pengalaman Aku Kene Denda di Sekolah. Hard disk dalam kepala aku berputar laju, mengimbau kenangan-kenangan yang berlalu begitu lama, satu kenangan yang harus aku kongsikan disini kerana ianya bukan saja untuk tatapan rakan blogger ataupun silent reader malahan ianya juga bakal menjadi tatapan untuk anak-anak dan juga cucu cicit aku dimasa akan datang. Insyaallah.

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah blog Titan earncent
Gambar ni bukan untuk contest Pengalaman kene denda di sekolah ekk...

Tapi, sebenarnya aku memang tak dapat ingat langsung peristiwa kene denda kat sekolah semasa di tadika dulu. Apa yang aku ingat ialah perjalanan pergi dan balik sekolah jer, pas tu pergi jenjalan kat KL. Masa tu dapat pergi KL pun macam dah pergi ke oversea dah..ha3x!! Seperti biasa, aku hanya berjalan kaki sahaja ke tadika yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari rumah aku. Sekali sekala jika arwah abah aku habis kerja awal, dia akan datang dengan vespa yang sangat klasik tu. Jauh? Ehhh...kalau zaman aku dulu, biasa beb!! Kami semua lasak sebab terdedah dengan aktiviti fizikal yang mencabar. Permainan zaman dulu juga susah kita nak tengok bebudak zaman sekarang main. Malah hampir tiada lagi rasanya. Sedih gak ni beb....Tapi, kenkadang ade jugak yang kreatif dengan membuat/mereka bentuk permainan zaman dulu disesuaikan dengan sentuhan baru pulak mengikut citarasa terkini...ha3x!!! Kenkadang nampak lawak jugerr.

Kembali ke Pengalaman Aku Kene Denda DiSekolah dulu, kita tinggalkan kisah aku masa di tadika tu. Nak bercerita camne kan kalau dah tak hengat, baik aku cerita pengalaman kene denda semasa di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Haaa...bila masuk time dah beso sikit ni, baru la "hard disk" aku boleh ingat sikit-sikit. Tu pun dalam jelas ngan tak jelas jerr...he3x!!

Kisah kene denda semasa di sekolah rendah, ade...tapi aku tak nak kongsikan disini. Sedih pun ada rasanya..Memang ada satu pengalaman yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila, kerana ianya membabitkan orang lain yang telah tiada. Tak tahu la di masa akan datang aku nak bercerita pulak kisah kene denda masa tu.


Jap...jap...sejak kebelakangan ni,  aku memang suka kepada SEO, walaupun aku bukan pakar SEO. Cari, tanya dan belajar...walaupun sikit insyaallah korang yang baru2 ni pasti akan berjaya. Sebab tu kalau kengkawan blogger semua tengok posting dalam blog ni laju semacam jer. Ye la, dah masuk tahun ke 3 YastroOnLine ni di alam maya. Aku kene ubah sikap aku dari hanya tunggu trafik ciput, kepada trafik yang lebih berdengung. Bila trafik berdengung, baru la rasa syoknya blogging. Saat itu baru la tahu, nikmatnya SEO dan juga SERP...aku cuma tahu sebut jer, tapi aku tak tahu nak hurai. Nak tahu lebih lanjut, sila la korang search sendiri...contoh  nak bermain/bertanya dengan SEO ni ialah Forblogger.net yang dikendalikan oleh bro Shah. Tapi aku cuba juga jaga dan kawal diri aku dari terlebih-lebih, bahaya juga tu. Seronok sangat bila trafik berada di first pagekan....dan itulah tujuan sebenar kita berblog. Kita jerr??...Sama juga keadaannya bagi orang lain, tak kira la blog info ke, blog politik ke, blog agama ke atau blog personal...kecuali kepada beberapa individu yang tidak memasang ads/iklan dalam blog mereka. Hahaha...yang tu memang terkecuali.

Bila bermain dengan SEO, aku suka cara rakan blog si titan yang kacak tu. Nak-nak kene lawan keyword dari blog dia...pehhh lagi susah wooo. Aku tahu, calon utama untuk pertandingan keyword Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah kat blog Titan ni bakal di  kuasai oleh pakar-pakar SEO, Contohnya si Titan sendiri, Cik Tom, Bluedianthus dan beberapa nama yang lain...he3x!! Tapi aku tak kira, aku nak jugak cuba dengan entri intro Pengalaman Kene Denda Di Sekolah, contest yang dibuat oleh Titan yang Kacak nih. Errr...ada lagi tak kengkawan yang nak join? Setakat ni aku tengok dah ada 6 orang yang join contest Pertandingan Pengalaman Kene Denda di Sekolah nih. Insyaallah, lepas ni akan ada entri sebenar Pertandingan Pengalaman Kene Denda di Sekolah oleh blog Titan, earncent.com
Adiozzz.....aku nak rehat jap....banyak tul aku membebel hari nih...hahahaha
Tag : ,

Happy Birthday Buat Kamu..Kamu...Dan...

on 22 Disember 2011



Hmmm...hari ni 22/12/2011. Satu entri yang lebih bersifat peribadi. Beberapa orang akan menyambut hari lahir mereka pada tanggal ini. Adik aku, sepupu aku dan juga aku sendiri. Memang istimewa bila dapat meraikan tarikh hari lahir yang sama, betul2 unik juga ni. Tambah best kalau dapat bersama menyambutnya dengan adik beradik dan juga saudara. Ucapan sesama sendiri biasanya akan menyusul kemudian.

Tapi, sebenarnya aku terkenangkan tarikh semalam...Semalam juga sebenarnya adalah tanggal hari lahir untuk arwah abah aku. 2004 memang tahun yang sedih buat aku sekeluarga...selepas 4 bulan aku kehilangan arwah abah, anak aku yang baru dilahirkan selama 3 hari juga ikut pergi menyahut seruan ilahi. Ok, stop!!!!

Firstly untuk adik aku..Hana yang baru je melangsungkan perkahwinan Nov yg lepas.

Secondly tuk sepupu aku Afiq ....

Dan yang ke 3 dah tentu la aku, he3x!!
Jgn korang tanya lak yang keberapa ehhh!!! Rahsia besor kerajaan nie..

Kubur arwah abah aku dan arwah anak aku Muhammad Alif Azihan
{yasin
Ni la pic arwah bapak aku satu ketika dulu..."Kacak" x aku yg berdiri atas moto tu?
Tag :

Selamat Pengantin Baru ~ Muhammad Omar dan Fauziah Daud

on 07 Disember 2011

Pehh....cuti sekolah ni memang sangat sibuk la. Baru je habis aktiviti Family Day kat Proton, esok paginya aku dan sorang lagi kawan aku "Khai" yang turun sekeluarga dari Senawang berkonvoi pulak dengan aku ke Felda Tersang 2, Raub, Pahang...

Pepagi lagi, aku dan family dah bergerak menuju ke Felda Tersang 2. Kawan aku yang nak kawin ni sebenornya orang kampung aku, tapi atas beberapa sebab dia buat kenduri kat rumah abang dia kat sana. Aku pun tak kisah sangat, lagipun bukannya jauh sangat jarak tempat dia bersanding tu dengan rumah aku. Memang target aku, lepas pegi kenduri je terus nak ajak kawan aku tu singgah kejap kat rumah aku. Pas tu aku dan si Khai ni ada beberapa projek sampingan yang lain, yang membabitkan perjalanan sejauh 500km++. Tunggu entri selanjutnya...:)

Apepun aku nak ucapkan tahniah dulu buat pengantin baru ni, Muhammad dan Fauziah. Semoga korang berbahagia sehingga ke anak cucu. Pesan aku.."Mat!!...cepat2 sikit buat production tu..." he3x!!!

Aku sempat lagi berhenti di hentian Genting Sempah untuk bersarapan
Dah lama tak jumpa weiii.....
Siap ada live band lagi...(Tersang Band?)
Selamat Pengantin Baru Mat!!!
#Si Mat dan Khai ni merupakan kawan baik aku masa bujang dulu. Banyak kenangan pahit manis aku dengan dia orang. Kalau kami berjumpa... semalaman tak habis cerita woo....he3x!! Minta maaf kalau aku belum sempat jejak korang lagi yerr...aku cuba slow2 nih....
Tag :

Selamat Pengantin Baru - Anuar dan Hana

on 29 November 2011

Entri khas buat adik aku yang baru sahaja menjadi pengantin baru pada 25/12/2011 yang lalu. Terima kasih kepada sahabat aku Ryzal (KR Studioworks- yang dah lama tak hapdet) kerana ratusan pic yang menarik. Aku kene cilok dulu gambar2 ni, sebelum dia edit sebab takut entri aku ni "basi"....he3x!!

Apapun....harapan dan doa dari ahli keluarga yang lain;

"Semoga kalian berdua dipanjangkan umur, berkekalan sehingga akhir hayat, murah rezeki dan dikurniakan zuriat yang berguna buat agama, bangsa dan negara."










#Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Errr...Nuar, thx untuk makan malam semalam yek, open table untuk semua ahli keluarga..he3x!!!
Tag :

Aku Kepenatan...

on 28 November 2011

Aku penat. Bukan aku je, seluruh keluarga semua kepenatan. Tapi dah adat la kan, bila buat kenduri kalau tak penat memang tak sah punya. Yang penting semuanya selamat dah. Malam tadi aku drivekereta pun dalam keadaan mengantuk giler.

Anak bini aku pun kepenatan jugak, semuanya terlentok je. Dalam keadaan "mamai" tu aku drive slow2 sesambil pekena rokok 2/3 batang (perkara yang jarang aku buat kecuali keadaan darurat), akhirnya selamat juga aku sampai ke rumah. Terpaksa...hari ni aku kerja, sebab cuti Maal Hijrah dah kene ganti dengan cuti raya Haji hari tu. Perjalanan 4 jam lebih tu terasa lama juga, on the way nak balik tu aku terjumpa 3 kali kemalangan. Tak tau la keadaan mangsa tu. Ada yang tak teruk, ada yang teruk. Aku harap semua mangsa tu selamat laa..

Bola Malaysia vs Bahrain pun aku tak dapat tengok. Sesampai kat opis pagi tadi, member aku cakap Malaysia kalah. Sad....dengar2 cerita dah lead 2-0, last2 kene sesah 3-2 pulak. Member aku cakap si Nazmi tu main dah cantik, last2 kene keluar sebab injured...Bahrain main agak kasar. Hmm....sabo je la. Apapun kene terima kekalahan ni dengan hati terbuka. Kita kene akui yang kita masih lagi banyak kekurangan. Harap2 jurulatih dapat mencari lagi bakat baru dalam bolasepak.

Berbalik pada kisah kenduri hari tu, aku pun rasa lega sesangat. Satu beban dah lepas dari bahu, tanggungjawab aku dah diserahkan kepada adik ipar aku yang baru. Satu pengalaman baru kepada aku yang first time menjadi "wali". Saspen gak, mana taknya kene tanya adik aku dah satu hal...nak serah tugas kat tok kadi pun satu hal jugak. Tapi aku kool, kici punya hal la tue...hehehe

Juga satu pengalaman baru bila aku jadi tukang "kaut" duit. Memula tu segan jugak, mana taknya aku kene pakai full set baju melayu johor siap berbunga lagi, pas tu kene tunggu kat area khemah lelaki. Terima kasih aku ucapkan kepada pak cik2 yang menemani aku sepanjang jadi tukang kaut tu. Terutamanya kepada kawan2 baik arwah abah aku yang support aku sepanjang masa kenduri tu. Alhamdulillah...dia orang tak pernah melupakan keluarga aku, biarpun arwah abah aku dah tiada. Terima kasih...terima kasih semua. Jasa2 pak cik2 semua aku tak akan lupakan sampai bila2. Banyak nak cerita tapi cukup la...ni pun aku curik masa kat opis..."huarghhhhhh"...ergghh, ngantuk lagi laaa....badan pun sakit2 lagi ni. Nanti aku slow2 ziarah korang semua yeaa....

Kemass time...thanks to Nash dan Zaki yg sudi support ....

Angkat jangan tak angkat...thxs to pakcik Haji Mat Enda yg memberi kebenaran pasang khemah kat depan rumah beliau. 
Petang semalam....hmmm lantak la korang...sesekali balik kampung memang aku lepaskan juga...

#Salam Maal Hijrah kpd semua sahabat2...
Tag :

Apa Yang Penting....Kerjasamaaa ~ Part 2

on 25 November 2011

Malam ni pun agak bizi. Masak air standby untuk hari Sabtu. Kompom aku tak dapat melawat kengkawan semua. Hari ni aku tak berapa sempat nak ambik gambar. Banyak kerja yang kene buat sampai lope nak "snap" untuk blog. Aku cuba ringkaskan disini...sori semua, aku tak pasti bila dapat balas jejak korang balik...ni pun dah ada yang dok panggil aku.

#Entri cepat lagi segera, ala2 mee maggi untuk entri "Apa yang penting...kerjasamaa"

Pepagi lagi mak aku dah ngajak gi ke pekan sari/pasar Sg Koyan...cari lauk.





Hilang sudah rumput yang menghijau...maklumla musim hujan ni. Kene tambah batu kerikil la.
 Cik Din Johor (kiri) ngan Cik Din Pahang.

 Acara menaikkan khemah rewang...anak beranak je yg buat nih.



Acara melemang...

Angkat khemah lagi...kali ni pasang kat depan rumah si Rahim tu.

Tokey lemang...pak cik aku ngan abg long...

Lauk tengahhari...

Yeahhh...dah stat berinai dahh...

Aku caio dulu...
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved