Memaparkan catatan dengan label Malaysian Army. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysian Army. Papar semua catatan

Panglima Hitam & GGK - Kebanggaan rakyat Malaysia.

on 22 Januari 2011

Terjumpa satu bahan menarik di forum lowyat dan asobser

Kejayaan PASKAL/Panglima Hitam dan juga GGK menawan lanun!!!
Difahamkan PM sendiri telah mengucapkan Tahniah diatas kejayaan ini.


Menunjukkan misi BM5 di Teluk Aden adalah satu kepentingan kepada negara,bukannya sekadar membuang masa. Tahniah semua,termasuk crew heli Fennec dan crew2 BM5.. syukur tiada yang tercedera.
Dipercayai  selepas Mt Bunga Laurel dirampas terdapat 2 lagi kes rampasan oleh lanun2 di teluk Aden.
Sila lawat Militaryofmalaysia untuk tambahan info.








"Kuala Lumpur 21 Jan: Markas Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini mengesahkankan,Kapal BM 5 berjaya menyelamatkan kapal MT BUNGA LAUREL yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden.

Dalam satu kenyataan akhbar,kejadian ini berlaku pada 21 Jan 2011.

Kapal MT BUNGA LAUREL adalah kapal jenis Chemical Tanker yang disewa oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura.

Kejadian berlaku pada 20 Jan 11 jam 11:40 malam, kira-kira 300 batu nautika Timur negara Oman, 2 jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL dipisahkan di kawasan ‘selamat’ setelah selesai diiringi Kapal Auxiliary TLDM BM 5 melalui perairan Teluk Aden.

Kapal MT BUNGA LAUREL telah dinaiki oleh 7 orang lanun yang berasal dari Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol dengan menaiki bot jenis ‘skiff’. Dalam masa yang sama, pihak lanun dipercayai menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan ini yang secara keseluruhan melibatkan seramai 18 orang lanun.

Krew Kapal MT BUNGA LAUREL sempat mengaktifkan Ship Security Alert System sebelum berlindung di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.

Bertindak dari pangilan kecemasan ini, Kapal Auxiliary TLDM BM 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari Kapal MT BUNGA LAUREL bergegas ke tempat kejadian untuk mengamankan keadaan.

Helikopter Fennec TLDM yang dilancarkan dari Kapal Auxiliary TLDM BM 5 turut terlibat di dalam operasi ini dengan memberi bantuan pemantauan dan tembakan dari udara.ke arah kapal induk lanun telah berjaya menghalangnya dari memberi bantuan kepada lanun di atas Kapal MT BUNGA LAUREL.

Kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan oleh sebab serangan dilakukan pada waktu malam.

Pasukan Perlindungan Khas ATM yang berada di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5 telah diatur gerakkan untuk menggempur lanun di atas Kapal MT BUNGA LAUREL.

Perlindungan Khas ATM berjaya menawan kembali dan menyelamatkan semua 23 orang krew Kapal MT BUNGA LAUREL. Seramai 3 orang lanun mengalami kecederaan di dalam kejadian ini dan diberi rawatan di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5.

Pasukan Perlindungan Khas ATM telah berjaya mengamankan keadaan di dalam masa 2 jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL dinaiki lanun tanpa melibatkan sebarang kecederaan di pihak Pasukan Perlindungan Khas ATM
"



MT Bunga Laurel


Bunga Mas 5.





Untuk melihat pic2 training sila ke laman web THROUGH THE WAVE
Terima kasih juga kpd PanggilanPertiwi.
Tag :

Malbatt di Somalia - Kisah Black Hawk Down

on 18 Januari 2011

Malbatt di Somalia. Kisah Black Hawk Down,

Bebaru ni aku masuk ke blog Jooting ex Nuri Pilot..ada satu entrinya berkisar tentang kisah "Black HAwk Down" Agak tertarik aku dengan entri tu...

Pasti ramai yang pernah menonton filem perang ini. Ada diantara kita mahu menonton kerana adanya "keterlibatan" tentera kita didalam misi menyelamat para Rangers US tu. Sebuah kisah benar, Tapi bagaimanapun tidak didedahkan sepenuhnya, malah bantuan dari tentera kita diremehkan oleh filem tersebut. Filem tersebut hanya mengangkat kehebatan dan keperwiraan tentera mereka sahaja. 

Tapi, bagi aku...aku tak hairan sangat kerana itu filem mereka..mereka berhak untuk membuat apa sahaja. Jadi kalau nak nampak tentera kita juga hebat, kementerian atau pihak2 yang terlibat kene la berusaha membuatnya sendiri. Kalau tak boleh buat filem pun,buat la dokumentari.....Persoalanya mampukah kita??

Versi US...filem yang memaparkan bagaimana tentera US  Rangers menyerang masuk kedalam kawasan Jeneral Farah Aideed, tetapi gagal kerana tentangan yang diberikan pejuang2 tersebut terlalu hebat. Senario tersebut menjadikan tentera US berada didalam keadaan bahaya, dan langkah seterusnya mereka meminta pertolongan dari tentera PBB yang berdekatan.

 19 RAMD mekanise, adalah sebuah pasukan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan konflik ini. Bersama2 dengan tentera Pakistan mereka mara ke Pasar Bakara, namun disebabkan beberapa perkara...tentera Pakistan terpaksa meninggalkan tentera kita berjuang bersendirian menghadapi pejuang2 Farah Aideed untuk menyelamatkan tentera US disana.

Biar pun sudah berbelas tahun masa berlalu tetapi ianya tetap tersemai diminda dan dijiwa. Di ingati kerana peranan/khidmat yang cemerlang pasukan Malbatt semasa disana. Satu sejarah telah tercipta, sejarah yang tidak boleh dinafikan sampai bila2....kenangan yang menjadi satu kebanggaan kepada kita anak2 Malaysia....

SEJARAH 19 RAMD

Satu bukti tentang keperwiraan  khususnya 19 RAMD dan ATM Malaysia amnya. Sekadar coretan untuk diri aku sendiri dan juga kepada "legasi" aku nanti, supaya mereka lebih memahami erti pengorbanan orang terdahulu kepada agama, bangsa dan negara. 

Maskot rasmi bagi pasukan adalah harimau belang yang menjadi identiti dan lambang di pakaian serta di dinding bangunan sebagai lambang semangat keberanian dan kekuatan pasukan sebagai sebuah Batalion Infantri Mekanise.

Barisan Pegawai Memerintah 19 RAMD Mekanise (1976-2008

'AZNAN'

"Replika sebuah kenderaan berperisai jenis RPZ Condor Twin GPMG, yang dinamakan ‘AZNAN’ merupakan Ragaan Utama bagi Batalion Ke 19 RAMD Mekanis. Replika ini merupakan simbolik kenderaan yang bernombor daftar ‘ZA 9341’ yang dipandu oleh Allahyarham Prebet Mat Aznan bin Awang yang telah terkorban di dalam pertempuran di Bakara Market pada 3 dan 4 Oktober 1993 semasa penugasan Misi UNOSOM II di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia.

Semangat juang yang tinggi, sikap gagah berani dan sanggup berkorban yang ditunjukkan oleh Allahyarham melambangkan juga semangat yang wujud di dalam jiwa semua warga Batalion Kesembilan Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja Mekanis. Di samping itu juga, kenderaan berperisai ini melambangkan semangat kental, tidak mudah menyerah dan sanggup berjuang di dalam semua keadaan yang mencabar. Berpantang maut sebelum ajal akan terus menjadi warisan pegangan bagi setiap penggempur pasukan ini.

Ragaan Utama ini telah dibuat pada 21 April 2002 dan ia telah disiapkan pada 21 Jun 2002. la merupakan ilham dari Pegawai Memerintah yang ke 14 iaitu Lt Kol Zainal Abidin bin M. Said (3002020) dan ianya telah dibuat oleh 61 Wksp Mekanis. Kos pembuatannya adalah berjumlah RM 1,500.00 dan ia telah dibiayai oleh Tabung Kebajikan Rejimen (TKR). Ianya diperbuat daripada tembaga yang berukuran 40 cm panjang, 17.5 cm lebar dan 18 cm tinggi. Berat Ragaan Utama ini adalah 10 kg."


Allahyarham 1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang


Selain daripada menganggotai Malbatt 1 di Somalia. 19 RAMD Mekanize juga pernah diatur gerakkan di dalam beberapa misi PBB yang lain. Di antaranya misi di Bosnia, Timur Leste dan yang terbaru di Lubnan. Sepanjang operasi pasukan di dalam dan luar negara, seramai 4 orang anggota telah terkorban dan 27 tercedera.



Di antaranya adalah 1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang (terkorban). Beliau berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah. Pada 4 Okt 1993 Allahyarham Kpl Mat Aznan bin Awang terlibat dalam misi menyelamat 70 anggota Rangers Amerika Syarikat dan 5 orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh militia Farah Aideed. Kereta perisai yang dipandu oleh Allahyarham ditembak dengan senjata anti-kereta kebal (RPG7) dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru dan terkena bahagian bahu kiri Allahyarham serta mencederakan 9 anggota yang lain.

Di dalam peristiwa ini, 4 buah APC jenis RPZ Condor juga musnah. Usaha menyelamat anggota tentera Amerika Syarikat ini telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBATT. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 4 Jun 1994. Sebagai penghargaan kepada Allahyarham, beliau telah dinaikkan ke pangkat Kpl.


Pasukan juga telah berjaya menyelamatkan Hakim Markas UNOSOM dan wartawan yang terperangkap di dalam pertempuran di antara kaum


Di atas keberanian luar biasa dan kejayaan yang ditunjukkan di dalam peristiwa Pasar Bakara, seorang anggota pasukan ini telah dikurniakan pingat SP dan 6 orang dianugerahkan PGB. 6 orang anggota lagi telah dikurniakan pingat KPK.



Banyak kegemilangan yang telah dicapai oleh pasukan ini. Pencapaian dan kejayaan pasukan ini boleh dijadikan contoh serta panduan kepada semua warga Tentera Darat supaya kesinambungannya akan terus diwarisi. Sejarah telah membuktikan bahawa pasukan ini dan Tentera Darat amnya adalah satu ketumbukan yang tidak boleh dipandang rendah.

Diharapkan generasi warga Tentera Darat pada masa sekarang dan yang akan datang dapat menghayati semangat di atas kejayaan yang silam dan seterusnya dapat mengekalkan kegemilangan dan seterusnya menjaga kedaulatan negara yang tercinta ini.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

Allahyarham Kpl Mat Aznan, sebelum bertolak ke Somalia

Radpanzer Condor 4 x4

Versi yang sama...

"Gunman tetap sentiasa bersedia"

Rondaan team MALBATT semasa di Somalia

BlackHawk Down..(Movie version)

Satu dari 4 APC yg musnah dalam operasi menyelamat

Us Ranger bergambar di APC ,selepas diselamatkan oleh 19 RAMD

Stadium yang menjadi tempat berkumpul selepas US Rangers diselamatkan.

Lintas hormat terakhir dari semua anggota PBB, utk Allahyarham Kpl Mat Aznan....

Jeneral Aboo Samah

          Buku Harimau Malaysia di Somalia.


Gambar M48 Pakistan,tank jenis ni la yg dikatakan cabut lari sebelum pertempuran di Bakara Market





"The battle that will live in history…your forces proved essential to accomplish the (rescue) mission. The Rangers were saved, thanks to your soldier"-  Brig Gen Greg L. Gile.



"The sight of Americans and Malaysians locked in soldierly embrace at the battle’s end is one I will never forget" - Lt Kol William C David, CO of the US Ranger Bn during Battle of Bakara.


"There are at least 200 Americans alive today, who will go home to be with their families because of the aid you provided…I would fight alongside you anywhere, anyplace" - First Lt John C. Breen.





"Dengar2 cerita akan ada pembikinan dokumentari MALBATT di Somalia. Kalau betul ada,dah cantik sangat tu...mungkin dalam tahun ni(2011), dokumentari tu akan keluar...(mungkin) Diharap ianya dapat direalisasikan demi membangkitkan semangat kecintaan dikalangan rakyat semua. Bersatulah semua demi negara yang tercinta..."
Tag :

FA 18E/F Super Hornet?

on 08 Disember 2010

Berita ni dah agak lama (sekitar bulan nov), namun jika ianya menjadi realiti aku rasa pertahanan udara Malaysia memang bertambah mantap. Janganlah kerana hanya cadangan pembelian FA 18E/F Super Hornet ini, kita anggap ianya sebagai satu pembaziran semata2, anggaplah ianya satu insuran untuk negara, supaya negara lain tidak memandang kita dengan sebelah mata. Begitu juga kiranya ada anggapan Malaysia  membeli kerana berniat untuk menyerang negara lain atau pun menganggap kita memulakan perlumbaan senjata,semua tu hanyalah tanda tidak senang hati dengan prasangka yg negatif sahaja.


Btw aku rasa, pihak pemimpin kita bukanlah jenis suka mencari pasal dengan negara lain. Takkan senang2 depa nak meruntuhkan ekonomi dan keamanan negara. Adiosss untuk TUDM......semoga jadi kenyataan.







Written by FoN on Thursday, 18 November 2010 16:50   
KUALA LUMPUR - Super Hornet Boeing, pesawat tempur yang menawarkan pelbagai peranan pertempuran, merupakan kemajuan semula jadi barisan pesawat semasa Malaysia berdasarkan peningkatan operasinya menerusi lapan Hornet sedia ada, selain keupayaannya untuk memberi sokongan kepada tentera darat.
"Super Hornet mempunyai keupayaan, keanjalan dan prestasi perlu untuk memodenkan pasukan udara atau pasukan udara tentera laut mana-mana negara," kata Dennis Muilenburg, Naib Presiden Eksekutif The Boeing Company dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertahanan, Angkasa dan Keselamatan Boeing, sebuah unit dalam Boeing.


Beliau berkata minat antarabangsa terus meningkat untuk Super Hornet dan keupayaan pertahanan udara Malaysia pastinya meningkat jika ia kehadapan dengan pesawat yang mempunyai kelajuan lebih daripada 1.8 Mach.


"Keupayaan pelbagai peranan Super Hornet tiada tandingannya dalam pasaran hari ini," katanya pada sidang media semasa lawatan dua hari ke Malaysia minggu ini, termasuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Muilenburg berkata lawatan dua harinya ke Malaysia Isnin lepas juga bertujuan memastikan sokongan ke atas barisan lapan pesawat F/A-18D Hornet sedia ada yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tidak mendatangkan masalah.


Hasil perbincangan dengan Dr Ahmad Zahid dan para pegawai Kementerian Pertahanan, beliau berkata ternyata TUDM berpuas hati terhadap barisan pesawat sedia ada memandangkan ia menawarkan keupayaan, kebolehpercayaan yang hebat selain sokongan berkos rendah serta lasak.


"Jika kami berjaya mendapat kontrak Super Hornet dari Malaysia, sebahagian daripada program perindustrian kami akan meliputi kerja pengilangan komposit di Malaysia yang pastinya dapat meliputi komponen pertahanan," katanya.


Malaysia membeli lapan pesawat F/A-18D Hornet, yang diserahkan pada lewat 1990-an untuk kegunaan TUDM.


"Kami mahu terus menyokong usaha ini pada masa depan," kata Muilenburg yang menambah, Boeing menawarkan pesawat pejuang baharunya, F/A-18E/F Super Hornet.


Dilengkapi antara lain dengan 11 stesen senjata serta sudut serangan tanpa had, model F/A-18E model ialah pesawat satu tempat duduk manakala F/A-18F pula merupakan pesawat dua tempat duduk.


Muilenburg berkata Malaysia akan mempunyai kelebihan jika menggabungkan barisan pesawat Hornet dan Super Hornet pada masa depan memandangkan "ia sudah pastinya merupakan penyelesaian berkos efektif dan berkeupayaan tinggi."


Ditanya berapa buah Super Hornets Boeing yang mahu dijualnya kepada Malaysia menerusi Permohonan Untuk Cadangan (RFP) yang ditawarkannya kepada pelanggan, beliau enggan mengulas dengan mengatakan bahawa terserahlah kepada pelanggan untuk menentukannya.


Bagaimanapun berdasarkan laporan berita, bilangan yang biasanya ditawarkan sebanyak antara 12 dan 18 Super Hornets, dengan Malaysia memilih pesawat satu tempat duduk.


"Kami turut menyediakan penyertaan industri (dan) jika kami mempunyai rakan industri di Malaysia, seperti Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd, yang membekalkan komponen untuk pesawat komersil, kami boleh mengkaji untuk mendapatkan rakan usaha sama bagi pengeluaran komponen Super Hornet," katanya dan menambah bahawa ada kemungkinan untuk mengeluarkan komponen pesawat pertahanan di peringkat tempatan untuk pasaran serantau dan antarabangsa.


Boeing baru-baru ini memperoleh kontrak pemerolehan bernilai US$15 bilion untuk membekalkan 124 Super Hornets kepada tentera laut Amerika Syarikat, yang menurut Muilenburg, merupakan keyakinan terhadap pesawat pejuang itu.
Sumber : flowersofination, mstaronline,Boeing






Petikan dari Utusan On Line..
"Mengenai perolehan baru, beliau memberitahu, TUDM merancang untuk memiliki beberapa jenis pesawat tempur baru bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi semasa . Bagi tujuan itu katanya, satu pasukan penilaian telah ditubuhkan untuk mengkaji beberapa jenis pesawat yang telah dikenal pasti terutamanya pesawat pelbagai peranan F-18F Super Hornet buatan Amerika Syarikat (AS).
"TUDM mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat F-18D Hornet dan kita sedang mengkaji faktor keupayaan pesawat F-18F Super Hornet yang lebih canggih daripada pesawat berkenaan," katanya. Rodzali menambah, pada masa yang sama, TUDM turut meneliti beberapa pesawat lain seperti Gripen dan Eurofighter yang dianggap pesawat berteknologi tinggi dalam kelasnya.

Minat TUDM terhadap F-18F Super Hornet itu terserlah kerana pesawat berkenaan mempunyai kemampuan yang tinggi sama ada untuk serangan darat, maritim dan udara selain telah terbukti keampuhannya dalam beberapa konflik sebelum ini. Malah, jika ia menjadi kenyataan, Super Hornet akan menjadi gandingan mantap kepada pesawat strategik sedia ada, Sukhoi Su-30MKM, khususnya bagi tujuan memusnahkan kapal perang dan pesawat musuh.


Dalam pada itu, TUDM kini juga sedang berusaha untuk memperoleh pesawat Sistem Amaran Awal dan Kawalan Udara (AWACS) melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memperkukuhkan lagi pertahanan negara.


Ini kerana dengan keupayaan memantau ruang angkasa dan daratan pada jarak kira-kira 350 kilometer, pesawat berkenaan adalah sistem pertahanan masa kini yang perlu dimiliki untuk bertindak sebagai 'mata dan telinga' di udara.

Rancangan perolehan ini telah dipertimbangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 10 tahun lalu dan beberapa pesawat AWACS generasi terkini antaranya dari Sweden, Brazil dan AS telah diuji oleh TUDM."





p/s: Dok tunggu juge berita pengganti Nuri...tapi macam dah senyap je...aduhaii, jangan tunggu jatuh lagi baru nak meletup.
Tag :

Antara DUA DARJAT!!!!!

on 26 Oktober 2010

 Salam semua, hari ini tertarik dengan isu2 yg diperjuangkan oleh bekas pesara tentera MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B).
Isu elaun bagi PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK  yg mana, satu masa dulu mempertaruhkan nyawa demi keamanan yg dinikmati generasi sekarang.

Sedih dan marah bila pihak2 atasan sendiri tidak memperdulikan kebajikan bekas2 pesara tentera ni. Apakah ini balasan yg diterima setelah mereka berjuang bermati2an demi bangsa dan negara tercinta. Jawaban "...TIDAK WAJAR UNTUK DIPERTIMBANGKAN"......pehhh,menusuk sungguh!!!

Terfikirkah mereka,generasi sekarang melihat apa yang terjadi kepada generasi terdahulu. Tidakkah ini boleh mereka jadikan panduan untuk tidak memilih kerjaya tentera kerana pasti nasib mereka juga tidak akan terbela. Sedangkan pesara tentera ni adalah penerima anugerah!! 
Jadilah anugerah itu  sekeping pingat yg tidak ada apa2 makna...

Saya "copikan" keseluruhan entry tersebut untuk tatapan dan penilaian anda dari blog,
Jotting of an xnuripilot


24 Oktober 2010

YBhg  Datin Seri Rosmah Mansor   
Penaung 
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
525250 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963 

Assalamualaikum,

ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK 

Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan perghargaan saya terhadap keprihatinan Datin Seri tentang rentetan veteran anggota ATM. Dengan campur tangan pihak Datin Seri, KEMENTAH telah membuat rayuan buat kali kedua kepada JPM untuk mendapat elaun perkara di atas. Namun demikian, dukacita sekali rayuan tersebut tidak berjaya meyakinkan pembuat keputusan bertukar fikiran kerana jawapan rasminya ialah "...tidak wajar untuk dipertimbangkan".

Secara jujur dikatakan, saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang  Allah anugerahkan kepada saya. Tetapi yang membuat saya memperjuangkan  isu ini ialah kerana bersimpati  melihat penerima-penerima anugerah, terutama dari golongan Lain-Lain Pangkat, yang sangat memerlukan rezeki tambahan bagi menyara kehidupan dalam keadaan kos harian semakin meningkat tanpa penghujungnya. 

Perkara ini  tidak akan timbul sekiranya kelima-lima penerima Darjah Perkasa tidak diberi imbuhan. Apabila SP & PGB layak mendapat elaun, sudah pasti timbul persoalan mengapa penerima anugerah JPP, PTU & KPK didiskriminasikan? Perasaan kekecewaan bertambah apabila kerajaan mengumumkan penerima Military Medal, dll, turut diberi elaun. Ini menggambarkan negara lebih mementing anugerah dari negara asing yang pernah menjajah negara Malaysia kita ini. Adakah pemberian kepada 695 wira negara, iaitu 92 JPP, 31 PTU dan 572 KPK, daripada 27 juta rakyat Malaysia, akan membebankan kerajaan? (Jumlah sebenar adalah kurang kerana ada yang menerima secara ‘posthumous’ dan mungkin ramai sudah meninggal dunia). Adakah pengiktirafan negara lebih memihak mereka yang mengharumkan negara, seperti ‘wira’ sukan, daripada mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara supaya ‘wira’ sukan dapat mengharumkannya?

Saya tidak nampak sebarang perubahan kepada keputusan penjawat awam di JPM sekira KEMENTAH terus membuat rayuan. Kemungkinan ianya hanya akan berubah sekiranya ada ‘political will’ daripada, tak lain dan tak bukan, YAB PM sendiri. Malah, pemberian imbuhan kepada penerima SP & PGB pun adalah dengan syor YAB PM ketika menjawat Menteri Pertahanan pada suatu ketika dulu.

Sepertimana yang saya cadangkan dalam coretan yang dimajukan bersama ini (coretan ini) , JPM perlu membuat kertas kerja untuk ‘degazette’kan saja JPP, PTU & JPP bagi mengelak isu ‘remeh temeh’ ini dibangkitkan lagi. Kemungkinan selepas ini, PBTM pula akan membincangkan isu ini ketika mesyuarat agung nanti kerana Kedah dan Melaka telah menyuarakan perkara ini.

Sementelah berbicara tentang imbuhan, perlu diingatkan bahawa para veteran yang tercedera di suatu ketika dulu sedang menunggu kuantum bayaran ‘ex-gratia’ yang mereka akan terima nanti. Bayaran ini telah diumumkan oleh YAB PM pada 10 Oktober 2010 bagi mereka yang tercedera sebelum 1995 semasa perjumpaan beliau dengan ahli PBTM di Bukit Jalil. Adakah nilai kehilangan anggota tubuh badan bersamaan atau kurang dari nilai pingat emas Sukan Commonwealth di New Delhi, India, baru-baru ini?

Saya harap YAB PM, melalui Datin Seri dalam kapasiti sebagai Penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan, akan memberi respons yang mengembirakan kami seramai 695 orang. Janganlah  isu ini dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Tindakan positif Datin Seri sangat diharapkan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Isu ini diKIV sehingga satu waktu yang sesuai nanti...InsyaAllah. 
Tag :

KD Tun Razak telah tiba..

on 03 Julai 2010

  Semalam, sebuah lagi kapal selam kebanggaan negara telah tiba dengan selamatnya di perairan Lumut!!!
Aku antara ribuan rakyat yang sangat2 berpuas hati dengan pemilikan kapal selam buat negara Malaysia tercinta khususnya.Bangga!!!!
Biarpun kapal selam yg pertama,dikatakan mempunyai masaalah, aku yakin masaalah tu bukanlah isu besar...berikut petikan berita..

LUMUT - Selepas mengharungi pelayaran selama 64 hari melibatkan jarak 13,488 kilometer, kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini tepat pukul 4.45 petang semalam.
Lebih manis ketibaan kapal selam itu turut diiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad dan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Baginda yang juga Kapten Kehormat TLDM berangkat menyertai pelayaran kapal selam yang ditauliahkan secara rasmi pada 5 November 2009 lalu di Pangkalan Tentera Laut Sepanyol, Cartagena itu bermula di Pulau Langkawi pada sebelah pagi.
Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.


 
#Tapi bila bab2 rm nih, aku harap kerajaan telus sikit larr. Jangan le bagi jerung2 besar tu bertambah besar kantungnya...x kira la bila nk beli sparepart,servis,senjata dll...
Tag :

Panglima Hitam a.k.a Paskal

on 13 Jun 2010


 Salam buat semua bloggers, n3 yg jauh menyimpang hr nie...cuma nk tau,
Sejauh mana pengetahuan bloggers semua tentang KD Panglima Hitam?
Sengaja aku membuat entry ni untuk melihat penilaian yg dibuat oleh bloggers semua..
Okeh..kalau tulis bebanyak pun takut nanti korang busan...okeh!!

 Trimedia pasukan KD Panglima Hitam

1. Asalnya dipanggil Paskal (Pasukan Khas Laut)
2. Terlibat dalam operasi2 khas yg jarang didedahkan kpd umum.
3. Terlibat dalam penjagaan aktif di pulau2,pelantar, kapal2 dagang(maritim)
4. Dikenali/ditauliahkan sebagai KD Panglima Hitam pada 15 April 2009.
5. Kepten Yang DiPertua TLDM, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah antara yang terlibat dgn penamaan KD Panglima Hitam.
6. Antara ciri unik pada rekrut yg telah lulus ujian KD Panglima Hitam, ibubapa rekrut tersebut sendiri akan menyarungkan beret ungu ke kepala anak2mereka.

Sejarah Panglima Hitam.

Berdasarkan sejarah kesultanan Melayu, ada beberapa tokoh Panglima Hitam. Antaranya, panglima Hitam Taiping atau Daing Kuning. Seorang daripada pendekar tujuh bersaudara.


Panglima Hitam Kuala Selangor yang juga pengawal peribadi Sultan Selangor kedua dan ketiga.


Panglima Hitam Jugra atau Daeng Ali, Pengawal peribadi Sultan Selangor keempat.


Panglima Hitam Muar atau Baginda Zahiruddin, pengasas Silat Lintau abad ke-16.


Panglima Hitam Segamat, yang berjasa mengalahkan pemberontak pada Perang Jementah.

Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.

Kriteria.

 
Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :

1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.
# Amacam bloggers2 semua (pada yang muda laa)..adakah anda berani menyahut cabaran negara?  Sambung pembacaan anda di TEMPUR untuk mendapat lebih maklumat.
Credit to: Malaysian military photo
              Cari Forum (standupper)
              Komando Malaysia
              Tempur
Tag :

Sambutan Ke 52 TUDM

on 29 Mei 2010





Salam semua Bloggerz!!!

Hari ni 29/05/2010, Bermakna tinggal lagi beberapa hari saja lagi.TUDM akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 52. Bermula dari kapal terbang twin pioneer (Lang Rajawali) TUDM mula mengorak langkah ke hadapan sehinggalah pemilikkan pesawat yang termaju didunia iaitu Hornet F/A18D, MIG29N dan SU30 MKM..Siapa yang tak bangga kan...


Selama 52 tahun penubuhan TUDM, TUDM juga tidak pernah terlepas dari dilanda masaalah yang mana kita juga sedia maklum dengan kes kehilangan enjin pesawat F5E namun  ianya tidak memberi kesan kepercayaan orang ramai terhadap institusi yang terulung di Malaysia ini.


  
Sambutan hari ulang tahun TUDM pada tahun ini akan diadakan di Sg Besi pada 1 Jun 2010. Pelbagai acara akan diadakan bersempena dengan hari ulangtahun tersebut. Difahamkan pameran utama akan diadakan di landasan utama manakala pameran sampingan bertempat di museum TUDM. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Kalau sesapa rakan blogger ada pergi, sila la maklumka kepada aku yerkkkk.....

"Sentiasa Diangkasa Raya"





Sumber:  Wikipedia TUDM
            
               Airliners

               Malaysian Airforce

              Malaysian AirCraft museum


#Psssttt...mlm ni aku x dpt online...blk kampung ziarah ibu ..siang tu dia jatuh motor la plak...hu3
  Kene 4 jahitan dikepala..siannyer mak akuuu....
Tag :

Latest Model from Naza????

on 20 April 2010

Aku terkejut yg amat2 sangat pagi tadi bila terbaca di Paul Tan berkenaan model terbaru dari Naza...
APEEE!!!! Kereta perisai???? biar betul geng2 Naza nihhh!!! Dh abih ke sume jenis keta dia rebadge pas tu nak rebadge keta perisai lak....hehehehe...tapi tula kan...dh bisnes...asal barang jadi RM...ape pun jadi...bubuh je la oi ...janji ko senang!!!!

Nak percaya atau tidak...mende ni dh publish kat PaulTan...so aku rasa mmg betul la kot...tapi aku x research abih lagi tentang kewujudan Naza Defence nih...sejak bile pulak dia tubuhkan tu? Ade mase nanti aku siasat...


OK..nilah dia rupa bentuk kereta perisai 8x8 Rosomax dari Poland...x salah aku AMV ni dh banyak kali try masuk kt Mesia...tp gagal gakk...so aku rasa (pada mereka) jalan paling mudah ialah buat kerjasama dgn korporat tempatan...mungkin hasilnya nanti lebih baik kottt...Dan dibawah ini adalah keratan dari PaulTan..

Not sure about you, but this came as a surprise to me. While we know that the Naza Group does more than just sell cars (they’re involved in property, hotels and F&B for instance) I would never have imagined a tank! According to the company’s latest press release, Naza Bumar, a subsidiary of Naza Defence, unveiled this Rosomak 8X8 Armoured Modular Vehicle (AMV) at the ongoing Defence Services Asia 2010 exhibition at Putra World Trade Centre.

The Rosomak (Wolverine in Polish) is made by Bumar of Poland and is currently used by the former Eastern Bloc nation for its Land Forces in Afghanistan, Chad and Iraq, besides armies from Croatia, Finland, Poland, Slovenia, South Africa and the UAE.

The main feature of the Rosomak is its modular design, which allows the incorporation of different turrets, weapons, sensors and communications systems on the same platform. The 8×8 AMV weighs between 18 and 26 tonnes depending on armour, weapons and ammunition on board. The Rosomak is said to have very good mine protection and can withstand TNT explosions of up to 10 kgs, besides ballistic protection against 30 mm armour piercing APFSDS rounds.

Don’t expect hot hatch handling, although the Rosomak is said to have “agile mobility, combining speed, agility, and crew comfort in all kinds of terrain and adverse climatic conditions” from its hydraulic all-independent suspension. How much does it cost? Call the Ministry of Defence’s hotline number!

UPDATE: The Rosomak is powered by a Scania 12-litre diesel engine with 480 bhp and 1970 Nm of torque. It is paired to a 7-speed ZF automatic gearbox, which sends drive to all eight wheels. It can even survive in water thanks to two shrouded propellers at the rear of the hull. Max swimming speed is 10 km/h.
Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved