Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan

Proton Champion APRC 2011

on 08 Disember 2011

Alhamdulillah...akhirnya berjaya jua di tahun 2011 ni. Satu pencapaian yang cemerlang buat pasukan Proton.

Proton

Satria Neo
Tag :

A.C.I.D Advance Creatif Innovation Design

on 03 Disember 2011

Family Day Proton, hari yang ditunggu2 bagi sebilangan pekerja2 Proton yang telah berusaha melakukan dan mengorbankan masa mereka untuk menyiapkan kereta Inovasi. Tahun ni, kalau tak salah aku temanya adalah "compact car". Seperti yang aku janjikan pada entri sebelum ni, aku akan publish gambar kereta inovasi yang telah dihasilkan oleh member2 aku.

Kereta ni dinamakan A.C.I.D yang bermaksud Advance Creatif Innovation Design. Dihasilkan selama....errr rahsia, kang marah lak kawan2 aku tu. Tahniah jugak aku ucapkan kepada mereka kerana berjaya mendapat tempat ke 5 didalam pertandingan ini. Okeh laa...tak yah buang masa banyak sangat, aku keluarkan gambar ni dari luar studio tempat aku bekerja.

#Mata aku dah tak tahan sangat ni wooooo, minta maaf la kalau ayat aku tunggang langgang....huhuhuhu







#Letih wooo melayan anak2 kat Sunway Lagoon...30,000 orang kat dalam tu dah macam tin sardin lak aku rasa. Kredit to bro Ismail/Wea yg bagi gambar ni kat aku....:)

Tag :

Promosi dari Proton

Sebagai warga kerja Proton, aku rasa sedikit sebanyak aku kene membantu juga syarikat tempat aku bekerja ni.Kalau sale kereta banyak, aku juga yang masyuk nanti kan..kan.. So, kat bawah ni adalah promo dari laman web Proton Edar. Ianya berkenaan promosi hujung tahun. Untuk maklumat lebih lanjut korang, sila layari Proton Edar la yerr. Jangan tanya kat aku pulak...





Satu lagi sebenornya minggu ni minggu yang sibuk juga bagi aku dan kawan2 kat tempat kerja ni. Semalam aku balik dari Matrade jam 3.00 pagi. Ngantuk gilerr, nasib baek ada kelepasan untuk aku dan rakan2 yang lain masuk kerja selepas solat Jumaat. Legaa la sikit. Tub2 bila masuk kerja tadi, dapat arahan dari boss, hari minggu ni MD akan buat visit mengejut di tempat aku, ada event penting pada hari Isnin nanti.... so berlambak la lagi kerja yang nak kene buat. Tapi yang nasib baiknya aku akan balik ke kampung lagi pada hari Ahad, member kamceng aku masa bujang dulu nak kahwin....fuhhh..."lega" la sikit...hehehe

Apapun esok adalah hari yang anak aku betul2 excited, Family Day Proton. Dijangkakan seramai 30,000 ahli keluarga Proton (satu Malaysia) akan berkampung disana...makk aihhh, kompom sesak gila esok kat Sunway Lagoon. Satu lagi, mintak2 la aku antara peserta bertuah yang akan membawa balik Proton Inspira. Doakan ehh kengkawan....mana tau dengan doa korang tu "dimakbulkan" esok, maka dengan senyum lebar la aku bila balik kerumah nanti...ha3x!!! Doakan lebih sikit wehhh....:)


#Insyaallah, esok atau lusa aku akan publish gambar kereta Inovasi dari member2 aku. Tabik spring untuk mereka sebab, dalam tengah dok sibuk2 ni pun sempat jugak meluangkan masa membuat dan mereka sebuah kereta yang pada aku kira "cun" jugak laa. Aku tau, korang "boleh" punyaa....mungkin detailing dan finishing tu je yang agak kureng sikit. Tapi dari segi konsep, memang terbaik ahhh. Apapun, kepada semua warga Proton, esok kita bergembira dulu...kasi relax minda dan tenaga jap okeyyy!!! Jom kita mandiiiii.......-anak aku siap mintak gugel mata untuk madi esok ...nak tak nak aku kene gak la beli....he3x!!!
#Mata aku dah ngantuk la pulakkkkkk......
Tag : ,

Lotus Zero to Hero

on 14 November 2011

Assalamualaikum semua sahabat, tadi singgah kejap kat F/B tengok2 mende yang patut. Terjumpa pula info seperti kat bawah nih. Memulanya aku ingatkan kat luar negara, rupa2nya derang buat kat Plaza 1 Mont Kiara je sehingga 18 Nov nih. So sesapa yang berminat nak tengok dan ambik gambar replika boleh la pergi ke sana. Antara yang dipamerkan ialah Lotus Exige S dan juga replika Lotus Renault. Check it out!!!
Lotus Zero to Hero In 1 Performance Driving Package - check out the Lotus models on display and see the Lotus Renault Grand Prix Showcar on display. Try playing the Batak Challenge and alternatively if you feel like getting into something sporty and simply can't afford the Exige S, why not pick up our other exclusive Lotus merchandise on sale ;-) We will be here (Plaza 1 Mont Kiara) daily till Friday, 18th November 2011 from 10am to 10pm.









Tapi aku rasa kalau ada kereta Lotus yang colour scheme macam pic kat bawah ni, lagi best kan. Nampak gempak sikit dan boleh jadi daya penarik orang ramai....




Tag :

Tahniah S2000..Tahniah REEV..Tahniah Exora Star

on 12 November 2011

1. Satria Neo S2000 dan juga Satria Neo Cusco Rally Team yang berlumba rally di dalam kategori APRC dan juga IRC telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Satria Neo S2000, merupakan juara bagi APRC 2011 dengan pemandunya Alistair Mac Rae. Manakala Akira Bamba dari Jepun yang menggunakan Proton Cusco Rally Team pula berjaya mendominasi kategori Junior Asia Pasifik 2011. Boleh kata keseluruhan APRC, kereta buatan PROTON adalah juaranya. Tahniah. IRC pula, Satria Neo S 2000 hanya berjaya menduduki tempat ke 7 (dari 8 keseluruhan) bagi kategori pengeluar dengan 41 mata ketinggalan 5 mata dibelakang Honda.




2. Tahniah juga aku ucapkan kepada team REEV (Range Extender Electric Vehicle) yang juga merupakan rakan2 aku dari RND PROTON (Green Tech Dept-GTD) kerana berjaya dengan Exora REEV mereka. Kemenangan kali ke 2 mereka...Tahniah geng!!
LONDON 6 Nov. – Kereta elektrik jarak tambahan nasional (REEV), Proton Exora REEV berjaya dua tahun berturut-turut memenangi anugerah pada Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London RAC (FCCBTL-RAC) semalam.
Lebih menarik, Exora REEV bukan hanya memenangi anugerah Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga terbaik, malah ia juga turut berkongsi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) keseluruhan terbaik dengan jenama terkemuka pembuat kereta global, Toyota. Kejayaan kali kedua itu turut menjadi lebih manis selepas Jurutera Perisian Bahagian Komponen dan Pentauliahan, Jabatan Teknologi Hijau Proton, Rozadatul Intan Safrina Che Rus berada di dalam kenderaan yang sama tahun lepas untuk memenangi anugerah berkenaan buat kali kedua. Menurut Rozadatul Intan Safrina, beliau tidak menyangka dapat memenangi anugerah tersebut selepas perlumbaan tamat semalam ekoran mengalami masalah teknikal di peringkat terakhir perjalanan sebelum melintasi garisan penamat.
Beliau yang terkejut dengan kejayaan itu berkata, masalah itu turut menyebabkan Exora REEV yang dipandu jurutera Frazer-Nash Research Limited (Frazer-Nash), Pavol Biro berhenti secara tiba-tiba kira-kira beberapa kilometer dari garisan penamat yang menyebabkan kerugian masa. Kereta berhenti secara tiba-tiba. Cubaan untuk menghidupkan kereta tidak berjaya namun selepas 10 minit, ia berjaya dihidupkan untuk kami meneruskan perjalanan ke garisan penamat. Ketika itu perasaan berbaur sedih dan hampa kerana yakin tidak dapat mempertahankan kejayaan 2010 ekoran masalah tersebut, katanya kepada media Malaysia selepas majlis penyampaian anugerah FCCBTL-RAC di Bangunan Kelab Automobil Diraja United Kingdom (RAC-UK), di sini semalam.
FCCBTL-RAC yang kini sudah berusia 115 tahun sebelum ini hanya menjadi medan cabaran perjalanan bagi kereta vintaj sejauh 92 kilometer dari Brighton ke London, namun diperluaskan bagi pembuat kereta global dan persendirian untuk mempamerkan produk dan prototaip kereta elektrik dan jimat tenaga sejak tahun lepas.Pada edisi pertama 2010, Proton Exora REEV berjaya memenangi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (R-EV) keseluruhan terbaik pada cabaran yang disertai oleh 63 pembuat kereta.
Selain Exora REEV, pada cabaran edisi 2011 yang disertai oleh 70 peserta itu, Proton Holdings Bhd. (Proton) turut mempertaruhkan buat kali kedua kemampuan kereta elektrik (EV), Proton Saga EV termasuk Proton Persona Elegance REEV.Lebih menarik, keseluruhan komponen elektrik dan perisian Pesona Elegance REEV dipasang sepenuhnya oleh jurutera tempatan Proton. Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan menyatakan rasa amat gembira dengan kejayaan yang dicatatkan Exora REEV itu.Kata beliau, selepas berjaya tahun lepas, pihaknya tidak mengambil mudah kejayaan akan datang lagi dan berusaha lebih keras untuk meningkatkan kemampuan jentera. Kejayaan merangkul dua anugerah ini merupakan kemampuan luar biasa bagi Proton. Lebih mengejutkan, jentera kita berada sama taraf dengan jentera jenama terkemuka dunia.
Ini secara tidak langsung menunjukkan kemampuan dan standard Proton dalam industri kini diiktiraf dunia permotoran antarabangsa, katanya sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jurutera tempatan yang berjaya membangunkan Pesona REEV hasil kerjasama teknikal jangka panjang dengan Frazer-Nash Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah Projek Hijau Proton, Datuk Zainuddin Che Din berkata, pihaknya kini turut menunggu mengenai keputusan cabaran bagi Proton Pesona REEV disebabkan terdapat masalah teknikal di pihak penganjur.- UTUSAN




3. Tahniah juga diucapkan kepada pengedar Proton Exora Star di Indonesia (baseline di Malaysia)  kerana Exora berjaya menggondol anugerah bagi kategori Small MPV di Indonesia, menyambung kemenangan dari negara Asean yang lain seperti di Thailand sebelum ini..Sumber-Okezone.
JAKARTA - PT Proton Edar Indonesia (PEI) tersenyum sumringah kala Proton Exora Star berhasil menyandang gelar Best Small MPV dalam ajang Indonesian Car Of The Year (ICOTY) 2011.

"Ini membuktikan bahwa Proton merupakan kendaraan yang memiliki value for money yang sangat tinggi. Kami berterimakasih kepada dewan juri yang telah melakukan penilaian kepada mobil-mobil terbaik Indonesia dan para kustomer loyal Proton," ungkap GM Marketing PEI, Mazlan Mohd. Zain dalam keterangan resminya kepada Okezone.

Proton Exora Star membuktikan kehandalannya kala mengikuti pengujian ICOTY 2011 yang berlangsung di Bukit Sentul dan Sirkuit Internasional Sentul pada 13-18 Oktober 2011 lalu. Sementara pengujian city orientation digelar di wilayah Sentul, Cibinong dan Bogor.

Proton Exora Star dilengkapi power steering, double-blower air conditioner, central door lock, front & rear power window, radio with CD, MP3, WMA & Bluetooth, alarm system, driver seat height adjuster dan fitur lain seperti tinted glass, side body molding, mud guard dan door visor.

Proton Exora Star bertransmisi manual dipasarkan dengan harga Rp154 juta dengan pilihan warna hitam, silver dan putih.
Tag : ,

Sukan 6 Penjuru - Proton dan Anak Syarikat 2011

on 25 Oktober 2011

As salam semua, Ahad baru2 ni 23/10/2001 merupakan hari Sukan 6 Penjuru Proton bagi semua anak syarikat Proton Holdings Berhad. Bertempat di Proton Tanjung Malim, semua wakil dari pelbagai department seperti Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PONSB), Proton Edar Sdn Bhd (PESB), Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB), Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB), Miyazu Malaysia Sdn Bhd dan Lotus Engineering Malaysia (MSB&LEM) dan juga Proton Holdings Berhad (PHB) telah hadir di Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim pada hari tersebut. Sebanyak 16 jenis acara sukan telah dipilih untuk dipertandingkan.

Score board untuk pasukan yang terlibat
Aku mewakili Proton Holdings Berhad, gabungan antara RND dan juga Corporate Com di acara kegemaran aku, carrom. Hanya seorang wakil dari Corporate Com yang dapat hadir dan menjadi wakil didalam acara ini, selebihnya adalah dari wakil RND yang juga merupakan ahli Malaya Carrom Team.

Pintu masuk Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim
Seperti yang dijanjikan jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di padang Proton Shah Alam sebelum berangkat kesana dengan menaiki 4 buah kereta (bas disediakan,tapi kami lebih selesa dgn kereta sendiri) Alhamdulillah, semuanya okey dan kami bergerak dengan lancar tanpa sebarang masaalah. Tapi sebelum sampai ke destinasi, kami lepak sat kat gerai yg ditemui ditepi jalan di Tanjung Malim untuk bersarapan. Lepas pekena roti canai, kami meneruskan perjalanan kesana.

PHB bertemu dengan POSB...view dari tempat carrom

Bolasepak adalah game pertama yang memulakan acara, maklum la faktor masa dan cuaca akan menjadi salah satu faktor yang mendorong kemenangan atau kekalahan. Kene lak main tengah panas, pehh....memana yang dah otai2 tu kompom termengah2 nak kejar bola, silap2 boleh pengsan wooo....

Dato Seri Syed Zainal membuat lawatan keatas peserta Carrom
Sesambil tu, acara yang lain juga turut dijalankan serentak. Nasib baik Carrom diletakkan dibahagian atas sekali, tingkat 3 kompleks sukan tu.  Angin menderu2 bak duduk ditepi pantai beb!...terasa macam sedang berkelah di Bagan Lalang la plak...hehehe

PHB punya Team Chess, baru 2 hari diwujudkan dan berjaya menjadi Naib Juara
Bila bermulanya acara carrom, team aku PHB diundi bersama dengan team PONSB dan juga PTMSB, team kami menjadi naib juara kumpulan dan (kalah dengan PONSB dgn aggregat 3-2) bertemu dengan PPCSB yang menjadi juara kumpulan A. Kemudian apabila masuk ke akhir perlawanan, kami bertemu kembali dengan PONSB, alhamdulillah...kekalahan diperingkat kumpulan berjaya kami tebus dengan menewaskan mereka, juga dengan aggregat 3-2 ....sengit jugak, sampai ada la yang mengiggil tangan bila nak menjentik buah...Yang nyata kami adalah Juara Carrom di Sukan 6 Penjuru kali ini. Detik yang sangat manis kerana PONSB adalah gabungan pemain yang terbaik dari Proton.

Apapun korang layan je la gamba yang aku sediakan nih....tak lalu, rasanya nak tulis panjang2...Kang korang lak yang tak terlayan merapu aku nih...hehehe

Medan Valleyball dan Takraw bertempur....

Team JUARA, PHB berjaya mengalahkan Team PONSB utk menjadi Juara Carrom...yezzz

#Err...Tahniah buat PONSB sbb berjaya menjadi Juara keseluruhan dan diekori rapat oleh PPCSB dengan perbezaan 2 mata sahaja. PHB?? Gamaknya no 4 je kut...hehehe
Tag : ,

Raudhah Dihatiku Tv9..Anjuran Masjid Al Falah USJ 9.

on 22 Oktober 2011

As salam bagi kengkawan beragama Islam dan salam sejahtera. Pagi semalam...semasa "morning market" di opis aku, tetiba dapat info yang kawan aku si Mandor Hasyim tak dapat menghadiri program Raudhah Dihatiku TV9 anjuran bersama Masjid Al Falah USJ 9 kerana anak beliau tak sihat. Bila ditanya kepada kengkawan lain.."sapa yang sukarela nak ganti Mandor??" Sumer senyap...tunduk jerr...hehehehe. Empphhh...faham sangat dahh...kalau orang perempuan tunduk, tandanya setuju, tapi kalau orang lelaki tunduk...tandanya?

Sebenarnya, bila ada aktiviti macam ni, geng2 kat opis ni kalau boleh ngelak, memang sumer nak elak...bukan apa, semua dah penat..dok kehulu kehilir satu Mesia melayan event sebegini, nak2 pulak lokasi tu dekat sesangat...lagi laaa nak lariiii, tak de can nak tido kat hotel...he3x!! Tapi dalam tak nak pun, seseorang kene jugak la "rela dalam paksa"....Nama kompeni kene jaga wehhh, sebab PROTON antara penaja utama disana. Apepun terima kasih kepada Hj Hakim (partner aku) semasa bertugas disana..."Hang jaga elok2 model kita tu noooo" (dia bertugas dua hari disana...hi3x!!)  Opsss, satu lagi..sebelum aku terlupa, bro Denaihati juga ada buat entri tentang program ni disini..

Masa dalam meeting tu entah camne tetiba aku dapat idea, "okeh...apa kata kita buat rotation...hari ni aku pergi, esok orang lain lak.." Sumer setuju, dan seorang lagi rakan menyatakan persetujuan untuk hadir disana hari Sabtu nanti...maknanya hari Sabtu aku "terlepas laa" ha3x!!..."Datang sini hari ni, at least boleh juga aku cari bahan untuk blog!!" fikir hati aku. Cehhh...ader niat syerong la plak....Apepun aku dah agak penat seharian disana....ape kata korang layan je gambar yang sempat aku tangkap semasa aku berada disana. Program akan bermula hari Sabtu 22/10/2011 ni dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jadual Program Raudhah Dihatiku...

Raudah dihatiku masjid al falah
Rasanya pertama kali aku bersolat di Masjid Al Falah nih...

Team bro DenaiHati kot....eQurban!!

Seperti selalu, scale model dari department aku...

Group Innovasi dari PROTON..yg baju biru tu org kuat tue, Abg Sahak...he3x!!!

Antara poster promo Raudhah Dihatiku...

Persembahan dari sekolah agama Al Falah kot?? Aku tertarik dengan gaya "drummer " baju kelabu tu...lincah siot!!!

Selain dari booth PROTON, bermacam aneka lagi booth yang ada disana, Maybank, equrban, peniaga buku islamik ,makanan, pakaian... ehh banyak arrr...korang kene pergi baru tau...Btw hari esok aku dah tak bertugas disana dah...pehhhh legaaaa, satu boleh la aku fokus kat game hari ahad nanti....ha30x!!!!
Jom Gi Masjid!!!!!


*PROTON= Perusahaan Otomobil Nasional Berhad
Tag :

Wordless Wednesday - Kenanganku/Meet the parents..

on 28 September 2011

Tag : ,

Wordless Wednesday

on 24 Ogos 2011


Tag : ,

Tragedi hitam pekerja Proton

on 22 Jun 2011

As salam semua...gara~gara komen bro Apan dari entri  aku, [Kilang Proton (Shah Alam) 1985)] Benar~benar telah membuatkan aku terkenang semula kisah2 lama di Proton. Satu antara tragedi paling menyayat hati yang pernah berlaku di kilang Proton dan peristiwa ini menjadi satu kenangan pahit buat semua staff. Peristiwa yang berlaku itu sama seperti apa yang dinyatakan oleh bro Apan di bawah ni....


Masih aku ingat lagi pagi tu, (masa tu aku masih lagi bertugas di production (Painting) ) tetiba datang berita mengatakan "ade sorang budak Stamping mati kene hempap"...Berita tu memang sangat mengejutkan kami. Kami disini semua maklum, jika istilah "kene hempap" tu berlaku di Stamping...memang ianya sesuatu yang tak dapat dibayangkan kengeriannya. Ianya seperti seketul batu/besi padu yang beratnya bertan2...jatuh keatas sesuatu yang lembik, dan impaknya.....Aku rasa kalian sendiri mampu membayangkan impaknya.

Apabila tau jer...Bergegas beberapa orang rakan pergi ke tempat kejadian, namun aku difahamkan pihak security Proton telah berkawal disitu dan tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Aku memang tak pergi kesana disebabkan aku rasa diri aku memang jenis mudah mabuk darah. Dari dok pening2 kepala, baik aku tunggu je berita dari kengkawan yang lain. Tapi masa aku muda remaja, zaman aku dok merempit dulu..tengok accident yang ngeri2 ni tak ler jadi masaalah sangat...kalau sekarang ni...rasenya cam nak pitam lak...tak boleh blah maaa....mungkin faktor keturunan kott...hehehe

Aku cuba mencari kembali berita tersebut...alhamdulillah, aku terjumpa di yahoo group...




SHAH ALAM: Kilang membuat kereta nasional mencatat tragedi pertama sejak 17
tahun lalu apabila seorang pekerja maut akibat dihempap mesin membentuk bahagian
kereta di kilang Proton Seksyen 26, Alam Megah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Rashidi Adnan, 32, yang
bekerja di bahagian Line D sebagai line keeper cuba membaiki satu mesin yang
tidak berfungsi daripada empat mesin yang dikendalikannya di bahagian itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Hussin Ismail, berkata Rashidi
yang tinggal di Pangsapuri Sri Proton, Jalan Samarinda 6A, Jalan Klang, mati di
tempat kejadian akibat kecederaan badan dan kepala yang teruk.

Menurutnya, mangsa yang cuba membaiki mesin itu tidak menyedari suis mesin sawat
seberat 350 tan itu tidak dipadamkan dan terus bergerak ke arahnya.

“Berikutan itu, mesin berkenaan terus menghimpit mangsa menyebabkan mangsa tidak
sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Rashidi meninggalkan seorang isteri serta dua anak berumur dua dan empat tahun.

Jenazah beliau dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum
dikebumikan di Kampung Tekah, Assam Kumbang, Taiping, Perak.

Pengarah Operasi Proton, Datuk Kisai Rahmat, berkata pihaknya menghulurkan
bantuan kepada keluarga Rashidi berikutan tragedi itu.

Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sebab
sebenar kejadian itu secara menyeluruh.

Katanya, Rashidi yang berkhidmat di kilang itu sejak 1989 adalah seorang pekerja
berdedikasi dan berpengalaman luas.

“Proton sudah menubuhkan panel untuk menyiasat kejadian berkenaan, iaitu yang
pertama sejak 17 tahun lalu.

“Syarikat bekerja keras untuk mencapai kemalangan industri sifar di tempat kerja
dengan mencapainya secara dramatik pada 2000 dan 2001,” katanya dalam satu
kenyataan semalam.




* Walaupun tak beberapa mengenali allahyarham, rumah dia ngan rumah aku berdekatan jerr. Hanya selang satu blok.

*Budak yang jaga mesin tu masa tu budak baru, jenuh gak budak tu bersoal jawab ngan polis...dan kebetulannya, budak tu satu kampung dengan aku cuma dipisahkan dalam 10 bijik rumah, tapi aku x kenal sangat budak tu sbb junior aku. Adik aku kenal ...(masa tu adik aku keje ngan Proton gak, la ni dua2 dah berhenti dari Proton) Budak tu sampai dia berhenti pun dia jadi "fobia'.....sian gak aku tgk...aku penah jumpa sekali jerr..dlm 2 bulan selepas dia berhenti.

*Isteri allahyarham telah ditawarkan bekerja di Proton Edar, rasanya dia dah nikah lain dah sekarang nih...dan dia dah tak tinggal di tempat yg sama dgn aku lagi.

*Aku juga pernah tengok gambar kejadian...agak mengerikan. Gambar tu aku tgk di internet...tah sape la yg upload....Anggota badan yang tinggal hanyalah sebelah peha kebawah je. Cuba guna uncle Guggel ...tp x jumpa.

*Lain2 aku tak boleh ulas...aku bukannya jurucakap rasmi Proton...kang tak pasal2 Proton "OSA" aku lakk....harap semua memahami....caiyokkk...mase rehat dh tamat nih.
[entri ni aku buat time lunch wooo, rugi time makan aku]
Tag :

Kilang Proton (Shah Alam) 1985

on 21 Jun 2011

As salam dan selamat sejahtera kepada semua rakan dan pengunjung blog yas nih. Semalam, dalam aku tengah syok layan nyembang ngan kengkawan...tetiba jerr mata aku yang liar ni terpandang kepada skrin saver pc milik rakan. Mata aku terpaku kepada gambar2 lama kilang Proton di Shah Alam.
"Rare ni siottt..." detik hati aku...hehehe..."Tingggg".....idea sula mali maaa...

Woww....gambar yang sangat menarik nih..terus aku mintak keizinan tuan punya gambar, iaitu En Wazir Alipiah (seorang otai kat kilang Proton nih..mula berkhidmat sejak tahun 1985). Jadi, kat sini aku nak ucap terima kasih kepada beliau kerana mengizinkan gambar ni diambil dan aku dah cakap "siang2" lagi yang gambar ni aku nak publish dalam blog.

Tak payah le aku cerita background kilang nih...rasenya korang leh "guggle" dan ramai yang tau kewujudan kilang ni kot, dan mungkin ade sesetangah tu lebih tau dari aku. Entri aku kali ni lebih kepada "melayan" gambar...

Pe kata...meh kita tengok sekarang....


Tak salah aku, pokok ni masih ada lagi di Proton Shah ALam


Acara menanam pokok..org dulu2 suka buat cmni...tp skg pun ade lagi ka apa??

Disaksikan pegawai dr Proton dan juga dr MMC..

Kerja2 pembinaan sedang rancak dijalankan....

Memotong riben pada enblem lama Proton..tapak ni dh dipindahkan...

1 March 1985...majlis penyerahan bangunan kpd Proton..
Korang leh tgk logo lama Proton tu...:)

Enblem Proton sejak tahun 1985 ~ 2000

# Taun depan tibalah giliran aku pulak yg akan merasa manisnya 20 tahun perkhidmatan aku di Proton....hmmmm...tungguuuuuu................
Tag :

Proton Tuah,Persona R dan Proton Inspira...

on 18 Mac 2011

Proton baru (Persona R) diatas jalanraya?? Sebenarnya mungkin citer ni citer yang dah basi...dah lame kecoh kat dunia automotif...tak pe la..gua kasi refresh sikit jekk.Gua maleh nak citer bebanyak...cuma gua agak tertarik dengan perbandingan yg dibuat oleh funtastiko design..

Kalau korang nak tau lebih lanjut sila ler ke laman web tersebut...ataupun ke laman asal gambau nih iaitu Paul Tan...Model ni dikatakan model terbaru Proton...sedang dipandu uji  diatas jalan raya...Ape yg derang test korang jangan tanya gua laa...gua pun tak pasti....hehehe

Gua cuma berharap semuanya berjalan dengan lancar dan model ni mampu memberi tambah nilai untuk Proton dan juga rakyat Malaysia...Proton maju...gua pun maju gakkk...hehehehe


Side View


lagi gambar di Paul Tan..



Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved