Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ProToN. Papar semua catatan

UPDATE ~ PROTON POWER OF 1

on 14 Mac 2012

Update, sehari sebelum majlis pelancaran karnival PROTON POWER OF 1. Rasanya tak payahlah aku nak tulis bebanyak sangat. Gambar2 di bawah dah cukup untuk menceritakan segala2nya. Preparation dan trial disini sampai kembung perut, nasib baik tokey belanja burger...he3x!!! Thanks boss...

Dari petang sampai lah ke malam...boleh tahan la juga poneknya...tapi puas hati sebab time last tu [masa tu dah nak balik dah] dapat tengok juga sedikit aksi kereta P3-21A berentap dengan Persona..he3x!!! So kalau nak tahu lebih lanjut....sila la ke Bukit Jalil esok...event start dari jam 10am~10pm, 14~18/03/2012. Insyaallah segala macam pertanyaan akan terjawab disana....

BANNER_DISKAUN_BELI_KERETA_HINGGA_RM15_RIBU
Diskaun sehingga RM15K untuk pembeli kereta disini

FINANCE_AREA
Ada 3 finance yang buka booth mereka disini...Ambank, Public dan Rimau bank nih...

PINTU_MASUK_UTAMA
Pintu masuk utama...Berdekatan dgn Parking A, Stadium Bukit Jalil

ARTIGA_CONCEPT_CAR
Artiga, antara yg dipamerkan selain dr sebuah replika Lotus F1, Lotus car dan R3

GREEN_TECH_CAR
Green Tech, mempamerkan sebuah kereta potong Exora dan teknologinya

SCALE_MODEL
1:3 Scale model Tuah

SCAN_TANGAN_SENDIRI
Dalam cubaan scan tangan....

CLAY_MODEL
Pandangan didalam dewan utama [pintu masuk]....

KERETA_RACE_S2000
Macam biasa...preparation kena mantop beb!!!

SCANNER_TEST
Dalam proses trial scanner yg mampu menghasilkan imej 3D [data surface]

TEST_TRACK
Satria Neo R3 dalam test track dan kereta...

NEO-P3-21A_TEST_TRACK_MALAM
Test diwaktu malam....Tunggu aksi P3-21A disini....

# Dah tengok belum POWER OF 1 [Part 1] dan [Part 2]
# Yang nyata, esok dan lusa aku bercuti...bawak family cuti2 Malaysia....he3x!!! Maaf kat kengkawan kalau aku lambat melepak kat blog korang...harap2 ada la line P1 kat area aku nak lepak tu esok. Kalau tak, entri auto publish je la yang keluar.
Tag :

PROTON - POWER OF 1 [MODEL BARU PROTON]

on 10 Mac 2012


Apa yang anda dapat saksikan di "Karnival Proton - POWER OF 1?"....Pastinya anda tertanya-tanya bukan? Insyaallah....pada event PROTON POWER OF 1 itu nanti, anda akan dapat menyaksikan satu demo pemasangan model baru Proton P3-21A secara berperingkat-peringkat. Ini adalah satu strategi PROTON sebelum model tersebut keluar di pasaran secara rasmi. Selain itu terdapat juga demo dari pemandu rally "Satria Neo S2000" yang terkenal iaitu Alister McRae. Turut dibuka semasa "POWER OF 1 " ialah tempahan untuk model terbaru PROTON P3-21A.
“Tempahan untuk kereta global yang akan dilancarkan itu bermula 14 Mac di seluruh negara, dan pengunjung dapat menyaksikan pemasangan komponen kereta itu,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir kepada pemberita di sini semalam. - kosmo
 Tu je kerr? Japp....ado laie...
Acara itu dianjurkan sempena kejayaan syarikat pengeluar kereta negara di bidang kemajuan teknologi, pencapaian kejuruteraan, inovasi dan sukan pemotoran sejak 27 tahun yang lalu. "Kami akan membina sebuah litar mini di tengah-tengah tapak acara tersebut dan orang ramai boleh melihat aksi McRae.

"Dia akan melakukan demonstrasi memandu jentera Satria Neo S2000 ketika memenangi gelaran pemandu dan pengeluar pada Kejuaraan Rali Asia Pasific 2011.

"Selain McRae, acara itu turut disertai Raja Drift negara, Tengku Djan serta Faidzil Alang, pemenang Kejuaraan Super Siri Malaysia tahun lalu," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir semalam. Syed Zainal Abidin berkata, orang ramai juga akan disajikan dengan demonstrasi pemanduan lagak ngeri oleh Lotus Cars Ma- laysia dan R3 yang menggunakan jentera Proton.

Turut dijadualkan adalah pengenalan jentera Lotus F1 yang akan membuat penam- pilan ke-14 dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia pada 25 Mac ini. Bagi menyerikan lagi acara tersebut, para peminat boleh membuat tempahan model baharu Proton yang dinanti-nantikan yang diberi nama P3-21A pada 14 Mac ini.

"Sepanjang lima hari itu, orang ramai boleh melihat sendiri komponen jentera milik Proton. Ia bakal memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui situasi sebenar kami bekerja. "Selain itu, mereka juga akan memaha- mi proses sesebuah kereta dibuat sebelum ia sedia dipasarkan. "Acara itu menjanjikan sesuatu menarik kepada orang ramai dan ini adalah cara yang terbaik untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia berinteraksi dengan jenama Proton. "Ia adalah satu cara baharu dan unik untuk kami bergerak ke depan dengan membina jenama di seluruh dunia," kata Syed Zainal Abidin.

Sementara itu, seorang daripada 10 pengunjung 'POWER OF 1' berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi peraduan 'SMS dan Menang' termasuk hadiah utama tiga kereta Proton. Hadiah lain termasuk tiket percuma GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, barangan Proton dan baucar. - kosmo
Jadi...hadiah kereta 3 buah tengah menunggu...jika tiada aral melintang kita jumpa disana, insyaallah!! Saksikan model baru kereta PROTON dalam video youtube yang telah diuploadkan oleh ArenaKereta.com.




Sam!!! Ko tgh buat pe tu weiiii!!! tarik kain kerrr...Ha30x!!!!
Tag :

KARNIVAL PROTON - POWER OF 1

on 08 Mac 2012

As salam semua kengkawan...cuma nak up date sikit tentang satu event yang akan diadakan oleh kompeni aku bertugas..."Karnival PROTON - POWER OF 1". Tajuk "karnival proton" tu saja je tambah, jadi tajuk event yang sebenarnya ialah " POWER OF 1" - boleh abaikan pasai tajuk tu yerr:)



Satu event besar PROTON akan diadakan tak lama lagi bertempat di Bukit Jalil pada 14 ~ 18 Mac 2012 ini. Bermacam aktiviti yang akan dilakukan disana. Firstly di pintu masuk utama, korang [yang pergi laa] akan berjumpa dengan PROTON|design team, Green Tech dan Eng Division, R3, demo modelling kereta, demo scanner, demo rendering dari para designer PROTON. Acara lain yang turut disertakan bersamaialah demo dari Powertrain, HR , L&D, demo R3, Pemasangan model P3-21A dan bermacam lagi la, tak larat aku nak tulih. Antara perkara menarik yang lain termasuk la hadiah misteri untuk para pengunjung. Apa hadiahnya? Hahaha....kita biarkan ia dalam misterii, pi sana baru taww..he4x!

Selain dari acara yang PROTON telah sediakan, terdapat juga siaran langsung dari Hot FM pada 17 Mac 2012 bermula dari jam 3.00 pm sehingga 7.00pm. Insyaallah aku dan beberapa orang rakan yang lain turut berada disana. Cuma waktu aku bertugas hanya pada hari Sabtu dan Ahad je...itu pun aku ambil shift malam [5 ~ 10 pm]





# Aku harap dapat berjumpa rakan blogger disana....Insyaallah.[ SILA KLIK PADA SETIAP GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS]. Untuk info lebih lanjut, sila layari web rasmi PROTON iaitu Power Of 1. 

# Entri terbaru "PROTON - POWER OF 1"
Tag :

Paintball Bukit Cerakah - 28-01-2012 Part 2

on 02 Februari 2012

As salamualaikum semua geng2..malam ni kasi up date dulu gambar game perang-perang yang aku ngan kengkawan dah main hari sabtu lepas di Bukit Cerakah [28/01/2012]. Perasaan masa tu memang tak leh nak kata laa...sangat-sangat teruja nak main. Nampak sangat dah lama tak kena tembak atau lebam-lebam...

Tapi cam biasa laa...janji nak berperang dalam kul 9/10 pagi, last-last jam 11/11.30 kot baru start...time tu matahari dah nak tegak kat atas kepala dah. nasib bek main dalam hutan, kalau takkk...phewwww.

Sebelum aksi tembak menembak, aksi berposing dijalankan dulu.
Event pertama, capture the flag. Team yang ada marker [senapang] sendiri attack team rental marker. Ade la dalam 12 orang [own marker] tembak/serang 20 orang...aku termasuk dalam team rental marker..pehhh, kejap je diaorang sesah. Tapi aku bertahan di bahagian kanan dapat jugak la tahan 3 ekor geng2 pro tu. Last2 kono jugak sebab derang tau tempat aku sniper derang.

Berbincang tentang strategi yang nak digunakan...he3x!!

Yeahh...bro Kem kono kek lengan 2 das....
2 nd game, kami pecahkan team jadi kecik sikit. Eliminate game...main fast game, area kat bunker/kotak yang  diletak secara berdepan. Time ni sapa kena tembak, just patah balik ke belakang...pas tu sentuh jaring dah boleh main semula. Memang fast game betul...nak habis "pallet"[peluru] dalam tabung marker aku. Tapi puas hati gak la, sebab dapat tembak 2/3 orang enemy.

Si Jebat.... Hambik ko Jebat...kat leher tuuu...tak pasal2 nanti orang kata awek ko sedut kat situ plak...
3 rd game, defend bas dan attack bas. Aku termasuk dalam defend bas. Memula tu memang okey dah...musuh rapat je habis kami bedal...last-last yang aku tak leh tahan bila depa datang ikut belakang. Si Hendra [budak Tawau] tembak aku time aku tengah syok meniarap lak. Chisss....bontot aku kena 2 das. Rupa-rupanya ada otai yang bawah diaorang naik bukit turun bukit semata-mata nak attack dari belakang. Kira time ni memang team aku hancus la..mana taknya sekor-sekor kena tembak dari belakang. "Hero" bagi game kali ni adalah seorang awek yang telah berjaya menyentuh bas tersebut.

Aksi utk sessi bergambar jerr...he3x!!!
Game ke 4, last standing man...kali ni team aku balas balik...kita orang tembak habis-habisan sampai awek tu "surrender'...he3x!!!

Game ke 5, aku dah tak lalu nak main...pancit siot. Marker aku penuh lagi dengan pallet. Aku pas kat si Jebat untuk habiskan pallet tu. Time pun dah dalam 4.30 petang. So, habis je game tu terus balik...malam tidur lena. Besok lak...hmmm semua dok belek-belek kesan kena tembak...dan aku bernasib baik sebab tak banyak sangat. Paling ketara, 2 das dekat lengan kiri aku jer...

He4x aku ado kojo...cabut dulu ehhh.
Tag : ,

DRB Beli PROTON - Kecoh Betul La Web Ni!!

on 17 Januari 2012

DRB Beli PROTON - Kecoh Betul La Web Ni!!
Hari ni setelah berhari-hari kisah DRB nak beli PROTON agak kecoh di akhbar dan media massa, ianya telah disahkan oleh pihak yang berkenaan. Hmmm, apa bezanya? Bagi aku, tak ada beza....terus bekerja seperti biasa, seperti yang telah diamanahkan oleh syarikat sebelum ini dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Bukan aku sahaja, malahan juga bagi ribuan rakan aku yang berada di Tanjung Malim dan juga di Shah Alam...

Bagaimanapun, apabila aku cuba mencari berita itu di online, Tiba-tiba secara peribadi, aku merasa terpanggil dengan apa yang dinyatakan di web tersebut. Perkara2 yang lain tu aku tak kisah sangat, dah lali aku baca dan dengar, juga dengan komen-komen pedas...tapi ada satu ayat dilaman web tu telah membuat aku rasa terpanggil untuk membuat sedikit teguran.


"Kakitangan Proton akan bekerja lebih keras selepas ini. Tiada lagi pemikiran makan gaji dengan kerajaan, tidak akan dibuang seperti sebelum-sebelum ni"


He3x!!! Aku rasa dia kena pergi tanya bebudak PROTON atau melawat ke kilang PROTON sendiri sebelum sesuka hati menilai corak dan pemikiran kerja mereka. Tak tahu cakap la tak tahu, jangan nak main hentam sesuka hati jerr. Siap ada ayat bekerja keras lagi tu...:)

Sedikit petikan dari Sinar Harian;
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan DRB-Hicom juga akan membeli saham-saham berbaki yang belum lagi dimiliki oleh syarikat itu pada harga pertimbangan RM5.50 sesaham.

Kumpulan DRB-Hicom berkata, cadangan pengambilalihan itu dijangka mampu mewujudkan sinergi dan peluang perniagaannya dan Proton mengembangkan program vendor tempatan.
DRB-Hicom berkata, cadangan itu dijangka tidak memberikan kesan kepada pendapatan dan pendapatan sesaham DRB-Hicom untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac ini memandangkan cadangan itu dijangka selesai dalam suku kedua 2012.
“Cadangan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan kerana Proton telah pun sedia menjana pendapatan.” katanya.
Dalam pada itu, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan menjual 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat dengan harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Tag :

Satu Hari Bersama Proton - Siri Jelajah Malaysia[kenanganku]

on 13 Januari 2012

Sorri geng2 semua....sekali lagi kesilapan berlaku pada entri post aku nih korang boleh tgk kat url asal dia tu...ape pun aku cuma repair sahaja entri ni...nak delete x leh...maaf sekali lagi.
[sebenarnya ini adalah entri wordless wednesday yg lepas2]

Satu Hari Bersama Proton - Siri Jelajah Malaysia[kenanganku]

WordlessWednesday - KenangankuProToN, Wordless Wednesday, 
Tag : ,

PM Bertemu Warga Industri - Proton,Shah Alam.

on 07 Januari 2012

As salam kepada semua sahabat, 2 minggu aku agak terbeban dengan kerja yang "urgent". 12 tghmalam, 2 pagi bahkan 3 pagi dah menjadi kebiasaan bagi aku dan rakan2 yang bertugas demi menyampaikan amanat kerja. Hari ni semuanya berasa lega, lega kerana telah berjaya menyelesaikan satu misi. Dan yang pentingnya tak perlu lagi balik lewat malam. Semuanya kerana event di bawah ini...

Satu lagi sessi cabutan bertuah diadakan, sebuah Persona menjadi impian bersama dengan 130 lagi hadiah sampingan. Namun cam biasa....aku dapat tengok dari jauh je laa. Masih belum ada rezeki la tu...he3x!!!

Kredit to Azlan Othman/boss aku daaa..

Kredit to Nazli Kassim/Komeng
# Selesai satu, satu lagi menanti. Tak pe...kami semua telah bersedia. Ribuan terima kasih aku nak ucapkan kepada geng2 aku yang stay tune sampai ke keringat terakhir. Ismail(Sang saka Wea), Azhari(bongek), Khairul (kayuroll), Surmadi (Pak Sur) dan juga yang lain2nya.
# Gambar tu sumer aku sesah dari f/b jerr...sori yer bro2 semua...Dalam pada tu sempat jugak aku bersalam dengan Najib, dan2 kawan aku tanya.."ada bau Najib tak tangan tu?"...ha3x!!!!
Tag :

Pemasangan Tali Pinggang Percuma - Khas untuk pemilik Proton

on 20 Disember 2011

Kementerian Pengangkutan akan menguatkuasakan penggunaan Tali Pinggang Keledar Belakang bermula 1hb Januari 2012, bagi semua kereta yang dikeluarkan selepas tahun 1995. Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat, PROTON akan memasang Tali Pinggang Keledar 'Tengah' Belakang secara PERCUMA khas untuk dua model berikut;

1.    GEN 2 (keluaran 2004 hingga 2008)
2.    SAGA LMST (keluaran 2004 hingga 2008)




# Adakah kereta anda terbabit?? Jadi untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Proton Service yang berhampiran dengan tempat anda.
Tag : ,

Clay Modelling ~ Bagaimana Sebuah Kereta Dihasilkan

on 16 Disember 2011

Korang pernah tengok kereta dah siap je kan, pernah tak korang tengok bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah kereta yang bermula dari sekeping kertas? Hari ni aku tunjuk sedikit bagaimana caranya sebuah kereta dihasilkan. Bukan aku yang buat demo ni. Kompeni mat salleh, tetapi secara umumnya inilah asas untuk mana2 automotif manufacturer didalam dunia ni menghasilkan sebuah kereta.

Di Proton, kami menghasilkan sebuah model baru bermula dengan beratus2 helai kertas (bagi designer) kemudiannya akan dipilih lalu disinilah bermulanya bagaimana sebuah kereta dihasilkan. Selain dari imej 2D yang menggunakan software seperti Alias, kami juga mempunyai bilik Virtual Reality Room. Kalau tak salah aku, yang pertama di Asia tenggara ini. Menggunakan spek mata khas, ianya lebih kurang sama teknologi dengan wayang 3D yang korang biasa tengok tu...

Okey, sebaik sahaja design pilihan tu terpilih (biasanya 2 hingga 3 design) para designer akan menghasilkan data sketching ataupun rendering menggunakan software Alias. Kemudiannya data itu akan di transformkan ke milling machine mengikut scale yang diperlukan, biasanya kami akanbuat 1:3 scale dahulu. Adalah menjadi kebiasaan satu2 model itu akan diubah mengikut citarasa designer sehingga designer berpuas hati. Jadi...kerja aku dan juga rakan2 modeller yang lain adalah melakukan / membuat model seperti yang dikehendaki oleh designer. Selepas designer berpuas hati, kami akan membuat scale yang lebih besar iaitu 1:1 scale. Saiz sebenar sebuah kereta. Biasanya 2 unit model akan dibangunkan dengan 2 design yang berbeza.

Aku ringkaskan...setelah selesai segala2nya, pihak Top Management Proton akan membuat keputusan untuk memilih model yang akan dikeluarkan. Dari mula proses sehelai kertas  sehingga siapnya sebuah model untuk dipasarkan ianya mengambil masa lebih kurang 2 tahun. Maknanya kerja yang aku dan rakan di Clay Model Studio lakukan sekarang, hasilnya hanya akan lihat di jalanraya 2 hingga 3 tahun akan datang.

Data dan drawing akan dikeluarkan oleh designer
Aktiviti menampal clay diatas foam..
tampalan yang penuh
proses slick model sedang dilakukan
antara tool yang digunakan
Proses manual "menarah" model...
Dah nampak karekter line model ni
Senario yang biasa berlaku ditempat kerja aku
Inilah hasil bagi clay model 1:1 scale. Konsep yang sama digunakan ditempat kerja aku.
Biasanya finishing dgn paint la...
# Nak tengok lebih clear??Nahh....ni video yang menunjukkan cara sebuah model dihasilkan. Selamat menonton...:)

Tag : ,

Family Day Proton - 2011 Sunway Lagoon

on 13 Disember 2011

Family Day Proton dah lepas beberapa hari minggu yang lalu. Aku yang agak sibuk baru je nak update info Proton Family Day yang lalu. Seperti biasa, untuk cabutan bertuah...nasib masih menjauhi aku. Jangankan Inspira....Samsung Corby hadiah yang paling last tu pun tak nak lekat kat aku. Tapi sebenarnya aku yang tak bersungguh menunggu sampai ke petang...sebab banyak lagi hadiah sampingan yang menarik menanti seperti Samsung I tab, TV 42 inci, Motosikal Kriss ,iphone 6 ehh x do laaa, memandai je aku nih.

Atas Faktor Family Day ni dah lepas....aku maleh nak citer bebanyak dah. Dah basi, orang pun tak nok dengor sangat dah...so korang layan je la pic2 yg aku dah tempekkan dibawah....tq.

merry christmas malaysia
"Ding dong bell" woitt....depa dh ready lg awai woo.....
inspira cabutan bertuah family day proton
Harapan yang tinggal harapan...ohh Inspiraa...
pedang setawan yang hebat
Akid menerima "Pedang Setiawan" dari pak badut..
peroton saga 1.6flx
Saga 1.6FLX...hmmmm bila la aku nak dapat pulak nih
kereta inovasi pekerja proton
Antara kereta Inovasi pekerja Proton..Sonic!!!
Tf exponet
TF Exponent, depa kata keta ni jadi Cempiang!!
Yang ni aku tak tau nama....
suasana di sunway lagoon
Macam ulat wooo...sesak bagai kat dalam tue...
Family Day yang lepas depa buat kat stadium, aku rasa lagi ok apa, tak de la sesak bagai macam kat Sunway Lagoon nih. Hanya anak2 je yang menjadi pendorong semangat kepada aku nak gi ke Sunway Lagoon ni...tak lope juga hadiah cabutan bertuah yang aku tak bertuah tue...sebanarnya hati aku berbelah bagi nak publish atau tak gamba2 ni...
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved