Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan

Skuad Piala Thomas 2012 Berangkat Ke Macau - Semoga Berjaya!!!

on 12 Februari 2012

Skuad-Piala-Thomas-1949
Skuad Piala Thomas 1949 - kredit to: thesportsmuseum.blogspot.com

Skuad Piala Thomas Malaysia 2012 telah berangkat ke Macau semalam [kelmarin] dalam misi memburu Piala Thomas yang telah sekian lama tidak mejejak ke negara kita Malaysia.  Pertandingan yang bakal berlangsung dari 14 ~ 19 Febuary ini diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei. Selain dari belaiu, antara senarai nama pemain skuad Piala Thomas 2012 kali ini ialah, Muhammad Hafiz Hashim dan Liew Darren, Mohd Arif Abdul Latif manakala beregu negara dibarisi oleh Koo Kien Keat/Tan Boon Heong; Lim Khim Wah/Goh V Shem dan Hoon Thien How/Toe Kok Siang.

Bagi skuad Piala Uber pula, mereka dibarisi pemain perseorangan Tee Ji Ying, adik-beradik Lydia dan Sonia Cheah serta Sannnatasah Saniru manakala beregu diwakili Chin Ee Hui, Wong Pei Tty, Woon Khe Wei, Vivian Hoo, Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo.

Muhammad Hafiz yang juga bekas juara All England, berjanji akan memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan berprestij itu nanti. "Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk mendapat mata kepada skuad Thomas, sebagai perseorangan kedua merupakan kedudukan amat penting untuk kutip mata," katanya. Pengurus Pasukan, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berharap Muhammad Hafiz akan menjadi penentu kemenangan untuk skuad negara bagi mencapai sasaran melepasi kelayakan Piala Thomas kali ini.

"Kalau Muhammad Hafiz dapat bermain di Macau sebagaimana dia menewaskan Chong Wei pada ujian simulasi baru-baru ini, saya rasa tidak mustahil dia (Hafiz) dapat mengalahkan saingan daripada perseorangan kedua Hong Kong dan Korea Selatan.

Malaysia akan memulakan kempen menentang Hong Kong pada 14 Februari dan bertemu Korea Selatan pada hari berikutnya. Apapun semoga berjaya aku ucapkan kepada skuad Piala Thomas kali ini. Biarpun diragui, mereka adalah pemain terbaik yang kita ada dan seharusnya sokongan padu harus diberi kepada mereka. Ayuh...kibarkan Jalur Gemilang di bumi Macau nanti.

~ Berita dari Sinar Harian dan diedit oleh yastro.-Gambar lama tu saja je nak kasi bakar sikit....seolah2 kita memang dah kemarau lama sangat ehhh...he3x!!!
Tag :

Zulfahmi Khairuddin - Ujian Masa di Litar Valencia

Perkembangan-terbaru-Zulfahmi_khairuddin-diMoto-GP

Dari 33 orang pelumba Moto 3 [ganti 250] yang mengambil ujian beramai-ramai di litar Valencia, Zulfahmi Khairuddin telah mempamerkan prestasi terbaik sekali lagi semasa ujian masa  dilitar Valencia, Spanyol. Ini info yang aku dapat dari "Zulfahmi Official Fan Page" di F/B selama 3 hari ujian masa di Ricardo Tormo Circuit, Valencia yang bermula pada  8 ~ 10 Febuary, 2012.. So sesiapa yang nak dapat info terkini Zulfahmi Khairuddin, silalah tekan butang "like" fan page tersebut.

Selepas ini, ujian bagi Moto3 ™ MotoGp akan berlangsung di litar Jerez, Sepanyol selama 3 hari.

Litar Valencia

Unofficial Moto3 lap times Friday(recorded by teams):
...
1. SANDRO CORTESE, RED BULL KTM AJO, 1’40.9 (41 laps)
2. MAVERICK VINALES, AVINTIA RACING Moto3, 1’41.0 (66 laps)
3. ALBERTO MONCAYO, ASPAR TEAM Moto3, 1’41.2 (56 laps)
4. DANNY KENT, RED BULL KTM AJO, 1’41.2 (56 laps)
5. LUIS SALOM, RW RACING GP, 1’41.2 (28 laps)
6. NIKLAS AJO, TT MOTION EVENTS RACING, 1’41.4 (32 laps)
7. HECTOR FAUBEL, ASPAR TEAM Moto3, 1’41.6 (54 laps)
8. MIGUEL OLIVEIRA, MONLAU COMPETICION, 1’41.8 (60 laps)
9. ZULFAHMI KHAIRUDDIN, AIRASIA - SIC - AJO, 1’42.0 (44 laps)
10. BRAD BINDER, RW RACING GP, 1’42.0 (50 laps)
11. EFREN VAZQUEZ, TEAM LAGLISSE, 1’42.2 (35 laps)
12. LOUIS ROSSI, RACING TEAM GERMANY, 1’42.9 (40 laps)
13. ARTHUR SISSIS, RED BULL KTM AJO, 1’43.1 (50 laps)
14. ADRIAN MARTIN, TEAM LAGLISSE, 1’43.1 (40 laps)
15. DANNY WEBB, MAHINDRA RACING, 1’43.2 (32 laps)
16. NICCOLO ANTONELLI, SAN CARLO GRESINI Moto3, 1’43.2 (68 laps)
17. ALEX MARQUEZ, MONLAU COMPETICION, 1’43.7 (60 laps)
18. TONI FINSTERBUSCH, RACING TEAM GERMANY, 1’44.1 (44 laps)
19. ALEXIS MASBOU, CARRETTA TECHNOLOGY, 1’44.3 (73 laps)
20. KENTA FUJII, TECHNOMAG-CIP-TSR, 1’44.3 (82 laps)
21. JONAS FOLGER, MZ RACING TEAM, 1’44.5 (38 laps)
22. JACK MILLER, CARRETTA TECHNOLOGY, 1’44.7 (60 laps)
23. ALAN TECHER, TECHNOMAG-CIP-TSR, 1’44.8 (47 laps)
24. ROMANO FENATI, TEAM ITALIA FMI, 1’46.1 (35 laps)
25. MARCEL SCHROTTER, MAHINDRA RACING, 1’46.2 (37 laps)
26. IVAN MORENO, TEAM MACHADO, 1’46.2 (25 laps)
27. LUIGI MORCIANO, IODA TEAM ITALIA, 1’49.3 (10 laps)
28. GIULIAN PEDONE, AMBROGIO NEXT RACING, 1’50.0 (16 laps)
29. RICCARDO MORETTI, MAHINDRA RACING, No time provided
30. JASPER IWEMA, MOTO FGR, No time provided
31. ISAAC VINALES, ONGETTA-CENTRO SETA, No time provided
32. JAKUB KORNFEIL, REDOX-ONGETTA-CENTRO SETA, No time provided
33. ALESSANDRO TONUCCI, TEAM ITALIA FMI, No time provided
Zulfahmi-diMoto-3
Teringin aku nak tgk dia buat kaler fullface dgn rimau malaya lak...ha3x!!!

Rider-Malaysia-DiMoto-GP-2012
Aksi beliau ketika mengambil selekoh
  # Semoga terus berjaya ZulFahmi Khairuddin. Tahun ni tolong dapatkan/target dalam 10 rider dan team terbaik okey!!!!
Tag :

Liga Singapura - Harimau Muda Menang!!

on 10 Februari 2012

Liga-Singapura-S-League

Kekalahan tipis Harimau Muda keatas Bahrain tempoh hari bukanlah pelemah semangat kepada skuad Harimau Muda. Sebaliknya mereka telah menunjuk belang ke atas Liga Singapura pada perlawanan pertama semalam dengan kemenangan ke atas Gombak United FC, 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Semalam hanya 2 perlawanan sahaja yang belangsung. 1 lagi perlawanan adalah Hougang FC bertemu Tanjung Pagar dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Hougang. Tahniah diucapkan keatas skuad Harimau Muda,

HARIMAU Muda bermula garang dengan mengungguli persada Liga Singapura selepas mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Gombak United FC dalam aksi pertama Liga Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Walaupun tampak keletihan selepas baru pulang dari Manama, Bahrain mengharungi kempen kelayakan Sukan Olimpik, barisan anak didik Ong Kim Swee masih mampu beraksi dengan corak permainan pantas.

Ia terbukti tatkala aksi baru memasuki tempoh lapan minit, skuad Harimau Muda A sudah memperoleh tiga sepakan sudut namun agak malang apabila kesemua sepakan itu masih belum mampu mencemaskan gawang Gombak United FC.
Hanya pada minit ke-13, bermula daripada gerakan Nazmi Faiz Mansor yang bijak melorongkan bola kepada Wan Zack Haikal hampir memecah kebuntuan, namun rembatan pemain sayap itu terkena kaki penjaga gol, Zaiful Nizam.

Serangan bertali arus Harimau Muda terus mengancam kubu Gombak United FC dan pada minit ke-15 hasil sepakan lambung Mohd Irfan Fazail dari kawasan tengah padang menyaksikan A Thamil Arasu pantas menyambar bola sebelum bertindak merembat leret memerangkap Zaiful yang tergamam di gawang sendiri.

Tersentak dengan jaringan awal Harimau Muda A, Gombak United FC yang diperkuatkan dengan tiga pemain import mula mengatur serangan namun benteng pertahanan barisan muda negara gandingan Mohd Fadhli Saas dan Amer Saidin kental mengekang asakan itu.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda A tampak mengawal rentak perlawanan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-76 selepas bola rembatan Gary Steven Robbat dari luar kotak penalti terkena pertahanan Gombak United FC.
Namun pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria memastikan kemenangan buat Harimau Muda pada minit ke-84 selepas menolak bola sepakan percuma kapten Mahali Jasuli untuk memastikan tiga mata milik barisan muda negara.


- Walaupun Apek tak de, Nampaknya pengganti beliau iaitu  Izham Tarmizi berjaya dalam ujian pertama menentang Gombak United. Alhamdulillah...."Liga Singapura - Harimau Muda Menang!

Tag :

Zulfahmi Khairuddin MotoGp 2012 - KTM, M32 Moto3

on 06 Februari 2012

Assalamualaikum semua...Tahun 2012 ini, pelumba muda malaysia yang bakal beraksi di MotoGP masih lagi disandarkan dibahu Zulfahmi Khairuddin. Selepas berjaya menduduki tempat ke 18 keseluruhan tahun lepas dengan 30 point. Tahun ini, Zulfahmi bakal membawa cabaran yang lebih besar, iaitu bersaing di Moto 3, (kategori baru menggantikan Moto2 tahun lepas, manakala kategori Moto 2 ditahun 2012 pula menggantikan 125cc )

Bakal menggunakan jentera baru iaitu KTM M32 dengan penaja lama AirAsia-Sic-Ajo, Zulfahmi dikatakan telah membuat ujian keatas jentera baru itu di trek Valencia, Spain yang lepas. Hasil ujian tersebut adalah seperti dibawah dengan satu keputusan yang agak memuaskan bagi Zulfahmi. Apapun ini bukanlah ukuran untuk menilai keupayaan jentera beliau beraksi di perlumbaan sebenar nanti.

Moto3 Class 2 Test-day unofficial lap times:
1. Sandro Cortese, Germany, KTM 1.43,2
2. Luis Salom, Spain, KTM Kalex 1.43,5
3. Hector Faubel, Spain, KTM Kalex 1.43,8
4. Niklas Ajo Finland, KTM 1.44,0
5. Zulfahmi Khairuddin Malaysia, Ministry of Trade 1.44,1
6. Alberto Moncayo, Spain, KTM Kalex 1.44,2
7. Danny Kent United Kingdom, KTM 1.44,2
8. Brad Binder, South Africa, KTM Kalex 1.45,7
9. Arthur Sissis Australia, KTM 1.46,2

Moto 3_KTM-Zulfahmi Khairuddin

KTM-Moto 3

Moto3-KTM-Zulfahmi

Moto3-KTM

KTM-Moto3-2012
Contoh colour scheme dari Red Bull
Tag :

Ahmad Hazwan Bakri Mohon Maaf Terbuka diFace Book

Sejurus selepas perlawanan antara Malaysia vs Bahrain semalam, aku dapati "Ahmad Hazwan Bakri telah membuat permohonan  Maaf secara terbuka di Face Book" menerusi Fan Page beliau. Walaupun kalah...alhamdulillah aku dapati kebanyakkan komen yang diterima masih lagi berbentuk positif.

Bukan kerana komen positif tu sebab beliau [Hazwan Bakri] yang berjaya menjaringkan gol pada malam tadi, tetapi kerana kerjasama berpasukan yang mantap, yang telah mereka tunjukkan terutamanya pada separuh masa kedua. Biarpun masih terdapat beberapa ruang kelemahan.

Apapun buat semua pemain pasukan Harimau Muda...pastikan kekalahan ni menjadi satu lagi detik pelajaran yang berguna buat kamu semua. Selepas ni, insyaallah pada perlawanan menentang Jepun di Bukit Jalil, pastinya stadium akan bergemuruh dengan sorakkan dari penyokong Harimau Malaya yang tetap setia bersama.

Hazwan-Bakri-Mohon-Maaf

Tetap-sokong-harimau-malaya

# Sambil2 tu...aku respek giler pada geng2 Ultras Malaya nih...sanggup buat banner beso "Road To London yang sangat Kreatif". Walaupun tak kesampaian...aku tabik/respek dengan hasil usaha mereka. Kalau nak update terkini dari UM07 [Ultras Malaya 07]...sila cari mereka di Fan Page UM07 di FB.-Juga terdapat T Shirt UM 07 yang sangat2 cun kat sana...gi cari depa skg!!!

Road-to-London-Ultras-Malaya
Tag :

Keputusan Malaysia vs Bahrain - Kelayakan Olimpik London 2012 [05/02/2012]

As salamualaikum dan salam sejahter semua.

Keputusan perlawanan Malaysia vs Bahrain pada malam ini [05/02/2012] di National Stadium Manama, Bahrain untuk Kelayakan Olimpik London 2012 pada separuh masa pertama ialah 1-0.  Penguasaan bola lebih kepada pasukan Bahrain, pasukan Malaysia lebih banyak berkubu di kawasan sendiri sehinggalah kita ditembusi 1 gol oleh pemain no 10 [Mohammad Allalawi].

Beberapa cubaan turut dilakukan oleh pasukan Malaysia. Paling hampir ialah cubaan Ahmad Shakir Ali yang berjaya melepasi perangkap off side, namun beliau gagal menyempurnakan peluang keemasan yang terhidang itu. Gurusamy dikeluarkan pada saat terakhir separuh masa pertama....pemain muda negara Nazmi Faiz Mansor diberi peluang untuk memperkuatkan skuad muda negara. Pasukan Malaysia lambat panas...hujung2 baru nak dapat rentak.

Separuh masa kedua, Malaysia seakan mula mendapat rentak dan mula mengatur gerakan. Seorang lagi pemain Malaysia, Fakri Sharani dikeluarkan dan digantikan dengan Gary Steven Robbat. Shakir juga dikeluarkan dan digantikan dengan Hazwan Bakri [6]. Serangan demi serangan dilakukan, namun penyudah masih belum jumpa ruang dan pintu gol. Akhirnya....akhirnya minit ke 85, Hazwan Bakri telah berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 menerusi hantaran lintang dari Wan Zack Haikal. Cantikkkk!!!

Bahrain tak puas hati...3 pertukaran serentak dilakukan pada minit ke 86. Gilozzz...nak menang bebeno derang nih. Terus..tak sampai seminit ponggg....Bahrain berjaya membalas sebijik gol lagi menerusi pemain no 9 mereka [Hussain Al Farhan]. Siottt...4 minit masa tambahan nak cari sebijik gol...misi sukar nihh! Akhirnya...keputusan penuh adalah Malaysia 1 Bahrain 2. Tak dak point lagi la nampaknya dan harapan ke sukan Olimpik 2012 dah berkecai..tapi pujian harus juga diberikan kepada mereka yang telah berjuang bersungguh-sungguh tadi.

Apapun aku nak ucap terima kasih kepada sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang hadir di Stadium Nasional Manama, Bahrain. Difahamkan majoriti mereka adalah anak2 diplomat dari kedutaan Malaysia disana. Dan tentunya aku lebih berasa hairan bin ajaib apabila hanya sekumpulan kecil sahaja rakyat Bahrain yang turun ke padang, walhal game tu kat ditempat mereka. Gamaknya derang tak minat bola tak?

Pas ni kita tunggu Jepun pulak kat Stadium Bukit Jalil......

Ahmad-Hazwan-Bakri
Hazwan Bakri, kiri....

Tag :

Malaysia vs Bahrain - Olimpik 2012 Stadium National [Manama] Bahrain

on 05 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam...
Malam ini, pertembungan antara skuad Olimpik Malaysia vs Bahrain di Stadium National Bahrain pada jam 11.30 malam. Siaran langsung dijangka akan disiarkan oleh TV1 dan juga Astro Arena bermula jam 11.15 malam. 


Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga dikatakan mahu skuad Olimpik Malaysia memberi tentangan habis-habisan kepada Bahrain pada malam ini.


Katanya skuad bimbingan jurulatih negara Ong Kim Swee itu perlu mempamerkan permainan yang mantap sehingga minit terakhir dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan C zon Asia di Stadium National, Manama. Pada perlawanan pusingan pertama Malaysia tunduk 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November lepas dan sebelum itu skuad ini juga terpaksa akur dengan kekalahan dalam dua perlawanan ketika menentang Jepun dan Syria.


Malaysia-vs-bahrain-Olimpik-2012

Latihan-skuad-olimpik-malaysia-2012
Latihan dari Skuad harimau Malaya di Bahrain
# Ayuh Harimau Malaya, tunjukkan semangat perjuangan...kalah menang tu adat perlawanan, yang penting main mesti baik...jangan tak melawan sudah. Hidup Harimau Malaya...kita kasi gegar Stadium Nasional Manama malam ini!!! 


# Keputusan Akhir Malaysia vs Bahrain


Kredit to - Bolasepak Malaysia Fan Page
                 Info Skuad Olimpik Malaysia Fan Page
Tag :

Paintball Bukit Cerakah - 28-01-2012 Part 2

on 02 Februari 2012

As salamualaikum semua geng2..malam ni kasi up date dulu gambar game perang-perang yang aku ngan kengkawan dah main hari sabtu lepas di Bukit Cerakah [28/01/2012]. Perasaan masa tu memang tak leh nak kata laa...sangat-sangat teruja nak main. Nampak sangat dah lama tak kena tembak atau lebam-lebam...

Tapi cam biasa laa...janji nak berperang dalam kul 9/10 pagi, last-last jam 11/11.30 kot baru start...time tu matahari dah nak tegak kat atas kepala dah. nasib bek main dalam hutan, kalau takkk...phewwww.

Sebelum aksi tembak menembak, aksi berposing dijalankan dulu.
Event pertama, capture the flag. Team yang ada marker [senapang] sendiri attack team rental marker. Ade la dalam 12 orang [own marker] tembak/serang 20 orang...aku termasuk dalam team rental marker..pehhh, kejap je diaorang sesah. Tapi aku bertahan di bahagian kanan dapat jugak la tahan 3 ekor geng2 pro tu. Last2 kono jugak sebab derang tau tempat aku sniper derang.

Berbincang tentang strategi yang nak digunakan...he3x!!

Yeahh...bro Kem kono kek lengan 2 das....
2 nd game, kami pecahkan team jadi kecik sikit. Eliminate game...main fast game, area kat bunker/kotak yang  diletak secara berdepan. Time ni sapa kena tembak, just patah balik ke belakang...pas tu sentuh jaring dah boleh main semula. Memang fast game betul...nak habis "pallet"[peluru] dalam tabung marker aku. Tapi puas hati gak la, sebab dapat tembak 2/3 orang enemy.

Si Jebat.... Hambik ko Jebat...kat leher tuuu...tak pasal2 nanti orang kata awek ko sedut kat situ plak...
3 rd game, defend bas dan attack bas. Aku termasuk dalam defend bas. Memula tu memang okey dah...musuh rapat je habis kami bedal...last-last yang aku tak leh tahan bila depa datang ikut belakang. Si Hendra [budak Tawau] tembak aku time aku tengah syok meniarap lak. Chisss....bontot aku kena 2 das. Rupa-rupanya ada otai yang bawah diaorang naik bukit turun bukit semata-mata nak attack dari belakang. Kira time ni memang team aku hancus la..mana taknya sekor-sekor kena tembak dari belakang. "Hero" bagi game kali ni adalah seorang awek yang telah berjaya menyentuh bas tersebut.

Aksi utk sessi bergambar jerr...he3x!!!
Game ke 4, last standing man...kali ni team aku balas balik...kita orang tembak habis-habisan sampai awek tu "surrender'...he3x!!!

Game ke 5, aku dah tak lalu nak main...pancit siot. Marker aku penuh lagi dengan pallet. Aku pas kat si Jebat untuk habiskan pallet tu. Time pun dah dalam 4.30 petang. So, habis je game tu terus balik...malam tidur lena. Besok lak...hmmm semua dok belek-belek kesan kena tembak...dan aku bernasib baik sebab tak banyak sangat. Paling ketara, 2 das dekat lengan kiri aku jer...

He4x aku ado kojo...cabut dulu ehhh.
Tag : ,

Kes Apek Tak Lapor Diri Latihan Skuad Olimpik

on 27 Januari 2012

Alamak...apa dah jadi nih? Dah 2 hari aku baca berita tentang "Kes Apek Tak Lapor Diri Latihan Skuad Olimpik ". Kat dalam hati tertanya juga, "Apa kes nih?". Bila baca paper hari ni baru la aku tau. Apek ataupun Khairul Fahmi Che Mat, tak hadir di latihan skuad olimpik negara disebabkan pasukan Kelantan masih memerlukan khidmat beliau pada perlawanan Kelantan vs Kuala Lumpur yang dijangka berlangsung esok.
"Saya tidak boleh buat apa-apa (untuk lapor diri skuad ke Olimpik atau sebaliknya) sebab tidak dapat kata putus daripada KAFA," katanya.- Utusan Malaysia.
Pihak KAFA menerusi presidennya, Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, semua ini hanyalah kes salah faham. KAFA dikatakan sebenarnya membenarkan Apek melapor diri di skuad olimpik negara. Tetapi beliau juga perlu kembali ke pangkuan KAFA 48 jam sebelum perlawanan Kelantan dengan Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Khairul Fahmi sepatutnya boleh melapor diri di Wisma FAM kelmarin, tetapi dia perlu pulang untuk bersama skuad Red Warriors dalam tempoh tersebut dan kembali menyertai latihan skuad negara Ahad ini. "Beliau sepatutnya boleh melapor diri pada 25 Januari di Wisma FAM tetapi menyangka perlu melapor diri hanya selepas perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur"- Utusan Malaysia.
 Jadi dengan penjelas ini, diharap semuanya boleh kembali tenang. Sekarang Apek cuma perlu perjelaskan kat Kim Swee je berkenaan isu beliau tak dapat hadir ke latihan skuad olimpik, yang telah bermula sejak kelmarin. (25/01/2012). Cuma aku rasa, perlepasan oleh KAFA tu agak leceh sikit la buat Apek...bayangkan Apek kena pergi dafar je dulu...pas tu kena balik plak ke Kelantan. Jadi satu kerja pulak nak kena ulang alik... Apapun pastinya rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan ini merasa lega. Termasuk la aku.....he3x!!!  Meh kita tengok video penjelasan Khairul Fahmi Che Mat berkenaan dengan isu ini. Kredit to Metrotv.




"Kes Apek Tak Lapor Diri Latihan Skuad Olimpik "


# Serius, aku ingatkan Apek nak merajuk ke atau hape ker...saspen gak ehh. Satu lagi, tahniah kat Apek sebab berjaya mendapat undi tertinggi di Goal.com sebagai penjaga gol asia terbaik. Semoga terus berjaya!
Tag :

Rasuah Bolasepak Perlis - Betul Ke?

on 19 Januari 2012

Rasuah Bolasepak Perlis -  Betul Ke?
Arghhh...9 pemain pergi jumpa Bookie sebelum perlawanan antara Perlis dan Majlis  Perbandaran Muar, 9 Januari lalu. Itulah dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim.
- Ramai jugak tu...kalau betul cerita ni...Habis la Perlis tahun ni...seb baik Pahang okey...hehehe


Dalam pertemuan itu pemain terbabit termasuk awang import baru untuk pasukan Perlis musim ini turut ditawarkan RM100,000 setiap seorang sebagai imbuhan menjual perlawanan sehari sebelum perlawanan Perlis dan MP Muar. Ejen bookie tu pulak adalah bekas pemain bolasepak tempatan 
- Errr...jumlah ni bagi satu game ke atau satu musim ehh? Kalau satu game, kayo pakcik wooo...Tapi ingatttt.....he3x!!!


Datuk Seri Shahidan Kassim juga berkata, maklumat itu diperolehi dari mesyuarat yang diadakan bersama pemain selepas kekalahan teruk 2-7 tempoh hari. Namun dikatakan, para pemain telah menolak dakwaan mereka menerima rasuah dari ejen bookie tersebut...
- Alhamdulillah, nasib baik derang belum lupa diri lagi. Tok sah la dok main/layan bookie2 ni lagi. Cukup la dengan apa yang negara kita pernah alami dulu. Kesian la kat semua peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong pembangunan sukan di dalam negara. Jangan tipu kami semua, jangan memalukan diri, negeri, negara dan agama. Perangi rasuah...insyaallah hidup kita pasti lebih berkat daripada melakukannya.


bookie bola malaysia
Tag :

Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2012 - Lagu Khas Badminton dr JoHara

on 16 Januari 2012

Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2012 - Lagu Khas Badminton dr JoHara
Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menjadi Juara di Terbuka Malaysia 2012 semalam. Bertemu Tago Kenichi nampaknya satu perlawanan yang mudah bagi beliau. Btw, aku tak sempat nak tengok sebenarnya. Lin Dan pastinya berasa malu kerana sebelum ni beria-ia benar melaungkan keyakinan untuk merampas gelaran Juara Terbuka Malaysia dari tangan Chong Wei. Berakhirnya Terbuka Malaysia, kini misi terbaru BAM adalah di Piala Thomas pula. Pada aku, harapan untuk menjadi juara agak tipis sekali. Kita belum berjumpa dengan pelapis yang sehebat Chong Wei...kita juga tidak mempunyai pasangan bergu yang mantap....kita juga berasa kekurangan terhadap bergu campuran...hmmm...apa alasan sekalipun inilah yang ada pada pasukan Badminton Malaysia, yang nyata kita tunggu je la saatnya nanti.


Sempena dengan kemenangan Datuk Lee Chong Wei di Terbuka Malaysia 2012, maka aku dengan senang hati berkongsi dengan kengkawan semua  video lagu dari "JoHara Pagi DiEra" bersama2 kengkawan yang lain...Adios semuaa..



Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2012 - Lagu Khas Badminton dr JoHara
Tag :

Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 - Chong Wei vs Tago Kenichi

on 15 Januari 2012

Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 - Chong Wei vs Tago Kenichi
Alhamdulillah, Chong Wei berjaya mara ke pusingan akhir di Terbuka Malaysia 2012. Chong Wei mara  ke akhir dengan menewaskan Cheng Long didalam 3 set permainan dengan mata 21-18, 17-21, 21-13 . Impian untuk melihat wakil Malaysia bermain di pusingan akhir menjelma juga setelah bergu campuran tewas ditangan ranking pertama dunia iaitu Zhang Nan/Zhai Yunlei 21-13 21-16 dalam tempoh 33 minit. Sementara itu, Tago Kenichi menang mudah dalam perlawanan yang berlangsung singkat kira-kira 7 minit kerana penarikan diri Chin Jin selepas tercedera.
Akhir-badminton-terbuka-malaysia-2012
foto AP-Lai Seng Seng
Esok, hari penentuan buat Chong Wei dalam mengejar misi gelaran ke 8 Juara Terbuka Malaysia. Semoga wakil Malaysia yang satu ini berjaya didalam misi beliau dan menjadikan kemenangan ini hadiah terbaik untuk Tahun Baru Cina 2012 ini. Selamat berjuang Datuk Lee Chong Wei....

Dalam pada itu, jadual dan senarai pemain untuk perlawanan untuk hari Ahad yang bermula jam 1 petang ada aku disediakan dibawah....


1. Beregu campuran
Zhang Nan/Zhoa Yunlei (CHN) lwn Xu Chen/Ma Jin (CHN)

2. Perseorangan wanita
Wang Yihan (CHN) lwn Wang Xin (CHN)

3.Beregu lelaki
Cho Gun Woo/Shin Baek Choel (KOR) lwn Fang Chieh Min/ Lee Sheng Mu (CHN)

4. Perseorangan lelaki
Lee Chong Wei (MAS) lwn Tago Kenichi (JPN)

5. Beregu wanita
Pedersen Christinna/Kamilla Rytter Juhl (DEN) lwn Ha Jung Eun/ Kim Min Jung


Sumber - Mstar Online
Tag :

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012 [Jumaat]

on 14 Januari 2012

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012[Jumaat]
Alhamdulillah, Chong Wei berjaya melepasi cabaran dari Taufik Hidayat 21-9, 21-18, di peringkat suku akhir  Terbuka Malaysia 2012 semalam. Set kedua yang aku rasa agak saspen sikit...tak suka betul aku bila ada elemen saspen nih.  Bagaimanapun esok [hari ni] cabaran yang lebih besar menanti Chong Wei.  Bertemu Chen Long antara satu tugas yang sukar. Chen Long menang keatas Sho Sasaki dari Jepun 21-19, 21-17. Sementara itu seorang lagi pemain China, Chen Jin pula akan bertemu Kenici Tago juga akan bertarung di peringkat separuh akhir.


Turut mara ke separuh akhir ialah beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang mengalahkan Danny Bawa Chrisnanta dan Yu Yan Vaneesa Neo dari Singapura 21-13, 14-21, 27-25.
Beregu negara yang mendapat ranking ke-11 dunia itu akan bertemu beregu nombor satu Zhang Nan dan Zhao Yunlei dari China dalam peringkat separuh akhir hari ini.- Gamaknya ada peluang tak nih?


Sementara itu beregu wanita pula, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei memperoleh kemenangan percuma ke atas gandingan China Yixin Bao/Zhang Qianxin apabila lawan mereka menarik diri akibat kecederaan selepas mendahului 14-21, 4-9. Jadi hari ni akan ada 3 wakil dari negara kita untuk meneruskan cabaran di Kejohanan Terbuka Siri Malaysia 2012. 


- Dapat lepas 1 wakil negara ke peringkat Sepruh Akhir pun dah cukup la....:), tapi kalau ketiga2 dapat pergi ke Separuh Akhir...hehehe...lagi bagusss!!!!
-[Update Final Terbuka Malaysia 2012]
Tag :

Chong Wei ke Suku Akhir Lin Dan Kalah - Terbuka Malaysia 2012

on 13 Januari 2012

Chong Wei ke Suku Akhir Lin Dan Kalah - Terbuka Malaysia 2012
Yess....bonus berganda untuk pemain dan rakyat Malaysia hari ini. Berita tersebut ialah kemenangan Chong Wei menumpaskan pemain Jepun  Kazushi Yamada. Dan satu lagi ialah kekalahan Lin Dan ditangan pemain Denmark iaitu  Jan O Jorgensen. Ikuti berita penuh dibawah....
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri kejuaraan kelapan Siri Super Terbuka Malaysia apabila melangkah ke suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Khamis. Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan lawannya Kazushi Yamada dari Jepun pada set pertama 21-8 namun kehilangan fokus pada set kedua sehinggamembenarkan Yamada mendahului 12-4. Bagaimanapun, pilihan utama kejohanan itu berjaya bangkit untuk akhirnya memenangi perlawanan dengan mata 21-18.
"Masa set kedua saya sedikit hilang fokus, mungkin kerana ada gangguan 'angin' yang kuat (di gelanggang) jadi saya sedikit takut untuk bermain seperti biasa," katanya kepada media selepas perlawanan. Beliau dijadualkan bertemu pemain Indonesia Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir pada Jumaat. Taufik pada Khamis mengetepikan saingan pemain Vietnam Nguyen Tien Minh 21-11,21-14.
Dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki, Jan O Jorgensen dari Denmarkmelakukan upset dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China14-21, 21-15, 21-15. Jorgensen, yang menggambarkan kejayaan itu sebagai 'kemenangan paling besar buat dirinya", berkata mengalahkan Lin Dan adalah lonjakan baginya selepas mengharungi tahun yang agak sukar pada musim lepas.
"Lin Dan adalah pemain yang sangat sukar untuk dikalahkan. Saya kalah kepadanya di China tahun lepas, namun pada kali ini, saya dan jurulatih merancang permainan yang berbeza, dengan memperbanyakkan pukulan tajam di jaring dan cuba menang dalam pukulan rali," kata pemain itu yang mengalami masalah jantung selepas kematian ibunya tahun lepas. Bagaimanapun, Jorgensen mengakui bahawa Lin Dan mungkin keletihan selepas bermain dalam beberapa siri kejohanan sejak tahun lepas. Pemain berusia 25 tahun itu akan berdepan satu lagi saingan sengit pada Jumaat dengan menentang seorang lagi pemain dari China, Chen Jin di peringkat suku akhir. - BERNAMA

Keputusan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Khamis 12/01/2012
BERIKUT adalah keputusan perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 yang melibatkan pemain Malaysia di Stadium Putra.

Perseorangan Lelaki:
Lee Chong Wei (MAS) mn Kazushi Yamada (JPN) 21-8, 21-18;

Perseorangan Wanita:
Juliane Schenk (GER) mn Tee Jing Yi (MAS) 21-18, 21-6;

Beregu Lelaki:
Markis Kido/Hendra Setiawan (INA) mn Mak Hee Chun/Ong Soon Hock (MAS) 21-16, 21-13;

Beregu Wanita:
1. Vivian Hoo/Khe Wei Woon (MAS) mn Anneke Feinya Agustin/Nitya Krishinda Maheswari (INA) (tarik diri)
2. Chin Eei Hui/Wong Pei Tty (MAS) mn Eom Hye Won/Jang Ye Na (KOR) 21-18, 21-14;
Tag :

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012

on 12 Januari 2012

Update dari Mstar Online mengenai keputusan terkini bagi pemain badminton Malaysia yang bermain di Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Malaysia 2012 kat Stadium Bukit Jalil. Harap2 mereka dapat teruskan kecemerlangan...(bagi yang menang laaa )
Keputusannya....

Perseorangan lelaki
1. Pablo Abian (SPA) mn Wong Choon Hann (MAS) 24-22, 21-18
2. Lee Chong Wei (MAS) Mn Liew Darren (MAS) 21-8, 21-11
3. Dionysius Hayom Rumbaka (INA) mn Muhammad Hafiz Hashim (MAS) 17-21, 21-13, 21-11

Perseorangan wanita
Tee Jing Yi (MAS) mn Porntip Buranaprasertsuk (THA) 16-21, 25-23, 21-10

Beregu wanita
1. Vivian Hoo/Woon Khe Wei (MAS) Mn Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN) 15-21,21-19,21-17.
2. Chin Eei Hui/Wong Pei Tty (MAS) Mn Emelie Lennartsson/Emma Wengberg (Sweden) 22-20, 21-14
3. Valeri Sorokina/Nina Vislova (RUS) mn Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean (MAS) 21-18, 21-13


Beregu lelaki
1. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) Mn Rupesh Kumar K. T. / T.Sanave (IND) 21-14 21-13

Beregu campuran
1. Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) Mn Chen Hung Lin/Cheng Wen Hsing (TWN) 21-17, 12-21, 24-22
2. Jiaming Tao/Huan Xia (CHN) Mn Tan Aik Quan/Lai Pei Jing (MAS) 21-17, 21-16
Sedikit petikan berita....
Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam Rabu selepas menang selesa dengan rakan sepasukan Liew Darren. mata bagi perlawanan ini..21-8, 21-11. Chong Wei, yang dijangka akan bertemu pemain Jepun, Kazushi Yamada dalam pusingan kedua esok, kini dalam misi merangkul gelaran Terbuka Malaysia kali kelapan.

Sementara itu, beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei melakukan kejutan apabila mengalahkan pilihan ketiga dan beregu ranking kelima dunia Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna dari Jepun 15-21, 21-19, 21-17. Beregu itu, yang kini berada pada kedudukan ke-21 dunia, akan bertemu pemenang perlawanan di antara Anneke Feinya Agustin/Nitya Krishinda Maheswari dari Indonesia dan Lee So Hee/ Shin Seung Chan dari Korea Selatan, yang dijadualkan berlangsung lewat malam Rabu.

Satu lagi beregu wanita negara Chin Eei Hui/Wong Pei Tty turut mara ke pusingan seterusnya setelah mengenepikan saingan Emelie Lennartsson/Emma Wengberg dari Sweden 22-20, 21-14. - BERNAMA

Update:  Keputusan Hari Khamis 12.01.2012
Upate: Keputusan Semi Final Terbuka Malaysia 2012
Tag :

Badminton Terbuka Malaysia 2012 - Lin Dan Tekad Jadi Juara

on 11 Januari 2012

Baru je beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kemenangan Lee Chong Wei keatas Lin Dan. Kini, mereka bakal berentap lagi apabila bakal bertembung di Kejohanan Terbuka Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 10/01/2012 ~ 15/01/2012 ini. Lin Dan telah menyatakan hasrat untuk menjadi Juara di Badminton Terbuka Malaysia semasa ditemuramah wartawan di KLIA ketika baru tiba disini kelmarin.
Terbuka Malaysia 2012
GEGARKAN DENGAN SEMANGAT!!!!
Pada aku, perkara ini tidak harus dipandang ringan oleh Lee Chong Wei, seandainya satu lagi kemenangan bakal dijelmakan oleh Lee Chong Wei keatas Lin Dan, ianya pasti memberi impak yang besar keatas pemain China yang agak ego itu. Apapun, kami semua peminat2 Malaysia akan berada dibelakang kamu wahai pemain2 badminton negara. Malaysia Boleh!!!! Tolong tambahkan kemanisan kita di Terbuka Korea tempoh hari Chong Wei!!!

Sementara itu, pasangan bergu negara Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari memulakan tahun ini dengan langkah kanan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan utama beregu lelaki kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini [semalam]. Beregu yang mewakili Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) itu menewaskan beregu Taiwan Liang Jui Wei/Liao Kuan Hao 21-13, 23-21 dalam masa 26 minit. "Kombinasi kami semakin selesa. Masing-masing sudah tahu apa yang patut dilakukan, namun kami masih perlu membaiki 'consistency' kami," kata Mohd Zakry selepas perlawanan itu. Gandingan itu yang dibimbing pakar beregu negara Razif Sidek, bakal berhadapan pilihan kelapan kejohanan Markis Kido dan Hendra Setiawan dari Indonesia esok.

Mohd Fairuzizuan berkata, pertembungan tersebut dijangka sukar kerana mereka tidak pernah mengalahkan beregu utama Indonesia itu. "Bagaimanapun sedikit sebanyak kami sudah tahu corak permainanan mereka. Jika berjaya esok, barulah kami berani untuk 'target' ke semi final," katanya. Beregu itu yang menduduki ranking ke-45 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga berazam untuk meraih sekurang-kurangnya dua gelaran kejohanan tahun ini. "Meskipun mungkin tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke Olimpik (Julai ini), kami masih ingin membaiki ranking dan kami sasarkan dua kejohanan iaitu satu kejohanan GP Gold dan satu kejohanan super series," katanya.


Selain Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan, dua lagi beregu lelaki negara Mak Hee Chun/Ong Soon Hock dan Ong Jian Guo/Teo Kok Siang turut menempah tempat di pusingan utama. Mak dan Ong menewaskan Rasmus Bondel/Anders Kristiansen dari England 21-19, 21-14, manakala Ong dan Teo mengenepikan cabaran pasangan Thailand Bodin Issara/Maneepong Jongjit 21-16, 15-21, 22-20. - BERNAMA

# Untuk makluman, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ini menyediakan hadiah keseluruhan bernilai USD 400,000...beso juga jumlah tu weii..:)

# Update Jumaat: Keputusan Suku Akhir Terbuka Malaysia 2012
Tag :

Kelab Khairul Fahmi KKFCM - kene bayar RM250?

on 10 Januari 2012

Satu lagi berita sensasi dari pemain ternama negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Kali ni berkenaan dengan berita tentang penubuhan kelab peminat beliau iaitu Kelab Khairul Fahmi Che Mat [KKFCM]. Satu usaha yang bagus untuk merapatkan tali silaturrahim antara pemain dan peminat, cuma satu jer yang tak berapa sedapnya bila...........


Rasanya tiadalah ahli sukan yang lebih ‘famous’ dan glamour dewasa ini kecuali penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat.
Dia bertunang, heboh satu Malaysia…apatah lagi bila dia putus tunang.
Lebih kecoh bila kisah ‘skandalnya’ terdedah dalam internet.
Khairul Fahmi yang dikenali sebagai Apex juga menjadi rebutan majalah-majalah yang ada di pasaran.
Mungkin disebabkan itu, sebuah kelab peminat ditubuhkan atas namanya iaitu Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM).
Namun yang membuatkan penulis tersedak, mereka yang berminat perlu membayar sebanyak RM250 untuk menjadi ahli kelab tersebut!
Mereka dibawah 18 tahun pula RM150.
Difahamkan setiap penyertaan akan disediakan sijil penyertaan, baju kelab, topi, pelekat kereta dan insuran perlindungan diri.
Penulis tak tahulah sama ada penubuhan kelab itu dibawah pengetahuan Apex atau tidak tetapi rasanya yuran itu agak tinggilah.
Zaman sekarang ini kerajaan dah suruh kita berjimat cermat tau.
Tetapi penulis yakin, bagi peminat yang ‘hardcore’, RM500 pun mungkin mereka sanggup.
Apapun diharap janganlah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas populariti Apex itu.
Dan Apex sendiri, sekiranya dia memang setuju dengan penubuhan kelab ini, diharap dapatlah berbuat sesuatu agar yuran itu dapat direndahkan lagi.
Tapi kalau dia sendiri pun beriya-iya nakkan RM250, nak kata apa lagikan? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Bagi aku la...minta maaf dulu eh, kalau tersalah bahasa, usaha ni sebenarnya usaha yang bagus tetapi dengan cara yang begini aku rasa, ianya agak merugikan KKFCM sendiri. Hanya peminat2 sejati sahaja yang akan masuk dan join aktiviti kelab ni. Kos yuran juga agak membebankan sedikit. Kecuali pada mereka2 yang memang dah bekerjaya dan tak ada masaalah dengan kewangan. Sedikit info tentang kemasukan dan kelebihan menjadi ahli kelab KKFCM ialah.....


#Tambahan kepada pakej rm250 Gold itu ialah RM150 untuk pakej Platinum dan RM60 pula untuk pakej Silver. Mak aihhh...siap ada pakej lagi tu....Setiap penyertaan akan disediakan baju kelab, topi, sticker kereta, dan insuran perlindungan diri. Antara aktiviti lain yang dikatakan akan dijalankan dimasa akan datang;
1.  Pakej Umrah Bersama Khairul Fahmi Pada Pertengahan Bulan Febuari 2012.
2.  Pakej Kembara 1Malaysia Bersama Khairul Fahmi Pada Awal Bulan Mac
3.  Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Dan Mengumpul Dana Bagi Madrasah Darul Furqan  Bersama Khairul   Fahmi


Bila ada khabar2 angin mengatakan kemungkinan Khairul Fahmi sendiri tak tahu menahu langsung tentang penubuhan kelab ni, aku pun cuba check di senarai staff kelab tersebut, hasilnya seperti dibawah....
Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat


# Agak ramai jugak staff kelab KKFCM ni..bagi aku mustahil bila kita nak kata Khairul Fahmi tak tahu menahu langsung tentang isu ini...tapi tak tau la kalau2 ade orang guna nama beliau jerr....
# Aku - Sokong dari jauh je dah laa....:)


Sumber - MyNewshub
Nak join Kelab Khairul Fahmi Che Mat? - http://www.mykhairulfahmi.com/
Tag :

Nicol David Juara World Series Squash Final 2012

on 09 Januari 2012

Nicol David Juara World Series Squash Final 2012
Satu lagi berita gembira hari ini melengkapkan kemenangan Datuk Lee Chong Wei keatas Lin Dan semalam. Nicole David telah berjaya memenangi kejuaraaan ATCO World Series Squash Final 2012 di Queen Club, London dengan menewaskan Medeline Perry dari Ireland didalam permainan 3 set selama 41 minit. 11-9, 11-9, 11-9,  cun je nombor tu kan...tetapi itulah keputusan rasmi bagi Nicole David didalam kejuaraan World Series tersebut. Kejayaan Nicole seakan sudah dijangka, ianya sesuatu yang hebat untuk sukan Malaysia pada permulaan tahun 2012 ini.

Nicole berkata, "memenangi kejuaraan World Series Final ini sememangnya satu perasaan yang hebat, satu permulaan baik untuk tahun 2012 dan bertarung dengan pemain dari Top 8 juga sangat istimewa. Ianya tidak datang dengan mudah dan diharap sesuatu yang lebih bermakna/baik di masa akan datang nanti"

Sementara itu untuk pemain lelaki pula, Amr Shabana (Mesir) pula berjaya menewaskan Gregory Gaultier (France) dengan mata 6-11, 12-10, 11-7, 7-11, 11-8 dalam masa 91 minit.

Nicol Juara World Series 2012

Sumber aku - http://www.squashsite.co.uk
Nicol David Juara World Series Squash Final 2012
Tag :

Nicol David - Final ATCO PSA World Series, Squash 2012

on 08 Januari 2012

Tahniah Datuk Nico David kerana berjaya mengalahkan Laura Massaro (ENG) di Semi-Final 1, ATCO PSA World Series yang berlangsung di Queen Club di London. Bermain buat kali pertama dalam pertandingan itu, tewas dalam set pertama 8-11 sebelum bangkit untuk memenangi kedua-dua set yang kemudiannya, mata 11-4, 11-3, dalam masa 33 minit adalah yang terbaik daripada-tiga set separuh akhir perlawanan menentang pilihan dunia No. 4 itu.


Nicol, juara dunia 6 kali, akan menghadapi pemain no 3 Madeline Perry dari Ireland dalam perlawanan akhir nanti yang telah mengecawakan Jenny Duncalf dengan kemenangan 11-3, 11-18,11-5. Kita doakan sama2 agar pemain Malaysia yang hebat ini akan berjaya di aksi final nanti. Pastinya lebih manis jika kemenangan Lee Chong Wei di Terbuka Korea disertai dengan kemenangan Nicol David di permulaan tahun 2012 ini.





Tag :

Terbuka Korea - Kemenangan Terulung Chong Wei Vs Lin Dan

Terbuka Korea - Kemenangan Terulung Chong Wei Vs Lin Dan
Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mengatasi musuh ketat beliau Lin Dan dengan kemenangan terulung (hehehe) di Terbuka Korea.. Nampaknya permainan yang berlangsung sebanyak 3 set tersebut telah begitu mendebarkan diri aku dan juga rakan2 yang lain. Aku tengah gumbira sesangat nih...yeahhh...hahaha

Kemenangan tersebut sangat manis kerana ianya berjaya menepis tanggapan yang beliau sudah tidak mampu lagi untuk mengatasi trio dari China seperti mana entri aku dan juga para blogger, paper lain katakan sebelum ni. Entri yang mana satu?? Ni entrinya,  Chong Wei akui nak berlatih dengan Misbun.

Akhirnya Datuk Lee Chong Wei berjaya juga mengalahkan Lin Dan dalam permainan 3 set seperti dibawah...

Set Pertama Kalah - 12 - 21
Set Kedua Menang - 21 - 18
Set Ketiga Menang - 21-14


Lee Chong Wei menang terbuka Korea
Datuk Lee Chong Wei - Berita Harian
# Errkkk...sapa kata DLCW dah tua weiii?? Hahaha...sesambil tu aku tengah tunggu keputusan dato Nicol David plak nih...:), kalau sempat terus up date, kalau tak esok2 je laa...:)
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved