Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

The Doctor Kembali Bersama Yamaha | Sepang Test Track 2013

on 09 Februari 2013

The Doctor Kembali Bersama Yamaha | Sepang Test Track  2013

The Doctor Kembali Bersama Yamaha | Sepang Test Track  2013 :  Sepertimana yang telah diketahui, Valentino Rossi telah kembali bersama Team Yamaha Factory untuk musim baru MotoGp 2013 ini. Berita ini sebenarnya telah mengembalikan keyakinan penyokong The Doctor yang beliau pasti akan kembali menaiki podium setelah kurang menyerlah bersama Ducati selama dua tahun sebelum ini.

The Doctor Kembali Bersama Yamaha | Sepang Test Track  2013

Personaly, sebagai fan Yamaha aku memang rasa gembira juga dengan kembalinya The Doctor bagi menggantikan Ben Spies yang agak kurang menonjol. Untuk sessi 2013 ini, Ben Spies akan berlumba untuk pasukan Pramac Racing Team bersama Andrea Ionnone.

Motorsikal Jorge Lorenzo

Kembalinya Rossi bersama Yamaha telah membuatkan kepala aku terbayang, mungkinkah Jorge Lorenzo akan kembali berentap bersama Rossi seperti sebelum ini disamping pencabar utama Danial Pedrosa dari pasukan Repsol Honda. Ujian masa baru2 ini di litar Sepang melihatkan ketiga-tiga pelumba ini bersaing di top 3.

Motorsikal Ujian Cal Cruthlow


Dalam pada itu, pasukan satelit Yamaha iaitu Monster Yamaha Tech 3 pula kehilangan Andrea Dovizioso yang berpindah ke pasukan Ducati mengisi ruang yang ditinggalkan Rossi. Namun Cal Cruthlow masih tetap setia bersama seorang bekas pelumba yang naik pangkat dari Moto2 iaitu Bradley Smith.

Kedudukan penunggang tahun 2013

Apapun tak dilupakan juga kepada pelumba muda kita, Zulfahmi Khairuddin yang kini bersama Red Bull KTM Ajo. Pada bahu beliau tersandar harapan dan impian rakyat Malaysia yang kepingin melihat beliau terus menaiki podium dengan cemerlang pada tahun ini. Semoga beliau berjaya.






The Doctor Kembali Bersama Yamaha | Sepang Test Track  2013
~Salam mesra dari yastro~ 
Tag :

AL FATIHAH - Ezmi Mad Jan Telah Kembali Ke Rahmatullah

on 03 Februari 2013

Ezmi Mad Jan Telah Kembali Ke Rahmatullah

AL FATIHAH - Ezmi Mad Jan Telah Kembali Ke Rahmatullah | bekas pemain bolasepak pasukan Selangor iaitu, Mohd Ezmi Mad Jan yang menderita barah hidung akhirnya telah kembali ke rahmatullah sekitar jam  1.43 pagi pada 1 Feb 2013 di rumahnya di Kampung Sentosa.

Menurut kata bapanya, tahap kesihatan Ezmi dilaporkan semakin menurun sejak sebulan yang lalu. Arwah juga dikatakan hilang selera makan menyebabkan berat badan beliau semakin menyusut. Sebelum itu, Ezmi turut mengalami muntah darah yang teruk serta sukar membuang air besar.

Jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi semalam.


# Semoga arwah ditempatkan dikalangan muslimin yang beriman dan beramal solah. Alfatihah. Dalam pada itu, terkenang juga aku kepada rakan blogger ini yang juga menghidapi kanser paru2 tahap 4. Semoga bro Jejai (teratakarmo) dan keluarganya tabah menghadapi dugaan yang sedang melanda mereka ketika ini.

artikel asal
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bekas-pemain-selangor-ezmi-kembali-ke-rahmatullah-1.127575





AlFATIHAH  - Ezmi Mad Jan Telah Kembali Ke Rahmatullah
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Keputusan Penuh Liga Super 12 Jan 2013

on 13 Januari 2013

Keputusan Penuh Liga Super 12 Jan 2013

Keputusan Penuh Liga Super 12 Jan 2013 | Berikut adalah keputusan penuh Liga Super yang berlangsung malam tadi. Hanya 3 perlawanan sahaja dilangsungkan.

Perlawanan tumpuan pilihan aku ialah T Team Vs Kelantan. Nampaknya pasukan Kelantan masih belum menemui rentak setelah kehilangan beberapa pemain utama pada musim ini. Mungkin keserasian tu belum menjelma, apapun saingan masih awal lagi buat semua pasukan.


Keputusan Liga Super


T Team 1   vs   0 Kelantan


Lions XII 1 vs  0 Selangor 


ATM 3    vs  1 PKNS 



Keputusan Penuh Liga Super 12 Jan 2013
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Keputusan Penuh Liga Super & Perdana 11 Jan 2013

on 12 Januari 2013

Keputusan Penuh Liga Super & Perdana 11 Jan 2013

Keputusan Penuh Liga Super & Perdana 11 Jan 2013 | Berikut adalah keputusan penuh Liga Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi pada 11 jan 2013




Keputusan Liga Super 



Felda 0 vs 1 Pahang



Negeri Sembilan 0 vs 0 Terengganu



Darul Takzim 1 vs 0 Perak



Keputusan Liga Perdana 



Betaria FC 0  vs  2 Johor FA



Kuala Lumpur 0  vs  4 PDRM


Sime Darby 3  vs  1 Sabah


SPA 4  vs  2 Perlis


Srawak 5  vs  0 UiTM FC


Kedah 1  vs  0 Pos Malaysia







Keputusan Penuh Liga Super & Perdana 11 Jan 2013
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012

on 13 Disember 2012

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012
Uishh...ada bayang lorrr???
Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012 ! Kesian...kesian aku tengok team Malaysia yang tak habis2 kena main dengan team luar. Semalam, paper dah tunjuk betapa daifnya padang latihan yang Thailand sediakan buat pasukan Malaysia untuk game Separuh Akhir kedua Suzuki Cup 2012.

Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012 - Malaysia Vs Thailand
Sah-sah padang sekolah rendah je yang guna padang ni...tak pun padang awam kot?
Bukan setakat padang je, persalinan baju, tandas semuanya paling buruk depa bagi kat kita. Kali ni kali kedua team Malaysia kena begini. Walhal jika team dari luar negara datang kesini, kita bagi derang tempat baik-baik, siap kawalan keselamatan dan padang dan kemudahan lain kelas A lagi...Kali ni, memang psiko gila Thailand bagi kat negara kita.

Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012 - Malaysia Vs Thailand
Jaring gol sekolah mana depa kutip nih?
Hari ni, paper dah bagi tahu yang pengurusan AFF memohon maaf atas apa yang terjadi. Hehehe....rasa nak tergelak bagai aku dibuatnya. Apa derang semua makan gaji buta ker? Sapa yang tak buat kerja nih?

Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012 - Malaysia Vs Thailand
Tempat persalinan baju ke ni? Ingatkan bas stop budak sekolah
Nak tulis panjang2 kang bersimpang siur lak peluru aku tabur. Tak pe la...kita tunggu saja malam ni sebab malam ni adalah penentu siapa yang bakal layak ke akhir Suzuki Cup 2012. Harap2 team Malaysia berjaya tewaskan Thailand, biarpun depa ada bekalan sebijik gol disini. Seri 2-2 pun okey gak...janji lepas masuk akhir menentang Singapura yang dah kompom pergi ke perlawanan akhir AFF Cup 2012 semalam.

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012
Tunggu bas siam ke bang?
Apapun, meh la kita layan dulu gambar2 yang aku himpun dari google, bagaimana team kita kena main kat Thailand. Harap2 team Malaysia makin bertambah semangat dengan layanan istimewa dari Thailand untuk game Separuh Akhir Suzuki Cup 2012 nih. Adiozzz....





Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012
~Salam mesra dari yastro~
.


Tag :

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012

on 09 Disember 2012

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012 ! Malam ini, jam 8.00 pertemuan separuh akhir pertama Malaysia vs Thailand akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012


Dengan jumlah pemain utama yang agak panjang, aku rasa semua peminat pasukan Malaysia mesti akan tertanya-tanya kemampuan pemain pengganti. Dalam hati dapat dirasakan Malaysia akan pincang tanpa Wan Zack Haikal. Shakir Ali pun sah tak akan diturunkan...bertambah parah nihhh!!! Pasti pemain Tahiland akan tersenyum lebar....at least kurang sikit beban derang...

Bagaimanapun, walau sesiapa pun yang diturunkan malam ni, aku harap mereka dapat menggalas tugas dengan sebaiknya. Rasanya Mat Yo dan Safee masih ada lagi malam ni untuk menentang Thailand.  Derang pun dah dok pakat nak jaga Mat Yo. satu lagi denag nak menang sebab nak hadiahkan kat raja depa, Bhumibol Adulyadej sempena hari jadi beliau.

Satu lagi, pemain ke 13 negara, Ultras Malaya pasti akan memberikan chant terbaik mereka untuk para pemain. Begitu juga penyokong2 lain...tak kira la yang hadir kat stadium, kedai mamak atau kat rumah sekalipun.  Insyaallah ianya sedikit sebanyak akan memberikan semangat tambahan buat pemain Malaysia.

Aku harap malam ni adalah malam buat Malaysia lagi, biarlah kita ada sedikit bekalan untuk bila nak bertandang ke Thailand nanti...Adiosss....semoga berjaya Harimau Malaya!!!!



## Minta Tolong Semua Kawan2 atau pembaca untuk "Ringankan Tangan Anda Klik Butang G+1 aku di entri iPhone 5 GAJET IMPIAN", Ianya amat Penting Kerana den sekarang ni sedang BERTARUNG untuk CONTEST iPhone 5 GAJET IMPIAN ini....juga untuk undian Gadget Impian blog [klik sini]

Bagi rakan2 blogger yang join, just inform aku dan aku akan kembali dgn kadar segera utk beri G+1 utk korang pula......Terima kasih.

Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
~Salam mesra dari yastro~


Tag :

Nama Wan Zack Dan Zzati Rashid Panas

on 05 Disember 2012

Nama Wan Zack Dan Zzati Rashid Panas ! Hurmph......sejak kebelakangan ni nama Wan Zack Haikal disebut2 para peminat bolasepak kerana kelincahan dan ketangkasan beliau dalam membantu skuad negara di Piala AFF Suzuki 2012 baru2 ini.

Nama Wan Zack Dan Zzati Rashid Panas
Tetapi.....ada tetapi pulak, Wan Zack orang Pahang yang mancho tu bukan sahaja disebut2 kerana corak permainan beliau kat atas padang, beliau disebut2 kerana ke"cun"nan kekasihnya dan juga kerana kegilaan seorang peminat yang bernama Tikachumel yang telah membuat satu kenyataan "berani" menerusi laman twitter milik beliau.

Kesian juga pada Wan Zack, nama baru je nak naik tetapi depa dah wat kecoh sana sini. Nak wat camne Wan Zack ehh.....mungkin depa cari pengganti Khairul Fahmi yang dah nak beristeri tu kot. So, aku pun tak le rasa pelik kalau lepas ni Wan Zack pula menjadi buruan media dan pengiklan.

Apapun, 9 Disember nanti pertemuan Malaysia vs Thailand. Harap2 Wan Zack sekali lagi dapat perform seperti masa lawan Indonesia tempohhari. Errr....juga buat semua, bukan Wan Zack sahaja....paling penting, abaikan jer gossip2 dan berita tentang awek ko dulu.....tak de panas mana wehhh... gempok saja deme tu....tok sah dilayan sangat!!!






 # Minta Tolong Semua Kawan2 atau pembaca untuk "Ringankan Tangan Anda Klik Butang G+1 ", Ianya amat Penting Kerana den sekarang ni sedang BERTARUNG untuk CONTEST iPhone 5 GAJET IMPIAN ini.... Bagi rakan2 blogger yang join, just inform aku dan aku akan kembali dgn kadar segera utk beri G+1 utk korang pula......Terima kasih.

iPhone 5 Gadget Impian
IPHONE 5 BLOGGER PALING HEBAT 




Nama Wan Zack Dan Zzati Rashid Panas
~Salam mesra dari yastro~


Tag : ,

Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012

on 02 Disember 2012

Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012

Piala Suzuki AFF 2012 - MALAYSIA VS INDONESIA ! Alhamdulillah....akhirnya keputusan memihak kepada Malaysia bila bertemu dengan musuh tradisi Indonesia dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Puas juga hati aku walaupun hanya menonton siaran Suzuki Cup tu dari rumah sahaja, nasib baik separuh masa pertama pemain kita berjaya menjaringkan gol walaupun peluang tu tak banyak berbanding perlawanan dengan Laos tempoh hari. Respek aku buat Wan Zack, memang dia antara yang paling menyerlah pada perlawanan Malaysia Vs Indonesia tu tapi tak juga sumbangan buat pemain lain....korang memang mantap beb!!!

Analisa aku untuk game malam tu sempoi jer, ada gol, kita menang dah kira bagus la walaupun separuh masa kedua kita digasak hebat oleh team Indonesia. Pemain cilik diaorang memang memberi banyak masaalah pada pertahanan team Malaysia, bagaimanapun alhamdulillah kita berjaya juga. Tahniah diucapkan buat seluruh team Malaysia, pengurus,pemain dan yang lain2.

Apapun, Piala AFF Suzuki 2012 ni masih belum tamat lagi, selepas ni team Malaysia bakal bertemu pula dengan Thailand. Satu lagi musuh tradisi negara. Tak salah aku, 9 Disember 2012 ni perlawanan Separuh Akhir akan dimulakan di Bukit Jalil manakala Singapura akan bertemu Filipina di negara Filipina (betulkan jika aku silap). yang penting, kita doakan Malaysia berjaya......buktikan Harimau masih hebat mengaum seperti dulu!!!!!!!




- Jersi baru tu tuk away saja ker? tak nampak lagi depa pakai.......




Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012

on 29 November 2012

Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012
Safee meraikan kejayaan menjaringkan gol
Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012 ! Alhamdulillah...syukur sesangat kerana akhirnya pasukan Malaysia berada dilandasannya kembali untuk bersaing dalam Piala AFF Suzuki Cup 2012 ini dengan menewaskan Laos 4-1.

Tahniah pertamanya aku berikan buat coach, Rajagobal yang akhirnya berjaya melegakan perasaan resah aku dan juga seluruh peminat bolasepak tanahair. Nampaknya kali ini para pemain pun lebih komited berbanding perlawanan pertama kita menentang Singapura.

Namun aku tau, Rajagobal pasti memandang serius apabila pada separuh masa pertama para pemain khususnya penyerang gagal memberikan gol yang lebih walaupun percubaan banyak dibuat dengan serangan yang bertali arus ke bahagian pintu gol Laos. Nampaknya separuh masa pertama tu para pemain seakan "kelam" dengan  hilangnya pintu gol pasukan lawan, melainkan gol si Safiq.

Separuh masa kedua juga aku kecewa pada mulanya, namun akhirnya semua kekecewaan itu terbalas dengan gol dari Safee, Wan Zack dan Khyril Muhymeen. Jadi 4-1 tu kira okey la pada aku, dan penonton yang hadir pun rasanya boleh tidur lena dan terasa pembelian tiket yang berharga RM30 itu berbaloi.

Namun, selepas ni perlawanan Harimau Malaya menentang Indonesia pastinya lebih sukar. Indonesia yang mulanya hanya mampu seri dengan Laos menunjukkan satu peningkatan juga  apabila berjaya menewaskan Singapura dengan gol 1-0. Harap2 Rajagobal memiliki senjata ampuh untuk menewaskan mereka, kerana setiap kali bertemu Indonesia, perlawanan pastinya sangat sengit!!!





Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Malaysia Vs Laos - AFF Suzuki 2012

on 28 November 2012

Malaysia Vs Laos - AFF Suzuki 2012
Jauh merenung  nampaknya coach?

Malaysia Vs Laos - AFF Suzuki 2012 ! Malam ni pertemuan Malaysia Vs Laos, malam ini juga malam penentuan kerana team Malaysia wajib menang atau seri (aku tak suka seri) untuk memastikan Harimau Malaya layak ke tempat separuh akhir.

Tiada siapa yang nak kalah bukan, walaupun malam kelmarin aku rasa sedih melihat kemampuan skuad Rajagobal ini, namun malam ni aku harap apa yang berlaku kelmarin adalah sebaliknya. Walaupun hanya bertemu Laos, namun aku harap pemain negara tidak memandang ringan skuad ni.

Thailand dah pun layak, malam ni kalau Singapura menang ke atas Indonesia, nampaknya Singapura juga akan ikut jejak Thailand. Aku tak nak tengok skrip 2010 tu berlaku lagi. Bahaya.....tapi kalau dah nak kalah juga tak boleh la nak buat apa kan...

Btw, ramai sangat yang aku tengok hentam Rajagobal, kesian gak kat dia. Haritu masa menang sanjung bagai. Kali ni time kalah semuanya menyinga, semua nak tunjuk hero. Paper pun aku tengok ambik kesempatan...memang kaw2 Rajagobal kena kali nih.

Bagi aku, apapun yang terjadi pun tetap respek kat dia. Dia pernah menaikkan nama skuad negara. Harap kali ni pun dia berjaya juga. Bagi pemain2 pula, aku harap malam ni korang (tak kira la sapa yang turun) mainla bagai nak rak...main habis2an dan jangan mudah leka sampai mudah sangat bocor. Khairul lak, dah siap buat penafian kat paper bukan sebab dia nak nikah skuad negara tewas, walaupun haritu memang dia pun ada silap. So, malam ni harap semuanya tunjukkan kehebatan dan skill yang ada tu didepan semua rakyat Malaysia.



Malaysia Vs Laos - AFF Suzuki 2012
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012

on 26 November 2012

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012 ! Sedih sekali....sungguh sedih dengan keputusan penuh perlawanan Malaysia menentang Singapura dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012 sebentar tadi.

Group Harimau Malaya Piala AFF 2012

Tewas 0-3 kepada Singapura bukanlah perkara yang menggembirakan hati. Aku tahu pemain kita dah berusaha penuh, tetapi masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

Pasti bukan aku saja yang akan berkata begitu....ramai penganalisis luar padang yang tak bertauliah sama seperti aku pun akan sama berpandangan begitu.

Apapun, aku harap coach kita Datuk K Rajagobal akan dapat atasi perkara ini secepat mungkin. Mungkinkah pisang mampu berbuah dua kali. Siapa tahu?

Tetapi jangan dikenang sangat kejayaan lalu ketika di Indonesia dimana perlawanan pertama juga kita kalah dengan teruk tetapi akhirnya Harimau Malaya pulang dengan bangga apabila menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 itu.

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012

Tang penyokong pula aku memang respek dengan Ultras Malaya...teruskan sokongan korang, memang antara yang terbaik. Stadium tadi pun nampak agak penuh juga..harap2 lepas ni suasana dan pemandangan serupa akan dapat dilihat lagi walaupun Harimau Malaysia baru saja tewas kepada jiran sebelah.

Apa yang penting sekarang ni, harap2lah para pemain dan coach dapat tingkatkan lagi corak permainan pasukan. Aku dah suka hati sikit dah pada separuh masa kedua dengan cubaan2 yang agak kerap berbanding separuh masa pertama. Cuma ralat bila tengok pertahanan leka sehingga kuda tua mereka berjaya menjaringkan gol ke 3.

Adios Harimau Malaya, bangkit dengan segera, masih ramai yang berada dibelakang anda semua!!!!!



#Baru aku perasan tadi, ramai juga yang masuk cari keyword "Live Streaming Malaysia - Singapore"......rugi x buat entri...hahahaha



# Minta Tolong Semua Kawan2 atau pembaca untuk "Bantu Aku Klik Butang G+1 ", Ianya amat Penting Kerana aku sekarang ni sedang BERTARUNG untuk CONTEST iPhone 5 GAJET IMPIAN ini.... Bagi rakan2 blogger yang join, just inform aku dan insyaallah aku akan kembali dgn kadar segera utk beri G+1 utk korang pula......Terima kasih.

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012
~Salam mesra dari yastro~




Tag :

Tahniah Zulfahmi, Podium di Valencia

on 12 November 2012

Tahniah Zulfahmi, Podium di Valencia! Tahniah aku ucapkan kepada rider Malaysia pertama yang berjaya mencipta sejarah Zulfahmi kerana berjaya sekali lagi menaiki podium pada perlumbaan terakhir musim 2012 ini iaitu di Valencia, Sepanyol.


Bermula dari petak ke 17, Zulfahmi terus cemerlang sehingga penamat dengan tempat ke 3 dan merupakan podium ke dua bagi anak Malaysia ini selepas podium tempat kedua di Sepang.

Untuk kedudukan keseluruhan pula, Zulfahmi berjaya mendapat tempat ke 7 dengan 128 mata. Zulfahmi juga yang telah berjaya menerima anugerah "2012 Most Improved Rider for Moto3"
Sukar untuk saya percaya keputusan podium yang saya catat. Litar agak basah dan licin, tetapi pada pertengahan perlumbaan saya ambil risiko untuk memberikan saingan kepada pelumba lain walaupun banyak insiden kemalangan yang berlaku. 
Saya gembira dapat menaiki podium buat kali kedua tahun ini, setelah saya bermula di petak ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga, ini keputusan yang cukup hebat," katanya yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketujuh keseluruhan setelah mengumpul 128 mata. 
Menurut Zulfahmi, ketika saingan berlangsung dia tidak sabar untuk menamatkan perlumbaan dan masih sukar untuk menerima keputusan yang dicatatnya. “Saya memang benar-benar sukar hendak percaya keputusan hari ini (semalam), saya tidak sabar untuk berlumba pada kejuaraan dunia tahun depan. “ 
Terima kasih kepada pasukan saya, penaja KTM dan semua orang yang selama ini memberikan sokongan kepada saya. Tahun depan, saingan bakal menjadi lebih kompetitif dan saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, begitu juga dengan jentera," ujarnya.
Tahun depan, Zulfahmi bakal berlumba dengan team KTM yang mana aku pasti akan lebih memberikan peluang besar untuk dirinya mencipta nama di pentas Moto3. Kalau boleh...kasi beat itu Danny Kent dgn Sissis tu...hehehehe...Insyaallah.

Tahniah juga buat SIC sebab terima anugerah dari Dorna sebagai Kejohanan MotoGP terbaik tahun ini.

#Untuk mengetahui secara terus perkembangan Zulfahmi, boleh masuk terus ke fanpage beliau di Zulfahmi Official Fan Page. Kasi like banyak2 utk rider mesia nih.TQ.

Tahniah Zulfahmi, Podium di Valencia
~Salam mesra dari yastro~



Tag :

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2

on 22 Oktober 2012

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2 ! Fuhhh....semalam pada aku merupakan hari terbaik buat seluruh rakyat Malaysia yang meminati bidang perlumbaan terutamanya dalam MotoGp. Mana taknya, baru sahaja kelas Moto3 menamatkan perlumbaan dengan Zulfahmi berada di kedudukan ke dua, tiba-tiba kita di hidangkan pula dengan aksi Hafizh Syahrin yang berjuang bagai perwira di atas trek.

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2

Bermula dari petak ke 27 dari 33 pelumba, anggapan aku paling hebat pun Hafizh cuma mampu berada di kalangan belasan pelumba sahaja. Bukan aku tak yakin dengan kemampuan beliau, tetapi tengok saja pada pelumba dari negara sebelah, Ratthapark Wilairot yang hanya mampu berada di pertengahan pelumba sahaja walaupun beliau dah bertahun di Moto2.

Aksi Zulfahmi di Sepang 2012

Ternyata anggapan aku meleset, sekali lagi aku dan anak-anak berdebar bila melihat aksi Hafizh yang berani mati itu. Memang aku sangat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Dari nombor 27 dia beransur-ansur memotong dan berada di paling hadapan, mendahului kelompok pelumba Moto2!

Duduk aku di depan tv tak aman akibat aksi beliau, sehinggalah akhirnya beliau berada di keempat keseluruhan. Barulah jiwa aku tenang sikit.Peh...itu pun pada aku dah cukup baik...terbaik sangat2 dah. Terima kasih Hafizh Syahrin...terima kasih Zulfahmi Khairuddin, semalam dan minggu ni memang untuk Malaysia. dengan beberapa kejayaan, Tahniah semua!!!

Zulfahmi, Sejarah Podium Pertama Dari Anak Malaysia Dalam MotoGp

Skuad Harimau (B21) muncul juara VFF Newspaper Cup 2012di Vietnam, mengalahkan pasukan Vietnam 1-0, Datuk Lee Chong Wei pula berjaya mengunguli pentas badminton di Denmark, walaupun ada sikit debaran...Zulfahmi naik podium, Hafizh berjaya gegarkan Moto2 sampai pengulas pun asik dok cerita hal dia saja...Uishhh....memang minggu terbaik la. Tahniah Malaysia, tahniah semua!!!

Dalam pada itu, tersenyum juga aku pada Cortese sebab dia sempat juga mohon maaf kepada Zulfahmi kerana merosakkan kegembiraan beliau di laman sendiri. Anyway, pada aku itu dah adat perlumbaan, mesti bertarung sampai penamat...
“Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi,” kata Cortese di sidang media yang menyaksikannya diiringi Zulfahmi dan pemenang tempat ketiga, Jonas Folger.

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2
~Salam Mesra Dari yastro~

Tag :

TAHNIAH ZULFAHMI...PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA

on 21 Oktober 2012

TAHNIAH ZULFAHMI...PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA! Sungguh mendebarkan bila melihat aksi Zulfahmi Khairuddin berjuang di Litar Sepang untuk mendapatkan podium pertama buat rakyat Malaysia. Apatah lagi bersaing dengan Cortese dan Folger yang kini di kedudukan top 2 di Moto3. - Cortese telah di isytihar Juara Moto3 2012.


Sejarah telah tercipta, Zulfahmi kini adalah kebanggan rakyat Malaysia. Bukan senang untuk berjuang bersama pelumba2 handalan seluruh dunia. Namun hari ini, Zulfahmi membuktikannya didepan mata anak Malaysia sendiri.

Yup...walaupun sedikit kecewa kerana dipotong pada last lap oleh Cortese, aku juga bersetuju dengan Zulfahmi....."Lebih baik kedua dari terus jatuh"

Sejak dari zaman Yuzy lagi aku menanti anak Malaysia berjaya dengan menaiki podium di pentas MotoGp. Hari ini, apa yang diusahakan oleh pihak2 berkenaan dan kerajaan mula menampakkan hasil. Terima kasih!!!

Juga Tahniah buat Zulfahmi kerana menyambut hari lahir yang ke 21 semalam. Satu kejaayaan paling manis buat beliau dan seluruh rakyat Malaysia. Kami berbangga dgn mu Zulfahmi!!!! Semoga terus berjaya di masa akan datang!

~Menunggu Hafizh Syahrin pula....- time2 hujan memang feveret dia nih, kalau dia boleh dapat top ten pun dah bagus sesangat, Good Luck pescao!


TAHNIAH ZULFAHMI...PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GP

on 28 September 2012


Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GP ! Hafizh Syahrin Abdullah akan beraksi buat tahun kedua berturut-turut pada MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 Oktober ini apabila telah disahkan mengisi slot wildcard kelas Moto2, semalam.


Tahun lalu, pelumba Petronas Raceline Malaysia itu mempamerkan aksi terbaik dalam penyertaan pertama beliau dengan menamatkan perlumbaan pada tempat ke-20 daripada 38 pelumba.

Hafizh yang cemerlang dengan rekod sebagai juara Expert/CP130 termuda Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dan pelumba termuda yang berjaya memenangi perlumbaan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC).

Pelumba Program Pembangunan Bakat Petronas itu turut mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama beraksi dalam kategori Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Sepanyol Campeonata de España de Velocidad (CEV) untuk satu musim penuh tahun ini.


"Saya gembira dan tidak sabar untuk beraksi buat kali kedua dalam perlumbaan Moto2 pada MotoGP Malaysia.

"Sasaran utama saya sudah pasti untuk memperbaiki keputusan yang saya dicatatkan tahun lalu.

"Banyak yang telah saya pelajari pada penyertaan tahun lalu, namun beraksi pada Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Buckler dalam kategori Moto2 pada tahun ini telah membantu meningkatkan lagi prestasi saya.

"Dengan pengalaman yang ada, saya yakin untuk mencatat keputusan yang terbaik di hadapan penyokong sendiri di Sepang nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

#Buat yang terbaik nanti Hafizh, main kat moto 2 tu, tolong kasi beat Willairiot yang race full time kat Moto 2 tu.

Hafizh Syahrin Abdullah Isi Slot Moto 2 Malaysian GP
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Gambar Zulfahmi Jatuh di Litar Brno, Chezh

on 27 Ogos 2012

Gambar Zulfahmi Jatuh di Litar Brno, Chezh ! Berikut adalah 3 keping gambar Zulfahmi yang jatuh dilitar Brno, Republik Chezh semalam.

Pada perlumbaan semalam, Zulfahmi bermula dengan cemerlang sebelum dipotong oleh pelumba lain, beliau kemudiannya jatuh ketika perlumbaan masih tinggal 5 pusingan.

Sayangnya Zul...adesss.

Gambar Zulfahmi Jatuh di Litar Brno, Chezh

Zulfahmi Moto 3


Untuk info, Zulfahmi kini jatuh ke nombor 7 pada kedudukan keseluruhan pelumba Moto 3 setelah 12 pusingan.

Harap2 selepas ini Zulfahmi kembali bangkit dan dapat menambah baik skill tunggangan beliau ketika selekoh dan juga ketika tayar sudah mulai slide.

Gambar Zulfahmi Jatuh di Litar Brno, Chezh
-salam mesra dr yastro- 
Tag :

Pandalela Rinong Raih Gangsa

on 10 Ogos 2012

Pandalela Rinong Raih Gangsa ! Pandalela Rinong Raih Gangsa di temasya sukan Olimpik London 2012 ! Tahniah buat Pandalela Rinong kerana berjaya menambah sebutir lagi pingat gangsa buat negara!

Akhirnya pingat yang dinanti selepas Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan perak buat negara muncul jua. Siapa sangka, dalam saingan sengit 12 peserta akhir terjun 10m individu wanita, Pandalela berjaya memberi gangsa buat negara. Terbukti penerjun negara juga bertaraf dunia!!!

Tahniah...tahniah.

Pandalela Rinong Raih Gangsa

Gangsa Dari Pandalela Renong

Pandalela Rinong Raih Gangsa  Olimpik 2012

Gangsa Buat Negara - Pandalela Rinong

Bukti Gangsa - Pandalela Rinong

Gangsa Utk Negara

Kedudukan Pingat Negara Malaysia


Pandalela Rinong Raih Gangsa 
-salam mesra dr yastro- 
Tag :

Lee Chong Wei Menangis Tewas Kepada Lin Dan

on 06 Ogos 2012

Lee Chong Wei Menangis Tewas Kepada Lin Dan ! Datuk Lee Chong Wei akhirnya tewas jua ditangan Super Duper Lin Dan. Airmata yang keluar dari Cong Wei, memperlihatkan kesedihan beliau.

Lee Chong Wei Menangis Tewas Kepada Lin Dan


Bukan rezeki untuk rakyat Malaysia lagi apabila sekali lagi Lee Chong Wei tewas ditangan Lin Dan di dalam penentuan pingat emas Olimpik London 2012. Dalam pada itu, sempat juga Chong Wei memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kegagalan beliau.

Lee Chong Wei Menangis Tewas Kepada Lin Dan


Memang diakui prestasi Chong Wei telah meningkat sejak sembuh dari kecederaan tempohari, tetapi prestasi Lin Dan juga masih lagi kukuh seperti sebelum ini.



Apa nak dikata, terima saja lah keputusan ini dengan rela hati. Perit mata memandang, perit lagi bahu dia nak memikul....Terima kasih Chong Wei atas usaha kamu yang gigih walaupun gagal.

Buat Datuk Lee Chong Wei, kami nampak kamu memang berusaha dengan bersungguh-sungguh, itu dah cukup membuatkan hati seluruh rakyat Malaysia tetap berbangga dengan kamu. Tahniah!!!!

Lee Chong Wei Menangis Tewas Kepada Lin Dan
-salam mesra dr yastro-

Tag :

Olimpik London 2012

on 04 Ogos 2012

Olimpik London 2012 ! Salam dan selamat berpuasa kepada rakan blogger dan pembaca yang beragama Islam semua.

Sukan Olimpik 2012 yang sedang berlangsung di London kini semakin hangat. Kejuaraan dan kejar mengejar untuk memiliki emas masih lagi berlaku antara 2 negara besar didunia, China dan US. Negara kita Malaysia masih lagi ternanti-nanti akan pingat emas tersebut.

Olimpik London 2012


Satu persatu atlet dari Malaysia terpaksa atau dipaksa pulang. Tetapi semalam, Datuk Lee Chong Wei yang pada mulanya diragui prestasinya kerana kecederaan sebelum ini bangkit dengan satu permainan hebat menundukkan Cheng Long. Chong Wei menang semalam dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir dengan mata 21-13 dan 21-14.

Mara ke final Olimpik bagi kali ke 2, pasti semua rakyat Malaysia berdoa agar kali ini pertemuan Chong Wei dan Lin Dan akan memihak kepada Chong Wei sekaligus memberikan emas pertama buat negara.
Harap2 begitulah...Satu Malaysia berada dibelakang beliau sekarang.

Sebelum terlupa, hari tu aku dapat satu lagi hadiah dari pn Dahlia, insyaallah nanti aku update. Sebenarnya kalau nak ikutkan, banyak mende yang aku nak update, tapi masa tak mengizinkan. Nak jenjalan kat blog kengkawan pun agak terhad. Ada komitmen lain yang harus aku utamakan.

Satu lagi, semalam ramai blogger2 menyebut nyaebut google dah update PR. Aku pun sempat juga check status blog ni. Alhamdulillah, status pak sarjan dah dikembalikan kepada blog aku nih. Phewwww.....ala rasa gumbila sikit dalam hati...hehehe.

Ok, aku nak balik kampung sat, insyaallah jumpa lagi dilain masa.


Olimpik London 2012
-salam mesra dr yastro-



Tag :

AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0

on 26 Jun 2012

AFC U22 Malaysia 7 Filipina 0 ! Pehhh....Selepas kalah tipis hari tu dengan Korea hari tu, nampaknya skuad Harimau Muda bangkit mengaum kembali dengan kemenangan Malaysia 7 Filipina 0 !

AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
Memang puas hati sesangat walaupun aku tak sempat nak tengok satu gol pun lagi jaringan masa Malaysia belasah Filipina nih. Btw, angka 7-0 tu memang satu angka yang beso laaa,,,ha3x!!!!
AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
Tahniah aku nak ucapkan kepada skuad Harimau Muda nih...memang terbaik laa...nak2 lak si Mohd Rozaimi Abdul Rahman yang dah sesah gawang Filipina dengan 4 bijik gol, pehh!!! Tahniah gak kat Mohd Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan D. Saarvindran juga kepada semua player Malaysia!!! Buat yang terbaik lagi selepas ni masa bertemu dengan Taiwan nanti ehhh!!!! Khamis ni kannn???

Gol :  Mohd Rozaimi Abdul Rahman [4 gol] min 3,35,62,74
         Fandi Othman [1 gol] min 33
         Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria [1 gol] min 40
          D. Saarvindran [1 gol] min 90.


AFC U22, MALAYSIA 7 FILIPINA 0
-salam mesra dari yastro -
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved