Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

KEPUTUSAN HOKI MALAYSIA VS IRELAND

on 18 Mac 2012

KEPUTUSAN_HOKI_MALAYSIA_VS_IRELAND

Apa lagi yang mampu kita katakan, apabila Malaysia hanya mampu sekadar seri 1-1 sahaja dipertemuan Malaysia vs Ireland. Yup, itulah keputusan terakhir yang kita terima, dan ini bermakna Malaysia gagal untuk masuk ke peringkat yang seterusnya iaitu ke Olimpik London 2012. Gol penalti corner pada minit ke 60 oleh pemain Ireland memusnahkan impian Malaysia pada pra kelayakan Olimpik London kali ini.

Esok, pertemuan terakhir pasukan Malaysia menentang Russia untuk menentukan tempat ke 3/4, manakala pasukan Korea dan Ireland akan bertemu untuk menentukan siapa yang layak menjadi juara dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya di Olimpik London 2012. Gol bagi pasukan Malaysia dijaringkan oleh Nabil Fikri Mohamad Noor, manakala gol Ireland dijaringkan oleh John Jermyn.

Keputusan bagi pasukan lain...

Korea 5    Russia 1
Chile   4    Ukraine 2

#Tahniah aku ucapkan kepada skuad muda hoki negara yang telah berjuang berhabis2an sehingga wisel yang terakhir. Semoga sukan hoki kita akan terus maju di masa hadapan...insyaallah. Yang penting sokongan kepada pasukan kita tidak akan pudar sama sekali!!!
Tag :

KEPUTUSAN TERKINI PRA HOKI OLIMPIK 2012 - MALAYSIA VS KOREA

on 16 Mac 2012

KEPUTUSAN_PRA_HOKI_OLIMPIK_2012_MALAYSIA_VS_KOREA

Ketika awal 3 perlawanan yang lalu, pasukan Olimpik Hoki Malaysia telah berjaya menundukkan pasukan lawan dengan purata 5 gol ke atas. Kali ni, pertemuan yang dijangka lebih hebat akan berlaku di antara pasukan Malaysia vs Korea.. Dalam separuh masa yang pertama, skuad Hoki Malaysia telah ketinggalan 1 gol kepada Korea. Malaysia harus berhati2 kerana pasukan Korea hanya mampu seri sahaja [1-1] dengan pasukan tuan rumah Ireland kelmarin.

Permainan pastinya bertambah rancak pada separuh masa kedua. Seandainya Malaysia berjaya mengatasi pasukan Korea pada malam ini, pastinya tiket ke Olimpik London 2012 seakan sudah dipegang erat. Aku cuba buat live streaming malam ni untuk keputusan perlawanan Pra Hoki Olimpik Malaysia Vs Korea.

First Half - Malaysia 0 - Korea 1

2nd Half - Malaysia 2 - Korea 3 [last gol minit ke 66]

Full Time - Malaysia 2 -  Korea 3


# Hahaha...live streaming aku yg betul2 last minit...Malaysia akhirnya terpaksa akur kepada Korea dengan kekalahan 3-2. Apapun aku tetap berbangga dengan semangat perjuangan mereka. Last game pada 17/03/12 ni bertemu dengan pasukan tuan rumah Ireland.
Tag :

Gambar Stadium London 2012

on 12 Mac 2012

Stadium sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung di London nanti sedang pesat dalam pembinaan. Kita juga bakal mempunyai wakil didalam sukan ini. Antaranya ialah sukan hoki, badminton, menembak dan juga wakil tersohor kita, juara dunia 6 kali iaitu Nicol David didalam sukan squash.


Sukan Olimpik 2012 yang dijangka berlangsung pada 27 July sehingga 12 August 2012, juga dengarnya telah siap dan dikatakan juga masih didalam bajet yang telah mereka sediakan. Apapun meh kita layan gambar Stadium Olimpik 2012 di London nanti.- entri ni adalah entri "pendam" yang baru saja aku keluarkan...
Olympic_London_2012
Olimpik Games London 2012 - Olympic Park London..
Stadium Park_London
Stadium Olimpik Park semasa dlm proses pembinaan
Sculpture_image_Olimpik_London 2011
Sculpture berdekatan dengan Olimpik Park
Apartment yang bakal diduki atlet
 Aquatic Centre




Olympic Stadium yang telah siap
Stadium Menembak

The Olympic Stadium, Aquatics Centre and Water Polo Arena

Maskot Olimpik 2012

Tag :

KELAYAKAN OLIMPIK 2012 - SKUAD HOKI NEGARA CEMERLANG

on 11 Mac 2012

MALAYSIA_VS_CHILE_5_1

Asik dok cerita tentang sukan badminton jerr...kali ni aku nak update pula tentang sukan hoki negara yang baru sahaja memenangi perlawanan pertama mereka di Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Alhamdulillah, dalam perlawanan pertama, skuad negara cemerlang dengan memenangi perlawanan ke atas skuad Chile di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin, Ireland.

MALAYSIA_CEMERLANG_VS CHILE

5-1, skuad kendalian Tai Beng Hai bermain dengan cemerlang walaupun suhu disana agak sejuk iaitu didalam 4% celcius. Tahniah aku ucapkan kepada Muhammad Razie Abd. Rahim (minit 17, 51), Faizal Saari (minit 37), Hafifi hafiz Hanafi (minit 49) dan Muhammad Amin Rahim (minit 61) kerana berjaya menjaringkan gol dan menambah tekanan buat pasukan Chile.

OLIMPIK_HOCKEY_2012_LONDON

Malaysia bakal berdepan pasukan Korea, Ireland, Russia, Ukraine dan Chile. Dalam perlawanan terdekat, Malaysia bakal bertemu pasukan Russia pada malam ini. Ukraine hari selasa depan [13/03/12]. Malaysia bertemu Korea [15/03/2012] dan terakhir Malaysia vs Ireland pada 17/03/12 nanti. Tahniah sekali lagi buat pasukan hoki Malaysia dan diharap skuad Olimpik Hoki Malaysia terus berjaya!!!

Kredit - allengland,com
Tag :

Malaysian MotoGp 2011 - Perginya Seorang Pelumba, Marco Simoncelli

on 24 Oktober 2011

Malaysian MotoGp 2011 - Perginya Seorang Pelumba, Marco Simoncelli
Sejarah tercipta lagi di Sepang, kali ini agak sedih kerana tragedi yang berlaku ke atas Marco Simoncelli pelumba San Carlo Honda Gresini. Belum pernah lagi (gamaknya la kot) dalam sejarah di Sepang, bendera merah dikibarkan oleh Marsyal yang bertugas akibat kemalangan semasa perlumbaan. Episod ini, pada aku memanjangkan lagi kes yang baru terjadi di litar Las Vegas bebaru ni dengan kematian pelumba Indycar Dan Wheldon.

Kredit to: MotoGp.com

Marco Simoncelli berasal dari Italy dilahirkan pada 20 January 1987 di Cottolica,Italy dan menggunakan no 58 dan merupakan tahun kedua didalam MotoGp setelah berlumba sejak dari tahun 2003 bermula dengan 125cc, kemudiannya beralih ke 250cc pada tahun 2006 dan berpindah ke MotoGp pada tahun 2009. Kerjaya beliau berakhir pada hari minggu lepas 23 Oktober 2011 akibat terlibat dalam kemalangan yang membabitkan Colin Edward (Monster Yamaha Tech3) dan juga Valentino Rossi (Team Ducati)

Kredit to: MotoGp.com
Sebagai peminat MotoGp (walaupun aku tak sempat nk pergi tengok live), aku juga merasa sedih dengan kehilangan seorang bintang yang sedang menyinar ini.




Paolo Simoncelli, bapa kpd Marco Simoncelli
Credit to: Dailymail.co.uk

# Sementara itu aku nak ucapkan tahniah kepada Zulfahmi yang mempamerkan prestasi cemerlang dengan kejayaan beliau menduduki tempat ke 7 di MotoGp Sepang 2011 dengan motor Derbi beliau tu. Untuk kedudukan semasa, Zulfahmi (63) masih lagi berada di tangga ke 17 dengan 30 mata. Sementara tu kawan beliau Mohd Farid (64) pula hanya berjaya mendapat tempat ke 24 sahaja. Pengalaman pertama bagi beliau didalam MotoGp. Bagi Mohd Zamri (87) dan Hafizh (86) di Moto2 pula, Zamri berjaya berada di tempat ke 18 dan Hafizh pula ditangga ke 20. Kira okeh sangat dah tu berbanding dengan pelumba Thai yang DNF dan pelumba dari Qatar (QMMF Racing Team) Mashel Al Naimi yang berada di tempat ke 24 (last sekali).
Tag :

Kemalangan 15 kereta Indy - Detik2 Dan Wheldon terbunuh!!

on 18 Oktober 2011

Kemalangan 15 kereta Indy - Detik2 Dan Wheldon terbunuh!! Dan Wheldon 33 tahun, pelumba Indy 300 telah dilaporkan meninggal dunia ketika perlumbaan Indy di Las Vegas semalam (ahad). Kemalangan tersebut telah membabitkan 15 buah kereta lumba dan terburuk didalam sejarah. Kereta Dan Wheldon (ketika itu di tempat ke 24) melanggar kereta dihadapan lalu melayang ke udara dan melanggar jaring keselamatan. Dan Wheldon mewakili pasukannya iaitu Wilkins Sam Schmidt Motorsports Dallara Honda.
Kemalangan 15 kereta Indy - Detik2 Dan Wheldon terbunuh!!
Daniel Clive Wheldon, 1978~2011.

Dan Wheldon merupakan pemenang 13 kali perlumbaan Indy, pernah dinobatkan sebagai pelumba rookie pada tahun 2003 dan juga juga Juara 2 kali Indianapolis 500 termasuk pada tahun ini. Berita ini mengingatkan aku kepada lagenda F1, Aryton Senna yang juga terbunuh ketika perlumbaan F1 di Brazil. Begitulah lumrah dunia perlumbaan (tak kira la perlumbaan apa pun), risiko harus diambil, sama ada nama atau nyawa!!!

Source: Autoblog
Kereta D.Wheldon (biru hitam,77) kelihatan mendongak ke diudara

Add caption

Kereta D.Wheldon menghentam dinding dan terbakar

Add caption


Dan Wheldon dikejarkan ke hospital dgn helikopter..


# Saksikan video dari youtube, yg merakamkan saat akhir Dan Wheldon sebelum kemalangan itu berlaku.



Tag :

Moto Gp 2011- Montegi Twin Ring, Japan.

on 06 Oktober 2011

Up date sikit berkenaan dengan MotoGp 2011 di litar Montegi. Japan. First sekali tentulah berkenaan dengan team pilihan aku iaitu Yamaha Factory Racing. Jorge Lorenzo berjaya mengekalkan kedudukan beliau yang bermula dipetak kedua dibelakang Casey Stoner. Bagaimanapun aku kecewa sikit, sebab prestasi Team Yamaha tahun ni agak menurun berbanding dengan tahun lepas.

Tahun 2011 ni, Honda pula lebih mendominasi perlumbaan dengan ayam tambatan terbaru mereka Casey Stoner. Bagi Stoner pula, beliau bernasib baik kerana berjaya kembali meraih podium ke 3 setelah terbabas di litar ni. Pedrosa pula berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama tanpa banyak cabaran dari Lorenzo.

Moto gp 2011

Trek Montegi ni agak banyak selekoh sikit, jadi mana2 pelumba yang terlebih "perah" throttle sebelum selekoh pastinya akan mendapat masaalah iaitu terbabas. Ini terbukti dengan 5 orang pelumba MotoGp telah terbabas jatuh dan mendapat DNF. Berbeza beberapa orang rider yang lain walaupun terbabas tapi masih berjaya kembali ke perlumbaan.

Keputusan bagi Team Yamaha yang lain....
Ben Spies berlaga dengan Valentino Rossi pada awal perlumbaan di selekoh pertama dan mengakibatkan beliau juga terbabas, namun beliau kembali ke perlumbaan setelah berjaya mengawal motosikalnya dari terjatuh. Namun insiden ini merupakan satu lagi episod malang bagi The Doctor kerana terus terkeluar dari perlumbaan . Akhirnya tempat ke 6 menjadi milik Ben Spies. Bagi Team Monster Yamaha Tech3 pulak, Colin Edward mendapat tempat ke  8 dan Carl Crutchlow pula tempat ke 11. Carl juga terbabas, namun berjaya kembali ke perlumbaan.

moto gp

Bagi pelumba muda negara pula iaitu Zulfahmi Khairuddin, beliau bermula dari petak yang ke 26 (dari 35 pelumba) dan akhir perlumbaan, beliau berjaya mengutip satu mata iaitu mendapat tempat ke 15. Tahniah aku ucapkan, aku rasa point ini amat bermakna bagi beliau setelah 3 kali berturut2 mengalami kerosakkan motosikal. Keseluruhan point bagi Zulfahmi (AirAsia Sic Ajo) ialah 21 point dan masih mengekalkan tempat ke 17 dari 31 orang pelumba. Harap dia berjaya mengekalkan momentum ni semasa perlumbaan di Sepang nanti. Manakala juara bagi 125cc ialah Johann Zarco, Avant Air Asia Ajo.

Selamat berjuang buat pelumba2 negara yang lain, Azlan...walaupun dah 2 kali gagal masuk ke MotoGp aku harap dia masih berusaha ditahun akan datang. Jangan mudah berputus asa...!!!

Pelumba malaysia
Tag :

Azlan Shah Kecewa....Wild card MotoGp,Sepang 2011


Azlan kecewa gagal raih tiket wildcard Moto2 Malaysia

05/10/2011 3:10pm


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pelumba tempatan Azlan Shah Kamaruzaman meluahkan rasa kecewa apabila sekali lagi gagal meraih tempat dalam senarai dua pelumba tiket wildcard Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 21-23 Oktober ini.

Penyingkiran Azlan Shah memberi laluan buat dua pelumba lain iaitu pelumba wildcard musim lepas Mohd. Zamri Baba dan pelumba muda berusia 17 tahun Hafizh Syahrin Abdullah mengibar cabaran negara dengan menyarung jaket pasukan Petronas Malaysia bagi kategori Moto2 di Sepang.

Azlan Shah berkata, beliau menyimpan harapan yang cukup besar untuk beraksi kali ini selepas gagal mendapat tempat buat kali pertama pada percubaan musim lepas.

"Pada musim lepas, mungkin saya boleh menjangka apatah lagi ia pengalaman baru buat saya dan saya juga agak mentah berbanding Mohd. Zamri dalam mengendalikan jentera besar.

"Namun situasi musim ini jelas cukup berbeza. Saya lebih bersedia malah pencapaian saya di pentas antarabangsa jauh lebih baik dari pelumba tempatan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama


# Aku pun rasa terkilan jugak, sebab Azlan adalah antara pelumba yang terbaik. Dia juga telah membuktikannya didalam Suzuka 4 Hours Endurance di Jepun baru2 ni dengan kemenangan di tempat pertama. Aku juga pernah mengeluarkan entri tentang kemenangan Azlan dan Emir di Suzuka Jepun. Apapun aku cuma berharap ini pilihan yang terbaik dari kalangan mereka bertiga dan bukannya sebab lain. Harap2 tak ada unsur2 yang tak sihat didalam bidang ni, takut2 esok boleh menggangu dan membantutkan sukan yang baru nak naik di Malaysia ni. 


Saat manis, kemenangan Azlan dan Emir di Suzuka 4 Hours Endurance Jepun.


Tak salah aku, statement di Bernama mengatakan yang Azlan berkemungkinan tidak akan menimbangkan lagi program ni ditahun akan datang kerana begitu terkilan dengan kegagalan beliau mendapat tempat di MotoGp.Wallahualam.
Tag :

Malaysian MotoGP 2011~ 3 Tiket Wild Card utk pelumba Malaysia

on 25 September 2011


Berita dari myMetro:
BUAT pertama kali dalam sejarah, empat pelumba Malaysia bakal mengibarkan bendera negara pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober depan.

Selain Muhammad Zulfahmi Khairuddin beraksi pada musim penuh keduanya bersama pasukan AirAsia SIC Ajo Racing menerusi kategori 125cc, seorang lagi pelumba yang bakal menemaninya dalam kategori sama di Sepang menerusi tiket wild card ialah Muhammad Farid Badrul Hisham yang ketika ini beraksi untuk pasukan Kawasaki Colchester untuk perlumbaan Kejuaraan Superbike British.

Dua lagi pelumba negara juga bakal beraksi menerusi tiket wild card tapi dalam kategori Moto2 yang bakal diumum awal bulan depan.

Ketika ini, tiga pelumba terbaik negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman serta Mohd Zamri Baba yang pernah beraksi pada musim lalu menerusi tiket wild card berusaha untuk merebut dua tempat di Moto2 itu.

Ketiga-tiga pelumba itu yang beraksi pada musim penuh di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sepanjang tahun ini, bakal menggunakan jentera Moriwaki di Moto2.

“Muhammad Zulfahmi mempamerkan aksi luar biasa selepas meraih 20 mata dan ketika ini menduduki tempat ke-17 kategori 125cc. Dengan sasaran untuk menamatkan kedudukan ke-15 pada musim ini, dia berada di landasan tepat untuk memenuhi sasarannya itu.

“Muhammad Farid pula yang diberi tiket wild card untuk musim ini mempunyai potensi besar untuk mengikut jejak langkah Muhammad Zulfahmi,” katanya.



# 4 orang racer, termasuk Zulfahmi yang sedang bersaing di dalam 125cc memang jumlah yang agak ramai dan bagus untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia sendiri datang menyaksikannya...Tetapi kali ni yang paling menarik ialah berkenaan Muhammad Farid Badrul Hisyam yang sedang meningkat naik prestasinya di British Superbike..Bekas anak didik Sharul Yuzy (Aprillia race)ini juga dikatakan pernah berjaya menaiki podium pada perlumbaan disana, semoga berjaya buat semua racer2 Malaysia.


Kredit untuk forum Malaysian Bikers Community  


M farid Badrul Hisyam bersedia di grid perlumbaan

Antara aksi2 beliau....

Ketika perlumbaan MSS

Tahun pertama mencuba nasib di BSB dah dapat podium...Semoga terus berjaya Muhammad farid badrul Hisyam
2011 Metzeler National Superstock 600 Championship with Black Horse
RACE 3 - SHOOT-OUT - CLASSIFICATION
MCRCB BULLETIN TK117

1     34 John DEAN Yamaha - John Dean Racing
2     93 Farid BADRUL Kawasaki - MSS Colchester Kawasaki
3     11 Tom WEEDEN Triumph - Tom WeedenTeam M8 Racing 
Tag :

Sepang F1 2011 ~Lotus Renault ketiga....

on 11 April 2011


Tahniah gua ucapkan kepada team LRGP kerana berjaya menaiki podium dengan tempat ke 3. Pertarungan agak sengit, dan gua rasa berpuas hati walaupun sedikit kecewa dengan masaalah yang melanda Petrov.
Agak mengecewakan juga buat pasukan Pertonas Merchedes GP kerana perlumbaan kali ini seakan serba tak menjadi buat mereka. Bagi Lotus Racing pula, menamatkan cabaran didepan Virgin Racing sudah cukup baik. Gua memang tak menaruh harapan yang tinggi buat pasukan ini.


Jelas kita dapati cabaran yang diberi oleh pasukan yang membawa nama negara terbahagi kepada 3. Pertama kelompok depan iaitu Lotus Renault GP, pas tu yang kedua pula berada didalam kelompok pertengahan, Petronas Merchedes GP ...manakala Lotus Racing pula berada dibelakang yang selalunya bersama2 dengan Virgin Racing..



Kesimpulan yang gua buat, apa la salahnya jika Lotus Racing bergabung dengan Lotus Renault dari hanya menjadi backmaster disetiap perlumbaan. Agak merugikan dua pasukan dari Malaysia bercakaran sesama sendiri. Gua tau, setiap pasukan mempunyai visi dan misi tersendiri. Namun alangkah baiknya jika mereka bersatu atas nama negara kita yang tercinta. Apapun ni hanya pandangan peribadi gua je.


pehh...ganazz kasut depa nihhh!!!!


#Thanks Nick Heidfeld....berdebar2 gak semalam woo...Webber dok cucuk baiikkk punyaa...hehehe
Tag :

We Are The Champion!!!

on 05 April 2011

Tahniah untuk kesemua driver dan juga co~pilot untuk event kali ni di Malaysia Rally 2011. Perebutan di tempat teratas sangat sengit, namun 1 ~3 adalah yang terbaik buat PROTON Motrsport Rally Team.

Tahniah juga buat team Cusco dan Gunaseelan ( Penzoil team) yang bertanding didalam kelas N menggunakan Neo 1.6




"Pemandu muda Jepun Cusco, Akira Bamba yang beraksi dalam APRC buat pertama kali, menghabiskan saingan di tempat ketujuh untuk memperoleh enam mata berharga sementara pelumba rali veteran tempatan yang juga pemilik pasukan Pennzoil GSR, R. Gunaseelan - satu-satunya pelumba Malaysia memandu Proton mengutip empat mata menerusi kedudukan kelapan.
Ia membuktikan kebolehan Satria Neo selaku kereta yang cukup kompetitif dari aspek daya ketahanan serta kelajuannya, sekali gus mampu bersaing dengan jenama yang lebih sinonim dengan sukan pemotoran rali seperti Mitsubishi dan Subaru yang telah mencipta nama sekian lama."

Sumber: Proton Motorsport dan Utusan Malaysia.




Pemandu:
Chris Atkinson (Australia) Proton - 25
Gaurav Gill (India), Mitsubishi - 18
Alister McRae (Scotland), Proton - 15
Brian Green (New Zealand), Subaru - 12
Agi Hatono (Jepun), Subaru - 10
Pasukan:
Proton Motorsports - 54
MRF - 25
Soueast Motor Kumho - 12
Pertamina Cusco Racing - 7

Pengeluar:
Proton - 25
Mitsubishi - 18
Subaru - 12





Keep it up geng!!
Tag :

Tahniah Team Lotus Renault GP

on 30 Mac 2011

Agak terlambat sedikit untuk gua ucap tahniah buat team Lotus Renault GP. Pasukan yang ditaja oleh PROTON (pemegang saham kedua terbesar selepas Geni Capita SA) yang berjaya menaiki podium setelah Vitaly Pedrov mendapat tempat ke tiga, dibelakang Lewis Hamilton dan Sebatsian Vettel pada Grand prix Australia baru2 ni.

Dah tentu "kami" akan menyokong pasukan ini berbanding pasukan Lotus yang satu lagi.Okeh, kita tutup buku pasal tu dulu....Apepun Malaysian GP dah tak lama dah. Impian gua nak tengok "free" pun dah berkecai kecuali ader kengkawan gua yang "bersimpati" hehehehe....(bab2 ni geng2 opis je yg tau..) Tiket Grandstand tu....jeless gua. Nak beli rase tak lalu la plak..












Sementara itu untuk Rally APRC 2011 kali ini, Proton mempertaruhkan 2 Satria Neo. S2000 dan Satria Neo Cusco. Semoga berjaya!!

UpDate: Gua terlupa nak ucapkan Tahniah buat Dato Seri Syed Zainal kerana telah mendapat anugerah Dato Seri daripada Sultan Pahang DarulMakmur. 





Tetiba jer gua nak layan you tube pulak..

Sessi Ujipandu oleh Andian, Proton satria Neo R3..layan gak mamat nih.

Satria Neo Cusco (Interior view)


Satria Neo Cusco (Ext view)
Tag :

Moto Gp Qatar 2011

on 22 Mac 2011

Dah lama rasanya gua tak buat entri tentang racing...salah satu event yg gua minat ialah MotoGp. Malam tadi, setelah rider yg gua minati beralih arah kepada team Ducati, gua sangat berharap supaya Lorenzo dan Ben Spies mampu mengekalkan penguasaan seperti tahun2 sebelum ni. Ben Spies pernah menjadi juara Superbike dalam tahun 2009 bersama Yamaha World Superbike.


Tumpuan gua pastinya terarah kepada 3 orang rider Honda iaitu Casey Stoner,Dani Pedrosa dan juga Andrea Dovisioso. Tahun ni gua rasa Honda benar2 mahu merampas tahkha World Championship dari Yamaha. Ducati pula bergelut dengan masaalah motosikal yang masih kurang menyengat. Valentino Rossi dan Nicky Hayden mempunyai tugas berat dalam memastikan kuasa Ducati dikembalikan seperti dulu. Rossi juga masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang beliau alami sebelum ni.


Jadi kesimpulan gua dari "skrip" malam tadi, Honda mampu pergi labih jauh dalam perlumbaan tahun ni. Team Yamaha factory pula masih dengan masaalah lama, kurang kuasa berbanding dengan Honda, terutamanya dijalan lurus. Adegan potong memotong malam tadi diantara Lorenzo dan Pedrosa (kasi gua saspen) menunjukkan masaalah sebenar Yamaha. Nasib baik Lorenzo berjaya juga mengatasi Pedrosa untuk berada  dikedudukan kedua.


Apepun keputusan malam tadi masih memberi permulaan yang baik buat team Yamaha Factory Racing. Kedudukan kedua buat Lorenzo, dikira masih baik. Manakala Ben Spies pula berpuas hati setelah berhempas pulas "merempit" dengan Rossi dikedudukan ke 6. So korang layan je la pic kat bawah nih...gua memang suka tepek pic kat dalam blog...menarik!!! Hehehe...

Ben Spies

Ben Spies merempit dengan Valentino Rossi

Champion kat Qatar...Casey Stoner


Ben Spies

Valentino Rossi

Nicky Hayden

Colin Edward

Rider baru Yamaha...Cal Crutchlow...sblm ni Superbike

Alvaro Bautista (Moto2 tahun lepas)

Hayden (69) dan Hiroshi Ayama (7)

No 2 happy lebih nampakk...

  • 2011 MotoGP Qatar race results:
    1. Casey Stoner (AUS) Honda
    2. Jorge Lorenzo (SPA) Yamaha
    3. Dani Pedrosa (SPA) Honda
    4. Andrea Dovisioso (ITA) Honda
    5. Marco Simoncelli (ITA) Honda
    6. Ben Spies (USA) Yamaha
    7. Valentino Rossi (ITA) Ducati
    8. Colin Edwards (USA) Yamaha
    9. Nicky Hayden (USA) Ducati
    10. Hiroshi Aoyama (JPN) Honda
    11. Cal Crutchlow (GBR) Yamaha
    12. Hector Barbera (SPA) Ducati
    13. Karel Abraham (CZE) Ducati
    DNF Toni Elias (SPA) Honda – crash
    DNF Loris Capirossi (ITA) Ducati – retire
    DNF Randy De Puniet (FRA) Ducati - crash

Sementara itu...
Pelumba negara Zulfahmi juga mencatatkan kedudukan yang baik buat permulaan tahun ini. Kedudukan 19 bukanlah no yang teruk bagi beliau. Jumlah pelumba malam tadi dalam kategori 125cc seramai 30 orang. Menggunakan jentera Derbi yang ditaja oleh Airasia-Sic-Ajo, dan no plate 63.
Semoga lebih suksess terutamanya bila beraksi dilaman sendiri nanti. lambat lagi loo...2nd last GP...huhuhu



BMW 1-series M Coupe (2011) MotoGP safety car

Satu lagi yang menarik perhatian ialah kereta Safety yang ditaja oleh BMW. Berkapasiti 3.0 liter,335bhp turbocharge straight sixengine...pehh nampak garang siot..









Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved