Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPORE 12Jun2012

on 13 Jun 2012

Keputusan Malaysia Vs Singapore 12Jun2012 ! Yezzzz....akhirnya team Malaysia berjaya juga tumbangkan Team Singapore dengan keputusan 2-0 kat Stadium Shah Alam!

Terasa puas hati, bila melihat aksi lincah pemain Malaysia malam tadi. Ternyata, Singa gagal mengekang kelincahan dan kelajuan pemain kita. Kemasukan Azamuddin,Shakir dan defend tu menampakan banyak kemajuan.

Keputusan Malaysia Vs Singapore 12Jun2012


Aku sebenarnya bertambah puas hati bila mengenangkan keputusan seri yang Harimau dapat semasa bermain di Singapore hari tu. Dendam dah terbalas, dulu kontroversi pasal bagi free kick selepas penalti tak masuk. Lepas ni, aku kompom depa lak akan pertikaikan keputusan pengadil sebab bagi pemain depa kad merah...hahaha!!!!

Yang nyata malam ni aku happy....bravo Harimau Malaya...memang korang semua Lelaki Kacak daa....ha3x!!!

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPORE dibawakan khas untuk anda oleh Lelaki Kacak lagi mancho -yastro-...kekeke!
Tag :

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPORE

on 12 Jun 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPORE ! Malam ini, pertemuan kembali Malaysia vs Singapore pasti akan menghangatkan keadaan.

MALAYSIA VS SINGAPORE!!

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPORE




LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPORE >






Tag :

LIVE STREAMING EURO 2012

on 10 Jun 2012

LIVE STREAMING EURO 2012! WATCH  LIVE STREAMING EURO 2012.

WATCH LIVE STREAMING EURO 2012 FOR ALL GAMES!!!


-CLICK LINK ABOVE-

-SALAM MESRA DARI YASTRO-
Tag :

Live Streaming IRELAND VS CROATIA

Ireland vs Croatia Live Streaming: Jom tonton perlawanan EURO 2012 Ireland vs Croatia Live Streaming melalui Internet.

 Tonton Live Streaming di sini. < LIVE STREAMING IRELAND VS CROATIA>


# Semoga terhibur!!!!
Tag :

SPAIN Vs ITALY Live Streaming


Spain vs Italy live streaming!  Tonton online watch video perlawanan Spain vs Italy Live Streaming Euro 2012  10 jun malam ini.
Klik link dibawah untuk menyaksikan perlawanan secara langsung (12 malam waktu malaysia).

 Spain vs Italy live streaming euro 2012 
Tag :

POLAND vs GREECE live streaming euro 2012

on 08 Jun 2012

POLAND vs GREECE live streaming euro 2012 ok?  Malam ini pertemuan pembukaan bolasepak antara POLAND vs GREECE akan berlangsung.

Bagi anda yang tiada kemudahan Astro, anda boleh menonton secara live disini.

POLAND vs GREECE live streaming euro 2012

POLAND vs GREECE live streaming euro 2012


Pasti pertemuan yang hebat antara kedua-dua negara ini!!!
POLAND vs GREECE live streaming euro 2012.
Tag :

Zulfahmi Bermula Di Petak Ke 2 - Litar Catalunya

on 03 Jun 2012

Zulfahmi Bermula Di Petak Ke 2 - Litar Catalunya. Satu persembahan menarik yang mungkin kita semua dapat saksikan esok apabila Zulfahmi akan bermula dari petak kedua perlumbaan di litar Catalunya.

Tempat pertama dikuasai oleh Maverick Vinales dari team Bluesens Avintia (FTR Honda) manakala ke 3 pula ialah Louis Rossi dari team Germany, rakan Zulfahmi Sandro Cortese dari Red Bull Ajo pula di tempat ke 4.
Zulfahmi Bermula Di Petak Ke 2 - Litar Catalunya
Aksi Terbaik Zulfahmi 2012

Zulfahmi sempat berpesan melalui fan page beliau di facebook...
"QP tadi mmg sgt baik bgi saya.. Saya push hingga ke masa yang terakhir. Keadaan Moto mmg sgt baik minggu ini. Dan cuaca minggu ini bg saya perfect. Alhamdulillah position ke 2 di grid hari esok adalah sgt baik untuk memulakan perlumbaan. Saya harap saya akan enjoy race pada hari esok!... doakan saya" - #63 Zulfahmi ~ Catalunya via SMS
Zulfahmi Bermula Di Petak Ke 2 - Litar Catalunya, -salam mesra dr yastro -
Tag :

MotoGp - Zulfahmi ke 4 di Estoril,Portugal

on 07 Mei 2012

MotoGp - Zulfahmi ke 4 di Jerez,Sepanyol

Zulfahmi berada di tempat ke 4 dilitar Estoril, Portugal. Tahniah Zulfahmi...walaupun dikatakan tiada siaran langsung di astro, ramai peminat2 Zulfahmi mengikuti beliau di laman fan page beliau di facebook iaitu di, http://www.facebook.com/ZulFahmi63

Aku pun tak sempat nak ikuti perkembangan beliau dalam minggu ni, malam tadi je sempat sekejap melihat2 di ruangan fan page Zulfahmi dan berasa terkejut juga dengan keputusan yang sangat memberansangkan ini. Semoga terus berjaya dan kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan semangat dan kemajuan yang ditunjukkan anak muda ini.

Zulfahmi,di perlumbaan Jerez,Sepanyol
Aksi Zulfahmi sewaktu perlumbaan di Jerez,Spain.
Result,Moto 3 Jerez,Spain

Bermula dari petak ke 5, akhirnya Zulfahmi berjaya berjuang sehingga ke penamat di kedudukan ke 4 keseluruhan. Dari info yang aku baca di fan page tu, beliau hampir2 berada di podium namun akibat sedikit kesilapan di last lap beliau terpaksa mengalah di tempat ke 4.

Moto 3, current world standing 2012


Mata keseluruhan setakat ini bagi sessi 2012, Zulfahmi berada di no 5 keseluruhan. All kredit to zulfahmi fan page.
Tag :

Motogp Jerez - Zulfahmi tempat ke 10 Moto 3

on 30 April 2012

Result Moto3 -Jerez

Perlumbaan di litar Jerez, Sepanyol, bermula dari petak ke 28 di Moto 3, Zulfahmi hanya mampu berada di tempat ke 10 dari 17 orang pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan. Mungkin minggu ni bukan minggu beliau, ada saja masaalah yang beliau hadapi.

Apapun, aku nak ucapkan tahniah juga sebab no 10 tu still ada point dan telah memberikan beliau tempat ke 6 bagi keseluruhan pelumba di Moto3. Harap selepas ni di litar Estoril,Portugal 6 Mei nanti beliau akan bangkit kembali.

Moto3 World Standing 2012

zulfahmi khairuddin

Zulfahmi - Corner Attack

Zulfahmi - Lepak sat noo...


Tag :

Motogp - Zulfahmi Bermula di Petak Ke 28 di Jerez,Spain

on 29 April 2012

Bermula di petak ke 28 di litarJerez, Zulfahmi terpaksa berjuang dengan lebih gigih lagi bagi menangani pelumba-pelumba yang berada dihadapannya. Semuanya berpunca apabila Zulfahmi terpaksa menghabiskan masa kelayakan (40 minit) dengan keadaan litar basah yang kemudiannya semakin kering. Menggunakan tayar basah, Zulfahmi agak sukar mencatatkan masa yang lebih baik. Bagaimanapun, bagi kesemua peminat MotoGp khususnya peminat Zulfahmi, kami tetap doakan kejayaan beliau demi mengharumkan nama negara.

 Zulfahmi Bermula di Petak Ke 28 di Jerez,Spain

# Tapi bila aku check di web site Motogp, untuk sessi warm up nanti Zulfahmi akan berada di grid ke 7 pulak....-Boleh check list paling bawah sekali...konpius lak aku...






Tag :

Bolasepak - Malaysia Menang Besar Ke Atas Sri Lanka [6 -0]


Malaysia Menang Besar Ke Atas Sri Lanka 6-0-kosmo

Semalam aku tak dapat menonton di tv perlawanan yang melibatkan pasukan negara menentang Sri Lanka. Hajat dihati memang nak tengok, tapi keluarga dah ajak pergi ke icity, terpaksa la pergi kesana. Keluarga lagi penting wooo...he3x!!!

Tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjinakkan Sri Lanka dengan jumlah gol yang besar. 6-0, memang aku rasa patut dah tu...maklum la ranking Sri Lanka hanya ke 181[39 asia] dunia, berbanding kita 156 [27 asia]. Alhamdulillah, pemain berjaya menyelesaikan misi dalam perlawanan persahabatan ini. Tahniah dan terima kasih.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Wan Zack Haikal (minit 25,26) Ahmad Hazwan Bakri, (minit 72,82,90) dan Azamuddin Akil (minit -84)

HARIMAU Malaya menepati ramalan apabila tampil garang membelasah Sri Lanka 6-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.
Enam gol tersebut dihasilkan menerusi penggempur Harimau Muda, Wan Zack Haikal (dua gol), Ahmad Hazwan Bakri (hatrik) serta satu jaringan daripada penyerang Pahang, Azamuddin Mohd. Akil.
Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya tampil garang seawal minit ke-19 tetapi Ahmad Syakir Ali gagal memanfaatkan hantaran Safee Sali.
Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu dilihat semakin yakin selepas percubaan pertama itu dan seperti dijangka mereka berjaya menguasai bahagian tengah, sekali gus menghadirkan tekanan buat pasukan lawan.
Hasilnya, skuad negara berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Wan Zack yang tidak mensia-siakan lorongan Safee pada minit ke-25.
Berselang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Weearsinghe Sinnath apabila penyerang Harimau Muda itu bijak membaca hantaran jauh Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, skuad negara terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun gagal menembusi gawang pasukan pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan daripada melancarkan serangan.
Penyerang gantian, Hazwan kembali menceriakan 5,000 penyokong fanatik Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga untuk skuad negara pada minit ke-71.
Selang 10 minit kemudian, Hazwan sekali lagi muncul sebagai pemusnah apabila menjaringkan gol keempat sebelum Azzamuddin menjaringkan gol kelima Harimau Malaya pada minit ke-81.
Hazwan melengkapkan kemenangan bergaya buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan hatrik pada masa kecederaan.

kredit to Kosmo
Tag :

CHONG WEI & NICOL - CALON ANUGERAH SUKAN NEGARA

on 13 April 2012



Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei merupakan 2 orang tokoh sukan yang popular di Malaysia. Terbaru kedua2nya dicalonkan bagi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Anugerah Sukan Negara 2011. Pada aku kedua2nya memang layak sesangat dah tu. Kalau ikut mata kasar aku, memang kedua2 calon ni antara yang "bakal" bergelar tokoh sukan popular untuk tahun 2011. Dari segi pencapaian pun tak de siapa yang boleh kalahkan derang nih. Tahun ni juga hadiah untuk Olahragawan dan Olahragawati negara bertambah...naik dari RM10K kepada RM20K...


Antara calon Olahragawan yang turut tersenarai kali ni ialah Sazali Abdul Samad (bina badan), Cheng Chu Sian (memanah), Bryan Nickson Anak Lomas (terjun), Adrian Ang Hsien Loong (tenpin boling) dan Leong Tze Wai (karate). Kategori Olahragawati pula, Nicol akan disaingi oleh Nicol dicabar Nur Suryani Muhamed (menembak), Fatehah Mustapa (berbasikal) dan Pandelela Rinong (terjun).


Turut dinaikkan ialah habuan untuk pemenang bagi kategori Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Pasukan Wanita Kebangsaan, yang mana masing-masing akan menerima RM20,000 atau RM3,000 seorang, berbanding RM10,000 atau RM1,500 seorang tahun sebelumnya.Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid Mohamed, dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat panel pemilihan anugerah Sukan Negara 2011, berkata lapan kategori dipertandingkan pada anugerah kali ini.


Majlis Anugerah Sukan Negara 2011 akan diadakan di Palace of the Golden Horses di sini pada 17 April, bermula 8.30 malam.Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijangka berangkat hadir dan menyampaikan hadiah-hadiah utama.- Bernama.




# Sapa pun yang menang tak kisah laa...yang penting derang dah cuba buat yang terbaik bagi mengharumkan nama negara Malaysia. Tahniah kepada bakal pemenang!!!

Tag :

RANKING BOLASEPAK MALAYSIA JATUH LAGI...

on 12 April 2012

Ranking_Bolasepak_Malaysia_jatuh_156

Hari ni paper Metroonline menyiarkan berita yang ranking bolasepak Malaysia terus jatuh kebawah lagi. Apa nak dikata...Dan yang paling syok bila negara seperti Bangladesh mengatasi ranking negara kita pula. Ha3x!! Meh kita gelak dulu...bukan apa...kita tau yang perlawanan kompetitif di peringkat antarabangsa tu sangat penting buat ranking nih. Jadi perlawanan yang sebelum2 ni memang tak diambil kira la kann...takkan la nak ambik kira juga perlawanan Malaysia bertemu pasukan tempatan. Buang masa FIFA jerr.


Buat mereka yang duduk di kerusi empuk kat atas tu, ingatlah...rakyat memerhatikan tindak tanduk kamu semua. Jangan bagi bermacam alasan pasal ranking ni yerr.. malu weii bila Malaysia disama tarafkan dengan pasukan yang tak de kemudahan seperti apa yang ada di sini. Buat Rajagopal dan Subhan...korang pikir2 le nanti cara nak bagi pemain dan nama Malaysia naik dalam Piala AFF nanti...

Kredit - kawan aku, derismalaya
Tag :

Tahniah ZULFAHMI, TOP 6 Di Losail,Qatar

on 09 April 2012

Zulfahmi_race_di_Losail_Qatar

Mendebarkan, terutamanya disaat lagi 2 lap terakhir race di litar Losail,Qatar. Zulfahmi dari team AirAsia-Sic-Ajo, nampaknya begitu aggresif malam tadi. Aku saspen...bahkan rakyat Malaysia yang lain juga turut rasa berdebar melihat siaran langsung tersebut. Mana taknya, kelompok Zulfahmi adalah kelompok penentuan tempat ke 3 ~ 9. Siapa yang buat silap pasti akan terus dihukum oleh penunggang lain. Aksi potong memotong berlaku silih berganti. Zulfahmi sendiri merasa sekejap ditempat ke 4 sebelum dipintas oleh penunggang lain. Namun dalam race kali ini, penguasaan jentera Honda begitu ketara dengan 2 buah pendahulu yang jauh meninggalkan lawan yang lain..Tahniah aku ucapkan buat kamu, Zulfahmi...teruskan kecemerlangan itu!!

1. Maverick VIÑALES SPA Blusens Avintia FTR Honda
2. Romano FENATI ITA Team Italia FMI FTR Honda
3. Sandro CORTESE GER Red Bull KTM Ajo KTM
4. Luis SALOM SPA RW Racing GP Kalex KTM
5. Miguel OLIVEIRA POR Estrella Galicia 0,0 Suter Honda
6. Zulfahmi KHAIRUDDIN MAL AirAsia-Sic-Ajo KTM
7. Arthur SISSIS AUS Red Bull KTM Ajo KTM
8. Danny KENT GBR Red Bull KTM Ajo KTM
9. Louis ROSSI FRA Racing Team Germany FTR Honda
10. Alex RINS                SPA Estrella Galicia 0,0 Suter Honda
11. Alan TECHER FRA Technomag-CIP-TSR TSR Honda
12. Hector FAUBEL SPA Bankia Aspar Team Kalex KTM

kredit to- F/b Zulfahmi Official Fan Page & MotoGp
#Jumlah kesemua pelumba untuk Moto3 ni adalah 32 orang...mata aku dah taak leh tahann...aku nak zzzzzzz......

Antara kerenah peminat Zulfahmi di Official Fan Page

Tag :

TEAM YAMAHA MOTOGP

on 07 April 2012

MotoGp datang lagi...2012 menyaksikan team peberet aku, Yamaha Factory Racing mengekalkan kedua-dua pelumba mereka, manakala Monster Yamaha Tech 3 pula telah membuat sedikit perubahan dengan mengambil Andrea Dovizioso dan mengekalkan Curl Crutchlow sebagai pelumba mereka. Siapa yang tak kenal dengan corak pelumba aggresif Andrea Dovizioso...sejak dia di dalam team Honda lagi aku memang minat juga dengan corak perlumbaan dia.

Keputusan free practice bagi team Yamaha di litar Qosail pula menunjukkan peningkatan yang positif bagi semua pelumba Yamaha kecuali Ben Spies [FP 3] yang agak menurun sedikit di tangga ke 11. All the best Yamaha Team!!! Make sure tahun ni Champ!!!

Final Practice 1 - 1. Casey Stoner
                           2. Jorge Lorenzo
                           3. Nickey Hayden
                           4. Ben Spies
                           5. Dani Pedrosa
Final Practice 2 - 1. Casey Stoner
                           2. Jorge Lorenzo
                           3. Andrea Dovizioso
                           4. Ben Spies
                           5. Hector Barbera
Final Practice 2 - 1. Jorge Lorenzo
                           2. Curl Cruthlow
                           3. Casey Stoner
                           4. Andrea Dovizioso
                           5.  Dani Pedrosa


Yamaha YZR M1, 2012






Tag :

MOTPGP 2012 ~ ZULFAHMI KHAIRUDDIN, 1 st Race QATAR

on 06 April 2012

MOTPGP 2012 ~ ZULFAHMI KHAIRUDDIN, 1 st Race QATAR
08/04/12 Losail,Qatar. Litar pertama tahun 2012 didalam kalendar MotoGp kali ni. Terdapat beberapa perubahan berkenaan dengan specs motosikal. Yang paling ketara ialah Moto 3, dimana pemansuhan kelas 125. Kini dengan Moto 3, jentera terbaru yang akan masuk berlumba pertama kalinya pada tahun ni, aku berharap supaya peserta dari nagara kita Zulfahmi Khairuddin akan cemerlang.

Harap tahun ni beliau dapat bersaing dengan pelumba Moto 3 terkenal yang lain. Kalau ikutkan ujian masa yang telah dibuat sebelum ini, insyaallah tahun 2012 ni mungkin kita akan dapat menyaksikan kedudukan podium buat pelumba kita Zulfahmi Khairuddin yang menggunakan jentera M3,KTM dan ditala oleh team AJO. All the best Zul, aku support dari jauh jerr..







# Kredit to F/B Zulfahmi di Fan Page.....Selamanya, harimau Malaya di atas moto..he3x!!! Latest info, free practice 1 Zulfahmi telah mendapat kedudukan ke 8, Free practice ke 2 pula no 2..Terbaikk Zul, keep it up!!!

#Update - Final Practice ke 3 - Zulfahmi jatuh di tangga ke 12 plak...
Tag :

ANUAR MUSA BERSALAH - FAM TAK SALAH?

on 05 April 2012

perbicaraan yang dipengerusikan oleh Datuk Taufek Abdul Razak membawa bersama dua saksi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Super League (MSL), Stuart Ramalingam, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan juga Ahli Majlis FAM, Rosmadi Ismail dan seorang peguam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamaruddin Abdullah.

Berita mengenai Timbalan Presiden FAM Dato Anuar Musa didapati bersalah sudah diketahui semua orang. So, apa sebenarnya punca kesalahan Dato Anuar Musa tersebut? Benarkah ianya satu "dosa" besar sehingga pihak berkuasa FAM menghukum beliau gantung selama 2 tahun 6 bulan dari terbabit didalam sebarang aktiviti bolasepak?

1. Annuar tealh melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. - mengkritik   prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal.

2. Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut. - Melanggar peraturan FAM.



Pada aku, apa yang berlaku sekarang adalah kesilapan Dato Anuar Musa sendiri. Sememangnya peraturan itu sudah tertulis "lama" didalam badan sukan bolasepak Malaysia itu. Bagaimanapun di dalam era dunia kini, peraturan tersebut pada aku hanyalah satu peraturan yang sudah tidak relevan lagi. Dengan keadaan dunia sekarang. Kita hidup didalam dunia yang dinamakan demokrasi dimana semua orang bebas bercakap dan mengutarakan pendapat memasing. Apakah komen Dato Anuar Musa itu melemahkan dan meruntuhkan FAM? Adakah komen itu bersifat terlalu negatif? Pada aku, komen beliau ada benarnya, ianya adalah untuk kebaikan skuad itu sendiri.  

Kalau itu tak boleh, ini tak boleh aku rasa FAM sendiri yang sebenarnya yang dah tak mampu untuk menaikkan martabat sukan no 1 di Malaysia ini. Patutnya pihak yang dah lama dan dah beku di kerusi empuk sana sudah lama meletakkan jawatan, sampai bila anda nak duduk di kerusi empuk itu lagi? Kami semua dah tak larat nak tengok drama yang dilakukan oleh pihak2 yang berkenaan. Tolonglahh...tolonglah pandang kebawah dan lihatlah apa yang rakyat semua mahukan!! 

Anuar Musa adalah mangsa ke tiga FAM selepas bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) juga kerana mengkritik FAM.

# Kalau komen pun tak boleh...sampai bila la nak maju oihhh.....penat tgk FAM nih!!
sumber- kosmo dan metro

Tag :

MUHD ARIF ZULKIFLY,Pemain Bolasepak Malaysia Ditawarkan Bermain di New Zealand.

on 03 April 2012

Muhd+Ariff+Zulkifly

Seorang lagi pemain bolasepak Malaysia yang mungkin agak kurang dikenali namanya iaitu Muhd Ariff Zulkifly telah berjaya ditawarkan ditawar kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU) untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central, liga kedua utama New Zealand selepas ASB Premiership.


Muhd Ariff Zulkifly merupakan seorang pemain bolasepak Malaysia dan juga merupakan seorang kapten pasukan bawah 17 tahun. Beliau juga pernah berlatih di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Loius Saha ketika mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008.[borakboasepak]

Ariff yang mendapat tajaan RM15,000 dari Mister Potato selepas kisahnya mendapat liputan Arena Metro akan berada di sana selama tiga bulan bagi memikat pencari bakat di kelab itu. Dia yang terpaksa melupakan tugasnya selaku kapten skuad Piala Presiden Selangor, bagaimanapun aksi beliau di liga IBU itu hanya bakal direalisasikan setelah beliau menyelesaikan tugasanya bersama skuad Piala Presiden Selangor hingga Jun ini.
[rtbs.blogspot]

Ariff akan pulang ke tanah air pada 1 Mei bagi berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai kontraknya itu.

“Saya belum tahu dari segi tempoh dan gaji yang akan diberikan IBU kerana mereka mahu saya menyelesaikan kontrak dengan Selangor terlebih dulu,” kata pemain pertahanan itu yang bercita-cita besar beraksi di England. Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawar peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei ini.[myMetro]

Muhd Ariff Zulkifly -oldtraffords.com

# Seandainya berjaya Ariff bakal menjadi pemain bolasepak Malaysia yang kedua selepas Safee Sali bermain di luar negara. Dan mungkin juga jejak yang sama bakal diikuti oleh Wan Zack dan Wan Zaharulnizam di Jepun nanti? Satu perkembangan yang bagus buat pemain2 bolasepak di Malaysia sekarang nih.!! Terbaikk!!
Tag :

SAFEE SALI BERCERAI TALAK SATU


Setelah berita rumahtangga pemain bolasepak negara kita yang terkenal, Saffe Sali retak akibat masaalah rumahtangga mereka. Akhirnya Safee melafazkan cerai terhadap isterinya Sabarina Yusof dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar.

Safee mempunyai dua orang anak perempuan hasil perkongsian hidup selama 5 tahun iaitu, Nur Syaza dan Nur Syasya. Safee Sali anak ke 8 dari 12 orang adik beradik merupakan pemain bolasepak negara yang paling berjaya setakat ini dengan bermain dikelab Pelita Jaya, Indonesia. Apapun aku doakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga kedua2nya menemui kebahagiaan mengikut haluan masing2. Insyaallah.
Tag :

GP KAROM KEBANGSAAN 2012 - UM, 3rd Round

on 02 April 2012

Jejaka Malaya yg paling hangitt!!
Semalam, acara bergu untuk Kejohanan GP Karom Kebangsaan telah dijalankan di Universiti Malaya. Mewakili Malaya Carrom Team, 9 pasangan bergu telah dihantar untuk bertanding disana. Seawal jam 7.30 pagi kemi telah mula berkumpul dan bersarapan di Megah Seafood sementara menunggu kedatangan ahli yang lain. Aku, cam biasa minum air nescafe je...tak lalu aku nak makan pepagi. Dah jadi tabiat aku sejak dulu lagi. Kalau makan jugak, siapppp...toilet la jawabnya.

Jam 8.30 pagi kami semua mula berkonvoi kesana. Aku dapati peserta agak kurang berbanding terbuka biasa yang selalu dibuat. Mungkin yuran penyertaan yang agak tinggi (tak le tinngi mana pun) dan juga syarat2 dari penganjur mengurangkan jumlah peserta. Bagaimanapun, usaha penganjur [PKNS] untuk mempertabatkan dan mempromosikan sukan ini harus dipuji. Satu langkah baru yang baik buat semua..

Okeh, firstky tahniah aku nak ucapkan kepada kumpulan "Jarum Mas" yang telah menjuarai kategori bergu yang diadakan semalam. Satu permainan menarik dan menghiburkan buat semua penonton. Tahniah juga aku ucapkan kepada team "G9-Proton" (kelab rasmi carrom Proton) kerana menjadi naib juara dan tempat ke 4. Juga kepada team aku sendiri [MCT] iaitu wak Zamri dan "sochai" kerana mendapat tempat ke 3. Terbaik dari Malaya Carrom Team!!

Bagi aku pula, mungkin kali ni agak kurang bernasib baik kerana hanya tewas di penentuan juara kumpulan kepada team presiden kelab Karom PKNS, en Hussein. Selangkah sahaja lagi nak dapat imbuhan dan setapak sahaja lagi untuk mendapat tempat di GP Karom nih. Apa pun, aku dan rakan aku [Fadzli] dah berusaha yang terbaik. Satu prestasi/pencapaian terbaik setakat ni bagi aku dan rakan aku tu.

Okey, maleh aku nak tulis bebanyak dah. Jom layan gambar2 "lelaki kacak" yang bertarung semalam di Kejohanan Karom GP Kebangsaan 2012 anjuran PKNS. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.
SERAMAI kira-kira 300 pemain dari seluruh Semenanjung mengambil bahagian pada Kejohanan GP Karom 2012 Sirkit Kebangsaan ketiga selama dua hari di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, bermula semalam. 
Kejohanan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang julung kali diadakan itu bertujuan memilih empat wakil bagi setiap kategori perseorangan dan beregu untuk bersaing pada Grand Final di SACC Mall, Shah Alam, 6 dan 7 Oktober depan. Pengerusi Kejohanan, Mohamad Surur Ahmad Thayar berkata, kejohanan yang dibahagikan kepada zon utara, tengah, timur dan selatan itu bertujuan mewujudkan satu kejohanan rasmi karom bagi peringkat kebangsaan, selain peluang pemain mengetengahkan bakat mereka.
“Ini usaha awal kami untuk menaikkan martabat sukan karom di negara ini dan bercadang menubuhkan persatuan di peringkat kebangsaan yang mempunyai ahli gabungan sendiri,” katanya ketika ditemui pada kejohanan Sirkit Kuala Lumpur, semalam. Kejohanan GP Karom 2012 Sirkit Kebangsaan itu dianjurkan mengikut format dan peraturan permainan tempatan yang lebih popular serta banyak digunakan di negara ini berbanding format permainan antarabangsa. 
Pada setiap sirkit, empat pemenang setiap kategori akan layak bertanding di Grand Final. Sirkit berikutnya akan diadakan di Negeri Sembilan (5 dan 6 Mei), diikuti Pahang (23 dan 24 Jun) dan Johor (29 dan 30 September) sebelum saingan Grand Final. Sementara itu, Wahab Mohamad dari pasukan Bata Merah, Pulau Pinang muncul juara perseorangan untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan layak beraksi di Grand Final, diikuti Md Yusup Abu Hashim dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mamat Ismail (PROTON) dan Azhar Zakaria (Amanpura, Kedah). 
Acara akhir beregu berlangsung hari ini.[semalam] 

Kat depan Fakulti Pergigian UM
We Are Malaya Carrom Team!!!!
Daud dan panjang!!!
Rahim  dan Zam
Aku kalah kat team ni la...En Hussein dan rakannya -PKNS
Jejaka Malaya yg manchoss...he3x!!!

Rashid dan Ayu
Tengah tunggu lawan - Malaya vs Amanpura
Penentuan tempat ke 3- Jarum Mas vs Malaya

# "BAU" sori...gambau ko tengah main tak der dlm simpanan aku...nti aku up date kemudian okeh. Untuk info, Malaya Carrom Team juga adalah sebahagian dari staff Proton.
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved