Memaparkan catatan dengan label aLL About Army. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aLL About Army. Papar semua catatan

Kereta Polis Malaysia - Yang Biasa dan Jarang Dilihat

on 04 Februari 2012

Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Berikutan post aku pada "Aksi Terbaik Kereta POLIS Malaysia" siang tadi, aku terus bersemangat nak publish draft entry yang dah lama jadi pekasam kat blog aku ni. Aku memang suka melihat dan mengumpul gambar kereta polis (terutamanya kereta peronda yang terbaru, jarang dilihat dan mungkin yang tak keluar kat jalanraya Malaysia). Untuk posting kali ni, aku nak tempek gambar kereta peronda yang wujud di jalanraya Malaysia. 


Dalam banyak-banyak gambar dibawah, aku rasa Satria Neo, Honda Accord dan BMW 325 [ni kereta polis dari Johor, mungkin dari cabang TSN] memang antara kereta peronda polis yang sangat jarang dilihat. Kalau setakat kereta peronda Wira, Saga, Waja, Kancil dan Perdana tu rasanya dah biasa sangat. Okey...jom layan gambar tu....


kereta polis satria GTI



Kereta Polis naza S206

Polis Volvo



peronda-polis-malaysia


Sumber - Banyak sangat...den dah lope arr...
Tag :

KD Mutiara Terbakar di Limbungan MMHE

on 15 Januari 2012

KD Mutiara Terbakar di Limbungan MMHE
Satu demi satu kapal milik TLDM menjadi rangka yang tidak boleh lagi digunakan. Terbaru kes KD Mutiara yang terbakar dilimbungan MMHE pastinya menjadi topik hangat di kalangan peminat ketenteraan, blog dan juga paper. Kewajaran aset TLDM ditambah bukan hanya dibaiki terus menjadi persoalan. Mampukah kita hanya memerhatikan sahaja aset -aset yang sudah uzur ini meneruskan perkhidmatan mereka? Selama manakah kapal itu mampu bertahan? 


Aku tahu, kita mempunyai kemampuan untuk membaik pulih kapal lama seperti KD Mutiara ini, tetapi tempoh 35 tahun bukan satu tempoh yang singkat, andainya diukur dengan usia manusia sendiri pun aset ini dah dikira berada ditahap veteran, apetah lagi bagi "besi yang terapung dilautan selama 35 tahun". Bagi aku, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia/TLDM  menetapkan dan menjadualkan pembelian aset~aset baru TLDM bagi menggantikan kapal yang sudah berusia ini. Lagipun banyak kapal TLDM yang telah diserah kepada APMM masih lagi didalam ruang yang lompong. Abaikan kelantangan pembangkang dalam hal2 keselamatan negara!!!




Antara petikan berita yang aku simpan....

@ Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menolak kemungkinan kebakaran Kapal KD Mutiara yang sedang dibaik pulih di dermaga Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE) Pasir Gudang berpunca dari percikan api kerja-kerja kimpalan.
@ Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar bagaimanapun berkata, punca sebenar kejadian yang hampir memusnahkan kapal pengukuran hidrografi serta oseanografi itu sedang disiasat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama MMHE.
@ KD Mutiara berada di bawah seliaan MMHE selepas dihantar untuk dibaik pulih sejak November lalu. Ia dibaiki bagi meningkatkan jangka hayat kapal yang sudah berusia 35 tahun itu. Tiada krew TLDM berada dalam kapal ketika itu.
@ "Setakat ini kita percaya ia berpunca dari percikan api akibat kerja-kerja kimpalan sebelum merebak dan terbakar. Bagaimanapun, semua peralatan sensitif yang berkait dengan peranan KD Mutiara sebagai kapal hidrografi serta oseanografi telah dileraikan sebelum ini.
@ "Sejauh mana kerosakan dialami hanya dapat dinilai selepas siasatan terperinci selesai tetapi TLDM masih berkeyakinan, kebakaran tersebut tidak merosakkan keseluruhan kapal. Kita percaya KD Mutiara masih boleh dibaiki dan akan kembali melaksanakan tugasnya selepas ini.
@ Dalam pada itu, Abdul Aziz mengakui TLDM kini berdepan cabaran besar kerana kebanyakan kapal yang ditugaskan bagi menjaga perairan negara telah melewati usia 30 tahun dan adalah menjadi keperluan agar kapal perang baru serta canggih diperoleh dengan segera.
@ "Bagaimanapun kami sedar ia bergantung kepada bajet kerajaan dan keperluan mendesak kini lebih kepada bidang lain, justeru TLDM akan bertindak dengan penuh profesional bagi menyelenggara dan menaik taraf kapal sedia ada agar ia tidak mengganggu tugas kita mengawal negara.
@ "Jadi, nasihat saya kepada pihak di luar sana jangan hanya pandai mempertikai setiap kali perolehan aset baru dibuat oleh kerajaan. Lihat juga kepentingan dan keperluan TLDM terhadap aset tersebut demi menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara kita," katanya




@ “Sejurus kebakaran, beberapa pasukan bertindak kecemasan (ERT) dibantu tiga kilang berhampiran bertungkus-lumus membantu memadam kebakaran, namun tidak berjaya mengawal api ketika menunggu pasukan bomba dan penyelamat tiba. “Kapal berkenaan rosak di bahagian depan dan kita masih belum dapat memastikan anggaran kerugian, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan pencemaran berlaku dalam kejadian itu.
@ Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Johor Bahru yang juga Pegawai Operasi Kebakaran, Raja Saiful Iswandi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.00 malam sebelum 12 jentera membabitkan 60 anggota dikejarkan ke lokasi.
@ Pasukan pertama membabitkan dua jentera dari Pasir Gudang tiba 10 minit kemudian manakala selebihnya dari Johor Jaya dan Johor Bahru.“Kami sukar memadamkan api berikutan terdapat beberapa ruang kecil di dalam kapal yang mudah terbakar. “Bagaimanapun, kami mengawal api sekitar jam 11 malam dan memadamkan keseluruhan kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi.


Spesifikasi Kd Mutiara.
Displacement: 1905 tons standard, 1949 tons full load
Dimensions: 71.15m x 13.52m x 4.75 m
Guns: Fitted for 1 x 20mm.
Electronics: 2 Racal 1226/1229 Navigation Radar, I Beam, Multi-beam Echo Sounder Atlas Hydrosweep MD 2/30 kHz, Deep Sea Echo Sounder Atlas Deso 25, Sound Velocity Probe 10 Inch, Motion Sensor DMS 3-05, Expandable Bathymetry Thermograph (XBT), 2 X Side Scan Sonar Klein 3000
Propulsion: 2 X Deutz SBA 12M 528 diesels, 1 controllable pitch propeller
Speed: 16 knots, range 8334Km at 16 knots
Crew : 155
Aircraft: platform aft.
Tag :

Sejarah PDRM - Honda CB 500 four

on 13 Januari 2012

MOTOSIKAL JENIS CB 500 FOUR
Motosikal jenis ini telah dibeli dan mula digunakan pada 02 Mei 1974 bagi kegunaan tugas trafik, pengiring, ‘despatch’, dan juga bagi kegunaan latihan asas menunggang. Penggunaan motosikal ini ditamatkan pada 19 Jun 1982. Motosikal ini merupakan salah satu bahan sejarah yang dipamerkan di Muzium PDRM.

Luangkan masa korang untuk melawat Muzium PDRM yang terletak di No.5, Jalan Perdana, Kuala Lumpur (03-22724740, 5689, 5690) berdekatan dengan Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium dan Muzium Kesenian Islam.

Dibuka setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah percuma !!!

Sejarah PDRM Honda CB500 four

Sumber- FB Fan Page PDRM.
#Sori geng...entri autopublish aku gila sikit arrr...sebenarnya aku yg dah salah setting nih...huhuhuhu
Tag :

4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban

on 12 Januari 2012

Kurang ajar, bodoh, tak bertamadun.. biadap!!! Itulah gelaran yang patut diberikan kepada tentera marin US ini. Selain mendapat kecaman dari orang2 Islam ianya turut datang dari veteran perang US yang tidak bersetuju dengan kelakuan tersebut.4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban
4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban
Persatuan Pembela Hak Muslim di US juga dikatakan telah menghantar surat kecaman itu kepada Menteri Pertahanan Leon Panetta. Mereka menuntut tanggunganjawab dari Pemerintah U.S "Kesemua pihak yang bertanggung jawab harus ditahan dalam insiden ini. Mereka ini perlu diadili, sesuai dengan kod etika ketenteraan," isi surat Dewan Hubungan Islam dan Amerika dalam pernyataan mereka seperti yg dinyatakan kepada  Reuters, Khamis (12/1/2012).

Sementara itu reaksi keras juga datang dari beberapa veteran perang AS yang memberikan kenyataan mereka di website Stars and Stripes, yang dikelola oleh Kementerian Pertahanan AS.  "Taliban mampu menjadikan video dan gambar yang tersebar luas ini sebagai alasan untuk mencederakan tawanan AS," jelasnya. Sementara di Pentagon, Kapten John Kirby mengatakan Menteri Pertahanan US merasa terganggu akibat video tersebut.
4 Marin US Kencing Diatas Mayat 3 Pejuang Taliban
Tentera marin US kencing atas mayat Taliban
Gambar Tentera US kencing diatas mayat pejuang Taliban
Tag : ,

Drama Melihat Dunia - Delta Two Bar

on 25 Disember 2011

Drama Melihat Dunia - Delta Two Bar...Sapa yang pernah tengok drama nih? Sebenarnya aku pun tak pernah tengok, tapi bila aku terjumpa dalam youtube tetiba je aku rasa soundtrack dia macam best la pulak. Masa bila cerita ni ditayangkan pun aku tak tau. Gamaknya kureng promosi kot masa tu.


"Soundtrack original 'melihat dunia' ini ciptaan Amir Dayan dan Tengku Mujarad dari telemovie ketenteraan terbitan BPK Markas ATM dan Hannil Sdn Bhd menceritakan tentang Medik Hassan yang memasuki tentera tanpa pengetahuan ibu bapanya kerana kata bapanya iaitu Sarjan Hussin (yang mendapat pingat PGB kerana keberanian menentang komunis dulu) Hassan belum bersedia kerana tiada sifat tanggungjawab dan disiplin serta malas. cerita ini berkisar mengenai perubahan yang berlaku kepada Medik Hassan kerana beberapa insiden semasa beliau berada dalam institusi ketenteraan sehingga beliau terpilih menyertai misi khas PBB. Ada sedih, komedi, patriotisme...."


Kredit to TengkuMujarad4 (youtube)




# Esok terpaksa cuti dari berblog kejap....gi jual tshirt GPH kat Stadium Merdeka sat....:) Pasti esok berpeluh sakan....
Tag : ,

Pesawat MIG29N Akan Dinaik Taraf?

on 19 Disember 2011

Berita kosmo hari ini...
KUALA LUMPUR – Firma aeroangkasa Rusia, Mikoyan dikatakan sudah bersedia untuk menaik taraf 16 pesawat pejuang MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk proses memasang sistem avionik, radar dan persenjataan termoden.
Cadangan menaik taraf pesawat tempur itu kepada versi Mikoyan MiG-29UPG merupakan opsyen Rusia kepada TUDM untuk memanjangkan jangka hayat selain mampu beroperasi setanding pesawat generasi baharu.
Menurut sumber industri, kos keseluruhan program itu dijangka tidak membebankan TUDM kerana ia melibatkan kerjasama strategik Rusia dengan industri aeroangkasa India, Hindustan Aeronautics Limited (HAL).

Aku berasa gembira mendengar hal ini. Aku pasti MIG29N kita akan lebih tangkas dari sebelum ini termasuklah dari segi airframe pesawat, radar dan beberapa equipment tambahan yang lain. Semoga MIG29N kita akan terus berada di angkasa raya Malaysia untuk beberapa tika waktu lagi, kerana pada aku MIG29N masih lagi berupaya berkhidmat untuk negara. Nampaknya (aku rasa) anggota Smokey Bandit pasti akan tersenyum dengan pengumuman ini. Tabik untuk anggota Smokey Bandit!!!

Smokey Bandit
Anggota Smokey Bandit di LIMA 2011
MIG29UPG
Contoh MIG29 UPG Milik India
Tag :

Drama Insurgensi- RTM..Berapa Lama Lagi Nak Disimpan?

on 18 Disember 2011

Kalau anda pernah perasan, satu drama yang bertajuk Insurgensi pernah diwar2kan didalam RTM TV1 tak lama dulu. Drama yang berbentuk ketenteraan pada masa era komunis berleluasa. Drama bersiri 26 episod ini diarahkan oleh Aziz M Osman, satu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Drama ini adalah kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Penerangan. Sayangnya drama ini terhenti kerana adanya sedikit perselisihan antara kedua2 agensi.

Amat merugikan dan memalukan kerana kedua2 agensi ini gagal berkomunikasi sehingga sekarang dan gagal menayangkan drama yang bernilai tinggi ini untuk rakyat. Semoga ada pihak yang akan berusaha untuk memastikan yang drama Insurgensi ini akan ditayangkan jua satu hari nanti. Apa dah jadi RTM ehhh??



# Kredit to ggk21 (youtube) kerana video ini.
Tag : ,

Iran Bantah Pencerobohan RQ-170 Drone US!!

on 12 Disember 2011

RQ-170 US Drone

Mengikut berita yang aku baca, pihak berkuasa Iran telah membuat satu bantahan keras keatas tindakan pesawat pengintip [RQ-170] US yang telah menceroboh negara mereka di PBB. Sejauh mana penerimaan Bangsa -Bangsa Bersatu terhadap bantahan Iran ini tidak aku ketahui. Tetapi pihak US dengarnya juga meminta Iran memulangkan kembali pesawat Drone pengintip mereka. Adakah Iran akan memberi begitu sahaja? Sorri la US, kalau nak jugak nampak gayanya korang kene hantar SEAL Team ke, DELTA Team ke hape ke....itupun kalau dapat laa.....
TEHERAN: Dron Amerika Syarikat yang didakwa ditembak jatuh oleh Iran, menceroboh sejauh 250 kilometer ke dalam ruang angkasa republik Islam itu. Dalam sepucuk surat bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pihak berkuasa Iran berkata, ‘pesawat pengintip RQ-170 milik Amerika Syarikat menceroboh sejauh 250 kilometer ke dalam ruang angkasa Iran sebelum berdepan dengan reaksi tentera Iran,’ lapor laman web televisyen negara itu. “Tindakan provokasi dan sulit kerajaan Amerika terhadap Iran semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu,” menurut rangkaian televisyen itu. Ia juga berkata, Teheran mengemukakan bantahan keras terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat dan memberi amaran untuk bertindak keras sekiranya ia berulang. Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan serta Perhimpunan Agung, Iran mendesak badan dunia itu mengutuk pencabulan berkenaan.

Dan yang aku suka bila baca berita ini ialah berkenaan dengan keupayaan [kalau benar] peralatan perang elektronik mereka yang mampu menjinakkan drone US...Nampaknya US kene berhati2 selepas ini kerana aku ada terbaca, pihak yang cuba mengesan dan memusnahkan RQ-170 Drone itu gagal mengesan lokasi sebenar Drone yang telah dirampas pihak berkuasa Iran.
“Ia jatuh ke dalam perangkap Unit Perang Elektronik kami yang kemudian berjaya mendaratkannya dengan mengalami kerosakan kecil,” katanya. Seorang anggota Parlimen kanan, Mohammad Kossari memberi amaran tegas bahawa Iran akan bertindak balas sekiranya pencabulan seumpama itu berulang. “Iran akan menyerang semua pangkalan tentera Amerika Syarikat di seluruh dunia. “Tindak balas itu akan menggerunkan,” kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Parlimen mengenai Hal Ehwal Luar Negara, Mohammad Kossari. Dron RQ-170 Sentinel ialah pesawat mengintip yang boleh terbang tinggi dan ia direka dan dikeluarkan oleh syarikat Lockheed Martin. Kewujudannya didedahkan pada 2009 sebelum iadisahkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada 2010.
Sumber = Kosmo.
Tag :

Iran shut down RQ 170 US Drone!!

on 11 Disember 2011

Drone that crashed in Iran last Thursday was on a mission for the CIA, and is now in the hands of Iran's military - NBC News Iranian PressTV says that it happened on 4th Dec 2011. "On Sunday December 4, the Iranian Army's electronic warfare unit downed a RQ-170 Sentinel stealth aircraft after it crossed into Iran's airspace". FOX News quotes experts who say that the "drone's design makes it more of an operational platform, not an intelligence gathering aircraft".
"Wall Street Journal":"U.S. officials considered conducting a covert mission inside Iran to retrieve or destroy a stealth drone that crashed late last week, but ultimately concluded such a secret operation wasn't worth the risk of provoking a more explosive clash with Tehran, a U.S. official said. "No one warmed up to the option of recovering it or destroying it because of the potential it could become a larger incident," the U.S. official said. If an assault team entered the country to recover or destroy the drone, the official said, the U.S. "could be accused of an act of war" by the Iranian government.




# Akhirnya...kisah ni mengingatkan aku pada kegiatan pengintipan US keatas negara  Kesatuan Soviet satu ketika dahulu. Menggunakan pesawat pengintip termaju mereka pada masa itu iaitu U-2, akhirnya pada 1 Mei 1960 pesawat U-2 yang dipandu oleh Francis Gary Powers ditembak dengan peluru berpandu SA-2 Soviet (peluru berpandu yg baru dicipta), beliau ditawan dan pesawat pengintip U-2 beliau tidak sempat untuk diaktifkan mekanisme "hapus diri"..(standard operasi US, bila mesin perang mereka ditawan). Kalau nak tengok bagaimana ataupun tinggi mana pesawat U-2 ini beroperasi? Sila la layan video dibawah.....memang menarik!!!



Tag :

Pic pengkebumian tentera Pakistan - 24 terbunuh dalam serangan NATO

on 30 November 2011

ISLAMABAD 29 Nov. – Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani menolak untuk menjalankan ‘urusan seperti biasa’ dengan Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas satu serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membunuh 24 tenteranya, Sabtu lalu.
Kejadian yang menyaksikan tentera Pakistan cuba mengehadkan kerjasama perang bersama AS di Afghanistan itu juga, menyukarkan lagi usaha AS untuk meredakan krisis hubungan dengan Islamabad dan menstabilkan rantau tersebut sebelum tentera asing berundur dari Afghanistan.
“Kami tidak akan menjalankan urusan seperti biasa. Kami perlu lakukan perkara lebih besar untuk memuaskan hati negara kami,” kata Perdana Menteri ketika ditanya CNN sama ada pihaknya mahu meneruskan hubungan dengan AS.
Tatkala serangan NATO telah mengalihkan perhatian dari apa yang disifatkan pengkritik sebagai kegagalan Islamabad memburu militan, kenyataan Gilani itu juga memperlihatkan kemarahan kerajaan dan tentera Pakistan selain tekanan yang dihadapi daripada rakyatnya.
“Kamu tidak boleh memenangi mana-mana perang tanpa sokongan ramai. Kami perlukan sokongan rakyat,” katanya.
Gilani berkata, hubungan itu jika diteruskan hanyalah atas dasar ‘saling hormat menghormati dan kepentingan bersama’.
Ditanya Pakistan ada menerima penghormatan tersebut, Perdana Menteri itu menjawab: “Buat masa ini belum”.
Sabtu lalu, seramai 24 anggota tentera Pakistan terbunuh dekat sempadan Afghanistan dalam serangan udara NATO, sekali gus mendorong Islamabad menghentikan penghantaran bekalan kepada NATO di Afghanistan. – Reuters

Salah satu check poit disempadan Pakistan

Demostrasi dari rakyat Pakistan terhadap NATO dan US


Contoh helikopter penyerang yang terbabit dlm serangan tersebut
Lori bantuan logistik untuk tentera NATO tersekat dipintu sempadan Pakistan






#Pihak US menyalahkan tentera Pakistan kerana mereka yang telah memulakan tembakan terhadap pasukan mereka diawal pagi, Sabtu lalu. Pakistan menafikannya dan membekukan kerjasama terhadap semua urusan NATO di pintu sempadan. Beratus2 lori bantuan tersekat di pintu lalauan tersebut.
Tag : ,

Kapal Selam Agosta 70 bersemadi di Melaka

on 17 November 2011

Kapal Selam Agosta 70 bersemadi di Melaka


MELAKA 13 Nov. — Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini.

Beliau berkata, kapal selam itu telah tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian.

Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd. Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.

Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. — Bernama

# Aku dah ushar isu ni diforum Cari. Nak usha tempat lain malas la pulak. Macam biasa la, memacam pandangan yang keluar. Ada yang kutuk, ada yang bersetuju dan ada yang suruh TLDM buat RND sendiri dengan kapal selam ni... tapi cadangan yang terbaik aku rasa ialah up grade kapal selam tu. Negara yang dicadangkan oleh forumer tu adalah di Pakistan. Pehhh...baru aku tau di Pakistan, rupa2nya ada pakar untuk baik pulih dan panjangkan hayat kapal selam under licence dari France nih. Satu lagi aku terjumpa sorang forumer ni (kalau tak salah aku org dalam Scorpene...dan mungkin masih lagi dalam perkhidmatan) dgn ayatnya....

1. LT= "Kenangan 4 thn bersamamu....Ouessant. membelah sea state 6 kt Atlantik. Sembahyang baring je kt katil...sbb instructor france marah. daging babi salai gantung...nk lalu tutup hidung je. nk pi toilet...beratur 78 org ngn 1 toilet. byk lg nk dikenangkan..." 


2. Juga dari LT="Sbb kt melaka ade muzium TLDM. Agosta tu buat thn 1970 nama Ouessant diguna oleh krew sub kita masa kt france. mmg sesuai sgt buat latihan.... sbb semua manual... main pusing2 semua. Perkara2 basic diajar sblm convert ke fully automatic scorpene ni. mmg nostalgic la... sub ni jd muzium sbb sub pertama yg kita guna utk establish 1st sub force"


Pandangan aku yang tak ngerti apa2 tentang ketenteraan dan juga kapal selam ni sebenarnya simple je. Aku rasa kerajaan dah tentu buat kajian yang menyeluruh sebelum kapal selam ni dipencenkan dan di letak di muzium. Tambah pula kapal selam tu sebelum ni hanya dibuat sebagai kapal latihan untuk anak2 kapal TLDM yang bakal mengendalikan Scorpene. Bagi orang awam pula, ini adalah satu peluang untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman masuk kedalam kapal selam secara dekat. So...tak perlu kecoh2...tak perlu gaduh2...


Kesimpulan aku, Agosta 70 adalah kapal selam latihan... sementara menunggu Scorpene siap...dengan hayatnya itu kapal ini tidak sesuai untuk beroperasi di mana2 lautan sekalipun. Dan kalau dipanjangkan hayatnya pun...ianya mungkin membabitkan kos yang sangat tinggi dan merisikokan nyawa anak2 kapal.
Anak2 kapal Selam Scorpene Malaysia...mungkinkan si LT ada bersama disini??
Pulau Besar atau Klebang??

Kelihatan begitu buruk rupa Agosta 70 nih...
Ketibaan Agosta 70 (dah macam ikan Paus la pulak bila tgk sekali imbas...)

Credit to Cari Malay Forum

Tag :

Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempas

on 12 Oktober 2011


Antara kerjaya yang agak berisiko kat dunia ni ialah menjadi seorang juruterbang. Tak kira la komersial ataupun pesawat pejuang, ianya tetap berisiko tinggi. Sekerap mana pun pesawat itu dijaga dan diselenggara dengan rapi  namun tiada siapa yang dapat menangkis takdir yang telah ditentukan oleh ilahi. Hidup dan mati telah ditetapkan olehNYA, akan berlaku tidak terlambat ataupun tercepat walau sesaat sekalipun. Inilah risiko yang dialami setiap juruterbang tak kira dimana sekali pun didunia ini.


Okeh, lopekan pasal tu dulu. kali ni aku nak kongsi gambar2 pesawat akrobatik Hawk kepunyaan Red Arrow ni beberapa saat sebelum terhempas. Gambar dibawah sekali adalah pancaran cahaya yang keluar dari pesawat Hawk T1 (Red 4) yang dipandu oleh  Flight Let Jon Egging dari pasukan Red Arrow. Red Arrow juga dikenali diseluruh dunia sebagai satu pasukan akrobatik pesawat yang terbaik. Kejadian pesawat terhempas ini berlaku di sebuah perkampungan yang bernama Throop tak jauh dari Bournemouth, England pada 20 Ogos 2011 yang lepas. Peristiwa itu juga turut disaksikan oleh isterinya yang turut berada dilokasi kejadian pada masa itu.

Lokasi pesawat RedArrow terhempas.
Jon Egging
Cahaya/api yang keluar sejurus sebelum pesawat terhempas.


Pesawat Red Arrow, kebanggaan British





Tag : ,

Pengganti KD Pari ~ Bila TLDM nak dapat kapal baru?

on 23 September 2011

Semalam masa aku merayau dalam internet, aku terjumpa kisah KD Pari (Penant No 3510) sebuah kapal jenis penyerang (kelas Jerung) yang dikatakan telah mengalami masaalah mekanikal semasa dalam perjalanan untuk membuat rondaan pada 15 September 2011 (khamis) lalu. Namun ada khabar2 angin mengatakan yang KD Pari sebenarnya dalam perjalanan untuk menyekat pencerobohan dari kapal PRC (People Repubilc of China) berdekatan dengan Pulau Layang-Layang. Sebenarnya aku baru je tau kisah ni...minggu lepas aku sibuk sikit menguruskan kereta (Tuah) yang nak masuk perarakan Hari Malaysia.

Kalau tak salah aku, KD Pari telah berusia lebih kurang 34 tahun (23 March 1977) berada didalam perkhidmatan TLDM. Banyak jugak sejarah KD Pari ni, antaranya yang aku jumpa ialah kisah derang merempit dengan KRI Rencong (TNI-AL 622), KRI Singa (TNI-AL 679) dan korvet KRI Wiratno(TNI-AL 879) yang bersempadan dengan Indonesia (Krisis Ambalat). Respek jugak aku, sebab walaupun dah berusia, masih lagi berupaya menunjukkan taringnya kepada kapal2 Indonesia tu. Apepun, berperang bukanlah jalan terbaik...masih banyak ruang untuk membicarakan soal ini.

Pada aku laa...patutnya kerajaan dah boleh pertimbangkan untuk pembelian baru .Namun satu Malaysia tahu masaalah bajet seringkali mengekang TLDM dalam perolehan kapal2 baru. Itu belum masuk dengan tentangan dari pembangkang dan juga kisah2 Jerung Perkasa. (Wallahualam)

Berikut dibawah adalah gambar2 KD Pari dan juga petikan berita mengenainya, dan juga mengenai kapal2 TLDM yang lain. Aku sangat berharap kerajaan menggantikan dengan segera kapal2 TLDM yang dah usang. Bukan setakat kapal yang berharga berjuta-juta ringgit je yang kita nak jaga...keselamatan petugas2 juga perlu diambil kira. Jangan sampai anak muda tak nak masuk TLDM atau mana2 cabang disebabkan peralatan yang agak berkarat udah lerr..

Tapi aku tau...ramai anak2 muda di Malaysia yang sedia bertugas dan berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta ini. Sememangnya perkara ini sudah terbukti...

Gambar KD Pari di jeti Pulau layang2..





KUALA LUMPUR – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pari separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada shaft kapal tersebut tertanggal.
Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.
Bagaimanapun, kesemua 9 pegawai dan 27 anak kapal jenis Fast Attack Craft-Gun itu terselamat.
Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Leftenan Komander Masliza Maaris dalam kenyataan di sini semalam berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu berjaya merapatkan kapal itu di Jeti Pulau Layang-layang.
“Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat daripada kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.


Berita dari NST.com;

KUALA LUMPUR: A Royal Malaysian Navy (RMN) vessel, in pursuit of a foreign ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday, was forced to abandon its operation after its engine room was flooded.
RMN chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said the crew of the Fast Attack Craft-Gun (FAC-G) vessel KD Pari heard a 'loud bang' soon after it had departed the island westward to pursue a China-flagged vessel, believed to be a frigate, spotted at Gugusan Semarang Peninjau in the South China Sea at 2.53pm.

"Initial investigations revealed that the KD Pari sustained a dislodged shaft, which connects the propeller to the engine, and the vessel turned back to its base.

"The professional action of KD Pari's 36 crew members, under the command of Lt-Cdr Abdul Hadi Abdul Malik, managed to steer the stricken vessel towards Pulau Layang Layang's jetty where it became partially submerged four hours later.
"After attempts by the crew to siphon out the fast in-flowing water with portable pumps failed, divers were called in to first seal the huge hole at the stern tube before using air-fillled 'lifting bags' to float the vessel."

He added a second RMN ship, the new-generation patrol vessel KD Pahang was immediately summoned to pursue the China-flagged ship and managed to "shoo it away" after efforts to communicate with it failed.

"A board of inquiry has been established to investigate the incident and assess the damage to KD Pari."

Damage to KD Pari, which reportedly underwent refurbishment in 2009 to the tune of RM12 million, is believed to be in the tens of millions of ringgit.

The assistance of the Royal Malaysian Air Force was also sought to despatch a CN-235 maritime patrol craft from Kota Kinabalu and a C-130 Hercules from Subang to Pulau Layang Layang to ferry additional technical crew and equipment to salvage KD Pari.

KD Pari, pennant number 3510, was built by Hong Leong-Lurssen at its Butterworth shipyard and commissioned on March 23, 1977.

It weighs 244 tonnes, is 44.9m x 7m x 2.5m, can sail at 32 knots and is manned by 36 crew members

The RMN also confirmed that another FAC-G vessel, KD Serang, sustained a small fire from a short-circuit on Aug 31 while minesweeper KD Todak was 'grounded' after a slight mishap with a floating object two months earlier.


Tag : ,

Nasib Komando Malaysia.....

on 21 April 2011


Buat seketika aku terpaku kepada satu komen di blog sharilkadir. Komen dari Pak Matjau, seorang pesara tentera [Komando] memberi kesan kepada aku, tercuit dengan perasaan terkilan, aku mengharap supaya entri ini sedikit sebanyak mampu membuka mata beberapa pihak. 
Terdapat beberapa pihak yang memperjuangkan nasib bekas anggota ATM. Antaranya Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang diterajui oleh Dato Hj Muhammad b Hj Abdul Ghani.



Begitu juga dengan Kelab Veteran Komando MalaysiaKVKM telah ditubuhkan bagi meneruskan ikatan silaturrahim dikalangan veteran komando dapat dikekalkan sejajar dengan sumpah perajurit Komando yang Kedua Belas yang berbunyi  “Saya Akan Mengharumkan Nama Bere Hijau dan Rakan-rakan Seperjuangan Yang Memakainya Hingga Akhir Hayat Saya”.

Juga satu lagi persatuan iaitu Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia [PBPKNM] yang beralamat di;
NO.21,Tingkat 3,Jalan 11/48A,Wisma Wawasan Emas,Sentul Raya,Boulevard,51000 Kuala Lumpur.603-40414097

Disamping persatuan2 yang aktif ini terdapat lagi beberapa pihak yang memperjuangkan nasib bekas tentera.
Antaranya blog Minda Pertahanan yang memperjuangkan nasib seorang pesara tentera iaitu Che Poh dan juga blog persendirian iaitu Blog Jottings of an x Nuripilot.


Aku tahu...bukan semua bernasib baik dan bukan semua yang bernasib malang, namun janganlah persiakan mereka yang pernah berjuang demi negara.
Terpinggir dek pembangunan didalam negara yang pernah diperjuangkan. Aku harap akan ada usaha dari pihak tertentu membantu pesara tentera yang mengalami nasib malang ini.
Berikut komen Pak Matjau;

Pak Matjau 
Februari 16, 2011 1:33 pm
Assalam…saya bekas komando (Kor 12 1972-1986-tak payahlah saya terangkan dengan lebih lanjut) banyak pengalaman pahit manis yg saya tempohi sebagai seorang komando.
Saya pernah terbabit didalam misi menyelamat anggota kami (yg ditangkap tentera Filipina 1980, kerana menjadi komandan pada pejuang MORO-masih hidup) bersama2 dengan pejuang MORO di selatan filipina dan “mision accomplice” …pertempuran dengan pengganas komunis di serata hutan Semenanjung, Serawak dll. Pernah juga berbulan2 menjejaki Komunis di dalam hutan dengan memakan apa saja yg ada di ketika itu.
Walau pun penggorbanan ini amat besar, tetapi yg mendukacitakan kami adalah layanan “baik” yg kami terima setelah kami tinggalkan perkhidmatan ini. Kami seolah-olah dianaktirikan dan dilupakan begitu saja. Persatuan Perajurit menjadi tempat berpolitiking dan membuat duit utk kroni2.


Kawan2 yg senasib pun mengalami perkara yg serupa. Kami amat terkilan, bila mana kerajaan Malaysia secara senyap2 telah memperuntukan sejumlah wang untuk menghantar bekas anggota2 Parti Komunis Malaya utk menunaikan haji ke Mekah (boleh rujuk dengan KDN). Seramai 10 orang bekas anggota PKM dipilih setiap tahun untuk menunaikan haji ke Mekah yg ditanggung perbelanjaannya oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan kami yg berjuang mempertahankan Negara tidak mendapat layanan seperti itu. Ramai bekas anggota2 komando yg ketika ini hidup miskin dan terabai.

Anda boleh lihat bekas anggota komando yg sekarang ini menjual air di tepi jalan (Yaakob Langkawi- bekas peninju negara ke sukan olimpik Russia) dan ada juga yg terpaksa di hantar ke rumah org tua (Allahyarham Man Gopeng-Sg.Udang) kerana tiada keluarga yg sudi utk menjaga dan yg paling sedih sekali apabila ada yg menjadi penggemis di tepi2 jalan (Sgt. Mat Deris, Leman Manjoi, Sahak Gerak Khas).


Saya dengan rendah diri menyeru kepada Kerajaan supaya mengambil berat kebajikan bekas perajurit dan letakkan lah maruah mereka di tempat yg sepatutnya. Saya sebenarnya tidak mahu meungkit2 kisah lama, tetapi apakah kesalahan kami, sehingga kehadiran kami tidak dipedulikan.
Bak kata pepatah: Patah tumbuh, hilang berganti, kini anak sulong saya mengikuti jejak langkah saya sebagai seorang anggota komando walau pun saya cuba menghalangnya.
“DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG..”
Pak Matjau


#Aku cuba meminta kebenaran dari beliau [sharikadir], namun sehingga sekarang beliau belum memberi maklumbalas. Aku andaikan beliau agak sibuk dan aku juga berharap beliau tidak marah dengan entri ini.
Terima kasih buat sharilkadir.
#Rayuan Hari Pahlawan mengutip 6.3 juta tahun lepas?? [BACA SINI]

Tag : ,

Tentera Malaysia di Balkan ~ Lt Kolonel (B) Manaf Kasmuri (Part 2)

on 12 April 2011

Hari tu gua ada buat satu entri berkenaan Kolonel Jihad. Kalau anda masih belum membaca intronya sila la ke entri yang sebelum ni yer (kat warna oren tu). Rasanya masih ramai lagi yang belum tahu kisah disebalik Kolonel Jihad ini. Untuk entri kali ini, gua cuma nak ambil kisah tentera Malaysia semasa berada disana sahaja.Gua cuba ringkaskan sebaik mungkin, semoga memberi manafaat kepada muda mudi dinegara kita ini.

 

  •  Lt Kol (B) Manaf Kasmuri merupakan Pegawai Pemerintah (OC~ Officer Commanding) semasa bertugas di Maktab Tentera Diraja. Berpangkat Mejar menguruskan Divisyen Putera MTD tersebut semenjak 1991 setelah tamat kursus Command and Staff College di Queensland, Australia.
  • Memohon dari Kementah utk bertugas di rantau Balkan ketika Malaysia belum membuat keputusan untuk menyertai PBB. Selepas 3 bulan dari tarikh permohonan,beliau diarahkan bertukar ke Battalion ke 23 RAMD (mekanis) Ipoh sebagai Penolong Pegawai Pemerintah. (800 anggota dan 150 kenderaan berperisai)
  • Keutamaan beliau adalah latihan kepada anggota dengan penyesuaian keadaan terutamanya suhu, tempat pertama pilihan ialah Cameron Highland. Selepas itu mendapat arahan untuk berlatih di Turki (anggota NATO). Ini penting kerana Malaysia sebagai negara "dunia ketiga" perlukan pengiktirafan dari negara yang lebih maju utk mengelakkan keraguan terhadap keupayaan tentera kita.
  • Penerbangan menggunakan pesawat Beoing 747 dan mendarat di Lapangan Terbang Tentera (Murted) yang terletak di barat Ankara. Lapangan ini pernah digunakan sebagai markas tentera NATO semasa misi mengebom Iraq.
  • Cuaca sejuk menyebabkan anggota tentera kita dicap sebagai tidak bersungguh dan mudah hilang tumpuan semasa latihan yang dikendalikan tentera Turki. Bermula dari sini, Lt Kolonel Manaf mula merancang sesuatu.( gua pun sama gak....kalau sejuk baik tarik selimutt jerr...hehehe)
  • Beliau memohon supaya tentera Malaysia diberi latihan di kem komando mereka yg tidak jauh dari kem yang sedang mereka duduki. Latihan intensif mula menampakkan hasil, tentera Malaysia dipandang tinggi oleh Ketua Komandan pusat latihan tersebut, biarpun sebelumnya beliau tidak percaya tentera Malaysia mampu melepasi latihan dipusat tersebut. Paling mengejutkan mereka ialah apabila doa dibacakan didalam 3 bahasa, Melayu, Arab dan Turki (Turki negara sekular...x de doa dlm tentera, walaupun seseorang itu muslim...bahkan sambahyang dan solat juga diabaikan)
  • Latihan tempur (serangan kilat) diadakan, latihan pertama; sebuah pemancar yang berada diatas puncak gunung yang penuh dengan salji menjadi sasaran tentera Malaysia dalam latihan ini. Menurut perkiraan tentera Turki, latihan ini mengambil masa selama 2/3 hari untuk dilaksanakan.
  • Ternyata tentera Malaysia berjaya menyempurnakan sasaran hanya dalam masa setengah jam sahaja. Pasukan bantuan musuh (Turki) berputih mata kerana tidak menyangka serangan dari tentera Malaysia. Mereka telah tersalah perkiraan. latihan kedua juga sangat mengagumkan. Manakala latihan ketiga telah menyebabkan tentera Turki menjadi seperti "haiwan buruan" yang bercelaru dicelah2 pokok fir!
  • Latihan besar2an pula membabitkan gempuran kereta perisai, disaksikan oleh orang2 kenamaan. Latihan yang dianggarkan selama 3 jam oleh pemerintah tentera Turki berjaya diselesaikan hanya dalam masa 10 minit. Mereka sangat kagum dengan keupayaan tentera Malaysia sehingga segala gedung peralatan yang ada dikem mereka dibuka untuk digunakan oleh tentera Malaysia.
  • Walaupun asalnya mereka (tentera Turki) yang sepatutnya mengajar tentera kita, akhirnya tentera kita yang mengajar mereka taktik melawan pemberontakan bersenjata. Dalam pada itu Lt Kol (B) Manaf sempat juga mempersembahkan KESBAN kepada mereka.

Rasanya cukup setakat itu dahulu, insyaallah gua akan sambung kembali kisah2 dari  Kolonel Jihad ini.



#Malbatt di Somalia
#Kisah seorang sniper
Tag : ,

Krisis di Mesir ~ Kenyataan dari petugas kita

on 16 Februari 2011

Sekadar post yangg singkat dan segera....


Baru sebentar tadi (post ni sebenarnya gua draft semalam) gua masuk ke blog Jootings ex nuri pilot..
Tertarik dengan entri beliau yang terbaru iaitu Ops Piramid. Entri  yang menyiarkan satu email dari bekas petugas kita di sana, iaitu Mejar Ishak Isa.


Didalam email yang ditujukan kpd (B) Mejar Nor Ibrahim, beliau menyatakan beberapa perkara....
Gua agak tertarik kepada beberapa ayat ......


Yang paling saya sedih apabila ada ibu bapa yang marahkan kami kerana beri makan anak mereka makan yg tak sedap...........dan ada anak anak  orang orang yg berada yg terkandas di Airport marah wakil kami kerana beri mereka makan roti dan bukan nya nasi lemak........"


juga ayat nih...


"5. Ops Piramid ini juga memperlihatkan kelemahan pentadbiran pihak berwajib di kaherah dan juga sikap pegawai yg bertugas di sini.........blaming each other on simple things and personal grievences menjadi isu besar dan accountability kurang.....Pihak pihak  yg datang  dari malaysia  lebih banyak menggangu dari membantu......................................"


Sekiranya korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Silakan masuk ke blog  Mejar Nor Ibrahim bin Sulaiman sendiri. Jangan malu dan segan ehh...he3x!!


Gua nak tengok juga pandangan rakan2 semua....
Terima kasih semua...Adiosss!!!


Major Ishak didepan stesen Tv dan Radio Mesir
Tag :

Antara Video2 Terbaik Jet Fighter..

on 03 Januari 2011


Aku memang suka betoi kat video2 nih...
Kedua2nya memiliki tarikkan tersendiri. Namun itu hanya pandangan peribadi aku dari segi keindahan rekabentuk pesawat dan kehebatan teknologi yang mereka miliki, jangan dok ingat aku pakar atau peminat yg betul2 hardcore gilerss sebab pengetahuan aku bab2 nih setakat basic jerr...he3!!!
   
Bila le gamaknye nak tunggu orang2 Islam mampu merekabentuk dan memiliki teknologi yang tinggi seperti ini. Setakat ini hanya orang2 Iran je yang mampu mereka dan membuat peralatan ketenteraan perang.Itu pun kerana terpaksa kot,kalau tak mungkin mereka pun bergantung kepada US dan juga Russia. Semoga kegemilangan Islam akan kembali seperti satu waktu dahulu.Aminnn...


Jom kita layan video nih......



Tag :

HMS Ambush dan HMS Astute

on 15 Disember 2010

 Terbaca di Kosmo, kapal selam terbesar didunia...HMS Ambush, terus aku guggle mencari lebih info tentang kapal selam nih...Sebenarnya ada 2 buah yang sedang dibina iaitu HMS Ambush dan HMS Astute dengan kos £960million setiap satu atau £3.85billion untuk kedua2 nya. Antara kapal selam terbesar dan termahal didunia sekarang dari Bae systems submarine....


"BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat.  Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer.  Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis.  Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap.  Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer.  Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo beratSpearfish. - Agensi"

Astute(kiri) dan Ambush(kanan)
(klik gambar tuk tumbesaran yg lebih)

Builders:BAE Systems Submarine Solutions
Operators:
Royal Navy Jack
Royal Navy
Preceded by:Trafalgar class
Ships in class:4
Ships building:4: AstuteAmbushArtfulAudacious
Ships planned:7
General characteristics
Displacement:7,800 tonnes submerged
Length:97 m (323 ft)
Beam:11.3 m (37 ft)
Draught:10 m (33 ft)
Propulsion
and power:
Rolls-Royce PWR2 reactor (with full submarine life core), MAN (Paxman) 1900 kilowatt diesel generator
Speed:29 knots (54 km/h) submerged
Test depth:300 m
Range:Limited only by food supplies
Complement:98 officers and men
(full capacity of 109)
Armament:6 × 21 inch (533 mm) torpedo tubes, 38Spearfish torpedoesUGM-84 Harpoonand Tomahawk Block III cruise missiles;naval mines
Sensors:Thales Underwater Systems Sonar 2076
Atlas Hydrographic DESO 25 depth-finding echosounder
2 x Thales Optronics CM010 periscopes
Raytheon Systems Ltd Successor IFFsystem
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved