Memaparkan catatan dengan label aUtoMotiF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aUtoMotiF. Papar semua catatan

Crash Test Paling laju dlm Dunia - Ford Focus

on 25 Oktober 2011

Aku difahamkan, "crash test" paling laju yang pernah dibuat didunia ialah kereta Ford Focus. Dengan kelajuan lebih kurang 130km/sejam (klau salah tolong betulkan), anda boleh saksikan bagaimana  remuknya kereta ini. Info lebih lanjut aku dah lupa, kerana ini adalah gambar dari koleksi aku satu ketika dahulu. Sedikit info mengenai ujian kemalangan ...

Kebiasaan bagi pengeluar kenderaan, "crash test" dilakukan dengan kelajuan yang agak minima (dalam 40~60km/h) bagi menilai keadaan kereta dan keadaan pemandu serta penumpang. Ujian kemalangan ini juga dilakukan dari pelbagai sudut kenderaan. Bahagian depan, sisi, belakang dan juga pengeluar yang membuat ujian dibahagian bumbung kereta. Bahagian dalaman juga dikaji untuk menilai pelbagai perkara seperti bracket seat, tali pinggang kereta, air bag dan juga keadaan penumpang semasa kemalangan berlaku. Kalau nak bercerita mengenai ujian kemalangan...agak panjang juga dan aku bukanlah org yang betul2 layak sebab aku cuma tau sikit2 je tentang ujian kemalangan nih. Tu pun menerusi bacaan dan info dari kengkawan...

Apapun, ujian dibawah ni dari Ford Focus menunjukkan bahawa dengan hanya sedikit kelajuan yang mungkin dianggap biasa bagi kita sebenarnya mampu membunuh kesemua penumpang ataupun orang~orang yang kita sayang dalam sekelip mata. Oleh itu berhati2 lah bila memandu, berikan sedikit kesabaran bila berhadapan dengan masaalah dan aku tau rakyat Malaysia pasti mampu mengubah sikap buruk bila memandu seperti yang ada sekarang ni. Dan aku juga tau, kawan2 aku dalam dunia blogger ni semuanya bukan tergolong dalam golongan jenis yang aku nyatakan tadi. Jom kita ubah sikap!!!!







# Ianya juga ingatan untuk diri aku, terutamanya bila memandu dijalanraya......

Jom join pertandingan pengalaman kena denda disekolah
Tag :

Solar Ranger 2 dari Uniten

on 11 September 2011

The Solar Ranger Project
The Uniten Solar Ranger Team is an undergraduate student organization with members from various colleges within Universiti Tenaga Nasional committed to delivering a high-performance solar powered vehicle. The team is advised by lecturers from the College of Engineering of several engineering disciplines. It offers an excellent learning experience for students, from freshmen to seniors. The project is funded by Uniten, its colleges, support facilities and generous sponsors. We are currently looking for corporate sponsors to fund the project towards greater heights.


Apepun aku nak ucapkan selamat berjaya buat bebudak nih. Semoga penyertaan kali ni lebih baik dari yang sebelum ni. Dengo citer Solar Ranger 1 yang lepas, patah absober masa urusan kargo disana. Harap2 Solar Ranger 2 ni tak jadi macam yang lama tu lagi...Solar Ranger adalah wakil dari UNITEN yang mewakili Malaysia dalam perlumbaan kereta solar sedunia yang diadakan di Australia.
Semoga berjaya mengharumkan nama UNITEN dan juga Malaysia....buat yang terbaik okehh!!!










Tag :

Anak Malaysia juga boleh...

on 21 Mei 2011

Dimitry Panov (Russia), Bin Ahmad Mohd Bostami (Malaysia)


Designer+dari+Malaysia

kereta designer Malaysia

car+design+from+Malaysia
Sumber pic: Scuoladesign sumber post: Car Design Malaysia




Ini adalah salah satu rekaan bersama diantara seorang pelatih designer dari Malaysia bersama seorang pelatih designer dari Russia. Adakah anda pernah mendengar atau mengenali nama Mohd Bostami bin Ahmad...  nama bersama bagi pereka kereta konsep ini. Atau anda pernah mengenali beliau disatu masa lalu? Tidak..? He3x!!!...Okeh x pa...cool mannn....

Design kereta diatas adalah sebuah kereta konsep, yang dibangunkan hasil 2 orang pereka muda ini di Itali. Setahu aku design ni masih lagi dalam stage model...ataupun "concept car"....sesuatu yang belum pasti sama ada boleh diproduksi atau tidak. Mungkin kalau kereta ni keluar untuk production nanti, kemungkinan perubahan dari design tetap akan berlaku... Dan saje je nak tanya kengkawan semua...adakah korang tahu jenama kereta apakah yang telah dicipta secara bersama oleh anak Malaysia/Russia ini? Gamaknya kereta jenis apa la yerr? 




# Masih ada lagi anak Malaysia yang telah berjaya dan bekerja secara bersama dengan gergasi automotif  didunia sama ada di asia sendiri ataupun dibarat. Aku beruntung kerana mengenali beberapa orang daripada mereka. Namun nama mereka tak dikenali orang ramai diluar sana. Tapi kalau aku sebut nama dan jenis kereta, kompom korang tau dan memang biasa dengar jenama kereta tersebut. Nantikan pengumuman dari aku....itu pun kalau keadaan mengizinkan dan tiada halangan dari tuan punya badan tu sendiri.
Tag :

Kereta Hybrid,Ev atau Ev Extender

on 15 Januari 2011

Kereta2 hybrid yang ada/bakal ada di Malaysia...


Honda Civic Hybrid (1st gen)
Honda Civic Hybrid (Latest Model 2011)


Honda Civic Hybrid Race Car
 


Honda Insight (model 2011)



 Toyota Prius 2011


Plug in system for rechargeble

Saga EV





Exora Range Extended EV





 Proton masih lagi memerlukan  masa untuk memajukan teknologi hijau ini. Banyak perkara dan isu yang perlu diselesaikan sebelum ianya masuk ke pasaran. Dorongan dari pihak kerajaan juga memainkan peranan penting,terutamanya dari segi persediaan sokongan sistem.

Kalau nak dibandingkan dengan pengeluar2 yang lain,dah tentu Proton masih jauh untuk mencapai keadaan seperti yang Honda dan Toyota ada sekarangMalah Kia dan Hyundai juga dikatakan terlibat aktif didalam pembangunan kereta Hybrid.

 Cuma di harap satu hari nanti,Proton mampu duduk sebaris dengan jenama kenderaan yang terkenal diseluruh dunia.



Tag :

Proton Exora menang anugerah di Thailand...

on 13 Januari 2011

(Klik pic untuk pembesaran gambar)

Disini aku sertakan linknya..

http://www.bangkokpost.com/auto/autoreview/213885/2010-top-10-cars

Pemilik2 Exora pastinya berasa gembira kerana MPV ini telah diiktiraf oleh negara2 jiran. Rasanya ini kali yang kedua setelah Savvy,yang pernah menerima anugerah kereta "jimat minyak" di sana(tak salah aku laaa). 


Pastinya ini menjadi pendorong buat pekerja2 Proton dan juga pengurusan Proton untuk lebih bekerja keras dimasa akan datang demi mencapai tahap yang lebih membanggakan.
Dan tentunya aku sbg pekerja Proton turut merasa bangga gak laa..he3x!!!


Semoga Proton terus maju dan mampu mengharumkan nama negara Malaysia hendaknya....


PROTON EXORA

Price: B819,000.
Specs: 125hp 1.6-litre inline-four petrol, four-speed automatic.
What's cool: It may look dull and come from a bland brand, but this Malaysian-made MPV is great value when it comes to body size, driving ability and specification.
Achilles heel: New engine, please.
In a line: The people's MPV.
Tag :

Kereta Hybrid...

Sengaja aku copypaste berita kereta hybrid ini,salah satunya sebagai rujukan dan untuk menambah pengetahuan aku tentang teknologi hybrid. Terdapat perbezaan antara Hybrid,Ev dan Ev extender. 

Walaupun aku terlibat didalam sektor automotif,pengetahuan aku sendiri tentang teknologi Hybrid juga terhad. 

Aku berminat tentang teknologi ini kerana perkara ini pernah ditanyakan oleh rakan blogger,iaitu Cik Shinju..Terima kasih Cik Shinju sebab menyedarkan aku..he3!!!

Insyaallah nanti aku akan postkan tentang perkara2 tersebut. Setakat ni di Malaysia (yg aku tau) cuma ada kereta Toyota Prius,Honda Insight dan sebelum ini Honda Civic Hybrid.

Hibrid mampu milik



INSIGHT direka khusus untuk sebuah kereta bandar.



 HONDA Insight masuk ke pasaran lewat berbanding Toyota Prius. Dengan model generasi pertama dua tempat duduk, dua pintu dan rekaan yang tidak menarik langsung, ia bukanlah pilihan kepada pembeli yang mementingkan kecekapan bahan api, alam sekitar dan gaya.
Pada tahun 2009, generasi kedua Insight diperkenalkan.

Matlamat kali ini bukan sahaja menjadikannya sebuah kereta yang lebih elok, malah kereta mesra alam paling murah boleh dibeli dengan teknologi terkini. Murah dalam erti kata teknologi baru elektrik-enjin yang hanya Honda dan Toyota sahaja yang menggunakannya secara meluas di dunia.

Honda Insight dilancarkan di Malaysia pada acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2010) baru-baru ini. Hasil pengumuman kerajaan dalam bajet 2011 yang menghapuskan duti eksais dan import pada kereta hibrid, jentera sebegitu menjadi satu fenomena dalam industri.

Honda dan alam sekitar 

Hibrid adalah istilah umum yang digunakan untuk mekanisme pergerakan yang terhasil daripada dua sumber kuasa berbeza. Honda telah membangunkan teknologi IMA (Integrated Motor Assist) selama lebih sedekad bagi membolehkannya benar-benar mencapai matlamat.

Walaupun hasil akhirnya tidaklah membanggakan dari sudut penjimatan bahan api, Honda berkongsi sesuatu yang bagus tentang alam sekitar. Kereta elektrik dengan pembakaran dalaman ini menghasilkan sekitar 101 hingga 105g karbon bagi setiap kilometer (km).
Sebelum ini, Honda Malaysia cuma memperkenalkan Civic Hybrid dalam senarai jualan mereka. Meskipun ia dikira saingan paling hampir dengan Prius, namun teknologi antara keduaduanya jauh berbeza.

Prius dengan dua motor elektrik itu jauh lebih maju berbanding Civic Hybrid yang terpaksa menggunakan platform kereta berenjin petrol.
Tahap seretan (COD), ruang simpanan bateri, rekaan yang kurang aerodinamik pada Civic Hybrid menjadikan Prius satu-satunya kereta hibrid yang direka untuk matlamat hibrid.
Anda tidak akan jumpa Prius dengan enjin petrol sahaja atau Prius Type R.

Insight memenuhi ruang bagi sebuah kereta hibrid mampu dimiliki. Secara teorinya, mana-mana kereta hibrid akan menjadi lebih mahal daripada versi petrol. Bateri selalunya menjadi penghalang kepada penurunan kos. Aspek penyelidikan dan jaminan selepas jualan juga sering menjadi isu. Bateri juga membuatkan kereta hibrid kurang ruang untuk penyimpanan barang. Analoginya sama seperti sebuah kereta yang dipasangkan dengan sistem NGV.
Insight direka khusus untuk sebuah kereta bandar dengan reka bentuk yang jauh lebih bagus berbanding generasi awalnya. Walaupun sebagai sebuah kereta penumpang lima tempat duduk yang lebih kecil dari Civic, ruang kargo kereta ini lebih besar.


PEMANDU ditawarkan dengan reka bentuk dan aplikasi meter pemanduan yang informatif serta futuristik.


Kapasiti keseluruhan but belakang ialah 408 liter dan 584 liter apabila tempat duduk dilipat. Sebagai perbandingan, Civic Hybrid cuma mampu menampung 376 liter kerana baterinya dipasang di belakang tempat duduk, sementara bateri Insight di bawah lantai belakang - sama seperti Prius.
Dengan kuasa hanya 88PS yang diekstrak daripada enjin bersesaran 1.3 liter dan 14PS (motor elektrik), Insight bukanlah kereta yang diharap menjadi juara di lampu isyarat. Anda tidak akan beli Insight untuk bersaing dengan Civic EG9 tahun 1995. Insight dicipta untuk fungsinya sebagai kereta yang murah, jimat bahan api dan praktikal.

Jika anda mengharapkan kereta ini mampu menjimatkan bahan api dengan drastik, ia bukanlah pilihan yang tepat. Walaupun di atas kertas, enjin 1.3 liter dan sistem IMA kelihatan mengagumkan, dalam dunia sebenar, penggunaan bahan api kereta ini lebih daripada 4.4 liter bagi setiap 100km.

Angka itu lebih kurang sama dengan Civic Hybrid. Dalam perbincangan dunia nyata pemilik Insight di seluruh dunia, sesetengah Insight mencatat penggunaan bahan api sama dengan Honda Jazz (Honda Fit).
Ruang dalaman kereta ini agak kecil jika dibandingkannya dengan Civic. Untuk menjadikannya lebih mudah, Insight dibina untuk mencatat 0.28 COD (Prius menang dengan 0.25) dan menggunakan casis yang lebih kecil adalah cabaran terbesar buat jurutera Honda.
Kecil yang dimaksudkan jika Insight dibandingkan dengan segmen C. Jika dilihat pada harga jualannya, kereta ini lebih tepat bersaing dengan Jazz dan City. Malah ukuran titik rodanya (2550mm) sebenarnya sama dengan City. Cuma kekurangannya ialah bumbungnya lebih rendah mengurangkan ruang kepala untuk penumpang belakang.
Di sebalik kenyataan dalam brosur jualan dan dunia sebenar, Insight sebenarnya masih sebuah kereta yang berbaloi dibeli. Ada beberapa faktor yang membuatkan kereta ini sukar diketepikan di Malaysia.
Pertama, harga kereta import negara yang berada pada tahap tidak munasabah. Jadi membeli Insight bermakna bukan sahaja anda membeli sebuah sedan yang murah. Anda tidak memberi apa-apa kepada kerajaan selain cukai jualan. Jadi, dengan polisi hibrid bebas cukai yang diumumkan, tidak syak lagi kereta ini berbaloi dimiliki.

Pengendalian

Pihak media belum berkesempatan memandu uji Insight. Tetapi saya telah melayari beberapa laman web pemilik dan kelab Insight dari seluruh dunia. Daripada uji pandu majalah dan laman web terkenal dari Eropah serta Amerika Syarikat (AS), rata-rata memuji pengendalian Insight yang dikatakan terbaik di kalangan kereta hibrid. Maksudnya lebih bagus daripada Prius. Namun saya tidak mahu bersikap prejudis.

Insight jelas sebuah kereta hibrid murah dan satu-satunya yang berharga di bawah harga RM100,000. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 500 tempahan Insight telah diterima Honda Malaysia. Dengan kapasiti 700 unit sehari mampu dipasang di kilangnya di Jepun, Insight hanya akan tiba awal Februari tahun depan.

Ia RM10,000 lebih murah daripada Civic Hybrid. Jika anda meninjau harga jualan terpakai Civic Hybrid, ia berkisar pada harga Insight (kerana model sebelum bajet 2011 dijual pada RM130,000). Kalau dibandingkan dengan Prius, ia adalah dua teknologi yang berbeza. Namun penjimatan lebih RM40,000 jelas boleh menjustifikasikan kedudukan Insight.



INSIGHT kereta hibrid yang praktikal, murah dan menjimatkan.



Bersih mungkin faktor yang tidak banyak yang ditekankan baik ketika kereta hibrid dipandu uji atau pemiliknya. Rasionalnya, Insight menghasilkan 101gram karbon karbon bagi setiap km. Sebagai perbandingan, Civic Hybrid menghasilkan 109g/km dan juaranya masih Prius dengan 89g/km. Teknologi Prius Synergy Drive menggunakan dua motor elektrik. Satu-satunya dalam industri bagi sebuah hibrid yang boleh bergerak dengan hanya kuasa bateri sahaja.

Tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk menjaga alam sekitar ketika memandu kerana hakikatnya hanya ini sahaja pilihan teknologi yang ada dan mampu dimiliki.
Di Eropah, kereta-kereta berenjin diesel mendapat banyak manfaat kerana pembakarannya yang cukup bersih. Sebagai contoh, kereta kecil Smart For Two (800cc) menghasilkan karbon yang sama dengan Prius. Begitu juga dengan Ford Fiesta 1.6 TDc1 (98g/km), Volkswagen Polo Tdi diesel (99g/km) dan Seat ibiza disel 1.4 liter. Semuanya bertransmisi manual.

Kesedaran terhadap alam sekitar menjadikan kereta hibrid cepat popular terutama di negara maju. Dengan teknologi seperti ini banyak kelebihan yang diperoleh. Misalnya pengecualian atau pemotongan cukai jalan, masuk ke bandar tanpa tol gantri dan parkir percuma di sesetengah tempat.

Kerajaan sewajarnya mengambil pendekatan yang sama untuk menggalakkan penggunaan kereta yang bersih. Misalnya, mengecualikan cukai jalan (NGV mendapat 25 peratus potongan cukai jalan), rebat bayaran parkir, kebenaran parkir dengan enjin dihidupkan di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital dan lapangan terbang (kereta petrol perlu dimatikan enjin). Selain itu, kereta begini layak mendapat potongan cukai pendapatan/syarikat. Banyak yang boleh dilakukan, cuma ia berkaitan kesungguhan dan cara mencapai matlamat. Selebihnya adalah polisi.
Tag :

Latest Model from Naza????

on 20 April 2010

Aku terkejut yg amat2 sangat pagi tadi bila terbaca di Paul Tan berkenaan model terbaru dari Naza...
APEEE!!!! Kereta perisai???? biar betul geng2 Naza nihhh!!! Dh abih ke sume jenis keta dia rebadge pas tu nak rebadge keta perisai lak....hehehehe...tapi tula kan...dh bisnes...asal barang jadi RM...ape pun jadi...bubuh je la oi ...janji ko senang!!!!

Nak percaya atau tidak...mende ni dh publish kat PaulTan...so aku rasa mmg betul la kot...tapi aku x research abih lagi tentang kewujudan Naza Defence nih...sejak bile pulak dia tubuhkan tu? Ade mase nanti aku siasat...


OK..nilah dia rupa bentuk kereta perisai 8x8 Rosomax dari Poland...x salah aku AMV ni dh banyak kali try masuk kt Mesia...tp gagal gakk...so aku rasa (pada mereka) jalan paling mudah ialah buat kerjasama dgn korporat tempatan...mungkin hasilnya nanti lebih baik kottt...Dan dibawah ini adalah keratan dari PaulTan..

Not sure about you, but this came as a surprise to me. While we know that the Naza Group does more than just sell cars (they’re involved in property, hotels and F&B for instance) I would never have imagined a tank! According to the company’s latest press release, Naza Bumar, a subsidiary of Naza Defence, unveiled this Rosomak 8X8 Armoured Modular Vehicle (AMV) at the ongoing Defence Services Asia 2010 exhibition at Putra World Trade Centre.

The Rosomak (Wolverine in Polish) is made by Bumar of Poland and is currently used by the former Eastern Bloc nation for its Land Forces in Afghanistan, Chad and Iraq, besides armies from Croatia, Finland, Poland, Slovenia, South Africa and the UAE.

The main feature of the Rosomak is its modular design, which allows the incorporation of different turrets, weapons, sensors and communications systems on the same platform. The 8×8 AMV weighs between 18 and 26 tonnes depending on armour, weapons and ammunition on board. The Rosomak is said to have very good mine protection and can withstand TNT explosions of up to 10 kgs, besides ballistic protection against 30 mm armour piercing APFSDS rounds.

Don’t expect hot hatch handling, although the Rosomak is said to have “agile mobility, combining speed, agility, and crew comfort in all kinds of terrain and adverse climatic conditions” from its hydraulic all-independent suspension. How much does it cost? Call the Ministry of Defence’s hotline number!

UPDATE: The Rosomak is powered by a Scania 12-litre diesel engine with 480 bhp and 1970 Nm of torque. It is paired to a 7-speed ZF automatic gearbox, which sends drive to all eight wheels. It can even survive in water thanks to two shrouded propellers at the rear of the hull. Max swimming speed is 10 km/h.
Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved