Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

TRAILER VIDEO PERKAHWINAN AWAL DAN SCHA

on 28 April 2012

TRAILER VIDEO AWAL DAN SCHA.

TRAILER VIDEO AWAL DAN SCHA.

Aku seludup dari blog Ohbulan...mana tau, kekalau geng2 ada  nak tengok video Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ni ....cekidout.
CST Production telah merilis trailer “GameBoy” yang berkisarkan kisah cinta budak gemuk, Awal Ashaari dan budak tomboi, Scha Al-Yahya. Video penuh yang akan ditayangkan secara perdana semasa majlis resepsi mereka pada 6 Mei 2012.
Trailer berdurasi 1:11 minit ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada peminat berkenaan saat awal pertemuan kedua-dua bakal mempelai ini. Ada segelintir penonton yang tertanya-tanya mengapakah pihak CST Production menggunakan kanak-kanak untuk melakonkan watak Awal & Scha.



# Musim orang kahwin nihhhh...he3x!!!
Tag :

[5] Gambar Awal&Scha di Pra Perkahwinan Mereka.

on 27 April 2012

Waa...Ni la dia gambar pasangan Awal dan Scha yang sama cantik dan sama kacak, ha3x!! Weii..nampak meriah betul aku tengok pasangan Scha dan Awal nih. Paling syok aku tengok bila si Awal Ashaari dan si Scha Al Yahya bergambar pra perkahwinan ala2 tentera lagi. Nampak cool dan mantop je. Kalau nak ikut gelaran, rasanya derang ni boleh la dinobatkan sebagai bakal pengantin paling meriah ni nanti. Dalam gambar tu Awal berbaju hijau ala2 tentera?

Erkkk...Awal, betoi ke baju tentera tu...rasa2nya macam pilot jerr...tapi topi tu memang dah seakan2 topi tentera. Tah mana la dia rembat tu...he3x!! Selamat Pengantin baru buat Awal dan Scha...semoga berbahagia sampai akhir hayat....





- err...tak cadang nak lalu bawah pedang keramat ker?
Tag :

JAMAL ABDILLAH KESAL ABAIKAN IBU

on 24 April 2012

JamalAbdillah kesal

Kisah Jamal Abdillah yang mengaku pernah mengabaikan ibunya sendiri telah dimuatkan didalam mStar online. Akibat terlalu sibuk dengan industri hiburan, beliau kini berasa kesal dengan apa yang berlaku biarpun mengakui ianya adalah takdir. Apapun, beliau menyuarakan perkara itu kerana....
PETALING JAYA: Penyanyi Jamal Abdillah begitu kesal ketika berada di puncak populariti, beliau pernah mengabaikan ibunya Zainon Hassan.
Jamal berkata ia berpunca kerana kesibukannya sebagai artis selain banyak memenuhi undangan pertunjukan pentas.
“Arwah ibu meninggal dunia pada 1991 kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.
"Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu, jasa dan pengorbanannya tetap abadi di hati ini.
"Saya menyeru mereka yang masih memiliki ibu supaya menghargai setiap detik berharga itu kerana harta dunia tidak mampu menggantikan kesucian kasih seorang bernama ibu,” katanya.
Tambah Jamal, sebagai anak yang pernah merasai kesedihan akibat kehilangan seorang ibu, apa yang masih berbekas di hatinya itu kini hanya tinggal kenangan.
"Saya agak syahdu melihat semula kelalaian saya yang mengabaikan ibu. Bila dia tiada, barulah kekesalan itu hadir," ujarnya.
Jamal akan berkongsi kesedihan itu agar dijadikan pedoman oleh semua pihak sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mei depan. Ia akan bermula pukul 8 malam.
Persembahan anjuran MSiS Events & Services turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza selaku artis undangan dan Ifa Raziah sebagai pengacara majlis.
Pada persembahan itu nanti, Jamal akan mempersembahkan sebanyak 15 lagu termasuk 'medley' dari album pertamanya hingga terbaru diiringi band di bawah pimpinan Belle Fatah.
Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Jamal ialah Cinta Selayang Pandang, Kasihnya Ibu dan Tidurlah Permaisuri.
Disamping itu Jamal juga akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama penyanyi undangan, Ibnor Riza.
Selain persembahan hiburan, turut diadakan pertunjukan fesyen oleh butik-butik terkenal seperti Butik Cosry, Butik Altelia Amani dan Gedung Kain Terkemuka Jakel.
Dalam pada itu, bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan, pihak penganjur akan mendermakan sebahagian daripada hasil kutipan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor.
# Apapun, sebagai anak...biarlah sesibuk mana kita sekalipun... kewajipan menziarahi ibu dan bertanya khabar semasa hayatnya masih ada memang perlu , jasa dan keringat yang dia lontarkan satu ketika dahulu sememangnya tidak dapat dibalas walau dengan apa jua cara sekalipun - Ingatan khas juga buat diri aku sendiri....
Tag :

FAN PAGE RITA RUDAINI DIWUJUDKAN

on 19 April 2012

FAN_PAGE_RITA_RUDAINI_DIWUJUDKAN

Satu Fan Page untuk menyokong Rita Rudaini telah diwujudkan oleh peminat beliau semenjak krisis rumahtangga yang dihadapi. Tujuannya ialah untuk menyokong Rita menghadapi segala dugaan hidup. Rita sepanjang bersama dengan Aidil mempunyai 2 orang anak. Setakat hari ini page ini ngam2 mempunyai keahlian seramai 160 orang, termasuk aku...he3x [tak pasal2 aku join plak..]!!! Ikuti laporan Media Hiburan...juga sedikit gambar semasa mereka masih lagi ok...
Semenjak cerita mengenai pergolakan rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini tersebar dan diketahui peminat, ramai yang meluahkan simpati terhadap ibu kepada dua anak itu. Tidak sekadar meluahkan pandangan melalui  komen-komen di laman Facebook dan Twitter, peminat Rita juga turut membuka satu Fanpage khas untuk menyatakan sokongan mereka kepada pelakon ini.

Fanpage yang bertajuk ‘Kami Sayang Rita Rudaini’ itu dipercayai mula di wujudkan sejak Selasa lalu. Di situ para peminat Rita berkumpul untuk memberikan sokongan pada serta kata semangat buat pelakon yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 11 April yang lalu.

“Saya terkejut dan dalam masa yang sama merasa terharu dengan sokongan yang diberikan peminat. Mereka bukan sahaja menyokong kerjaya saya, tetapi turut ada memberikan kata semangat di saat saya berdepan saat sukar seperti ini,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Untuk mengetahui luahan hati Rita dan foto-foto eksklusifnya bersama anak-anak, jangan ketinggalan untuk mendapatkan Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang.





Tag :

BOB KUMAN SAKIT - BANTUAN RAKYAT MALAYSIA DIPERLUKAN

on 16 April 2012


Dalam dunia hiburan tengah rancak dengan kisah perkahwinan dan pertunangan artis, terselit juga kisah duka seperti kes Rita dan juga yang terbaru kes Bob Kuman. Melalui rakan blogger forblogger.net aku dapat tahu Bob Kuman kini berada dalam keadaan yang tidak sihat dan sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan. Paling terkejut sekali bila diberitakan akaun simpanan Bob Kuman pun hanya tinggal RM36.00 sahaja. Nampaknya keadaan diri beliau dan wang simpanan beliau sudah menghampiri paras kritikal...


Ada sesiapa ke yang tahu penyakit sebenar Bob Kuman ni? Keadaan dia nampaknya [kalaudiamati gambar2 tersebut] memang agak teruk juga. Beliau sekarang tidak boleh bergerak dan terpaksa bernafas menggunakan mesin oksigen...


ALhamdulillah, aku rasa ramai juga yang bersimpati dan menghulurkan sumbangan kepada beliau. Antara pihak yang berbuat demikian adalah Zek Zaidi selaku wakil dari SENIMAN menghulurkan bantuan, alhamdulillah. Menurut blog Mazidul, akaun bank Bob Kuman sekarang mungkin disekat oleh pihak Maybank kerana banyaknya berlaku aktiviti transaksi kewangan.


Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047. Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.-Mazidul

Update: Hari ni dilaporkan Bob Kuman telah meninggal dunia oleh BH.


kredit - mazidulakmal.com


Tapi bila nak bagi/minta bantuan pun kena tanya tentang ahli parti dan lokasi...masaalah juga tu. Apa nak jadi nih.....
Tag :

GAMBAR AARON AZIZ SEBAGAI DUTA M7

on 15 April 2012

M7 lebih dikenali sebagai sebuah syarikat tuned car atau pun dengan bahasa ringkasnya kereta "bikin". Yupss...bikin untuk "POWER"!!! M7...Produk mereka di bangunkan dan dihasilkan di Jepun dengan kawala kualiti yang ketat, jadi tak hairanlah jika barang2 mereka agak tinggi reganya. Di Malaysia cawangannya di Johor merupakan antara tempat yang popular untuk mereka yang mempunyai keinginan dan minat didalam kereta yang telah dituned. M7 yang berasal dari Jepun ini juga telah bertapak dimerata2 dunia. Bebaru ni kita juga maklum dengan kereta Mitsubishi Evo 10 Zizan yang telah dibikin disini...

Okey, antara mamat yang pernah menjadi duta kepada jenama ini ialah "Artis Paling Popular 2011" iaitu Aaron Aziz. Mungkin ni gambar lama kot...tapi tak pe lahh....buh pi jaa. Nampak tak...ni la dia Lelaki Kacak Malaysia tahun 2011....he3x!!!




Tag :

Shah Rukh Khan Kena Tahan Di US

on 14 April 2012


Kisah Shah Rukh Khan kena tahan di lapangan terbang White Plain, US selama 90 minit [agak lama tuu] telah membuatkan ramai rakyat India marah termasuk para menteri derang. Apa polisi yang US guna tak tau lah, mungkinkah disebabkan nama beliau yang beragama Islam menyebabkan Shah Rukh Khan ditahan. Siapa yang tak kenal dengan artis Bollywood tu kan, jadi berita penahanan Shah Rukh Khan itu memang membuatkan kita pun rasa agak pelik juga. Beliau hanya dibebaskan setelah kakitangan kedutaan India masuk campur.

Kes Shah Rukh ditahan ini bukalah yang pertama kali. Tahun 2009 dulu beliau pun pernah kena tahan. Mungkin atas sebab yang sama kott. Nampaknya US memang agak terlebih berhati2 bila seseorang tu membawa nama Islam. Takkan nak pergi ke sana orang Islam nak kena tukar nama? Nampak sangat derang "fobia" derang dengan orang Islam..he3x!! Ye, la kan...kalau kita yang tak dikenali ni ditahan kira boleh faham jugak la..ni artis yang dah ada nama. Satu donie kenal wooo...Shah Rukh Khan pun pergi sana naik jet peribadi...tak guna pesawat komersial lain. Gamaknya muka Shah Rukh Khan ni ada iras2 geng2 Taliban kot...ha3x!!


# Kenkadang rasa pelik juga dengan polisi airport US nih...Sedangkan artis yang gah pun boleh kena inikan pula kita orang biasa...masakkk!! 


Tag :

MAJLIS PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI

on 11 April 2012

MAJLIS_PERKAHWINAN_FASHA_SANDHA_DAN_JEJAI
Fasha kelihatan lebih anggun bila bertudung seperti ni...
Salam semua, memang musim artis nak bertunang dan berkahwin nih, berita terbaru berkenaan Majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai tentunya juga satu berita yang panas. Bagi aku bagus sangat dah tu, berita Fasha nak dirikan masjid dengan Jejai [Toh Muda Rizal Ashram Ramli] dah lama tersiar diberita, cuma tarikh tu je yang belum diketahui ramai. Bagaimana pun hari ni dalam paper Metro dah keluar tarikh perkahwinan Fasha dan juga Jejai. 27 April 2012 ni adalah tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua2 belah pihak berdasarkan kad undangan perkahwinan yang diberi. Apapun, semoga kedua2 berbahagia selamanya.
“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Kad kahwin Fasha Sandha dan Jejai

# Errr...saap lagi artis yg nak benikah nih....:)
Tag :

ZEK ZAIDI PERSOAL KEMENANGAN ORG LUAR?

on 10 April 2012


Satu Malaya dah kecoh tentang Zed Zaidi persoalkan kemenangan org luar berbanding artis sendiri. He3x!! Sorry...aku tergelak dulu, bukan apa...kenapa lah masih ada sikap iri hati terhadap orang lain sebegitu rupa. Industri hiburan Malaysia bukan besar mana pun, artis Singapore yang masuk dalam industri ni pun sikit je bilangannya. Tapi kenapa rakyat Malaysia buat pilihan ke atas orang luar berbanding orang sendiri? Ha3x!! Rasanya tak perlu jawab la kot..korang [artis2] kena pikir sendiri laa. Sebelum ni bukannya tak de orang Malaysia yang menang kategori Artis Paling Popular nih...ada, ramai aper...tapi kenapa dia orang boleh menang?


Apapun Zed Zaidi masih lagi pertahankan apa yang dia dah tulis dalam twitter dia tu..tak pe la. Hak dia nak suarakan apa yang dia rasa perlu, tapi kalau korang tengok dalam blog dia, 99% rasanya orang dok kutuk dia. Trafik kat blog dia pun dah meletup giler tu..he3x!!! [zedzaidi.blogspot]

Pelakon TV Lelaki Popular...
Apapun aku memang tabik la dengan Aron Aziz ni...jawapan yang dia bagi tu tetap cool jer. Tak de la nak meletup balik. Macam tu la bila dah top...cool jangan dok buat riuh tak tentu arah...Satu lagi, kategori ni orang pilih sebab popularr...la ni memang dia yang tengah popular...so tak perlu la nak ungkit artis Malaysia atau artis luar. Sama jerr...sesama melayu...sesama Islam...sok2 kat akhirat dah tak de negara dah bang oih. - sorry bro, aku tak setuju dengan pendapat ko tu.Cayiokk!!!


Kredit - appbh,forblogger
Tag :

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG POPULAR ABPBH 2011

on 09 April 2012

KEPUTUSAN+PENUH+ANUGERAH+BINTANG+POPULAR+ABPBH +2011

Salam semua, baru je habis tengok race MotoGp tadi, layan Moto 3 jerr. Tengok Zulfahmi race. Malam ni suka atau tidak, nak atau tak nak, aku terpaksa layan juga ABPBH nih. Kuasa penuh untuk memegang "remote tv" ditangan Queen. Tapi elok juga laa...at least boleh la aku tau siapa menang, pe citer kisah malam tu...artis tu laa....artis ni laa....he3x!!! Okeh, list pemenang/ keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian [ABPBH] ni ada di bawah....Ada yang aku teka pemenang tu betul, [cekidout] tapi sebenarnya kebanyakan tekaan aku  tak betul...ha3x!!! Orait...layan list dibawah sat noo....

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Artis Duo Berkumpulan Popular
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah

Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Artis Baru Lelaki Popular
Johan Arif As'ari

Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin

Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular
Johan

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail [Hot FM]

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana [Hot FM]

Anugerah Khas Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza


# Tahniah kepada semua pemenang...Errr...apesal yerrr....aku rasa Zizan macam tak bape selesa je nak buat lawak dgn diva2 kat atas tu...ha3x!!!
Tag :

SENARAI CALON ANUGERAH CALON BINTANG POPULAR 2011

on 07 April 2012


Berikut adalah senarai calon untuk Anugerah Bintang Popular [ABPBH] 2012 pada 8 April 2012 [Ahad] jam 9.00 malam... yang akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM. So, hari ni aku nak main teka teki senarai calon ABPBH yang bakal menang, sesajer jee...gatai tangan...he3x!!Jadi kalau nak tahu bakal pemenang yang bakal aku pilih...jom scroll sampai bawah yerkk... Senarai yang aku pilih semuanya kaler biru gelap.
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat 
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir
5. Hafiz ~ Awan nano la yg menanggg ~He3x!!!
Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna
Artis Duo Berkumpulan
1. Sixth Sense
2. Bunkface
3. Forteen
4. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
5. Meet Uncle Hussein
Artis Baru Lelaki
1. Aeril Zafrel
2. Awi Rafael
3. Beto Khusyairi
4. Hazama
5. Johan Arif As'ari
Artis Baru Wanita
1. Izara Aisyah
2. Najwa Latiff
3. Neelofa
4. Nur Fathia
5. Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Falarae
4. Shaheizy Sam
5. Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Maya Karin
4. Eja
5. Yana Samsudin
Pelakon TV Lelaki
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Fauzi Nawawi
4. Fizz Fairuz
5. Remy Ishak
Pelakon TV Wanita
1. Fasha Sandha
2. Nora Danish
3. Rozita Che Wan
4. Scha Alyahya
5. Tiz Zaqyah
Artis Komedi Lelaki
1. Afdlin Shauki
2. Along Cham
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Raja Lawak - Jangan sampai jadik najihhh zizanggg!!!Ha3x!!!
Artis Komedi Wanita Popular
1. Alliza Abdullah [Enot]
2. Didie Alias
3. Kanchana Dewi
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG [Hot FM]
2. Aznil Nawawi [Era FM]
3. Faizal Ismail [Hot FM]
4. Halim Othman [Suria FM]
5. Khairil Rashid [Krill] [Sinar FM]
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana [Sinar FM]
2. Fara Fauzana [Hot FM]
3. Linda Onn [Suria FM]
4. Raja Azura @ Kak Engku [Sinar FM]
5. Sharifah Shahira @ Shiera [Sinar FM]
Anugerah Khas Seri Perak
1. Aishah
2. Zainal Abidin
3. Eman Manan
4. Datin Sofia Jane
5. Datuk M Nasir
6. Ziana Zain
7. Datuk Siti Nurhaliza
8. Rosyam Noor
9. Saiful Apek
10. Mawi
11. Nabil
12. Shahizey Sam
13. Yastro - Ha3x!!!!


# So, pemenang utama ialah.....Yastro!!! Ha3x!
kredit to -www.abpbh.com
Tag :

Siti Aziz & Wawa Zainal - Manisnya Bila Gadis Melayu Bertudung

on 06 April 2012

Serius, aku tak kenal sangat minah2 ni semua. Siti Aziz & Wawa Zainal...itulah nama kedua2 mereka ni, berlakon didalam filem 99 Kali Rindu. Tetapi tetiba jer aku terjumpa gambar derang ni kat blog metrowelath, siusss...memang buat aku "cair" bila tengok gambar2 gadis yang manis nih. He3x!!! Ni kalau aku bagitau kat orang rumah kompom kena cubit..."Gataaaalllll!!"....ha3x!! Apapun, jom tengok gambar Siti Aziz & Wawa Zainal - Manisnya gambar Gadis Melayu Bertudung yang telah aku cilok dari Metrowealth ni..ha3x!!







Tag : ,

K POP - Perhimpunan Belia Putrajaya

Dal Shabet
Terbaca berita di Kosmo siang tadi, kehadiran 2 buah kumpulan K-Pop yang gamaknya meletup juga nih. Setuju atau tidak inilah cara Kementerian nak tarik pengunjung terutamanya para belia pada 23~26 Mei, di  Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 nanti. Aku tahu remaja di Malaysia kini memang mengilai kumpulan K-Pop nih. Kalau tidak, masakan dulu minah yang kutuk K-Pop pernah mendapat ribuan kecaman melalui blog dia. Apapun aku berharap, semoga ianya tidak memberi kesan negatif kepada belia Malaysia nanti. Remaja jiwa bangsa.....
Para pengunjung Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei depan bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah kumpulan muzik terkemuka dari Korea Selatan iaitu Teen Top dan Dal Shabet.Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu boleh disaksikan secara percuma pada pukul 8 malam 26 Mei di pentas utama tapak himpunan tersebut di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata, kehadiran kumpulan muzik dari Korea Selatan itu bukanlah semata-mata untuk memastikan sasaran menghimpunkan jutaan belia pada hari tersebut tercapai, malah ia sebenarnya turut mempunyai maksud yang tersirat.“Sambil berhibur, golongan belia Malaysia sebenarnya boleh melihat perkembangan muzik dari sudut yang positif dan perlu belajar daripada mereka.
“Bagaimana Korea Selatan, sebuah negara yang dahulunya mundur, kini sudah menjadi negara yang amat maju. Bukan dari segi muziknya sahaja, malah teknologi yang dimiliki mereka turut berkembang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
TEEN+TOP
Kumpulan Teen Top
Tag :

ILIA IRYANI - GADIS BERTUDUNG YG SUKA MEREMPIT?

on 05 April 2012

ILLIA+IRYANI
Illia Iryani si gadis bertudung yg suka aksi lasak

Siapakah gerangan gadis ni sebenarnya yer? Bertudung tetapi suka merempit? Wahhh....tak sangka betul aku, bebaru ni je aku kenal dengan gadis bertudung yang suka merempit nih. Itu pun secara tidak sengaja. Illya Iryani, manis nama tu, semanis tuannya juga. Beliau merupakan seorang gadis bertudung yang memang suka akan aksi lasak bermotosikal.

"Saya pernah cedera ketika melakukan aktiviti permotoran sekitar tahun 2009. Ia merupakan kecederaan paling teruk saya pernah lalui. Lutut saya terkoyak dan ada kecederaan lain di anggota badan. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan apa yang saya minati," ujar Ilia ketika satu temubual lama dulu. Nampak? Kalau orang lelaki pun belum tentu sanggup bermain dengan motosikal kerana takutkan risiko sebegini, keadaan sebaliknya kepada gadis ni.


Bermula secara suka-suka dan minat, "Pada mulanya saya hanya mencari tajaan untuk sebuah program sukan bermotosikal di USM pada 2008 dan apabila syarikat RK-M sudi menaja program itu, saya cuba melakukan aksi lasak dengan bantuan kakitangan syarikat tersebut," Beliau berkata dia cuba melakukan aksi-aksi lasak itu kerana mahu memberi sokongan kepada program itu dan melalui program itu dia mula berjinak dalam sukan permotoran. "Mereka (pihak RK-M) nampak bakat yang saya ada dan mereka menawarkan untuk melatih saya menjadi profesional dan bermula dari situ saya menjalani latihan di kilang RK-M di Prai, Pulau Pinang, seminggu sekali," kata pelajar tahun akhir jurusan biologi di Universiti Sains Malaysia itu.- Mungkin tahun ni beliau dah grad kot...:)

Antara persembahan Illia yang bertaraf antarabangsa adalah apabila pihak RKM meminta beliau mengadakan persembahan di Grand Prix Sepang (MotoGp) pada tahun 2008. Satu lagi, Illia juga perah terkenal kerana aksinya didalam filem "Adnan Sempit 2", filem yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Dan yang terbaiknya [rezeki beliau] tetiba pula beliau mendapat tempat didalam team MIG Production dengan bakal membintangi sebuah filem yang masih lagi rahsia, Buat pengetahuan...MIG Production merupakan sebuah syarikat perfileman yang dikuasai oleh David Teoh.



sumber- mstar,kosmo,mig.
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved