5 Blog paling kerap dilawati 2011.

on 31 Mac 2011

 Gua pun nak menyambut "seruan" rakan blogger Denaihati.com dengan membuat entri "5 blog yang paling kerap dilawati 2011". Tujuan utama ialah membina Network Blogger, jaringan yang mungkin menjadi lebih besar dan luas disamping membina perhubungan sesama blogger.Insyaallah jika kita melakukan perkara yang baik, disamping sentiasa berfikiran positif gua rasa matlamat itu akan tercapai jua. Apapun gua berharap rakan2 yang lain, akan dapat bersama2 menyahut seruan "5 blog yang paling kerap dilawati 2011" ini.
Entri ini tiada paksaan, terpulang kepada korang sama ada nak menyahut seruan ni ataupun tidak.
Jadi apa yang gua akan listkan disini adalah blog yang memang paling kerap atau wajib gua lawati sepanjang tahun ni. Bukan bermakna blog yang tiada dalam senarai tu gua tak ingat, tapi sebab 5 je... gua tak dapat nak senaraikan semua.
Blog Pertama
Bie Azreena.blogspot.com, blog ni memang gua kenal dah lama, since gua start berblogging dari tahun lepas lagi. Blogger yang berasal dari Brunei Darussalam. Memaparkan dairi kehidupan beliau sendiri dan sekali sekala mengeluarkan isu2 semasa. Masih single dan berblogging untuk kepuasan diri kerana beliau tidak pernah memasukkan iklan didalam blognya. Jadi kalau ade yg jerit dlm s.box dia dan kata dah tekan iklan...hehehe...sendiri mau ingat la yerr...

 Blog Kedua
Blog kedua ialah seribahasa.com, blog yang menyanjung tinggi budaya pantun didalam entri beliau. Gua rasa respect gak, sbb pantun yang dihasilkan memang banyak giler..Sekali sekala beliau ada membuat tutorial blog. Gua kerap singgah kerana kekerapan membuat kunjungan balas ketika gua bizi dengan kerja2 lain.

Blog ketiga
Blog MikeOn9. Seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian di Selangor. Gua kerap singgah disini kerana beliau juga seorang pengguna Intense Debate macam gua. Namun agak jarang update kerana tugas beliau sebagai seorang pelajar dan juga pereka design seperti header web dsb. 
Header blog gua juga menggunakan khidmat beliau....thanks Mike.

Blog Keempat

Blog keempat ialah blog Catatan Pak Mail. Pesara tentera laut, pernah terlibat dengan insiden "tenggelamnya Kd Sri Perak" pada 8 Jan 1984 . Kisah beliau merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai, begitu juga dengan kisah2 pejuang negara yang lain. Gua harap generasi baru, akan terjumpa dengan blog beliau dan juga blog rakan2 beliau yg lain seterusnya dapat mengambil iktibar dari kisah mereka.

Blog Kelima
Gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Chii dengan nama blog How's life Bout. Penuh dengan isu2 remaja iaitu cinta dan perhubungan. Gua sering masuk sebab chii ni seorang yang peramah. Sering juga memberi komentar diblog gua juga. Semoga terus suksess selalu.


Selain itu gua juga kerap masuk ke blog Kisah Beruang.com dan Nuriz.com. Gua berharap ada dikalangan rakan2 blogger ni yang sanggup menyambung kempen yang diperkenalkan Denaihati.com. Semoga jaringan blogger kita semakin mantap tanpa mengira batasan dan sempadan.
Hidupkanlah kempen "5 blog yang paling kerap dilawati 2011" ini. 

#Nak tengok list korang, sila masuk...[ SINI ]
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved