Home
>
aUtoMotiF
,
ProToN
> Clay Modelling ~ Bagaimana Sebuah Kereta Dihasilkan
Clay Modelling ~ Bagaimana Sebuah Kereta Dihasilkan
ByUnknownon
16 Disember 2011
Korang pernah tengok kereta dah siap je kan, pernah tak korang tengok bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah kereta yang bermula dari sekeping kertas? Hari ni aku tunjuk sedikit bagaimana caranya sebuah kereta dihasilkan. Bukan aku yang buat demo ni. Kompeni mat salleh, tetapi secara umumnya inilah asas untuk mana2 automotif manufacturer didalam dunia ni menghasilkan sebuah kereta.
Di Proton, kami menghasilkan sebuah model baru bermula dengan beratus2 helai kertas (bagi designer) kemudiannya akan dipilih lalu disinilah bermulanya bagaimana sebuah kereta dihasilkan. Selain dari imej 2D yang menggunakan software seperti Alias, kami juga mempunyai bilik Virtual Reality Room. Kalau tak salah aku, yang pertama di Asia tenggara ini. Menggunakan spek mata khas, ianya lebih kurang sama teknologi dengan wayang 3D yang korang biasa tengok tu...
Okey, sebaik sahaja design pilihan tu terpilih (biasanya 2 hingga 3 design) para designer akan menghasilkan data sketching ataupun rendering menggunakan software Alias. Kemudiannya data itu akan di transformkan ke milling machine mengikut scale yang diperlukan, biasanya kami akanbuat 1:3 scale dahulu. Adalah menjadi kebiasaan satu2 model itu akan diubah mengikut citarasa designer sehingga designer berpuas hati. Jadi...kerja aku dan juga rakan2 modeller yang lain adalah melakukan / membuat model seperti yang dikehendaki oleh designer. Selepas designer berpuas hati, kami akan membuat scale yang lebih besar iaitu 1:1 scale. Saiz sebenar sebuah kereta. Biasanya 2 unit model akan dibangunkan dengan 2 design yang berbeza.
Aku ringkaskan...setelah selesai segala2nya, pihak Top Management Proton akan membuat keputusan untuk memilih model yang akan dikeluarkan. Dari mula proses sehelai kertas sehingga siapnya sebuah model untuk dipasarkan ianya mengambil masa lebih kurang 2 tahun. Maknanya kerja yang aku dan rakan di Clay Model Studio lakukan sekarang, hasilnya hanya akan lihat di jalanraya 2 hingga 3 tahun akan datang.
Data dan drawing akan dikeluarkan oleh designer
Aktiviti menampal clay diatas foam..
tampalan yang penuh
proses slick model sedang dilakukan
antara tool yang digunakan
Proses manual "menarah" model...
Dah nampak karekter line model ni
Senario yang biasa berlaku ditempat kerja aku
Inilah hasil bagi clay model 1:1 scale. Konsep yang sama digunakan ditempat kerja aku.
Biasanya finishing dgn paint la...
# Nak tengok lebih clear??Nahh....ni video yang menunjukkan cara sebuah model dihasilkan. Selamat menonton...:)
Ranking: 5
Recommended Posts
Jelajah Proton 1 Malaysia di Batu Pahat 27 Dis 2010. Jelajah Proton 1 Malaysia? Satu perjalanan, satu bersama Malaysia. Apekebende nyer tu yekkk...!!!
Pertama sekali dari sudut pandangan aku yang tak rasmi ni,ianya diadakan bersempena denga ... readmore
Kerja Kosong - Operator Pengeluaran PROTONKerja Kosong - Operator Pengeluaran PROTON ! Salam semua, pagi tadi aku dapat satu mesej dari seseorang di formspring, bertanyakan tentang kerja kosong di PROTON Shah Alam.
Then, tgh hari tasi ... readmore
Tahniah S2000..Tahniah REEV..Tahniah Exora Star1. Satria Neo S2000 dan juga Satria Neo Cusco Rally Team yang berlumba rally di dalam kategori APRC dan juga IRC telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Satria Neo S2000, merupakan juara bagi AP ... readmore
Siri Jelajah Proton 1 Malaysia @ KuaNTaN!!Salam dan selamat sejahtera semua..Siri Jelajah Proton 1 Malaysia @ KuaNTaN!!Alhamdulillah, setelah seminggu aku bersama Proton kerana menyertai siri Jelajah Proton 1 Malaysia akhirnya tibalah masa u ... readmore