Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Tidak Bersalah

on 09 Januari 2012

Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Tidak Bersalah


Keputusan di Mahkamah Tinggi telah diputuskan. Pihak Mahkamah Tinggi telah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana TIADA INTEGRITI DALAM SAMPEL DNA. Yup...itulah keputusan terakhir bagi Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap kes liwat beliau terhadap Mohd Saiful Bukhari pada pagi ini 09.01.2012.

Diharap keputusan ini dapat diterima baik oleh kedua-dua pihak, tak kira la  bagi pihak penyokong ataupun pembangkang. Namun aku pasti akan ada yang gembira....dan ada juga yang berduka. Jadi, kepada penyokong Perhimpunan 901, dah boleh balik dah...kiranya perhimpunan korang dah berjaya hari ni. Jadi dah boleh la abaikan syarat PDRM untuk perhimpunan ni.

Dalam pada tu aku sempat juga tengok komen2 dari beberapa pembaca di wall F/B Sinar Harian. Ada yang bersyukur, ada yang berkata "Awas...keputusan ni juga harus dilihat dari sudut politik". Adakah ini benar? Adakah kerajaan dikatakan sengaja memberi ruang kepada Anwar Ibrahim sempena dengan PRU13 nanti? Wallahualam....yang nyata hari ni Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Maknanya dalam kes ni Saiful Bukhari bersalah la ekk? Adakah selepas ini Saiful Bukhari pula yang bakal didakwa??  Ape kata kengkawan semua?

Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Tidak Bersalah
Info berita dan gambar- Sinar Harian

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved