Home
>
BeriTa
> TOL BATU 9 DAN BATU 11 KAJANG-CHERAS DIMANSUHKAN -DIKURANGKAN
TOL BATU 9 DAN BATU 11 KAJANG-CHERAS DIMANSUHKAN -DIKURANGKAN
ByUnknownon
02 Mac 2012
KAJANG 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran tol di Batu 9 Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan di Batu 11 menghala ke Kajang dimansuhkan mulai pukul 12 tengah malam ini.
Perdana Menteri berkata, ini merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.
Najib mengumumkan pemansuhan tesebut ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina Bandar Sungai Long dekat sini, petang ini.
Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu berjanji akan mengkaji bayaran tol di lebuh raya berkenaan.
Pemansuhan itu melibatkan bayaran RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala ke Kuala Lumpur dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 bagi laluan menghala ke Kajang.
Dengan itu, katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut yang sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang alik di laluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90. - UTUSAN
# Ramai yang kata ianya bermotifkan politik. Suka atau tidak ianya telah dilakukan. Soal undian....undi anda, rahsia anda...hehehe
Ranking: 5
Recommended Posts
Pertabalan Agong Yang Ke 14-Sultan Kedah,Tuanku Abdul HalimPada 13 Disember 2011, dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kali ke-227...Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim telah dilantik menjadi Yang DIpertuan Agong ke 14, dan hari ini dengan rasminya Tuanku Abdu ... readmore
2 AKTA GANTI I.S.A?
2 akta baru bakal diperkenal hari ni di Dewan Palimen
2 AKTA GANTI I.S.A? Berita hari ini menyiarkan tentang pengumuman berkenaan pembacaan kali pertama bagi 2 akta baru yang akan m ... readmore
Pencuci Tandas Dapat IjazahPencuci Tandas Dapat Ijazah. Hari ni terbaca di kosmo online berkenaan dengan kisah seorang pencuci tandas yang mendapat ijazah setelah belajar dan bekerja bertahun2 di Universiti Columbia, New York. ... readmore
Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya
Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya | Serius... Agak sadis bila membaca kisah penumpang flight AK1455 menerusi blog Mazidul Akmal Sidek. Kisah seorang ibu bernama Izan dan anaknya M ... readmore
Gambar Dan Video PM Malaysia, Najib Melawat Gaza
Gambar Dan Video PM Malaysia, Najib Melawat Gaza | Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah melawat Gaza. Turut disertakan dibawah ... readmore
TOL BATU 9 DAN BATU 11 KAJANG-CHERAS DIMANSUHKAN -DIKURANGKAN