Seoul Central Mosque Dalam Kenangan | Kali ni tah mengapa mood aku sangat baik tetiba jer terasa nak berkongsi lak
kenangan aku di National Korean Mosque yang terletak di Itaewon , Seoul. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku berada di luar negara kerana urusan kerja selama sebulan.
 |
Sekolah pendidikan Islam turut dibina berdekatan masjid - Prince Sultan Islamic School |
Masjid di Itaewon ini aku rasa adalah masjid yang terbesar di Korea. Terletak diatas bukit, memang terasa juga pendakiannya tu, terutama setelah menapak dari subway Itaewon dengan jarak beratus meter gak la.
Sepanjang jalan (atas bukit) kita boleh jumpa banyak kedai dan restoran muslim yang diusahakan oleh orang Pakistan, Turki dan lain2. Menurut sejarah, masjid ini dibina sekitar tahun 1958/60.
Bila berada di Itaewon ni, ada dua perkara yang aku suka, pertamanya kebab Turki dan keduanya nasi arab yang berharga 5,000 won (dekat2 RM15.00). Bab2 kebab Turki pula, pehhh....aku sanggup beli sampai dua ketul beb, seketul berharga 3,000 won bersamaan hampir2 RM10.00.
 |
Ni la kodai kobab yang aku maksudkan itu |
Masa aku pergi kesana, yang menarik hati aku ialah pak imam yang berasal dari Indonesia. Malangnya aku tak sempat nak bertanya lebih lanjut dengan beliau. Pelajar Malaysia juga turut dikesan sewaktu aku bersolat disana (sorang jerr)
 |
Dalam bangunan tu adalah ruang untuk wudhu - sebelah kanan masjid |
Masjid Itaewon ni menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat Islam, bahkan para pelancong dari luar dan dalam negara Korea sendiri. Sama seperti di masjid Putrajaya, pelancong bukan muslim perlu mengikut peraturan yang telah disediakan oleh pihak masjid, dan tentunya waktu melawat itu diluar waktu solat. Btw, aku rasa kebanyakan orang disana jenis yang tiada agama - atheis, base on rakan2 Korea aku sendiri.
 |
Pelancong dari Korea sendiri turut melawat masjid Itaewon |
Aku pergi ke Korea pada bulan November 2007, masa tu musim daun2 dah start luruh, pemandangan daun yang bertukar warna kekuningan dan kemerahan memang sangat cantik dan menarik bagi aku, maklum la pertama kali dapat tengok live, ha3x!!!
 |
Ruang dalaman Masjid Itaewon |
Suhu boleh tahan jugak sejuknya, adakala mencecah 0 darjah C walaupun disiang hari. Time tu, terasa betapa nikmatnya la kalau dapat berjemur macam di Malaysia...he3x! Manakan tidak, ambil wudhu pun mak aih....sejuknya terasa sampai ketulang.
Paling best bagi aku masa kat sana ialah waktu siang yang pendek. Jam 5.30/6.00pm je dah macam 7.30 malam kat mesia. Klau bulan puasa, sah2 dah berbuka awal...ha3x!!!
 |
Ihsan rakan aku |
Rasanya cukup takat ni dulu kot aku kongsi kenangan aku. Insyaallah ada masa aku cerita lagi pasal Korea. Sebulan duduk sana aku rasa macam dah setahun. Isk..isk..isk.....time tu rindu bebeno aku ngan makanan Malaysia.
Seoul Central Mosque Dalam Kenangan
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5
Recommended Posts
Sakit Gigi Pas Tu Demam!!!Arghhhh..."Sakit Gigi Pas Tu Demam" la pulak, dah 2 hari dah....nak pergi klinik gigi semuanya cuti. Terpaksa la tahan kan je dulu. Sekarang ni aku tengah guna petua orang tua-tua....gigit bung ... readmore
Selamat Pengantin Baru ~ Nuruddin dan Nurul HudaSelamat pengantin baru aku ucapkan kepada pasangan Nuruddin dan Nurul Huda yang berlangsung pada 13/11/2011di Rantau Panjang, Klang bebaru ni. Pada 20/11/2011 ni dijangka akan berlangsung pula di Kg ... readmore
Jemputan TerbukaDijemput semua rakan ke alamat seperti dibawah kerana perkahwinan adik aku pada 26/11/2011. Sebagai "waliband" dan juga merupakan abang "Ngah" kepada adik beradik aku yang lain (yg pertama kak long) ... readmore
Sambutan Harijadi Puteri Yasmeen Suraya - Dinner di MAEPSHari tu aku ada jemputan dinner kat MAEPS sempena sambutan harijadi Puteri Yasmeen Suraya, MAEPS adalah singkatan kepada Malaysian Agro Exposition Park Serdang. Pertama kali ke restoran tu, agak susa ... readmore
Selamat Hari Raya AidilAdhaSelamat Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat yang sering berkunjung kesini. Maaf zahir dan batin seandainya selama ni ada perkara yang aku buat dan menyebabkan korang rasa tak selesa, marah at ... readmore