 |
Kredit to, Sepang Circuit |
Minggu ni, satu lagi event motorsport yang besar akan berlangsung di
Sepang F 1 pada 23~25/03/2012. Acara perlumbaan
F1 di Sepang bukanlah perkara asing lagi kepada kita. Semenjak dari tahun 1999 dimana perlumbaan pertama F 1 di Malaysia dan dirasmikan oleh Tun Dr Mahadir Mohamad sehingga sekarang, litar Sepang F 1 yang sepanjang 5.54km ini tidak pernah lagi hilang pusingannya atau mengecewakan rakyat Malaysia untuk datang menyaksikannya.
Walaupun litar
Sepang kini bersaing hebat dengan litar Singapore yang bermain diwaktu malam, Sepang masih lagi menjadi litar terbaik buat semua para pelumba bertaraf dunia termasuk lah acara MotoGp. Dibawah ni bermula tahun 2001 adalah senarai pelumba yang pernah menjuarai
Gp di Sepang. Agak2nya tahun 2012 ni giliran siapa pula yerrr....
Esok [Jumaat 23/03/12] adalah hari ujian rasmi pertama bagi kesemua pelumba dan pengeluar kenderaan F 1, bunyi berdesing dan bau petrol akan menghangatkan suasana, adakah esok,lusa dan tulat hujan?. Apapun aku tetap berharap2
Lotus Renault akan buat yang terbaik untuk tahun nih....adiozz...
2011 Germany Sebastian Vettel Red Bull-Renault
2010 Germany Sebastian Vettel Red Bull-Renault
2009 United Kingdom Jenson Button Brawn-Mercedes
2008 Finland Kimi Räikkönen Ferrari
2007 Spain Fernando Alonso Mc aren-Mercedes
2006 Italy Giancarlo Fisichella Renault
2005 Spain Fernando Alonso Renault
2004 Germany Michael Schumacher Ferrari
2003 Finland Kimi Räikkönen McLaren-Mercedes
2002 Germany Ralf Schumacher Williams-BMW
2001 Germany Michael Schumacher Ferrari
2000 Germany Michael Schumacher Ferrari
Okeh, mata aku dah ngantuk sangat nih, kalau bertongkat dengan kayu pun bole terjatuh...Antara entri menarik mengenai litar Sepang dan perlumbaan F 1...
Lotus Renault Melawat Proton
Sepang F1 2011
Ranking: 5
Recommended Posts
MALAYSIA MENANG KE ATAS UKRAINE - HOKI OLIMPIK 2012
Alhamdulillah, skuad Malaysia menang lagi sekali, kali ini keatas skuad Ukraine dengan keputusan 5-1. Satu lagi keputusan yang membanggakan rakyat Malaysia. Apapun, selepas ini ujian terbesar ialah ... readmore
Malaysia vs India - Piala Thomas 2012
Pertemuan suku akhir antara Malaysia vs India semalam telah berkesudahan dengan Malaysia menang 3-0. Kemenangan ini juga aku rasa sungguh manis sekali setelah kita berjaya mengejutkan pasukan Korea ... readmore
[VIDEO] GOL NEGERI SEMBILAN VS PASEBAYAKeputusan perlawanan persahabatan antara Negeri Sembilan Vs Pasebaya sudah diketahui umum, 2-2. Perlawanan tersebut dikatakan agak sengit, Pasebaya dikatakan berjaya mengawal hampir keseluruhan perma ... readmore
Rasuah Bolasepak Perlis - Betul Ke?Rasuah Bolasepak Perlis - Betul Ke?
Arghhh...9 pemain pergi jumpa Bookie sebelum perlawanan antara Perlis dan Majlis Perbandaran Muar, 9 Januari lalu. Itulah dakwaan Presid ... readmore
HOKI MALAYSIA VS RUSSIA
Perlawanan terakhir antara skuad hoki Malaysia Vs Russia berakhir dengan keputusan 6-1 dalam menentukan tempat ke 3 dan ke 4 di kejohanan ini. Dan seperti biasa, apabila skuad negara gagal melepasi ... readmore