Antara DUA DARJAT!!!!!

on 26 Oktober 2010

 Salam semua, hari ini tertarik dengan isu2 yg diperjuangkan oleh bekas pesara tentera MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B).
Isu elaun bagi PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK  yg mana, satu masa dulu mempertaruhkan nyawa demi keamanan yg dinikmati generasi sekarang.

Sedih dan marah bila pihak2 atasan sendiri tidak memperdulikan kebajikan bekas2 pesara tentera ni. Apakah ini balasan yg diterima setelah mereka berjuang bermati2an demi bangsa dan negara tercinta. Jawaban "...TIDAK WAJAR UNTUK DIPERTIMBANGKAN"......pehhh,menusuk sungguh!!!

Terfikirkah mereka,generasi sekarang melihat apa yang terjadi kepada generasi terdahulu. Tidakkah ini boleh mereka jadikan panduan untuk tidak memilih kerjaya tentera kerana pasti nasib mereka juga tidak akan terbela. Sedangkan pesara tentera ni adalah penerima anugerah!! 
Jadilah anugerah itu  sekeping pingat yg tidak ada apa2 makna...

Saya "copikan" keseluruhan entry tersebut untuk tatapan dan penilaian anda dari blog,
Jotting of an xnuripilot


24 Oktober 2010

YBhg  Datin Seri Rosmah Mansor   
Penaung 
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
525250 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963 

Assalamualaikum,

ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK 

Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan perghargaan saya terhadap keprihatinan Datin Seri tentang rentetan veteran anggota ATM. Dengan campur tangan pihak Datin Seri, KEMENTAH telah membuat rayuan buat kali kedua kepada JPM untuk mendapat elaun perkara di atas. Namun demikian, dukacita sekali rayuan tersebut tidak berjaya meyakinkan pembuat keputusan bertukar fikiran kerana jawapan rasminya ialah "...tidak wajar untuk dipertimbangkan".

Secara jujur dikatakan, saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang  Allah anugerahkan kepada saya. Tetapi yang membuat saya memperjuangkan  isu ini ialah kerana bersimpati  melihat penerima-penerima anugerah, terutama dari golongan Lain-Lain Pangkat, yang sangat memerlukan rezeki tambahan bagi menyara kehidupan dalam keadaan kos harian semakin meningkat tanpa penghujungnya. 

Perkara ini  tidak akan timbul sekiranya kelima-lima penerima Darjah Perkasa tidak diberi imbuhan. Apabila SP & PGB layak mendapat elaun, sudah pasti timbul persoalan mengapa penerima anugerah JPP, PTU & KPK didiskriminasikan? Perasaan kekecewaan bertambah apabila kerajaan mengumumkan penerima Military Medal, dll, turut diberi elaun. Ini menggambarkan negara lebih mementing anugerah dari negara asing yang pernah menjajah negara Malaysia kita ini. Adakah pemberian kepada 695 wira negara, iaitu 92 JPP, 31 PTU dan 572 KPK, daripada 27 juta rakyat Malaysia, akan membebankan kerajaan? (Jumlah sebenar adalah kurang kerana ada yang menerima secara ‘posthumous’ dan mungkin ramai sudah meninggal dunia). Adakah pengiktirafan negara lebih memihak mereka yang mengharumkan negara, seperti ‘wira’ sukan, daripada mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara supaya ‘wira’ sukan dapat mengharumkannya?

Saya tidak nampak sebarang perubahan kepada keputusan penjawat awam di JPM sekira KEMENTAH terus membuat rayuan. Kemungkinan ianya hanya akan berubah sekiranya ada ‘political will’ daripada, tak lain dan tak bukan, YAB PM sendiri. Malah, pemberian imbuhan kepada penerima SP & PGB pun adalah dengan syor YAB PM ketika menjawat Menteri Pertahanan pada suatu ketika dulu.

Sepertimana yang saya cadangkan dalam coretan yang dimajukan bersama ini (coretan ini) , JPM perlu membuat kertas kerja untuk ‘degazette’kan saja JPP, PTU & JPP bagi mengelak isu ‘remeh temeh’ ini dibangkitkan lagi. Kemungkinan selepas ini, PBTM pula akan membincangkan isu ini ketika mesyuarat agung nanti kerana Kedah dan Melaka telah menyuarakan perkara ini.

Sementelah berbicara tentang imbuhan, perlu diingatkan bahawa para veteran yang tercedera di suatu ketika dulu sedang menunggu kuantum bayaran ‘ex-gratia’ yang mereka akan terima nanti. Bayaran ini telah diumumkan oleh YAB PM pada 10 Oktober 2010 bagi mereka yang tercedera sebelum 1995 semasa perjumpaan beliau dengan ahli PBTM di Bukit Jalil. Adakah nilai kehilangan anggota tubuh badan bersamaan atau kurang dari nilai pingat emas Sukan Commonwealth di New Delhi, India, baru-baru ini?

Saya harap YAB PM, melalui Datin Seri dalam kapasiti sebagai Penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan, akan memberi respons yang mengembirakan kami seramai 695 orang. Janganlah  isu ini dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Tindakan positif Datin Seri sangat diharapkan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Isu ini diKIV sehingga satu waktu yang sesuai nanti...InsyaAllah. 
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved