Memaparkan catatan dengan label Himpunan Kebangkitan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Himpunan Kebangkitan Rakyat. Papar semua catatan

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

on 12 Januari 2013

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat | Berikut adalah koleksi Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat yang sedang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur.

Menurut info dari Malaysia Kini, dianggarkan seramai 50,000 peserta Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang dan telah pun berada di Stadium Merdeka.

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat


Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat






Info asal: http://www.malaysiakini.com/news/218743
Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112

on 11 Januari 2013

27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112

27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112 | Berikut dibawah adalah 27 syarat2 yang telah dipersetujui penganjur 27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112 bersama pihak polis untuk perhimpunan yang dijangka berlaku esok.

Antara 27 syarat yang telah dipersetujui pihak polis dan penganjur adalah:

1. Pihak penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian himpunan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain

2.  Penganjur dan peserta perhimpunan tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam

3.  Penganjur hendaklah memastikan dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis

4.  Penganjur dan peserta juga hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam

5.  Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau kerosakan kepada harta atau alam sekitar

6.  Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya

7.  Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan

8.  Penganjur juga mesti lah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang ditetapkan

9.  Penganjur mestilah mematuhi cara perhimpunan yang ditetapkan di bawah Akta 736

10. Penganjur dan peserta himpunan dikehendaki patuh kepada semua arahan yang diberikan oleh pihak polis pada setiap masa bagi menentukan suasana perhimpunan menjadi aman dan keadaan keselamatan orang serta semua peserta himpunan yang mempunyai kepentingan terjamin

11.  Penganjur dan peserta juga hendaklah menahan diri daripada melakukan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya perhimpunan

12.  Penganjur dan peserta dikehendaki menentukan tidak berlaku sebarang perbuatan khianat atau bencana ke atas harta semasa perhimpunan

13.  Membawa senjata atau barang-barang yang boleh memudaratkan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan dan menyebabkan kecederaan kepada orang awam, atau kerosakan kepada harta juga turut dilarang di samping memastikan penganjur dan peserta berhimpun secara aman

14.  Pengajur juga hendaklah menentukan tiada protes jalanan

15.  Penganjur dan peserta perhimpunan juga dilarang mengganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalu lintas

16.  Syarat-syarat yang dikenakan termasuk juga penganjur mestilah menentukan semua peserta perhimpunan berada di dalam Stadium Merdeka semasa perhimpunan. Sebarang perhimpunan di tempat lain seperti masjid dan tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan

17.  Pengajur juga hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di atas bahu jalan, kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela

18.  Penganjur hendaklah melantik bilangan orang yang difikirkan perlu untuk membantu dalam mengatur kawalan keselamatan terhadap perhimpunan dan perarakan masuk ke tempat perhimpunan (Stadium Merdeka)

19.  Penganjur hendaklah memastikan para peserta pehimpunan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa berarak ke Stadium Merdeka

20.  Penganjur juga hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai dari tempat perhimpunan dalam keadaan teratur tanpa mengganggu keselamatan awam dan lalu lintas

21.  Penganjur juga dikehendaki memastikan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di bawa ke tempat perhimpunan

22.  Pengajur juga bertanggungjawab menentukan semua syarat dan ekartan yang telah dipersetujui dimaklum kepada semua peserta perhimpunan

23.  Pengajur juga hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan

24.  Penganjur hendaklah menentukan semua pembesar suara dihala ke dalam stadium di sepanjang perhimpunan berlangsung

25. Penganjur juga hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk ke dalam stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana terma yang ditetapkan oleh pihak pemilik Stadium Merdeka iaitu "The Merdeka Heritage Trust" dan petugas-petugas yang dilantik oleh penganjur hendak lah memastikan had kapasiti muatan Stadium Merdeka ini dikekalkan dari permulaan hingga akhir perhimpunan

26. Jika berlaku limpahan dalam stadium, adalah menjadi tanggungjawab penganjur bagi menentukan kawalan dan keselamatan bagi setiap peserta

27.  Pengajur hendaklah menentukan plakad (placard), sepanduk dan kain rentang dipamerkan sewaktu peserta-peserta berjalan masuk stadium, sepanjang mereka berada di stadium dan sewaktu peserta-peserta berjalan keluar stadium apabila perhimpunan selesai mengikut syarat kedua



sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/himpunan-kl112-esok-wajib-patuh-27-syarat-1.120089



27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112 | Tanggal 12 Januari 2013, Sabtu ini, Pakatan Rakyat akan menanjurkan satu perhimpunan yang digelar "Himpunan Kebangkitan Rakyat" bertempat di Stadium Merdeka.

Tujuan perhimpunan. Antara misi dan visi yang telah dibangkitkan adalah kerana 8 perkara. Ianya adalah kesinambungan misi dan visi yang sama dari himpunan Bersih yang lepas.
  • Menuntut Pilihanraya yang Adil dan Bersih
  • Membebaskan Tahanan ISA
  • Memertabatkan Bahasa Ibunda
  • Menuntut Pendidikan Percuma
  • Menyelamatkan Kampung Warisan dan Tradisi
  • Menyelamatkan Alam Sekitar
  • Memulangkan Royalti Minyak Kelantan
  • Menyelamatkan Felda

Tempat Berkumpul Himpunan Kebangkitan Rakyat

Pihak penganjur telah menetapkan lapan tempat berkumpul (semuanya di sekitar Kuala Lumpur) yang akan mewakili setiap kumpulan dan badan bukan kerajaan (NGO) dan akan diketuai sekretariat penganjur sebelum berjalan secara aman menuju ke stadium.

1. Kumpulan Mahasiswa
Kumpulan itu akan berkumpul di Masjid Universiti Jalan Pantai dan diiringi aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan Safuan Anang serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

2. Kumpulan Parti Sosialis, Kartunis
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, aktivis Empower Maria Chin Abdullah, serta kartunis Zunar akan mengiringi penyokong himpunan yang akan bermula di Brickfields.

3. Kumpulan Felda Dan Kelantan
Di KLCC pula, NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan Gabungan Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan ‘R’ akan diketuai Pengerusi Anak Mazlan Aliman, Exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim.

4. Kumpulan ‘Selamatkan Jalan Sultan dan Kampung Warisan’ 
Kumpulan ini akan mula berjalan dari Jalan Sultan diiringi pengerusi Muafakat Ishak Surin serta Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai.

5. Kumpulan Wanita Pakatan Rakyat
Sementara di Pasar Seni, kumpulan Wanita Pakatan Rakyat akan diketuai Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Muda, Teresa Kok (DAP-Seputeh), serta Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

6. Kumpulan Hijau
Sementara itu, kumpulan hijau ‘Selamatkan Lynas’ yang diketuai pengerusinya Wong Tuck akan berkumpul dari Dataran Merdeka dan dibantu Exco Selangor Ronnie Liu.

7. Kumpulan Masjid Negara
Bagi warga kota dan penyokong yang mahu singgah menunaikan solat terlebih dahulu di Masjid Negara pula, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar).

8. Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia
Manakala Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharim akan mengetuai kumpulan itu bermula dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Hak Rakyat

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan adalah artikel yang menjamin kebebasan untuk berhimpun secara aman [ perlu benar2 didalam keadaan aman.- sefaham aku laa...] Antara syaratnya,
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.




# Bagi aku, semoga Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini berjalan dengan aman, tiada kekecohan dan kerugian keatas harta benda seperti yang telah berlaku seperti masa lepas.

Kerajaan nak atau tidak, aku rasa memang kena akur dengan tuntutan sebilangan hak rakyat untuk perhimpunan ini, apetah lagi PRU13 semakin hampir.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini juga akan diperhatikan oleh semua rakyat Malaysia, segala tindak tanduk peserta dan juga polis diambil kira. Mungkinkah perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menjadi cermin untuk PRU13 nanti? 




Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved