Memaparkan catatan dengan label Zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zionis. Papar semua catatan

11 Fatwa orang Yahudi Orthodoks..

on 23 April 2012


Saat aku mencari bahan berkenaan dengan kisah zionis dan yahudi, aku terjumpa pula dengan entri 11 fatwa yahudi Orthodoks. (Sebenarnya entri ini berada didalam draf post dalam masa yang agak lama juga) Agak menarik, 11 fatwa yahudi orthodoks ini seakan2 menghampiri dengan beberapa hukum yang ada didalam agama Islam. Sebelum ni memang aku dah mengetahui, Yahudi tu tergolong dalam dua golongan. Yang pertama Zionis dan yang kedua ialah yahudi Orthodoks. 


Zionisme merupakan sebuah gerakan kaum Yahudi yang tersebar di seluruh dunia untuk kembali lagi ke Zion, bukit di mana kota Yerusalem berdiri. Gerakan yang muncul di abad ke-19 ini ingin mendirikan sebuah negara Yahudi di tanah yang masa itu dikuasai Kerajaan Ottoman (Khalifah Ustmaniah) Turki.


Zionisme merupakan gerakan Yahudi Internasional. Istilah zionis pertama kali dipakai oleh perintis kebudayaan Yahudi, Mathias Acher (1864-1937), dan gerakan ini diorganisasi oleh beberapa tokoh Yahudi antara lain Dr. Theodor Herzl dan Dr. Chaim Weizmann. Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak 1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya “Der Judenstaat” (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun 1897. Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15 Mei 1948, maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini.


Rapat Dewan Umum PBB mengeluarkan Resolusi 3379 tanggal 10 Disember 1975, yang menyamakan Zionisme dengan diskriminasi racis. Akan tetapi pada 16 Desember 1991, resolusi tersebut dicabut kembali.


Manakala bagi golongan Orthodoks pula seperti golongan Naturei Karta, mereka menentang sekeras2nya idea yang dijalankan oleh golongan yang membangkitkan gerakkan zion dengan alasan Menurut mereka, aqidah sebenar kaum Yahudi mengatakan bahawa selepas mereka diusir dari bumi Palestin di zaman Nebuchadnezar, mereka tidak boleh lagi pulang ke bumi tersebut sehinggalah datangnya Messiah di akhir zaman yang akan membawa mereka pulang dan memimpin mereka. Selagi Messiah ini tidak muncul, kaum Yahudi HARAM pulang ke bumi tersebut. Ini jugalah merupakan inti ajaran Talmud (Meshna Tora) yang merupakan kitab penafsiran kepada Old Testament mereka.


Tidak hairanlah sewaktu gerakan Zionis muncul pada tahun 1897 dengan ide Herzl untuk mengembalikan orang Yahudi ke bumi Palestin dan menubuhkan negara mereka sendiri, kaum Yahudi Ortodoks menentangnya. Rabbi-rabbi Yahudi di Eropah juga telah mengeluarkan fatwa bahawa Herzl telah murtad dan gerakan Zionis adalah sebuah grakan yang sesat dan terkeluar dari agama Yahudi. Jika tidak kerana fatwa Rabbi Cook the elder pada tahun 1925 dan juga peristiwa Holocaust serta sokongan Kaum Zionis Kristian di Eropah, nescaya projek Zionis tidak akan mendapat sokongan majoriti kaum Yahudi. Oleh sebab itulah sehingga kini terdapat segelintir kaum Yahudi Ortodoks di Eropah, AS dan juga negara-negara Arab dan di Afrika Selatan yang menentang penubuhan negara Israel dan juga gerakan Zionisme
Sumber: http://federationofbloggers.blogspot.com/search/label/yahudi

              http://palestinkini.info/


11 Fatwa Yahudi Orthodoks

Selepas membaca entry Sahabat saya Cik Ezreen, rasanya elok saya memberi sedikit maklumat berkenaan Yahudi Othodoks, yang boleh dianggap sebagai golongan yang masih 'mengamalkan' ajaran agama mereka secara 'ketat' dan boleh dikatakan tanpa sebarang penyelewengan.

Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.

Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV

Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.

Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.

Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.

Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi

Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.

Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.

Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.

Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.

Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu. Kempen ini bermula pada Julai 1990.

Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan

Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.

Lelaki- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan
  
Perempuan- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.

Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.

Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat

Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks. Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim. (Chomotarium = rumah pembakaran mayat)

Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera

Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.

Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai


 Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.


Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.

Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.

Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera



Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.

Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.
Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.

Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.

Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.

Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas tanpa sebarang capaian internet.

Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player

Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.

Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.

Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.

Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka

Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.

Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing. Begitulah ketatnya peraturan mereka.

Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel

Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.

Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian

Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.

Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.

Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.

Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.

Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar sehingga ke hari ini.


Yahudi Naturei Karta, bersama menentang Zionis di Israel


http://dajjal.wordpress.com/2008/10/20/11-fatwa-yahudi-orthodoks/
Tag :

Antara asal usul yahudi

on 30 April 2011

Telah menjadi hobi atau tabiatku untuk mengumpul cerita/kisah tentang Yahudi dan zionis. Disamping untuk pembacaan dan pengetahuan aku sendiri, aku kongsikan bersama buat sahabat yang lain didalam ruangan ini. Semoga ianya bermanafaat kepada aku dan semua sahabat untuk mengenali siapa yahudi ataupun zionis lahanat yang sebenarnya.
Sebelum tu, aku nak selitkan sedikit tentang operasi "Freedom Flotilla 2" yang dianjurkan oleh IIH (Turki) Semoga usaha lebih 40 buah organisasi antarabangsa didalam  "Freedom Flotilla 2" akan berjaya, biarpun terpaksa ditangguhkan sedikit dari jadual asalnya...Amin.



"Flotila kali ini bakal disertai oleh 15 buah kapal dan lebih seribu relawan dari 50 buah negara. Perancangan asal untuk belayar pada akhir bulan Mei adalah sebagai memperingati setahun peristiwa serangan ganas tentera Israel terhadap Freedom Flotilla 1 pada 31 Mei 2010, di mana 9 orang relawan terbunuh manakala lebih 60 orang relawan lain tercedera. Seramai 12 orang relawan Malaysia turut berada di atas kapal Mavi Marmara ketika kejadian tersebut.
Tn Hj Norazman turut menegaskan bahawa kapal Mavi Marmara yang telah menerajui Freedom Flotilla 1 akan turut menyertai flotilla kali ini. Menurut beliau lagi, semua peserta akan berangkat serentak namun beliau tidak menyebut nama tempat di mana flotilla tersebut akan bertolak."

Asal Usul Yahudi 

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikecam dan diancam begitu hina. Antara ceritanya adalah wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.



Yahudi adalah bangsa yang berasal daripada susur galur keturunan Nabi Ibrahim dan isterinya, Sarah, anak mereka Nabi Ishak dan cucu mereka Nabi Yakub. Yahudi menganggap mereka adalah manusia terpilih, manakala bangsa lain dianggap sebagai haiwan ternakan dan darah mereka adalah halal bagi orang Yahudi. Agama mereka disebut sebagai Judaism yang dibentuk berasaskan kepada kitab Thalmud yang kononnya adalah kitab Taurat asli yang diturunkan kepada Nabi Musa. Malangnya kitab ini telah diubah suai oleh tangan2 durjana.

Manakala, Zionis adalah fahaman politik yang berdasarkan kepada kepercayaan 'Manusia Terpilih'. Ia lebih cenderung kepada perjuangan Yahudi bagi menjadi pemerintah dunia dan mewujudkan sebuah kerajaan agung. Berdasarkan matlamat itu mereka mempergunakan sesiapa sahaja dan apa jua sumber yang tersedia bagi mereka.

Fahaman Zionis dikatakan bermula sejak berabad lalu berikutan tiada sebuah negara khusus bagi bangsa Yahudi. Perjuangan mereka mula membuahkan hasil selepas Perang Dunia Pertama apabila Britain menempatkan penduduk buangan berbangsa Yahudi di bumi Palestin melalui perjanjian Balfour. Selepas itu, kejayaan demi kejayaan mereka capai ke arah merealisasikan matlamat mereka. Bermula dengan Perang Dunia Pertama sehingga tercetus beberapa siri peperangan. Antaranya, Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, Perang Arab-Israel, Perang Israel-Syria, Perang Iran-Iraq, Perang Mujahidin dan Perang Teluk. Semuanya didalangi oleh Yahudi melalui boneka mereka iaitu Amerika Syarikat dan Britain.


Asal-usul kaum yang laknat. 

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Sebagai contoh, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah di jinak dengan mudah dan tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Sedangkan negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV.

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.


Sumber asal siaran ini.

Insyaallah "siaran" yahudi dan zionis akan berterusan lagi......









Tag :

Yahudi di Malaysia??

on 06 Februari 2011

Salam semua sahabat. Minggu ni, minggu yang "panas" dengan kisah demostrasi diMesir dan juga kisah pelajar/rakyat kita disana. Apa pun dah tentu kita disini mengharapkan yang terbaik dari pihak kerajaan untuk membawa pulang pelajar dan juga rakyat malaysia yang bekerja disana. Sebilangan telah pun selamat sampai, alhamdulillah...tapi ternyata masih ramai lagi yang tertinggal. Diharap pihak kerajaan teruskan usaha utk membawa mereka tu balik. Ape pun berdoalah supaya mereka semua selamat kembali ke keluarga memasing.


Kali ni aku nak bawak korang pergi ke Penang. (Pi makan nasi kandaq...hehehe...acah jekkk)
Dimana terdapatnya beberapa perkuburan orang2 Yahudi di Malaysia. Ergghhh....perkuburan yahudi?? Betul ke? Mungkin sebahagian dari kawan2 sumer dah tau kewujudan kubur yahudi di Penang,tapi mungkin juga ada yg tak tau....mcm aku ni laa...hehehe

Bagaimanapun pembacaan lanjut memaksa aku menggunakan keajaiban "uncle gugel" dan menemukan aku ngan wikipedia dan juga beberapa info/blog mengenai yahudi di Malaysia. Ok,teruskan...Pertama kali  terjumpa dengan perkara ni,  rasa agak terkejut jugak sebab tak pernah aku terfikir bahawa di tanah airku Malaysia  terdapat sebilangan masyarakat yahudi. Seriusssss!!! Rase terkojut amat laa yekkk....tak tau la korang camne...Okey,cerita dia lebih kurang mcm nih...

Kubur Yahudi di Malaysia??


Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia. Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi).  -Yahudi terkenal dengan disiplin harian yang ketat dan mereka sangat2 mematuhinya..wallahualam


Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia. Disebabkan hanya tinggal 20 orang Yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang Yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan. Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi.

Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan Yahudi di tanah Melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman.


Lantas, ramai yang berpindah keluar dari tanah Melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapura yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM. Singapura merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak Perang Dunia ke-2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke Pulau Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. 


Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran pasport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, Yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. 


Melalui negara selain Israel itulah bangsa Yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (contohnya, Israel-UK, Israel-France dan sebagainya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja.

Yahudi di Malaysia??

Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Pinang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi). 



Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. Chief Master Singapura (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang Yahudi Pulau Pinang.Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976. 


Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.
Yahudi di Malaysia??

Sejarah Yahudi Di Malaysia
Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yg dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka juga dapat dijumpai di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka.Orang Yahudi Malaysia terdiri kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alih Komunis pada tanah besar China dari China Nationalist pada 1949.

Statistik anggaran yahudi di Malaysia.

Jumlah Penduduk : 100 Orang
Kawasan Dengan Jumlah Penduduk Terbesar : Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka
Bahasa : Inggeris, Melayu, Ibrani, Parsi, Arab
Agama : Judaisme

Majoriti Yahudi di tanah Melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru Yahudi di Pulau Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan Yahudi di Pulau Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh Yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur Yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi di bersihkan dan diselenggarakan hingga kini. 


Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan Yahudi dari Rusia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (Yahudi Cina) dan berpindah ke Pulau Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949.
Kaifeng Jews in Israel
Mengikut Wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan Yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada kurun ke 18 di Melaka. Adolf Hitler menindas bangsa yahudi berdasarkan apa yang dia tahu didalam kitab injil tentang perilaku bangsa tersebut. Bagi Hitler punca Jerman tewas pada perang dunia ke-1 adalah kerana pengkhianatan bangsa tersebut mengambil kesempatan didalam soal ekonomi.

Tetapi bukan semua bangsa yahudi itu jahat.Kebanyakkan para Rasul berasal dari Bani Israil.
ada sumber mengatakan bahawa bani israil itu berbeza dengan orang yahudi pada hari ini kerana kaum bani israil telah 'hilang' selepas kitab taurat diubah oleh rabbi yang gila pengaruh.

Untuk pengetahuan anda golongan yahudi yang berhaluan zionis lah yang mengucar-kacirkan dunia, membunuh umat Islam di Palestin dan memburukkan Islam di mata dunia dengan label pengganas. 
Manakala Yahudi yang bukan zionis pula menyokong perjuangan rakyat Palestin dan sama-sama dengan masyarakat dunia mempromosikan keamanan dunia contohnya Albert Einstein bapa fizik dunia. 

Beliau tidak setuju kemajuan sains digunakan untuk membuat senjata membahaya membunuh manusia lain dan menolak tawaran kerajaan zionis Israel melantik beliau sebagai Presiden Israel yang pertama pada tahun 1948 kerana tidak suka kepada ideologi zionis yang condong kepada permusuhan sesama manusia, walaupun beliau juga seorang yahudi.Tidak semua bangsa yahudi itu jahat dimana ada dikalangan mereka memeluk agama Islam seperti nama-nama berikut dan ada diantara merupakan sahabat nabi junjungan kita Muhammad swt:-

Abdullah Ibn Saba - pengasas ajaran Syiah.
Abdullah Ibn Sailam - sahabat Nabi Muhammad S.A.W., bekas Rabbi kota Yathrib
Abdullah Schleifer, Prof. - wartawan Amerika.
Ali bin Sahl - pakar perubatan zaman Abbasiyah, guru kepada Al Razi
Ghiyatuddin - datuk bandar kesultanan Ilkhan di Parsi.
Ibn Kammuna - filasuf Islam.
Ibn Killis - pengasas Universiti Al Azhar
Jemima Goldsmith - anak hartawan UK.
Ka'ab Al Ahbar - bekas rabbi Yaman.
Layla Murad - penyanyi Mesir.
Maryam Jameelah - penulis Amerika
Mohammed Yusuf - pendakwah Islam di UK dan Bosnia.
Moustapha Mould, Dr. - pendakwah Islam di Amerika Syarikat.
Muhammad Asad Weiss - wartawan Austria, penterjemah al Quran.
Michael Wolfe - pengkaji Islam di Amerika Syarikat
Moisha Krivitsky - bekas rabbi di Rusia.
Mustafa Ali - pengamal Sufi di Amerika Syarikat.
Safiyyah Binti Hayyi - Isteri Nabi Muhammad S.A.W.
Rashid Al Din - sejarawan dan doktor dalam Kerajaan Parsi.
Suleyman Ahmad - wartawan Amerika
Wahb bin Munabbih - perawi Hadith



sumber: Helmi Halim (fb)
             wikipedia
             mesra.net
             cari forum

pembacaan lain:  dausso
                           Mordechai Vanunu
                           Neturei Karta(wikipedia)
                           Neturei karta (Orthodox)
                           Malaysia Kini


Feb 1, 2011:  Anti-Zionist Orthodox Rabbis met with the Muslim Scholar, Shiek Yousef Al-Qaradawi in Doha, Qatar. (link)
Bagaimanapun... 


pepatah arab lama ada menyebut: "Makan di rumah Yahudi, Tidur di runah Nasrani"
saya telah dengar pepatah ini beberapa kali kerana banyak berurusan dgn org arab 4-5 thn yg lalu. Mereka meyatakan, org nasrani mesra dan melayani tetamu mereka dgn baik dan juga menyediakan tempat tidur yang bersih dan selesa tetapi mereka "makan apa saja"... saya fikir betul tu. Dan org yahudi pula, sangat menitikberatkan hal kesucian makanan. KOSHER. mereka ada banyak larangan dan peraturan dalam hal sumber, penyediaan, alatan, cara dan sajian makanan. Ianya banyak persamaan dgn konsep HALAL tetapi ada sedikit perbezaan tentang beberapa perkara. Nabi Muhammad berpesan utk kita tidak makan daging dan makanan hasil laut pada masa yang sama, tetapi ianya tidaklah menjadi salah sekiranya kita berbuat demikian. Akan tetapi, yahudi amat tegas tentang peraturan ini. Ikan tidak boleh di masak, hidang dgn susu dan daging.... mereka minum susu selepas 1, 3, 6 jam selepas makan ikan...bergantung dimana mereka berasal. Makanan terjaga menjadikan mereka bangsa yang teguh dari pelbagai aspek.

Bab TIDUR: jangan tidur di rumah yahudi kerana mereka sanggup memenggal / memotong kepala orang bukan yahudi yang sedang tidur.


- statement yg dikopi dr mesra.net
- Betulkan aku  sekiranya terdapat kesilapan didalam artikel ini, yang benar dariNYA yang salah tu mmg dari aku. Wassalam.
Tag :

Adakah holocaust Itu Benar? [Part 4]

on 21 November 2010


Adakah holocaust itu benar


Tentera Yahudi Nazi Dibawah Pimpinan Adolf Hitler (II)


Tetapi, itulah hakikat yang harus diterima apabila beribu orang-orang Yahudi sebenarnya turut menyertai angkatan bersenjata tentera Nazi dibawah kendalian dan kebenaran Adolf Hitler sendiri. Bryan Mark Riggs, seorang pengkaji daripada University Cambridge telah berjaya mengesan salasilah keturunan Yahudi daripada lebih 1 500 orang tentera Nazi, termasuk 2 orang Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan 15 orang berpangkat Jeneral (2 orang Jeneral, 8 orang Leftenan Jeneral, dan 5 orang berpangkat Mejar Jeneral) yang mempunyai kuasa memberi perintah rasmi terhadap 100 000 orang tentera dibawah kendalian mereka.

Didalam hampir 20 kes, tentera Nazi berbangsa Yahudi didalam angkatan bersenjata Nazi telah dianugerahkan dengan anugerah terhormat dan tertinggi dalam ketenteraan Jerman iaitu ‘The Knight’s Cross’.

Kajian Rigg juga turut menemukan sebuah kisah yang berkisar mengenai operasi menyelamat seorang Rabbi besar Yahudi Lubavitcher oleh tentera Nazi, yang berada di Warsaw semasa perang meletus pada 1939.

Joseph Isaac Schneerson dari Amerika Syarikat demi menjaga keselamatannya, telah merayu untuk pulang ke Jerman. Schneerson telah dibantu oleh seorang pegawai Jerman dimana Rigg dalam kajiannya mendapati bahawa pegawai Jerman tersebut merupakan seorang pegawai berpangkat tinggi yang bernama Maj. Ernst Bloch dan bapa beliau merupakan seorang Yahudi.

Orang-orang Yahudi juga turut berkhidmat didalam angkatan polis Nazi dan pengawal keselamatan sebagai polis ghetto (Ordnungdienst) dan sebagai pengawal di kem konsentrasi (kapos).

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku untuk kita mendakwa yang Hitler menghapuskan semua orang-orang Yahudi, sedangkan pada masa yang sama beliau membenarkan orang-orang Yahudi menyertai angkatan tenteranya menentang Bolshevism dan kapitalis antarabangsa?

Gambar : Military service book of "half-Jew" Hermann Aub
Tag :

Adakah Holocaust Itu Benar? [Part 3]

on 20 November 2010




Tentera Yahudi Nazi Dibawah Pimpinan Adolf Hitler (I)



(Sumber : William D. Montalbano, ‘The Jews in Hitler's Military’ & Tom Tugend, ‘Grad Student Uncovers Jews Who Fought For Adolf Hitler’.)


“Tidak semua mangsa korban pembunuhan oleh tentera Nazi itu adalah orang-orang Yahudi sahaja, tetapi orang Yahudi adalah antara mangsa yang menjadi korban dalam pembunuhan tersebut.” -Elie Wiesel bercakap mengenai Perang Dunia Kedua (WWII)-

“Sekiranya terdapat tentera Yahudi didalam angkatan bersenjata tentera Hitler, kenapa tiada seorang yang mengetahui apa yang bakal berlaku (Holocaust) dan tidakkah mereka cuba untuk menyelamatkan nyawa semua mangsa, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan mengaibkan.” -Rabbi Marvin Hier, Pengarah Institut Simon Wiesenthal-

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kewujudan tentera Muslim berbangsa Albania, Bosnia dan Crotia didalam angkatan tentera Nazi menerusi Divisyen Hanzar yang dipimpin oleh Syeikh Amin al-Husseini, Mufti Besar Jerusalem. Tahukah bahawa selain tentera Muslim Hanzar, tedapat tentera Yahudi yang turut berjuang bersama Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler?

Kebenaran mengenai orang-orang Yahudi yang menyertai angkatan besenjata Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Masakan mereka boleh menyertai angkatan bersenjata berkenaan sedangkan pada masa yang sama, angkatan bersenjata tersebutlah yang telah menjalankan proses penghapusan (genosida) orang-orang Yahudi sendiri melalui peristiwa Holocaust.
Tag :

Adakah Holocaust Itu Benar? [Part 2]

on 19 November 2010


yahudi dan holocaust

Holocaust : Dongeng Yahudi


Usaha untuk mengungkapkan kebenaran tentang Holocaust memang memerlukan kudrat yang sangat besar. Pada ketika ini sejarawan Inggeris, David Irving, sedang ditahan di Austria dan menunggu proses pengadilan terhadapnya. ‘Jenayah’ yang dilakukan oleh Irving adalah : mengingkari fakta Holocaust! Warga Britain tersebut kini sedang dalam proses dihadapkan kemuka pengadilan atas kesalahan ‘mengingkari Holocaust’. Beberapa orang yang lain juga mengalami nasib serupa, misalnya Ernest Zandel berasal dari Kanada, Gatsom Amadeus wartawan berasal dari Swiss, George Ashley, seorang guru berasal dari AS, dan Dr. Joel Heyward yang berasal dari New Zealand. Mereka harus menjalani hukuman atas keberanian mereka menafikan fakta adanya pembunuhan sistematik terhadap bangsa Yahudi (Holocaust) pada Perang Dunia II.




Pada dekad 1980-an, organisasi Zionisme Internasional telah menyusun undang-undang yang bertujuan untuk mencegah terhapusnya peristiwa Holocaust daripada lipatan sejarah. Pada bulan Julai tahun 1990, undang-undang ini diluluskan oleh pemerintah Perancis. Dalam undang-undang ini disebutkan bahawa segala bentuk keraguan terhadap peristiwa Holocaust, baik berupa keraguan terhadap adanya Holocaust itu sendiri, atau keraguan atas jumlah korban (iaitu 6 juta orang) dalam peristiwa itu, atau keraguan tentang adanya bilik gas Nazi untuk membunuhi orang Yahudi, dikira sebagai tindakan jenayah dan boleh dijatuhi hukuman penjara antara 1 bulan hingga 1 tahun serta denda 2000-3000 Frank. Atas tekanan lobi-lobi Zionis juga, undang-undang serupa juga disahkan di Britain, Amerika Syarikat, dan negara-negara Eropah yang lain.




(Photo: David Irving in Vienna, a few hours before his arrest) 
Tag :

Adakah Holocaust Itu Benar Atau Sebaliknya....


Benarkah holocaust terjadi


Holocaust : Dongeng Yahudi



Pertanyaannya kini, apakah Holocaust itu mitos atau fakta? Saya yang bukan sejarawan, tentu tidak punya kebolehan untuk menjawabnya. Disarankan anda semua membaca buku karya Prof. Roger Garaudy, ‘The Founding Myths of Israeli Politics’. Dalam buku tersebut dimuat secara jelas data-data mengenai (tidak adanya) Holocaust pada Perang Dunia II.

Namun, ada fakta menarik yang saya temui dalam Harian Kayhan terbitan Tehran. Fakta itu berbunyi, ‘Holocaust Memang Ada!’.

“Holocaust bermakna pembunuhan massal dengan cara membakar hidup-hidup mangsa, dan sebahagian ahli bahasa menyatakan bahawa asal kata ini bermula daripada kejadian pada abad ke-6 di Yaman. Pada abad ke-5, Dinasti Himyarite menakluk kerajaan Saba di Yaman. Pada abad ke-6, seorang raja Dinasti Himyarite, iaitu Raja Dzu Nuwas, mengubah agama kerajaan (yang pada awalnya Kristian) menjadi agama Yahudi. Dalam rangka ini, dilakukan pembunuhan massal terhadap orang-orang Kristian yang masih berkeras tetap dengan agama asal mereka.

Diceritakan bahawa pada peristiwa itu, Raja Dzu Nuwas duduk di singgasanannya dengan dikelilingi para Rabi Yahudi. Di hadapan mereka ada kayu-kayu bakar yang telah disusun dan api dinyalakan sehingga terbentuklah unggun api yang sangat besar. Tak jauh dari tempat itu, orang-orang Kristian, termasuk anak-anak dan perempuan, tua dan muda, dikumpulkan dengan tangan terikat. Suara jeritan menyayat hati kemundang ke udara. Lalu, Raja Dzu Nuwas mengeluarkan perintah dengan suara keras dan kaum Kristian Yaman itu pun dibakar hidup-hidup.

kubur yahudi

Holocaust : Dongeng Yahudi



Ya, Holocaust memang pernah terjadi, iaitu pembakaran hidup-hidup orang-orang Kristian Yaman abad ke-6. Namun, bezanya, Holocaust yang disebut-sebut menimpa kaum Yahudi pada Perang Dunia Kedua dijadikan alasan untuk membantu mereka mendirikan sebuah negara khusus untuk Yahudi, demi mencegah terulangnya sejarah. Dengan kata lain, agar kaum Yahudi dapat hidup aman dan tenteram, perlu didirikan sebuah negara khusus. Pada awalnya, kawasan yang menjadi pilihan adalah Ethiopia dan Argentina. Namun, kedua wilayah itu dianggap kurang strategik dan muncul lah Palestin sebagai pilihan. Apalagi, Palestin juga memiliki sejarah panjang, yang sangat berkait rapat bagi justifikasi pendirian negara Israel di wilayah itu. Kaum Yahudi pada zaman dahulu kala pernah tinggal di sana dan kemudian terusir, lalu hidup menebar di berbagai negara di dunia. Bahkan, disebut-sebut dahulu adanya Kuil Sulaiman (Solomon Temple) milik bangsa Yahudi, yang kini diatasnya telah dibangunkan Masjidil Aqsa.

Lalu, bermulalah sejarah pahit bagi bangsa Palestin itu. Pada masa-masa akhir penjajahan Inggeris di Palestin, secara sistematik datanganlah orang-orang Yahudi Zionis (kita perlu membezakan antara Yahudi murni dan Yahudi berfahaman Zionis yang menyokong pendirian negara Israel) yang mengganas, merampas, atau membeli secara paksa tanah milik orang-orang Palestin. Setelah Inggeris meninggalkan Palestin pada tahun 1948, Zionis pun memproklamasikan berdirinya negara Israel. Sayang, mereka melupakan satu fakta penting. Bangsa Palestin majoritinya adalah muslim, yang memiliki satu prinsip : jihad memperjuangkan tanah air adalah sebuah kewajiban. Itulah sebabnya, segala bentuk penindasan dan keganasan yang dilakukan tentara Zionis –termasuk juga propaganda global untuk mendukung Zionisme dan mencitrakan bangsa Palestin sebagai pengganas – hingga kini tidak pernah memadamkan api perjuangan bangsa Palestin.

Zionis juga melupai satu logik penting : kalau benar mereka menjadi korban Holocaust yang dilakukan tentara Nazi Jerman, mengapa yang harus menebus kesalahan itu adalah bangsa Palestin dan mereka dianggap berhak mendirikan negara Israel di tanah-tanah Palestina?
Tag :

Adakah Holocaust itu benar? [Part 1]

on 18 November 2010



Bukti Pembohongan (iv)


Menurut pakar sejarah, Diari Anne Frank juga palsu kerana sebahagian daripada diari itu ditulis menggunakan pena mata bola. Pen seperti itu belum lagi wujud pada zaman itu.

Petikan ini diambil daripada salah satu halaman diari Anne Frank :

Yang pertama pada 14 Jun 1942

“During recess I passed out cookies to my teachers and my class... I went to gym with the rest of my class. As it was my birthday, I got to decide what game my classmates would play, and I chose volleyball. Afterward they all danced around me in a circle and sang ‘Happy Birthday’.”

Yang kedua pada 15 Julai 1944

“Deep down, the young are lonelier than the old. I read this in
a book somewhere and it’s stuck in my mind. As far as I can tell, it’s
true... Anyone who claims that the older folks have a more difficult time in the Annex doesn’t realize that the problems have a far greater impact on us. We’re much too young to deal with these problems, but they keep thrusting themselves on us until, finally, we’re forced to think up a solution, though most of the time our solutions crumble when faced with the facts. It’s difficult in times like these.”

“deals, dreams, and cherished hopes rise within us, only to be crushed by grim reality... It’s utterly impossible for me to build my life on a foundation of chaos, suffering and death. I see the world being slowly transformed into a wilderness, i hear the approaching thunder that, one day, will destroy us too, I feel the suffering of millions.”

Daripada isi kandungannya, timbul lah persoalan mengenai kesahihan diari tersebut :

•Berlaku perbezaan gaya bahasa tulisan sewaktu beliau berumur 13 tahun yang masih cenderung remaja tiba-tiba langsung menjadi seseorang dengan gaya penulisan yang sangat dewasa.

•Sehingga hari ini masih terdapat dua edisi diari Anne yang memiliki isi yang sangat berbeza.

•Menurut David Irving, sangat tidak mungkin seorang remaja menulis begitu dewasa, dan diari itu lebih mirip sebuah novel.

•Keanehan lainnya adalah penulisan diari pada saat waktu peperangan adalah sesuatu yang menjelikkan. Kemungkinan tidak ada kanak-kanak yang sempat menulis diari jika berada dalam keadaan suasana perang.
Tag :

Holocaust : Mitos Atau Fakta (IV)

on 16 November 2010



Holocaust : Mitos Atau Fakta (IV)



Di Barat dan Eropah terutamanya, menolak hakikat kejadian Holocaust boleh dianggap sebagai ‘anti-semitik’ hinggakan ramai warga Amerika lebih mengenali Holocuast berbanding sejarah penting mereka sendiri seperti peristiwa Pearl Harbour.

Begitu dahsyatnya ‘sihir’ Holocaust, hinggakan barang siapa yang tidak mengakui hakikat kejadian tersebut (termasuk yang menolak dan mengingkarinya) haruslah berhadapan dengan risiko penjara. Ini termasuklah beberapa ilmuan penting seperti Robert Faurisson, Profesor Roger Garaudy (Perancis), David Irving (Inggeris), Ernest Zandel (Kanada), Gatsom Amadeus (Swiss), George Ashley (AS), Dr. Joel Heyward (New Zealand). kesemuanya telah menjalani hukuman atas kebenaran mereka menentang fakta adanya ‘penipuan’ dalam Holocaust.

Tetapi kini dunia semakin maju, penduduk bumi semakin cerdik dan sentiasa ingin mencari kebenaran dalam setiap fakta. Dengan menggunakan bahan sejarah dan kaedah saintifik maka terbongkarlah kebenaran. Dan kesimpulannya, Holocaust adalah rekaan, satu kisah dongeng Yahudi bagi meraih simpati, melaksanakan agenda sulit, menguasai dunia!

Malah antara alasan besar mereka untuk berpindah beramai-ramai ke Palestin (sekarang Israel) menggunakan alasan (Holocaust) ini. Mereka juga telah berjaya menuntut ganti rugi berjuta-juta dollar daripada Amerika beasaskan kepada dongeng yang dibina diatas pembohongan.

(Gambar : Jewish Men from Carpatho, Ukraine Arrive at Auschwitz, Birkenau. May 1944)
Tag :

Holocaust : Mitos Atau Fakta (III)

on 15 November 2010


penipuan-holocaust-sedunia

Holocaust : Mitos Atau Fakta (III)


Nazi dianggap anti-Semitik. Penyokongnya digelar anti-Yahudi ataupun anti-Semitik. Sebarang kegiatan yang dilihat menggugat Yahudi digelar anti-Semitik. Akibat propaganda besar-besaran, Hitler dan tenteranya dianggap begitu zalim terhadap Yahudi yang kononnya membunuh Yahudi tidak kira orang tua atau muda. Peristiwa ini sudah terpahat utuh dalam sanubari masyarakat dunia.

Masyarakat dunia ditunjukkan gambar timbunan mayat ketika perang akibat kezaliman Nazi, sebenarnya tertipu kerana hakikat gambar itu adalah mereka yang mati akibat kebuluran dan penyakit berjangkit atau mangsa bedilan bom tentera Amerika dan sekutunya.

Memang benar tatkala Perang Dunia Kedua, ribuan nyawa menjadi korban perang, penyakit dan sebagainya. Tetapi penghapusan etnik seperti yang didakwa Yahudi adalah satu pembohongan besar. Malangnya sejarah ‘dicipta’ tersebut tidak dibantah. Selain Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, belum pernah ada tokoh dunia yang berani secara terang-terang mengatakan hakikat holocaust hanyalah sekadar mitos.
Tag :

Holocaust : Mitos Atau Fakta (II) - Diari Anne Frank

on 13 November 2010





Kisah penderitaan ini dicatatkan dengan penuh dramatik oleh seorang wanita Yahudi menerusi Diari Anne Frank. Diari ini, yang dianggap catatan peribadi paling menakjubkan berdasarkan kesengsaraan yang dialami, dijadikan teks bagi pelajar dan antara rujukan utama kisah kezaliman terhadap Yahudi.



Dalam rencana halaman 12, The Christian Science Monitor bertarikh 10 Ogos 1994 tulisan Jewess Linda joffe menyatakan, kira-kira 560 000 Yahudi tinggal di Jerman ketika Nazi berkuasa pada 1933. Hampir semua Yahudi itu dibunuh. Kini, hanya 50 000 Yahudi di Jerman.

Penderitaan Yahudi inilah diistilahkan sebagai Holocaust atau malapetaka dan kemusnahan besar masyarakat itu ketika Perang Dunia Kedua. Selepas perang dan sehingga kini, rata-rata masyarakat dunia menganggap Nazi dan rejim Hitler adalah manusia paling keji dalam peradaban dunia.


Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved