Kolonel Jihad ~ Lt Kolonel (B) Manaf Kasmuri

on 06 April 2011

 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Kali ini gua nak berkongsi tentang satu buku yang gua sendiri pun tahu dari forum Panggilan Pertiwi. Tajuk buku  "Kolonel Jihad, antara mitos dan realiti"...

Kalau tak tahu mungkin berasa sedikit janggal apabila membaca tajuk ini. Gua mungkin agak "patriotik" sikit, tu yang gua suka terbitkan entri ketenteraan. Malah dalam sukan apa sekalipun MotoGp, F1, bolasepak... bla..bla..bla......keutamaan dan sokongan gua adalah kepada peserta dari negara kita sendiri.

Agaknya berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang buku dan kisah ini. Berapa ramai pula rakyat yang berbangga dengan keupayaan tentera kita apabila ditugaskan keluar negara. Berapa ramai pula yang sanggup mengorbankan diri dalam peperangan demi Islam....saudara semuslim, juga berperang dengan hambatan pihak pemerintah sendiri kerana ditahan dibawah tahanan ISA.
 
Jadi entri ini mungkin akan memberi sedikit sebanyak keraguan tentang keupayaan tentera kita bila dimedan perang. Gua rasa buku ini adalah yang terbaik dan mampu memberikan diri kita satu motivasi tentang semangat dan kepahlawanan moden orang melayu (maaf, gua bukan racist) dan kecintaan beliau kepada saudara seagama.

Disebabkan beliau tinggal di Jalan Kebun Klang, jadi gua tugaskan seorang rakan, iaitu "Mandor Hashim" untuk membeli buku ini. Thanks "mandorr"..hehehe.

Sebenarnya dah lama juga gua nak berkongsi cerita tentang pengelibatan Lt Kolonel (B) Manaf Kasmuni, didalam misi PBB di Bosnia dan Croatia. Itu "target point" gua sebenarnya.  Akhirnya setelah "khatam" 2/3 kali membaca buku ini, gua rasa terpanggil untuk me"reviewkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku kepada tuan Lt Kolonel ini semasa di Bosnia dan  urutannya selepas itu.

Kalau nak banyak2 info, kene beli sendiri la yerr...Pinjam?? Hehehe...SORRY!!!

 
Inilah dia tuan Lt Kolonel (B) Manaf Kasmuri. 

Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menceritakan pengalamannya sebagai seorang tentera, aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan ISA.

Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti
PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah
sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem
Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan
yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Seingatku, hari Khamis malam Jumaat tanggal 20 Februari tahun 2003 merupakan waktu yang mengubah banyak aspek kehidupanku. Bermula dari detik lebih kurang jam 10.30 itulah aku menjadi sedar akan kewujudan bahawa andaian dan sangkaan boleh mewahamkan erti keikhlasan di dalam perjuangan. Dengan menggunakan akta polis aku diseret ke pusat reman untuk disoal-siasat dan kemudian dihumban ke Kem Tahanan Perlindungan (KEMTA) berdasarkan pertimbangan yang amat sukar ditakrifkan oleh skala keadilan asasi. Mungkin kepada yang berkenaan dengan merujuk nasihat dari ‘pakar keselamatan’ sudah cukup untuk
menghukum kalian di bawah akta keselamatan dalam negeri. Persis pendapat pakar perubatan yang memungkinkan pembedahan amputasi dilakukan kepada pesakit yang perlu menyerahkan nasib tanpa mempersoalkan kesahihannya. Agaknya, keperluan pendapat kedua (second opinion) hanya menunda masa!

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah penjelasan yang aku
nukilkan di sini mampu melempiaskan jawapan bagi setiap persoalanyang acapkali kalian lumpukkan kepadaku. Aku sedar, bahasaku tidak sepuitis sasterawan negara yang bisa menguasai bait-bait ungkapan menjadi suatu coretan yang meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.Aku hanya seorang manusia biasa yang tiada upaya menganyambahasa berbunga-bunga. Aku termegun memikirkan entah dari bahagian mana perlu aku memulakan agar ia menjadi jelas dan dapat difahami akan segenap perasaan yang telah aku pendam tujuh tahun lamanya.

Aku menghela nafas panjang yang membawa bersama
harapan dan kesedihan dan begitu sukar untukku menterjemahkan kepada mereka yang telah melabelkan aku dengan pelbagai gelarandan sisipan yang menyakitkan hati setelah aku dikuburkan di Kamunting dan ditalkinkan sebagai pengganas!

Lantas, aku menggerakkan pena untuk memberitahu dunia kerana aku sering dihakimi dan bukan dimengerti.

http://coloneljihad.blogspot.com/


Sedikit Biodata:
Abdul Manaf Bin Kasmuri  

Dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan kebun, Klang, Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar klang.

Beliau kemudiannya terpilih memasuki Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan Sungai Besi pada tahun 1973 sebelum melanjutkan pengajian di Royal Academy of Sandhurst di England UK. Pulang ke Malaysia pada 1976 dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah dari peringkat platun hingga ke battalion, pegawai turus dari peringkat battalion hingga ke brigade, sebagai ketua divisyen Putera Maktab Tentera Diraja dan jurulatih di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA). Pernah bertugas di bawah panji panji PBB sebagai Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan di Crotia pada tahun 1993/1994


Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Seterusnya menceburkan diri di dalam lapangan kemanusiaan membantu pelarian pelarian terutamanya di kawasan kawasan konflik dan peperangan seperti di Bosnia, Kosovo, Afghanistan, Pakistan, Azad Kashmir, Bangladesh / Myanmar ( Rohingya ) dan Ambon. Selain itu beliau juga bergiat didalam bidang perusahaan dengan menjadi pengurus dan pengarah kepada beberapa firma. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) selama 3 tahun lapan bulan bermula pada Februari 2003 sehingga dibebaskan pada Oktober 2006. Kini beliau bertugas di sebuah syarikat swasta sebagai Pengurus Besar dan menjawat Exco di dalam Global Peace Mission, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan. Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar Klang.

Setakat ini dulu, Insyaallah gua sambung kemudian hari.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved