Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Salam Ramadan, Selamat Hari Raya Dan Terima Kasih Semua

on 31 Julai 2013

Salam Ramadan, Selamat Hari Raya Dan Terima Kasih Semua | Alhamdulillah, hingga ke hari ini kita masih lagi diberi ruang dan waktu oleh Allah S.W.T untuk merasai lagi kenikmatan Ramadan tanggal 1433H bersamaa 2013 M. Insyaallah tak lama lagi kita akan merasai lagi satu nikmat kemenangan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.


Maaf ditujukan kepada semua sahabat teruatamanya rakan blogger kerana aku kini dilihat semakin menyepi dari dunia ini.  Yup, aku akui aku mempunyai komitmen lain yang wajib dan menjadi keutamaan, namun begitu aku taklah sampai mengabaikan begitu sahaja blog ini. Walaupun jarang update, aku tetap usha2 juga disini.

Selama aku berblog, sejak dari tahun 2009 menggunakan blog ini, tujuan utama tak lain tak bukan adalah bagaimana hendak menghasilkan wang menerusi atas talian sebegini. Selangkah demi selangkah aku belajar, alhamdulillah ianya menunjukkan satu kemajuan memberangsangkan buat diri aku, walaupun sebenarnya aku pun masih hingus lagi tentang mencari duit online nih. Now, seriusly aku pening dah nak mengadap cacing (edit html) pada blog...tambah2 pula baru2 ni Google membuat pertukaran template untuk blogspot.

So, cara terbaik untuk optimumkan blog ialah mencari yang pakar. Kalau ada blog tapi tak nak optimisekan rasa rugi la pulak kan...So, antara beberapa kawan yang aku kenal ialah Shah Danial, pemilik template forblogger (baru masuk tadi, forblogger sudah tukar template baru maa, rasanya tengah dok godek2 lagi la tu kot). Nizamghazi, freelance programmer -hebat ni wooo....dan juga seorang lagi Danial Abdul Rahim. Sehingga kini aku pernah meminta bantuan  2 orang diantara mereka, pertama Shah Danial. Tapi dia ni memang tersangatlah busynyer...kadang2 memang tak de masa untuk diri dia langsung...

Dan keduanya ialah Danial Abdul Rahim, dia ni pun sebenarnya dah nak menghampiri kesibukan tahap melampau...so mana2 blogger yang nak dapatkan servis dia kena la booking cepat2. Danial Abd Rahim ni, seriusly aku bagitau servis dia memang antara yang terbaik. Tak rugi korang (blogger) dapatkan khidmat dia untuk buat sesuatu kat dalam blog korang dan aku akui aku merupakan salah seorang pengguna khidmat servis blog beliau. So dia ni memang antara terbaik dan aku jamin korang akan puas hati.

Bagi NizamGhazi lak...hehehe - aku rasa....rasa la kann...rasanya dia dah tak layan dah mende2 ni...tahap dia lagi gaban tinggi punya....so korang sendiri mau ingat la kan...:)

Walau apapun, aku berterima kasih kepada rakan2 semua yang sentiasa ada disekeliling memberikan support dan motivasi terbaik supaya tak pernah hilang semangat blogging. Untuk kali ini, rasanya sempat juga aku ucapkan tahniah kpd akubiomed yang baru2 ni memenangi hadiah laptop dari Nuffnang...Tahniah bro.

Apapun, salam Ramadan, selamat menyambut hari raya Aidilfitri yg bakal menjelang tidak lama lagi dan terima kasih kepada semua rakan2 terutamanya geng2 blogger yang aku kenali atau tak kenali. Semoga semua berjaya mencapai hajat dan impian yang tersimpan sekian lama ...Insyaallah. -Sorry tulih sekali hayun jaaa...hehehe




Tag : ,

Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain

on 21 Jun 2013

Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain | Alhamdulillah, hari ini sempat juga aku renewal domain blog ini, walaupun aku sudah tidak seaktif dulu tetapi doamin ini tetap aku sayang. Blog ni pun sebenarnya banyak jasa dan memberi ilmu terutamanya dalam dunia blogging kepada aku.

Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain


Oh yerr...disebabkan jarang buka email khas untuk yastro.net ni, maka aku sering terlepas update tentang pelbagai perkara. Antaranya ialah renewal domain blog. Baru je beberapa hari lalu aku renew road tax kereta dan motor, nasib baik aku menjengah kejap disini....kalau tak kompom yastro.net tak dapat diaksess.

Sehingga kini disebabkan aku pengguna blogspot tegar, aku berpuas hati dengan pengurusan Netkl, bertalu-talu sebenarnya notis renewal domain masuk dalam email aku. Tapi sebab banyak perkara yang perlu diutamakan, aku abaikan dulu hinggalah hari ini (hari last renew domain)...Btw, korang jangan ikut tabiat tak elok aku nih. Memang suka buat mende hingga kesaat akhir. Bagi yang layan WP, korang bolehlah bermula dengan plan yang rendah2 dulu....Netkl antara provider yang menawarkan pelan wp termurah setahu aku....



Hurmm....citer tentang blog, aku ada ternampak seo contest lagi. Tajuknya kalau tak silap "Melayu Boleh". Sememangnya aku sarankan bagi yang nak tahu dan main seo join contest tu dan follow peserta semua peserta yg teratas.

Korang leh check derang punya aktiviti menerusi keyword yang derang buat dengan taip nama domain derang sekali....insyaallah, banyak nanti link2 baik yang akan korang terjumpa.

Aku....minta maaflah, memang tak dapat nak join. Banyak sangat kerja sekarang membuatkan aku agak bz...btw, harap2 blogger Malaysia terus maju dan mmapu berdiri setanding dengan blogger luar negara lain. Dan harapan aku, agar google Malaysia mempertimbangkan agar GA dibenarkan dinegara ini seperti yang dibenarkan di Indonesia, memang nyata GA antara yang terbaik didunia dalam memberikan pendapatan kepada blogger.

Oh ya...satu lagi, maafkan aku sebab dah jarang BW, sejujurnya masa memang sangat cemburu kpd aku...insyaallah aku akan dtg juga tapi mungkin akan mengambil masa sedikit. Hidup Blogger Malaysia....



Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain
Tag : , ,

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab

on 20 April 2013

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab | Salam dan selamat sejahtera buat semua rakan. Hari ini, seluruh negara akan bersesak terutamanya dpusat penamaan calon. Setiap parti akan membawa penyokong masing-masing untuk memberi semangat dan menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti masing-masing.

Sejumlah 4,996 borang penamaan calon telah dijual oleh SPR. 1,466 borang penamaan calon iaitu Borang 4 untuk Parlimen dan 2,533 Borang 4A untuk Dewan Undangan Negeri (Dun). Selain itu, sebanyak 301 Borang 4 serta 696 Borang 4A telah dijual kepada calon Bebas. Nampak meriah bebeno PRU13 kali ini.

Apapun, tanggungjawab kita sebagai rakyat adalah pada 5 Mei nanti. Jangan ada berlaku kekecohan lagi sudah laa.....cukup la dengan beberapa kes terpencil yang berlaku sebelum ni. Hanya kerana bendera je....

Insyaallah aku pun akan tunaikan tanggungjawab kali ni, alhamdulillah tempat pengundian aku dan wife aku walaupun berubah dari yang sebelum ni tapi tak le jauh sangat. So tak perlu la nak bermudik kehulu atau kehilir semata-mata nak mengundi.

Opss....citer pasal nak pergi mengundi ni, beberapa cerita best dah mula didengari, tapi rasanya tak pelu aku nak ceritakan disini secara detail, cukup la aku kata yang ade kengkawan balik mengundi ni akan dapat saguhati sikit...hahaha - rugi aku sebab ngundi dekat.

Apapun, sekarang ni aku sebenarnya sibuk melayan blog lain sampai blog yang ni pun dah terabai. Penting tetap penting sebab banyak sejarah dengan blog ni. Sayang banget woo....harap2 percaturan aku yang ni menjadi. Insyaallah, jumpa lagi lain kali....banyak bz maaa.....hahaha

Tag :

Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti

on 24 Februari 2013


Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti | Aduhh...kenapa la derang ni guna undang2 rimba? Takkan kerana budak ini hanya mencuri seketul roti, hukumannya digilis tangan? Apa punya jenis manusia ni weii?? Memang spesis jahiliah betul laa.....

Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti

Info ni aku jumpa tadi di blog informasi.my tadi. Sakit betul hati melihat cara orang sana jatuhkan hukuman jalanan. Budak tu baru aku rasa dalam 4/5 tahun je kot, bukannya boleh fikir macam orang dewasa. Bangang tahap gaban derang nih!!!!


Errrr...jap...jap...tapi....apesal mamat tu aku tengok macam pegang micofon jer ehh? Ke dia tengah buat "show" kat pasar malam? Nak test kekuatan budak tu ker?

Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti

Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti

Tengok muka budak tu menahan kesakitan pun dah buat aku rasa sedih...isk..isk....kejammm!!!!!

Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti

10 Blogger Terbaik Malaysia

Apapun alasan, aku tak rasa perbuatan ni boleh diterima akal. Nasib baik kat negara luar...kalau kat Mesia kompom mamat tu dah kena buru dek polis!!!

# Dah tengok senarai 10 Blogger Terbaik Malaysia? Memang besh depa2 ni semua....:D

Budak Kecil Digilis Tangan Kerana Mencuri Roti

~Salam mesra dari yastro~

Tag :

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

on 12 Januari 2013

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat | Berikut adalah koleksi Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat yang sedang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur.

Menurut info dari Malaysia Kini, dianggarkan seramai 50,000 peserta Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang dan telah pun berada di Stadium Merdeka.

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat


Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat






Info asal: http://www.malaysiakini.com/news/218743
Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

13 Gambar Kenderaan JPJ Kena Bakar


13 Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar

13 Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar | Sebuah kenderaan JPJ dikatakan (belum disahkan) telah menyebabkan satu kemalangan yang membabitkan 10 buah kenderaan lain dan mengakibatkan kemarahan orang ramai sehingga membakar kereta rasmi JPJ tersebut.

Kenderaan Toyota Fortuner milik JPJ dinaiki oleh 3 pegawai bertugas yang sempat menyelamatkan diri dari disalahkan oleh orang ramai.

Kejadian berlaku berdekatan dengan Sekolah Menengah Methodist, Air Tawar, Perak. Pihak polis dilaporkan sedang menyiasat punca kemalangan.

Gambar Dan Video Kenderaan JPJ  Kena Bakar

Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar

Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar



13 Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar



13 Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar





Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar




13 Gambar Kenderaan JPJ  Kena Bakar
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112

on 11 Januari 2013

27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112

27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112 | Berikut dibawah adalah 27 syarat2 yang telah dipersetujui penganjur 27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112 bersama pihak polis untuk perhimpunan yang dijangka berlaku esok.

Antara 27 syarat yang telah dipersetujui pihak polis dan penganjur adalah:

1. Pihak penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian himpunan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain

2.  Penganjur dan peserta perhimpunan tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam

3.  Penganjur hendaklah memastikan dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis

4.  Penganjur dan peserta juga hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam

5.  Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau kerosakan kepada harta atau alam sekitar

6.  Penganjur dan peserta juga hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya

7.  Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan

8.  Penganjur juga mesti lah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang ditetapkan

9.  Penganjur mestilah mematuhi cara perhimpunan yang ditetapkan di bawah Akta 736

10. Penganjur dan peserta himpunan dikehendaki patuh kepada semua arahan yang diberikan oleh pihak polis pada setiap masa bagi menentukan suasana perhimpunan menjadi aman dan keadaan keselamatan orang serta semua peserta himpunan yang mempunyai kepentingan terjamin

11.  Penganjur dan peserta juga hendaklah menahan diri daripada melakukan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya perhimpunan

12.  Penganjur dan peserta dikehendaki menentukan tidak berlaku sebarang perbuatan khianat atau bencana ke atas harta semasa perhimpunan

13.  Membawa senjata atau barang-barang yang boleh memudaratkan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan dan menyebabkan kecederaan kepada orang awam, atau kerosakan kepada harta juga turut dilarang di samping memastikan penganjur dan peserta berhimpun secara aman

14.  Pengajur juga hendaklah menentukan tiada protes jalanan

15.  Penganjur dan peserta perhimpunan juga dilarang mengganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalu lintas

16.  Syarat-syarat yang dikenakan termasuk juga penganjur mestilah menentukan semua peserta perhimpunan berada di dalam Stadium Merdeka semasa perhimpunan. Sebarang perhimpunan di tempat lain seperti masjid dan tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan

17.  Pengajur juga hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di atas bahu jalan, kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela

18.  Penganjur hendaklah melantik bilangan orang yang difikirkan perlu untuk membantu dalam mengatur kawalan keselamatan terhadap perhimpunan dan perarakan masuk ke tempat perhimpunan (Stadium Merdeka)

19.  Penganjur hendaklah memastikan para peserta pehimpunan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa berarak ke Stadium Merdeka

20.  Penganjur juga hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai dari tempat perhimpunan dalam keadaan teratur tanpa mengganggu keselamatan awam dan lalu lintas

21.  Penganjur juga dikehendaki memastikan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di bawa ke tempat perhimpunan

22.  Pengajur juga bertanggungjawab menentukan semua syarat dan ekartan yang telah dipersetujui dimaklum kepada semua peserta perhimpunan

23.  Pengajur juga hendaklah memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan

24.  Penganjur hendaklah menentukan semua pembesar suara dihala ke dalam stadium di sepanjang perhimpunan berlangsung

25. Penganjur juga hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk ke dalam stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana terma yang ditetapkan oleh pihak pemilik Stadium Merdeka iaitu "The Merdeka Heritage Trust" dan petugas-petugas yang dilantik oleh penganjur hendak lah memastikan had kapasiti muatan Stadium Merdeka ini dikekalkan dari permulaan hingga akhir perhimpunan

26. Jika berlaku limpahan dalam stadium, adalah menjadi tanggungjawab penganjur bagi menentukan kawalan dan keselamatan bagi setiap peserta

27.  Pengajur hendaklah menentukan plakad (placard), sepanduk dan kain rentang dipamerkan sewaktu peserta-peserta berjalan masuk stadium, sepanjang mereka berada di stadium dan sewaktu peserta-peserta berjalan keluar stadium apabila perhimpunan selesai mengikut syarat kedua



sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/himpunan-kl112-esok-wajib-patuh-27-syarat-1.120089



27 Syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013/ #KL112
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Atau #KL112 | Tanggal 12 Januari 2013, Sabtu ini, Pakatan Rakyat akan menanjurkan satu perhimpunan yang digelar "Himpunan Kebangkitan Rakyat" bertempat di Stadium Merdeka.

Tujuan perhimpunan. Antara misi dan visi yang telah dibangkitkan adalah kerana 8 perkara. Ianya adalah kesinambungan misi dan visi yang sama dari himpunan Bersih yang lepas.
  • Menuntut Pilihanraya yang Adil dan Bersih
  • Membebaskan Tahanan ISA
  • Memertabatkan Bahasa Ibunda
  • Menuntut Pendidikan Percuma
  • Menyelamatkan Kampung Warisan dan Tradisi
  • Menyelamatkan Alam Sekitar
  • Memulangkan Royalti Minyak Kelantan
  • Menyelamatkan Felda

Tempat Berkumpul Himpunan Kebangkitan Rakyat

Pihak penganjur telah menetapkan lapan tempat berkumpul (semuanya di sekitar Kuala Lumpur) yang akan mewakili setiap kumpulan dan badan bukan kerajaan (NGO) dan akan diketuai sekretariat penganjur sebelum berjalan secara aman menuju ke stadium.

1. Kumpulan Mahasiswa
Kumpulan itu akan berkumpul di Masjid Universiti Jalan Pantai dan diiringi aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan Safuan Anang serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

2. Kumpulan Parti Sosialis, Kartunis
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, aktivis Empower Maria Chin Abdullah, serta kartunis Zunar akan mengiringi penyokong himpunan yang akan bermula di Brickfields.

3. Kumpulan Felda Dan Kelantan
Di KLCC pula, NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan Gabungan Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan ‘R’ akan diketuai Pengerusi Anak Mazlan Aliman, Exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim.

4. Kumpulan ‘Selamatkan Jalan Sultan dan Kampung Warisan’ 
Kumpulan ini akan mula berjalan dari Jalan Sultan diiringi pengerusi Muafakat Ishak Surin serta Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai.

5. Kumpulan Wanita Pakatan Rakyat
Sementara di Pasar Seni, kumpulan Wanita Pakatan Rakyat akan diketuai Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Muda, Teresa Kok (DAP-Seputeh), serta Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

6. Kumpulan Hijau
Sementara itu, kumpulan hijau ‘Selamatkan Lynas’ yang diketuai pengerusinya Wong Tuck akan berkumpul dari Dataran Merdeka dan dibantu Exco Selangor Ronnie Liu.

7. Kumpulan Masjid Negara
Bagi warga kota dan penyokong yang mahu singgah menunaikan solat terlebih dahulu di Masjid Negara pula, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar).

8. Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia
Manakala Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharim akan mengetuai kumpulan itu bermula dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Hak Rakyat

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan adalah artikel yang menjamin kebebasan untuk berhimpun secara aman [ perlu benar2 didalam keadaan aman.- sefaham aku laa...] Antara syaratnya,
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.




# Bagi aku, semoga Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini berjalan dengan aman, tiada kekecohan dan kerugian keatas harta benda seperti yang telah berlaku seperti masa lepas.

Kerajaan nak atau tidak, aku rasa memang kena akur dengan tuntutan sebilangan hak rakyat untuk perhimpunan ini, apetah lagi PRU13 semakin hampir.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini juga akan diperhatikan oleh semua rakyat Malaysia, segala tindak tanduk peserta dan juga polis diambil kira. Mungkinkah perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menjadi cermin untuk PRU13 nanti? 




Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria


Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria

Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria | Kerana bosan dengan pekerjaan beliau sebagai pemandu lori dengan rutin memandu dari Osaka sehingga keTokyo atau Nagasaki, mengangkut beban tangki petrol, air bahkan coklat, Toshifumi Fujimoto akhirnya memutuskan untuk "bercuti" ke medan perang.

Fujimoto,45, lelaki berperawakan agak gempal ini mengambil risiko melalui detik-detik yang memacu adrenalin diri dengan melakukan perkara yang sangat luar biasa dalam hidupnya sebelum ini.

Lelaki ini adalah atau mungkin satu2nya "pelancong perang" di Syria.

Dengan tahap kebosanannya menjalani rutin sebagai pemandu segera hilang bahkan telah digantikan dengan hari-hari yang sangat menegangkan dengan "seru" pada bila-bila masa di jalan-jalan Syria di mana di negara itu adalah tempat dia dicabar ketika ini. Syria merupakan tempat baru Fujimoto yang mencabar setelah beliau melalui kawasan konflik lain di Timur Tengah.

Fokus utama Fujimoto adalah mengambil gambar dan merakam video sambil mengelakkan peluru yang mendatang tanpa belas kasihan.

Sebelum sampai ke Syria, tahun lalu Fujimoto telah berada di Yaman semasa demonstrasi rakyat yang berlaku di depan kedutaan besar AS di Kaherah Mesir, berikutan kejatuhan Presiden Husni Mubarak. Pada akhir tahun ini, Fujimoto merancang untuk menemui Mujahidin Taliban di Afghanistan.

Tetapi ketika ini, dia telah dua minggu (mungkin telah lebih atau telah pulang sewaktu artikel ini disiarkan) beliau menikmati pelancongan di bandar Aleppo, salah satu medan perang paling sengit di Syria, "bermain-main" bersama-sama para Mujahidin di bawah muzik terbaik iaitu dentuman bom dan tembakan.

Dengan memakai pakaian seragam ala tentera Jepun dan "bersenjatakan" kamera dan video, Fujimoto berada di hadapan medan tempur. Setiap pagi dia mendokumentasikan perang yang sedang berlangsung di salah sebuah bandar yang terbesar Syria itu.

Fujimoto, tidak mampu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Arab, beliau hanya boleh diwawancara dengan Google Translate sahaja.-satu sifat/contoh terbaik, bahasa bukan halangan untuk melakukan apa saja!

"Saya selalu pergi sendiri, kerana tidak ada pembantu pelancong yang mahu pergi ke medan perang ini. Ini sangat menarik, dan adrenalin terpacu tidak seperti biasanya," katanya dengan penuh bersemangat.

"Di Syria, lebih bahaya untuk menjadi wartawan daripada pelancong," katanya, sambil menggambarkan keadaaan itu. "Setiap pagi saya berjalan 200 meter untuk berada di barisan hadapan dan saya di sana berada di barisan tempur bersama para tentera Pembebasan Syria (FSA)."

"Ini membuat saya kagum, dan saya menikmatinya," katanya. Dalam suatu kesempatan, Fujimoto juga mengambil gambar para Mujahidin Syria yang sedang bertebaran di jalan-jalan sekitar bandar Aleppo.

"Kebanyakan orang mengira saya ini orang Cina, dan mereka menyapa saya dengan bahasa Cina," kata beliau sambil tersenyum.

Fujimoto, Pelancong Perang di Syria

Semasa pertempuran sedang sengit berlaku, dia mengambil kesempatan untuk mendokumentasikannya, namun jika situasi bahaya para Mujahidin memperingatkan para orang awam atau sesiapa yang bukan pejuang untuk beredar.

Namun dia sering mengabaikan peringatan itu dan tetap berusaha mengambil gambar yang kemudian akan dishare di Facebooknya. Dia tidak takut mati.

"Saya bukanlah sasaran para penembak tepat kerana saya adalah pelancong, tidak seperti kalian para wartawan," katanya kepada wartawan AFP. "Selain itu, Saya tidak takut sama ada mereka menembak saya atau mereka mungkin membunuh saya. Saya adalah kombinasi samurai dan kamikaze."

Fujimoto bahkan tidak menggunakan helmet atau jaket anti peluru sebagai pelindung.

"Itu sangat berat ketika digunakan untuk berlari dan lebih menyenangkan jika pergi ke kawasan pertempuran tanpa mengenakan apa-apa (pelindung). Selain itu, ketika mereka menembak itu sangat menyenangkan dan menarik."

Dalam foto-foto yang dishare di akaun Facebooknya, kelihatan dia sering bersama Mujahidin dan kanak-kanak Syria. Di antara fotonya menunjukkan dia sedang menembak bersama Mujahidin, namun tidak ada maklumat sama ada dia sedang belajar menembak atau turut sama dalam menembak pasukan rejim.

Fujimoto berkata bahawa majikannya tidak tahu dia sekarang berada di Syria. "Saya hanya memberitahu kepada mereka saya pergi ke Turki untuk bercuti. Jika saya mengatakan mereka yang sebenarnya, mereka akan mengatakan kepada saya bahawa saya benar-benar gila."

Mungkin ramai orang akan mengatakan dia gila, tetapi mereka itu tidak tahu bahawa pekerjaan dan kehidupan keluarga adalah akar kesedihannya yang membuat dia ingin mencari hidup baru.

Fujimoto telah bercerai dengan isterinya, dan berkatam"Saya tidak mempunyai keluarga, tidak ada teman, tidak ada teman wanita. Saya bersendirian dalam hidup ini."

Tetapi dia mempunyai tiga anak perempuan yang tidak pernah dia lihat selama lima tahun, "bahkan tidak di Facebook atau Internet, tidak ada. Dan itu adalah kesedihan saya yang mendalam," katanya sambil mengusap air matanya.

Fujimoto, rakyat Jepun Yang Prihatin di Syria

Sebab itulah dia membayar insurans nyawa dan "Saya berdoa setiap hari bahawa, jika sesuatu terjadi pada saya, anak-anak perempuanya mungkin akan mendapatkan wang insurans dan mampu hidup dengan selesa."

Fujimoto tidak pernah menjual gambar-gambar atau rakaman yang dia ambil selama dia melancong di medan perang ini. Dia telah menghabiskan wang hingga USD 2500 dari poket peribadinya untuk terbang ke Turki. Kemudian mengeluarkan USD 25 sehari untuk bayaran penginapan di sana.

Selama di Aleppo, dia telah pergi pelbagai medan tempur seperti di daerah Amariya, Salahuddin, Saif al-Dawlah, Izza. Walaupun dia senang mengambil gambar di tempat konflik ini dan menyebarkannya, tetapi ada gambar yang membuatnya terpaku dan berkaitan dalam fikirannya.

Ketika dia membuka fail di laptopnya, dia menunjukkan sebahagian tubuh anak perempuan kecil berumur 7 tahun mati di Saif al-Dawlah akibat ditembak oleh penembak tepat rejim. Dia membayangkan, betapa sedihnya kehilangan puteri yang dicintai.

"Saya sayang kepada kanak-kanak, tetapi Syria bukanlah tempat bagi mereka. Sebuah bom boleh meragut nyawa mereka bila-bila masa," katanya yang kemudian diajak oleh mujahidin untuk bergabung dengan mereka di Salahuddin dan akan turun ke jalan menuju tempat di mana bunyi tembakan terdengar untuk melanjutkan "cutinya" di mana dia boleh merasakan hidup yang lebih hidup.

Inilah Fujimoto, orang Jepun yang rela menghabiskan wang untuk pergi ke medan perang. Demi mencari kehidupan yang lebih hidup, melupakan segala kepenatan dan kesedihan dalam hidupnya. Tidak takut mati atau takut rugi harta.

Namun bagi seorang Muslim, medan Jihad bukanlah seperti filem aksi di Hollywood yang hanya untuk ditonton, atau "tempat pelancongan" yang hanya untuk "refreshing." Ada perniagaan sejati yang menggiurkan di sana yang ditawarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui . Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. " (Q.S As-Saff [61]: 10-12).

Maka tidak Tertarikkah dengan janji ini?

"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) dari pada Allah?" (Q.S An-Nisaa '[4]: 87)

-Sumber asal, edit by yastro.




# Seriusly, selama ini aku sendiri tidak pernah terfikir untuk kemedan perang seperti lelaki ini, walaupun hanya untuk mengambil gambar.

Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Isu Guna Nama Allah

on 10 Januari 2013

Isu Guna Nama Allah
Teun Castelein

Salam semua
Isu Guna Nama Allah | Kebelakangan ini isu guna nama Allah menjadi pertikaian politik antara kerajaan dan juga pembangkang. Masing2 memberikan hak dan dalil2 tertentu untuk menyatakan kebenaran, kes ini juga menarik perhatian Sultan Selangor dengan mengarahkan MAIS bertindak.

Sebagai salah seorang rakyat, aku hanya mampu melihat permainan kedua2 belah parti ini. Tidak terniat untuk masuk campur, namun penggunaan kalimah "ALLAH" keatas mana2 buku atau bible sememangnya aku rasa tidak sesuai sama sekali apatah lagi jika buku atau bible itu berbahasa melayu dan ditujukan khas buat melayu Malaysia.

Semalam juga menerusi akhbar kosmo, seorang artis yang bernama  Teun Castelein telah cuba mendaftar perkataan "ALLAH' sebagai hak dagangan beliau pada 29 Disember lalu. Alhamdulillah Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP)di The Hague telah menolak permohonan pendaftaran kalimah "ALLAH" oleh lelaki tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, lelaki tersebut dikatakan cuba membuat keuntungan dengan membuat produk dagangan seperti pakaian, kasut dan lain2 melalui dunia Islam.

"Ia adalah nama yang hebat," kata Castelein. "Saya terkejut bahawa tiada seorang pun telah memfailkan nama " Allah " kata beliau. "Saya hanya perlu membayar 250 euro dan kini saya bakal mempunyai jenama global. Sebenarnya Allah sebagai Tuhan dari Al-Quran untuk semua orang. "

Dalam pada itu, Castelein turut memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini. "Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya. Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.

Btw, kembali semula kepada kalimah "ALLAH" yang hendak digunakan oleh pemimpin DAP terutamanya dalam kitab bible, aku rasa pastinya ia adalah satu muslihat untuk menjadikan umat Islam sendiri terkeliru satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang impaknya tapi siapa tahu untuk 15 hingga 20 tahun lagi? Manakan sama "God Trinity" nak disamakan dengan "ALLAH".

update:  Menerusi Malaysia Kini, Majlis Gereja Malaysia (CCM) dikatakan tetap akan menggunakan kalimah "ALLAH". Turut bersetuju dengan pandangan CCM ialah Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allan dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.



http://www.malaysiakini.com/news/218535



Isu Guna Nama Allah
~Salam mesra dari yastro~
Tag : , ,

10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia

on 08 Januari 2013

10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia

10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia | Wow....10,000 tiket percuma dari AirAsia sempena Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

Sapa tak nak bukan, pergi dan balik cuma bayar airport tax sahaja manakala tambang dan surcaj bahan api kira free. Tapi...ada tapinya, sebab bukan semua lokasi yang dapat free....barang free mesti la ada syarat2nya jugak kan...:D

Bagi mereka yang inginkan peluang ini, tiket 10,000 Program Integrasi 1Malaysia  ini termasuk bagi tambang pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Satu lagi, tiket percuma AirAsia ini hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Selain itu, kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain tidak termasuk dalam program 10,000 tiket percuma ni yerr...yang tu kena bayar...he3x!!!



# Masa tu pendek sangat laa.....sampai 14 Feb ni jerr...iskkk...iskkk, klau tak mau aku rembat jugak.



10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia
~Salam mesra dari yastro~
Tag : , ,

Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Malaysia?

on 07 Januari 2013

Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Malaysia?
Kelajuan ribut Sonamu yang semakin menurun
Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Malaysia? Mengikut ramalan dari Jabatan Meterologi Malaysia, satu ribut tropika (Sonamu) yang dikesan dijangka akan berlaku di negeri pantai timur terutamanya Terengganu.

Kedudukan terkini ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.7 U dan Longitud 108.4 T, pada jam 8:00 pagi 7 Januari 2013, kira-kira 592 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu

Permulaan ribut Sonamu ini dijangka bermula pada 8 Jan 2013 pada jam 7.00 petang dengan hujan lebat peringkat kuning selama beberapa hari.

Antara kawasan yang dijangka dilanda ribut tropika Sonamu ini ialah di kawasan timur laut Dungun, Terengganu. Para penduduk dan nelayan dinasihatkan untuk tidak turun ke laut bermula 8 January 2013 ini.

Menurut Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Metereologi Malaysia, Mohd Helmi Abdullah, ribut Sonamu itu akan menjadi perlahan (namun tetap berbahaya) ketika menghampiri pantai timur Malaysia.

Antara negeri lain yang dijangka turut merasai tempias ribut Sonamu ini ialah Kelantan, Pahang dan Johor.

Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Malaysia




# Menurut info, ribut Sonamu yang melanda Filipina telah menyebabkan negara tersebut kehilangan beberapa nyawa dan 500 orang dikatakan telah kehilangan tempat tinggal.




Ribut Tropika Sonamu Akan Melanda Malaysia?
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Perginya Seorang Pahlawan - Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia

on 04 Januari 2013



Perginya Seorang Pahlawan - Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia ! Salam semua sahabat, semalam berita mengenai seorang pahlawan negara iaitu Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau telah pun meninggal dunia dipercayai serangan jantung. di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini pada pukul 1.45 pagi semalam akibat serangan jantung.


Sebelum kejadian itu, Kanang telah dikatakan mengalami sesak nafas dan rebah serta tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Sungai Apong kira-kira pukul 12 tengah malam semalam.
Kanang Anak Langkau Meninggal Dunia

Jenazah Kanang dijangka akan disemadikan di Makam Pahlawan di Sarawak pada hari Ahad ini.
Kanang merupakan satu-satunya anggota tentera yang menerima dua pingat keberanian tertinggi negara iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Panglima Gagah Berani ketika masih hidup. Takziah dari yastro buat keluarga beliau.

Kanang Anak Langkau | 'Agi Hidup Agi Ngelaban'

Tag : ,

Tanah Runtuh - Banglo Milik Menteri Kabinet Bakal Diroboh!

on 01 Januari 2013

Tanah Runtuh - Banglo Milik Menteri Kabinet Bakal Diroboh

Tanah Runtuh - Banglo Milik Menteri Kabinet Bakal Diroboh! Dua buah banglo milik bekas Menteri Kabinet iaitu Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique bakal diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Sebelum ini, tertanya juga milik siapakha rumah2 mewah yang terkena amukan alam sekitar ini hinggakan TPM pun turut melakukan ziarah. Rupa-rupanya rumah pak2 menteri jugak...hurm.

Dalam pada itu, tujuh buah rumah yang lain juga bakal manjadi mangsa dan masih berada didalam pertimbangan pihak berkuasa. Bagaimanapun semuanya bergantung pada pergerakan tanah tersebut.

Namun, bagi aku, memang elok pindah dah pun, bila tanah tu dah start runtuh, memang dah tak selamat lagi nak duduk atau tinggal kat situ lagi dah...bahaya sesangat. Btw, boleh la cari bukit2 lain buat perumahan baru lak. Upsszzzz....apa la aku ni....hasad dengki la nieeee....Adiozzz...






Tanah Runtuh - Banglo Milik Menteri Kabinet Bakal Diroboh!
~Salam mesra dari yastro~



Tag :

2013 Azam Lama Tak Kesampaian, Azam Baru Menjelma!

on 30 Disember 2012

2013 Azam Lama Tak Kesampaian, Azam Baru Menjelma!

2013 Azam Lama Tak Kesampaian, Azam Baru Menjelma! Hehehe....welkam...welkam...hanya tinggal beberapa hari saja lagi kalendar ongputeh nak ditutup. Kini dengan tahun ongputeh yang baru, azam baru pun menjelma. Errr...ade ke??

Aku tak tahu la korang camne, tapi bagi diri aku, aku tak pernah pun buat azam pun pada setiap kali masuknya tahun baru. Cuma yang aku harapkan ialah kehidupan yang lebih baik dari sebelum nih. Tapi biasanya cuma takat terniat dalam hati saja laa.-dasar pemaleh!

Mungkin selepas ni, untuk 2013 ni aku akan cuba buat sesuatu. Mungkin lebih aktif dlam blog ataupun cuba menceburkan diri dengan lebih serius dalam bidang perniagaan, terutamanya perniagaan online.

Sebenarnya, sebelum ni aku pernah juga buat secara sambilan perniagaan online, masyuk juga laa sikit2 pun...tapi tu laa...paling leceh klau bisness online ni nak pergi ke pejabat pos. Pas tu nak bahagi masa kerja (opis hour) dan juga personal business...adoii...memang renyah laa...tapi tu la, mana ada orang boleh berjaya tanpa usaha. Fakta tue...

So buat masa ni, aku stop dulu bisness online aku tu, modal dan untung yg aku keluar dulu pun patutnya kena simpan, tapi dah perabih digunakan buat mende lain...he3x!- tak de disiplin betoi laa, camne nak berjaya nih! La ni aku tengah usha2 bisness untuk bisness online yang lain, banyak gak yang jumpa tapi aku nak cari/pilih mana yang betul2 bagus, kalau tak modal tah kemana untung wassalam...hehehe.

Gamaknya tu je la kot...korang lak camne? Ada azam baru jugak ker? Meh share sikit....kot2 aku leh join...:)


2013 Azam Lama Tak Kesampaian, Azam Baru Menjelma!
~Salam mesra dari yastro~



Tag :

AL FATIHAH - BAPA CHEF WAN MENINGGAL DUNIA

on 11 Disember 2012

AL FATIHAH - BAPA CHEF WAN MENINGGAL DUNIA ! Takziah di ucapkan kepada Chef Wan dan keluarga diatas pemergian arwah bapanya Ismail Md Nor @ Rahman pada petang tadi. Semoga tabah menghadapi dugaan dariNYA.


ALFATIHAH - BAPA CHEF WAN MENINGGAL DUNIA


Maklumat ini aku ketahui menerusi seorang rakan di Facebook siang tadi, rumah beliau dengan rumah Chef Wan tu hanya bersebelahan sahaja di Sg Koyan, Kuala Lipis. Difahamkan (info rakan lagi) jenazah arwah akan dikebumikan pada hari esok.


ALFATIHAH - BAPA CHEF WAN MENINGGAL DUNIA


Sebenarnya rasa serba salah juga, antara nak dan tak nak aku buat post diblog ini. Tapi, aku harap keputusan akhir aku ni tidak menjadi satu kesalahan kepada rakan dan keluarga allahyarham. 

Apapun, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. 

Al Fatihah.



~Salam mesra dari yastro~
Tag :

[VIDEO & GAMBAR] ADAM ADLI KENA TUMBUK - ISU KG KERINCHI

on 04 April 2012


Video Adam Adli dan gambarnya kena tumbuk ada dibawah ni. Semuanya berpunca kerana kehadiran beliau bertiga [geng mahasiswa UPSI] di Flat PKNS Kampung Kerinchi [Bangsar South]. Ianya telah menimbulkan kemarahan sekumpulan penduduk yang telah berpindah ke tempat lain. Proses pengosongan Flat Kerinchi ini dijadualkan dibuat awal pagi tadi, namun masih mendapat bantahan daripada 34 orang penduduk yang enggan berpindah atas sebab tertentu. Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai agar dapat membuat persediaan untuk berpindah. Turut berada di lokasi ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyokong permintaan  penduduk yang mahu terus tinggal di kawasan tersebut. Aku pun sebenarnya kurang jelas tentang isu ini, namun dari pembacaan aku, antaranya...

  • Ada di kalangan penduduk berkenaan masih belum menerima kunci untuk rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong untuk menggantikan rumah mereka yang akan dirobohkan. 
  • Terdapat juga keluarga yang mendapati nama mereka masih tidak terdapat dalam rekod DBKL untuk kemudahan perumahan di PPR Muhibbah, katanya. Oleh sebab itu, seramai 34 penduduk terlibat memerlukan masa untuk berpindah dan berunding untuk membolehkan mereka tinggal di situ sehingga 1 Julai.
  • "Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak (menduduki peperiksaan) SPM tahun ini," katanya lagi dalam sidang media di perkarangan pangsapuri tersebut hari ini.

Melalui beberapa komen pembaca...

  1. "Mustahil mereka hanya tahu tentang pengosongan rumah tersebut dalam tempuh 2 minggu... dan kalau betul lah... berita ini memang agak zalim.. maaf aku cakap begitu... nak suruh pindah rumah dalam tempuh 2 minggu memang agak tidak logik..."
  2. "34 keluarga ini...ada yg jenis bertangguh, ada yg nama mereka tiada dalam penempatan baru...Lepas penumbuk dilepaskan..mampu pula tetiba pindah dalam seminggu...Malas la nak detailkan siapa di kalangan 34 tu..nanti dikatakan unsur parti politik haha"
  3. Saya cukup terkilan sebenarnya dengan budak ni. Saya ni batch ke-3 UPSI. Dengan prasarana yang serba kekurangan suatu ketika dulu sehinggalah tersergam bangunan gah UPSI bermatlamat melahirkan insan guru yg cemerlang, gemilang & terbilang sehinggalah mendapat ranking ke-19 Universiti di M'sia & 2993 di dunia. Dia tak fikir semua tu. Kerajaan masih bagi dia peluang untuk berfikir sepanjang dia dicuti a.k.a direhatkan. Cuti atau rehat yg diberi tu diharap dia fikir le semula betul ke salah tindakan dia selama ini. Bukan dok sibuk ke hulu ke hilir pikul sepanduk... terpekik terlolong tunjukkan ketidakmatangan diri... Lebih baik dia cuba fikirkan macamana nanti bila dah bekerja nak cari rezeki bantu mak ayah yang selama 22 tahun membesarkan dia. Awak tu mengundi pn belum lagi dok sibuk pasal hal-hal yang tak sepatutnya awak fikirkan. Allah bagi akal suruh fikir. Allah bagi nafsu suruh kawal. Fikir guna akal sambil kawal nafsu nescaya kita lebih mulia dari malaikat di sisi Allah SWT.
    Video dan gambar yang seterusnya ada dibawah nih.





# Sumber - Sinar harian, freemalaysiatoday, Malaysia Kini
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved