Memaparkan catatan dengan label Malaysian Army. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysian Army. Papar semua catatan

Kisah Lanun Menyerang Semporna

on 03 Jun 2013

Kisah Lanun Menyerang Semporna | Satu catatan sejarah yang telah menjadi kenangan. Semoga ianya menjadi tauladan kepada pihak berkenaan.

Kisah Lanun Menyerang Semporna

CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA SABAH (29/4/1954)

Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi ' gagap ' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.




Sources : Berita Bukit Aman, 1983.

Tag : ,

GAMBAR KD SIPADAN @ KD SRI SARAWAK - DALAM KENANGAN

on 29 Mac 2012

KD_SIPADAN_KD_SRI_SARAWAK

Pada mulanya TLDM menempah 6 buah bot ronda…KD Sri Kedah, KD Sri Selangor, KD Sri Perak, KD Sri Pahang, KD Sri Kelantan dan KD Sri Terengganu. Bot-bot ronda ini dikenali sebagai Kedah Class berasaskan nama bot pertama.
‘Batch’ kedua bot ronda yang dikenali sebagai ‘Sabah Class’ bermula dengan KD Sri Sabah P3144 (gambar atas), KD Sri Serawak P3145, KD Sri Negeri Sembilan P3146 dan berakhir dengan KD Sri Melaka P3147.
Apa beza antara Kedah Class dan Sabah Class?
Dari segi fisikal…’Radar Scanner’ lebih nipis kerana bot ronda Sabah Class dilengkapi dengan ’fully transistorised radar’ model Decca TM616. Manakala 14 buah ‘porthole’ atau ‘scuttle’ sebelah kiri dan kanan sudah tiada. Apa bendanya ‘porthole’?- 
  http://utuhpaloi.com/2010/11/23/bot-ronda-tldm-era-60an/


Krew APMM di atas KD SIPADAN
Sejarah Yang Tidak Boleh Dilupakan

Pada 1993, Jalil sekali lagi diderafkan ke Kapal Ronda tetapi kali ini  di Skuadron PC 14 KD SRI SARAWAK (KDSS) (PC Kelas Sabah).yang berpangkalan di Tanjong Gelang Kuantan.  Tugas hakiki beliau di tempat baru ini masih lagi sebagai anggota meriam 40/70mm dan lain-lain persenjataan dalam kapal.  Sebagai anggota  senior dalam kalangan PPP, beliau tidak boleh lari dari memikul tanggung jawab sekunder di mana selain menjadi anggota Tim Mendarat (Landing Party) Jalil juga adalah seorang anggota Tim Menggeledah (Boarding Party) yang proaktif.  Selain beliau, ada beberapa orang lagi rakannya yang mewakili bahagian teknikal, komunikasi yang melengkapkan kekuatan Tim Menggeledah.  Namun begitu dalam sesuatu misi penggeledahan tidak semua kekuatan Tim Menggeledah ditugaskan kerana setiap operasi akan dinilai terlebih dahulu oleh pemerintah yang mana dalam kalangan mereka boleh dipecahkan kepada beberapa Tim Kecil bergantung kepada kekuatan ‘musuh’ yang bakal dikendalikan.- 
 http://pak-mail.blogspot.com/2012/03/wira-tldm-yang-tak-didendang.html



Sebuah permulaan pasti akan ada satu pengakhirannya, sama ada manusia, haiwan atau barang yang tak bernyawa sekalipun, ianya sudah menjadi ketetapan dan lumrah alam. Begitulah yang terjadi dengan sebuah kapal peronda milik APPM yang dulunya adalah milik TLDM. Penuh nostalgia dan juga kenangan pahit manis buat mereka yang pernah berkhidmat diatasnya. Dilambung ombak ganas Laut China Selatan, di uji oleh nelayan asing..semuanya tidak pernah mematahkan semangat para pejuang negara yang pernah berkhidmat di kapal KD SRI SARAWAK satu ketika dahulu.

Sedikit info KD SIPADAN @ KD SRI SARAWAK
Dikenali dengan nama KD SIPADAN dengan nombor penant  3131, KD SRI SIPADAN@ KD SRI SARAWAK ini adalah terdiri dari jenis bot "PC CRAFT" yang mana aku rasa agak kecil juga. Saiznya yang kecil ini mengingatkan aku dengan bot pemancing yang yang selalu aku naik di perairan Terengganu. Mungkin saiz Pc Craft "Sabah Class" ni cuma besar sikit je dari bot pemancing tersebut [rasa aku laa]. Kedah Class dan Sabah Class adalah dua kategori yang berbeza, biarpun rupa bentuk kapal itu hampir sama secara keseluruhannya............. 




Petikan dari Kosmo:
1. Selepas sekian lama berbakti sebagai sebuah kapal perang dan peronda bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, Kapal Maritim (KM) Sipadan akhirnya bersemadi di kawasan taman laut Pulau Tioman, Pahang semalam.
2. Kapal KM Sipadan merupakan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1964 dengan nama KD Sri Sarawak sebelum diserahkan kepada pasukan Maritim Malaysia pada 2005.
3. Khidmat kapal berusia 48 tahun itu berakhir dalam masa 40 minit setelah ditenggelamkan untuk dijadikan sebuah tukun rekreasi.
4. Ketua Maritim Daerah Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, kapal tersebut didapati tidak lagi sesuai digunakan berikutan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.Katanya, peristiwa itu pula merupakan satu detik bersejarah kerana pertama kali sebuah kapal perang negara ditenggelamkan bagi menambahkan lagi kawasan biodiversiti marin di Pulau Tioman.
Kd Sri Melaka.. 3147? - Kalau salah tolong perbetulkan
# ALfathiah buat allayarham LK1 PPP Al Haimi Alip yang "hilang" dilautan ketika tragedi yang berlaku berdekatan dengan Pulau Kapas, [ketika itu allahyarham berkhidmat di kapal KD SRI SARAWAK] semuanya kerana awak2 Bot Pukat Tunda Thailand... [Sila sambung pembacaan di Pak Mail blogspot, link ada diatas]

http://malfianm.multiply.com/journal/item/198/REGISTER_OF_RMN_DECOMMISSIONED_SHIPS_Part_3

http://antoniobargados.blogspot.com/2010/05/km-sipadan.html

Sumber - Berita Harian,Kosmo,The star
Tag :

MALAYSIA TAMBAH "BOM HUJAN" ASTROSS II - ATM BERTAMBAH BISA

on 07 Mac 2012

MALAYSIA+TAMBAH+BOM+HUJAN ASTROSS+II+ATM+BERTAMBAH+Bisa

Terbaca KosmoOnline hari ini...pehh!! Berita gembira buat peminat ketenteraan di Malaysia kerana Malaysia dikatakan akan mendapatkan 18u 'bom hujan", Astross II..jadi ATM semakin bertambah bisa. Hanya peminat ketenteraan je yang akan baca sampai habis entri nih...hehehe


KUALA LUMPUR – Tentera Darat (TD) bakal memiliki satu lagi rejimen sistem pelancar roket berganda (SPRB) jenis Astros II buatan Brazil tidak lama lagi bagi menggandakan kuasa tempur negara.Sebanyak 18 unit SPRB Astross II akan dibeli bagi melengkapkan kekuatan Briged Artileri Roket yang ketika ini mempunyai dua rejimen roket jenis yang sama dan sebuah rejimen artileri pengesan. Rejimen baharu SPRB Astross II itu nanti dijangka ditempatkan di Sabah.

Difahamkan, pembelian aset terbaharu itu telah dipersetujui Tentera Darat (TD) menerusi belanjawan pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Sumber memberitahu, kontrak perolehan akan dimeterai antara Kementerian Pertahanan dengan pembekalnya pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2012 di sini pada April ini.

“Pembelian ini adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang TD bagi memperkukuhkan kuasa tempur khasnya, Briged Roket. “Ia juga merupakan strategi bagi memperkasakan sistem pertahanan darat dengan adanya dua rejimen roket di Semenanjung dan di Sabah atau Sarawak,” ujar sumber tersebut di sini semalam.

Aku cuba google kelebihan Astross II buatan Brazil ini...

Astross II: Kuasa membunuh digeruni musuh


PERANG Hizbullah-Israel pada 2006 membuka mata semua pihak tentang berkesannya Sistem Pelancar Roket Berganda (MLRS) sebagai senjata strategik yang ampuh. Senjata tersebut bukan sahaja mampu mempengaruhi tempo peperangan tetapi juga meninggalkan kesan psikologi menggerunkan berikutan skala kuasa pembunuhnya yang sukar disekat.

Perang 34 hari itu, menyaksikan ratusan roket Katyusha yang hanya menggunakan teknologi era Perang Dunia Kedua ditembak ke bumi Israel tanpa dapat ditangkis oleh rejim Yahudi walaupun dunia mengakui kekuatan ketenteraan dan payung perlindungan udara negara haram tersebut merupakan antara terkuat dan tercanggih di dunia.

Malah, dalam tempoh 48 jam selepas perang tercetus, sebanyak 130 roket jenis itu membedil hampir seluruh ceruk bandar yang bersempadan dengan Lebanon, membunuh 39 penduduk awam Yahudi manakala ratusan lagi cedera sehingga memaksa rejim itu melaksanakan pelan kecemasan terhadap warganya. Kesan kemusnahan hasil serangan balas yang tidak terduga itu, menyebabkan Israel terpaksa berundur daripada terus mengasak Hizbullah kerana pada masa yang sama negara Yahudi itu turut kehilangan seramai 119 tentera akibat dibedil menggunakan Katyusha selain senjata anti kereta kebal serta diserang hendap.

Mengambil iktibar daripada keberkesanan sistem MLRS yang digunakan Hizbullah, maka pada 3 Julai tahun lalu, Tentera Darat (TD) Malaysia secara rasminya menubuhkan sebuah Briged Artileri Roket yang mengoperasikan 36 unit MLRS, Avibras Astross II buatan Brazil. Astross II sebenarnya telah terbukti berkesan membantu Iraq semasa menghadapi serangan bertali arus tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Teluk 1991.

Briged tersebut ditubuhkan selepas TD menggabungkan Rejimen Artileri Diraja (RAD) 51 dan 52, iaitu rejimen yang bertanggungjawab mengoperasikan sistem Astross II dengan 53 RAD yang mengoperasikan radar Arthur bagi tujuan mengesan kedudukan musuh secara tepat setiap kali sebelum dan selepas tembakan dibuat.

Gandingan Astross II dengan radar Arthur meletakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sebuah angkatan yang mempunyai sistem artileri paling ampuh dan digeruni di rantau ini. Ini kerana Astross II yang diberi gelaran Keris oleh ATM memiliki kepelbagaian variasi roket iaitu daripada jenis SS-09 yang digunakan bagi tujuan latihan dengan jarak 11 kilometer (km), SS-30 (35 km), SS-40 (48 km), SS-60 (65 km) sehinggalah roket yang menjadi taring utama TD pada hari ini iaitu SS-80 (90 km).

Berbeza dengan Katyusha yang dicipta pada era Perang Dunia Kedua, roket SS-60 dan SS-80 dengan saiz kaliber 300 milimeter (mm) mempunyai kuasa membunuh yang lebih jitu iaitu setiap satu roket mampu memusnahkan secara total kawasan seluas empat padang bola sepak.

Manakala satu rejimen lengkap sistem itu dipercayai berupaya memusnahkan kawasan seluas 60 hektar dengan hanya sekali tembak secara berturut-turut roket jenis SS-60 dan SS-80 (setiap satu unit Astross mampu melancarkan empat roket berkaliber 300mm serentak). Kemusnahan secara menyeluruh itu berlaku kerana setiap roket tersebut dimuatkan dengan kepala peledak pembawa kargo yang dikenali sebagai Dual Purpose Cargo Improved Munitions (DPCIM).

Setiap DPCIM pula boleh membawa sehingga 64 bom berangkai atau submunisi daripada pelbagai kategori termasuk peledak jenis letupan kuat (HE) sama ada bagi tujuan anti material atau anti landasan terbang. Bagi peledak letupan kuat anti landasan terbang, setiap bom berangkai mengandungi peledak kepala jenis fius tertunda bagi merobek landasan konkrit sedalam 0.5 meter.

Ia bermakna hanya sebutir peluru SS-80 dengan DPCIM secara teorinya sudah mampu untuk melumpuhkan keupayaan taktikal sesebuah pangkalan udara musuh. Pada masa yang sama, roket SS-80 juga boleh digunakan bagi tujuan menyerang kapal. Dalam hal ini, jika Keris dioperasikan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, ATM mampu menutup terus laluan Selat Melaka.

Astross II (Keris)

Mula memasuki perkhidmatan TD pada 13 Mac 2002. Sebenarnya keputusan kerajaan membeli 18 unit pelancar Astross II (tidak termasuk kenderaan sokongan) dengan kos berjumlah RM791.92 juta, menjadi perdebatan pihak asing khususnya mereka yang tidak senang melihat proses pemodenan ATM.

Ini kerana pembelian itu menandakan buat pertama kalinya TD memiliki sebuah sistem persenjataan ofensif jarak jauh yang mampu menyerang musuh melebihi jarak 50 km berbanding keupayaan meriam medan FH-70 dan meriam howitzer 105 milimeter (mm) yang menjadi taring utama rejimen artileri bagi mempertahankan negara sebelum perolehan Keris dibuat. Kebimbangan pihak asing itu berasas kerana Astross II didatangkan sekali dengan sejumlah 1,000 roket jenis SS-30, 224 buah roket SS-60 dan 576 unit roket SS-80 yang merupakan sebahagian daripada kontrak pembelian tersebut.

Kemudian, pada tahun 2006, iaitu selepas empat tahun TD mengoperasikan Astross II, Kementerian Pertahanan membuat pembelian susulan 18 unit lagi (juga tidak termasuk kenderaan sokongan) pelancar Astross II bagi menjayakan hasrat ATM untuk menubuhkan sekurang-kurangnya dua buah rejimen Keris.

Namun, sesuai dengan perkembangan semasa, TD mengambil langkah lebih ke hadapan apabila menubuhkan Briged Artileri Roket dengan diketuai Brigadier Jeneral Razali Mohd. Regen bagi memantapkan lagi inventori tempurnya. Kemajuan ATM itu menyaksikan Singapura membeli sistem MLRS jenis Himars, buatan AS tetapi pada harga yang jauh lebih mahal daripada Keris.

Mengulas penubuhan itu, Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menegaskan, pasukan itu relevan dan sejajar dengan keperluan strategik pemerintahan Medan TD yang memerlukan satu platform bagi menggandakan kuasa tembak sedia ada.

"Berbeza dengan unit artileri medan, Astross II menyediakan tembakan berselerak (mass) dengan kesan kemusnahan besar sekali gus meningkatkan kuasa tempur TD di medan perang.

"Oleh itu dengan adanya briged roket yang berpangkalan di Kem Gemas, bantuan tembakan dapat dikoordinasi dengan lebih baik, jitu serta berkesan," katanya baru-baru ini.
Pendapat itu turut disokong oleh penganalisis pertahanan yang juga Pengarang Majalah Tempur, Muhammad Fuad Mat Noor kerana katanya, Keris sebenarnya tergolong dalam senjata yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Jelasnya, dengan kemampuan itu, pemilikan Keris oleh TD membolehkan ATM mengatur corak peperangan jika konflik tercetus sama ada bagi tujuan menyerang atau bertahan. Tambahnya, dengan setiap satu roket mengandungi puluhan bom berangkai ia mampu memusnahkan kawasan yang luas kerana corak serangannya adalah bertubi-tubi sehingga tidak mungkin senjata itu mampu ditangkis oleh pihak musuh.

"Astross II adalah senjata strategik yang sangat digeruni kerana corak serangan dan kuasa pemusnahnya. Apatah lagi sistem ini turut memiliki kemampuan mobiliti yang mantap bagi membolehkan ia melarikan diri sebaik sahaja serangan dilepaskan

"Keupayaan mobiliti ini mampu mengelakkan Keris daripada dimusnahkan oleh pesawat musuh dan taktik tembak kemudian lari lebih berkesan dalam persekitaran hutan tropika di negara ini.

"Lebih menakutkan, sistem ini juga mampu ditingkat upaya melalui penggunaan roket pintar yang boleh dipandu bagi meningkatkan lagi jarak serta ketepatan serangan," katanya.

Kesimpulannya, pembelian sistem roket Astros II membuktikan perancang pertahanan negara mengetahui kemampuan senjata itu untuk merobek titik kelemahan musuh khususnya negara yang terpaksa bergantung sepenuhnya pada kekuatan udara dan laut ekoran bentuk muka bumi yang tidak mengizinkan. Apatah lagi, terdapat laporan bahawa pengeluar Astross iaitu syarikat Avibras sudah pun menjual roket-roket termoden daripada jenis TM (Peluru Taktikal) sebagai sebahagian pakej pembelian susulan 18 unit oleh ATM.

Walaupun laporan tersebut gagal disahkan, sekiranya ia menjadi kenyataan, roket jenis itu mampu membunuh sasaran bersaiz kompeni atau seramai 200 tentera dari jarak 150 km. Maka, atas dasar itulah mudah untuk kita memahami kenapa Singapura begitu berminat untuk membeli sistem penangkis mortar dan roket yang dicipta oleh Israel. Tetapi dengan puluhan roket dilancarkan serentak dan ditambah pula dengan ribuan bom berangkai tiada sebarang sistem sebenarnya mampu menangkis ancaman MLRS dengan berkesan.- topix.


p/s: Dengarnya Astross II milik Malaysia dipasang dengan misile jarak jauh. Tapi betul ke? Apapun entri ini bukan nak melaga2kan mana-mana pihak yerr.!!! KEAMANAN ITU LEBIH BAIK DARI PEPERANGAN!!! Video demo tembakan Astross II dari  ATM ada dibawah.



Tag :

Smokey Bandit In Singapore Airshow 2012

on 14 Februari 2012


Buat kali pertama dalam 53 tahun, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar pasukan aerobatik udara ke Pertunjukan Udara Singapura. Lebih dikenali sebagai "Smokey Bandit", pesawat MiG-29N dari Skuadron 17 di Kuantan telah dijemput negara Singapura untuk mempamerkan manuver mereka pada pertunjukan udara yang akan diadakan di Pusat Pameran Changi pada 14 ~ 19 Febuari 2012.Smokey Bandit in Singapore Airshow 2012
MIG-29N-MKM-Smokey-Bandit
Kredit to - Azura Adnan
Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapura (RSAF) telah kerap terlibat dalam latihan dua hala dan pelbagai hala pada masa lalu tetapi ini adalah kali pertama MiG29s TUDM akan dikerahkan ke Singapura. "Smokey Bandit" akan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Lt Kol Mior Nor Badrishah Mohamad, callsign "Ghost", Ketua Latihan Kapten Mohd Azizi Musa "Skinner", Pegawai Eksekutif Mej Razali Ahmad Jumali "Vendor", Pegawai Keselamatan Skuadron Mej Nasruddin "Digi" Khalid, Mej Azri Ahmad "Adiq", Mej Balvinder ‘JACK’ Singh Bajwa dan  Kapt Tan ‘MUMBO’ Wei Han RMAF

Pilot-Smokey-Bandit-Mig29N
pic - Katsuhiko Tokunaga
Namun apa yang paling menarik kali ini ialah, sebuah pesawat "Smokey Bandit" telah diberi nafas baru dengan warna dan logo yang lebih menarik dibahagian ekor pesawat. Terbaik dari MIG-29N MKM.

Lt Col Mior Nor Badrishah ‘GHOST’ Mohamad RMAF
Commanding Officer – Smokey 1 (Leader)
Lt Col Mior Nor Badrishah ,41, is in his second tour in MiG-29N aerobatic team previously positioned at the right wing in 1997, 1998 and 1999; 2000 and 2001 (as Solo) team formerly known as Taufan Ganas and now returning to lead Smokey Bandits 2011/2012.  He currently flies the Blue Tail Jet as Smokey 1.

Capt Mohd Azizi ‘SKINNER’ Musa RMAF
Head of Training – Smokey 2 (Right Wing)
Capt Azizi, 34, is in his second season in MiG-29N aerobatic team and flies as No 2 on the right wing in the formation as Smokey 2 for the 2011/2012 team.  Capt Azizi joined the Air Force in June 1999, graduating from Air Force College in Alor Setar.  His excellent flying abilities has been proven since his flying school days when he emerged as Best Overall in his class and won Best Academic Trophy as well.

Maj Razali ‘VENDOR’ Ahmad Jumali RMAF
Executive Officer – Smokey 3 (Left Wing)
Maj Razali , 35, is in his second season in MiG-29N aerobatic team flying as Smokey 3 (Deputy Lead) on the left wing in the formation for the 2011/2012 team. Maj Razali entered the Air Force in June 1995, graduating from RMAF Cadet School in Kuala Lumpur.  During his basic flying school days, he showed great potential when he graduated top of his class and was awarded the ‘Best Overall Trophy’.

Maj Nasruddin ‘DIGI’ Khalid RMAF
Squadron Safety Officer – Smokey 4 (Slot)
Maj Nasruddin, 32, is in his second season in MiG-29N aerobatic team flying in the No 4 position as slot pilot (Smokey 4)  in the formation as for the 2011/2012 team. Maj Nasruddin joined the Air Force in June 1998, graduating from Air Force College in Alor Setar with Diploma in Mechanical Engineering (Aeronautics).  He has shown maturity in flying since the very beginning of his flying days when he outshined most of his colleague and finished top of his flying class before being selected for fighter conversion.

Maj Azri ‘ADIQ’ Hj Ahmad RMAF
Standards Officer – Smokey 5 (Solo)
Maj Azri , 34, is in his fourth season in MiG-29N aerobatic team fying in the No 5 position (Solo) in the formation as Smokey 5 for the 2011/2012 team.  He was previously positioned on the left wing during Petronas F1 Sepang Air Show in 2010 and was already performing as a solo during Langkawi International Maritime and Air Show (LIMA) 2009 and LIMA 2011.

Maj Balvinder ‘JACK’ Singh Bajwa  RMAF
Senior Engineering Officer/Commentator
Maj Balvinder Singh, 35, in his fifth season with the MiG-29N aerobatic team is the team’s Senior Engineer. He oversees nearly 170 maintainers and responsible for keeping the squadron’s fleet of MiG-29Ns combat and mission ready. Maj Balvinder joined the Air Force in June 1995 graduating from Malaysian Armed Forces Academy as the first batch of officers in 1999 with a Bachelors Degree in Mechanical Engineering.

Capt Tan ‘MUMBO’ Wei Han RMAF
Ground Safety/Engineering Officer
Capt Tan, 26, is in his second year with the team after joining in 2010. He has a Bachelors Degree in Aeronautical Engineering (First Class Honours). He assists the SENGO in managing the Smokey Bandits’ Technical Crew and ensuring ground safety aspects of aircraft operations at display sites.

Smokey+Bandit+IN+Singapore+Airshow+2012
Smokey Bandit In Singapore Airshow 2012

# Source -
Smokey Bandit F/B 
http://www.mmail.com.my/story/smokey-bandits-soar-singapore-skies
http://news.mylaunchpad.com.my/Home/Article?Key=1a3a98c2-fbe5-4825-b847-8420618aa205
Tag :

Pengganti KD Pari ~ Bila TLDM nak dapat kapal baru?

on 23 September 2011

Semalam masa aku merayau dalam internet, aku terjumpa kisah KD Pari (Penant No 3510) sebuah kapal jenis penyerang (kelas Jerung) yang dikatakan telah mengalami masaalah mekanikal semasa dalam perjalanan untuk membuat rondaan pada 15 September 2011 (khamis) lalu. Namun ada khabar2 angin mengatakan yang KD Pari sebenarnya dalam perjalanan untuk menyekat pencerobohan dari kapal PRC (People Repubilc of China) berdekatan dengan Pulau Layang-Layang. Sebenarnya aku baru je tau kisah ni...minggu lepas aku sibuk sikit menguruskan kereta (Tuah) yang nak masuk perarakan Hari Malaysia.

Kalau tak salah aku, KD Pari telah berusia lebih kurang 34 tahun (23 March 1977) berada didalam perkhidmatan TLDM. Banyak jugak sejarah KD Pari ni, antaranya yang aku jumpa ialah kisah derang merempit dengan KRI Rencong (TNI-AL 622), KRI Singa (TNI-AL 679) dan korvet KRI Wiratno(TNI-AL 879) yang bersempadan dengan Indonesia (Krisis Ambalat). Respek jugak aku, sebab walaupun dah berusia, masih lagi berupaya menunjukkan taringnya kepada kapal2 Indonesia tu. Apepun, berperang bukanlah jalan terbaik...masih banyak ruang untuk membicarakan soal ini.

Pada aku laa...patutnya kerajaan dah boleh pertimbangkan untuk pembelian baru .Namun satu Malaysia tahu masaalah bajet seringkali mengekang TLDM dalam perolehan kapal2 baru. Itu belum masuk dengan tentangan dari pembangkang dan juga kisah2 Jerung Perkasa. (Wallahualam)

Berikut dibawah adalah gambar2 KD Pari dan juga petikan berita mengenainya, dan juga mengenai kapal2 TLDM yang lain. Aku sangat berharap kerajaan menggantikan dengan segera kapal2 TLDM yang dah usang. Bukan setakat kapal yang berharga berjuta-juta ringgit je yang kita nak jaga...keselamatan petugas2 juga perlu diambil kira. Jangan sampai anak muda tak nak masuk TLDM atau mana2 cabang disebabkan peralatan yang agak berkarat udah lerr..

Tapi aku tau...ramai anak2 muda di Malaysia yang sedia bertugas dan berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta ini. Sememangnya perkara ini sudah terbukti...

Gambar KD Pari di jeti Pulau layang2..





KUALA LUMPUR – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pari separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada shaft kapal tersebut tertanggal.
Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.
Bagaimanapun, kesemua 9 pegawai dan 27 anak kapal jenis Fast Attack Craft-Gun itu terselamat.
Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Leftenan Komander Masliza Maaris dalam kenyataan di sini semalam berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu berjaya merapatkan kapal itu di Jeti Pulau Layang-layang.
“Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat daripada kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.


Berita dari NST.com;

KUALA LUMPUR: A Royal Malaysian Navy (RMN) vessel, in pursuit of a foreign ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday, was forced to abandon its operation after its engine room was flooded.
RMN chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said the crew of the Fast Attack Craft-Gun (FAC-G) vessel KD Pari heard a 'loud bang' soon after it had departed the island westward to pursue a China-flagged vessel, believed to be a frigate, spotted at Gugusan Semarang Peninjau in the South China Sea at 2.53pm.

"Initial investigations revealed that the KD Pari sustained a dislodged shaft, which connects the propeller to the engine, and the vessel turned back to its base.

"The professional action of KD Pari's 36 crew members, under the command of Lt-Cdr Abdul Hadi Abdul Malik, managed to steer the stricken vessel towards Pulau Layang Layang's jetty where it became partially submerged four hours later.
"After attempts by the crew to siphon out the fast in-flowing water with portable pumps failed, divers were called in to first seal the huge hole at the stern tube before using air-fillled 'lifting bags' to float the vessel."

He added a second RMN ship, the new-generation patrol vessel KD Pahang was immediately summoned to pursue the China-flagged ship and managed to "shoo it away" after efforts to communicate with it failed.

"A board of inquiry has been established to investigate the incident and assess the damage to KD Pari."

Damage to KD Pari, which reportedly underwent refurbishment in 2009 to the tune of RM12 million, is believed to be in the tens of millions of ringgit.

The assistance of the Royal Malaysian Air Force was also sought to despatch a CN-235 maritime patrol craft from Kota Kinabalu and a C-130 Hercules from Subang to Pulau Layang Layang to ferry additional technical crew and equipment to salvage KD Pari.

KD Pari, pennant number 3510, was built by Hong Leong-Lurssen at its Butterworth shipyard and commissioned on March 23, 1977.

It weighs 244 tonnes, is 44.9m x 7m x 2.5m, can sail at 32 knots and is manned by 36 crew members

The RMN also confirmed that another FAC-G vessel, KD Serang, sustained a small fire from a short-circuit on Aug 31 while minesweeper KD Todak was 'grounded' after a slight mishap with a floating object two months earlier.


Tag : ,

21 Ranjer Iban Kembali Ke Kampung Halaman

on 02 Ogos 2011

Sisa jenazah 21 Iban Trackers dibawa oleh pegawai ATM
Sesuatu yang didalam simpanan...harus aku lepaskan juga. Disebabkan masa tu aku agak sibuk, jadi akutaksempat nak "lepaskan" entri ni. Cuma sempat "tangkap" pas tu simpan dalam draft. Rasa terharu sebab pihak kerajaan sanggup membawa pulang kembali jenazah 21 anggota Iban Trackers ke kampung halaman mereka di Sarawak. Semoga pengorbanan mereka tidak disia2kan dan menjadi satu contoh tauladan buat generasi masa depan.


kredit kpd blog PGB Warrior
kredit kpd blog PGB Warrior

KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Pada Selasa 26 Julai, rasa sedih pasti menyelubungi bandar raya Kuching yang akan menyambut kepulangan wira anak bangsanya.

Pada hari itu, sisa rangka 21 wira pengesan jejak dan renjer Sarawak kaum Iban yang telah menggadaikan nyawa demi mempertahankan negara diterbangkan dari Kuala Lumpur ke ibu negeri Sarawak untuk dikebumikan semula, satu kemuncak usaha bertahun-tahun yang dilakukan untuk memindahkan kubur para pejuang itu.

Para pejuang negara ini terkorban semasa bertugas dalam pasukan tentera British pada zaman Darurat Malaya (1948-1960), yang diisytiharkan untuk menentang gerila komunis, di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Upacara traditional dijalankan sempena menyambut pahlawan

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerbangkan sisa rangka para wira berkenaan, yang diletakkan di dalam 21 tempayan atau tajau suci bagi masyarakat Iban, ke Kuching dalam satu operasi yang dinamakan "Mai Pulai", bahasa Iban bermaksud "bawa pulang", dan melibatkan beberapa agensi dan jabatan.

Sisa rangka berkenaan digali semula dari kubur asal di Alor Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat); Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji, Singapura (dua).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu berkata pesawat yang membawa tempayan berkenaan dijadual mendarat di pangkalan TUDM di Kuching pada pukul 12.30 tengah hari.

"Dari situ, tempayan-tempayan akan dibawa di Kem Satu Divisyen di sini untuk disimpan sebelum ia dihantar ke tapak perkuburan pada keesokan hari," katanya.

Jabu berkata satu acara khusus bagi menghormati para pejuang bangsa ini akan diadakan sebelum upacara pengkebumian semula diadakan di tanah perkuburan Gereja St Joseph di Kuching, berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua.

"Sarawak telah berusaha membawa pulang sisa rangka para pejuang ini sejak beberapa tahun lalu. Dan kini, hasrat anggota keluarga para pejuang berkenaan akhirnya menjadi kenyataan," kata beliau.

Satu operasi sebelum ini, yang dinamakan "Ngerapuh", dalam bahasa Iban bermaksud "memindahkan jasad mereka yang telah meninggal dunia" digerakkan selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan pedalaman Sarawak pada 23 Feb lepas. Najib berjanji akan membantu usaha memindahkan kubur wira berkenaan.

Di Sarawak, satu jawatankuasa peringkat negeri ditubuhkan bagi menguruskan Ops Mai Pulai, yang diketuai Timbalan Setiausaha Negeri II Datu Ose Murang.

Anggota jawatankuasa melibatkan pegawai ibu pejabat Satu Divisyen, Persatuan veteran Sarawak, Jabatan Protokol, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak dan Pejabat Ketua Menteri.

Jabu berkata lima pasukan dibentuk dengan tanggungjawab untuk membawa balik sisa-sisa jasad para pahlawan berkenaan dari Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

"Ini sangat bermakna, khususnya kepada para anggota keluarga yang terlibat terutama mereka yang kehilangan bapa, abang, adik atau orang tersayang," katanya dan menambah kata bahawa mereka kini mempunyai peluang untuk melihat kubur anggota keluarga di "kampung halaman" mereka.

Anggota kelima-lima pasukan bergerak ke lima kawasan berkenaan baru-baru ini untuk melakukan urusan terakhir membawa pulang sisa rangka para pejuang berkenaan.

Sebelum fasa terakhir operasi itu, satu upacara 'miring' diadakan sempena Ops Mai Pulai baru-baru ini di Pejabat Majlis Adat Istiadat di Jabatan Ketua Menteri di bangunan Binamas di Kuching memohon restu mendoakan kesejahteraan bagi simati dan kerja-kerja penggalian berjalan lancar.

Jabu berkata 21 tempayan yang dibawa ke Kuala Lumpur untuk menempatkan sisa rangka para wira pengesan jejak dan renjer. Turut diadakan adalah acara 'genselan' (penyembelihan khinzir atau ayam) bagi menghormati simati dan kawasan perkuburan.

Penggalian semula itu perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan adat istiadat tradisi dan kepercayaan dengan kerja-kerja penggalian, hanya dilakukan oleh mereka yang benar-benar suci dan mempunyai tangkal azimat, kata Jabu.

Lt Kol (bersara) Robert Rizal Abdullah, seorang daripada aktivis utama usaha-usaha penggalian berkata beliau memperoleh semangat untuk melakukan usaha berkenaan selepas membaca keluhan seorang wanita Sarawak mengenai kubur seorang pengesan jejak berbangsa Iban yang terbiar di tepi sebatang jalan raya di Alor Setar.

"Hati saya amat pedih ketika menatap gambar (kubur pengesan jejak yang terbiar) itu. Saya berjanji akan membawa perkara ini kepada pengetahuan pihak berkuasa tertinggi. Ia menjadi satu misi bagi saya," demikian tulisan Robert Rizal pada laman blognya (pgbwarrior/blogspot.com).

Dalam satu temu bual dengan Bernama kemudian, Robert Rizal, 61, seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam operasi berkenaan, berkata kubur di tepi jalan itu adalah milik Prebet Ungkok anak Jugam.

Ia dipindahkan ke tepi jalan di Km4, Jalan Langgar, Alor Setar, apabila lebuh raya dua lorong dibina di situ lebih satu dekad lepas, dengan nisan terletak di tengah-tengah lebuh raya berkenaan.

Kemudian, nisan itu dipindahkan ke tanah perkuburan Gereja St Michael di Alor Setar, pada April 2009.

Robert Rizal, yang sebelum ini dikenali sebagai Robert Madang Langi, ialah seorang pahlawan Iban dan merupakan penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kerana kehebatannya bertempur menentang pengganas komunis pada 1973. Beliau berkhidmat dalam pasukan tentera selama 25 tahun.

Beliau berkata ramai askar Iban memainkan peranan sebagai pengesan jejak untuk membantu pasukan tentera Komanwel dalam perang menentang pengganas komunis.

Robert Rizal berkata kumpulan pertama 49 pengesan jejak Dayak dihantar ke Malaya pada 8 Ogos 1948, enam minggu selepas pengisytiharan darurat dan kerajaan penjajah Sarawak ketika itu memberi maklum balas untuk membantu menentang komunis di Malaya. Mereka berkhidmat sebagai anggota trup di beberapa unit tentera selama tiga bulan secara kontrak.

Menjelang akhir 1952, terdapat 380 pengesan jejak Dayak berkhidmat di pelbagai unit tentera di Malaya. Mereka kemuduan dihimpunkan sebagai askar dalam dua platun dinamakan Renjer Sarawak pada 1953, dan kini dikenali sebagai Regimen Renjer Diraja.

"Dalam tempoh 12 tahun (1948-1960) berjuang, 21 daripadanya terkorban semasa bertugas dan 25 lagi cedera. Seorang daripada mereka Awang anak Rawing, hanya memperoleh anugerah George Cross (yang diberikan kerana semangat keberanian dan kepahlawanan) semasa zaman Darurat, anugerah masyarakat awam Victoria Cross yang setaraf dengan PGB.

Sebagai menghargai usaha dan sumbangannya, Robert Rizal (owner blog PGB Warrior) diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan ringkas pada istiadat pengkebumian semula sisa rangka para pejuang berkenaan pada Rabu.

Ditanya apakah yang akan beliau ucapkan, wira negara itu berkata beliau berharap dapat membacakan sebuah sajak yang ditulis khusus bagi upacara itu.

"Ia akan menjadi suatu detik yang amat menyentuh perasaan bagi kebanyakan kita tetapi apa yang saya mungkin nyatakan adalah, 'selepas 60 tahun dalam satu kehidupan abadi, anda (para 21 wira pengesan jejak dan renjer Sarawak kaum Iban) akhirnya kembali pulang ke kampung halaman untuk bersemadi'."

Senarai nama pejuang yang terlibat dlm misi pemindahan ini.
  • Ungkok Anak Jugam, 
  • FF/829 Jaweng Anak Jugah, 
  • 900506 Unggat Anak Ujom, 
  • 900172 Ugap Anak Utut, 
  • 900601 Letan Anak Kusing, 
  • 900665 Nyambik Anak Pasang, 
  • 900815 Kumpang Anak Tinggi, 
  • FF/253 Bulan Anak Kasau, 
  • FF/1254 Kelambu Anak Gadung, 
  • FF/575 Untang Anak Engan, 
  • Rejap Anak Bagi, 
  • FF/825 Entap Anak Tulu, 
  • FF/1083 Nyantau Anak Juna, 
  • Manit Anak Cheling, 
  • Nyaru Anak Talap, 
  • Mat Anak Akit, 
  • Empati Anak Dugu, 
  • Adrain Anak Tandang, 
  • BS Utot Anak Tanggang, 
  • 900557 Dampi Anak Berain 
  • 900441 Janggak Anak Ingkoi.
Kepulangan yg disambut dgn tangisan....


1. Sumber Bernama dan http://pgbwarrior.blogspot.com/2011/07/home-at-last-after-60-long-years.html
2. http://lamiafamilia-ajai62.blogspot.com/2011/07/rangka-21-pejuang-iban-kembali-ke-tanah.html
3. http://lapadeh.com/sudut-iban/21-iban-trackers-finally-home-dalam-operasi-mai-pulai/
4. http://www.theborneopost.com/2011/07/27/kepulangan-wira-disambut-pilu-kesemua-21-rangka-iban-trackers-dan-s%E2%80%99wak-rangers-disemadikan-pada-jam-4-petang-ini/
Tag :

Review Blog Komando Kodai Kopi [KKK]

on 01 Jun 2011

Aku ni memang jenis manusia yang minat tentang hal ketenteraan. Abih segala blog dan forum dalam Mesia ni aku godak, semata~mata untuk mencari info tentang kisah tentera kita. Tapi bila dah serius dalam blog ni, forum dah jarang aku jengah...bizi banget sampai ngalahkan pak menteri pulak...hahaha.

Banyak jugak la blog kisah tentera yang aku jumpa, ada yang masih dalam service dan ada yang sudah bersara. Godak..jgn tak godakkk yeoppp.....

Tapi aku paling minat blog bekas tentera sebab mereka dapat menceritakan pengalaman berharga mereka itu menerusi blog, biarpun terhad kerana masih terikat dengan akta OSA [Official Secret Acts], namun (pada aku) sedikit sebanyak kewujudan blog ex tentera mampu memberi sesuatu kelainan dan dorongan semangat kepada rakyat Malaysia khasnya dan kepada golongan muda mudi umumnya. Terutamanya kepada rakyat yang "ketagih" cerita dan kisah silam bekas tentera kita di suatu masa dulu. Contoh terdekat...aku laaa sapa lagii....

Antara blog yang pernah aku "hinggap" dan buat review  ialah Jootings Ex Nuripilot,Catatan Pak Mail, Utoh Paloi dan yang terbaru aku jumpa Komando Kodai Kopi. Itupun setelah Den Cdo sendiri yang datang ke blog aku ini. Korang jangan tak percaya, disebabkan "taksub"nya aku dengan cerita komando...hanya dengan satu malam...malam Jumaat yg lepas, habis khatam aku baca blog beliau.... A ~ sampai Z..hehehe..

Header Blog Komando Kodai Kopi

Blog ini dipunyai seseorang yang mahu dikenali sebagai  Den Cdo (aku andaikan Den Komando) seorang bekas komando yang memasuki askar sedari umur 18 tahun. Difahamkan beliau adalah seorang lepasan "siswa" dan yang paling menarik sekali beliau adalah antara graduan pertama yang berjaya mendapat bere hijau hanya dengan sekali cubaan. Kiranya pecah rekod la masa tu, sebab sebelum ni  "siswa" yang mengambil kursus komando akan digagalkan bila mereka mengambil ujian asas komando yang pertama kali...erkkk baik korang baca sendiri je laa...

Kisah penceritaan beliau amat menarik sekali, yang mana kisahnya bermula dari zaman beliau nak masuk sojar hinggalah berjaya menjadi seorang anggota komando. Sangat menarik....serius beb!!! Paling menarik, kisah beliau dengan komando Indonesia dan juga kisah komando Malaysia dengan komando US.

Banyak juga kisah menarik yang lain, dan telah beliau kongsikan, tetapi ada yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan pelbagai pihak.

Aku maleh nak citer bebanyak, nanti tak best plak. Ape kata korang sendiri yang menziarahi blog beliau.Itu pun kalau korang minat dan ingin mengetahui sendiri cerita seorang komando....

Teringat ayat kat pintu masuk komando..."DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG"...pehhh...gempakk siottt!!!

#Antara pasukan elit ataupun komando yang wujud di Malaysia....Kalau ada yang salah tolong betulkan...konon~kononnya aku nak buat senarai komando kat Malaysia...last2 aku pun pening kepala ...hehehe
  • PASKAL
  • PASKAU
  • GGK
  • PARA
  • PGK~ VAT 69
  • PGK~ UTK
  • UTC
  • Unit Gempur Marin [UNGERIN]
  • STAR Maritim

#Andai kata aku yang menjalani latihan sama spt kursus asas komando....ntah lee, mungkin aku juga tergolong diantara yang tak akan lulus ujian kot, dulu2 ade hati nak masuk sojar, tapi mak aku berkeras tak membenarkan, trus tak jadi sampai sekarang...hehehe
#Saje nak kasi kredit kat kawan aku yg nak pencen tahun depan, Tuan Pokeh, Kat PD, bila lagi kite nak ngeteh nih...
Tag :

Nasib Komando Malaysia.....

on 21 April 2011


Buat seketika aku terpaku kepada satu komen di blog sharilkadir. Komen dari Pak Matjau, seorang pesara tentera [Komando] memberi kesan kepada aku, tercuit dengan perasaan terkilan, aku mengharap supaya entri ini sedikit sebanyak mampu membuka mata beberapa pihak. 
Terdapat beberapa pihak yang memperjuangkan nasib bekas anggota ATM. Antaranya Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang diterajui oleh Dato Hj Muhammad b Hj Abdul Ghani.



Begitu juga dengan Kelab Veteran Komando MalaysiaKVKM telah ditubuhkan bagi meneruskan ikatan silaturrahim dikalangan veteran komando dapat dikekalkan sejajar dengan sumpah perajurit Komando yang Kedua Belas yang berbunyi  “Saya Akan Mengharumkan Nama Bere Hijau dan Rakan-rakan Seperjuangan Yang Memakainya Hingga Akhir Hayat Saya”.

Juga satu lagi persatuan iaitu Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia [PBPKNM] yang beralamat di;
NO.21,Tingkat 3,Jalan 11/48A,Wisma Wawasan Emas,Sentul Raya,Boulevard,51000 Kuala Lumpur.603-40414097

Disamping persatuan2 yang aktif ini terdapat lagi beberapa pihak yang memperjuangkan nasib bekas tentera.
Antaranya blog Minda Pertahanan yang memperjuangkan nasib seorang pesara tentera iaitu Che Poh dan juga blog persendirian iaitu Blog Jottings of an x Nuripilot.


Aku tahu...bukan semua bernasib baik dan bukan semua yang bernasib malang, namun janganlah persiakan mereka yang pernah berjuang demi negara.
Terpinggir dek pembangunan didalam negara yang pernah diperjuangkan. Aku harap akan ada usaha dari pihak tertentu membantu pesara tentera yang mengalami nasib malang ini.
Berikut komen Pak Matjau;

Pak Matjau 
Februari 16, 2011 1:33 pm
Assalam…saya bekas komando (Kor 12 1972-1986-tak payahlah saya terangkan dengan lebih lanjut) banyak pengalaman pahit manis yg saya tempohi sebagai seorang komando.
Saya pernah terbabit didalam misi menyelamat anggota kami (yg ditangkap tentera Filipina 1980, kerana menjadi komandan pada pejuang MORO-masih hidup) bersama2 dengan pejuang MORO di selatan filipina dan “mision accomplice” …pertempuran dengan pengganas komunis di serata hutan Semenanjung, Serawak dll. Pernah juga berbulan2 menjejaki Komunis di dalam hutan dengan memakan apa saja yg ada di ketika itu.
Walau pun penggorbanan ini amat besar, tetapi yg mendukacitakan kami adalah layanan “baik” yg kami terima setelah kami tinggalkan perkhidmatan ini. Kami seolah-olah dianaktirikan dan dilupakan begitu saja. Persatuan Perajurit menjadi tempat berpolitiking dan membuat duit utk kroni2.


Kawan2 yg senasib pun mengalami perkara yg serupa. Kami amat terkilan, bila mana kerajaan Malaysia secara senyap2 telah memperuntukan sejumlah wang untuk menghantar bekas anggota2 Parti Komunis Malaya utk menunaikan haji ke Mekah (boleh rujuk dengan KDN). Seramai 10 orang bekas anggota PKM dipilih setiap tahun untuk menunaikan haji ke Mekah yg ditanggung perbelanjaannya oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan kami yg berjuang mempertahankan Negara tidak mendapat layanan seperti itu. Ramai bekas anggota2 komando yg ketika ini hidup miskin dan terabai.

Anda boleh lihat bekas anggota komando yg sekarang ini menjual air di tepi jalan (Yaakob Langkawi- bekas peninju negara ke sukan olimpik Russia) dan ada juga yg terpaksa di hantar ke rumah org tua (Allahyarham Man Gopeng-Sg.Udang) kerana tiada keluarga yg sudi utk menjaga dan yg paling sedih sekali apabila ada yg menjadi penggemis di tepi2 jalan (Sgt. Mat Deris, Leman Manjoi, Sahak Gerak Khas).


Saya dengan rendah diri menyeru kepada Kerajaan supaya mengambil berat kebajikan bekas perajurit dan letakkan lah maruah mereka di tempat yg sepatutnya. Saya sebenarnya tidak mahu meungkit2 kisah lama, tetapi apakah kesalahan kami, sehingga kehadiran kami tidak dipedulikan.
Bak kata pepatah: Patah tumbuh, hilang berganti, kini anak sulong saya mengikuti jejak langkah saya sebagai seorang anggota komando walau pun saya cuba menghalangnya.
“DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG..”
Pak Matjau


#Aku cuba meminta kebenaran dari beliau [sharikadir], namun sehingga sekarang beliau belum memberi maklumbalas. Aku andaikan beliau agak sibuk dan aku juga berharap beliau tidak marah dengan entri ini.
Terima kasih buat sharilkadir.
#Rayuan Hari Pahlawan mengutip 6.3 juta tahun lepas?? [BACA SINI]

Tag : ,

Tentera Malaysia di Balkan ~ Lt Kolonel (B) Manaf Kasmuri (Part 2)

on 12 April 2011

Hari tu gua ada buat satu entri berkenaan Kolonel Jihad. Kalau anda masih belum membaca intronya sila la ke entri yang sebelum ni yer (kat warna oren tu). Rasanya masih ramai lagi yang belum tahu kisah disebalik Kolonel Jihad ini. Untuk entri kali ini, gua cuma nak ambil kisah tentera Malaysia semasa berada disana sahaja.Gua cuba ringkaskan sebaik mungkin, semoga memberi manafaat kepada muda mudi dinegara kita ini.

 

  •  Lt Kol (B) Manaf Kasmuri merupakan Pegawai Pemerintah (OC~ Officer Commanding) semasa bertugas di Maktab Tentera Diraja. Berpangkat Mejar menguruskan Divisyen Putera MTD tersebut semenjak 1991 setelah tamat kursus Command and Staff College di Queensland, Australia.
  • Memohon dari Kementah utk bertugas di rantau Balkan ketika Malaysia belum membuat keputusan untuk menyertai PBB. Selepas 3 bulan dari tarikh permohonan,beliau diarahkan bertukar ke Battalion ke 23 RAMD (mekanis) Ipoh sebagai Penolong Pegawai Pemerintah. (800 anggota dan 150 kenderaan berperisai)
  • Keutamaan beliau adalah latihan kepada anggota dengan penyesuaian keadaan terutamanya suhu, tempat pertama pilihan ialah Cameron Highland. Selepas itu mendapat arahan untuk berlatih di Turki (anggota NATO). Ini penting kerana Malaysia sebagai negara "dunia ketiga" perlukan pengiktirafan dari negara yang lebih maju utk mengelakkan keraguan terhadap keupayaan tentera kita.
  • Penerbangan menggunakan pesawat Beoing 747 dan mendarat di Lapangan Terbang Tentera (Murted) yang terletak di barat Ankara. Lapangan ini pernah digunakan sebagai markas tentera NATO semasa misi mengebom Iraq.
  • Cuaca sejuk menyebabkan anggota tentera kita dicap sebagai tidak bersungguh dan mudah hilang tumpuan semasa latihan yang dikendalikan tentera Turki. Bermula dari sini, Lt Kolonel Manaf mula merancang sesuatu.( gua pun sama gak....kalau sejuk baik tarik selimutt jerr...hehehe)
  • Beliau memohon supaya tentera Malaysia diberi latihan di kem komando mereka yg tidak jauh dari kem yang sedang mereka duduki. Latihan intensif mula menampakkan hasil, tentera Malaysia dipandang tinggi oleh Ketua Komandan pusat latihan tersebut, biarpun sebelumnya beliau tidak percaya tentera Malaysia mampu melepasi latihan dipusat tersebut. Paling mengejutkan mereka ialah apabila doa dibacakan didalam 3 bahasa, Melayu, Arab dan Turki (Turki negara sekular...x de doa dlm tentera, walaupun seseorang itu muslim...bahkan sambahyang dan solat juga diabaikan)
  • Latihan tempur (serangan kilat) diadakan, latihan pertama; sebuah pemancar yang berada diatas puncak gunung yang penuh dengan salji menjadi sasaran tentera Malaysia dalam latihan ini. Menurut perkiraan tentera Turki, latihan ini mengambil masa selama 2/3 hari untuk dilaksanakan.
  • Ternyata tentera Malaysia berjaya menyempurnakan sasaran hanya dalam masa setengah jam sahaja. Pasukan bantuan musuh (Turki) berputih mata kerana tidak menyangka serangan dari tentera Malaysia. Mereka telah tersalah perkiraan. latihan kedua juga sangat mengagumkan. Manakala latihan ketiga telah menyebabkan tentera Turki menjadi seperti "haiwan buruan" yang bercelaru dicelah2 pokok fir!
  • Latihan besar2an pula membabitkan gempuran kereta perisai, disaksikan oleh orang2 kenamaan. Latihan yang dianggarkan selama 3 jam oleh pemerintah tentera Turki berjaya diselesaikan hanya dalam masa 10 minit. Mereka sangat kagum dengan keupayaan tentera Malaysia sehingga segala gedung peralatan yang ada dikem mereka dibuka untuk digunakan oleh tentera Malaysia.
  • Walaupun asalnya mereka (tentera Turki) yang sepatutnya mengajar tentera kita, akhirnya tentera kita yang mengajar mereka taktik melawan pemberontakan bersenjata. Dalam pada itu Lt Kol (B) Manaf sempat juga mempersembahkan KESBAN kepada mereka.

Rasanya cukup setakat itu dahulu, insyaallah gua akan sambung kembali kisah2 dari  Kolonel Jihad ini.



#Malbatt di Somalia
#Kisah seorang sniper
Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved