Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan

Malaysia Vs Qatar [6 Febuary 2013 | Asian Cup]

on 06 Februari 2013

Malaysia Vs Qatar [6 Febuary 2013 | Asian Cup] | Malam ini jam 11.00 malam waktu Malaysia, dijangka berlangsung perlawanan bolasepak kelayakan Piala Asia 2015 antara Malaysia Vs Qatar akan berlangsung di Stadium Al-Sadd, Doha, Qatar.


Malaysia Vs Qatar [6 Febuary 2013 | Asian Cup]

Insyaallah, malam ni reramai kite layan kat stadium Astro. Kalau yang nak live streaming pula, cuba check  link dibawah nih. Kalau aku sempat, aku akan update lagi link2 lain. Tapi rasanya korang dah tau kot cara nak cari link lainkan...



Selepas ini, Malaysia dijangka akan melayan kunjungan pasukan Yaman di stadium Shah Alam pada 23.06.2013. 

Dalam pada itu, pada malam ni juga terdapat beberapa perlawanan membabitkan pasukan negara jiran seperti, Indonesia dijangka bertemu pasukan Iraq, Singapura akan bertemu Jordan, Thailand pula akan bertemu Kuwait dan Vietnam menentang UAE.

Semoga Harimau Malaya akan berjaya membawa pulang mata berharga dari sana walaupun ianya boleh dianggap misi yang tampak agak mustahil.

Update: Tiada apa yang hendak dikata lagi, kena akur dengan kelebihan dan kekuatan yg ada pada tuan rumah...Qatar tewaskan Malaysia 2-1.....huhuhu





Malaysia Vs Qatar [6 Febuary 2013 | Asian Cup]
~Salam mesra dari yastro~

Tag :

2 PEMAIN MALAYSIA BAKAL BERMAIN DI JEPUN?

on 28 Mac 2012



2 orang pemain Malaysia bakal mendapat tempat dan bermain di negera matahari terbit, Jepun. Kedua-duanya iaitu  Wan Zaharulnizam Zakaria (kecik) dan Wan Zack Haikal Wan Noor dikatakan akan "diuji cuba" dahulu oleh kelab dari Jepun iaitu Ryuku, Okinawa.[dah macam nama ryuku yg game main lawan2 tu la plak]


WAN+ZACK+HAIKAL
Wan Zack Haikal


Tapi Ong Kim Swee dah awal2 lagi inform yang derang tu kalau pergi sana pun selepas habis/tamat piala AFC yang bakal bermula pada Jun ni. Walaupun hanya divisyen 3 di Jepun, peluang ni aku rasa memang satu peluang yang terbaik buat kedua-dua pemain negara itu. Kita ambik contoh bagaimana Safee Sali sekarang. Pendapatan dia bermain di Pelita Jaya tu je dah mencecah jutaan ringgit setahun. 


So, nak apa lagikan? Yang penting, bila dah dapat bermain mewakili negara, tunjukkan semua skill yang ada dan pamerkan prestasi terbaik buat tontonan umum juga buat pencari2 bakat seperti Masao Kiba, yang merupakan pencari bakat bagi Dream FA Jepun. Insyaallah, rezeki yang lebih baik akan ada dikemudian hari nanti. Semoga berjaya dalam ujian tu nanti...adiozz!!!

WAN+ZAHARUL+NIZAM

Tag :

[VIDEO] GOL NEGERI SEMBILAN VS PASEBAYA

on 26 Mac 2012

Keputusan perlawanan persahabatan antara Negeri Sembilan Vs Pasebaya sudah diketahui umum, 2-2. Perlawanan tersebut dikatakan agak sengit, Pasebaya dikatakan berjaya mengawal hampir keseluruhan permainan. Namun bila dikata "bola itu bulat" tiada yang mustahil bukan? Begitulah, apabila Negeri Sembilan telah berjaya membuktikannya dengan membalas 2 biji gol ke atas Pasebaya walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Jean-Emmanuel Effa Owona, memperlihatkan betapa beliau antara pemain yang harus dihormati lawan apabila berjaya menjaringkan kedua-dua gol bagi Negeri Sembilan. Bagaimanapun, pada aku yang tak menonton siaran itu, Tahniah aku ucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan keputusan ni pun pada aku, kire okey la kot...he3x!! Saksikan kesemua gol-gol perlawanan antara Negeri Sembilan Vs Pasebaya.

Gol Pasebaya - Mario Karlovic 9, M. Khalil 45 (last minit, separuh masa pertama)
Gol Negeri Sembilan - Jean-Emmanuel Effa Owona 52 & 73.

kredit to - SpeedGoal-My Fanpage F/B.

Gol Pertama Pasebaya keatas Negeri Sembilan

Gol Kedua Pasebaya Keatas Negeri Sembilan

Gol Pertama Negeri Sembilan keatas Pasebaya

Gol Kedua Negeri Sembilan keatas Pasebaya
Tag :

ALONSO JUARA F1 MALAYSIAN GP 2012

on 25 Mac 2012

ALONSO_JUARA_F1_MALAYSIAN_GP_2012

Aksi penuh debaran bagi perlumbaan F1 di Petronas Malaysian Gp telah berlangsung siang tadi di F1 track, Sepang. Si Fernando Alonso adalah juara bagi F1 Malaysian Gp 2012 pada kali ini. Tetapi nama yang paling mengejutkan aku ialah pelumba baru bagi team Sauber Ferrari iaitu Sergio Perez, berjaya menaiki podium di tempat kedua adalah yang paling mengejutkan. Keputusan kali ini mungkin agak mengecewakan juga bagi L.Hamilton yang menguasai 2 ujian masa sebelum ini kerana beliau hanya berjaya mendapat tempat ke 3 sahaja. Apapun ianya tetap penting buat dia dan pasukannya.

Hujan yang agak lebat ketika perlumbaan masuk pusingan ke 9 telah menyebabkan pihak FIA memberhentikan seketika perlumbaan itu sehinggalah jam 5.15 petang. Bagaimanapun aku kecewa sedikit sebab gagal menonton aksi Romain Grosjean pelumba baru bagi Lotus Renault yang telah dilanggar oleh Schumacer kemudiannya beliau terbabas sendiri mengakibatkan beliau menjadi pelumba pertama yang terkeluar dari perlumbaan. Tahniah juga kepada Kimi Raikonen yang berjaya mendapat 10 mata dengan mengekalkan kedudukan ke 5 di perlumbaan itu tadi. Keputusan penuh perlumbaan F1 di Petronas Malaysian Gp 2012 di Sepang pada siang tadi adalah seperti berikut.

Pos No Driver                                Team
1 5 Fernando Alonso              Ferrari
2 15 Sergio Perez                      Sauber-Ferrari
3 4 Lewis Hamilton McLaren-      Mercedes
4 2 Mark Webber                      Red Bull Racing-Renault
5 9 Kimi Räikkönen                Lotus-Renault
6 19 Bruno Senna                      Williams-Renault
7 11 Paul di Resta                      Force India-Mercedes
8 17 Jean-Eric Vergne              STR-Ferrari
9 12 Nico Hulkenberg              Force India-Mercedes
10 7 Michael Schumacher       Mercedes
11 1 Sebastian Vettel              Red Bull Racing-Renault
12 16 Daniel Ricciardo              STR-Ferrari
13 8 Nico Rosberg                      Mercedes
14 3 Jenson Button                      McLaren-Mercedes
15 6 Felipe Massa                      Ferrari
16 21 Vitaly Petrov                      Caterham-Renault
17 24 Timo Glock                      Marussia-Cosworth
18 20 Heikki Kovalainen              Caterham-Renault
19 18 Pastor Maldonado              Williams-Renault
20 25 Charles Pic                       Marussia-Cosworth
21 22 Pedro de la Rosa               HRT-Cosworth
22 23 Narain Karthikeyan               HRT-Cosworth
Ret 14 Kamui Kobayashi               Sauber-Ferrari
Ret 10 Romain Grosjean               Lotus-Renault


#Kredit to Formula 1.com
Tag :

Keputusan Sesi Latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012

on 23 Mac 2012


Berikut adalah keputusan sesi latihan Grand Prix Petronas Malaysia 2012 yang diadakan di Litar Sepang, pada hari Jumaat 16/03/12.
   
    Sesi Pagi [1st]

    1. Lewis Hamilton (GBR) Vodafone McLaren Mercedes 1 minit 38.021 saat
    2. Sebastian Vettel (GER) Red Bull Racing 1:38.535s
    3. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG Petronas F1 Team 1:38.813s
    4. Michael Schumacher (GER) Mercedes GP Petronas F1 Team 1:38.826s
    5. Romain Grosjean (FRA) Lotus F1 Team 1:38.919s
    6. Mark Webber (AUS) Red Bull Racing  1:39.092s
    7. Kimi Raikkonen (FIN) Lotus F1 Team 1:39.128s
    8. Paul Di Resta (GBR) Sahara Force India F1 Team 1:39.298s
    9. Jenson Button (GBR) Vodafone McLaren Mercedes 1:39.323s
    10. Nico Hulkenberg (GER) Sahara Force India F1 Team 1:39.440s
    11. Valtteri Bottas (FIN) Williams F1 Team 1:39.724s
    12. Pastor Maldonado (VEN) Williams F1 Team 1:39.783s
    13. Felipe Massa (BRA) Scuderia Ferrari 1:39.896s
    14. K.Kobayashi (JPN) Sauber F1 Team  1:39.910s
    15. Fernando Alonso (ESP) Scuderia Ferrari 1:39.980s
    16. Jean-Eric Vergne (FRA) Scuderia Toro Rosso 1:40.099s
    17. Heikki Kovalainen (FIN) Caterham F1 Team 1:40.247s
    18. Daniel Ricciardo (AUS) Scuderia Toro Rosso 1:40.469
    19. Vitaly Petrov (RUS) Caterham F1 Team 1:40.857s
    20. Sergio Perez (MEX) Sauber F1 Team 1:41.085s
    21. Timo Glock (GER) Marussia F1 Team 1:43.170s
    22. Charles Pic (FRA) Marussia F1 Team 1:44.580s
    23. Narain Karthikeyan (IND) HRT F1 Team 1:45.360s
    24. Pedro De La Rosa (ESP) HRT F1 Team 1:45.528s

Petang [2nd]

Pos No Driver                            Team
1 4 Lewis Hamilton            McLaren-Mercedes
2 7 Michael Schumacher     Mercedes
3 3 Jenson Button            McLaren-Mercedes
4 8 Nico Rosberg            Mercedes
5 16 Daniel Ricciardo     STR-Ferrari
6 5 Fernando Alonso     Ferrari
7 2 Mark Webber            Red Bull Racing-Renault
8 17 Jean-Eric Vergne     STR-Ferrari
9 10 Romain Grosjean      Lotus-Renault
10 1 Sebastian Vettel     Red Bull Racing-Renault
11 18 Pastor Maldonado    Williams-Renault
12 12 Nico Hulkenberg     Force India-Mercedes
13 11 Paul di Resta            Force India-Mercedes
14 14 Kamui Kobayashi     Sauber-Ferrari
15 9 Kimi Räikkönen     Lotus-Renault
16 6 Felipe Massa            Ferrari
17 19 Bruno Senna            Williams-Renault
18 15 Sergio Perez            Sauber-Ferrari
19 21 Vitaly Petrov            Caterham-Renault
20 24 Timo Glock            Marussia-Cosworth
21 20 Heikki Kovalainen     Caterham-Renault
22 25 Charles Pic            Marussia-Cosworth
23 23 Narain Karthikeyan     HRT-Cosworth
24 22 Pedro de la Rosa     HRT-Cosworth



# Nampaknya team Lotus F1 berada didalam top 10 hari nih...terbaikkk. Tapi biasanya hari ni derang cuma test biasa2 jer ni. Esok baru la derang "hayun" kaw-kaw punya....
Sumber- Sinar Harian.
Tag :

F1 di Sepang 2012

WELCOME_TO_SEPANG_F1_CIRCUIT
Kredit to, Sepang Circuit
Minggu ni, satu lagi event motorsport yang besar akan berlangsung di Sepang F 1 pada 23~25/03/2012. Acara perlumbaan F1 di Sepang bukanlah perkara asing lagi kepada kita. Semenjak dari tahun 1999 dimana perlumbaan pertama F 1 di Malaysia dan dirasmikan oleh Tun Dr Mahadir Mohamad sehingga sekarang, litar Sepang F 1 yang sepanjang 5.54km ini tidak pernah lagi hilang pusingannya atau mengecewakan rakyat Malaysia untuk datang menyaksikannya.

Walaupun litar Sepang kini bersaing hebat dengan litar Singapore yang bermain diwaktu malam, Sepang masih lagi menjadi litar terbaik buat semua para pelumba bertaraf dunia termasuk lah acara MotoGp. Dibawah ni bermula tahun 2001 adalah senarai pelumba yang pernah menjuarai Gp di Sepang. Agak2nya tahun 2012 ni giliran siapa pula yerrr....

Esok [Jumaat 23/03/12] adalah hari ujian rasmi pertama bagi kesemua pelumba dan pengeluar kenderaan F 1, bunyi berdesing dan bau petrol akan menghangatkan suasana, adakah esok,lusa dan tulat hujan?. Apapun aku tetap berharap2 Lotus Renault akan buat yang terbaik untuk tahun nih....adiozz...

2011     Germany Sebastian Vettel                    Red Bull-Renault    
2010     Germany Sebastian Vettel                    Red Bull-Renault        
2009     United Kingdom Jenson Button            Brawn-Mercedes        
2008     Finland Kimi Räikkönen                       Ferrari        
2007     Spain Fernando Alonso                       Mc aren-Mercedes             
2006     Italy Giancarlo Fisichella                      Renault         
2005     Spain Fernando Alonso                       Renault    
2004     Germany Michael Schumacher            Ferrari    
2003     Finland Kimi Räikkönen                      McLaren-Mercedes        
2002     Germany Ralf Schumacher                  Williams-BMW    
2001     Germany Michael Schumacher             Ferrari    
2000     Germany Michael Schumacher             Ferrari        



Okeh, mata aku dah ngantuk sangat nih, kalau bertongkat dengan kayu pun bole terjatuh...Antara entri menarik mengenai litar Sepang dan perlumbaan F 1...

Lotus Renault Melawat Proton
Sepang F1 2011


Tag :

HOKI MALAYSIA VS RUSSIA

on 20 Mac 2012

HOKI_MALAYSIA_VS_RUSSIA

Perlawanan terakhir antara skuad hoki Malaysia Vs Russia berakhir dengan keputusan 6-1 dalam menentukan tempat ke 3 dan ke 4 di kejohanan ini. Dan seperti biasa, apabila skuad negara gagal melepasi matlamat utama iaitu ke Olimpik 2012, pelbagai perkara dibangkitkan oleh semua pihak. Aku faham, semua rakyat mahukan dan dahagakan kemenangan didalam apa jua bidang sukan yang diwakili. Kemarau Olimpik selama 12 tahun terus menghantui skuad hoki negara. Mangsa terdekat dan paling mudah ialah jurulatih skuad hoki itu sendiri iaitu Tan Beng Hai. Kini semua mata tertumpu ke arah jurulatih tersebut. Tetapi apakah dengan hanya memecat Tan Beng Hai, reputasi dan kekuatan skuad itu terus berjaya dipulihkan? Terpulang lah kepada pihak2 yang berkuasa tersebut....aku malas nak cakap dah. Tapi ada satu perkara yang aku agak kecewa bila baca di myMetro....
Turun pada perlawanan yang tidak memberi sebarang makna, skuad negara jelas tidak mempamerkan aksi 100 peratus selepas terlalu kecewa dengan kegagalan untuk mara ke pentas final apabila sekadar seri 1-1 kepada Ireland kelmarin. Kemenangan semalam tidak menggembirakan sebilangan kecil penyokong skuad negara, malah langsung tiada kelibat barisan penyokong VIP kecuali Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

“Baik menang atau kalah, saya tetap akan menyokong skuad negara. Kehadiran saya adalah untuk menenangkan mereka,” kata Ramlan yang hanya akan pulang ke tanah air hari ini.
Antara keputusan perlawanan yang lain;

Korea 3  -  Ireland  2 [Korea layak secara automatik]

Ukraine 2 - Chile 1 [Penentuan tempat ke 5/6]]

# Kalau menang sokong bagai nak rak...tetiba kalah hilang macam tu jerr? Mana pergi semangat derang nihh??, tabik kat sekumpulan penyokong kecil Malaysia yang tetap hadir disana - errrr, tetiba je aku pun da ilang semangat nak tulis entri nih...:(
Tag :

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA - 17/03/2012

on 18 Mac 2012

KEPUTUSAN_PENUH_LIGA_SUPER_MALAYSIA"

Aku baru je nak berjinak2 dengan Liga Malaysia nih. Tak salah kot aku nak kongsi "Keputusan Penuh Liga Super Malaysia". Patutla kat Stadium Bukit Jalil tadi ramai penyokong Selangor, aku lak tetiba je rasa pelik. Rupanya baru aku tau yang disitu ada perlawanan Liga Perdana. Apapun citer Power Of 1 tu nanti aku sambung kemudian. Sorry to bro akubiomed, sebab tak dapat jumpa aku siang tadi. Aku duty start jam 5pm ~10pm....esok pun masa yang sama....

Okey, "Keputusan Penuh Liga Super Malaysia" adalah seperti dibawah nih...


BERIKUT adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super yang berlangsung di beberapa venue malam ini:
   
     Selangor              3     Kuala Lumpur     0
   
    Negeri Sembilan  2     Kedah            1
   
    Perak                   0     Kelantan         2
   
    Sarawak               0     Lions XII        1
   
    Terengganu          6     Sabah            3
   
    Johor FC               1     T-Team           3
   


Tag :

MALAYSIA MENANG KE ATAS UKRAINE - HOKI OLIMPIK 2012

on 14 Mac 2012

MALAYSIA_MENANG_KE_ATAS_UKRAINE

Alhamdulillah, skuad Malaysia menang lagi sekali, kali ini keatas skuad Ukraine dengan keputusan 5-1. Satu lagi keputusan yang membanggakan rakyat Malaysia. Apapun, selepas ini ujian terbesar ialah bertemu pasukan Korea dan selepas itu pasukan Ireland. Hanya satu lagi kemenangan bakal melayakkan Malaysia sebagai wakil ke sukan Olimpik London 2012 nanti.

HOKI_MALAYSIA_OLIMPIC_SQUAD_2012

Gol pasukan Malaysia telah dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil, Hafifihafiz Hanafi, Muhd. Razie Rahim, Muhd. Amin Rahim dan Mohd. Sukri Mutalib.
Tag :

SKUAD HOKI OLIMPIK CEMERLANG - BELASAH RUSSIA 6-2

on 12 Mac 2012

SKUAD_HOKI_OLIMPIK_CEMERLANG_BELASAH_RUSSIA_6-2

Seperti diduga, kecemerlangan skuad Hoki Olimpik Malaysia pada perlawanan kedua menentang Chile terus bersambung. Kali ini Russia pula menjadi mangsa kedua mereka dibelasah dengan keputusan 6-2. Semua gol2 telah dijaringkan oleh, Faizal Saari, Muhd. Razie Rahim, Hafifihafiz Hanafi dan Muhd. Amin Rahim .....Selepas ini, skuad Hoki Olimpik Malaysia dijangka bertemu pasukan Ukraine pada hari Selasa 13/02/12. Selepas perlawanan menentang Ukraine, skuad Malaysia akan benar2 teruji dengan bertemu skuad Ireland dan Korea. Harap2 mereka akan terus konsisten dengan prestasi sekarang.





Lain2 keputusan;
Korea MN Chile    6 - 1
Ireland MN Ukraine  12 - 0

kredit - http://www.fih.ch/en/home
Tag :

AKHIR ALL ENGLAND, CHONG WEI TARIK DIRI, LIN DAN JUARA

AKHIR_ALL_ENGLAND_CHONG_WEI_TARIK_DIRI_LIN_DAN_JUARA

Berita Dato Lee Chong Wei tarik diri di perlawanan Akhir Yonex All England Open Badminton Championships 2012 malam tadi pastinya sangat mengecewakan. Punah satu harapan untuk menyaksikan Lee Chong Wei menang menentang Lin Dan. Pada perlawanan malam tadi, set pertama Lin Dan menguasai perlawanan dengan kemenangan 21-19 [45 minit], manakala dalam set kedua pula hanya sempat mendapat mata 6-2 [31 minit] sebelum Lee Chong Wei menarik diri atas kecederaan tangan yang belaiu alami. Bagi aku, Chong Wei semestinya lebih tahu tahap kecederaan tangan beliau, jadi sebagai rakyat Malaysia aku harap kecederaan yang beliau alami tu sempat sembuh pada sukan Olimpik nanti. Keputusan perlawanan akhir yang lain....

Akhir Single Wanita
Xuerui (Chn) MN Wang Yihan (Chn)                                              21-13, 21-19 (45m)

Akhir Bergu Campuran
Ahmad & Natsir (Ina) MN  Laybourn & Juhl (Den)                        21-17, 21-19  (43m)

Akhir Double Wanita
Tian & Yunlei (Chn) MN Wang & Yu (Chn)                                    21-17, 21-12 (39m)

Akhir Double Lelaki
Jung & Lee  (Kor) MN Cai Yun & Fu Haifeng (Chn)                      21-21, 21-9, 21-14 (66m)

ALL_ENGLAND_LIN_DAN_JUARA

Kredit - allengland.com
Tag :

CHONG WEI BERJAYA KE AKHIR - BADMINTON ALL ENGLAND

on 11 Mac 2012

CHONG_WEI_BERJAYA_KE_AKHIR_BADMINTON_ALL_ENGLAND
Aksi Chong Wei setelah berjaya menundukkan Hyun II Lee dari Korea..

Berita Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke akhir Badminton All England 2012 pastinya mengembirakan para peminat sukan badminton dinegara ini.Lee Chong Wei telah berjaya mengatasi pemain dari Korea iaitu Hyun II Lee dengan straight set 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit. Dilaporkan semasa permainan tersebut, Lee Chong Wei telah mengalami sedikit kecederaan pada pergelangan tangannya. Kejayaan ini bermakna Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan akhir dengan bertemu musuh tradisi iaitu Lin Dan. Lin Dan telah menewaskan Kenichi Tago [Jepun] dengan 21-18, 21-17 dalam masa 49 minit.

Sementara itu harapan kita untuk mendapat  kejutan dari pasangan bergu campuran negara akhirnya berderai apabila mereka tewas straight set kepada pasangan dari Indonesia iaitu Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir dengan keputusan 27-25, 21-16 dalam masa 47 minit. Apapun aku tetap memuji pasangan bergu campuran ni. Tahniah kepada LeeChong Wei, dan tahniah juga kepada pasangan bergu campuran kita kerana berjaya sampai sehingga ke separuh akhir di terbuka All England 2012.

Sokongan_Peminat_Badminton_Malaysia
Penonton memberikan tepukan gemuruh untuk Lee Chong Wei


Bergu_Campuran_Negara_Catat_Rekod
Kekalahan bergu campuran kepada bergu Indonesia meranapkan peluang ke pusingan akhir All England


# Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri gelaran ke 3 bagi All England ni. Sama-sama kita doakan agar beliau berjaya.di pusingan akhir nanti - Kredit kepada allenglandbadminton.com
Tag :

Keputusan Harimau Muda Vs Tanjong Pagar United FC - 3-0

on 03 Mac 2012


Menang pada perlawanan pertama, kali ini Harimau Muda menang lagi dengan keputusan 3-0, itulah keputusan kedua perlawanan yang melibatkan Harimau Muda di S.League pada 2/2/12 tempoh hari di Yishun Stadium, Singapore. Harimau Muda kita telah berjaya dan mengaum lagi dengan senarai penjaring kali ini ialah Syahrul Azwari (15'),Gary Robbat (45') dan Thamil Arasu (Pen 90'). Bravo aku ucapkan kepada skuad Harimau Muda kita kerana bangkit dari kekalahan dengan Jepun baru2 ni.

Selepas ini, skuad Harimau Muda dijangka bertemu dengan pasukan Home United FC pada 08/02/2012 di Stadium Bishan pula. Aku harap semangat dan keadaan ini berterusan buat Harimau Muda kita. Senarai pemain pada perlawanan Harimau Muda vs Tanjong Pagar United FC.



20  Izham Tarmizi    GK
4    Fadhli Shas        DF
13  Nazirul Naim     DF
15  Amer Saidin      DF
21  Affizie Faisal(C) DF
7    Irfan Fazail        MF
12  Gary Robbat     MF
16  Wan Zack Haikal    MF
17  Fandi Othman     MF
28  Azzizan Nordin    MF
18  Syahrul Azwari    FW

Harimau Muda Substitutes
1    Farhan Abu Bakar    GK
11  Shahrul Saad             DF
5    Nazmi Faiz               MF
6    D Saarvindran          MF
26  Izuan Salahuddin      MF
9    Thamil Arasu           FW
10  Ferris Danial            FW

Harimau Muda Substitutions
Nazmi Faiz for Gary Robbat (53')
Thamil Arasu for Wan Zack Haikal (55')
Ferris Danial for Syahrul Azwari (88')

kredit to - S.League.com
Tag :

Keputusan Malaysia Vs Jepun - Olimpik London 2012

on 23 Februari 2012

Keputusan perlawanan team Malaysia vs Jepun pada malam ini rasanya semua dah tahu, satu kekalahan lagi kita terima. Sukan Olimpik 2012 kat London nanti memang kita dah ucapkan bye-bye start kekalahan kita ditangan Bahrain tempoh hari. Namun bila tengok secara "live" aku akui, sebenarnya aku dah dapat rasa, team Malaysia memang payah nak menang malam tu...sebabnya? Biasanya, kalau aku pi stadium... team yang aku sokong tu selalu sangat kalah, tang tu yang aku tension sangat tu...huhuhu

Okey...berbalik kepada Malaysia vs Jepun tu....walaupun kalah, aku tak de la nak rasa sakit hati kepada kesemua pemain yang bermain malam tu. Aku tahu, memang setakat itu saja taraf permainan bolasepak di negara kita. Apetah lagi bila beberapa pemain utama tidak dapat bermain, pastinya keadaan bertambah buruk. Pemain yang ada pun rasanya dah bagi persembahan 100%...nak apa lagi kan.

Lupakan pasal kekalahan tu, aku cuma nak tempek sedikit gambar di Stadium Bukit Jalil semalam. Orang memang tak ramai sangat, mugkin ramai yang tak sanggup bayar untuk tengok kekalahan skuad negara di depan mata...heheh. So tiket mudah je nak dapat, tak perlu nak menunggu lama. Di luar dah kelihatan "Geng Ultras Malaya" menyanyi sambil diikuti paluan gendang, menambah seri dan kemeriahan perlawanan bolasepak pada malam tu.

Beli+tiket+Stadium+Bukit+Jalil
Berbaris menunggu giliran nak dapatkan tiket bola...
Anak+Aku+Adik+AKU
Hmm...gamaknya boleh menang ke Malaysia nih? Si abang mcm dah cuak jerr..
Abang+Kecewa+Malaysia+Kalah
Penyokong Jepun - 3 orang [lelaki baju pink] sesat dalam lautan penyokong Malaysia
Kalah+tapi+Ceria+Malaysia+VS+Japan
Kalah pun kalah la, yang penting aku dah berjaya tunaikan misi membawa anak2 aku ke Stadium Bukit Jalail...ha3x!!!


# Walaupun Keputusan Malaysia Vs Jepun kita kalah dengan 4-0, kita harus akui kemampuan pasukan negara kita mmg setakat tahap tu. FAM kena lebih bekerja keras dalam menaikkan pemain2 Malaysia terutamanya dalam bidang sains sukan, skill individu dan juga stamina pemain. Ibarat langit dan bumi, itulah perbandingan pemain kita dan Jepun, apapun aku nak ucapkan tahniah kepada penyokong "Ultras Malaya" yang beramai2 hadir ke stadium tanpa jemu menyanyikan lagu semangat buat pasukan negara. Korang memang terbaik!!!

- B/w terhad, minta maaf kpd kengkawan semua...aku dh start sibuk prepare brg2 nak pi offshore....
Tag :

Malaysia vs Jepun - 22/02/12 Bukit Jalil, Olimpik London 2012

on 22 Februari 2012

Malaysia+vs+Jepun+Bukit+Jalil+2012

Biar la aku dah tau pasukan kita tak layak, juga tau kita memang payah nak dapat walau satu mata pun dalam pusingan kelayakan ke Olimpik London 2012 ni, aku harap skuad Harimau Muda kita, yang bakal menentang Jepun malam ni akan tetap berjuang dengan penuh semangat dan dedikasi menentang pasukan Jepun di Stadium Bukit Jalil malam nanti. Harap pemain semua dapat menjaga maruah negara dengan melawan skuad Jepun tu secara habis-habisan. Skuad Muda Harimau Malaya ini dijangka akan kehilangan beberapa orang pemain;Malaysia vs Jepun - 22/02/12 Bukit Jalil, Olimpik London 2012
Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan K. Gurusamy yang masih tercedera serta Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan juga tidak menggusarkan hatinya kerana boleh mencuba muka-muka baharu dalam pasukan. “Di bahagian tengah, saya berdepan sedikit masalah kerana Gurusamy masih belum pulih selain kehilangan Gary. “Jadi pilihan saya agak terhad antara Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Azizan Nordin selain Ahmad Fakri Saarani juga boleh bermain di posisi tengah. “Sementara Syahrul Azwari Ibrahim dijangka menjadi pilihan awal menggantikan tempat Wan Zack, begitupun senarai kesebelasan utama hanya akan diputuskan pada hari perlawanan nanti,” katanya.


Insyaallah, kalau diizinkan aku akan bawa 2 orang anak aku melihat perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil, dan juga merupakan tontonan bolasepak secara live yang pertama kali bagi mereka berdua. Si kecik tu dengan ibunya mungkin tak turut serta, payah nanti nak kehulu kehilir ukur padang..hehehe Tunggu je la kat rumah, itu lagi baik. Memang aku nak bagi mereka rasai suasana sebenar didalam stadium, apatah lagi bebudak tu memang dah banyak kali meminta. - Harap2 jangan banyak sangat la yang bocor nanti. :)
Malaysia vs Jepun - 22/02/12 Bukit Jalil, Olimpik London 2012
Tag :

Thomas Cup 2012 - Malaysia Vs Indonesia

on 19 Februari 2012


Pertemuan Malaysia Vs Indonesia yang aku jangkakan bakal menjadi medan pertempuran yang sengit antara kedua-dua negara, sebenarnya tidak menjadi. Malaysia vs Indonesia, kedua-duanya telah layak secara automatik ke pusingan akhir Thomas Cup 2012 di China Mei depan. Maka tak hairanlah bila kedua-dua pasukan telah menurunkan barisan pemain simpanan masing-masing. Dalam pertemuan petang tadi keputusan penuh ialah Malaysia kalah kepada pasukan Indonesia 3-2. Malaysia menyimpan pemain perseorangan pertama dan kedua iaitu Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim, bagi pasangan bergu pula Koo Kien Keat|Tan Boon Heong juga direhatkan.

Indonesia juga menyimpan pemain utama mereka iaitu Taufik Hidayat dan bergu utama iaitu Mohammad Ahsan dan Bona Septano bagi membuka ruang buat pemain simpanan mereka.

Keputusan penuh Malaysia vs Indonesia Piala Thomas 2012 - penentuan tempat ke 3/4 adalah;

1.  Daren Liew menang ke atas Simon Santoso  7-2  pada set pertama.- Simon mengalami kecederaan/tarik diri.
2.  Goh V Shem/Hoon Thien How menang keatas Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan 21-14, 21-18.
3.  Tommy Sugiarto menang keatas Mohammad Arif Abdul Latif 21-15, 21-7.
4.  Markis Kido/Hendra Setiawan menang keatas Lim Khim Wah/Teo Kok Siang dengan 21-16, 21-13.
5.  Dionysius Hayom Rumbaka menang ke atas Koo Kien Keat 21-8, 21-9.

Nyata apabila pertembungan sesama pemain simpanan, kita kalah mudah kepada pemain simpanan Indonesia. Semoga yang terpilih akan lebih berusaha selepas ini. Masa yang ada tidak lama, gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Bai...bai...Macau, kita jumpa di Wuhan,China Mei nanti.
Tag :

Piala Thomas 2012 - Malaysia vs Jepun

on 18 Februari 2012


Akhirnya...setelah Lee Chong Wei direhatkan, Hafiz Hashim menggalas tugas pemain pertama, Malaysia tumpas kepada Jepun dengan aggregat 3-0. Begitu juga dengan bergu pertama negara yang direhatkan dan digantikan dengan bergu kedua, Lim Khim Wah-Goh Wei Shem turut tewas ditangan bergu utama Jepun. Pemain perseorangan kedua negara, Darren Liew juga tumpas ditangan pemain Jepun iaitu Kenichi Tago. Selepas ni, Malaysia dijangka bertemu dengan musuh tradisi iaitu Indonesia esok [sabtu] bagi menentukan tempat ke 3 dan ke 4. Aksi final Piala Thomas nanti bakal berlangsung di Wuhan, China pada 20 -27 Mei 2012 nanti. Keputusan penuh seperti dibawah...

Muhammad Hafiz Hashim tumpas kepada Sho Sasaki 19-21, 16-21.
Lim Khim Wah-Goh Wei Shem tumpas kepada Hirata Noriyasu-Hashimoto Hirokatsu, 11-21, 21-11, 18-21.
Daren Liew tewas kepada Kenichi Tago 28-30, 19-21 [100 minit]

Sementara itu, skuad Uber negara juga turut tumbang kepada Hong Kong, 3-2 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan.

Jadi selepas ni walau apapun keputusannya, kita tetap layak ke aksi akhir Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung di Wuhan, China pada Mei depan. Bab2 kalah ni, mungkin coach nak bagi pemain kita tu sedikit pendedahan je kot. Aku rasa, esok bila lawan Indonesia... Lee Chong Wei akan kembali bermain selaku pemain utama. Apapun kita tunggu esok....
Tag :

Malaysia vs India - Piala Thomas 2012

on 17 Februari 2012

Piala+Thomas+Uber+2012+Macau

Pertemuan suku akhir antara Malaysia vs India semalam telah berkesudahan dengan Malaysia menang 3-0. Kemenangan ini juga aku rasa sungguh manis sekali setelah kita berjaya mengejutkan pasukan Korea Selatan kelmarin. Skuad Malaysia di jangka bertemu pasukan Jepun pada hari ini [6.30 petang] dalam aksi separuh akhir.Skuad negara bakal berdepan Jepun yang mara selepas menewaskan Taiwan 3-0 dalam satu lagi pertemuan suku akhir semalam. Semoga berjaya kepada Harimau Malaya. Sedikit info semalam...

Datuk Lee Chong Wei menang keatas Ajay Jayaram   21-12, 17-21, 21-8
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menang ke atas Rupesh Kumar-Sanave Thomas 21-14, 23-21.
Muhamad Hafiz Hashim menang keatas Kashyap Parupali 21-17, 18-21, 21-11.
Tag :

Piala Thomas Macau 2012 - Malaysia Menang Ke atas Korea 3-2

on 16 Februari 2012


Malaysia dah menang keatas Korea Selatan dengan 3- 2 dalam aksi terakhir kumpulan. Esok, skuad negara akan bertemu pula dengan skuad India untuk peringkat suku akhir. Kalau ikut atas kertas, sepatutnya tak ada masaalah la kot bagi skuad Malaysia.

Setelah skuad piala Uber kalah hari tu, kita memang mengharapkan skuad piala Thomas ni buat sedikit kejutan. Cuma aku rasa Hafiz Hashim kena fokus sikit terhadap game dia. Tak tau la sakit bahu tu dah okey ke belum. Tapi kalau pasukan perubatan kita bagi dia main, maknanya dah okey la kot. Rugi la kalau letak player yang dah cedera. Tapi itu yang aku cakap...pihak jurulatih dan pasukan mungkin ada sebab lain.


1. Skuad Piala Thomas mendahului Korea dengan mata pertama yang diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei. Mengambil masa selama 43 minit, jaguh badminton negara itu menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

2. Perseorangan kedua negara, Hafiz yang bertemu Shon Wan Ho, tewas 22-24, 16-21.

3. Mata kedua negara diperoleh menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah mengetepikan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.

4. Perseorangan ketiga Mohamad Arif Abdul Latif akur kepada Hong Ji Hoon 17-21,15-21.

5. Mata ketiga negara diperoleh menerusi gandingan Lim Khim Wah-Goh Wei Shem yang mengejutkan pasangan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.

Lim+Khim+Wah+Goh+Wei+Shem


# Tahniah dari aku untuk mereka semua.
Tag :

Skuad Uber 2012 Negara Tewas Di Macau

on 14 Februari 2012

Skuad-Uber-Negara-2012-Tewas-diMacau

Biarpun tewas 1-4 kepada skuad China di Macau, aku rasa skuad Uber negara masih boleh berpuas hati dengan prestasi pemain bergu kedua negara, Goh Liu Ying - Lim Yin Loo telah berjaya mempamerkan semangat juang yang tinggi dengan mengalahkan bergu kedua China Zhong Qianxin-Bao Yixin, untuk menang dua set berturut-turut 21-16, 21-15 dalam masa 47 minit. Semangat macam ini la yang kita harapkan kepada kesemua pemain skuad badminton negara, tak kira untuk piala Uber ataupun Thomas. Hari ini skuad Uber negara perlu menewaskan pasukan India untuk melayakan diri ke suku akhir.

Sementara tu, skuad piala Thomas negara pula perlu menang dalam menentang Hong Kong hari ini. Selepas tu barulah boleh fikir camne nak kalahkan Korea Selatan pulak. Korea telah mengalahkan Hong Kong dengan keputusan 5-0. Aku berharap kalau Hafiz Hashim diturunkan menentang Hong Kong beliau boleh menggalas tanggungjawab tersebut kerana dia dilaporkan cedera dibahu - Cam satu petanda tak baikkk jerrr..isk..iskk, tapi aku berharap semuanya akan okey nanti.Untuk rekod, pertemuan Hafiz Hashim sebelum ini bertemu Hu Yun adalah 2-0 [Hafiz kono]




Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved