MODUS OPERANDI PENYELUDUPAN DADAH : Sedikit info dari Polis Diraja Malaysia di FB mengenai keldai dadah. Keldai dadah bermaksud "pembawa dadah" dibayar dengan upah yang lumayan dan juga Bermula dari 31 Oktober hingga 4 November 2011, Facebook Rasmi PDRM akan mendedahkan secara bersiri taktik penyeludupan sindiket dadah ke Malaysia yang berjaya dihidu dan ditumpaskan oleh pihak polis. Pendedahan tersebut menunjukkan bahawasanya pihak polis sentiasa peka terhadap taktik terkini yang digunakan oleh sindiket dan sentiasa berusaha untuk menangani jenayah ini secara berterusan. Jika didapati bersalah, mereka yang mengedar dan menyeludup dadah akan dijatuhkan hukuman
MATI!!!
Kita ikuti pendedahan yang dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia ini.
KES 1: SUITCASE CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam beg bimbit dengan memotong lapisan dalam beg tersebut.
KES 2: INTERNAL INGESTION COURIERS : Sindiket menggunakan taktik memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.
Bagi sesetengah ketulan atau bungkusan dadah yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan, maka pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan dadah yang disembunyikan di dalam badan. Dalam kes tertentu, bungkusan yang berada di dalam badan telah pecah dan menyebabkan kematian kepada pembawanya.
 |
Ketulan atau bungkusan dadah yang telah ditelan ke dalam tubuh badan dilepaskan keluar dengan bantuan ubat yang diberi kepada penjenayah atas nasihat pegawai perubatan. |
KES 3:PAINTING CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam lukisan dengan memasukkannya antara lukisan dengan bingkai gambar.
KES 4: BODY-PACKED COURIERS : Sindiket menggunakan taktik melekatkan dadah pada tubuh badan.
Dadah disimpan dengan baik dalam beg bungkusan plastik, kemudian dilekat dan dibalut di bahagian paha supaya tidak mudah dikesan. Satu lapisan beg plastik hitam digunakan untuk membalut bungkusan dadah yang dilekatkan di paha.
Apepun diharap semua rakyat Malaysia berfikiran lebih waras dari menjadi "keldai dadah" atau pun menjadi "doktor dadah". Tak ada gunanya kalau perbuatan kita tu hanya... "
senang segera, sengsara akhirnya..ibarat Maggi mee, masak cepat hilang pun cepat"
Ranking: 5
Recommended Posts
Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea UtaraGambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara | Nampak macam beria-ia sangat dah Korea Utara ni nak berperang. Tapi, aku percaya apa yang derang buat ni semuanya propaganda semata-mata. Dah la hidup ... readmore
[GADIS] USIA 14 TAHUN, TETAPI......
Bexhill, East Sussex, Hayley Okines adalah seorang gadis ataupun remaja yang baru saja berumur 14 tahun, tapi penampilan tubuhnya 7.5 kali lebih tua dari usia sebenarnya yang membuatkan beli ... readmore
POLIS JUMPA HANTU SEMASA BERTUGAS MALAMPOLIS JUMPA HANTU SEMASA BERTUGAS MALAM ! Ni dah kira entri sekuel jugak ni. Korang dah tengok video "Jumpa hantu Dalam Latihan" tu ker belum? Kalau belum tengok, boeh klik je link tu sekarang. Kali ... readmore
Kenaikan Gaji Minimum 2013 | Apa Cerita ?Kenaikan Gaji Minimum 2013 | Apa Cerita ? Baru2 ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan tangga gaji untuk penjawat awam sekurang2nya dari 2~5 peratus. Dijangka kenaikan ini bakal diumumkan pada ... readmore
Semak Keputusan BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia)
Semak Keputusan BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia) | Semua pemohon BL1M kini boleh menyemak pendaftaran yang telah dibuat menerusi laman web dibawah.
Pendaftaran BL1M
Program ini di tawaran untuk ... readmore