Rumahku 30 Masjid...

on 03 Februari 2012

rumahku-30-masjid
Kisah Makcik, rumahku 30 masjid

Tak sangka sungguh aku di negara kita yang penuh dengan pelbagai bantuan, penuh dengan sifat prihatin rakyat dan kerajaan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir rakyat yang merana. Kisah makcik "Rumahku 30 Masjid" ini sungguh mengejutkan aku apabila menonton rancangan di TV3 pagi tadi, dan bila aku cari di myMetro, memang kisah makcik ni ada dipaparkan.

Makcik Fazilah, seorang bekas kakitangan awam yang hidup bersama seorang anak lelaki yang berusia 34 tahum [OKU] terpaksa merempat dan merana di merata-rata masjid kerana tempat kediaman mereka telah dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang.

"Tapi pelik juga aku, kenapa pihak Majlis Perbandaran Selayang buat tak tahu atau buat tak kisah tentang kebajikan orang-orang yang rumah mereka dah dirobohkan? Kalau ye pun, jangan la dibiarkan makcik ni hidup sebegini..Mana pergi orang-orang kuat di MPS? Jangan pejam mata tutup telinga...Sakit sungguh hati aku bila baca kisah makcik ni di myMetro pagi tadi.Tau la setinggan tu hidup tanpa kebenaran yang sah...tapi jangan la jadi pihak yang kejam kerana nak tegakkan undang-undang dunia..apetah lagi makcik tu bekas kakitangan awam dan seorang rakyat Malaysia yang sah!"

Malas nak membebel bebanyak di pagi Jumaat ini, Harapan aku, semoga ada pihak-pihak yang berkenaan dapat membantu makcik tersebut. Ikuti kisah beliau di My Metro hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang hidup merempat dan mengemis bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan, mungkin mencatat rekod tersendiri apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana.
Mahu dikenali sebagai Fazilah, 59, bekas kakitangan awam itu berkata, dia memilih jalan hidup sedemikian selepas kematian suami pada 2009 dengan tinggal di masjid dan mengharapkan belas ihsan jemaah yang singgah menunaikan solat untuk mendapatkan sesuap nasi.
“Seperti orang lain, saya juga ingin memiliki rumah sendiri, tapi dengan keadaan sekarang jika ditakdirkan saya meninggal dunia di masjid, saya reda,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Bukhari, di sini. 
Fazilah berkata, dia tidak mempunyai penyelesaian lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidupnya bersama seorang anak lelakinya berusia 34 tahun yang lembam dan tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).
Menceritakan keperitan hidupnya, Fazilah berkata, semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunan.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved