DEBAT PTPTN - 3 Mei 2012, Khairy vs Rafizi

on 02 Mei 2012

DEBAT PTPTN,Khairy vs Rafizi-yastroonline

Satu debat PTPTN terbuka yang bertajuk "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" akan diadakan di Shah Alam di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli Khamis. Menurut Sinar Harian, dijangka seramai 3,000 orang akan menghadiri debat antara kedua-dua peserta ini. Bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, jam 8 malam pada 3 Mei nanti. 


Pada aku bagus juga, dapat la kita menilai mana satu yang bakal mempunyai point2 yang kuat dan kukuh. Seterusnya dapat memberi info tambahan kepada kita semua. Walaupun dekat dengan tempat aku, rasanya aku tak dapat pergi kesana kot..ada urusan lain malam tu.
Abdul Jalil juga yakin akan menerima sokongan dan sambutan baik daripada para hadirin yang bakal membanjiri Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

"Lagipun sepanjang 12 wacana yang telah diadakan sebelum ini, para hadirin telah memperlihatkan satu sikap yang matang, dan kami berharap mereka akan menunjukkan persekitaran yang sama ketika debat Khamis ini," kata beliau lagi.

Lagi pun, katanya, pendebat sendiri merupakan personaliti-personaliti yang ada kredibiliti dan "pendirian jelas tentang isu ini."

"Kami berharap kedua-dua mereka akan terbuka dalam memberikan pandangan dan pendirian mengenai isu PTPTN," katanya lagi.

Abdul Jalil menjangkakan 3,000 orang akan menghadiri debat kali ini.

"Mengambil kira ciri debat itu sendiri, sebanyak 2,000 kerusi masing-masing 1,000 kerusi dikhususkan kepada pengikut dan penyokong Khairy dan Rafizi manakala baki 1,000 untuk orang ramai.

"Oleh itu, kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran sesi debat. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak ketika debat, dan mengikut arahan dan panduan pihak keselamatan dan sekretariat," katanya.

Sehubungan itu kata Abdul Jalil, pihak penganjur telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak polis bagi memastikan tahap keselamatan terjamin sepanjang debat.

"Saya berharap hadirin akan datang awal untuk mendapatkan tempat duduk dalam dewan. Bagi hadirin beragama Islam, ada kemudahan surau untuk mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak, jadi diharap datang awal," kata beliau.


# Kredit to Sinarharian
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved