Shila telah berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India. Satu kejayaan buat artis bertudung ini kerana membuktikan bertudung bukan penghalang untuk terus berjaya.
"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.
"Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.
"Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan.
"Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat," katanya kepada murai.com.my.
Bakal pulang ke tanah air pada 26 September ini, Shila tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya.
"Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan. Bagaimanapun, melihat dari penjurian juri profesional, pihak media China dari awal lagi telah meletakkan Shila sebagai juara.
"Setakat ini, Shila mendapat pelbagai tawaran di sini. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara. Sesungguhnya, Shila mendapat masa yang gemilang di sini. Shila lebih bersyukur apabila Shila lebih dikenali kerana Shila satu-satunya peserta yang memakai tudung.
"Semua pihak di sini menerima Shila dengan baik dan tidak wujud perasaan dengki sama sekali," jelasnya.
Bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September ini, Shila memberitahu banyak perkara baru dipelajarinya sepanjang pertandingan.
"Juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menyanyi di India. Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menempah saya untuk menyanyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan. Terus-terang, Shila sangat gembira.
"Disebabkan semua tawaran ini, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China," ujarnya.
Apapun Tahniah buat Shila Amzah, nampaknya makin melonjak la nama dia lepas nih. Terer juga dia nyanyi dalam bahasa Mandarin yekk....Habih semua juri bangun masa dia nyanyi. Penonton pun sorak bagai..pehh memang dasat Shilamania masa Asian Wave tue.......
Tetapi dalam pada tu, bangga juga sebab peserta China Wang Yi mampu menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa lagu asal Dato Siti dengan baik. Bangga beb!!!
[Kalau nk tengok video, stop dulu button SCM Player tu yerr]
Tahniah Buat Shila Amzah - Juara Asian Wave 2012
-salam mesra dr yastro-