Teun Castelein |
Isu Guna Nama Allah | Kebelakangan ini isu guna nama Allah menjadi pertikaian politik antara kerajaan dan juga pembangkang. Masing2 memberikan hak dan dalil2 tertentu untuk menyatakan kebenaran, kes ini juga menarik perhatian Sultan Selangor dengan mengarahkan MAIS bertindak.
Sebagai salah seorang rakyat, aku hanya mampu melihat permainan kedua2 belah parti ini. Tidak terniat untuk masuk campur, namun penggunaan kalimah "ALLAH" keatas mana2 buku atau bible sememangnya aku rasa tidak sesuai sama sekali apatah lagi jika buku atau bible itu berbahasa melayu dan ditujukan khas buat melayu Malaysia.
Semalam juga menerusi akhbar kosmo, seorang artis yang bernama Teun Castelein telah cuba mendaftar perkataan "ALLAH' sebagai hak dagangan beliau pada 29 Disember lalu. Alhamdulillah Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP)di The Hague telah menolak permohonan pendaftaran kalimah "ALLAH" oleh lelaki tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, lelaki tersebut dikatakan cuba membuat keuntungan dengan membuat produk dagangan seperti pakaian, kasut dan lain2 melalui dunia Islam.
"Ia adalah nama yang hebat," kata Castelein. "Saya terkejut bahawa tiada seorang pun telah memfailkan nama " Allah " kata beliau. "Saya hanya perlu membayar 250 euro dan kini saya bakal mempunyai jenama global. Sebenarnya Allah sebagai Tuhan dari Al-Quran untuk semua orang. "
Dalam pada itu, Castelein turut memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini. "Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya. Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.
Btw, kembali semula kepada kalimah "ALLAH" yang hendak digunakan oleh pemimpin DAP terutamanya dalam kitab bible, aku rasa pastinya ia adalah satu muslihat untuk menjadikan umat Islam sendiri terkeliru satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang impaknya tapi siapa tahu untuk 15 hingga 20 tahun lagi? Manakan sama "God Trinity" nak disamakan dengan "ALLAH".
update: Menerusi Malaysia Kini, Majlis Gereja Malaysia (CCM) dikatakan tetap akan menggunakan kalimah "ALLAH". Turut bersetuju dengan pandangan CCM ialah Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allan dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.
http://www.malaysiakini.com/news/218535
Isu Guna Nama Allah
~Salam mesra dari yastro~