Hari ni aku nak review satu blog yang "sangat2 bagus" tuk korang semua..satu dari khazanah negara berada disini...
Tak pernah aku buat review blog sblm nih, tapi disebabkan aku rasa blog ni terrrsangat bagus... aku sanggup buat. Kiranya aku jemput korang seme gi tgk/jengah kat blog nih laa kann...
Bukan ape,cuma untuk menginsafi keadaan,dan merasai zaman dulu dan zaman sekarang..maka aku buat satu entri khas berkenaan blog ni, Blog ni dinamakan
Mejar(B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman(penulis) adalah seorang bekas juruterbang nuri dan pernah terlibat didalam kempen menentang pengganas komunis terutamanya di Gubir. Kenapa di Gubir? Tuk pengetahuan semua,kisah tentera kita disana adalah antara secebis kisah pertempuran yang terhebat,ramai perwira2 negara gugur sama ada didarat atau diudara (heli terhempas) Kisah disana tersangat menyentuh hati dan perasaan aku.
Satu lagi aku rasa, ramai muda mudi kini tidak tahu/kurang mengambil berat tentang pengorbanan mereka. Keamanan yang kita nikmati sekarang adalah hasil dari mereka yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara tercinta. Aku sangat teruja bila dpt melihat gambar2 lama dan kisah2 tentera kita dahulu.
Utk makluman korang yekk,aku bukanlah seorang tentera..tapi cerita2 tentera mmg aku minat.. he3!!! Ape pun meh kita jenguk blog nih..dan aku harap,slps ni ramai yg akan dtg membaca kisah2 pakcik ni,yg mana beliau adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang telah memberi jasa/sumbangan yg tidak ternilai buat generasi sekarang dan akan datang!!! Jangan biarkan pengorbanan mereka menjadi sia2 kerana kealpaan kita.
Utk makluman korang yekk,aku bukanlah seorang tentera..tapi cerita2 tentera mmg aku minat.. he3!!! Ape pun meh kita jenguk blog nih..dan aku harap,slps ni ramai yg akan dtg membaca kisah2 pakcik ni,yg mana beliau adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang telah memberi jasa/sumbangan yg tidak ternilai buat generasi sekarang dan akan datang!!! Jangan biarkan pengorbanan mereka menjadi sia2 kerana kealpaan kita.
secebis dari kisah mereka..
"Ketika sedang sibuk memberi pencahayaan kepada Sapper Mad tiba-tiba saya terdengar Lt Basri berteriak dari atas berdekatan dengan pintu terowong.....mana Lt xxxx? Secara otomatis sambil menoleh ke belakang saya menjawab dengan suara yang agak tinggi juga.......di bawah Tuan, dari bebayang di pintu terowong saya dapat lihat kelibat 2 – 3 orang sedang menuruni tangga masuk manakala saya meneruskan operasi pembersihan. Selang beberapa saat kemudian satu letupan di belakang menggegarkan terowong, saya merasakan gegaran sehingga terasa dinding terowong bergoyang, habuk dan asap memenuhi ruang sehingga cahaya suluhan lampu suluh menjadi seolah-olah light-sabre dalam filem Star Wars. Tersentak......hanya perkataan DIAM yang keluar dari mulut lalu saya menoleh kebelakang. Dalam keadaan samar dari kedudukan saya, nampak dua tubuh terbaring dilantai terowong dan terdengar suara mengerang kesakitan dijarak 20-25 kaki dari saya. Alhamdullillah tiada sesiapa pun antara kami yang kelam kabut atau berlari semuanya macam terpaku dilantai terowong apabila mendapat arahan untuk “diam”....saya lihat anggota Komando sudah bersedia dengan M16 dalam kedudukan sedia untuk bertindak. Tiada perkataan dapat membayangkan betapa senyap dan sepinya ketika itu sehinggalah...........backtrack dan angkat yang cedera keluar dari mulut saya. Seketika kemudian saya terdengar....Tuan Basri dan Dollah kena Tuan. Dari tempat saya, jelas kelihatan dua tubuh diangkat oleh rakan-rakan lain dan dibawa keluar terowong.....semasa saya dan Sapper Mad melintasi kawasan letupan jelas kelihatan lubang kesan bahan peledak sebesar 8-12 inci di dinding kiri terowong (sebelah kanan saya masa keluar) di paras pinggang."
*Antara perwira yg gugur dimedan perang setelah
helikopter Nuri mereka ditembak pengganas komunis di Gubir.