Salam semua, bape agaknye berat blog korang, pernah tak korang timbang blog korang sendiri? Adakah korang tahu berat blog korang dari segi size, load pagetime dan average speed per/kb? Menurut pakar (bukan aku tau)..ha3!! Size yang paling ideal ialah dibawah 100kb...jadi seandainya blog anda setelah ditimbang melebihi dari size yg ideal tersebut,ada baiknya anda timbang2kan, untuk mengurangkan widget yang kadang-kadang nampak cantik...tapi sebenarnya tidak perlu. Dan aku paling "penat" sekiranya blog tu ada lagu....adess...trus hilang minat nak masuk weiii...:)
Ramai bloggers telah memasang widget yang bermacam-macam sehingga mereka tidak sedar yang blog mereka telah terbeban dengan widget tersebut. Kebaikkan jika blog anda kurang dari 100kb, readers dan juga para bloggers akan lebih selesa dan kerap masuk ke blog anda (bergantung kpd situasi dan kualiti entri jugak), kerana mereka senang tuk mendapat aksess ke blog anda, namun sekiranya blog anda terlebih berat pasti mereka akan cuba untuk menjauhi blog anda.. Oleh itu bergantung kepada korang sendiri,sama ada nak mengurangkan atau menambah beratkan lagi blog korang tu. Sekian tutorial merapu dari aku.....
Tempat tuk timbang blog, iweb tool[speed test]
#Masih lagi diatas par,kene reduce lagi nih..tp x tau nk reduce kat mane dah!!!! Adussss...
Kenape agaknye aku buat entri nih? Ha3!! Kalau anda dah "terrmasuk" ke blog ni pada minggu lepas, anda akan perasan yang aku ada membuat sedikit undian..jadi dari situ aku cuba membaiki status blog nih...
Jadi..korang nak tengok tak keputusan undian tu?
Hehehe...Ape pun aku nak ucapkan terima kasih kpd 12 orang rakan2 yg telah mengambil bahagian dengan mengundi pada kotak undian tersebut....
Jom tgk keputusan tuu...
Nota: Minggu lepas berat blog ni lebih kurang 130kb...so lepas ni akan ada lagi sessi pengurangan..cuma masa je yg akan menentukan. Mengenai isi kandungan blog..takat ni rasanya aku x akan ubah cara/konsep tu lagi kot..x tau la akan datang..he3!! Ape lagi....Jom La Pi Timbang Blog!!!
#Sekarang ni lagi ringan...dlm 82kb jerr....:)
#Sekarang ni lagi ringan...dlm 82kb jerr....:)