Cerita sedih mangsa tanah runtuh

on 23 Mei 2011

KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.” Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.
Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.
SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya
di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
 Sumber: myMetro

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, tiada kata2 yang mampu aku ucapkan melainkan takziah untuk kesemua mangsa. Menghadapi saat mencemaskan dan melihat sendiri adik beliau tertimbus dek tanah runtuh bukanlah satu pengalaman yang baik. Namun inilah ujian dari Allah yang sentiasa menguji kesabaran dan keimanan umatNYA didunia ini.

Terus terang aku katakan hampir menitik air mata aku bila membaca berita ini....
Sebagai umat Islam, marilah kita semua bersama bersedekah al fatihah untuk semua mangsa tragedi ini.
Al fatihah....
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved