ISLAMABAD 29 Nov. – Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani menolak untuk menjalankan ‘urusan seperti biasa’ dengan Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas satu serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membunuh 24 tenteranya, Sabtu lalu.
Kejadian yang menyaksikan tentera Pakistan cuba mengehadkan kerjasama perang bersama AS di Afghanistan itu juga, menyukarkan lagi usaha AS untuk meredakan krisis hubungan dengan Islamabad dan menstabilkan rantau tersebut sebelum tentera asing berundur dari Afghanistan.
“Kami tidak akan menjalankan urusan seperti biasa. Kami perlu lakukan perkara lebih besar untuk memuaskan hati negara kami,” kata Perdana Menteri ketika ditanya CNN sama ada pihaknya mahu meneruskan hubungan dengan AS.
Tatkala serangan NATO telah mengalihkan perhatian dari apa yang disifatkan pengkritik sebagai kegagalan Islamabad memburu militan, kenyataan Gilani itu juga memperlihatkan kemarahan kerajaan dan tentera Pakistan selain tekanan yang dihadapi daripada rakyatnya.
“Kamu tidak boleh memenangi mana-mana perang tanpa sokongan ramai. Kami perlukan sokongan rakyat,” katanya.
Gilani berkata, hubungan itu jika diteruskan hanyalah atas dasar ‘saling hormat menghormati dan kepentingan bersama’.
Ditanya Pakistan ada menerima penghormatan tersebut, Perdana Menteri itu menjawab: “Buat masa ini belum”.
Sabtu lalu, seramai 24 anggota tentera Pakistan terbunuh dekat sempadan Afghanistan dalam serangan udara NATO, sekali gus mendorong Islamabad menghentikan penghantaran bekalan kepada NATO di Afghanistan. – Reuters
 |
Salah satu check poit disempadan Pakistan |
 |
Demostrasi dari rakyat Pakistan terhadap NATO dan US |
 |
Contoh helikopter penyerang yang terbabit dlm serangan tersebut |
 |
Lori bantuan logistik untuk tentera NATO tersekat dipintu sempadan Pakistan |
#Pihak US menyalahkan tentera Pakistan kerana mereka yang telah memulakan tembakan terhadap pasukan mereka diawal pagi, Sabtu lalu. Pakistan menafikannya dan membekukan kerjasama terhadap semua urusan NATO di pintu sempadan. Beratus2 lori bantuan tersekat di pintu lalauan tersebut.
Ranking: 5
azli.afzainizam · 706 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta
LadyBird · 706 weeks ago
kalau kesalahan di pihak mereka pun mrk xkan mengaku..
kite jugak yg dipersalahkan..
Juan · 706 weeks ago
My recent post Projek Hari Jumaat
khairul · 706 weeks ago
amirulfaiz · 706 weeks ago
nuriz · 706 weeks ago
My recent post Gambar Johan Asari Berserban Dalam Tasbih Putih
topijerami90 65p · 706 weeks ago
kenapa nak kacau org2 islam?
My recent post Hangat!!! Gambar Khairul fahmi dan Shida Harmi
Denaihati · 706 weeks ago
My recent post Backlink Comment Blog DoFollow PR Tinggi
tehr · 706 weeks ago
hati busuk
My recent post Peristiwa Di Bulan November
akubiomed · 707 weeks ago
My recent post Wordless Wednesday # – Stopping time
titan · 707 weeks ago
My recent post Komisen ke 5 dari Bidvertiser
PakMail · 707 weeks ago