Salam Ramadan, Selamat Hari Raya Dan Terima Kasih Semua

on 31 Julai 2013

Salam Ramadan, Selamat Hari Raya Dan Terima Kasih Semua | Alhamdulillah, hingga ke hari ini kita masih lagi diberi ruang dan waktu oleh Allah S.W.T untuk merasai lagi kenikmatan Ramadan tanggal 1433H bersamaa 2013 M. Insyaallah tak lama lagi kita akan merasai lagi satu nikmat kemenangan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.


Maaf ditujukan kepada semua sahabat teruatamanya rakan blogger kerana aku kini dilihat semakin menyepi dari dunia ini.  Yup, aku akui aku mempunyai komitmen lain yang wajib dan menjadi keutamaan, namun begitu aku taklah sampai mengabaikan begitu sahaja blog ini. Walaupun jarang update, aku tetap usha2 juga disini.

Selama aku berblog, sejak dari tahun 2009 menggunakan blog ini, tujuan utama tak lain tak bukan adalah bagaimana hendak menghasilkan wang menerusi atas talian sebegini. Selangkah demi selangkah aku belajar, alhamdulillah ianya menunjukkan satu kemajuan memberangsangkan buat diri aku, walaupun sebenarnya aku pun masih hingus lagi tentang mencari duit online nih. Now, seriusly aku pening dah nak mengadap cacing (edit html) pada blog...tambah2 pula baru2 ni Google membuat pertukaran template untuk blogspot.

So, cara terbaik untuk optimumkan blog ialah mencari yang pakar. Kalau ada blog tapi tak nak optimisekan rasa rugi la pulak kan...So, antara beberapa kawan yang aku kenal ialah Shah Danial, pemilik template forblogger (baru masuk tadi, forblogger sudah tukar template baru maa, rasanya tengah dok godek2 lagi la tu kot). Nizamghazi, freelance programmer -hebat ni wooo....dan juga seorang lagi Danial Abdul Rahim. Sehingga kini aku pernah meminta bantuan  2 orang diantara mereka, pertama Shah Danial. Tapi dia ni memang tersangatlah busynyer...kadang2 memang tak de masa untuk diri dia langsung...

Dan keduanya ialah Danial Abdul Rahim, dia ni pun sebenarnya dah nak menghampiri kesibukan tahap melampau...so mana2 blogger yang nak dapatkan servis dia kena la booking cepat2. Danial Abd Rahim ni, seriusly aku bagitau servis dia memang antara yang terbaik. Tak rugi korang (blogger) dapatkan khidmat dia untuk buat sesuatu kat dalam blog korang dan aku akui aku merupakan salah seorang pengguna khidmat servis blog beliau. So dia ni memang antara terbaik dan aku jamin korang akan puas hati.

Bagi NizamGhazi lak...hehehe - aku rasa....rasa la kann...rasanya dia dah tak layan dah mende2 ni...tahap dia lagi gaban tinggi punya....so korang sendiri mau ingat la kan...:)

Walau apapun, aku berterima kasih kepada rakan2 semua yang sentiasa ada disekeliling memberikan support dan motivasi terbaik supaya tak pernah hilang semangat blogging. Untuk kali ini, rasanya sempat juga aku ucapkan tahniah kpd akubiomed yang baru2 ni memenangi hadiah laptop dari Nuffnang...Tahniah bro.

Apapun, salam Ramadan, selamat menyambut hari raya Aidilfitri yg bakal menjelang tidak lama lagi dan terima kasih kepada semua rakan2 terutamanya geng2 blogger yang aku kenali atau tak kenali. Semoga semua berjaya mencapai hajat dan impian yang tersimpan sekian lama ...Insyaallah. -Sorry tulih sekali hayun jaaa...hehehe




Tag : ,

Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain

on 21 Jun 2013

Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain | Alhamdulillah, hari ini sempat juga aku renewal domain blog ini, walaupun aku sudah tidak seaktif dulu tetapi doamin ini tetap aku sayang. Blog ni pun sebenarnya banyak jasa dan memberi ilmu terutamanya dalam dunia blogging kepada aku.

Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain


Oh yerr...disebabkan jarang buka email khas untuk yastro.net ni, maka aku sering terlepas update tentang pelbagai perkara. Antaranya ialah renewal domain blog. Baru je beberapa hari lalu aku renew road tax kereta dan motor, nasib baik aku menjengah kejap disini....kalau tak kompom yastro.net tak dapat diaksess.

Sehingga kini disebabkan aku pengguna blogspot tegar, aku berpuas hati dengan pengurusan Netkl, bertalu-talu sebenarnya notis renewal domain masuk dalam email aku. Tapi sebab banyak perkara yang perlu diutamakan, aku abaikan dulu hinggalah hari ini (hari last renew domain)...Btw, korang jangan ikut tabiat tak elok aku nih. Memang suka buat mende hingga kesaat akhir. Bagi yang layan WP, korang bolehlah bermula dengan plan yang rendah2 dulu....Netkl antara provider yang menawarkan pelan wp termurah setahu aku....



Hurmm....citer tentang blog, aku ada ternampak seo contest lagi. Tajuknya kalau tak silap "Melayu Boleh". Sememangnya aku sarankan bagi yang nak tahu dan main seo join contest tu dan follow peserta semua peserta yg teratas.

Korang leh check derang punya aktiviti menerusi keyword yang derang buat dengan taip nama domain derang sekali....insyaallah, banyak nanti link2 baik yang akan korang terjumpa.

Aku....minta maaflah, memang tak dapat nak join. Banyak sangat kerja sekarang membuatkan aku agak bz...btw, harap2 blogger Malaysia terus maju dan mmapu berdiri setanding dengan blogger luar negara lain. Dan harapan aku, agar google Malaysia mempertimbangkan agar GA dibenarkan dinegara ini seperti yang dibenarkan di Indonesia, memang nyata GA antara yang terbaik didunia dalam memberikan pendapatan kepada blogger.

Oh ya...satu lagi, maafkan aku sebab dah jarang BW, sejujurnya masa memang sangat cemburu kpd aku...insyaallah aku akan dtg juga tapi mungkin akan mengambil masa sedikit. Hidup Blogger Malaysia....



Hampir Hampir Terlepas Renewal Domain
Tag : , ,

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia

on 18 Jun 2013

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia| Gempar juga bila melihat satu video di laman facebook mengenai syiah melayu yang semakin berkembang di Malaysia.  Namun begitu, syiah di Malaysia ini sebenarnya telah lama membiak...kini mungkin dah beranak pinak seperti video yang dapat ditonton baru-baru ini.

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia

Video tersebut menunjukkan peristiwa/pembukaan baru surau mereka yang terletak di Klang. Arghh....tak jauh rupanya, dalam daerah aku juga tu.

Syiah Mula Mempamerkan Diri di Malaysia

Melihat cara mereka qamat, bersembahyang dan bersalaman sesama sendiri yang berbeza dengan amalan Sunnah membuatkan hati tertanya-tanya, berapa ramai agaknya jumlah mereka ini di Malaysia?

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia
Tahun 2007 sahaja 300 dikesan dan ditarbiah oleh pihak berwajib yang tak dapat dikesan?...Agak2 untuk 2013 berapakah jumlah mereka?
Bendera "Ya Hussein" oleh Syiah Melayu
Untuk melihat lanjut dalil menentang Syiah ini, anda boleh masuk ke laman ini (analisafaisaltehrani).

Ketika himpunan sejuta Umat, mereka turut masuk campur
Harap pihak berkenaan tidak menunggu lama sehingga ada perkara yang tidak diingini berlaku. Aku dapat rasakan, mereka ini memang agak payah nak berubah bila dah melekat dengan apa yang mereka percayai.

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia

Dan jika anda belum berkesempatan melihat video terbaru syiah, anda boleh melawat laman ini (Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia).
Sukar untuk diajak berdialog dengan Syiah kerana mereka tidak yakin dengan kebenaran anutan sendiri. Apabila diajukan soalan beserta hujah dan bukti menerusi sumber-sumber mereka sendiri, semuanya dinafikan. Mereka sendiri yang mengatakan 'imamah' itu rukun utama dalam Syiah, tetapi apabila ditanya apakah hukumnya Ahli Sunnah yang menolak rukun utama itu secara iktikad, tiada jawapan konkrit diberikan, tetapi terus menafikan bahawa Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah yang menolak 'imamah' padahal mereka sendiri mengakui itu rukun yang tak boleh ditolak. Sedangkan bagi Ahli Sunnah, tanpa kompromi dan berselindung, barangsiapa yang menolak salah satu daripada rukun Islam maka jawapannya adalah kafir, terkeluar daripada Islam.- Komentar Ustaz Aizam Mas'ud Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia

#Semoga pihak berkenaan cepat bertindak....jgn menyesal bila dah terlambat nanti. Siapa tahu, satu hari nanti akan ada peperangan saudara seperti yg terjadi di negara Arab...Syiah..oh syiah!!!
Tag :

Mari Kita Kenali Siapakah Adnan Menderes

on 11 Jun 2013


Mari Kita Kenali Siapakah Adnan Menderes | Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Mari Kita Kenali Siapakah Adnan Menderes

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi



sumber

Tag : ,

Kisah Lanun Menyerang Semporna

on 03 Jun 2013

Kisah Lanun Menyerang Semporna | Satu catatan sejarah yang telah menjadi kenangan. Semoga ianya menjadi tauladan kepada pihak berkenaan.

Kisah Lanun Menyerang Semporna

CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA SABAH (29/4/1954)

Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi ' gagap ' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.




Sources : Berita Bukit Aman, 1983.

Tag : ,

Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya

on 21 Mei 2013

Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya | Serius... Agak sadis bila membaca kisah penumpang flight AK1455 menerusi blog Mazidul Akmal Sidek. Kisah seorang ibu bernama Izan dan anaknya Maryam yang tidak dibenarkan terbang balik ke Malaysia gara-gara kegagalan SOP AirAsia.


Secara kebetulan si Mazidul turut berada ditempat kejadian semasa kisah itu berlaku. Alhamdulillah kita diperterangkan satu demi satu apa sebenarnya yang terjadi kepada ibu dan anak tersebut.

Pada aku, Air Asia memang gagal kali ini, SOP yang dilaksanakan tidak seragam. Bayangkan bagaimana si ibu dan anak boleh melepasi LCCT tanpa sebarang masaalah langsung tetapi ditahan pula di Vietnam ketika mahu pulang ke Malaysia, bahkan penerangan doktor bertauliah yg tidak bertugas juga tidak diambil kira tetapi keterangan doktor berpakaian nurse yang sepatah haram tak mampu bercakap lebih dipercayai - FAIL.....memang FAIL!

Memburukkan keadaan apabila staff Air Asia di Vietnam gagal membantu langsung keluarga ini dan dilihat hanya bersikap lepas tangan sehingga ibu dan anak ini hampir terabai dinegara orang. Bayangkan kalau keluarga kita berada ditempat beliau. Pasti ini satu kenangan pahit seumur hidup.

Lepas ni, aku harap Tony Fernandes merubah semula SOP di Vietnam dan juga dinegara lain agar selaras. Aku percaya kes ini yang mendapat liputan meluas media sosial, media perdana dan juga kesempatan MAS menyebabkab imej Air Asia bertambah tercalar teruk.

Apapun, bagi yang nak membaca kisah dan juga kronologi kes ini, korang bolehla melawat blog mazidul atau  google je sendiri.


#Lagi panas kes si tanggang moden kot????
Tag :

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

on 12 Mei 2013

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel | Tersebar dilaman web beberapa keping gambar yang dikatakan cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W. junjungan nabi kita yang sangat comel.

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

Beliau merupakan anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Abul Jud Yusuf Halim anak Syeikh Jamil Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Aku cuba mencari gambar Sayyid Abul Jud Yusuf Halim di laman2 web, nampaknya usahaku gagal. Apapun jom tengok gambar cicit kepada Rasulullah S.A.W ini yang dikatakan sedang melawat maqam moyangnya ini.

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel | Tersebar dilaman web beberapa keping gambar yang dikatakan cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W. junjungan nabi kita yang sangat comel.


كان رسول صلى الله عليه وسلم أشكل العين منهوس العقب. 
Maksud Hadis "mata Rasulullah saw putih kemrah-merahan, dan daging tumit beliau sedikit - Turmidzi, Muslim, Abi Dawud ( Syamail Muhammadiah)



sumber
Sumber fb
Subhanallah - Gambar Cicit Rasullulah Yang Comel
Tag :

Kecoh Video Ustaz Belasah Pelajar Agama Sekolah Pondok

on 29 April 2013

Kecoh Video Ustaz Belasah Pelajar Agama Sekolah Pondok | Satu video memperlihatkan seorang yang dikatakan  Ustaz sedang membelasah seorang pelajar sekolah agama Pondok mula dimuatnaik dilaman youtube.

Kecoh Video Ustaz Belasah Pelajar Agama Sekolah Pondok

Kelihatan seorang Ustaz, sedang memukul menggunakan tangan dan kaki beliau keatas pelajarnya. Pelajar lain dilihat seakan tidak mengendahkan kelakuan Ustaz tersebut.

Apa yang dikesalkan ialah cara Ustaz tersebut mendidik pelajarnya, rasanya cara ini tidak sesuai bahkan tidak diamalkan didalam agama Islam sekalipun. Walaupun diandaikan muridnya memang bersalah, Ustaz tersebut sepatutnya harus/wajib mengunakan cara yang lebih bersopan dalam mendidik anak bangsa.

Untuk menonton video tersebut, sila kelaman web (link) yang dibawah ini.




# Video tersebut (yang lain2) mula disekat oleh pihak youtube...sila tengok cepat2 sebelum terlambat!!!!
Tag : , ,

Kemalangan Di Federal Highway - 5 Maut

on 22 April 2013

Kemalangan Di Federal Highway - 5 Maut | Susulan berita kemalangan maut di Federal Highway yang melibatkan beberapa buah motorsikal dan juga dua kereta, 5 mangsa maut ditempat kejadian.

Kemalangan Di Federal Highway - 5 Maut

Al Fatihah buat 3 mangsa yang beragama Islam iaitu allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22 dan juga allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21.

Juga ucapan takziah buat mangsa yang ingin membantu M Kalaychelven, 50 dan juga pemandu Honda City Wilson Lee, 22.

Sangat terkejut bila mendengar berita membabitkan kemalangan maut dalam jumlah yang agak ramai terutamanya bagi penunggang motorsikal.

Tiada apa lagi yang mampu dikata, sudah suratan takdir dan ketentuan ilahi tragedi ini berlaku. Bagaimanapun, pasti terdapat beberapa perkara yang perlu diambil iktibar disini...

Penunggang motorsikal diumpamakan seperti pisang dan durian, bergolek kena... digolek pun kena.
- Aku juga seorang penunggang motorsikal sejak dari zaman bujang lagi. Banyak juga aku melihat kes penunggang maut atau cedera bukan kerana kesalahan yang mereka lakukan. Dalam kes ni, ada orang yang mempertikai kenapa mereka menggunakan lebuhraya bukannya jalan motor. 

Bagi aku sendiri, adalah lebih selamat menggunakan lebuhraya berbanding jalan motor apabila jam sudah pun menunjukkan 11.00 malam keatas. Banyak sebab, yang nyata bukannya aku takutkan hantu. 

Lastly, inilah takdir...kena terima qada dan qadar dariNYA.

Memandu melebihi had kelajuan.
- Antara perkara yang sangat membimbangkan ialah apabila terdapat segelintir pemandu memandu laju hanya kerana syok sendiri atau nak tunjuk kehebatan diri dan kereta sehingga gagal mengawal kenderaan. Bertambah parah bila ianya membabitkan orang lain seperti kes ini. 

Bukan mat kereta sahaja, mat motor pun begitu juga, apabila dah terlebih ghairah maka jadilah perkara-perkara yang tidak diingini. 

Pengalaman aku sendiri ketika "syok " sendiri selepas keluar dari trek batu 3, disebabkan masa tu ramai, dan waktu tu aku paling depan sekali, last2 aku gagal mengambil selekoh kat batu 3 tu. Nasib baik aku melambung kena pokok....kalau tak memang parah sebab longkang besar dah sedia menanti.

Takut nak cakap, tapi rasanya ini salah satu faktor juga - Mabuk ketika memandu.
- Bab2 ni aku lagi takut, banyak video dan gambar dilaman-laman web menunjukkan pemandu mabuk ni kalau memandu memang kira sign "harakiri" masaalahnya ialah bila membabitkan orang lain. Tang tu yang paling aku geram sekali.

Pengalaman aku, waktu tu habis kerja shift malam, jam lebih kurang 6.50 pagi....cuma nasib baik hari tu jalan tak sibuk sebab hari Sabtu. Sebuah kereta aku tengok tayar depan sebelah kanan dah naik divider, disebabkan tiada orang yang berhenti, aku pun usha2 jap...nampak pemandu dalam tu lena, kepala dah lentok kat tingkap. Aku ketuk....3/4 kali aku ketuk...mamat tu sedar...bila dia tengok aku jer, terus dia reverse kereta sikit, pas tu terus je blah, ingatkan dah tak boleh jalan dah kereta dia......aku rasa mesti mamat tu mabuk. 

Lena ketika memandu.
- Pengalaman aku, depan kilang aku jer, waktu tu tengahhari, aku ada emergency kat Putrajaya...tahun 2004. Driver lori kontena tu terbabas, panjat divider dan menyeberang jalan. Sebijik kereta wira didepan aku kena langgar kat quarter panel....nasib baik dia sempat ngelak kekiri...kalau berdepan....hurmmm...Aku lak...belakang kereta wira tu. Nasib baik driver tu dah sedar dan sempat brek...kereta aku berhenti di depan lori tu hanya beberapa langkah je. Nampak attendan lori tu kelam kabut....aku yang nak cepat, terus je blah....tapi dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebarnya hati aku...

Apapun, sekali lagi aku ucapkan takziah kepada semua mangsa yang terkorban dalam kejadian tu. Harapan aku agar rakyat Malaysia sama-sama ambil iktibar dengan kejadian sebegini. 

Bukan orang lain...aku pun sama juga. Semoga satu hari nanti rakyat Malaysia bakal menjadi antara rakyat yang tersopan tak kira mat rempit, pemandu, remaja, atau siapa saja bila memandu atau menunggang dijalan raya dan bukan seperti keadaan sekarang nih. Agaknya bila nak tengok keadaan begitu yek?

Maaf kalau tulisan aku tak syok untuk dibaca.....

Gambar Kemalangan Maut Federal Highway
Tag :

Antara 20 Kebaikan Rumpai Air Sabah

on 21 April 2013

Antara 20 Kebaikan Rumpai Air Sabah

Antara 20 Kebaikan Rumpai Air Sabah | Trend terkini menunjukkan ramai pengguna kecantikan mencari kolagen. Aku cuba mengenalpasti kenapa kolagen/ rumpai air dan apakah kebaikan dan khasiat yang ada padanya sehinggakan ramai yang mencari kolagen...

So jom kita tengok 20 kebaikan kolagen tersebut dibawah....


Antara 20 kebaikan Kolagen:

  • Kajian menunjukkan rumpai laut ini mampu mengurangkan gejala osteoarthritis sebanyak 15 %
  • Merendah kolesterol & baiki peredaran darah
  • Buang toksin & bahan radikel bebas
  • Mencegah kanser
  • Mengandungi alginate yang dikatakan mampu
  • Meningkatkan metabolisme
  • Meminimum peningkatan berat badan
  • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema & psoriasis
  • Mengandungi seanol iaitu antioksidan yang mampu
  • Merangsang tenaga & kecergasan mental
  • Mengandungi lignan yang dikatakan mampu mengembali semula corak tidur & mengurangkan 'hot flushes' pada wanita menopaus
  • Dikatakan berkesan merawat sakit jantung
  • Sisa tapisan dari air rebusan boleh dijadikan masker untuk kulit yang lembap, licin & cerah
  • Menguat sistem keimunan,sistem abdomen & pelihara kalenjar tiroid
  • Mengurang penuaan pramatang seperti kedutan/kulit kendur
  • Mengurangi selulit
  • Mengurang sakit bahu & belakang
  • Merawat gout
  • Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
  • Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit,
  • Menyembuhkan luka
  • Memberikan rasa kekenyangan (diet)





sumber
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved