Mee Maggi ~ Cepat dimasak sedap dimakan..

on 12 Mei 2011

"cepat dimasak sedap dimakan...cepat dimasak sedap dimakan" macam tu la versi bahasa melayu iklan mee Maggi ni satu ketika dahulu. Bagi sesiapa yang lahir sebelum tahun 70an, iklan ni memang korang takkan lupa punye. Jadi kenangan seumur hidup beb...hehehe
Hari ni santai jap arr, kita layan iklan lama dulu. Okehh...;)

Walaupun mee Maggi ni dikira makanan ringan yang tak berapa elok tuk kesihatan, tapi aku akui mee Maggi ni la penyelamat perut aku disaat irama "keroncong" yang merdu tu dah berbunyi. Sampai sekarang pun tak kira dimana tempat dan waktunya, mee Maggi akan menjadi santapan yang paling berharga. Kat opis, rumah, atas bot, oversea, camping kat hutan mee Maggi ni la yang bakal menjadi makanan rasmi dan segera. Aku rasa sesapa pun pernah merasai keenakkan mee Maggi ni dan pasti korang pun ada kenangan tersendiri dengan jenama ni.

Aku masih ingat lagi satu masa di Korea dulu, time tu aku dan kawan Korea tengah sama~sama nak menikmati mee segera masing2, tetiba kawan Korea aku tu si Mr Eui hyong Noh menegur...dia rasa heran sebab mee Maggi yang aku nak makan tu nampak sikit sangat berbanding dengan mee segera buatan Korea yang dia nak makan. Tak salah aku, sebungkus mee segera disana 2 kali ganda banyak berbanding sebungkus mee segera Maggi yang aku bawa. Tapi pada aku, sebungkus mee Maggi yang aku bawa tu lepas la nak cover time makan tengah hari hehehe...Opsss...stop dulu kenangan aku tu.
Tak yah citer bebanyak laaa, kita layan je iklan mee Maggi ni dulu....





#"Sapa nak lagi ni...slurrpppppp" ehhh, gua tgh makan mee Maggi laaaa.....hehehe
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved