Malaysian MotoGP 2011~ 3 Tiket Wild Card utk pelumba Malaysia

on 25 September 2011


Berita dari myMetro:
BUAT pertama kali dalam sejarah, empat pelumba Malaysia bakal mengibarkan bendera negara pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober depan.

Selain Muhammad Zulfahmi Khairuddin beraksi pada musim penuh keduanya bersama pasukan AirAsia SIC Ajo Racing menerusi kategori 125cc, seorang lagi pelumba yang bakal menemaninya dalam kategori sama di Sepang menerusi tiket wild card ialah Muhammad Farid Badrul Hisham yang ketika ini beraksi untuk pasukan Kawasaki Colchester untuk perlumbaan Kejuaraan Superbike British.

Dua lagi pelumba negara juga bakal beraksi menerusi tiket wild card tapi dalam kategori Moto2 yang bakal diumum awal bulan depan.

Ketika ini, tiga pelumba terbaik negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman serta Mohd Zamri Baba yang pernah beraksi pada musim lalu menerusi tiket wild card berusaha untuk merebut dua tempat di Moto2 itu.

Ketiga-tiga pelumba itu yang beraksi pada musim penuh di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sepanjang tahun ini, bakal menggunakan jentera Moriwaki di Moto2.

“Muhammad Zulfahmi mempamerkan aksi luar biasa selepas meraih 20 mata dan ketika ini menduduki tempat ke-17 kategori 125cc. Dengan sasaran untuk menamatkan kedudukan ke-15 pada musim ini, dia berada di landasan tepat untuk memenuhi sasarannya itu.

“Muhammad Farid pula yang diberi tiket wild card untuk musim ini mempunyai potensi besar untuk mengikut jejak langkah Muhammad Zulfahmi,” katanya.



# 4 orang racer, termasuk Zulfahmi yang sedang bersaing di dalam 125cc memang jumlah yang agak ramai dan bagus untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia sendiri datang menyaksikannya...Tetapi kali ni yang paling menarik ialah berkenaan Muhammad Farid Badrul Hisyam yang sedang meningkat naik prestasinya di British Superbike..Bekas anak didik Sharul Yuzy (Aprillia race)ini juga dikatakan pernah berjaya menaiki podium pada perlumbaan disana, semoga berjaya buat semua racer2 Malaysia.


Kredit untuk forum Malaysian Bikers Community  


M farid Badrul Hisyam bersedia di grid perlumbaan

Antara aksi2 beliau....

Ketika perlumbaan MSS

Tahun pertama mencuba nasib di BSB dah dapat podium...Semoga terus berjaya Muhammad farid badrul Hisyam
2011 Metzeler National Superstock 600 Championship with Black Horse
RACE 3 - SHOOT-OUT - CLASSIFICATION
MCRCB BULLETIN TK117

1     34 John DEAN Yamaha - John Dean Racing
2     93 Farid BADRUL Kawasaki - MSS Colchester Kawasaki
3     11 Tom WEEDEN Triumph - Tom WeedenTeam M8 Racing 
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved