Wakaf - Pemangkin Ekonomi Ummah

on 29 September 2011

Firma Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"
(Surah Ali Imran - Ayat 92)


Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah (taqarrub ilallah) menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Di Selangor, MAIS telah memperbadankan bahagian wakaf mereka dikenali sebagai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mula diisytihar penubuhannya pada 11 Januari  2011.Objektif penubuhan PWS adalah untuk mengembali dan mengembangkan budaya berwakaf di kalangan umat Islam, menggalakkan amalan berwakaf harta alih dan tidak alih, membangun dan memajukan hartanah wakaf sedia ada dan baru dengan projek yang berdaya maju dari segi ekonomi dan sosial, menggunakan hartanah wakaf dan manfaatnya secara optimim dan berkesan, memenuhi niat dan hasrat pewakaf serta memastikan hartanah wakaf tidak terbiar dan lupus.

Objektif Wakaf

1. Menggalakan dan menyuburkan amalan wakaf yang sangat dituntut.
2. Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat Islam, walaupun tanpa melibatkan wakaf yang berbentuk aset kekal spt tanah atau bangunan.
3. Memperluas dan membanyakkan pegangan harta dikalangan umat Islam dan menyalurkannya kepada umat Islam.
4. Menggalakan masyarakat mengiktiraf wakaf sbg sistem yg berpontensi untuk menggerakkan pembangunan sosial umat Islam.
5. Menanam dan mendidik semangat bekerjasama dikalangan umat Islam disamping mengukuhkan ukhwah sesama masyarakat Islam.


Hala tuju hasil Wakaf:
Hasil sumbangan dan kutipan daripada saham wakaf akan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan dana yang dinamakan Kumpulan Wang Wakaf dan akan diagihkan kepada program pembangunan masyarakat Islam seperti berikut :

1. Pembangunan tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan
2. Pembiayaan pembinaan institusi agama seperti masjid, surau, sekolah agama, kemudahan umum masyarakat Islam, penyelenggaraan bangunan institusi-institusi agama dan sebagainya
3. Sumber pembiayaan bantuan sosial untuk masyarakat seperti bantuan anak yatim, fakir miskin, bantuan
pendidikan, program pembangunan insan, pembiyaan rawatan, pemulihan akhlak dan sebagainya
4. Sumber pembiayaan untuk program pembangunan komersial seperti pembangunan hartanah untuk
perniagaan, pembelian lot hartanah yang berpotensi untuk projek-projek perumahan atau pertanian
dan sebagainya
5. Pembelian lot-lot hartanah kuota bumiputra bagi projek perumahan swasta atau kerajaan
f. Pembangunan perladangan, ternakan dan perkilangan 


Kelebihan Wakaf sebagai sedekah Jariah
Para ahli Fiqh dan ulama' berpendapat amalan wakaf adalah satu2nya ibadah yang berbentuk SEDEKAH JARIAH dan ianya mempunyai beberapa kelebihan:
1. Menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanafaatkan.
2. Satu sistem yang berpontensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.


Penyertaan Wakaf
Terdapat 2 cara:
1. Pembelian saham wakaf
2. Potongan gaji secara bulanan.


Pengecualian Cukai Pendapatan
"Sumbangan derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 No Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.5821 No warta kerajaan bertarikh 27.07.2004"



Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya". (Hadith Riwayat Muslim).


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Majlis Agama Islam Selangor.
Juga disini, pihak yang layak menguruskan wakaf (IKIM). Semoga Wakaf mampu menjadikan Islam lebih makmur, membantu dan mendidik umat Islam dari segi perpaduan, ekonomi dan negara. Artikel ni dihasilkan dan diolah dari risalah dan web Perbadanan Wakaf Selangor.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved