Hari ni tetiba rasa nak update tentang "Cara Buat Backlink Free dan Tambah Link Pada Alexia". Banyak cara, tapi aku bagi korang dalam 2/3 cara yang aku rasa okey dan selalu aku buat sepanjang 2 tahun lebih aku berblog, nak ejas kat coding aku pun tak bape nak pandai...so aku ambik jalan yang panjang sikit laa. Tapi sebelum tu aku nak "bagitau/warning" korang, aku bukanlah pakar SEO dan coding HTML dalam blog. Aku cuma berblog ikut suka dan cara aku je, mana-mana coding yang aku rasa nak buat tapi tak jadi, aku tak citer banyak dah...terus aku tinggalkan.
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang SEO blogspot, aku syorkan korang pi godam blog bro Shah ataupun forblogger.net - so kalau apa yang bakal korang baca ni baik, korang polow je laa...kalau tak, sila abaikan. Aku akan mulakan entri yang agak panjang kali nih.
Okeh, berbalik kepada cara buat backlink free tu, sebenarnya banyak sangat caranya....cuma kita sedar dengan tak sedar je. Antaranya award kat World Bloggers and social media award 2012 . Kalau boleh, aku minta korang buang rasa segan, malu atau rasa rendah diri dengan blog korang tu. Jangan dihirau sangat bab-bab tu, kalau korang nak backlink free dan juga trafik dari site tu aku syorkan korang masuk je.
Link dari Social Media Awards |
Biasanya kalau aku masuk kat web award tu, aku akan usha blog kengkawan yang biasa aku nampak dan ziarah, kalau aku terjumpa..."kompom" blog yang dikira kawan aku tu akan dapat undian dari aku. Nampak tak...at least, kat situ je korang dah dapat undian, backlink dan trafik walaupun tak le besar mana. 3 in 1...he3x!!!
Aku sebenarnya dapat idea nak buat entri ni bermula dari komen antara aku dan rakan aku, si Apan [KongsaKongsi], aku siap printscreen lagi komen tu..he3x!!!. Thanks bro...sebab komen ko, "plinggg"...idea suda mali maa.....
Chat aku ngan kawan aku Apan[KongsaKongsi] |
Cara kedua pula adalah dengan masuk contest ataupun giveaway. Tapi aku rasa cara ni tak ramai sangat yang nak join, bergantung kepada situasi dan keadaan...
Last...tips cara nak tambah site link pada Alexia Rank, aku rasa tips ni antara perkara yang paling mudah. Satu kebiasaan bagi aku adalah bagi/buat komen kat blog orang lain. Itu perkara yang biasa aku buat, tapi kena komen kat pelbagai blog, forum dan sesekali kat laman web kerajaan. Jangan rasa takut nak komen kat blog orang lain hanya kerana anda fikir ..."admin ni, jenis tak nak komen balik kat blog aku laa". Cuba buang sikap tu, insyaallah korang boleh tengok link Alexia tu akan bertambah dari sehari ke sehari. Jadi bila link bertambah, insyaallah Alexia Rank pun pastinya akan naik.
Alexia rank kat blog aku...310 site linking tuu.... |
Jadi, kesimpulannya cara aku berblog ni sempoi je kan. Aku tak pernah check site linking tu benar-benar berkualiti atau tidak. Kalau aku guna mozilla, mungkin aku boleh check...tapi bila dah guna chrome ni aku rasa malas la plak nak bertukar browser. Senang je cara aku kan...yang penting blogging dengan happy, bukan mau cari gado-gado dengan orang lain...faedahnya dan kebaikannya akan datang juga satu hari nanti, yang penting korang haruslah bersabar.
[Kalau kandungan entri "Cara Buat Backlink Free dan Tambah Link Pada Blog - Cara Sempoi" ni banyak yang tak betul, sila la turunkan komen anda..aku terima semua komen, no hal punya.]