Seharian di Kuala Lumpur & Muzium TUDM Sg Besi - CNY

on 30 Januari 2012

Ahad, 22/01/12..beberapa hari lagi nak CNY[minggu lepas] Aku tak tahu nak bawak bebudak [anak2 aku] ni kemana dah. Dalam kepala nak pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur je. Maklum la dah lama tak ronda waktu siang. Biasanya jenjalan time malam je. Diaorang pun dah bising kat aku sebab tak pergi bercuti kemana-mana kali ni. Jadi untuk cover sementara aku pun bersetuju nak bawak derang pusing-pusing kat Kuala Lumpur.

Kalau hari biasa, kompom aku tak akan masuk KL punya. Malas aku nak menempuh trafik jem yang teruk disana. Lagipun selalunya jalan disana cepat berubah...kang tak pasal-pasal aku berpusing-pusing kat dalam KL tu.

Akid kalau makan kat kedai...hmm dia la heronya..
Pagi tu, sebelum pergi jenjalan...singgah kat kedai dulu. Kasi penuh perut dengan nasi lemak yang terbaik di Teluk Menegon, Klang.

KLCC dari h/p x6 jee...
Tak buang masa, pagi tu terus aku arahkan kereta menuju ke bandar raya Kuala Lumpur. Ronda-ronda kat KLCC...tak masuk pun, sekadar lalu kat tepi je. Pas tu pusing-pusing lagi, sampai la kat Metrojaya [dekat Puduraya]...


Woww...hari cuti mana pergi semua warga KL nih? Hilang wooo...korang tengok je la kat dua keping gambar ni. Puduraya,Metrojaya dan bangunan yang dekat-dekat dengannya penuh dengan warga asing. Rata-rata dari raut muka yang aku tengok tu mungkin berasal dari Bangladesh dan Nepal. Warga Indonesia agak kurang sikit. Mungkin time cuti derang lebih suka duduk dirumah berbanding merayau-rayau tanpa haluan macam geng-geng Bangladesh dan Nepal nih.


Dah puas pusing-pusing Kluala Lumpur, aku ambik keputusan nak bawak derang pergi ke Muzium TUDM yang terletak di Sg Besi Kuala Lumpur. Muzium ni first time aku nak pergi...setakat ni aku cuma pernah tengok gambar dan dengar cerita dari kawan-kawan aku je. So...pe lagi cari laaaa...[aisehhh...gps x bawak lakk]

Pandangan dari dalam kereta- nampak x sticker the gunners tue..he3x!!!
Akmal [Abang] dan Amzar [Abg Jar]...nampak sgt muka berkerut menahan panas...he3x!!!


Setelah puas berhempas pulas mencari...akhirnya aku dan keluarga sampai juga kesana...itupun aku berpusing-pusing 2/3 kali...nasib baik aku tak bawak orang kampung...kalau tak nyaya aku kena kutuk...he3x!!!
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved