Cara Buat Sticky Post Blogspot New Interface ! Mungkin ramai yang tak tahu apa itu "sticky post" atau post melekat- bila dialih bahasa ke bm la kan....aku tengok ramai juga yang komen bertanya tentang sticky post tu dalam entri iPhone 5 Gajet Impian anjuran Denaihati.
Aku dulu pun tak tahu juga apa itu sticky post, pelan2 kayuh....aku cuba google. Memang jumpa ramai yang buat entri sticky post. So kat situ, sebenarnya korang boleh buat entri korang tu jadi sticky post.
Maksud sticky post ni lebih kurang gini la..Korang buat entri - post entri - kemudian entri tu walau banyak mana sekalipun entri2 terbaru orang update, entri "sticky post" tu akan tetap berada di atas sekali. Then, bila korang buat komen kat blog rakan2 blogger yang lain yang ada comment luv cthnya korang akan dapati entri sticky tu akan berada di senarai teratas sebagai entri terbaru korang.
Wokey, cara nak buat entri sticky tu bagi pengguna blogspot terutamanya yang guna new interface ni sonang yo...polo je gambo yang akan aku tunjuk nanti ekkk.!
Langkah pertama. Buat entri tu dulu, kemudian publish macam biasa.
Langkah Kedua. Korang masuk balik kat edit post entri yang baru sahaja di publish tadi dan klik pada butang "publish on". Note- kalau entri korang belum publish dia keluar "schedule" kat situ.
Lepas tu korang cuma perlu setkan tarikh dengan jam jer, sampai bila korang nak stickykan post korang tu berada paling atas sekali.
Macam aku, aku set kan tarikh jer, aku buat sehingga hujung bulan 11 nih iaitu 30 Nov 2012.
Dah siap tu.. klik done dan jangan lupa tekan butang update kat post korang tu.
Klik publish...set date...done dan update post....simple! |
So....entri sticky post korang dah siap....nak tau berjaya atau tidak korang test sendiri..... buat satu entri baru dan terus post....selamat berjaya....simple je mende nih!!!
Contoh entri sticky post aku.....tgk date kat entri sticky post tu...30 Nov 2012. |
-Tengah rajin nih....amik ko 2/3 entri skli aku buat...hahaha:D
Cara Buat Sticky Post Blogspot New Interface
~Salam mesra dari yastro~