Piala Thomas Macau 2012 - Malaysia Menang Ke atas Korea 3-2

on 16 Februari 2012


Malaysia dah menang keatas Korea Selatan dengan 3- 2 dalam aksi terakhir kumpulan. Esok, skuad negara akan bertemu pula dengan skuad India untuk peringkat suku akhir. Kalau ikut atas kertas, sepatutnya tak ada masaalah la kot bagi skuad Malaysia.

Setelah skuad piala Uber kalah hari tu, kita memang mengharapkan skuad piala Thomas ni buat sedikit kejutan. Cuma aku rasa Hafiz Hashim kena fokus sikit terhadap game dia. Tak tau la sakit bahu tu dah okey ke belum. Tapi kalau pasukan perubatan kita bagi dia main, maknanya dah okey la kot. Rugi la kalau letak player yang dah cedera. Tapi itu yang aku cakap...pihak jurulatih dan pasukan mungkin ada sebab lain.


1. Skuad Piala Thomas mendahului Korea dengan mata pertama yang diperoleh menerusi pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei. Mengambil masa selama 43 minit, jaguh badminton negara itu menewaskan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

2. Perseorangan kedua negara, Hafiz yang bertemu Shon Wan Ho, tewas 22-24, 16-21.

3. Mata kedua negara diperoleh menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah mengetepikan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, 21-14,21-19.

4. Perseorangan ketiga Mohamad Arif Abdul Latif akur kepada Hong Ji Hoon 17-21,15-21.

5. Mata ketiga negara diperoleh menerusi gandingan Lim Khim Wah-Goh Wei Shem yang mengejutkan pasangan Korea Lee Yong Dae-Shin Baek Choel, 18-21, 21-19, 21-11.

Lim+Khim+Wah+Goh+Wei+Shem


# Tahniah dari aku untuk mereka semua.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved